Laporan Persatuan Puteri Islam Malaysia

April 25, 2017 | Author: Nor Asilah Zulkifle | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Persatuan Puteri Islam Malaysia...

Description

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 7 JULAI 2010 MINGGU : PERTAMA SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN Ini adalah minggu pertama perjumpaan kami pada semester kedua bagi ahli- ahli PPIM IPGM KTI. TCP bagi permulaan perjumpaan pula diketuai oleh saya, Nurnadiah Kamarudin dari opsyen RBT 2. Agak gementar, apabila berada dihadapan ahli- ahli puteri yang cantik dan comel- comel semuanya. Setelah selesai, kami bergerak ke studio bagi memulakan pembelajaran ikatan dan simpulan. Ia penting bagi aktiviti perkemahan yang bakal dijalankan dalam semester ini. Kami akan membuat gadget, maka kemahiran ikatan dan simpulan perlu dikuasai sebelum perkemahan. Kami deiberi nota serta penerangan oleh Pn Faridah mengenai ikatan dan simpulan. Kami juga diberikan tali untuk membuat latihan semasa proses P&P berjalan. Ia agak berlangsung dengan baik kerana apabila kami mengantuk sahaja menyalin nota, kami akan mula membuat ikatan. Apa yang menariknya apabila semua ahli persatuan adalah dari golongan puteri apabila kami agak bebas sedikit bersuka ria apabila kami mengikat rakan- rakan laian atas alasan ingin membuat latihan. Pada pendapat saya, semester ini, PPIM akan jadi lebih menarik.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 21 JULAI 2010 MINGGU : KEDUA SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN Minggu ini dimulakan dengan TCP yang diketuai oleh saudari yang berasal dari sarawak iaitu Jaimah bt Japar dari opsyen RBT 1. Perjumpaan kami kali ini ialah di Blok C bagi latihan amali membuat ikatan dan simpulan. Perjumpaan kami dimulakan dengan pembahagian stesyen yang diketuai oleh pelajar-

pelajar

opsyen

PJ.

Mengapa?.

Ini

kerana

mereka

sudah

kebanyakkannya mahir dalam ikatan dalam simpulan dan juga ia adalah sebahgian dari subjek dalam mata pelajaran major mereka. Maka, setelah mereka membuat persiapan kemahiran dan mengingat langkahlangkah kami memulan kaedah pembelajaran Competency Based Learning ( CBL ) iaitu menggunakan teknik persediaan stesyen kerja. Terdapat tujuha stesyen yang akan mengajar kami mengenai ikatan dan simpulan bagi bunga geti, tindih kasih, simpul pulih, lilit balak, simpul manok, buku sila dan simpul himpit. Namun, apa yang menariknya minggu ini ialah Pn Faridah bersama- sama Pn .... Mengadakan pertandingan antara kumpulan. Kami berlumba- lumba untuk memenangi pertandingan yang tidak seberapa. Akhirnya, quotes yang saya suka akhirnya keluar apabila pensyarah pembimbing kami menyatakan ” akhirnya, bila da ada pertandingan, barulah semua mengeluarkan sikap masing- masing ”. Tepat sekali!

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 28 JULAI 2010 MINGGU : KETIGA SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN Setelah melalui proses pembelajaran dan amali mengenai ikatan dan simpulan, kami akan membuat persiapan perkemahan seterusnya iaitu persiapan gadget. Kami memulakan perjumpaan seperti biasa dihadapan surau IPGM KTI dengan TCP yang agak sempurna diketuai saudari Nurlizawaty dari opsyen PJ. Selepas itu, kami memulakan proses membuat gadget dengan mengingat semula segala ikatan serta simpulan yang telah dipelajari dan juga demonstrasi oleh Pn Faridah. Selepas itu, kami diberikan kepada empat kumpulan untuk membuat tangga yang mudah tapi kukuh menggunakan ikatan manok / balak dan ikatan. Silang gunting Kami diberikan tali raffia dan lima batang kayu penyapu. Setelah berhempas pulas, semua kumpulan berjaya menyiapkan tangga masingmasing. Diyakini juga kekukuhannya kerana setiap kumpulan perlu membuat percubaan. Setelah siap membuat percubaan, kami diminta membuka semula ikatan dan membuat ikatan sambil dipantau oleh pensyarah pembimbing kami. Perjumpaan tamat setelah semua ahli puteri selesai membuat ikatan tersebut dan menunjukkan kepada Pn Faridah

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 18 OGOS 2010 MINGGU : KEENAM SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN Minggu ini telah dimulakan oleh TCP oleh pelajar PJ iaitu Nur Syahidah bt Jantan. Dia merupakan seorang yang tegas, maka TCP kali ini tampak serius dan tegang. Tiada kesalahan major dilakukan dan kami menyanyikan lagu dengan lebih kuat pada minggu ini. Minggu ini, Puan Sumilah telah bertanggungjawab untuk memberikan pengisian rohani kepada ahli- ahli puteri mengenai masalah yang telah menimpa remaja masa kini memandangkan kami yang berada pada zaman itu sekarang. Kami juga tela didedahkan mengenai info salah laku, punca, factor, akibat dan langkah mengatasi kepada permasalah social yang kerap melanda. Sudah tentu, pergaulan lebih ditekankan kerana kebelakangan ini, kerap kali terpampang di dada- dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Sebagi guru muslimah yang baik, kami bukan sahaja perlu mengelakkan

diri

dari

terjebaknya

kepada

permasalahan

malah,

perlu

mempersiapkan diri dalam menghadapi pelajar yang telah menjebakkan diri.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 25 OGOS 2010 MINGGU : KETUJUH SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN TCP pada minggu ini telah diketuai oleh Nur Faseeha bt Sabiran dari RBT 2. TCP kami juga telah diadakan didalam DST yang selesa dan kondusif, namun malangnya terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat mengikut arahan. Kesimpulannya, TCP perlu diadakan di tempat yang terbuka dan tidak sebegitu kondusif. Minggu ini, kami telah berkumpul di blok TMK bagi membahagikan kumpulan bagi sesi perkemahan nanti. RBT 1 dan RBT 2 telah bercampur aduk dari segi penyertaan kumpulan manakala, PJ masih tetap setia dengan kumpulan mereka. Tinggi sungguh, semangat Assabiyah mereka. Namun saya tinggalkan isu itu disitu. Setelah pembahagian ketiga- tiga kumpulan, kami dikehendaki memilih nama kumpulan bagi kumpulan kami. Kumpulan pertama ialah kumpulan Fatimah Az- Zahra, diikuti oleh Summaiyah dan akhir sekali Aisya Hummaira. Minggu ini, kami telah membincangkan resepi rimba yang akan dijalankan semasa perkemahan nanti. Kami telah membuat pembentangan bagi resepi yang dijalankan dan pensyarah kami telah memilih tiga resepi utamam yang akan dimasak semasa perkemahan nanti iaitu ayam pansuh, roti lilit dan kanji sagu.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 15 SEPTEMBER 2010 MINGGU : KELAPAN SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN Miggu ini kami mulakan dengan TCP diketuai oleh wakil dari RBT 1 iaitu Nazirah bt Mohd Rozar. Kami melakukan TCP kali ini dengan lebih serius sebagai persediaan kepada perkemehan yang akan dijalankan pada minggu hadapan Perjumpaan kali ini, kami membincangkan mengenai senarai barangan yang perlu dibawa, senarai ajk, senarai tugas,

dan tatacara berada di tempat

perkemahan. Kami juga perlu menyenaraikan barangan yang perlu dibawa sebagai persediaan dan laporan bagi mengambil barang daripada stor maktab. AJK yang telah dipertanggungjawabkan ialah Nur Affini Mashudi dan Siti Azilah bt Wabib. Mereka telah mengambil masa seminggu untuk meneliti dan membuat analisis barang yang perlu dibawa. Pensyarah kami juga menggariskan etika pemakaian semasa berada dalam waktu- waktu kerja, rasmi dan lapang. Selain itu, kami juga membincangkan kaedah untuk membawa segala peralatan memandangkan kami akan

ada dua trip perjalanan. Siti azilah juga

mencadangkan untuk melabel barangan yang dibawa oleh kami lalu dipersetujui semua.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 22 SEPTEMBER 2010 MINGGU : KESEMBILAN SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN TCP minggu ini diketuai oleh Siti Fasliyana bt Basir dari 4 PISMP RBT 2. Minggu ini, kami membuat persiapan bagi persembahan yang akan dipertandingkan semasa perkemahan nanati. Setelah bergerak dalam tiga kumpulan kami mengambil masa untuk berlatih sebelum membuat persembahan latihan bagi melihat kumpulan persembahan mana yang akan dipersembahkan semasa malam persembahan. Setelah melihat ketiga- tiga persembahan, pensyarah kami mencadangkan untuk menggabungkan ketiga- tiga elemen persembahan iatu perkusi, drama dan nasyid. Walaupun terdapatnya perbezaan dari segi pendapat dan kelas, namun kami berjaya mencapai kata sepakat dan akhirnya

mempersembahkan sebuah

persembahan yang baik. Pensyarah kami juga member komen dan pandangan positif beliau menegnai mutupersembahan kami. Selain itu, kami juga menyenaraikan dua trip perjalanan bagi sesi ke tapak perkemahan. Saya telah dipilih sebagai sesi kedua perjalanan.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 25 SEPTEMBER 2010 MINGGU : KESEPULUH SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN TCP hari ini diketuai oleh Ratna Izattie dari opsyen PJ. Kami telah mengadakan TCP secara kondusif didalam DST sebelum bergerak ke PKP. Aktiviti hari ini adalah mengadakan latihan persembahan bagi perkemahan yang akan dijalankan. Kami

menghabiskan

masa

selama

dua

jam

dalam

berlatihdengan

menggabungkan tiga elemen seni persembahan dan menjadikannya satu persembahan yang menarik dan penuh mesej. Walaupun banyak idea yang telah dicurahkan, pendapat dan perbezaan pandangan namun kami berjaya mencapai kata sepakat.

LAPORAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TARIKH : 13 OKTOBER 2010 MINGGU : KESEBELAS SETIAUSAHA : NURNADIAH BT KAMARUDIN

Minggu ini adalah perjumpaan terakhir kami bagi Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Maka TCP penutupanperjumpaan kami telah diketuai oleh ketua puteri dihadapan makmal sains. Pada minggu ini, kami mebentangkan semua laporan perjumpaan, perkemahan dan aktiviti. Perjumpaan dimilakan dengan pembentangan laporan aktiviti secara mingguan yang dibentangkan oleh Nurnadiah bt Kamarudin. Diikuti dengan pembentangan kertas kerja perkemahan oleh Nur Faseeha bt Sabiran. Selepas itu, kami ditayangkan persembahan multimedia oleh Nurafiqah bt Abdul Rahman mengenai aktiviti- aktiviti yang dijanalankan sepanjang perkemahan. Tidak lupa juga pembentangan laporan bertulis oleh Yusnida dari opsyen PJ. Pada minggu ini juga kami telah mengadakan aktiviti bercerita mengenai kisahkisah nabi. Banyak pengajaran yang boleh didapati dan dipelajari sepanjang penceritaan yang telah dipenglipu larakan. Puan Faridah selaku penasihat PPIM kami selama setahun iaitu dua semester memberikan nasihat dan peringatan sebelum kami mengakiri perjumpaan kami. Perjumpaan kami ditutup dengan jamuan ringkas oleh ahli- ahli PPIM.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF