Latar belakang klien: Kelompok ini terdiri daripada Pelajar Tingkatan enam.Sains. Mereka terdiri daripada 4 orang ahli. Berpakaian kemas sebagai seorang pelajar . Nampak agak muram dan kurang bermaya. Mata redup seolah-olah kurang tidur dan tak cukup rehat. Isu yang dinyatakan: Ahli kelopok menyatakan : 1. Tidak cukup rehat dan terlalu letih.Sehingga kadang-kadang tak rasa rehat seperti di sekolah .Stress dengan tugasan yang terlalu banyak dan bertimpatimpa. Seolah-olah tidak cukup masa. 24 jam tidak mencukupi.Guru-guru tidak berhati perut , tidak prihatin dan tidak memahami mereka. 2. Mereka berasa tersilap memilih untuk memasuki Tingkatan 6 . Isu sebenar: Tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kursus kerana persekiran kursus adalah berbeza dari belajar disekolah dulu . Persepsi dan konsep kendiri yang negatif memberi kesan kepada pemikiran , perasaan dan tingkahlaku klien. Matlamat kaunseling: Memperbetulkan persepsi terhadap persekitaran dan konsep kendiri terhadap situasi Tingkatan 6 di SMK X.
LAPORAN SESI KAUNSELING KELOMPOK Proses Kaunseling 1. 2. 3. 4. 5.
Membina hubungan dengan memperkenalkan latar belakang klien berkaitan akademik dan tujuan memlilih Ting. 6 di SMK X.. Penerokaan: Ahli kelompok berkongsi perasaan dan pengalaman kendiri masing-masing, melalui luahan perasaan dan pengalaman bersama rakan . Rakan-rakan memberi respon yang baik. Hampir keseluruhan mempunyai masalah yang serupa. Perkembangan : Kesan daripada penerokaan kendiri , ahli dapat memahami rakan mereka. Mereka dapat berkongsi pengalaman dan perasaan sepanjang sesi dijalankan seterusnya membantu mereka membetulkan tanggapan dan persepsi terhadap situasi. Sesi luahan rasa dan pengalaman di sepanjang sesi menjadikan klien dapat celik akal bahawa situasi kursus di Ting. 6 adalah berbeza dari SPM. Klien bersetuju untuk mengubah persepsi diri dan seterusnya menumpukan perbincangan kepada mengurus masa dengan berkesan. Penamatan: Di akhir sesi , ahli kelompok merasa selesa dan akan mencuba tindakan yang telah dipersetujui bersama. Teori yang boleh diaplikasikan: Teori Pemusatan Klien – Rodgers Melebarkan ruang kogruen antara KENDIRI dengan PERSEKITARAN agar ahli lebih yakin dan selesa dengan persekitaran Kendiri
Persekitaran
LAPORAN SESI KAUNSELING KELOMPOK Refleksi: Pada sesi ini saya berasa teruja kerana klien mempunyai pengetahuan berkaiatan teori kauseling. Tahu punca masalah dan langkah penyelesaian. Tugas GBK semakin mudah dan tidak mencabar. Penilaian: Ahli-ahli kelompok aktif berbincang dan memberikan komitment dengan peranan mereka sebagi ahli kelompok. Ahli kelompok lebih mudah memahami permasalah an yang dihadapi bila dikaitkan dengan teori yang pernah mereka pelajari. Tugas kaunselor menjadi lebih mudah. Klien cepat mendapat celik akal. Janji Temu Akan Datang (jika perlu):
Penamatan sesi kaunseling Klien menolak Tiada perubahan
Isu/masalah berjaya diselesaikan Kehendak klien
Perubahan signifikan Dirujuk
Tarikh penamatan: ______________________ Bilangan sesi kaunseling yang telah dijalankan: _____________________
Catatan/ Tindakan Kaunselor: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.