Laporan Pencemaran Udara

August 18, 2019 | Author: viki86 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Pencemaran Udara...

Description

Laporan Pencemaran Udara.

Memandangkan dunia sedang berdepan dengan isu pemanasan global yang semakin serius masyarakat diharapkan dapat menjadi pengguna yang perihatin terhadap alam sekitar. Persoalannya, sejauh manakah pencapaian kita sebagai pengguna yang lestari? Setakat ini, tidak ram ramai ai yang begitu meniti menitikberatkan kberatkan perkara pencemaran alam sekitar . Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih rendah. Malah, mereka boleh dikatakan masih berada di peringkat awal dalam meletakkan diri sebagai pengguna lestari. Alam persekitaran kita sering dijangkiti daripada pelbagai pencemaran. Salah satu pencemaran yang sering berlaku di negara kita ialah pencemaran udara. Baru-baru ini, udara tercemar akibat peletupan nukleur di Fukushima, Japan. Pencemran udara boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu, pencemarn primierĀ  dan pencemaran sekunder. Pencemaran primier adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap dan ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Pencemaran ini disebabkan oleh ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap dan bahan pencemar,penggunaan dapur arang ksayuyang tidak terkawal, pembakaran tidak terkawal dan sebagainya. Pencemaran sekunder pula berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. Punca-punca berlakunya pencemaran udara ialah pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor dijalan raya, letusan gunung berapi, pembakaran yang berleluasa dan sebagainya. Kesan yang didapati melalui pencemaran ialah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid, pemanasan bumi, kesihatan terjejas dan menimbulkan ketidak selesaan terhadap manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan harta benda. System pernafasan kita turut terjejas akibat pencemaran udara. Contohnya, gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan menyebabkan kelambatan tindak balas manusia, penyakit lelah dan kurangkan fungsi paru-paru dan boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru habuk,asap,kabus dan wap menghalang penglihatan mata dan menjejaskan mata manuasia. Kajian yang dibuat oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menyatakan bahawa sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan.

Kesan terhadap tumbuhan pula adalah seperti mengalami kerosakan seperti netrosis (keguguran daun) , klorosis (pertukaran udara) dan pertumbuhan terbantut. Disebabkan kerosakkan tumbuhan, bumi menyalami kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk terganggu. Begitu juga dengan haiwanterancam dan mati akibat dari pencemaran udara. Udara tercemar yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar menyebabkan kematian haiwan. Pencemaran udara juga menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang teruk juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Seterusnya menjadi asid sulfuric dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Selain daripada ini, kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adaalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu. Disebabkan jarak penglihatan yang kurang,maka berlakunya kemalangan jalan raya. Kesimpulannya, negara kita juga sedang dicemari oleh pencemaran udara. Untuk mengurangkan masalah pencemaran dan menyelamatkan persekitaran semua pihak harus bertanggungjawab untuk memulihkan keadaannya. Pihak-pihak yang harus bertindak ialah, kerajaan, rakyat, pengurus kilang dan pemandu jalan raya. Dengan kerjasama kita boleh mengatasi masalah pencemran udara.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF