Laporan Reflektif sdp
February 24, 2018 | Author: Srene Ying | Category: N/A
Short Description
Laporan Reflektif sdp...
Description
Laporan Reflektif Iberahim Hassan (2000) menjelaskan bahawa pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada bahan atau media. Seni dalam Pendidikan merupakan salah satu subjek yang perlu saya ambil bagi semester dua ini. Seni dalam pendidikan juga dikenali sebagai SDP menumpukan 3 elemen dalam aspek seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Ketiga-tiga seni ini boleh diterapkan
dalam
proses
pengajaran
dan
pembelajaran
(P&P)
untuk
mempelbagaikan kaedah mengajar murid, menyeronokkan suasana dalam kelas dan juga boleh memahami dan mengikut pertimbangan terhadap aspek psikologi setiap murid. Oleh hal yang demikian, guru yang boleh menjalankan P&P dengan ilmu seni dalam pendidikan sanggup menarik minat murid-murid untuk belajar dan mengawal tingkah laku murid-murid. Kerja kursus yang saya terima mengandungi menulis ulasan kritis, menghasilkan kit pembelajaran, menulis laporan reflektif dan juga persembahan kit pembelajaran. Sepanjang saya menghasilkan tugasan-tugasan ini, saya telah menerima dan mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baharu. Sebagai contohnya, kurikulum hanyalah menentukan hasil pembelajaran tetapi pembelajaran yang berkesan adalah kemampuan guru mengaplikasikan teknik mengajar yang mempunyai elemen seni agar murid menjadi lebih jitu dan mampan dalam menerima ilmu. Pengetahuan baharu Pengetahuan baharu yang saya peroleh adalah berkaitan dengan ilmu bidang seni. Saya telah memahami pelbagai jenis seni dan juga unsur-unsur yang ada pada setiap seni. Contohnya, seni visual yang mengandungi lukisan, bentuk, ruang dan sebagainya. Manakala seni pergerakan pula mengandungi bergoyang, bersinar dan bergegar iaitu penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula adalah lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengar. Seni merupakan 19 satu bidang yang menarik dan penting. Oleh itu, subjek pendidikan seni visual telah diajar di dalam sekolah sejak dulu. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan juga ditentukan dalam subjek pendidikan seni visual. Warna boleh
menceriakan suasana keadaan dan juga perasaan seorang. Oleh hal yang demikian, seni visual turut dipentingkan dalam seni dalam pendidikan untuk memanfaatkannya terhadap murid-murid. Seni juga memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Pengetahuan baharu yang seterusnya adalah memahami kemahiran yang berbentuk irama yang dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan seperti melompat, berlari dan sebagainya. Dengan ini, teknik mengaplikasikan irama dalam P&P juga salah satu pengetahuan baharu untuk membantu dalam mempelajari sesuatu. Contohnya, murid-murid boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti pergerakan ataupun apa-apa aktiviti yang dapat dijalankan.
Gabungan
elemen-elemen
seni
dalam
proses
pengajaran
dan
pembelajaran sanggup menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Aplikasi elemen-elemen seni dapat mendorong kanak-kanak memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah, seronok dan berkesan. Sebagai seorang guru pelatih, saya belajar untuk memanipulasikan elemen seni dalam proses P&P supaya menjadikan pengajaran lebih berkesan dan efektif. Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dengan adanya irama, kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama. Pelbagai irama yang menarik akan kita temui dalam kehidupan seharian iaitu bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki yang wujud di sekeliling kita tetapi kita kita sedari. Bukan itu sahaja, saya juga belajar merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan menggunakan elemen SDP untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu menggunakan teknik dan strategi mengajar untuk membantu murid memperoleh pengetahuan yang diajar. Perancangan P&P sentiasa diperbaiki untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan juga mengumpul pengalaman saya sendiri. SDP 20 membantu saya dalam perancangan P&P supaya murid dapat menerapkan ilmu dalam
proses pengajaran. Sebagai contohnya, lagu disediakan dalam pada tahap permulaan boleh merangsang keinginan belajar dan juga alat bantu yang ada boleh membantu murid memperoleh ilmu. Murid-murid dapat menonjolkan mereka diri sendiri dan tidak mempunyai
perasaan malu untuk belajar kerana merasakan seronok semasa melakukan aktiviti di dalam kelas. Proses Penghasilan Projek Pada permulaannya, saya memilih tajuk berkaitan jisim sebagai tumpuan kit pembelajaran saya. Setelah saya menentukan tajuk, saya menentukan hasilan pembelajaran yang ingin dicapai dalam proses P&P supaya ia menjadi fokus kit pembelajaran saya. Walaupun saya sudah memilih tajuk, tetapi saya masih tiada idea ataupun cadangan untuk membuat kit pembelajaran. Saya menggunakan banyak cara untuk mendapatkan idea seperti bertanya kawan-kawan, mencari maklumat melalui talian tetapi masih tiada idea yang sesuai. Oleh hal yang demikian, saya berfikir daripada pelbagai aspek dan mendapati permainan ‘BINGO’ adalah permainan yang masih minat oleh murid-murid dan saya berfikirfikir sehingga mendapat idea untuk membina satu mesin ‘BINGO’ supaya dapat dimain oleh murid-murid. Selain daripada membuat mesin ‘BINGO’, saya juga menghasilkan penimbang, Dancing dan juga kad ‘BINGO’ untuk memudahkan proses P&P kerana alat sebegini adalah diperlukan untuk mengajar topik ini. Semasa menghasilkan kit pembelajaran saya, saya telah mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan kit tersebut kerana terdapat beberapa alat yang perlu membuat dan mengambil masa yang panjang. Semasa membuat, saya sangat letih kerana kadangkala perlu membuat sampai tengah malam atau sehingga pukul dua pagi. Dalam proses penghasilan kit ini, saya juga menghadapi masalah untuk mencari sumber yang diperlukan bagi membuat kit seperti saya perlu mencari penimbang yang murah kerana pensyarah ingin kami membuat dengan kos yang murah dan juga kayu yang murah dan sesuai terhadap alatan dacing. Masalahnya adalah saya perlu mencari barang-barang dekat kedai-kedai yang ada jual dan cari yang paling murah punya supaya mengurangkan kos pengeluaran. Bukan itu sahaja, banyak masalah yang dihadapi lagi semasa membuat hasil kit pembelajaran seperti ‘Mounting board’ tidak lekat antara satu sama lain, tiada penukul semasa
memahat
paku
terhadap
kayu,
tiada
‘Hot
Glue
Gun’
dan
lain-lain.
Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini tidak akan menjadi halangan terhadap saya kerana saya ingin menghasilkan kit pembelajaran yang sudah cuba dengan terbaik sekali. Akhirnya, saya berjaya menghasilkan kit pembelajaran yang mengandungi mesin ‘BINGO’, penimbang, dacing, 21 kad ‘BINGO’, CD dan juga soalan-soalan tertentu. Saya berasa gembira dan bangga kerana saya tidak percaya bahawa saya sanggup menghasilkan beberapa alat bantu mengajar iaitu dalam kit pembelajaran diri sendiri. Saya berasa bersyukur kerana penghasilan ini adalah kerajinan saya sendiri dan juga kekuatan yang
diberi dari Tuhan. Masalah yang didapati semasa semua dihasilkan adalah tiada kotak ataupun tempat untuk letak barang. Tetapi, saya mencari di kedai-kedai yang ada jual kotak yang tidak mahu dan beli untuk menyimpan kit pembelajaran saya. Kekuatan Pelaksanaan Kit Pembelajaran Kekuatan kit pembelajaran yang paling utama adalah kit pembelajaran berpotensi menarik perhatian murid-murid dalam proses P&P. Muzik berpotensi membawa murid ke dalam situasi untuk belajar dengan seronok. Setiap murid adalah sangat gembira apabila mereka berpeluang bergerak dan juga menyanyi. Set induksi yang menggunakan video lagu ‘The elephant mass song’ tentang jisim telah menarik perhatian murid-murid. Seterusnya, menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Oleh hal yang demikian, kit pembelajaran ini dapat menyeronokkan proses P&P sehingga mencapai hasilan pembelajaran. Pergerakan semasa menyanyi ‘The elephant mass song’ dan juga ‘Chicken Dance’ juga merupakan salah satu kaedah untuk mencapai hasilan pembelajaran tersebut. Kekuatan seterusnya sudah dinampak jelas adalah dapat mencapai hasilan pembelajaran. Contohnya, mereka dapat mengetahui gajah adalah haiwan yang paling berat, dengan inilah murid dapat berhubung kait dengan ilmu yang dulu seperti manusia adalah sangat ringan berbanding dengan gajah. Soalan-soalan yang disediakan juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menjawab pelbagai jenis soalan sehingga mereka faham dan dapat menjawab soalan mengikut kehendak soalan supaya hasilan pembelajaran dapat dicapai. Pelbagai jenis soalan dan juga pelbagai jenis alat bantu mengajar dalam kit pembelajaran juga merupakan kekuatan pelaksanaannya. Guru dapat menggunakan pelbagai jenis alat dalam proses P&P untuk membantu murid memahami yang diberitahu. Contohnya, guru boleh menggunakan penimbang semasa beliau ingin mengenai kilogram dan gram kepada murid dan juga ingin mendapatkan keberatan sesebuah barang. Mesin ‘BINGO’ juga telah menunjukkan idea yang bagus dan juga kreatif dalam pengajaran. Ketika murid-murid seronok dalam bermain mesin ‘BINGO’, murid-murid juga mendapat teknik menjawab yang sepatutnya dan menjawab soalan dengan betul. Bukan itu sahaja, mesin ‘BINGO’ juga dapat membentuk sahsiah murid kerana murid-murid perlu beratur dengan bentuk ‘ular’. Hal ini dapat melatih murid-murid supaya mengikut peraturan dan sikap kesabaran.
22 Kelemahan Pelaksanaan Kit Pembelajaran
Kelemahan yang saya nampak dalam kit pembelajaran iaitu guru menggunakan video lagu dengan membuat pergerakan mengikut muzik tersebut. Sekiranya guru dapat merakam
sebuah video dengan merakam diri sendiri dan menggunakan muzik yang sama, muridmurid mesti akan berasa terkejut dan akan juga mengikut pergerakan guru seperti yang ditunjukkan dalam video. Hal ini kerana murid-murid mungkin menumpukan perhatian terhadap video tersebut tetapi mengabaikan guru-guru yang menunjukkan pergerakan di hadapan. Teladan guru yang ditunjukkan dalam video mesti akan dipelajari oleh murid-murid dan murid-murid juga akan menghargai apa yang guru telah mengorbankan. Seterusnya, mesin ‘BINGO’ yang tidak berfungsi dengan sempurna iaitu ia akan terhenti apabila menolak penolak mesin tersebut tetapi ia masih boleh berfungsi dengan baik cuma akan menjejaskan kelancaran yang sepatutnya ada. Ini salah satu kelemahannya kerana saya tidak memastikan kelancaran mesin tersebut. Oleh sebab itu, kelancaran semasa murid-murid mendapatkan jawapan akan menjadi lambat sedikit dan mungkin murid yang seterusnya tidak sabar untuk menjawab soalan. Di samping itu, penimbang yang mempunyai had juga merupakan salah satu kelemahan kit pembelajaran. Penimbang tersebut mempunyai had sehingga 3 kg, maka segala barang yang lebih berat daripada tersebut adalah tidak dapat menentukan keberatan mereka. Sebagai contohnya, murid-murid mungkin akan kecewa ketika tembikai yang lebih berat daripada 3.0 kg tidak dapat ditimbang. Selain daripada itu, kit pembelajaran saya yang banyak telah menjadikan saiz kotak yang menyimpannya besar. Kesukaran untuk mengambil kit pembelajaran menjadi satu kelemahan ini. Contohnya, guru susah mengambil kit pembelajaran ini dengan kemampuan diri sekiranya pergi ke kelas ataupun mana-mana walaupun senarai dalam kit pembelajaran adalah bagus dan boleh disesuaikan dalam banyak topik. Walaupun kit pembelajaran ini mempunyai banyak kekuatan, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mempunyai kelemahan ia sekiranya kami berfikir balik dan membuat refleksi. Penambahbaikan Kit Pembelajaran Terdapat beberapa cadangan yang diberikan adalah guru boleh mencari suatu tempat yang sesuai untuk menyimpan kit pembelajaran ini seperti dalam pejabat supaya menyenangkan guru sendiri semasa beliau memerlukan alat dalam kit pembelajaran ini. Hal ini dapat memudahkan guru supaya tidak perlu mengangkat kotak kit pembelajaran ke merata-rata tempat. Walaubagaimanapun, mesin ‘BINGO’ juga perlu ditambahbaikan pada penolaknya. Contonya, guru boleh menggunakan kertas ataupun bahan yang lebih licin dan lancar apabila ditolak. Guru juga boleh mencuba menolak penolak sebelum menggunakan dalam proses P&P ataupun semasa penghasilan mesin tersebut. Seterusnya, guru juga 23 dicadang supaya dapat merakamkan video lagu dengan talian guru. Contohnya, guru boleh
menyuruh sesiapa yang sanggup menari mengikut muzik berkaitan dan merakamkan sebagai video yang boleh digunakan dalam proses P&P. Video sebegini boleh pasti mendapat keberkesan daripada murid-murid dan murid-murid pasti akan menyukai video
tersebut dan juga cuba memahami apa yang dinyanyi oleh guru sehingga merasai situasi pengajaran. Penimbang yang mempunyai had juga boleh dicadang untuk menukar kepada penimbang yang lebih menahan berat seperti 10 kg ataupun 20 kg. Penimbang ini mesti banyak guna tidak sahaja dalam proses P&P tetapi juga dalam kehidupan keharian. Penghiasan juga dicadangkan untuk setiap alatan dalam kit pembelajaran saya. Hal ini kerana kit pembelajaran yang ada adalah kekurangan penghiasan dan juga warna-warni yang amat penting dalam SDP. Oleh hal yang demikian, guru perlu menggunakan pelbagai cara untuk menghiaskan kit pembelajaran. Penghasilan setiap barang mesti akan menarik perhatian murid -murid sekiranya kepuasan terhadap kit tersebut. Oleh hal yang demikian, bentuk luar dan hiasan luaran memberi imej kepada murid-murid. Dengan adanya tugasan SDP, saya telah mengkombinasi seni visual, muzik dan pergerakan. Saya yakin bahawa kit pembelajaran ini dapat membatu dan memberi kesan yang positif ketika mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Segala salah dan slip yang saya lakukan ingin mengucapkan ribuan kemaanfat dan berterima kasih.
24
View more...
Comments