Laporan Pelaksanaan 5S STE

January 5, 2018 | Author: Zunnurin Abdul Aziz | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Pelaksanaan 5S STE...

Description

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM 5S ANJURAN UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK TAHUN 2009

DI SEDIAKAN OLEH:

ROSLIAH ABU BAKAR KETUA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

1

1.0

PENGENALAN

Amalan 5S merupakan proses pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Selain daripada itu, ia dapat

menyumbang kepada proses penambahbaikan terhadap

persekitaran tempat kerja yang memberi keutamaan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja.

Oleh yang demikian , Unit Teknologi Elektrik mengambil inisiatif ini untuk melaksanakan amalan 5’S di Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektornik dan Bengkel Pendawaian Elektrik

2.0

OBJEKTIF Tujuan Amalan 5S ini dilaksanakan bagi Program Teknologi Elektrik ialah untuk:-

i)

Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih bersih, kemas dan tersusun rapi;

ii)

Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih selamat;

iii)

Mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap stok bahan luak di makmal dan bengkel;

iv)

Mewujudkan displin untuk menjaga kebersihan di kalangan staf dan pelajar yang menggunakan makmal dan bengkel;

v)

Memudahkan urusan penyelenggaraan;

vi)

Meningkatkan semangat kerja berpasukan;

vii)

Meningkatkan imej korporat organisasi;

2

3.0

AKTIVITI 5’S

3.1

Lawatan ‘Benchmark’ Untuk melaksanakan amalan 5S,

Unit Teknologi Elektrik telah mengadakan

lawatan ‘benchmark ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman pada 4 Disember 2008.

3

3.2

Taklimat 5’S Taklimat 5’S telah diadakan kepada semua staf Unit Teknologi Elektrik pada 2 Januari 2009 di Makmal Autocad. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Program Teknologi Elektrik (Puan Rosliah Abu Bakar) yang telah menghadiri kursus Pendedahan 5’S anjuran unit kualiti KKKL bersama Sirim Berhad.

3.3

Pembentukan Kumpulan 5’S Dalam Program Teknologi Elektrik, terdapat 3 makmal/bengkel iaitu Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektronik dan Bengkel Pendawaian Elektrik. Oleh itu 3 kumpulan 5’S telah dibentuk untuk mewakili setiap satu makmal dan bengkel pada 2 Januari 2009. Butiran kumpulan adalah seperti berikut.

Nama Kumpulan

Ahli Kumpulan

KAIZEN (Bengkel Pendawaian Elektrik)

Md Rizal Ramli (Ketua) Rosliah Abu Bakar Saidatuljulia Shamsuddin Nur Hanim Ariff Fardanadia Sulaiman Kaslia Kasiran

LIMO’S (Makmal Elektrik Elektronik)

Mohd Khairulnizam Radzali (Ketua) Noor Aini Mattar Nooraini Ibrahim Azwa Mohamed Ghazali Noorazlina Hashim

MTE 5’S (Makmal Teknologi Elektrik)

Muhamad Firdaus Tauhid Ahmad (Ketua) Mohd Zahri Md Said Akma Che Omar Siti Maizatulakmam Imam Sharina Shafie Nik Norhasanah Nik Hassan

4

3.4

Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman 5’S Tujuan jawatankuasa ini di bentuk adalah untuk melaksanakan proses pengauditan ke atas ketiga-tiga makmal/bengkel.

Pelantikan juruaudit dibuat

berdasarkan pengalaman juruaudit yang telah mengikuti kursus 5’S oleh Sirim Berhad pada 25-26 Ogos 2008. Audit dalaman tersebut telah dilaksanakan pada 6 – 8 Januari 2009. Aspek pengauditan yang dilihat semasa menjalankan pengauditan adalah di peringkat pertama iaitu keadaan makmal/bengkel sebelum pelaksanaan 5S dijalankan.

Seterusnya penemuan audit telah dibentangkan kepada ketiga-tiga

kumpulan pada 12 Januari 2009. Butiran juruaudit adalah seperti berikut.

Juruaudit

3.5

Lokasi Audit

Rosliah Abu Bakar

Makmal Teknologi Elektrik

Md Rizal Ramli

Makmal Elektrik Elektronik

Mohd Zahri Md Said

Makmal Pendawaian Elektrik

Gotong –Royong Hasil daripada dapatan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan pembetulan yang perlu di buat. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 Januari 2009. Seteruanya mesyuarat memutuskan untuk mengadakan gotong royong bersama pelajar. yang dijalankan serentak pada 21 Januari 2009. ialah untuk;

5

Tujuan gotong royong ini dijalankan

6

4.0

HASIL AMALAN 5’S Hasil daripada penemuan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan mengambil beberapa tindakan untuk memperbaiki semua teguran yang dibuat.

Berikut

merupakan antara gambar-gambar hasil daripada tindakan yang dijalankan.

Meletakkan papan tanda kebersihan

Menetapkan kawasan kerja

Membentuk kumpulan pelajar bagi setiap meja kerja

Melabel setiap meja kerja

Memasang ‘sinage’ makmal (hasil projek pelajar)

Menyusun dan melabel peralatan

7

Menanda dan melabel kawasan ‘fire extinguisher’

Menetapkan kawasan peralatan kebersihan

Melabel suis kawalan aircond

Mewujudkan papan tanda bahaya

Mewujudkan papan kenyataan Program

8

Memaparkan maklumat tentang 5’S

Menetapkan kedudukan peralatan kebersihan

Menubuhan kumpulan 5S

Mewujudkan papan tanda kebersihan

Memaparkan maklumat tentang 5S

Mewujudkan papan tanda keselamatan

Melabel semua peralatan

9

Mewujudkan papan tanda kebersihan dan peti pertolongan cemas

Menanda kedudukan peralatan

Menyusun peralatan pelajar dalam bekas yang telah ditetapkan

Melabel contoh aksesori pendawaian

Melabel setiap ‘wiring bay’

Menyusun dan melabel peralatan tangan 10

Menyusun dan melabel bahan luak

Menyusun dan melabel peralatan tangan

Menanda kedudukan tangga

Melabel bahan luak

Menyusun tangga dengan teratur

Menanda kedudukan ‘Switch Board’ 11

5.0

CADANGAN Antara cadangan yang difikirkan adalah seperti berikut:i)

Sediakan prasarana yang bersesuaian untuk melaksanakan amalan 5S ini seperti peralatan melabel dan sebagainya.

ii)

Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S dan anggota lain di dalam organisasi secara berterusan untuk meningkatkan motivasi staf .

iii)

Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka pendekatan yang sistematik dan berterusan.

iv)

Mewujudkan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan sebagai motivasi kepada staf.

v)

Membuat kajian ke atas keberkesanan pelaksanaan amalan 5S dari aspek peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.

6.0

KESIMPULAN Secara keseluruhannya konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang kerana amalan 5S ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.

12

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF