Laras Bahasa Ekonomi
November 14, 2018 | Author: Arell Zairil | Category: N/A
Short Description
Download Laras Bahasa Ekonomi ...
Description
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
1.0 PENGENALAN Menurut Ab. Razak Ab. Karim (2008) laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Seorang penutur itu akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya, laras ekonomi, laras undang-undang, laras perubatan dan sebagainya. Menurut Nik Safiah karim (1982) pula menyatakan bahawa laras ialah satu gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Beliau mengaitkan laras dengan pemilihan bahasa berdasarkan konteks, bidang yang diperkatakan dan juga peringkat peringkat sosial. sosial. Menurut Rajiee Hadi (1994), laras bahasa adalah satu wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu iaitu merangkumi pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Ciri-ciri khusus yang dapat membezakan antara sesuatu laras bahasa ialah dengan adanya penggunaan istilah yang berbeza mengikut bidang masing-masing. Jenis dan struktur ayat yang mudah atau kompleks, pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif, bergantung kepada jenis bidang ilmu yang tertentu. Selain itu, pemerengganan yang bergantung kepada jenis format penulisan, penghuraian, penomboran, simbol, carta dan lain-lain. 1
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Terdapat banyak laras dalam bahasa Melayu. Antaranya laras bahasa sains dan teknologi, bahasa undang-undang, bahasa ekonomi atau perniagaan dan banyak lagi. Kajian ini adalah memberi tumpuan kepada bagaimana bahasa yang digunakan dalam laras ekonomi. Laras ekonomi merupakan salah satu daripada laras-laras ilmiah yang ada. Laras ini merangkumi banyak jenis dan salah satu daripada laras ekonomi yang dimaksudkan ialah laras bursa saham. Laras ini banyak terdapat dalam akhbar-akhbar harian dan jarang ditatapi oleh pembaca kecuali seseorang itu terlibat secara langsung atau tidak dengan urusan jual beli saham. Biasanya ia digunakan dalam dunia korporat, khususnya
dalam
bidang
perniagaan,
perusahaan,
perbankan dan perdagangan.
2
perindustrian,
perakaunan,
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
2.0 ANALISIS 2.1 Aspek Istilah Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah ialah satu perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Istilah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu istilah khusus dan istilah umum.
2.1.1 Istilah Umum Istilah umum ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang menunjukkan jenis atau kumpulan. Contoh istilah umum yang terdapat dalam laras ekonomi adalah seperti berikut:
Istilah Umum
Huraian
Indeks
Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index.
Wang
Wang merupakan bahasa sumber.
Saham
Saham merupakan bahasa sumber.
Sen
Sen merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu cent.
Juta
Juta merupakan bahasa sumber.
Harga
Harga merupakan bahasa sumber.
Dagangan
Dagangan merupakan bahasa sumber.
Deposit
Deposit merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu deposit.
Labur
Labur merupakan bahasa sumber.
3
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Ekonomi merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu
Ekonomi
economy . Jadual 1: Istilah umum dalam laras ekonomi.
2.1.2 Istilah Khusus Istilah khusus ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada perkara, benda atau alat-alat tertentu. Contoh istilah khusus yang terdapat dalam laras ekonomi adalah seperti berikut:
Istilah Khusus
Huraian
Indeks
Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index
Komposit
Kuala Lumpur
manakala komposit juga merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu composit . Kuala Lumpur pula merupakan kata nama khas.
Pasaran Saham Hong
Pasaran dan
saham merupakan
Kong
manakala Hong Kong merupakan kata nama khas.
Saham Talam
Saham merupakan bahasa sumber manakala Talam
bahasa
sumber
merupakan kata nama khas. Saham Kbunai
Saham merupakan bahasa sumber manakala Kbunai merupakan kata nama khas.
Saham global
Saham merupakan bahasa sumber manakala global merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu global.
Bursa Malaysia
Bursa merupakan bahasa sumber manakala Malaysia merupakan kata nama khas. 4
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Indeks
Nikkei
225
Jepun
Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index manakala Nikkei 225
Jepun merupakan kata nama
khas. Saham Ramunia
Saham merupakan bahasa sumber manakala Ramunia merupakan kata nama khas.
Saham Saag
Saham merupakan bahasa sumber manakala Saag merupakan kata nama khas.
Indeks FTSE London
Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index manakala FTSE London merupakan kata nama khas.
Jadual 2: Istilah khusus dalam laras ekonomi.
2.2 Aspek Sintaksis Aspek sintaksis sintaksis ini membincangkan membincangkan tentang beberapa beberapa perkara perkara seperti binaan binaan ayat, pola ayat, susunan ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat dan bentuk ayat.
2.2.1 Binaan Ayat Dalam binaan ayat, analisis teks dibuat dengan melihat binaan subjek dan predikat ayat. Contoh binaan ayat boleh dilihat dalam jadual dibawah.
5
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Subjek
Predikat
1. Para pelabur
lebih ceria.
2. Pasaran saham global
meningkat.
3. Indeks Nikkei 225 Jepun
ditutup.
Jadual 3: Contoh binaan ayat dengan melihat subjek dan predikat Dalam contoh satu dalam Jadual 3 di atas, iaitu Para pelabur lebih ceria , kita dapati unsur frasa subjeknya ialah para pelabur dan unsur predikat lebih ceria. Subjek dalam ayat tersebut merupakan frasa nama dan predikatnya pula ialah frasa adjektif. Contoh kedua pula iaitu Pasaran saham global meningkat , kita dapati unsur frasa subjeknya ialah pasaran saham global iaitu frasa nama dan unsur predikatnya ialah meningkat iaitu frasa kerja. Contoh yang ketiga pula iaitu Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat, kita dapati unsur frasa subjeknya ialah Indeks Nikkei 225 Jepun iaitu frasa nama dan unsur predikatnya ialah ditutup iaitu frasa kerja.
2.2.2 Pola Ayat Pola ayat terdiri daripada empat unsur iaitu: I.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
II.
Frasa Nama + Frasa kerja (FN + FK)
III.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
IV.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN) 6
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Namun begitu, pola 1 iaitu FN + FN tidak terdapat dalam analisis ini. Pola ayat yang hanya terdapat pada teks adalah: Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
FN (subjek)
FK (predikat)
1. Indeks Komposit Kuala Lumpur
mencecah paras 1533.
2. Unit dagangan
meningkat hampir dua kali ganda.
3. Pasaran Pasa ran saham Amerika Syarikat
menunjukkan perubahan positif.
Jadual 4: Pola ayat Frasa Nama + Frasa Nama. Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)
FN (subjek)
FA (predikat)
1. Para pelabur
lebih ceria.
Jadual 5: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif. Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN)
FN (subjek)
FSN (predikat)
1. Pasaran saham Hong Kong
pada bulan Januari 2011.
2. Pasaran saham negara
pada awal tahun 2011.
3. Indeks kini
dengan hanya 30 kaunter.
Jadual 6: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
7
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
2.2.3 Susunan Ayat Susunan ayat dilihat kepada dua bahagian iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang.
I.
Ayat Biasa
Dalam susunan ayat biasa, kedudukan konstituen subjeknya berada di hadapan konstituen predikat. Contoh ayat yang terdapat dalam teks ialah: ialah:
subjek
predikat
a) Indeks
berada di paras melebihi 23 ribu mata.
b) Indeks
ditutup pada 23 447.3 mata.
c) Pasaran saham global
meningkat hampir dua kali ganda.
Jadual 7: Contoh ayat biasa yang terdapat dalam teks. II.
Ayat Songsang
Ayat songsang ialah ialah ayat yang telah melalui proses pendepanan pendepanan atau penjudulan. penjudulan. Bagi ayat songsang, konstituen predikat yang biasanya selepas subjek dipindahkan kehadapan objek. Unsur dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan. Contoh ayat yang terdapat dalam petikan ialah:
8
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Predikat 1. Pada minggu kedua
Subjek Indeks
Ayat biasa komposit
Lumpur
FBM
Kuala
Indeks
komposit
terus Lumpur
meningkat.
meningkat
Kuala
FBM
terus
pada
minggu
kedua. 2. Pada minggu ketiga bulan Januari 2011
Indeks
Komposit
Lumpur
FBM
menurun
sedikit,
Kuala
Indeks
mula Lumpur tetapi
masih di paras 1500 mata.
menurun
Komposit
Kuala
FBM
mula
sedikit,
tetapi
masih di paras 1500 mata pada minggu ketiga bulan Januari 2011.
Jadual 8: Contoh susunan ayat songsang.
2.2.4 Ragam Ayat Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu: a) Ayat aktif b) Ayat pasif
1. Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang yang mengandungi mengandungi kata kata kerja yang mengutamakan mengutamakan subjek subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua jenis ayat aktif iaitu: a) Ayat Aktif Transitif Transitif b) Ayat Aktif Tak Transitif
9
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Ayat Aktif Transitif Transitif Ayat aktif aktif transitif transitif ialah ayat yang yang mengandungi mengandungi kata kata kerja transitif, transitif, iaitu iaitu yang diikuti oleh oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Contoh ayat aktif transitif yang terdapat dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.
Subjek
Indeks
Predikat
Komposit
Predikat
Kata KerjaTransitif
Objek
Kuala
menunjukkan
perubahan positif.
Kuala
mencecah
paras 1533 mata pada hari
Lumpur FBM Indeks
Komposit
Lumpur FBM Pasaran
saham
pertama. Amerika menunjukkan
perubahan positif.
Syarikat Jadual 9: Ayat Aktif Transitif.
Ayat Aktif Tak Tak Transiti Transitif f Ayat aktif aktif tak transitif transitif ialah ialah ayat yang yang megandungi megandungi kata kata kerja tak tak transitif, transitif, iaitu yang yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh ayat aktif tak transitif yang terdapat dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.
10
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Subjek
Predikat (Kata Kerja Tak Transtif)
Unit dagangan
meningkat.
Indeks
ditutup.
Indeks Dow Jones
meningkat.
Jadual 10: Ayat Aktif Tak Tak Transitif
2. Ayat Pasif Subjek
Kata kerja Pasif
Oleh + Frasa Nama Keterangan
Peningkatan ini
disebabkan
oleh berita positif sektor perumahan
Saham Nestle
dibeli
oleh pihak luar.
Sentimen positif
didahului
oleh kaunter stok.
Jadual 11: Ayat Pasif
2.2.5 jenis-jenis Ayat Terdapat empat jenis ayat dalam tatabahasa Melayu iaitu: a) Ayat Penyata b) Ayat Seruan c) Ayat Tanya d) Ayat Perintah
11
di negara itu.
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
a) Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. penyataan. Ayat penyata mempunyai mempunyai tujuan menyatakan menyatakan atau memberikan keterangan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan . Contoh ayat penyata yang terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:
i.
Analisis saham ini adalah berkaitan dengan pasaran saham yang lalu.
ii.
Pasaran saham Negara pada awal tahun 2011, 2011, amat memberangsangkan dengan jumlah dagangan melebihi 40 000 juta.
iii.
Saham teraktif dalam minggu itu termasuklah saham Saag, Talam, KUB Malaysia Berhad (KUB), Borneo Oil Berhad (Bornoil) dan Ho Wah Genting Berhad (HWGB).
b) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! ) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat seruan dalam teks yang dikaji ini.
c) Ayat Tanya Ayat Tanya Tanya ialah ayat yang digunakan digunakan untuk tujuan menanyakan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Contoh ayat tanya yang
12
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut: i.
Apakah faktor peningkatan pasaran saham Hong Kong pada bulan Januari 2011?
ii.
Adakah pasaran saham negara akan sentiasa meningkat?
d) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasa digugurkan. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat perintah dalam teks yang dikaji ini.
2.2.6 Bentuk Ayat Terdapat dua bentuk ayat yang dianalisis dalam teks ini, iaitu; a) Ayat Tunggal b) Ayat Majmuk Ayat Tunggal Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal, seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks yang dikaji ini adalah seperti yang berikut:
13
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
subjek
predikat
Pasaran saham negara
meningkat tinggi.
Saham
menurun.
Jadual 12: Ayat Tunggal. Ayat Majmuk Ayat majmuk ialah ialah ayat yang yang dibina dibina dengan mencantumkan mencantumkan dua ayat tunggal tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadi ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu a) Ayat majmuk gabungan b) Ayat majmuk pancangan c) Ayat majmuk campuran
Ayat Majmuk Majmuk Gabungan Gabungan Ayat majmuk majmuk gabungan gabungan ialah ialah ayat yang yang terdiri terdiri daripada daripada dua ayat ayat atau lebih lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam teks yang dikaji adalah seeprti yang berikut: i.
Jumlah dagangan harian berada di paras melebihi 2000 juta unit pada hampir setiap hari pada minggu pertama dan minggu kedua tahun 2011.
ii.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM menurun, tetapi masih di paras 1500 mata.
iii.
Unit dagangan masih tinggi dan berjumlah 7450.23 juta unit berbanding dengan 6361.99 juta unit pada minggu ketiga bulan Disember 2010.
14
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
Ayat Majmuk Majmuk Pancangan Pancangan
Ayat majmuk majmuk pancangan pancangan terdapat terdapat satu ayat utama utama atau ayat ayat induk dan dan satu atau atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada ayat pancangan relatif, ayat pancangan komplemen dan ayat pancangan keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan dalam teks kajian ialah : i.
Permulaan yang positif untuk tahun 2011.
ii.
Saham yang banyak perubahan termasuklah saham British American Tobacco berhas (BAT). (BAT).
iii.
Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot adalah kurang tepat.
Ayat Majmuk Majmuk Campuran Campuran Ayat majmuk majmuk campuran campuran ialah ayat yang yang mengandungi mengandungi lebih lebih daripada daripada satu jenis ayat, ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh ayat majmuk campuran dalam teks kajian ialah: i.
Saham yang banyak perubahan termasuklah saham BAT, saham Nestle, dan saham TWS.
ii.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM yang mula turun sedikit, tetapi masih di paras 1500 mata.
15
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya,
dalam analisis
teks laras ekonomi yang bertajuk ‘sasaran
tahun baharu’ terdapat penggunaan istilah umum dan juga istilah khusus yang telah
disenaraikan.
Dari segi aspek sintaksis pula binaan FN+FK merupakan binaan ayat yang paling
banyak
dikenal
pasti
berbanding
dengan
FN+FA
dan
FN+FSN.
Walaubagaimanapun, binaan FN+FN didapati tiada di dalam kajian teks yang dilakukan.
Kebanyakan susunan ayat adalah ayat biasa namun ada juga ayat songsang digunakan dalam laras ini. Selain daripada ayat biasa dan ayat songsang, teks ini juga menggunakan ayat aktif dan ayat pasif dan juga beberapa jenis ayat seperti ayat penyata dan ayat tanya . Ayat perintah dan ayat seruan tidak terdapat dalam teks. Bentuk ayat yang digunakan pula ialah ayat tunggal dan juga menggunakan lebih banyak ayat majmuk daripada ayat tunggal.
16
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341
RUJUKAN
Ab. Razak Ab. Karim. 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu . Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Asmah Haji Omar. Omar. 2008. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laras
bahasa
. Dicapai
pada
2
Oktober
2011,
daripada
http://yunimaha5-
lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-2.html
Mohd Hanif Mohd Helmi. 2011. Mac. Sasaran Tahun Baharu . Dewan Ekonomi. 59-61.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. 2010.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
17
View more...
Comments