Laporan Sesi Kaunseling Individu Tape 5

January 5, 2018 | Author: Azrul Effindi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Sesi Kaunseling Individu Tape 5...

Description

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU UNIT KAUNSELING & KERJAYA KOLEJ PROFESIONAL MARA KUANTAN KAUNSELOR : EBY MURA BT SOLA KLIEN : Kod klien 0:5(IDA 08-07-011) TARIKH : 26 JANUARI 2010 TEMPAT : BILIK KAUNSELING MASA : 5.00-6.00 PETANG MASA :1jam BERLANGSUNG BILANGAN SESI:SESI 5 CATATAN Definisi Masalah: -Sikap klien yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran sehingga klien tidak dapat menguasai apa yang dipelajari dan akhir menyebabkan kejatuhan pointer klien.Klien juga terleka dengan markah klien dalam ujian pertengah semester kerana mendapat merkah tinggi dan lebih teruja untuk melakukan aktiviti yang lebih menarik seperti keluar lepak dengan kawan dan juga banyak menghabiskan masa dengan online ,keadaan ini menyebabkan klien hilang fokus untuk belajar dan mengulankaji pelajaran dan akhir klien tidak dapat menjawab soalan peperiksaan akhir semester .

Sesi pertama bersama klien ini: Dalam sesi yang pertama bersama klien ini saya telah membina hubungan dengan bertanya santai dengan klien contohnya “sudah makan”.Ini adalah untuk memberi klien berada dalam keadaan selesa .Saya juga membuat penstrukturan mengenai perjalanan sesi yang akan dijalankan dengan klien bagi membantu klien untuk melihat perjalanan sesi yang akan dijalankan .Sebagai strategi saya untuk menerokai permasalahan yang dihadapi oleh klien seperti kebiasaannya saya akan mengajukan soalan terbuka kepada klien seperti “apa yang menganggu kamu pada sekarang?”. Memandangkan klien adalah klien yang dirujuk oleh mentor jadi klien

tidak begitu terbuka menyatakan apa yang menganggunya ,sehingga klien menyatakan bahawa klien tak tahu apa yang menganggu klien.Keadaan ini menyebabkan kaunselor membawa klien melihat bahawa adakah keadaan pointer klien yang sekarang menganggu diri klien ,ini adalah sebagai strategi kaunselor untuk membawa klien melihat keadaan klien sebenar yang perlu diambil kira oleh klien demi masa depan klien.Klien juga menyatakan tidak dapat melihat bagaimana klien boleh memperolehi pointer rendah,Kaunselor membawa klien untuk melihat punca yang menyebabkan mendapat pointer rendah dengan melihat dari aspek cara klien study,kesedaran klien mengenai peranan klien sebagai seorang pelajar.Setelah kaunselor menerokai permasalah klien sebenar ialah tidak mengambil berat akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar sehingga klien lalai dan akhirnya membawa kepada kejatuhan pointer klien.

Aplikasi Teori Tingkahlaku 1.Dalam sesi pertama bersama klien ini kaunselor tidak menggunakkan seberang aplikasi teori .Kaunselor hanya menggunakan teknik dan kemahiran bagi menerokai permasalahan klien dan seterusnya mengenalpasti permasalah sebenar klien. Matlamat Sesi: -Adalah untuk membantu klien menyedari akan tanggungjawab klien sebagai seorang pelajar di KPMIM,dan menyedari apa yang klien perlu ambil berat bagi membantu klien mendapat pointer yang baik dalam pelajaran. Kelebihan Sesi: 1.Kaunselor dapat membawa klien menyedari bagaimana klien mengalami kegagalan untuk mencapai pointer tinggi. 2.Kaunselor juga dapat mempraktikkan kemahiran dan teknik-teknik kaunseling dalam

menerokai permasalahan klien . 3. kaunselor sudah mula lebih fokus terhadap permasalahan klien. 4.Kaunselor dapat mewujudkan kepercayaan klien di mana klien sudah mula membuat pengluahan pada pertengahan sesi. Kelemahan Sesi 1.kaunselor terlalu banyak bercakap sehingga klien kurang bercakap.Ini adalah Disebabkan klien bukan partner yang aktif pada awal sesi.

Refleksi : Dalam sesi ini ,kaunselor telah mempu membawa klien

melihat

bagaimana

permasalahan wujud bagi membantu klien untuk lebih sedar akan keadaan klien.Kaunselor juga dapat membantu klien dalam melihat permasalahan sebenar klien melalui penerokaan ke atas isu yang dibawa oleh klien dengan menggunakan teknik dan kemahiran yang telah terapkan oleh kaunselor dalam sesi ini.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF