Laporan Reflektif Sdp
February 24, 2018 | Author: Rajasree Karunamoorthy | Category: N/A
Short Description
seni dlm pendidikan...
Description
Saya telah menghasilkan kit pembelajaran explosion box bagi memenuhi kehendak tugasan seni dalam pendidikan. Kit pembelajaran explosion box ini direka khas untuk subjek matematik bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Explosion box ini dihasilkan untuk membantu murid mengenal nombor 1-5 dengan mudah. Explosion box ini mengandungi 4 stesen yang direka untuk memantapkan pengetahuan matematik asas iaitu mengenal nombor 1-5. Kit pembelajaran ini dihasilkan dengan mengintegrasikan 3 elemen seni dalam pendidikan iaitu seni visual, seni muzik, dan seni pergerakkan. Explosion box ini merupakan pengubahsuaian permainan 'explorace' di mana murid akan bergerak dari satu stesen ke stesen seterusnya. Kit pembelajaran ini mempunyai 4 stesen di mana murid perlu selesaikan stesen pertama dan bergerak ke stesen seterusnya. Kit ini dihasilakan dengan menggunakan kaedah belajar melalui bermain bagi meningkatkan lagi daya tumpuan para murid dan murid tidak berasa bosan. Saya telah mempelajari beberapa kemahiran semasa proses penyediaan kit pembelajaran explosion box. Antaranya ialah saya telah belajar tentang konsep irama, warna dan ruang. Saya menghiasakan luaran kit pembelajaran saya dengan ketiga-ketiga konsep ini. Selain mempelajari konsep irama, warna dan ruang , saya juga mempelajari cara mengaplikasikan konsep tersebut dalam kit saya. Saya menghiaskan keempat-empat bahagian kit pembelajaran saya dengan belon yang mempunyai 5 warna serta disusun mengikut ruang yang betul. Semasa melekatkan corak ini, saya telah pelajari tentang konsep ruang dan bagaimana mempraktikkannya dalam kit saya. Ruang didefinisikan sebagai kawasan kosong di sekililing sesuatu objek,jarak antara objek dan di dalam sesuatu objek. Saya menggunakan 5 warna belon pada setiap permukaan kotak iaitu warna merah, biru, kuning, jingga, dan hijau. Daripada ini, saya telah mengetahui tentang konsep irama iaitu pengulangan corak yang sama. Saya telah mengetahui tentang warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Dengan mengetahui tentang warna, saya dapat memilih warna yang sesuai untuk perhiasan. Selain itu, saya juga menghiaskan bucu kit pembelajaran saya dengan riben berwarna putih. Daripada proses penghasilan kit pembelajaran, saya mendapat tahu bahawa
bagaimana warna memeriahkan dan mencantikkan lagi sesuatu bahan.
Contohnya, saya menghiaskan kit pembelajaran saya dengan riben berwarna putih. Penggunaan riben berwarna putih menjadi kontra dan kit pembelajaran saya menarik perhatian orang ramai. Permukaan riben yang berkilat mampu menarik perhatian kawankawan saya. Daripada penghasilan kit pembelajaran, saya mendapat tahu tentang teknik kontra iaitu unsur seni yang bertentangan antara satu sama lain. Daripada pengetahuan tentang kontra, saya mendapat menarik perhatian terhadap hasil karya saya. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui teknik penegasan semasa melekatkan nama kit pembelajaran 1
saya. Saya telah melekat foam berkilat yang berwarna-warni bagi memfokuskan nama kit pembelajaran saya. Saya menggunakan kad manila berwarna hitam sebagai latar belakang bagi luaran kit pembelajaran saya. Huruf-huruf daripada foam kilat yang berwarna-warni kelihatan lebih menonjol berbanding dengan latar belakang. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap kit pembelajaran saya. Di dalam explosion box ini mempunyai 4 stesen yang direka untuk membantu murid untuk mengenal, meniru, menetukan bilangan serta aktiviti pra-tulis nombor 1-5. Semasa membuat keempat stesen ini, saya mempelajari elemen seni visual, pergerakkan dan muzik. Di stesen pertama, saya telah menyediakan nombor buku yang timbul bagi memudahkan murid mengecam bentuk nombor. Semasa menghasilkan stesen, saya dapat mengetahui bagaimana karya timbul dihasilkan. Karya timbul yang saya gunakan dalam nombor buku ini digunakan untuk murid mengenali bentuk sesuatu nombor. Murid dapat menyentuh serta melihat bentuk nombor ini dengan mudah. Di stesen 2, saya telah menghasilkan ulat yang mengandungi nombor pada badanya. Di stesen ini, murid akan memadankan nombor yang betul pada permukaan ulat. Semasa penghasilan stesen ini, saya mengetahui bahawa bagaimana deria sentuh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Ulat ini dihasilkan di foam yang kasar. Hal ini bersamaa dengan teknik jalinan. Di stesen 3 pula, saya telah mempelajari cara menghasilkan pom pom dari bebenang. Pom pom ini digunakan untuk membantu murid mengenali bilangan sesuatu nombor. Semasa penghasilan pom pom ini, saya telah menyedari betapa pentingnya koordinasi antara mata dengan tangan. Masalah dalam koordinasi ini menyebabkan kita dapat melakukan sesuatu kerja dengan baik. Di stesen 4, saya telah mempelajari tentang pergerakkan. Melalui penghasilan kit pembelajaran ini, saya telah mengetahui tentang jenis-jenis pergerakkan. Di stesen ini, murid menjalani latihan pra tulis dimana murid belajar cara bertulis dengan melekatkan bebenang mengikut bentuk nombor. Daripada stesen ini, saya dapat mengetahui cara mengaplikasikan pergerakkan dalam pembelajaran. Stesen ini menggunakan pergerakkan manipulasi alatan di mana murid melakukan pergerakkan menggunakan perlatan melaui permainan. Tidak ketinggalan, saya juga banyak belajar tentang persembahan kit pembelajaran. Penggunaan video, dan lagu sangat mempengaruhi minat pelajar. Maka, saya telah mereka cipta satu lagu untuk mengajar
murid nombor 1-5. Daripada ini, saya dapat
mengembangkan kemahiran menyanyi mengikut irama dengan betul. Saya juga mengetahui bagaimana menghasilakan lagu dan aspek yang perlu diambil kira semasa membentuk lagu. Contohnya, saya telah memastikan bahawa lagu yang saya reka membunyai bentuk
2
yang sama iaitu a,a,a,a. Dengan adanya bentu ini, saya juga dapat mengenali bagaimana lagu dinyanyikan mengikut forte dan piano. Selain itu, saya mengetahui bahawa suara saya perlu cukup kuat bagi memudahkan murid mendenganr dan melaksanakan arahan saya dengan betul. Semasa membuat persembahan, suara saya perlu kuat bagi memastikan semua orang dapat mendengar pembentangan saya. Suara yang kuat juga membantu murid berfokus
kepada
persembahan saya. Bercakap dalam suara yang kuat digunaka sebagai alat untuk menarik perhatian murid. Hal ini membantu murid berfokus kepada kita. Semasa persembahan, saya mengetahui bahawa saya perlu buat demonstrasi bagi pergerakkan yang perlu murid lakukan bagi membantu murid melakukan pergerakkan tersebut dengan baik. Kanak-kanak berkeperluan khas selalunya mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa. Jika kita hanya bercakap dan tidak membuat demonstrasi, murid tidak dapat memahami isi penyampaian kita. Melalui demonstrasi, murid dapat meniru aksi guru dengan betul. Lama-kelamaan murid akan cuba membuat dengan sendiri tanpan bantuan guru. Secara tuntasnya, kit pembelajaran explosion box membantu saya meningkatkan kemahiran dan kualiti saya sebagai bakal guru. Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui tugasan. Hal ini secara langsung mendorong saya berfikir secara kreatif dan inovatif semasa penghasilan dan persembahan kit pembelajaran ini.
3
Lampiran
Gambar 1 menunjukkan luaran kit pembelajaran saya
Gambar 2 menunjukkan bahagian dalaman kit pembelajaran saya
4
1. Bucu-bucu kotak A4 dipotong
2.Permukaan luar kotak A4 dibalut dengan kad manila hitam
3. Setiap permukaan di dalam kotak dibalut dengan kertas warna
4. Aktivit untuk setiap stesen dirangka, disediakan serta dilekatkan dalamm setiap bahagian dalaman kit pembelajaran
5. Kit pembelajaran dihiaskan dengan teknikteknik seni visual
Rajah 1 menunjukkan proses penyediaan kit pembelajaran
5
konsep penegasa n unsur muzik
konsep kontra ilmu yang saya peroleh dari saya penghasilan kit pembelajar an
pergerakk an
konsep irama, ruang dan warna
arca timbul
Rajah 2 menunjukkan ringkasan ilmu yang saya peroleh daripada penghasilan kit pembelajaran
6
menyanyi lagu mengikut irama
membuat demonstra sti untuk setiap pergerakka n
ilmu yang saya peroleh daripada persembahan kit pembelajaran
menghasil kan lagu mengikut bentuk
suara perlu kuat semasa membuat persembah an
Rajah 3 menunjukkan ilmu yang saya peroleh semasa persembahan kit pembelajaran
7
Rujukan Faridah Nazir, et.al (2011). Seni Dalam Pendidikan. Petaling: Sasbadi Sdn Bhd. Isbell, R.T., Raines, S.C. (2013). Creativity And The Arts With Young Children. USA: Wadsworth Latta, M.,M., Thompson, C,.M, (Januari 30, 2011). International Journal of Education & the arts. Art education as Multiprofessional Collaborations. 13, Article 3. Muat turun pada Februari 16, 2017 dari http://www.ijea.org/v13n1/v13n1.pdf Morrison, G, S.(2015). Early Childhood Education Today. USA: Ashford Colour Press, Ltd.
8
View more...
Comments