Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

September 8, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan...

Description

 

4.0 LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Pada 5 September 2013 hari Khamis, kami telah menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan kepada kanak-kanak Prasekolah Mithali. Program ini telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan disempurnakan pada pukul 4.30 petang. Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih 4PISMP Prasekolah dengan bimbingan Pensyarah prihatin Puan Zairihan. Kami telah melaksanakan lima aktiviti yang menarik kepada kanak-kanak. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Insititut Pendidikan Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun iaitu Tuan Daud Bin Mat Saman. Kelima-lima aktiviti tersebut adalah pertandingan mewarna dan reka topi, mendeklamasi mendekla masi sajak, puisi dan pantun, fashion show:one Malaysia”, puzzle matching serta akhir sekali ialah pertandingan kolaj jalur gemilang. Kanak-kanak terlibat dengan aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkannya.  Aktiviti yang pertama sekali dianjurkannya adalah pertandingan mewarna dan reka bentuk topi. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini sangat menyerla dan memberi komitmen yang tinggi. Sebanyak 25 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna manakala pertandingan reka bentuk topi telah dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak sangat seronok semasa mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ada segelintir kanakkanak tidak ada lagi pendedahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam prasekolah mahupun di luar prasekolah. Pada akhir pertandingan mewarna, kami telah dapat memilih pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga. Seterusnya adalah pertandingan mendeklamasi sajak, puisi dan pantun iaitu aktiviti yang kedua. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan dihabiskan pada pukul 11.30 pagi. Sebanyak 15 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Kanak-kanak

telah mempersembahkan

dengan baik sekali . Kami telah hanya memberi dua minit kepada setiap kanak-kanak untuk mendeklamasi sajak,puisi dan pantun. Kebanyakkan kanak-kanak telah melebihi masa tetapi mereka me mempersembahkan mpersembahkan deng dengan an baik dan me menarik. narik. Melalui aktiviti-aktiviti ini kita dapat mengetahui dan mengenali bakat kanak-kanak dengan teliti. Dengan ini, kita bolehlah mengenalpasti minat mereka yang sebenar dan masa depan kanak-kanak dengan cerah. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini telah memuaskan dan komitmen baik daripada kanak-kanak.

 

 

Tambahan pula, kami juga berjaya melaksanakan pertandingan “fashion

show” kepada kanak-kanak kanak-kanak prasekolah Mithali selepas masa rehat yang diberikan untuk mengambil makanan tengahari. Pertandingan tersebut telah merangkumi dan mempamerkan identiti negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada para hadirin iaitu ibu-bapa, guruguru dan sebagainya. Dalam pertandingan, kanak-kanak daripada pelbagai kaun telah menonjolkan pakaian tradisional kaum masing-masing. Perkara ini telah menarik tumpuan kesemua hadiran dan juga menarik minat kanak-kanak. Pada akhir  pertandingan ini, kami telah dapat memilih pemenang dalam pertandingan ini. Pemenang tempat ketiga merupakan murid cina yang menunjukkan gaya pakaian tradisional orang melayu manakala pemenang tempat kedua adalah seorang murid india yang menunjukkan pakaian gaya pakaian tradisional orang cina. Pemenang tempat pertama adalah dijatuhkan kepada seorang murid melayu yang menunjukkan gaya pakaian tradisional orang India. Melalui pertandingan ini, kami telah dapat menerapkan nilai saling hormat menghormati dalam diri seseorang kanak-kanak supaya dapat memberi hormat kepada amalan gaya tradisoinal kaum lain. Pada masa yang sama, kami juga menyemai semangat satu Malaysia dalam diri setiap orang kanak-kanak supaya dapat mengekalkan keamanan negara. Seterusnya adalah aktiviti yang keempat iaitu pertandingan perta ndingan “puzzle matching”. Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk merangsang pemikiran kanakkanak supaya dapat memikir secara kreatif dan kritis. Pertandingan ini juga dilaksanakan dalam kumpulan supaya memudahkan kanak-kanak berkolabarasasi bersama rakan-rakan untuk membereskan aktiviti yang telah diberikan. Pertandingan tersebut telah mencabar kebolehan kanak-kanak untuk berfikir secara rasional dan cekap. Dalam pertandingan ini, kami telah menentukan pemenang mengikut masa dan kekemasan papan “puzzle matching). Kami juga dapat memilih tiga pemenang daripada

17

orang

kanak-kanak.

ketiga –  –tiga tiga

pemenang

tersebut

telah

menyempurnakan pertandingan tersebut dengan bersih dan dihabiskan dalam masa yang singkat. Semasa berlangsung pertandingan tersebut, kanak-kanak berkeliatan letih tetapi mereka masih dapat menumpukan perhatian dan juga minat terdapat sesi pengjaran yang dikendalikan oleh kami. Pada masa yang sama, mereka juga tidak mudah berputus berputus asa setelag me mendapat ndapat kes kesilapan ilapan semas semasa a membuat pertandingan “puzzle matching.  matching. 

 

Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti kelima iaitu pertandingan kolaj jalur  gemilang. Dalam pertandingan ini kesemua kanak-kanak prasekolah mithali telah mengambil bahagian dan dapat dibuat dengan baik sekali. Pertandingan ini telah diadakan selama setengah jam untuk memberi masa kepada kanak-kanak bertujuan bagi kanak-kanak tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikannya. Dalam pertandingan ini juga kami dapat memilih tiga pemenang selepas mengadakan perbincangan sesama kami untuk mengenalpasti pemenang yang sewajarnya. Bagi kesemua aktiviti yang dianjurkan oleh kami telah dibimbingi oleh pensyarah kami kami yang terdapat dalam diri saya. Kesimpulannya, kami sebagai guru pelatih akan pasti melaksanakan aktivitiaktiviti sebegini untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan efektif. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini telah memberi satu pengajaran yang terperinci kepada kami. Ia akan memudahkan kami untuk menjalankan tugas dalam sekolah tanpa menghadapi masalah seperti sebelum ini. kita juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yan sangat menarik berbanding kali ini supaya kanakkanak tidak berasa bosan. Dengan itu, berakhirlah aktiviti kami yang terunggul tersebut dan saya juga mencadangkan untuk bermain mengikut suka hati tetapi mengikut juga syarat yang ditetapkan. Sekian, Terima kasih.

 

 

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF