Laporan Penuh Latihan Industri Safety Course
May 10, 2017 | Author: Abdul Hafiz Bin Ramlan | Category: N/A
Short Description
Contoh Laporan Penuh Latihan Industri atau Praktikal untuk jurusan Keselamatan / Safety Course...
Description
ABSTRAK Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan adanya pengalaman dari latihan ini, pelajar dapat melatih diri dan merasai suasana sebenar alam pekerjaaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan modul yang dipelajari dalam mempraktikkan di dalam bidang pekerjaan secara praktikal dan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-cara menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat. Selain itu, latihan industri juga dapat melatih pelajar untuk mengamalkan sikap berdikari, bertanggungjawab, hormat-menghormati, keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama dengan pekerja lain yang peringkat umurnya berbeza. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan sebagai amalan hidup yang baik untuk diamalkan. Dalam latihan industri, pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan alam pengajian. Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ketika latihan industri, pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan tidak akan mengalami kejutan budaya dan dapat membiasakan diri dengan keadaan secara positif. Secara kesimpulan, latihan industri sebenarnya banyak mendatangkan manfaat kepada diri pelajar itu sendiri,pelajar juga dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.
1
PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, Segala syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan keizinan Dari-Nya dapat saya menyempurnakan program Latihan Industri, menyiapkan laporan penuh latihan industri sekaligus menamatkan sesi pengajian saya di Ranaco Education And Training Institute (R.E.T.I). Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ibu dan ayah saya yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, terutamanya dari R.E.T.I dan juga Citra Alti Sdn Bhd yang telah memberi peluang, kerjasama, bantuan, tunjuk ajar, ilmu dan pengalaman yang sangat tidak ternilai. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak pengurusan ( Human Resources) kerana menerima permohonan saya untuk menjalani latihan industri di Citra Alti Sdn Bhd. Tidak lupa juga kepada En. Arshad Bin Hj. Zainuddin ( Manager Safety Health & Environment ), En. Abdul Razak Bin Bujang ( Safety Coordinator ), Stanley Jiram ( Safety Site Supervisior ) yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang masa saya berada di Citra Alti Sdn Bhd. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua warga kerja Citra Alti Sdn Bhd dan rakan seperjuangan saya dari kolej Fajar International yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang enam bulan tempoh latihan. Serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih.
2
BAB 1 1. Latar Belakang Syarikat CASB Syarikat ini telah diperbadankan pada 21 April, 1997. Tahun 2004 menyaksikan kelahiran Citra yang dinamik dengan pengenalan satu set pasukan pengurusan baru. Ia mengguna pakai nama hadir iaitu Citra Alti Sdn Bhd, pada 19 Oktober 2004. Citra Alti Sdn Bhd, milik penuh syarikat Bumiputera yang mempunyai lesen yang sah dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Pendaftaran Kontraktor (UPK). Dengan lesen yang sah, adalah bukti kecekapan kami dalam menyediakan kerja-kerja kontrak dalam Kejuruteraan Awam, Mekanikal Dan Elektrik. Kami bangga pada pasukan Bumiputera yang berdedikasi, professional dan mahir yang berorientasikan hasil. Kami sentiasa memperbaiki proses kami untuk memastikan kualiti produk dan kepuasan pelanggan itu berterusan. Aset kami warga Citra, berpandukan falsafah kami bahawa kepentingan tempat pelanggan dan kerja berpasukan telah berjaya memindahkan syarikat itu ke dalam arus perdana masyarakat berjanji. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah kumpul koleksi pengalaman dalam bidang kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektirk melalui kejayaan daripada projek-projek seperti pengubahsuaian sekolah, retikulasi air, menara telekomunikasi, kerja-kerja infrastruktur elektrik dan sistem pengurusan maklumat. Kami telah memperolehi kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai kejuruteraan dan kebanyakan semua pengetahuan dan kemahiran menggabungkan pelbagai amalan di bawah satu bumbung.
3
1.1 VISI dan MISI CASB
Visi “Citra Alti Sdn Bhd berusaha untuk menjadi yang dihormati, dinamik, pro-aktif organisasi yang bercita-cita untuk menerajui industri pembinaan di Malaysia dan rantau ini secara keseluruhannya menawarkan semua masa yang komited untuk penyampaian produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang saham jangkaan”
Misi
Untuk mencapai kepuasan pelanggan dengan sentiasa mencari untuk produk dan perkhidmatan baru dan terus berjalan berdasarkan strategi dan agresif mencari cara-cara baru untuk meningkatkan penghasilan, penyampaian produk dan perkhidmatan ke arah keperluan pelanggan memuaskan.
Untuk mencapai kecemerlangan melalui menanda aras SPK kami kepada piawaian antarabangsa.
Untuk mencapai sumber manusia yang inovatif, proaktif dan berpengetahuan melalui pengurusan sumber manusia dan infrastruktur yang sesuai.
1.2 LOGO Syarikat CASB
4
1.3 Carta Utama Organisasi Syarikat CASB
Rajah 1.3: Carta Utama Organisasi Syarikat Citra Alti
5
1.4 Carta Jabatan HSE CASB
Rajah 1.4: Carta Jabatan HSE Citra Alti
6
1.5 LAPORAN PENUH
A. Tugas dan Tanggungjawab Semasa 6 bulan menjalani latihan industri dengan Citra Alti Sdn Bhd (CASB), di bawah pengawasan daripada En. Arshad Zainuddin dan juga pasukan HSE, pelbagai tugas / tugasan yang diberikan kepada saya. Saya telah dilampirkan kepada Jabatan Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran. Rutin harian atau kerja yang saya mengendalikan adalah seperti di bawah :
I.
Bulan Pertama (1/3/2012- 31/3/2012)
Melapor diri di Citra Alti Sdn Bhd dan berkenalan dgn kakitangan Citra Alti.
Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu.
Membuat laporan kemalangan kenderaan di Ulu Teru, Marudi.
Mengedar Peringatan Keselamatan mengenai „Live Line Work‟ dari syarikat Sarawak Energy (SESCO) kepada Projek Manager & Engineer.
Mengikuti mesyuarat shutdown.
Mengisi Non-Conformity Report (NCR)
Mengikuti perbincangan untuk Hari HSE.
Aktiviti shutdown dijalankan di Sg. Rait, Tukau Jaya Miri & Rh. Dindang, Limbang.
7
Rajah 1.5 (a): Sarawak Energy (SESCO) sedang memerhati aktiviti shutdown dijalankan
8
II.
Bulan Kedua (2/4/2012-30/4/2012) Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah. Mengikuti kursus CIDB iaitu Flagman & Traffic Controller. Mengemaskini NCR. Mengikuti sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Bekenu. Mengikuti sesi „Pole Top Rescue‟ anjuran Sarawak Energy (SESCO). Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing, Rh. Linggi, Miri & Rh. Ngayum, Niah
Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah & Rh. Linggi, Miri dijalankan. Mengikuti taklimat mengenai keselamatan di pejabat kepada staff-staff CASB.
Rajah 1.5 (b): Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Site Safety Supervisor
9
III.
Bulan Ketiga (1/5/2012-31/5/2012) Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah & Sg. Asap, Bakun-Bintulu. Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing & Patrick Libau, Niah. Mengikuti mesyuarat RES. Aktiviti shutdown di Rh.Bajing & Patrick Libau, Niah dijalankan. Mengemaskini NCR.
Rajah 1.5 (c): Shutdown di Rh. Patrick Libau, Niah
10
IV.
Bulan Keempat (1/6/2012-30/6/2012)
Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah.
Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Lalo, Rh. Sandom, Marudi & Kg. Beraya Bakam, Miri.
Mengikuti mesyuarat RES.
Mengemaskini NCR.
Mengikuti taklimat mengenai keselamatan bagi pekerja-pekerja lama & baru.
Rajah 1.5 (d): Mesyuarat RES
11
V.
Bulan Kelima (2/7/2012-31/7/2012) Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Beraya Bakam, Miri. Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu. Memantau pekerja di Rh. Timbu, Rh. Kalom & Rh. Meringgai Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Nusah, Bekenu, Miri. Memantau pekerja di Rh. Anjar, Rh. Lalo & Rh. Keir, Marudi, Miri & dan menghantar borang „wayleave‟ (boring izin lalu) di Rh.Keir.
Rajah 1.5 (e): Shutdown di Kampung Beraya Bakam, Miri
12
VI.
Bulan Keenam (1/8/2012-31/8/2012)
Memantau pekerja di Rh. Nisau, Niah.
Memantau pekerja di Kampung 1 Malaysia & Kampung Bakam Jaya, Miri.
Memantau pekerja di Kampung Madinah, Rh. Kalom & Rh. Patrick Libau.
Rajah 1.5 (f): Pengurusan jalan raya yang sistematik
13
VII.
Tugas-Tugas Lain
Diberi arahan untuk menerangkan tentang prosedur-prosedur keselamatan jika berlaku kecemasan di dalam mesyuarat shutdown.
Membantu fotostat kertas kerja & scanning.
Mengemaskini laporan kolej dan dosh.
Mencari artikel-artikel mengenai keselamatan dan kesihatan & menampalkannya di papan bulletin.
Mengemaskini NCR yang telah dikumpul dan letakkan di dalam fail khas.
Mengadakan perbincangan & mengemaskini PIP (Project Implementation Plan).
14
BAB 2
2. Sistem Permit Kerja 2.1 Pengenalan Sistem permit untuk bekerja adalah sistem bertulis rasmi yang digunakan untuk mengawal jenis kerja tertentu yang berpotensi merbahaya. Permit untuk bekerja adalah satu dokumen yang menyatakan kerja yang perlu dilakukan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Permit untuk bekerja adalah sebahagian penting daripada sistem kerja yang selamat bagi aktiviti penyelenggaraan yang banyak. Mereka hanya membenarkan kerja dimulakan selepas prosedur selamat telah ditentukan dan mereka menyediakan rekod yang jelas bahawa semua bahaya dianggap telah diramalkan.
2.2 Prinsip-Prinsip Sistem Permit Kerja Terdapat prinsip-prinsip tertentu yang mesti diikuti dalam sesuatu Sistem Permit Kerja antaranya ialah :
i.
Semua maklumat yang diberikan adalah tepat.
ii.
Kerja yang dilakukan serta pekerja yang melakukan pekerjaan tersebut perlu dinyatakan dengan jelas.
iii.
Memasti dan menjelaskan apa yang telah dilakukan untuk menjadikan kerja yang akan dilakukan itu selamat sebelum permit kerja diluluskan.
iv.
Menggaris dan memaklumkan tindakan keselamatan yang telah diambil oleh pihak yang berkuasa terhadap permit dan yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor.
15
v.
Permit hendaklah mempunyai tarikh luput. Permit baru boleh diberikan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan lanjutan masa.
vi.
Tidak dibenarkan sebarang pekerjaan dilakukan kecuali yang dinyatakan di dalam permit.
vii.
Mengingatkan
kontraktor
yang
menerima
permit
kerja
tentang
tanggungjawab untuk mengekalkan keadaan selamat yang telah diberikan bersama permit tersebut.
16
2.3 Dokumentasi Sistem Permit Kerja Sesebuah permit kerja dicetak sekurang-kurangnya dalam tiga salinan dengan nombor siri yang sudah bercetak. Tujuan mencetak nombor siri ini di setiap muka surat permit kerja adalah untuk memastikan dokumen permit kerja ini diiktiraf sebagai dokumen terkawal. Ini bermakna pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan dokumen ini dikawal oleh pihak yang berkuasa terhadap sistem permit kerja.
Setelah semua salinan permit kerja diterima dan disahkan, maka pihak yang berkuasa akan mengistiharkan kawasan itu mengikut status semasanya sama ada ia selamat untuk melakukan operasi biasa atau sebaliknya sebelum kesemua salinan permit kerja itu disimpan dan direkodkan.
Antara yang menggunakan Sistem Permit Kerja termasuklah :
i.
Kerja dalam ruang tertutup (contohnya vessel dan sebagainya).
ii.
Kerja penyelenggaraan (contohnya, pemisahan paip atau saluran yang mengandungi stim, gas toksik, tekanan dan sebagainya).
iii.
Kerja dengan sistem elektrik.
iv.
Kerja kimpalan dan pemotongan di kawasan selain kawasan bengkel.
v.
Kerja dengan sinaran mengion.
vi.
Kerja dengan bahan letupan.
vii.
Kerja menggali dan sebagainya.
17
18
Rajah 2.3: Sistem permit kerja yang perlu didokumentasi
19
BAB 3
3. Pelan Tindakan Kecemasan
3.1 Pengenalan Pelan tindakan kecemasan adalah bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja asas dalam dimana tindak balas segera dan konsisten untuk kecemasan boleh digubal. Ia juga berfungsi sebagai senarai semak tindakan asas untuk mana-mana kecemasan. Selain itu, cara yang terbaik dengan ada Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) iaitu skuad Bomba dan semua pekerja syarikat mestilah dipandu oleh pelan tindakan kecemasan syarikat.
3.2 Objektif Objektif Pelan Tindakan Kecemasan ialah :
i.
Untuk menghadkan kesan kemungkinan berlaku apa-apa kecemasan pada kakitangan, harta dan alam sekitar.
ii.
Untuk mencipta dan berkesan dalam mengekalkan rangka kerja organisasi yang akan menjamin tindak balas pantas dan berkesan dalam situasi kecemasan.
iii.
Untuk menyediakan senarai tindakan yang perlu diambil dalam kecemasan dengan tanda-tanda yang jelas tentang keutamaan mereka.
iv.
Untuk memperuntukkan kuasa Pegawai yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tertentu semasa kecemasan.
20
v.
Untuk menyediakan saluran komunikasi yang penting untuk penyelarasan tugas yang diperlukan untuk berurusan jika berlaku kecemasan.
vi.
Untuk menyediakan maklumat yang relevan dan memohon prosedur untuk kecemasan yang berbeza.
3.3 Huraian Tindakan Kecemasan Kecemasan boleh digambarkan sebagai sesuatu acara dimana dengan amaran ada atau tidak, ia mempunyai skala keupayaan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada manusia atau kerosakan yang teruk pada kawasan tersebut dan tidak boleh ditangani. Khidmat bantuan luar amat diperlukan untuk mengawal keadaan ketika berlaku kecemasan. Satu keadaan kecemasan boleh menguasai perasaan manusia dan mereka akan rasa terjejas apabila tiada perancangan atau persediaan. Pelbagai jenis bencana besar adalah mustahil untu membuat persediaan tertentu dan walaupun dengan perancangan akan adanya keperluan untuk penambahbaikan dan fleksibiliti. Pelan Tindakan Kecemasan direka untuk mencegah kehilangan nyawa manusia, mengurangkan kerosakan harta benda dan alam sekitar.
21
3.4 Carta Aliran Laporan Pelan Tindakan Kecemasan CASB EMERGENCY Team Leader
Site Supervisor
Low: 1st Aid Accident TL & SS will settle & close& report in accident/incident record form
Zahiruddin Zahari Abg Muhd Uzair T. Bin Abg Mustapha
Police / Bomba / Hospital/SESCO Bomba Hos
Severity Low/High
High: Serious Injuries Dangerous Occurrence Etc. Immediately call Police / Bomba /
High
Low
Hospital /SESCO
Project Manager Miss Evonne Derasen
Engineer Sara Natasha
Chairman/MD En. Zailani Ismail
Commercial Director En.Samat Othman
KKLW/KKA/SESCO
Next of Kin
Rajah 3.4 (a): Carta aliran laporan kecemasan 2 way communication 22
Safety Dept Arshad Hj Zainuddin Abd Razak Bujang Stanley Jiram
OIC Tuan Hj Muhammad Bin Duri
Media/Press
Berikut adalah:-
i.
Sekiranya berlaku kecemasan (Kebakaran, Kemalangan, Rusuhan, Bencana Alam, dll) :
Kemalangan Kecil – Kemalangan yang hanya memerlukan rawatan pertolongan cemas. Cth luka / terpotong nipis pada bahagian badan atau tangan, melecet dan lebam kecil.
Kemalangan Utama – Kemalangan yang meragut nyawa. Cth terpotong dalam pada bahagian badan atau tangan, tidak sedarkan diri, patah tulang, digigit oleh binatang liar / disengat oleh serangga, jatuh dari ketinggian, kejutan elektrik dilanggar oleh objek berat, dihempap pokok atau disambar petir.
ii.
Team Leader (TL) hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada Penyelia Tapak (SS) keadaan keterukan & sifat kecemasan.
iii.
Jika keterukan adalah rendah ( bantuan kemalangan pertama, dll) SS & TL hendaklah menyelesaikan & melaporkan dalam bentuk rekod kemalangan.
iv.
Jika keterukan adalah tinggi ( kecedaraan serius, cth kejadian berbahaya) dengan serta-merta menelefon polis, bomba, hospital (sesiapa yang berkaitan & mengisi borang laporan kemalangan).
23
v.
SS juga hendaklah segera melaporkan kepada Pengurus Projek, Jurutera & Jabatan Keselamatan HSE.
vi.
Pengurus Projek hendaklah serta-merta ke tempat kejadian dan memaklumkan kemalangan kepada Pengerusi / Pengarah Urusan, Pengarah OIC & Pengarah Komersial.
vii.
Hanya Pengerusi / Pengarah Urusan akan memaklumkan / berhubung dengan
KKLW,
KKA,
24
SESCO
HQ,
media
&
waris
Toilet
25Rajah 3.4 (b): Pelan laluan keluar pejabat CASB Miri
Toilet
PM
EE
PM
EE
EE
PM
P&M
ACCOUNT
PROJECT CLERK
DOCUMENT ROOM
MEETING ROOM
ADMIN
PROCUREMENT / SS
QA/QC C
CITRA NET MAIN ENTRANCE SAFETY
viii.GM / HR
KEY Route To Assembly Point
Fire Extinguishers
Emergency Escape Route
Door
25
ACAD
Rajah 3.4 (c): Pelan tempat berhimpun jika berlaku kecemasan SMALL RIVER
Staff Quarters Staff Quarters Escape Route From Quarters
Office Building
Escape Route From Office
Store Building Escape Route From Store
Escape Route From Office
Assembly Point Head Counting MAIN ROAD 26
BAB 4
4. Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)
4.1Tujuan Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang sistematik dan objektif untuk menilai bahaya dan risiko yang berkaitan. Pendekatan tersebut akan memberi suatu ukuran objektif dalam mengenalpasti bahaya serta menyediakan satu kaedah untuk mengawal risiko. Ia adalah salah satu daripada kewajipan am seperti yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja selamata kepada pekerja mereka dan orang lain yang berkaitan.
4.2Terma & Definisi Bahaya Bermaksud sumber atau keadaan yang mempunyai potensi untuk bahaya kepada manusia yang boleh menyebabkan kecederaan teruk, kerosakan harta benda, alam sekitar atau gabungan semua.
Kawalan Bahaya Bermaksud proses melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang dikaitkan dengan bahaya.
Pengenalan Bahaya Bermaksud pengenalpastian kejadian yang tidak diingini yang membawa kepada materialilasi bahaya dan mekanisme dimana peristiwa-peristiwa yang tidak diingini boleh berlaku.
27
Penilaian risiko Bermaksud proses menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada bahaya di tempat kerja.
Risiko Bermaksud gabungan kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dengan tempoh yang dinyatakan atau keadaan yang dinyatakan dan keterukan kecederaan atau kesihatan manusia, harta benda, alam sekitar atau mana-mana gabungan ini.
4.3Konsep Asas
4.3.1
Apa itu Risiko? Risiko adalah sesuatu yang kita sebagai individu hidup hari demi hari. Manusia sentiasa membuat keputusan berdasarkan risiko. Risiko adalah gabungan kemungkinan dan keterukan dari kejadian berbahaya. Dalam istilah matematik, risiko boleh dikira dengan persamaan – Risiko = Kebarangkalian x Keterukan Dimana,
Kebarangkalian adalah satu kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh tertentu atau dalam keadaan tertentu dan,
Keterukan datang dari kejadian seperti keterukan daripada kecederaan atau kesihatan manusia, kerosakan harta benda, alam sekitar atau gabungan yang disebabkan berlakunya kejadian.
28
Rajah 4.3.1 (a): Jadual A diatas menunjukkan kemungkinan menggunakan nilai-nilai berikut
Rajah 4.3.1 (b): Jadual B diatas menunjukkan keterukan dengan menggunakan jadual berikut
29
4.3.2
Penilaian Risiko Risiko boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara untuk menyampaikan keputusan analisis dan keputusan kawalan risiko. Bagi analisis risiko yang menggunakan kebarangkalian dan keterukan dalam kualitatif, ia membentangkan hasil dalam matriks risiko adalah cara yang sangat berkesan untuk berkomunikasi bagi pengagihan risiko seluruh kawasan di tempat kerja.
Risiko boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:
Kebarangkalian x Keterukan = Risiko Relatif
Rajah 4.3.2 (a): Jadual C diatas menunjukkan satu contoh matriks risiko
30
Rajah 4.3.2 (b): Jadual D diatas menentukan keutamaan berdasarkan julat berikut
31
Rajah 4.3 Lampiran HIRARC CASB No
Work Activities
Hazards
1
Site Survey
Unknown Condition/Terrain
Briefing, CIDB & PPE
4
Coordinate/GPS
Flora & Fauna
Site Risk Assessment
Villagers
Risk
Description
3
12
Medium
None
4
2
8
Medium
None
Eliminate & Prevent (If Possible)
4
2
8
Medium
None
Fatigue
Discuss With Villagers/Police
1
3
3
Low
None
Flooding, Bush Fire, Haze
Rest, Rotation, Shift, Adequate Water
2
3
6
Medium
None
Existing Risk Control
Likelihood Severity
Additional Risk Control
Pole Pegging
Traffic Vehicles
Briefing, CIDB, PPE, Road Management
4
3
12
Medium
Machette(Eg; Knife, Hammer)
Fit & High Awareness
3
1
3
Low
Supervision
IndustriPembinaan
Flora & Fauna Hazards
Proper Usage & PPE
3
1
3
Low
None
Malaysia Act 1994
Villagers
Eliminate or Prevent (If Possible)
1
3
3
Low
None
Spray Paint
Discuss With Villagers/Police
1
1
1
Low
None
None
First Aid Box ERP Procedure 3
Act 520 Lembaga
First Aid Box, Mask 2
Legal / Regulations
Vegetation
Traffic Vehicles
Briefing, CIDB,PPE & Road Management
4
3
12
Medium
Clearing
Machette /Trimming Knife
Check, Fit & High Awareness
2
2
4
Low
Chain Saw
Eliminate or Prevent (If Possible)
2
3
6
Medium
None
Flora & Fauna Hazards
First Aid Box
2
2
4
Low
None
Villagers
Discuss With Villagers/Police
1
3
3
Low
None
ERP Procedure
32
Flagman, Signalman Supervision
Pembangunan
4
Hole
Traffic Vehicles
Briefing, CIDB,PPE & Road Management
4
3
12
Medium
Excavation
Shoveling
Check, Fit & High Awareness
1
1
1
Low
Slip, Trip & Fall
Observe Work Area
4
2
8
Medium
Flora & Fauna Hazards
Eliminate or Prevent (If Possible)
2
2
4
Low
None
Villagers
Discuss With Villagers/Police
1
3
3
Low
None
Flagman, Signalman None Supervision
FMA 1967 (NCFAI Section 10)
First Aid Box ERP Procedure
5
Pole
Traffic Vehicles
Briefing, CIDB,PPE & Road Management
4
3
12
Medium
None
Erection
Tools & Machineries
Check/Inspect/Proper Usage
3
2
6
Medium
None
Villagers
Discuss With Villagers/Police
1
3
3
Low
None
Heavy Poles/Wood
Proper Lifting & 5S
3
2
6
Medium
Walkie-talkie
Falling Object (eg:Pole,Tools)
Safe Zone & PPE
3
1
3
Low
Supervision
Lorry & Lorry Crane
Competent, COF, Safe Zone
3
3
9
Medium
Qualified Lorry Crane Operator
Unstable Pole
Temporary Stay, Safe Zone
3
3
9
Medium
Supervision
ERP Procedure First Aid Box 6
Stay
Traffic Vehicles
Briefing, CIDB,PPE & Road Management
4
3
12
Medium
None
Installation
Pole Collapse (Fall)
Observe Pole, Safe Zone & PPE
2
4
8
Medium
Supervision
Sharp Cutter
Proper Usage, PPE Glove
4
1
4
Low
Adequate Water & Rest
Flora & Fauna Hazards
Eliminate & Prevent (If Possible)
2
2
4
Low
None
Villagers
Discuss With Villagers/Police
2
4
8
Medium
None
Snapped Stay Wire
Proper Install, & Safe Zone
1
3
3
Low
None
Falling From Height
Proper Climbing ,Fiber Ladder, Safety Belt
4
4
16
High
Supervision / *MEWPs
ERP Procedure First Aid Box
33
NONE
7
Cable
Traffic Vehicles
Briefing, CIDB,PPE & Road Management
4
3
12
Medium
None
Laying
Pole Collapse (Fall)
Observe Pole, Safe Zone & PPE
2
4
8
Medium
Supervision
Sharp Cutter
Proper Usage, PPE Glove
4
1
4
Low
None
Flora & Fauna
Eliminate & Prevent (If Possible)
2
2
4
Low
None
Villagers
Discuss With Villagers/Police
1
3
3
Low
None
Snapped Stay Wire & Cable
Proper Install, & Safe Zone
1
3
3
Low
None
Unstable Pole
Observe Pole, Safe Zone & PPE
3
3
9
Medium
Falling From Height
Proper Climbing, Fiber Ladder, Safety Belt
4
3
12
High
Lightning
Earthing installation, Stop work
3
4
12
Medium
Earthing For Every 10 Pole
Cable Charged by Lightning
Earthing installation, Stop work
3
4
12
Medium
None
Night Activities(OT)
Spotlight, Lightings
3
1
3
Low
None
Poor Visibilities
Mandatory Spotlight/Lightings,
3
1
3
Low
None
First Aid Box ERP Procedure
*MEWPs – Mobile Elevating Work Platform
34
Supervision *MEWPs / Supervision
NONE
KESIMPULAN & ULASAN Secara amnya, kemalangan boleh diatasi jika amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dititikberatkan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lemah merupakan satu masalah yang serius memandangkan implikasi-implikasi yang dibawa boleh merugikan syarikat yang mengalaminya serta dapat menjatuhkan prestasi seterusnya mempengaruhi keyakinan pekerja & klien terhadap sesebuah syarikat kontraktor. Syarikat CASB perlu menyediakan program-program keselamatan dengan lebih kerap lagi supaya pekerja tahu bahaya yang bekal dihadapinya dan pekerja itu sendiri tahu bagaimana untuk menghindarinya daripada berlaku. Sikap enggan mendengar arahan dari segilintir pekerja adalah isu yang biasa dihadapi tetapi dengan ada komunikasi dua hala dan pertimbangan yang baik, ia mampu memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk tempoh masa yang panjang. Sesebuah syarikat perlu sedar dan prihatian terhadap akta-akta keselamatan sedemikian dan perlu melantik pegawai keselamatan di tapak pembinaan untuk menilai tahap keselamatan sekaligus mempertingkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Banyak lagi perkara yang perlu saya tahu dan mendalami tentang bidang yang saya pelajari sekarang. Tunjuk ajar dan nasihat dari penyelia saya banyak memberi manfaat kepada saya dan dijadikan panduan saya di masa hadapan kelak.
35
KESIMPULAN & CADANGAN Pematuhan boleh dicapai ke tahap tertinggi sekiranya pemantauan secara manual dari pihak bertanggungjawab (Jabatan HSE) dilakukan secara berganda dan berterusan. Pihak yang menjalankan tugas pemantauan perlu kompeten dan bersikap profiesional dalam mengendalikan masalah berkaitan kerja lebih-lebih lagi jika berdepan dengan masalah sikap manusia. Jika terdapat kesalahan dilakukan oleh pekerja, mereka harus mengambil kira semua aspek contohnya situasi pekerja dan keadaan persekitaran kerja sebelum mengenakan sesuatu tindakan diatas kesalahan tersebut. Mereka tidak boleh terus menuding jari kepada pekerja serta terus mengenakan hukuman, hal ini akan mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati pekerja kepada majikan lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan satu kesalahan kecil. Komunikasi dan pertimbangan yang baik diperlukan untuk memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk tempoh masa yang panjang. Kesimpulan dari pemerhatian saya, saya berpendapat pihak yang bertanggungjawab terhadap pematuhan keselamatan sangat memainkan peranan yang penting, ianya akan mempengaruhi persepsi pekerja terhadap pihak pengurusan serta keberkesanan hubungan dua hala diantara majikan dengan pekerja. Secara logiknya hal ini secara tidak lansung akan menentukan tahap produktiviti syarikat itu sendiri. Selain itu, menjadi tanggungjawab pekerja itu sendiri untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaaan bergerak lancer sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
36
RUJUKAN
Rujukan Buku
: Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 : Akta Kilang & Jentera 1967
Rujukan Laman Web
: Work Safe BC http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=eme rgency%20response%20plan%20small%20office&s ource=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC8QFjAA&ur l=http%3A%2F%2Fwww.worksafebc.com%2Fpubl ications%2Fhealth_and_safety%2Fb
: Department of Occupational Safety And Health http://www.dosh.gov.my/doshv2/phocadownload/g uidelines/ve_gl_hirarc.pdf
37
LAMPIRAN
Sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Miri.
38
Sesi “Pole Top Rescue” anjuran SESCO.
39
Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah.
40
Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Penyelia Tapak Keselamatan.
41
Salah satu pekerja yang kurang akan pengetahuan tentang keselamatan & bahaya.
42
Salah satu lif kenderaan mudah alih platform kerja Citra Alti.
43
Kerja lebih mudah & selamat menggunakan lif mudah alih platform kerja.
44
Sampah-sarap yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan jangkitan.
45
Menyalahgunakan barang keselamatan yang diberi oleh syarikat.
46
47
View more...
Comments