Laporan Tahunan Kelab Robotik
September 20, 2017 | Author: GEOTOPIA | Category: N/A
Short Description
Contoh Laporan Aktiviti tahunan Kelab Robotik 2009 Robotic Club End Year Report in BM...
Description
KELAB ROBOTIK SMK SEAFIELD JALAN USJ 2/5, SUBANG JAYA
0
KANDUNGAN BIL
PERKARA
M/S
1.
PENGENALAN
2
2.
VISI
2
3.
MISI
2
4.
OBJEKTIF
2
5.
CARTA ORGANISASI AKTIVITI KOKURIKULUM
3
6.
CARTA ORGANISASI AJK KELAB ROBOTIK
4-5
7. TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUM
6
8. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
7
9.
PELAKSANAAN PERTANDINGAN SERTA KEPUTUSAN 10. PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN 11. KESIMPULAN
8-17 18-21 22
1
1.
PENGENALAN
Melalui pemberian set robotik Lego Mindstorm NXT oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 maka tertubuhnya Kelab Robotik SMK Seafield.
2.
VISI
Menjadi kelab Robotik utama yang inovatif,kreatif dan menerajui ke arah kecemerlangan kokurikulum sekolah.
3.
MISI
Memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar kepada kemahiran rekacipta dan penyelidikan sains dalam bidang robotik yang menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.
4. i.
OBJEKTIF Menggalakkan pelajar untuk membuat explorarisasi dan penyelidikan dalam rekacipta teknologi robotik,program kecerdasan buatan dan bidang yang berkaitan.
ii.
Membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on atau penyelidikan.
iii.
Untuk melatih pelajar mengamalkan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah yang mencabar.
iv.
Untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi
v.
Melibatkan pelajar dalam satu program „mentor based‟ yang menggalakkan pemikiran inovatif “out-of-the-box”
2
5. CARTA ORGANISASI AKTIVITI KOKURIKULUM 2009
PENGERUSI Pn. Teh Seok Im
NAIB PENGERUSI I En Abdul Rahim Khalid
NAIB PENGERUSI II En Musawir Jamshad
SETIAUSAHA Pn. Norsalawaty Muhammad (Pagi) Pn. Heng Sok Tiang (Petang)
PENYELARAS
UNIT BERUNIFORM Pn.Zaini
PERSATUAN Pn.Fong W.C.
KELAB BKN PERMAINAN
Pn.Phung K.C.
PERMAINAN Pn.Chuah LS
AHLI JAWATANKUASA Guru-guru Kanan/ Guru Kanan Penasihat Persatuan/ Kelab/ Akademik/ Pelbagai
3
6. CARTA ORGANISASI KELAB ROBOTIK 2009 SESI PAGI
GURU PENASIHAT (PN. GRACE ONG HOOI CHEAN)
PENGERUSI (M. SUMADRAN) 5C NAIB PENGERUSI (DARSHNAN KUMAR)3G
SETIAUSAHA (DHARSAN A/L ANNAMALAY)3G NAIB SETIAUSAHA (MAGDALENE ROSE) 3G
BENDAHARI (TAN XING KAI) 3G NAIB BENDAHARI (MUHAMMAD IDLAN) 3G AJK TING 4 (PRAGASH)4A (CHRISTOPHER) 4G
AJK TING 3 (FATIN NADIA) 3G (LIEW JOON KEONG) 3H
4
SESI PETANG GURU PENASIHAT (EN. AZAHAR)
PENGERUSI (LEE LOONG YI) 2B NAIB PENGERUSI (LEE LOONG KUAN)1F
SETIAUSAHA (CHONG JIA CHENG)2D
NAIB SETIAUSAHA (TANG KAR CHUIN) 1F
BENDAHARI (KEANUE GOH WEI CHIEN) 1B NAIB BENDAHARI (COLIN CHAN) 1E AJK TING 1 (JOSHUA CHUA)1A (MUHAMMAD FARHAN)1A
AJK TING 2 (BRANDON CHOO) 2J (TAN HOONG CHAU) 2B
5
7. TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUM JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN DAN AKTIVITI KELAB ROBOTIK BULAN
TARIKH
JENIS LATIHAN/TEKNIK
JAN
9/1/09
Pendaftaran
NAMA GURU/JURULATIH PN. GRACE ONG
JENIS PERTANDINGAN
TEMPAT
CATATAN
Tapak perhimpunan
Kokurikulum “
Makmal Komputer
23/1/09 Latihan Robotik 1
“
6/2/09
Latihan Robotik 2
“
27/2/09 Latihan Robotik 3
“
MAC
13/3/09 Latihan Robotik 4
“/ En Khong
APR
24/4/09 Latihan Robotk 5
“/ En Khong
MEI
6/5/09
Makmal Komputer Makmal Komputer Makmal Komputer Makmal Komputer Makmal Komputer Shah Alam
16/1/09 Mesyuarat Agung (AGM) & Pengenalan kepada Robotik8
FEB
Lawatan rombongan ke
“
ROBOCON ROBOFEST
Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2009 Latihan Robotik 6
“/ En Khong
22/5/09 Latihan Robotik 7
“/ En Khong
8/5/09
JUN
18/6/09 Pertandingan Robotik
“
Peringkat Kebangsaan
JUL
19/6/09 Latihan Robotik 8
“
26/6/09 Latihan Robotik 9
“
10/7/09 Latihan Robotik 10
“
24/7/09 Pertandingan Robotik
“
NRC- Negeri Selangpr Robot Planting Robot Energizing Robot Artist
“Tug Of War”
Makmal Komputer Makmal Komputer Sepang
Makmal Komputer Makmal Komputer Makmal Komputer Makmal Komputer
(Peringkat sekolah) sempena minggu ICT.
6
8. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN Tempat: Makmal Komputer SMK Seafield
Sesi
Masa
Guru Penasihat
Pagi
3.00- 4.30 petang
Pn. Grace Ong Hooi Chean
Petang
9.00- 10.30 pagi
En. Mohd Azahar Abd Manap
Bil
Tarikh
Aktiviti
1
9/1/09
Pendaftaran Kokurikulum
2
16/1/09
Mesyuarat Agung (AGM) &
Catatan
Pengenalan kepada Robotik8 3
23/1/09
Latihan Robotik 1
4
6/2/09
Latihan Robotik 2
5
27/2/09
Latihan Robotik 3
6
13/3/09
Latihan Robotik 4
7
24/4/09
Latihan Robotk 5
6/5/09
Lawatan rombongan ke
8
Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2009 9
8/5/09
Latihan Robotik 6
10
22/5/09 (ganti Hari
Latihan Robotik 7
guru – 29/5/09) 18/6/09
Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan
11
19/6/09
Latihan Robotik 8
12
26/6/09
Latihan Robotik 9
13
10/7/09
Latihan Robotik 10
14
24/7/09
Pertandingan Robotik (Peringkat sekolah) sempena minggu ICT.
7
9. PELAKSANAAN PERTANDINGAN SERTA KEPUTUSAN 9.1
Kejohanan/ Pertandingan : Pertandingan Robotik Kebangsaan (National Robotic Competition) (Peringkat Negeri Selangor)
Tarikh
: 15 Jun hingga 18 Jun 2009
Masa
: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
: Dewan Bandar Baru Salak, Sepang, Selangor D.E.
Peringkat
: Negeri Selangor
Guru Pengurus
: Pn. Grace Ong Hooi Chean
Guru Pengiring
: En. Ardi
Pertandingan Robotik Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat Sains Negara dan Sasbadi Sdn. Bhd peringkat negeri Selangor telah diadakan di Dewan Bandar Baru Salak, Sepang , Selangor Darul Ehsan pada 15 hb Jun hingga 18 hb Jun 2009. Kelab Robotik SMK Seafield iaitu “Seafield Robotic” telah menghantar 5 pasukan untuk acara kategori biasa bawah 15 tahun, 1 pasukan kategori biasa bawah 18 tahun dan 1 pasukan untuk kategori terbuka. Pelajarpelajar yang terlibat adalah seperti dalam senarai di bawah: Kategori Biasa ( bawah 15 tahun) ROBOT PLANTING
Pasukan 1
Chong Jia Cheng, Colin Chan, Khor Hoa Xiang
Pasukan 2
Khoo Ken G, Mohd Fazly bin Azaha, Mohd Farhan bin Mohd Fadhillah
Pasukan 3
Keanue Goh Wei Chien, Joshua Chua, Low Wei Hsien
Pasukan 4
Tan Hoong Chau, Tan Hoong Jie, Brandon Choo
Pasukan 5
Darshnan A/L Annamalay, Terrence Lee Yoong Foong, Niroshen A/L Manni
Kategori Biasa (bawah 18 tahun) Pasukan 1 ROBOT ENERGIZING Kategori Terbuka ( bawah 15 Pasukan 1 tahun) (I-Cyberfield) ROBOT ARTIST
M. Sumadran, Kenneth , Ashwin Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin, Lee Loong Kuan
8
Pada peringkat pusingan pertama, pertandingan ini diadakan mengikut zon seperti di bawah: ZON 1 (Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat) ZON 2 (Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling Perdana, Kuala Langat) ZON 3 (Klang, Petaling Utama, Sepang) SMK Seafield tergolong dalam Zon 2 iaitu Petaling Perdana. Dalam pertandingan pusingan pertama ini peserta untuk kategori Biasa “Robot Planting” ( bawah 15 tahun ) SMK Seafield telah berjaya mendapat tempat pertama, kedua, kelima dan keenam. Hanya pasukan 5 tertinggi untuk setiap zon yang akan layak ke pusingan akhir menjadikan hanya 15 pasukan terbaik sahaja dalam negeri Selangor. Oleh yang demikian daripada 5 pasukan yang menyertai pertandingan kategori “Robot Planting”, sebanyak 3 pasukan telah dipilih untuk bertanding dalam pusingan akhir iaitu mewakili Zon 2 peringkat negeri yang diadakan pada 18 hb Jun 2009. Pada pertandingan peringkat negeri, pasukan 3 telah berjaya mendapat tempat kelima dan pasukan 1 , tempat ke 9. Pasukan bawah 15 tahun untuk kategori terbuka “Robot Artist” yang mempersembahkan permainan Kompang di mana sebanyak 4 robot telah dibina untuk memainkan alat tradisional Melayu itu kompang dan digelar “KOMPANGBOT” telah berjaya mendapat tempat kedua untuk pertandingan peringkat negeri Selangor kategori terbuka ( bawah 15 tahun). Senarai di bawah menunjukkan senarai peserta ke peringkat akhir dan pencapaian mereka di pusingan akhir. Kategori Biasa ( bawah Pasukan 15 tahun) ROBOT PLANTING
Peringkat Zon
Peringkat Negeri
Nama Peserta
Pasukan 1
Tempat ke 2
Tempat ke 9
Pasukan 2
Tempat ke 6
-
Khoo Ken G, Mohd Fazly bin Azaha, Mohd Farhan bin Mohd Fadhillah
Pasukan 3
Tempat ke 5
Tempat ke 5
Keanue Goh Wei Chien, Joshua Chua, Low Wei Hsien
Chong Jia Cheng, Colin Chan, Khor Hoa Xiang
9
Pasukan 4
-
-
Pasukan 5
Tempat ke 1
-
Darshnan A/L Annamalay, Terrence Lee Yoong Foong, Niroshen A/L Manni
Kategori Biasa (bawah Pasukan 1 18 tahun) ROBOT ENERGIZING
-
=
M. Sumadran, Kenneth , Ashwin
Kategori Terbuka Pasukan 1 ( bawah 15 tahun) (IROBOT ARTIST Cyberfield)
Tempat ke 2
Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin, Lee Loong Kuan
“Best Mentor Award” Pertandingan Robotik (Negeri Selangor)
Tan Hoong Chau, Tan Hoong Jie, Brandon Choo
Guru: Pn. Grace Ong Hooi Chean Kebangsaan
Selain daripada pencapaian yang cemerlang daripada ahli kelab robotic dalam pertandingan robotic NRC, guru penasihat kelab iaitu Pn. Grace Ong telah berjaya mendapat “Best Mentor Award” peringkat negeri Selangor atas usaha beliau yang gigih untuk memantapkan pencapaian kelab sejak ia dibuka 2 tahun yang lalu. Sokongan dan usaha beliau sepanjang cuti pertengahan tahun selama 2 minggu untuk membimbing dan membuat persediaan bersama ahli kelab robotik amat dihargai. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Ardi yang sanggup menjadi guru pengiring sepanjang pertandingan ini untuk menggantikan En. Azahar. Sokongan beliau juga amat kami hargai. Untuk masa hadapan, Kelab Robotik Seafield pasti akan berusaha lebih gigih supaya dapat mewakili Selangor dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Juga kami berharap dapat menambah lagi bilangan robot supaya dapat membudayakan sekolah ke arah bidang robotik.
10
Gambarfoto pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC 2009)
Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi
Para peserta sedang mengisi borang maklumat peserta di luar dewan
11
Pasukan 5 iaitu Terrence, Darshnan dan Niroshen sedang membina robot
Pasukan 2 iaitu Ken G, Fadzly dan Farhan sedang memprogram robot.
12
Para peserta sedang menunggu arahan dari penganjur.
Pasukan 1 iaitu Jia Cheng, Colin dan Hoa Xiang sedang bersedia untuk pertandingan
13
Pasukan 3 iaitu Kaenue, Joshua Chua dan Wei Shen sedang memprogram robot
Con
Pas ukan
14
Contoh-contoh Robot planting yang dibina oleh para peserta
Pasukan I-cyberfield dengan KOMPANGBOT yang dibina oleh Loong Yi, Kar Chuin dan Loong Kuan
15
Persembahan Kompang oleh KOMPANGBOT SMK Seafield yang terdiri daripada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekir
Penyampaian hadiah oleh Pen. Pengarah Pelajaran – Naib Johan bagi kategori terbuka Bawah 15 tahun “Robot Artis” Kompangbot oleh Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin dan Lee Loong Kuan.
16
Para Pemenang kategori terbuka Robot Artist
Penyampaian hadiah “Best Mentor Award” negeri Selangor kepada Guru SMK Seafield, Pn. Grace Ong Hooi Chean.
17
10 . PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN Sesi pagi dan petang 1.
Perjumpaan Kelab seperti yang dijadualkan mengikut takwim
2.
Pelaksanaan Bengkel oleh Jurulatih dari Creative Robotic bagi melatih pelajar dalam pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) anjuran KPM dan Sasbadi
3.
Pelaksanaan Pertandingan Robotik “ Tug Of War” sempena minggu ICT.
4.
Lawatan Sambil Belajar- Pertandingan Robocon Kebangsaan di Stadium Melawati Shah Alam
18
Latihan robotik telah dijalankan sepanjang 2 minggu berturut-turut iaitu Kategori Terbuka dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang manakala Kategori biasa dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang dari 1/6 hingga 6/6 dan 8/6 hingga 12/6/2009. Juru latih robotik khas yang diundang dari Creative Robotik telah datang untuk melatih pelajar pada hari Khamis (4/6 dan 5/6) untuk kategori biasa dan 1/6 dan 2/6 untuk kategori terbuka. Latihan “Robot Planting” telah diajar bagi 5 pasukan bawah 15 tahun dan 1 pasukan lebih 15 tahun “Robot Energizing”. Manakala 1 pasukan kategori terbuka bawah umur 15 tahun telah membina Robot Artist = Pemain Kompang telah mendapat bimbingan dari jurulatih tentang cara pembinaan tangan yang sesuai sahaja. Pelajar sendiri telah berjaya membina scanner dan memprogram sendiri agar robot berfungsi. Perhiasan robot iaitu pakaian dan pembinaan badan pemain kompang dibimbing oleh guru penasihat Pn. Grace Ong.
HARI : 5 HB MEI 2009 MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI GURU PENGIRING: PN. GRACE ONG H.C EN. MOHAMAD AZAHAR
Pada 5 hb mei 2009, Kelab Robotik SMK Seafield telah mengadakan satu rombongan lawatan ke Stadium Melawati, Shah Alam untuk menyaksikan Pertandingan Robocon peringkat Kebangsaan , Malaysia. Lawatan ini merupakan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling (PPD Perdana). Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab Robotik SMK Seafield sesi petang dan pagi telah berkumpul di kantin dan mendaftarkan diri mulai 7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi tepat, bas rombongan yang dihantar oleh PPD telah memulakan perjalanan ke stadum melawati , Shah Alam diiringi oleh dua orang guru penasihat kelab robotik iaitu Pn. Grace Ong (sesi pagi) dan En. Azahar ( sesi petang).
19
Perjalanan ke stadium mengambil masa selama setengah jam kerana berlaku kesesakan jalanraya sepanjang perjalanan pada awal pagi . Pada pukul 8.30 pagi tepat rombongan pelajar sampai ke stadium. Terdapat ramai peserta daripada universiti awam dan swasta serta kolej-kolej bersiap sedia untuk pertandingan yang akan bermula sekejap lagi di kaunter masing-masing. Tajuk atau tema untuk pertandingan robocon tahun ini adalah “ Travel Together For The Victory Drums‟ yang akan berlangsung mulai 5 hingga 10 Mei 2009. Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pengajian tinggi dengan kerjasama Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi, Radio dan Televisyen Malaysia dan SIRIM berhad. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk mempertingkatan pengetahuan teknologi robot di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran, inovasi dan daya kreativiti mereka dalam bidang penciptaan robot. Sebanyak 64 pasukan mengambil bahagian yang melibatkan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam, swasta, politeknik dan juga pusat-pusat latihan. Pasukan yang berjaya akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang akan berlangsung di Tokyo pada 22 Ogos 2009. Para ahli kelab robotik sekolah telah memberi sokongan moral kepada pasukan yang bertanding. Semua ahli juga dihidangkan jamua ringan iaitu nasi ayam dan minuman. Sepanjang pertandingan yang dijalankan, ahli kelab robotik berasa seronok dan dapat menimba ilmu pengetahuan tentang pembinaan robot bukan sahaja menggunakan Lego Mindstorm yang sedia ada tetapi boleh membina robot dengan menggunakan cips mikrokontroller dan bahan-bahan lain. Mereka juga sedar bahawa dalam pertandingan yang sebegini, kerjasama semua ahli pasukan yang erat amat penting untuk menang . Pada pukul 12.00 tengah hari semua pelajar telah bersurai dan menaiki bas yang sama untuk balik ke Subang Jaya. Rombongan ini sampai ke SMK Seafield pada pukul 12.30 tengah hari. Pelajar sesi petang diminta rehat dan makan dan bersedia untuk menghadiri kelas seperti biasa. Manakala para pelajar sesi pagi balik ke rumah masing-masing selepas tamat persekolahan pada pukul 1.10 petang. Akhir kata lawatan ini telah memberikan banyak faedah kepada para ahli kelab robotik. Selain menimba pengetahuan tentang teknologi robotik, lawatan ini juga menyemai minat tentang robotik di kalangan pelajar.
20
Pertandingan Robotik peringkat sekolah sempena minggu ICT yang berlangsung dari 20 Julai hingga 24 julai 2009. Pertandingan Robotik “Tug Of War” telah berlangsung pada hari Khamis bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan ini dimulakan oleh pengerusi dan penolong pengerusi kelab. Pn. Grace Ong dan En. Gan (pemangku Ketua Bidang Teknik dan Vokasional) telah dijemput untuk menghakimi pertandingan ini. Pasukan yang diketuai oleh Chong Jia Cheng telah memenangi pertandingan ini. Ahli kelab bersurai pada pukul 11.00 pagi
Pelajar menekan suis untuk mengaktifkan robot
Robot “Tug OF War” di kawasan pertandingan
21
11. KESIMPULAN Secara keseluruhan, kelab Robotik (Seafield Robotic) ini telah bertambah aktif dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pencapaian yang begitu meransangkan dan cemerlang di peringkat negari amat dihargai di mana kumpulan Robot Artist telah berjaya merangkul pingat perak (naib johan) sementara guru penasihat Pn.Grace Ong telah dianugerah sebagai “Best Mentor” peringkat negeri Selangor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT ahli kelab komputer dan juga melibatkan ahli bukan kelab. Walau bagaimanapun, diharapkan kehadiran ahli kelab ke perjumpaan kelab dapat dipertingkatkan lagi dan mempunyai komitmen yang lebih tinggi dalam kalangan ahli jawatankuasa kelab komputer. Diharapkan, perancangan tahun hadapan dapat meningkatkan kemahiran Robotik ahli kelab dalam kemahiran teknikal dan programming yang telah dipelajari kepada tahap yang lebih tinggi. Kerjasama dan sokongan daripada para pentadbir kokurikulum amat dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih atas kejayaan pelaksanaan aktiviti kelab sepanjang tahun 2009.
Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
(Darshnan)
(Pn. Grace Ong Hooi Chean)
Setiausaha Kelab Robotik
Guru Penasihat Kelab Robotik
22
23
View more...
Comments