LUMBA HARAM : Punca dan Cara Mengatasi

April 23, 2018 | Author: Batrisya Yusoff | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

suatu karangan mudah tentang punca-punca dan cara-cara mengatasi gejala lumba haram yang kian berleluasa masa kini....

Description

LUMBA HARAM: Punca Dan Cara Mengatasi Pembabitan remaja dalam kegiatan lumba haram bukanlah satu isu luar biasa dalam masyarakat kita hari ini. Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh, mereka  berani melakukan apa-apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media. Pengaruh rakan sebaya  banyak memainkan peranan dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh kelompok remaja ini. Remaja akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh kawan-kawan mereka.

Selain itu, cara hidup remaja itu sendiri juga mendorong gejala ini  berlaku. Kebanyakan remaja berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini. Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki tahap pemikiran yang sama apatah lagi sekiranya masing-masing sentiasa memberikan galakan dan semangat berbaur negative antara satu sama lain. Mereka bangga dan seronok dengan pujian serta cuba menarik perhatian orang lain. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.

Ada kalanya, faktor kurangnya kasih sayang s ayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila berasa bosan, mereka mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersamasama rakan sebaya yang lain. Tempat tinggal yang kurang selesa dan sempit turut mempengaruhi minda dan emosi golongan ini. Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa asyik meleter sekiranya mereka berada di rumah. ru mah.

Ibu bapa harus sedar bahawa perhatian yang secukupnya perlu diberi kepada anak-anak agar mereka berasa diri mereka dihargai. Selain itu, sayangilah mereka bagai menatang minyak yang penuh agar mereka berasa diri mereka dikasihi. Luangkan masa untuk berbual bersama anak-anak, mendengar luahan serta rintihan hati mereka. Penguatkuasaan undangundang memang perlu dalam usaha menangani gejala ini daripada terus  berlarutan. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka.

Motivasi dan kaunseling diperlukan untuk membantu membendung masalah sosial ini. Kita jangan terlalu memberi tekanan kepada mereka kerana zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelosa. Mereka

sentiasa inginkan perhatian di samping sa mping pengiktirafan golongan dewasa. Berinteraksilah secara matang dengan golongan golongan remaja re maja sebegini agar  mereka tidak berasakan diri mereka diperlakukan seperti budak kecil.

Kesimpulannya, kita jangan terlalu menuding jari terhadap ter hadap golongan remaja. Sebaliknya, sebagai individu dewasa, kita perlu membantu golongan ini secara lebih rasional dan matang.

Kosa Kata 1) Kancah : keadaan, gelanggang, medan ;terkancahterlibat.

2) Berbaur : beraduk, bercampur.

3) Meleter : bercakap-cakap dgn tidak berhentihenti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.

4) Pengiktirafan : perihal menerima atau mengakui, menghargai, pengakuan dan penghargaan.

Isi-isi Penting •



Punca : •

perasaan ingin tahu



pengaruh rakan sebaya



pendidikan yang rendah



keadaan sekeliling–rumah dan ruang remaja

Cara mengatasi : •

Kasih sayang dan perhatian ibu bapa



Penguatkuasaan undang-undang



Motivasi dan kaunseling-cara pendekatan yang terbaik ialah secara lemah-lembut dan penuh prihatin

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF