Laporan Program Peer Coaching

March 29, 2018 | Author: Cody Johnson | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Laporan Program Peer Coaching...

Description

LAPORAN PROGRAM PEER COACHING TEMPAT

: SMA TARBIAH ISLAMIAH

TARIKH

: 26 JUN 2015

TINGKATAN

:5

MODEL

: MODEL 3 ( CO – TEACHING )

GURU-GURU YANG TERLIBAT:

PUAN NOR FADZILAH BT ABU

COACH

HASSAN

ENCIK MUSA B. MAT DAUD

COACHEE

1.0 DEFINISI 1.1 Peer Coaching adalah salah satu cabang daripada kaedah yang diguna pakai untuk program komuniti pembelajaran professional atau lebih dikenali sebagai PLC. Kaedah Peer Coaching membuka peluang kepada guru lama dan guru baru untuk berkolaboratif atau berkerja bersama dalam menghasilkan pdp yang mantap. Aktiviti Peer Coaching membolehkan guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan. 1.2 Ia merupakan satu proses yang sulit di mana guru-guru berkongi kepakaran, memberi maklum balas antara satu sama lain, sokongan dan bantuan yang

bertujuan untuk meningkatakan pembelajaran melalui pemurnian kemahiran kini, pembelajaran kemahiran baru dan/atau menyelesaikan masalah bilik darjah. 2.0 OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM 2.1 Objektif atau tujuan pemerhatian dalam Peer Coaching adalah untuk memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar dengan mengujudkan budaya penambahbaikan pengajaran. 2.2 Guru-guru juga dapat membuat pemerhatian dan refleksi peksanaan amalan terbaik yang diguna pakai di dalam bilik darjah. 2.3 Guru- guru juga dapat berkerjasama dalam PdP.

3.0 PRA KONFERENSI PEER COACHING 3.1 Perbicangan mengenai pra konferensi telah diadakan seperti ketetapan di bawah:

PERKARA

TARIKH

PRA KONFERENSI 1

16 JUN 2015

PRA KONFERENSI 2

18 JUN 2015

PRA KONFERENSI 3

22 JUN 2015

3.2 Daripada perbincangan sesi Pra Konferensi, kedua guru telah bersetuju untuk melaksanakan model tiga iaitu pengajaran bersama-sama dengan penetapan kelas Bahasa Melayu tingkatan 5. 3.3 Topik fokus pengajaran sesi ini adalah rumusan Bahasa Melayu.

4.0 PEMERHATIAN 4.1 Aktiviti Peer Coaching telah dilaksanakan pada 26 Jun 2015 di dalam kelas Bahasa Melayu. Fokus sesi PdP pada hari ini adalah pembelajaran yang berfokus kepada pelajar. Pelajar dikehendaki untuk membuat perbincangan dalam kumpulan dan membentangkan hasil dapatan kumpulan di hadapan kelas. 4.2 Guru juga mengharapkan agar pelajar dapat mencari maklumat secara tersurat dan tersirat daripada petikan yang diberikan. 4.3 Pelajar juga perlulah dapat menggabungkan ayat yang panjang kepada ayat yang padat, ringkas dan tepat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

4.4 Coachee bertindak aktif ketika coach mengajar dihadapan, coachee membuat rakaman, menanda senarai semak, melihat interaksi yang digunakan coach dan juga menganalisis maklumat berkaitan. 5.0 PASCAKONFERENSI 5.1 Melalui aktiviti yang telah dijalankan, coach dan coachee dapat bekerjasama dengan baik. Keduanya memberikan komen positif berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan. 5.2 Tumpuan pelajar juga lebih bagus apabila terdapat dua guru di dalam kelas. Ini menjadikan kelas mudah dikawal dan pelajar memberikan perhatian yang penuh ketika sesi PdP berlangsung. 5.3 Pelajar mengadakan perbincangan secara berkumpulan secara aktif yang mana mereka berbincang sesama mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan oleh guru.

6.0 PENAMBAHBAIKAN 6.1 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara Peer Coaching tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sesi PdP yang pendek. 6.2 Penggunaan bahan bantu mengajar digital dan alatan teknologi juga perlulah digunakan di dalam PdP. 6.3 Aktiviti Komsas boleh diadakan di luar kelas pada masa akan datang. 7.0 RUMUSAN Disini dapatlah dirumuskan bahawa sesi Peer Coaching telah dijalankan dengan jayanya. Guru –guru terlibat telah memberikan seratus peratus kerjasama yang baik. Diharapkan program ini mampu membantu guru-guru untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.

8.0

LAMPIRAN BERGAMBAR

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF