: Bilik Kaunseling SJK (T) Jalan Yahyaawal Johor Bahru, Johor
LATAR BELAKANG PERTEMUAN YANG LALU: Pada pertemuan yang lepas klien menceritakan masalahnya yang klien tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya akibat daripada konflik percintaan dan tidak dapat mengurus masa dengan dengan cekap. Akibat daripada perbuatan itu, keputusan akedemik klien semakin merosot dan ini memyebabkan berlakunya konflik di dalam diri klien.
DIAGNOSIS: Pada pertemuaan sesi ini, klien nampaknya berada dalam zon yang selesa yang dapat membantu klien untuk membentuk matlamat yang jelas. Daripada pemerhatian didapati bahawa klien dapat hapuskan amalan tidak baik atau pengalaman pahit (putus cinta dengan teman wanita) serta dapat mengukuhkan tingkah laku yang sesuai. Maka dengan ini klien sedar dan merasa lebih yakin terhadap tanggungjawabnya dan dapat mengukuhkan konsep kendirinya.
PROSES KAUNSELING:
PENERAPAN TEORI. Oleh kerana ini merupakan ini merupakan sesi terakhir antara kaunselor dan klien maka, kaunselor tidak dapat menerapkan sebarang bentuk teori. Tetapi kaunselor masih lagi menggunakan segala bentuk kemahiran bagi memastikan klien betul-betul sedar apa yang sedang dialami oleh klien untuk kenal pasti makna kehidupan. ANALISIS MASALAH. Penganalisisan masalah juga tidak dilakukan oleh kaunselor pada sesi pertemuan ini. Hanya yang difokuskan dalam sesi kali ini ialah menyemak semula “checking”. Ini dilakukan supaya klien benar-benar selesa dengan keputusan yang dipilih dan bertindak serta bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat.
KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN. STRATEGI. 1. Parafrasa : kemahiran ini mambantu kaunselor untuk memahami akan tanggungjawab yang telah diberi kepada klien iaitu “home work” yang meminta klien untuk membuat aktiviti seperti mana yang dijadualkan oleh kliennya sendiri dalam sesi yang lalu. Prafrasa bukan mengulangi tetapi ringkasan intipati dengan tepat dari sesi lampau. 2. Refleksi perasaan : untuk menyemak semula “checking” perasaan klien terhadap
kejayaan
atau
perubahan
yang
dilalui
setelah
Berjaya
melaksanakan “home work”. Apabila klien bercerita maka ia melibatkan emosi dan sehubungan dengan itu kaunselor dapat memahami apa yang dirasai atau didalami oleh klien semasa dan selepas membuat “home work”. 3. Meminta penjelasan : digunakan terutama untuk melihat tentang perasaan, tingkahlaku klien terhadap tanggungjawab kendiri.
STRATEGIK 1. Pada sesi kali ini kaunselor banyak menggunakan kemahiran tindak balas seperti menyoal terutamanya soalan terbuka bagi klien bebas memberi respon terhadap keputusan yang dipilih. 2. Soalan-soalan
klarifikasi untuk menyemak perasaan dan tingkahlaku klien
digunapakai. 3. Penggunaan kemahiran mendengar secara aktif. Kaunselor mendengar dengan perasaan supaya kaunselor dapat memahami perasaan dan mendengar dengan baik serta memberi peluang kepada klien untuk menceritakan perkembangan daripada “home work”. 4. Modifikasi tingkahlaku yang sesuai dengan strategik pengajaran, struktur semula tingkahlaku untuk tingkat keupayaan hadapi kecelaruan.
MATLAMAT Membantu klien untuk mengukuhkan “success identity” yang telah berjaya dibentuk olehnya. Serta menimbulkan kesedaraan klien sendiri dan pengetahuan tentang persekitaran, dan tanggungjawab kendiri.
KESIMPULAN: Secara keselurahannya sesi berjalan lancar. Namun demikian masih terdapat juga situasi yang boleh diteroka dan dilakukan kepada klien.
Klien didapati sukar untuk
menentukan matlamatnya. Klien beranggapan bahawa apabila putus cinta maka segala kehidupan klien seperti dalam bilik gelap. Tidak dapat menentukan matlamat yang seterusnya.
Pada klienya cintalah segala-gala baginya. Oleh kerana itu, klien harus
diperhatikan dari masa ke semasa supaya dapat mengubah tingkah lakunya. Klien mengekalkan penglibatan di tahap tinggi dengan membuat dirinya sendiri terlibat dalam “home work” yang diberikan dengan niat dan tujuan untuk perkembangan dirinya sendiri dimana klien melihat pengalaman ini sebagai sesuatu yang menyukakan klien dan membuka dirinya serta menyebakan dirinya berkembang.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.