Laporan Razak 1956

May 17, 2018 | Author: Jay Nee | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Razak 1956...

Description

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 4 SESI 2009/2010

EDU3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR  LAPORAN RAZAK 1956 KUMPULAN KULIAH : P NAMA PENSYARAH :PUAN NORILA BINTI MD SALLEH NAMA JENNYULAU SIGAU

NO. ID D20091035311

TANDATANGAN

Laporan Razak 1956

Laporan Razak dirintis pada tahun 1955 dan kemudian ditubuhkan sepenuhnya pada tahun 1956. Pada ketika itu dipengerusikan oleh Dato¶ Abdul Razak bin Hussein merangkap Menteri Pelajaran pada waktu itu. Laporan Razak merupakan satu penyata yang banyak membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Motif utama penubuhan laporan ini adalah untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia pada masa itu. Hala tuju laporan ini dibuat adalah untuk menjadikan pendidikan sebagai satu cara untuk menyatukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ketika itu. Pada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, masyarakat yang berbilang kaum ini kebanyakannya ditempatkan di kawasan yang berbeza-beza bagi mengelakkan berlakunya perkembangan ilmu yang mungkin membawa kepada penentangan oleh pendudukan tempatan terhadap pihak penjajah. Objektif Laporan Razak (1956) adalah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Secara umum, terdapat tiga kandungan yang dicadangkan dalam laporan ini iaitu merujuk kepada hal yang berkaitan dengan Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan perubahan dalam sistem pendidikan. Merujuk kepada cadangan yang dikenakan bagi Sekolah rendah, sekolah terbahagi kepada dua cabang utama iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala satu lagi dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, dan Bahasa Cina. Bahasa ibunda bagi Tamil dan Cina hanya dibenarkan jika kuantiti pelajar yang ingin belajar  adalah melebihi 15 orang. Guru-guru yang mengajar pula mesti mempunyai kelulusan seperti yang dikehendaki iaitu sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun ataupun separuh masa bagi dua tahun. Selain itu, bagi sekolah menengah pula, sesi persekolahan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah selama 3 tahun, sekolah menengah atas selama 2 tahun dan pra-universiti juga selama 2 tahun. Sukatan pelajaran bagi sekolah menengah adalah sama dan pelajar yang belajar di peringkat ini harus lulus peperiksaan. Seperkara lagi, sistem peperiksaan juga turut dilaksanakan mengikut peringkat. Misalnya, bagi Sekolah Menengah Rendah, peperiksaan diadakan ketika berada di tingkatan 3. Bagi Sekolah Menengah Atas pula,

peperiksaan bersama adalah di tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu manakala Pra-universiti pula diambil ketika di tahun kedua bagi memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP) bagi melayakkan d iri ke universiti. Jika disimpulkan secara ringkas, Laporan Razak 1956

telah mengariskan beberapa

elemen penting sebagai aras rujukan untuk sistem pendidikan di Malaysia ketika itu. Antara elemen yang dibincangkan adalah berkaitan dengan keberkesanan laporan ini sebagai alat untuk  memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ini terbukti dalam Laporan Razak  yang telah mengemukakan agar sistem persekolahan

yang sama diberikan kepada semua

penduduk tanpa mengira perbezaan agama dan kaum. Selain itu, penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan juga disyorkan bagi semua guru. Tujuan cadangan-cadangan seperti ini diketengahkan adalah untuk merapatkan jurang pendidikan yang ada dalam kalangan penduduk  ketika itu. Penyeragaman pendidikan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan negara merdeka dengan mengembangkan lagi bidang-bidang dalam pendidikan negara. Kesimpulannya, kewujudan Laporan Razak adalah bukti yang melambangkan bahawa Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita telah bertambah maju apabila bilangan murid, guru dan sekolah semakin bertambah. Kelengkapan kemudahan yang disediakan berjaya menarik minat masyarakat untuk menerima pendidikan. Ini seterusnya akan membantu melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal serta progresif. Kesinambungan daripada itu, satu undang-undang telah diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957 yang merupakan asas daripada cadangan-cadangan tersebut dan merupakan perlaksanaan Laporan Razak secara tidak langsung. Oleh itu, terbukti di sini bahawa Laporan Razak ini telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan di Malaysia selepas itu.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF