Latihan 4 5 Rumusan
August 15, 2017 | Author: iza6190 | Category: N/A
Short Description
latihan rumusan dan jawapan...
Description
Praktis 4 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap generasi muda dan peranan ibu bapa untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Teknologi maklumat merupakan satu daripada bentuk teknologi yang berasaskan jaringan hubungan yang melibatkan komuniti di seluruh dunia. Namun perubahan teknologi yang berasaskan inovasi moden ini telah membentuk sekelompok insan yang obsesi dengan penggunaannya sehingga menyebabkan murid-murid sekolah tidak mampu melakukan apa-apa sahaja tanpa bantuan teknologi maklumat. Penggunaan telefon mudah alih, komputer, dan televisyen telah membentuk kumpulan remaja yang terdorong untuk menjalankan aktiviti riadah hanya melalui atas talian. Bayangkan dengan hanya RM1 sahaja mereka mampau untuk melayari Internet dan menggunakan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan. Hal inilah yang menjadi unsur gangguan kepada remaja sehingga mampu mengubah pemikiran, hasrat dan keupayaan seseorang dalam menekuni sesuatu perkara yang dilakukan. Dalam konteks pelajar, aktiviti yang berbentuk proses pembelajaran akan terganggu dengan wujudnya faktor penarik yang terdapat dalam permainan atas talian yang ditawarkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, isu ini melibatkan masa dan tenaga serta kos yang dibazirkan semasa menggunakannya. Sebagai contohnya, pengguna tidak perlu lagi berpakaian sukan yang lengkap untuk menjalani aktiviti sukan yang digemari. Mereka hanya memerlukan peralatan teknologi sahaja. Bayangkan cara hidup masyarakat yang dikuasai oleh teknologi. Mereka akan hilang nilai kemasyarakatan yang sebenarnya dapat dinilai keikhlasannya. Nilai kekeluargaan, semangat setia kawan dan hubungan sosial yang berkesan secara bersemuka, semakin pupus. Muka buku atau Facebook banyak menganggu rutin kehidupan seseorang yang berhasrat memenuhi naluri kehidupan mereka secara fitrah. Penggunaannya yang melampaui had akan memberikan impak negatif yang akan mengganggu proses pembelajaran sosial remaja. Kehidupan sebagai remaja sepatutnya diisi dengan aktiviti berkumpulan yang sesuai dengan sifat semula jadi remaja yang gemar akan cabaran dan sesuatu yang baharu yang mampu menguji keupayaan fizikal dan mental mereka. Namun kini, remaja lagi melakukan aktiviti secara bekerjasama atau berkumpulan. Semua eleman dan nilai yang perlu dimiliki oleh remaja ini sukar untuk dipenuhi oleh aktiviti yang berasaskan teknologi kerana perantarannya ialah alat dan media atau talian. Perkembangan teknologi maklumat, khususnya untuk tujuan hiburan dan riadah merupakan perkara yang menganggu proses perkembangan fizikal dan mental remaja. Sebenarnya aktiviti hiburan dan riadah ini masih perlu dijalankan secara manual dan semula jadi. Kegiatan ini masih memerlukan hubungan kemaunsiaan , tambahan pula tubuh badan kita masih perlu dibasihi peluh yang keluar secara semula jadi untuk kesihatan yang baik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi menganggu Remaja” Oleh Noor Azam Abdul Rahaman, Dewan Siswa, Disember 2013 Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soala-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i
Berikan maksud rangkai kata memenuhi naluri. (2 markah)
ii
Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa lapang? (3 markah)
iii
Pada pendapat anda, apakah punca penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan remaja? (4 markah)
Praktis 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan penganjuran pesta buku dan cara-cara menarik minat pengunjung ke pasta buku. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Saban tahun banyak pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang telah menganjurkan pesta buku. Contoh terbaharu ialah penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sepanjang pesta itu diadakan, kita melihat semangat kecintaan terhadap buku yang luar biasa. Mungkin yang kita lihat itu gambaran luaran semata-mata, tetapi sekurangkurangnya kita dapat melihat manusia dari semua peringkat datang berbondong-bondong ke tempat pesta itu diadakan. Dianggarkan lebih daripada sejuta pengunjung telah membanjiri premis pesta berkenaan. Hal ini memberi petunjuk kejayaan dan kepentingan penganjurannya. Dalam pesta buku, pengunjung berpeluang memilih pelbagai judul buku dalam pelbagai jenis bidang dan sub bidang ilmu. Namun sebaik sahaja pesta buku berakhir, peluang tersebut tidak muncul lagi, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar besar mereka boleh memilih ke kedai buku mega di gedung-gedung membeli belah untukmendapatkan buku. Oleh itu, wajar sekali pesta buku dalam skala tertentu terus diadakan dari semasa ke semasa, bergerak dari sebuah bandar kecil ke sebuah bandar kecil yang lain. Tempoh pusingan setahun, sehingga munculnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan datang mempu meningkat dan mengekalkan momentum minat membeli dan membaca dalam kalangan masyarakat kita. Pesta buku biasanya turut menawarkan potongan harga yang luar biasa bagi menarik minat orang ramai membeli buku dan membacanya. Pelbagai acara yang dianjurkan dalam pesta buku juga secara tidak lansung akan memperkenalkan penulis, penerbit, pengkritik dan personel lain yang terlibat dalam bidang ini. Acara-acara ini mendekatkan dunia industri pembukuan, kepengarangan dan apresiasi karya kepada khalayak. Malang selepas pesta, jarang-jarang kita mendengar adanya acara-acara seperti ini. Penganjuran acara-acara ini dari semasa ke semasa di pelbagai tempat yang strategik akan membantu menyuburkan dunia pembukuan dan yang lebih penting daya intelektual masyarakat dapat ditingkatkan Industri penerbitan yang merupakan tunjang kepada kejayaan penganjuran sesuatu pesta buku bukanlah semata-mata berfokus kepada keuntungan material, tetapi kepada cara ilmu pengetahuan dapat disebarkan, dihidupkan dan dimanfaatkan oleh anggota masyarakat. Akhir sekali, pesta buku akan memberi lebih banyak peluang kepada anggota masyarakat kita untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini dan bermutu sama dari dalam luar negara. Penyertaan penerbit atau pameran dari luar negara akan turut mengangkat prestij Pesta Buku Antarabangsa Kula Lumpur dan seterusnya mengekalkan momentum perkembangan minat membeli dan membaca dalam kalangan masyarakat. (Dipetik dan diubah suai daripada, Pesta Buku Galak Minat Membaca Masyarakat, Oleh Dr. Anwar Ridhwan, dalam Berita Minggu, 20 Mei 2014) Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i
Berikan maksud rangkai kata membanjiri premis. [2 markah]
ii
Apakah matlamat industri penerbitan yang merupakan tunjang kepada kejayaan penganjuran sesuatu pesta buku? [ 3 markah]
iii
Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa mampu memupuk budaya membaca dalam kalangan anakanak? [ 4 markah]
View more...
Comments