LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
Program Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru 2010 Sekolah Kebangsaan Kepis Felda telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 19 Mei 2010 bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Hodijah Binti Johari (Guru Besar) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini. (Rujuk lampiran 1).
Seramai 20 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja kontrak pembersihan kawasan, 5 orang ibu bapa serta murid Tahun 4, 5 dan 6 telah hadir menyertai gotong-royong pada hari tersebut. Kehadiran YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kepis Felda, Encik Juharidan Bin Jaafar memeriahkan lagi program gotong-royong ini. Lampiran 2 menunjukkan senarai kehadiran guru, pembantu pengurusan murid, pekerja kontrak pembersihan kawasan, dan ibu bapa yang hadir dalam program gotong-royong ini. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah disusun seperti berikut. MASA
AKTIVITI
2.30 ptg
Berkumpul di Tapak Perhimpunan
2.35 ptg
Ucapan Guru Besar SKKF
2.45 ptg
Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi
3.00 ptg
Aktiviti gotong royong dimulakan
4.25 ptg
Berkumpul dan menyimpan alatan
4.30 ptg
Jamuan 1
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
Jadual 1.0 : Tentatif program
Pembahagian kumpulan dan kawasan juga telah ditetapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan sistematik.(Rujuk Lampiran 3). Kawasan yang menjadi tumpuan utama dalam program ini ialah Taman Herba, Taman Bacaan, susur gajah, laluan ilmu, dan bilik stor yang terdapat di Tingkat 1 bangunan utama sekolah. Segala peralatan bagi menjalankan program ini telah disediakan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan bagi membeli bahan dan alatan adalah mengikut permintaan bagi setiap kumpulan. (Rujuk lampiran 4). Sebanyak RM250.00 telah digunakan bagi menjayakan program ini. Sumber kewangan diambil dari peruntukan kewangan 3K. Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat pada kawasan-kawasan tersebut. (Rujuk lampiran 5). Perbezaan yang dapat dilihat di Taman Herba ialah papan tanda telah didirikan di taman ini. Pokok-pokok herba yang terdapat di taman ini juga telah dilabelkan menggunakan kayu yang ditulis dengan cat. Informasi seperti ini amat berguna kepada warga sekolah dalam mengenali jenis-jenis pokok herba yang terdapat di muka bumi ini. Kumpulan yang terlibat di kawasan Taman Bacaan pula telah membahagikan ahlinya dan memecahkan kepada dua tugasan iaitu mengecat pondok bacaan dan memasang langsir pada setiap kelas. Pondok bacaan telah dicat dengan warna kuning dan ini menyerlahkan lagi keceriaan pondok tersebut. Dua pondok telah dicat oleh guru-guru dan dibantu oleh murid-murid. Warna langsir yang dipasang di setiap kelas mengikut warna tema sekolah iaitu warna hijau dan coraknya adalah seragam bagi setiap kelas.
2
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
Kumpulan yang terlibat di kawasan laluan ilmu bertungkus-lumus mengecat semula lukisan peta dunia yang terdapat pada dinding laluan ilmu dan ini membuatkan laluan tersebut kelihatan lebih menarik berbanding sebelum ini. Kumpulan yang terlibat di susur gajah pula memberi tumpuan kepada susur gajah yang terdapat di pondok pengawal. Kumpulan ini telah menamakan susur gajah tersebut sebagai Susur Niaga memandangkan susur gajah ini sering digunakan sebagai tapak jualan bagi Program Pendidikan Khas sekolah ini. Papan tanda “Susur Niaga” telah digantung di susur gajah tersebut. Skelop juga dipasang dengan menggunakan warna tema sekolah iaitu warna hijau dengan ditambah dengan sedikit sentuhan skelop berwarna merah. Meja untuk menjalankan perniagaan juga telah diletakkan di susur gajah ini. Meja tersebut dibalut dengan sampul meja dan dililit dengan kemas menggunakan kain. Kumpulan yang membersihkan kawasan stor pula bekerjasama mengasingkan barang-barang yang tidak boleh digunapakai. Manakala, barang-barang yang masih boleh digunakan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Mereka bertungkus-lumus mengemas dan membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada stor ini. Sambutan
gotong-royong
di
Sekolah
Kebangsaan
Kepis
Felda
amatlah
membanggakan dan diharap penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang dapat dipertingkatkan lagi. Pihak penganjur bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat dapat mencapai objektifnya. Diharap agar aktiviti yang berfaedah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih
3
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong-royong perdana tersebut.
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
gajah.
3. Pn. Kamariah Bt Asari
- Menanggalkan kad imbasan 4. Norazizah Binti Mohamed lama.
Norok
- Menampal kad imbasan baru.
5. Pn. Rosni Bt. Abdul Ghani 6. Pn. Isdanita Bt. Ismail 7. Murid Tahun 5 Arif Pemantau : Pn. Hasnah Bt Abdul Ghani
4.
Laluan ilmu
Laluan ilmu (laluan di sebelah surau)
- Laluan ilmu •
1. En.Mohd.Fairuz B Mokhtar (K)
Mengecat dinding dan melukis mural.
2. En. Che Sazuandy Bin Che Mohd. Yassin 3. En. Mohd Ali B. Abdul Aziz 4. En. Abd. Sidek B. Mohd. Salleh 5. Cik Maziah Bt Abdullah 6. Aishah Bt. Ismail 7. Murid Tahun 6 Bestari Pemantau : Pn. Hodijah Bt Johari
5.
Bilik Stor
Stor Tingkat 1
- Mengasingkan barang-barang - Semua ibu bapa yang tidak boleh diguna pakai. 8
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
-Menyusun perabot. -Membersihkan
lantai
Pemantau : dan Pn. Hodijah Bt Johari
sawang.
LAMPIRAN 4 PERBELANJAAN
Bil Peralatan
Kos (RM)
1. Cat
150.00
2.
Berus cat
10.00
4.
Form
30.00
5.
Rantai penggantung
30.00
6.
Lain-lain
9
JUMLAH
30.00 250.00
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
LAMPIRAN 5 A. GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.
10
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
SEBELUM
SELEPAS TAMAN HERBA
TAMAN BACAAN
LALUAN ILMU
11
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
SUSUR GAJAH
STOR
12
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
B. PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.
SEBELUM
SELEPAS 13
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
TAMAN HERBA
TAMAN BACAAN
BILIK DARJAH
14
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
LALUAN ILMU
SUSUR GAJAH
15
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.