LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (TROTTER, 1986) 1. Peringkat novis 2. Peringkat novis lanjutan 3. Peringkat cekap 4. Peringkat mahir 5. Peringkat pakar
1. Peringkat novis • Bermula apabila mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru. • Mula mempelajari cara mengajar. • Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. • Masih belum menangani tugas-tugas harian seorang guru.
2. Peringkat Novis Lanjutan • Menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P. • Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. • Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan.
3. Guru Cekap • Guru yang memiliki kelayakan ikhtisas. • Lebih memberikan fokus pada pembelajaran murid. • Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. • Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikan mengikut kemampuan pelajar.
4. Guru Mahir • Mahir dalam bidangnya. • Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. • Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi. • Kaya dengan pengalaman. • Dapat menganalisis maklumat yang kompleks.
5. Guru Pakar • Guru yang gemilang dan terbilang. • Dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan masih mempunyai gaya pembelajaran yang lancar. • Orang yang berautoriti dalam professionnya. • Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi berkaitan pengajaran dalam bilik darjah.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.