Laporan Razak 1956

May 17, 2018 | Author: tanhuiyen | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Razak 1956...

Description

Laporan Razak 1956

Lebih kurang 3 tahun setelah penguasaan Ordinan Pelajaran, iaitu pada tahun 1955, Kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran. Jawatankuasa ini diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.  Antara bidang bidang tugas tugas jawatankuasa jawatankuasa tersebut merangkumi merangkumi seperti yang berikut: (i) (ii)

Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952; dan Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan. Laporan Jawatankuasa Pelajaran di atas yang dikenali sebagai Penyata Razak dikemukakan pada 6 Mei 1956. Untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai cirri-ciri seperti di bawah:

(i)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar  utama;

(ii) (iii)

Kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air; Sukatan pelajaran yang mempunyai isi kandungan yang sama bagi semua sekolah. Laporan Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah; 2. Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan; 3. 2 jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik: etnik: sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian; 4. Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti; 5. Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua; 6. Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan; 7. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional; 8. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.

Laporan Rahman Talib 1960

Lanjutan kepada Laporan Razak, kerajaan meneruskan usaha untuk memantapkan lagi system pendidikan di negara ini. Lantaran itu, pada Jun 1960, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaaan telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.  Antara cadangan-cadangan Penyata Rahman Talib yang lain termasuk seperti di bawah: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pendidikan secara percuma di sekolah rendah; Sistem kenaikan darjah secara automatic sehingga Tingkatan 3; Peperiksaan penilaian Darjah 5 diwujudkan; Pendidikan moral dititikberatkan; Pendidikan teknikal dan vokasional dipertingkatkan lagi; Pelajaran agama Islam diajar jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid; 7. Kawalan mutu pelajaran ditingkatkan di sekolah rendah oleh Jemaah Nazir; 8. Program latihan perguruan diberi penekanan.

Akta Pelajaran 1961 Aspek Tahap pendidikan

Pendidikan rendah

Pendidikan menengah

Huraian Terdiri daripada: 1. Pendidikan tahap rendah; 2. Pendidikan tahap menengah rendah; 3. Pendidikan tahap menengah atas; 4. Pendidikan di institusi pendidikan,cth: kolej, maktab perguruan, dan sebagainya. 1. Wajib bagi semua kanak-kanak yang mencapai umur  persekolahan; 2. Diberi secara percuma; 3. Ditawarkan di sekolah-sekolah kebangsaan; dan sekolahsekolah jenis kebangsaan. Ditawarkan di sekolah-sekolah 1. Menengah rendah biasa;

2. 3. 4. 5. 6.

Pendidikan Islam

Menengah atas biasa; Menengah atas trade; Menengah atas teknik; Menengah atas vokasional; Menengah yang diluluskan oleh Menteri Pelajaran. 1. Ditawarkan jika terdapat 15 orang atau lebih murid yang beragama Islam; 2. Diajar oleh guru-guru agama yang terlatih; 3. Diadakan sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu pada waktu persekolahan.

Laporan Hussein Onn 1971

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur  bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi  keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat  sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. (Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara.

Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan  juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. (Laporan Hussein Onn, 1971)

Laporan Mahathir (1985)

Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:

Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam  jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih. (Laporan Mahathir, 1976)

Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam Laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka. Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guruguru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin.

 Antara cadangan-cadangan laporan ini termasuk seperti yang berikut: 1. Tumpuan diberi kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira; 2. Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan; 3. Fokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur  didiplin yang diingini; 4. Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada 2 jurusan, iaitu akademik dan vokasional; 5. Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun; 6. Kurikulum ala Malaysia ditegaskan; 7. Semakan semula dibuat ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa Malaysia. Secara keseluruhan, didapati bahawa walaupun pada dasarnya laporan tersebut menekankan unsur perpaduan, ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dari pelbagai aspek seperti yang disenaraikan di atas. Akta Pendidikan 1996

Dikenali juga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Penambahbaikian Tujuan:  Akta Pendidikan 1996 mempunyai 2 tujuan utama, iaitu 1. Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi; 2. Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.  Akta ini mempunyai 3 peruntukan perundangan umum, iaitu: 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikemukakan pada tahun 1988 dijadikan asas dan landasan; 2. Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan lagi dan merangkumi:  Semua tahap persekolahan, iaitu bermula dari pra sekolah hingga pendidikan tinggi;  Semua kategori sekolah, yakni sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta;



Status Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Juga merupakan mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Bagi memudahkan perbincangan seterusnya, peruntukan perundangan yang termaktub dalam Akta tersebut akan dibincangkan mengikut tahap persekolahan seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v.

Prasekolah Rendah dan menengah Teknik dan vokasional Latihan perguruan Pendidikan tinggi

Laporan Barnes

Pada tahun 1950, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Bahagian Latihan Sosial Universiti Oxford ketika itu. Malangnya, Jawatankuasa ini gagal untuk mencadangkan sebarang penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhann. Oleh itu, Laporan Barnes pun mengemukakan satu cadangan radikal seperti yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran Melayu, Persekutuan Tanah Melayu (1951), iaitu menghapuskan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sebagai rumusan, cadangan-cadangan Laporan Barnes termasuk seperti yang berikut: i. ii. iii.

Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransuransur kepada sekolah kebangsaan; Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF