laporan PBS

April 1, 2019 | Author: Aina Husna Dilah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

laporan PBS fasa 1...

Description

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 1.0 PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)  (PBS)  merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar

Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PISMP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).  (KPM).  Dengan adanya pelaksanaan program PBS ini, ia akan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru khususnya. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti yang terdapat di sekolah misalnya pihak pengurusan kantin. Melalui program PBS ini, pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkahlaku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat: i.

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah,

ii.

Menghayati kerjaya seorang guru,

iii.

Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah,

iv.

Memdapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid,

v.

Memehami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran,

vi.

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah,

vii.

Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah,

viii.

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran bertulis secara kritis dan analitikal,

ix.

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan, dan

x.

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Penyataan professional / konyrak aktiviti merujuk kepada harapan / aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Focus

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap focus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir. Tujuan pernyataan professional ini adalah bagi: i.

Menyatakan focus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas,

ii.

Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik,

iii.

Membolehkan

pelajar

mengukur mengukur

dan

menilai

keberkesanan keberkesanan

pelaksanaan aktiviti yang difokuskan, iv.

Menjadi asas dan panduan kepda pelajar untuk membuat tindakan susulan / penambahbaikan. penambahbaikan.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 2.0 BIODATA

Nama

: Aina Husna binti Dilah

No IC.

: 930506  – 13  – 5692

No Matrik

: 7247

No Angka Giliran

: 2011012310031 2011012310031

Email

: [email protected]

Tarikh / Tempat Lahir

: 6 Mei 1993 / Kg. Kupang, Saratok, Sarawak

Bangsa / Agama

: Melayu / Islam

No. Telefon

: 014  – 8755132

Latar belakang persekolahan

: SK Ladang Sandak (2000  – 2005) SMK Eopura Bestari (2006  – 2010) IPGM Kampus Keningau (2011  – kini)

Major / Ambilan Alamat Sekolah PBS

: Pendidikan Prasekolah (SK) Januari 2013 : SK Muhibbah, Bt 4, Jalan Cecily, 90000 Sandakan, Sabah

Alamat

: Lot 101, G 17, Kem PGA, Bt 10, Jalan Sungai Batang, 90009 Sandakan, Sabah

Tarikh PBS

: 1  – 5 April 2013 (1 minggu)

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 3.0 PENYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 3.1 PENYATAAN SEBELUM PBS

Setelah saya menghadiri taklimat program PBS iaitu seminggu sebelum pelaksanaannya, dapatlah saya rumuskan bahawa PBS ini adalah sebagai satu usaha pihak IPG dengan kerjasama KPM untuk memperkenalkan para pelatih kepada suasana sebenar di sekolah apabila para guru pelatih keluar mengajar kelak. Tidak dapat dinafikan memang saya merasa teruja kerana ini merupakan PBS fasa pertama bagi kami. Tambahan pula, setiap pelatih itu telah dibekalkan dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan pada PBS itu juga. Hal ini bermakna pelatih tidaklah hanya turun ke sekolah hanya untuk suka-suka, tetapi ada tugasan yang perlu mereka laksanakan dan laporan penulisan yang lengkap perlu disiapkan selepas itu untuk dinilai oleh pensyarah pembimbing. Maka, dengan ini, berdasarkan kepada helaian soalan PBS yang diberikan yang merujuk kepada pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah semasa PBS berlangsung, berikut merupakan focus yang telah saya senaraikan yang perlu saya ambil kira semasa PBS ini: 1) Peranan pihak pengurusan terutamanya Guru Besar dalam mentadbir sekolah dengan mengambil kira kebajikan murid-murid 2) Peranan Penolong Kanan dalam memperkembangkan aspek intelek murid khususnya dalam bidang akademik. 3) Peranan Penolong Kanan HEM dalam dalam memperkembangkan memperkembangkan kemahiran social dan emosi murid yang datang dari pelbagai kaum dan latar belakang keluarga. 4) Peranan Ketua Panitia dalam memastikan rohani dan jasmani murid itu semasa berada di sekolah dan seterusnya mengamalkannya di luar sekolah dengan komuniti luar 5) Peranan Guru

Bilik Darjah dalam

mengendalikan pelajar

di

bawah

tanggungjawabnya 6) Kepentingan

prasarana

dan

perkembangan fizikal para murid

kemudahan

sekolah

dalam

membina

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 7) Kewujudan prasarana prasarana yang menunjukkan menunjukkan keceriaan sekolah sekolah dalam memupuk memupuk nilai estetika, kebersihan, dan kecintaan terhadap alam semula jadi 8) Kemudahan fizikal fizikal bilik darjah yang kondusif kondusif bagi membentuk membentuk perkembangan potensi individu 9) Pelaksanaan

program

aktiviti

kurikulum

dan

kokurikulum

dalam

memperkembangkan memperkembangkan intelektual pelajar 10) Sumber pengajaran dan pembelajaran yang membantu perkembangan potensi pelajar dari pelbagai bidang

Oleh itu, berpandukan kepada soalan dan focus-fokus yang telah saya senaraikan seperti di atas, saya telah mengenalpasti sebuah sekolah yang sesuai untuk saya laksanakan PBS ini. Tambahan pula, kami telah diberi kelonggaran untuk memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah yang berada di lokasi yang sama daerah bagi memudahkan kami berulang-alik ke sekolah. Saya juga mengambil kira tugasan tambahan yang diberi oleh pensyarah subjek PRA 3102 yang perlu dilaksanakn di prasekolah. Ini bermaksud sekolah yand dipilih mestilah mempunyai kelas prasekolah. Saya memilih SK Muhibbah, Sandakan yang memenuhi ciri-ciri seperti yang sebut di atas. Saya dan seorang rakan yang lain memilih sekolah yang sama ini. Tanpa perancangan yang rapi, sesuatu aktiviti itu tidak mungkin akan berlangsung dengan jayanya. Dengan ini, saya telah menyediakan draf awal dalam melaksanakan PBS ini iaitu selama 5 hari persekolahan..

Hari Isnin (1 April 2013)

Aktiviti -

Datang awal ke sekolah

-

Lapor diri kepada Guru Besar dan menyerahkan surat pengenalan diri

-

Mendengar taklimat ringkas mengenai pengurusan pentadbiran sekolah

-

Mengambil gambar sekitar sekolah

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Selasa (2 April 2013)

-

Pemerhatian P&P

dan prasarana Prasekolah

Muhibbah -

Pemerhatian P&P kelas Pendidikan Pendidikan Khas dan prasarananya

-

Meminta kebenaran untuk pengisian slot Permainan Luar di Prasekolah

Rabu (3 April 2013)

Khamis (4 April 2013)

-

Pelaksanaan aktiviti projek PRA 3102

-

Perbincangan dengan guru-guru

-

Mengambil gambar kemudahan fizikal sekolah

-

Melawat Prasekolah Integrasi dan prasarananya

-

Perbincangan dengan staff sokongan

-

Meninjau dan mengambil gambar persekitaran kelas dan surau

Jumaat (5 April 2013)

-

Menyambut kedatangan palajar prasekolah di pintu pagar

-

Pemerhatian P&P di makmal Sains

-

Perbincangan dengan guru Ketua Panitia

-

Sesi bergambar dengan warga Prasekolah

3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini saya jalankan selama seminggu iaitu dari 1  – 5  – 5 April 2013. Saya menumpukan kepada focus yang sudah saya nyatakan sebelum ini yang lebih menekankan kepada amalan sesebuah sekolah itu dalam mengaplikasikan m engaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) HARI PERTAMA (1 APRIL 2013 / ISNIN) Hari Isnin (1 April 2013) merupakan hari pertama persekolahan dan merupakan hari perhimpunan rasmi bagi kebanyakan sekolah di Malaysia. Saya tiba di sekolah pada awal pagi iaitu 6.25 dan rakan saya sedikit lewat. Setibanya saya di pintu pagar sekolah, saya menjelaskan tujuan kedatangan saya kepada pengawal keselamatan dan beliau menerangkan bahawa saya perlu melaporkan diri kepada Penolong Kanan terlebih dahulu kerana Guru Besar adalah sibuk ketika itu. Ketika ini saya dapat melihat betapa mesranya komuniti sekolah ini walaupun itu adalah kali pertama saya ke sana. Apa yang menariknya di pondok mengawal ini adalah pelajar yang lambat akan terus dipanggil oleh pengawal untuk mencatat nama di dalam buku khas yang akan diambil oleh guru displin kemudian. Hal ini tidaklah membebankan para pengawas yang perlu komitmen kepada pelajaran lagi pada ketika itu. Menurut kerani yang saya temui di pejabat am, ketika itu perhimpunan rasmi sedang berlangsung dan kami adalah terkecuali daripada menghadirinya. Setelah perhimpunan tamat, saya melapor diri kepada Penolong Kanan iaitu Puan Qusayla  Abd Razak kerana Guru Besar sibuk ketika itu. Saya dimaklumkan bahawa pihak sekolah langsung tidak menjangkakan kehdiran kami kerana belum lagi menerima faks makluman daripada pihak IPG. Saya juga difahamkan bahawa saya perlu mengisi buku kehadiran kedatangan guru yang berada di dalam bilik guru dengan menulis catatan “IPGM Keningau”. Keningau”. Setiap kali kami sampai dan hendak balik, wajib mengisi buku kehadiran ini. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Penolong Kanan bagi pihak Guru Besar. Puan Qusayla menyerahkan kami kepada Guru Besar iaitu Puan Indah Hj. Santong apabila beliau tidak lagi sibuk. Saya juga faham akan kesibukan beliau dengan memerhatikan kepada susunan fail yang terdapat di atas meja beliau pada ketika itu. Beliau menyambut kedatangan kami dengan gembira dan berpesan kepada kami agar mengamalkan sikap-sikap sebagai seorang bakal guru yang baik. Beliau juga banyak mencaritakan pengalaman mengajar beliau yang lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Pada masa yang sama juga, beliau telah memberikan satu tugasan kepada saya dan rakan saya. Memandangkan kami mengambil opsyen

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Pendidikan Prasekolah, kami diminta untuk menyediakan satu slide show yang dapat memperkenalkan prasekolah SK Muhibbah kepada komuniti luar. Seterusnya kami melapor diri pula kepada pihak prasekolah. Melalui penjelasan Guru Besar sebelum ini, prasekolah di sini mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang yang berkongsi kelas yang sama kerana bangunan prasekolah yang baru masih dalah kerja pembinaan. Kami telah disambut mesra oleh guru prasekolah sesi pagi iaitu Puan Dayang Nora’aslin Awang Seruji walaupun beliau sendiri tidak menjangka kehadiran kami opsyen Prsekolah. Secara automatic, beliau menjadi guru pembimbing ataupun mentor kami selama seminggu kami berada disini. Walaupun kami diberi kemudahan untuk berada di pusat sumber, tapi saya lebih memilih untuk berada di dalam kelas ini memandangkan kami dapat berinteraksi secara lansung kepada komuniti di prasekolah ini. Dalam masa terluang di kelas ketika pelajar prasekolah makan, saya sempat berbincang mengenai jadual di prasekolah dan tugasan yang diberikan oleh Guru Besar. Mentor saya telah t elah membantu dengan memberikan bahan gambar prasekolah serta banyak lagi maklumat yang kami perlukan berkaitan prasekolah. Saya juga sempat mengambil gambar sekitar prasekolah dan bangunan baru prasekolah yang belum siap lagi. Saya menuju ke kantin hanya selepas semua pelajar prasekolah pulang diambil para ibu bapa. Di sini, saya dapat melihat tempat makan untuk guru adalah diasingkan daripada tempat makan murid. Ini juga merupakan tindakan yang betul memadangkan pelajar akan berebut untuk makan dan mengelakkan makanan untuk guru cepat habis.

HARI KEDUA (2 APRIL 2013 / SELASA) Pada hari kedua, saya datang awal seperti biasa dan menndatangani buku khas di bilik guru. Hari ini saya sempat mengambil video slot rutin perbualan pagi ketika guru prasekolah sedang mengambil kehadiran. Kebetulan hari ini adalah hari Selasa maka pelajar prasekolah berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris yang mudah dan ringkas yang boleh difahami. Saya juga ada mengambil gambar sekitar kelas prasekolah.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Saya juga mengambil gambar sekitar kelas pendidikan khas. Kelas ini terletak di bangunan utama dan mempunyai sejumlah 7 buah kelas. Hal ini kerana setiap kelas hanya boleh memuatkan 7 orang sahaja dan mengambil kira juga kawalan setiap guru ke atas murid yang pelbagai karenah malah ada antara mereka ini yang down sindrome. Saya mengambil keputusan untuk masuk dan meninjau ke dalam salah satu kelas ini. Dalam kesempatan ini juga, saya sempat merakamkan sesi hafalan bacaan dalam solat dengan bimbingan seorang ustaz. Saya perhatikan murid di kelas ini sangat ceria hyperaktif. Saya kembali ke kelas prasekolah dan berbincang dengan mentor saya, puan Dayang Noraslin untuk meminta kebenaran bagi melaksanakan tugasan aktiviti sudut tunjang yang diberi oleh pensyarah. Kebetulan esoknya ada slot permainan luar, maka beliau memberi kebebasan kepada saya untuk mengendalikan slot berkenaan. Seperti hari sebelum ini, saya hanya akan pulang setelah kesemua kanakkanak prasekolah diambil pulang oleh ibu bapa masing-masing. Pada masa ini. Saya sempat melihat rancangan pengajaran seperti tema mingguan yang dilakukan oleh guru prasekolah.

HARI KETIGA (3 APRIL 2013 / RABU) Dari rumah, saya telah bersedia membawa bahan-bahan untuk projek yang bakal saya laksanakan. Pada hari ini semua pelajar memakai sukan kerada ada slot permainan luar. Pakaian ini juga memang bersesuaian dengan aktiviti saya yang memerlukan mereka berlari secara bebas.  Aktiviti saya dapat diselesaikan dengan jayanya dengan pelbagai rangsangan dan kata motivasi daripada guru pembimbing pada ketika itu. setelah slot permainan luar, adalah jadual mereka untuk makan. Pada masa ini, saya keluar dari prasekolah untuk mengadakan kolaborasi dengan guru yang lain di bilik guru mahupun di dalam kelas. Di makmal computer pula, saya telah menemubual penyelaras bestari iaitu Encik Ismail Alpah berkaitan tugasan yang telah Guru Besar berikan. Pada ketika

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) itu, kelas sedang berlangsung dan saya memerhati dari belakang makmal sehinggalah kelas habis. Beliau banyak memberi nasihat maklumat mengenai cara pengurusan makmal computer memandangkan sekolah ini adalah sekolah lima bintang dan sekolah bestari. Daripada beliau juga, saya memperoleh background yang sesuai untuk penghasilan slide prasekolah itu nanti. Masa yang terluang pula saya gunakan untuk mengambil gambar sekitar prasekolah. Pada masa ini saya dapat perhatikan keluasan sekolah ini yang agak besar. Pelbagai kemudahan seperti kuaters guru dan pusat sumber t elah saya rekod sebagai bukti.

HARI KEEMPAT (4 APRIL 2013 / KHAMIS) Pada hari ini, sepatutnya semua kakitangan kerajaan memakai baju batik. Saya dapat lihat semua guru memakai baju batik sekolah mereka. Warna baju batik mereka adalah coklat. Saya sendiri juga memakai baju batik opsyen kami. Hal ini kerana pemakaian batik pada hari ini telah dibiasakan ketika di IPG. Pada hari ini rakan saya pula yang melakukan aktiviti tunjangnya. Saya juga ada membantunya dalam menguruskan pelajar. Selain itu, masa ini saya gunakan untuk menemubual pembantu

pengurusan

murid

iaitu

puan

Roslinah

Sukor.

Beliau

banyak

menerangkan tentang menu makan di prasekolah dan pengalaman beliau sepanjang menguruskan kanak-kanak di sini. Seterusnya, saya dan rakan meninjau keadaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah khas yang berada di bangunan yang lain. I ni merupakan kelainan yang terdapat di sini iaitu mereka menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak dengan perhatian khas ini. Pada mulanya kami merasa agak kasihan melihat pelajarnya yang memerlukan bantuan dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun mereka tidak banyak membantah dan mengikut segala tunjuk ajar guru walaupun ketika makan. Dalam perjalanan balik pula, saya mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan surau dan kelas-kelas perdana di sekolah ini. Saya sempat juga mengambil gambar. Satu perkara baik yang saya perhatikan adalah semua kasut yang berada di luar surau adalah tersusun dengan baik. Tempat wuduk juga ada disediakan dan

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) ini memudahkan murid. Pondok untuk berehat juga ada disediakan di hadapan surau ini.

HARI KELIMA (5 APRIL 2013 / JUMAAT) Pagi ini, saya dan rakan datang lebih awal. Kami bersama pembantu pengurusan murid akan menyambut kedatangan kanak-kanak prasekolah di depan pintu pagar sekolah. Mana-mana murid yang datang awal akan duduk di pondok menunggu. Saya bersama mereka menunggu kedatangan rakan mereka yang lain dengan kehadiran pengawal keselamatan. Setelah pasti mereka semua sudah datang, kami bergerak dalam satu barisan yang panjang menuju ke kelas prasekolah. Pagi ini juga saya manfaatkan dengan membawa kanak-kanak prasekolah keluar untuk mencari permandangan sekitar sekolah yang sesuai untuk sesi bergambar. Pada masa yang sama, mereka ini juga terdedah kepada persekitaran sekolah dalam keadaan yang terkawal. Tambahan pula, dengan cara ini mereka tidak akan hanya duduk terperuk sahaja di dalam kelas malah berjalan juga di sekitar kawasan sekolah mereka. Saya hanya mengambil masa yang sebentar kerana kanak-kanak ini sangat mudah penat. Hari terakhir ini saya gunakan dengan sebaiknya untuk menemubual manamana guru. Hari ini juga saya telah melawat ke dalam makmal Sains di sekolah ini. Kedaannya agak kurang menyelesakan kerana bekalan elektrik bagi kipas dan lampu tidak disediakan untuk makmal ini. Namun begitu, murid tetap tekun belajar. Tugasan yang diberikan oleh Guru Besar telah kami siapkan dan kami telah menghantarnya sendiri kepada guru besar. Beliau ternyata sangat berpuas hati terutamanya dengan video yang kami sediakan mengenai prasekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan kami pada masa akan datang.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 3.3 PENYATAAN SELEPAS PBS

Selepas menjalani PBS selama seminggu ini, saya telah mengumpul dan mengemaskinikan data yang telah saya dapatkan. Pengalaman yang sangat berharga yang saya perolehi adalah semasa berjumpa dengan Guru Besar. Setiap kali berjumpa, beliau banyak memberi nasihat yang kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga memberi motivasi kepada saya yang baru mula mengenal alam perguruan ini memandangkan beliau memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini. Memang tepatlah beliau dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang 2012. Apa yang penting bagi beliau adalah keikhlasan dalam menjalankan amanah. Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Seperti di kelas prasekolah misalnya, kewujudan tunjang-tunjang mengasah bakat kanak-kanak dalam pelbagai bidang akademik dan bukan akademik. Mereka akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Guru juga memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, ketika saya meninjau ke makmal sains. Keadaannya memang agak panas tanpa kipas angin akibat kekurangan bekalan elektrik namun LCD masih dapat digunakan. Saya dapat perhatikan murid langsung tidak terganggu dengan keadaan ini malah sangat memberikan tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Hal ini langsung tidak mematahkan semangat murid untuk belajar.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 3.4 PENILAIAN DAN LAPORAN Focus utama tugasan ini ialah untuk mengetahui sejauh mana sekolah ini mengaplikasikan dan merealisasikan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kebangsaan. Sepanjang Sepanjang PBS ini, banyak objektif sebelum PBS yang saya sasarkan yang telah saya capai. Tambahan pula, saya dapat merasa sendiri pengalaman berada di sekolah pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar serta budaya yang tersendiri sesuatu sekolah itu. Hal ini tambah meyakinkan saya dan menaikkan semangat saya untuk bergelar seorang pendidik pada masa yang akan datang. Melalui objektif dan fokus tugasan PBS yang ingin dicapai, saya dapat memahami hampir keseluruhannya memandangkan ini adalah pengalaman kali pertama saya serta masa yang singkat iaitu seminggu. Walaupun hanya seminggu, sudah banyak perkara baru yang saya pelajari dari persepsi seorang pendidik. Saya tidak keseorangan kerana dibantu oleh rakan opsyen yang sama. Namun, objektif utama PBS iaitu membiasakan pelatih dengan persekitaran di sekolah tercapai. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak membantu saya dalam mencapai objektif tersebut. Saya dapat perhatikan walaupun mempunyai tugas yang banyak, pihak pentadbiran dan para guru tidak jemu untuk membantu saya memperoleh maklumat, layanan mereka terhadap saya sangat baik terutamanya guru pembimbing saya ketika itu. Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses memperoleh maklumat. Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini, merupakan individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam dari saya. Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi seorang guru yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa kita untuk dijadikan pelapis generasi akan datang. Tuntasnya, PBS mampu menyediakan pelatih agar lebih terdedah kepada persekitaran sebenar di sekolah secara tidak langsung dengan menyelitkan tugasan yang berkaitan major. Melalui tugasan ini juga, hubungan rapat antara pelatih dan kumuniti sekolah juga dapat terjalin.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Dalam mana-mana aktiviti pun, instrumen pengumpulan data amatlah penting. Tanpa data-data ini, maklumat yang tepat tidak akan dapat diperoleh. Seseorang itu juga haruslah bijak dalam memilih apakah kaedah pengumpulan data yang sesuai berdasarkan tugasan yang diberi kepadanya. Dalam PBS kali ini terdapat tiga instrument pengumpulan data yang saya rasakan sesuai dan saya gunakan iaitu: i.

Pemerhatian

ii.

Senarai semak

iii.

Temubual

4.1 PEMERHATIAN Dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah pada kali ini, saya telah mengumpul data yang diperlukan dengan kaedah pemerhatian. Kaedah ini penting untuk melihat sesuatu yang abstrak mahupun sesuatu yang boleh dilihat secara fizikalnya. Antara yang saya perhatikan dalam SK muhibbah ini adalah seperti yang berikut: a) Pelan fizikal kelas prasekolah b) Carta organisasi induk sekolah dan pihak pengurusan sekolah c) Prasarana sekolah i.

Bangunan akademik

ii.

Padang

iii.

Kantin

iv.

Makmal computer

v.

Makmal sains

vi.

Pusat sumber

vii.

Mural

d) Kurikulum dan kokurikulum i.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) ii.

Sukatan pelajaran

iii.

Persediaan sukan tahunan

4.2 SENARAI SEMAK Saya juga ada mengemukakan senarai semak dalam proses pengumpulan data ini. Kaedah ini penting bagi menyenaraikan apakah focus dalam kajian dan adakap saya sudah memenuhi focus tersebut. Saya menggunakan senarai semak bagi menyenaraikan apakah focus aktiviti saya setiap hari semasa PBS. Saya menyediakannya dengan merancang aktiviti berkaitan dengan soalan tugasan PBS yang telah diberikan oleh pensyarah. Hal ini juga penting agar setiap masa adalah terisi dengan aktiviti dan tidak terbuang begitu sahaja. Seterusnya, saya juga menyenaraikan perkara baru yang saya pelajari dalam hari berkenaan. Hal ini penting agar setiap maklumat yang saya dapat tidak tercicir dan tidak berulang pada masa lain.

4.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual merupakan kaedah yang paling biasa digunapakai dalam mengumpul sesuatu data. Dalam kaedah ini, saya akan menemubual individu yang berada dalam komuniti sekolah berkenaan. Individu yang terlibat termasuklah daripada pihak pentadbiran, staf sokongan, para guru dan tidak juga ketinggalan mana-mana murid yang sempat ditemubual. Walaupun kelihatan senang, namun setiap temubual haruslah dilakukan secara professional. Soalan berkaitan telah saya sediakan lebih awal bagi pengisian temu bual. Borang kolaborasi juga digunakan dalam kaedah ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Antara contoh soalan yang saya kemukakan adalah seperti: 1) Apakah cara-cara pihak sekolah dalam menangani menangani masalah disiplinmurid? disiplinmurid? 2) Apakah perbezaan pendekatan guru siswazah dan bukan siswazah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? 3) Adakah setiap guru wajib menggunakan menggunakan bahan ICT dalam aktivit aktivit pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 5.0 TUGASAN FALSAFAH PENDIDIKAN DAN D AN PENGALAMAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 5.1 PENDAHULUAN

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. (Mok Soon Sang,Ilmu Pendidikan untuk KPLI-sem 1, 2000) Setiap falsafah pendidikan adalah berteraskan kepada satu atau lebih falsafah umum seperti idealisme, realisme, pragmatism atau eksistensialisme. Falsafah pendidikan ini dibentuk kerana wujud persoalan yang sering berkaitan antara falsafah dengan pendidikan yang tidak terjawab secara falsafah semata-mata atau pendidikan semata-mata. Falsafah pendidikan adalah merupakan cabang dari falsafah umum. Tidak dinafikan terdapat juga sarjana yang menganggap falsafah pendidikan

ini

sebagai

teori

pendidikan.

Namun

kedua-duanya

adalah

membincangkan tentang pendidikan. (Abu Bakar Nordin, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, 2003). "Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk m embentuk

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan

pendidikan

bukan

sahaja

untuk

pembangunan

dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Sum ber : 50 Tahu Tahu n Pemb angu nan Pendid ikan Ting gi di Malaysia (1957(1957-200 2007) 7) -  Penerb it USM, 2007  2007 

5.2 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

Berikut merupakan maklumat umum mengenai sekolah tempat saya melaksanakan PBS kali ini. Perkara

Catatan / Data

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Muhibbah

 Alamat Sekolah

Bt 4, Jln. Cecily, 90000 Sandakan, Sabah

No tel. Sekolah

089  – 212662

Web Sekolah

http://skmubestari.jimdo.com/

Lokasi

Bandar

Nama Guru Besar

Puan Indah binti Hj. Santong (DGA 38)

Nama GPK 1

Puan Qusayla Abd. Razak (DG 44)

Nama GPK HEM

Puan Romlah binti Hashim (DG 41)

Nama GPK Kokurikulum

En. Mohd Azium M. Saad (DGA 32)

Nama Penyelia Petang

Puan Indah Aliuddin (DG 41)

Gred Sekolah

A

Bilangan Guru

Lelaki : 17 orang Perempuan : 50 orang

Kelayakan Profesional Guru

Siswazah : 80 % Bukan siswazah : 20%

Jumlah : 67 orang

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) *kebanyakan guru berkelayakan siswazah dan sebilangan kecil sedang dalam proses untuk mendapatkan ijazah Bilangan Kelas

Kelas perdana : 24 kelas Kelas khas : 7 kelas Prasekolah perdana : 2 kelas Prasekolah khas : 1 kelas

Purata Saiz Kelas

Standard

Jumlah Murid

Lelaki : 532 orang Perempuan : 453 orang

Jumlah : 34 kelas

Jumlah: 985 orang

*majority murid adalah daripada kaum Melayu dan sebahagian yang lain adalah daripada kaum Cina dan tiada murid daripada kaum India direkodkan pada tahun semasa Maklumat Lain yang Menarik

-

Kewujudan kelas prasekolah khas

Perhatian

-

Kewujudan kelas khas

-

Sesi pagi dimulakan secara rasmi pada

Anda

Tentang

Sekolah Ini

pukul 6.30 pagi -

Orang luar tidak dibenarkan masuk

Profil Sekolah SK Muhibbah, Sandakan dibuka pada bulan disember 1991. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah tinggi yang telah tel ah diteres. Ia terletak di bt4, Jalan Cecily Utara. Sekolah ini dirintis oleh 19 orang guru yang datangnya dari seluruh pelusuk negara. Terdapat 2 bangunan 2 tingkat. Di bangunan ini terdapat satu bilik pusat sumber, bilik muzik, bilik gerakan, surau, makmal, bilik guru, 2 bilik pendidikan khas, 1 bilik klinik pergigian, 1 bilik kerani dan bilik guru besar. Bermula pada disember 1991, murid-murid tahun satu seramai lebih kurang 440 orang merupakan perintis di sekolah

ini.

Kelas-kelas

dipecahkan

mengikut

nama-nama

planet

yang

melambangkan sekolah ini berteraskan wawasan dan ilmu pengetahuan.  Apabila sekolah ini dibuka pada awal tahun 1992, ia telah diterajui seorang Guru Besar wanita iaitu Puan Metlin Rafie Hj.Laten. Beliau memimpin sekolah

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) sehingga pada tahun 1997. kemudian digantikan dengan En. Sahak selama 2 tahun, kemudian En. Azhar Sani Tamam. Pada hujung tahun 2008 En. Adiah Junang mengambil alih sehinggalah tahun 2010. Pn. Indah Hj. Santong mengambil alih dari tahun 2011 sehinggalah sekarang. Sekolah ini dibina dia atas sebidang tanah berukuran 11.42 ekar yang menempaykan dua bangunan sekolah tiga tingkat. Dua bangunan flat guru juga terdapat dalam kawasan sekolah yang diduduki oleh kakitangan sekolah dan staf-staf Jabatan Pendidikan Daerah Sandakan. Sebuah padang untuk kegiatan sukan juga disediakan. Selain itu, kawasan sekolah juga telah dibina sebuah bangunan stor pejabat pendidikan daerah bagi penyimpanan alat-alat sukan. Kelas prasekolah telah dibina di bahagian tepi bangunan sekolah dan digunakan sepebuhnya pada tahun 2007 manakala prasekolah pendidikan khas digunakan sepenuhnya pada tahun 2008. pada tahun 1998, pihak sekolah telah mendapat peruntukan untuk membina astaka konkrit beratap apabila Sandakan dilantik menjadi tuan rumah bagi menganjurkan PSKPP peringkat negeri Sabah. Semua kemudahan yang diterima dari tahun ke tahun telah mengubah lanskap persekitaran SK Muhibbah, Sandakan.

Visi : SK Muhibbah Menjadi Sekolah Cemerlang di Daerah Sandakan menjelang Tahun 2014 Misi : Melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang secara bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Moto : Moto : Berilmu, Berdisplin, Berbakti Nilai Sekolah  Sekolah  : amanah, bertanggungjawab, bermuafakat, berdisiplin, hormatmenghormati

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Lencana Sekolah

KUNING : kesetiaan kepada Raja dan Negara MERAH : keberanian BIRU : perpaduan HIJAU : kedamaian PUTIH : kesucian LAMBANG BUKU : berilmu SIMBOL OBOR : berdisiplin, iltizam  ALAT JANGKA TULIS : berbakti berbakti LAMBANG BULAN SABIT & BINTANG : Islam

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 5.3 PERANAN

PIHAK

SEKOLAH

DALAM

MEMPERKEMBANGKAN MEMPERKEMBANGKA N

ASPEK JERIS

A. Peranan Guru Besar Besar Guru besar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sekolah yang berada di bawah tanggungjawabnya. Seperti yang dapat saya perhatikan, Guru Besar SK Muhibbah ini, puan Indah Hj. Santong, sangat prihatin akan guru-guru serta murid di bawah jagaannya. Seperti yang saya lihat sendiri semasa PBS ini, beliau selalu berjalan sekitar dalam bilik guru dan bertanyakan khabar malah bergurau senda bersama guru-guru. Ini penting bagi memotovasikan para guru dan seterusnya guru membawa mood ini kedalam kelas apabila turun mengajar. Guru besar juga sentiasa memastikan keselesaan pada muridnya. Hal ini berikutan sebuah bangunan baru prasekolah yang masih dalam pembinaan yang pastinya memberi kesan kepada para murid. Beliau kelihatan bertungkus-lumus mengadakan perbincangan bersama kontraktor syarikat yang terlibat agar mempercepatkan pembinaan yang sepatutnya sudah siap pada awal bulan April kalau mengikut jadual yang sebenar. B. Peranan Penolong Penolong Kanan Kanan HEM Puan Romlah selaku PK HEM turut memainakn peranan penting. Beliau selian menjadi pembantu bagi guru besar, turut ada tugasnya yang tersendiri. Termasuk dalam bidang kerja beliau ialah hal kebajikan pelajar. Misalnya jika ada pihak ibu bapa murid yang tidak berpuas hati dengan yuran sekolah atau sebagainya, beliau adalah orang pertama yang akan dipertanggungjawabkan. Semua urusan berkaitan murid adalah berkait rapat dengan beliau. Seperti yang saya perhatikan juga, stok makanan bagi prasekolah juga adalah melalui bahagian bahagian beliau. Bahagian prasekolah prasekolah akan merujuik kepada beliau  jika ingin memesan stok barangan mentah yang diperlukan untuk kegunaan praskeolah. Secara tidak langsung, perkembangan kanak-kanak di prasekolah itu adalah dalam bidang kuasa beliau juga. Segala urusan perfailan juga dikendalikan oleh beliau sendiri. Meskipun beliau mempunyai individu yang dilantik sebagai

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) pembantu, namun ada juga bidang tugas yang memerlukan beliau sendiri menguruskannya. C. Peranan Penolong Penolong Kanan Kanan Kurikulum Tugas puan Qusayla selaku PK Kurikulum juga agak mencabar. Segala urusan pendokumentasian adalah di kendalikan oleh beliau. Beliau terlibat dalam perancangan penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah berkenaan. Beliau telah menyediakan Perancangan Strategik Kurikulum bagi setiap tahun dengan mengemukakan pelbagai kelemahan, kekuatan dan cadangan penambahbaikan bagi sesuatu isu dalam bidang beliau. Sudah tentu dalam menyediakan perkara itu, beliau perlu mendapatkan datadata mentah yang diperolehi daripada setiap guru kelas atau guru mata pelajaran. Hal ini memerlukan beliau untuk berkomunikasi sesame rakan setugas beliau. Ini dapat saya lihat sendiri ketika memberi taklimat kepada saya, begitu ramai guru yang ingin berjumpa dengannya meskipun pada waktu awal pagi.

5.4 Prasarana (lain dokumen)

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 5.5 KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Dalam meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum dalam sekolah ini, pelbagai aktiviti telah dirancang. Ini termasuklah menyediakan program kepada pelajar sukan untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka. Hal ini kerana ada dalam kalangan murid sekolah ini juga mewakili negeri dan sayang sekiranya sekiranya bidang akademik diabaikan begitu sahaja. Murid yang sempurna perlulah seimbang dari segi akademik dan kokurikulumnya juga. Bagi memastikan kemenjadian murid yang sempurna, subjek Pendidikan Jasmani di ajar di semua kelas termasuklah prasekolah. Namun prasekolah menggunakan istilah yang berlainan iaitu seperti slot permainan luar. Dengan ini, semua pelajar akan mendapat peluang untuk meneroka bidang baru dan mengenalpasti kebolehan masing-masing. Seperti program yang terdapat di mana-mana institusi persekolahan juga, sekolah ini juga ada mengadakan program NILAM. Program ini bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Salah satu caranya adalah dengan mengadakan sesi P&P di dalam pusat sumber. Guru tidak perlu menunggu slot NILAM baru hendak ke pusat sumber. Dengan ini, murid boleh bergerak mencari maklumat dengan bebas dan bersosial dengan rakan lain secara lebih santai. Setiap Isnin dan Selasa pula, kelas adalah bermula pada pukul 6.30 pagi. Ini bagi memupuk sikap rajin dan menepati masa dalam kalangan murid termasuklah guru-gurunya sekali. Pada setiap Rabu pula, aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform diadakan. Pada hari ini, murid diberi kelonggaran untuk memakai pakaian unit beruniform masing-masing. Disiplin boleh dibentuk dengan cara ini di samping sifat kerjasama antara ahli unit. Tradisi tahunan sekolah ini adalah seperti sukan tahunan. Kebiasannya sukan tahunan diadakan pada hujung tahun selepas UPSR. Ini bagi memberi peluang kepada murid peperiksaan untuk menumpukan kepada peperiksaan berbanding latihan semata-mata. Hal ini juga bagi mangatasi masalah kehadiran yang merosot selepas pepriksaan. Dengan adanya latihan ataupun perjumpaan sukan, maka mereka aka nada alasan yang menyeronokkan untuk hadir ke sekolah.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 5.6 PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

Oleh kerana saya opsyen Pendidikan Prasekolah, saya lebih menumpukan kepada kelas prasekolah perdana dan kelas prasekolah khas. Saya telah meninjau sesi P&P kedua-dua kelas ini dan walaupun kedua-duanya kelas prasekolah, terdapat banyak perbezaan yang dapat saya lihat. Persekitaran bilik darjah sememangnya sangat kondusif dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang berbentuk permainan disediakan di dalam kelas. Kanak-kanak prasekolah perdana boleh bermain sendiri misalnya puzzle tanpa bantuan guru tapi berlainan pula dengan kanak-kanak khas. Mereka ini tidak mampu bermain sendiri tanpa bimbingan guru mereka. Mereka juga belum boleh memegang pensel dengan cara yang betul. Kanak-kanak berkeperluan khas ini juga tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Ada juga yang hanya mengangguk faham apabila diberikan arahan dan ada juga yang hanya tahu ketawa sepanjang hari. Dalam hal ini, persekitaran kelas amat memainkan peranan. Ada satu sudut di luar tandas tempat tuala mereka digantung. Setiap kali sebelum makan, guru akan mengarahkan mereka untuk mengambil tuala itu. Perkara ini boleh dijadikan rutin mereka dan mengajar mereka perkara-perkara asas. Sinki di dapur juga boleh digunakan untuk mendidik mereka ini. Selepas makan, mereka akan beratur di depan sinki untuk membasuh tangan. Setidak-tidaknya, dengan cara ini, secara tidak langsung mereka boleh belajar giliran dan menjaga kebersihan.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.0 KOLABORASI 6.1 PENGURUSAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.2 PENOLONG KANAN KURIKULUM

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.3 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.4 KETUA PANITIA

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.5 PENYELARAS BESTARI

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.6 GURU KELAS PRASEKOLAH (GURU PEMBIMBING)

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.7 KAKITANGAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 6.8 INTERAKSI DENGAN MURID

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 7.0 ILMU PENGETAHUAN BARU 7.1 PEMERHATIAN Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang PBS kali ini, terdapat banyak perkara baru yang saya pelajari. Misalnya pada hari pertama saya masuk ke sekolah ini, saya melihat ada beberapa orang pelajar yang datang dan terus menulis nama mereka dalam buku khas yang diletakkan di pondok pengawal. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu dan difahamkan pelajar yang menulis nama itu adalah mereka yang lewat datang ke sekolah. Ini menunjukkan betapa bertanggungjawabnya komuniti sekolah dalam mendisiplinkan pelajar dengan cara menegur mereka yang lewat untuk menulis nama di buku berkenaan. Pelajar yang berkenaan juga sedar akan kesalahan meerka yang lewat dan tanpa berlengah terus menulis nama mereka walaupun mungkin mereka mempunyai alasan yang kukuh atas kelewatan itu. Ini menunjukkan betapa bermoralnya mereka walaupun tanpa kehadiran guru pada ketika itu. Sikap inilah yang kita mahu dalam diri setiap pelajar. Saya juga dapat perhatikan nilai-nilai murni yang dipraktikkan oleh komuniti di skeolah ini terutamanya para murid. Setiap kali bertembung dengan seseorang, mereka akan mengucapkan salam dan menegur dengan baik. Misalnya saya, merupakan komuniti baru dalam sekolah ini, apabila berjumpa saya, mereka akan memberi salam. Hal ini merupakan tingkahlaku yang baik kerana secara kebiasaanya, seseorang itu tidak akan menegur orang yang baru mereka kenali atau yang mereka jarang jumpa. Di sini juga saya perhatikan pihak pengurusan telah mengatur sistem jadual waktu dengan begitu baik. Sebagai contoh tempoh rehat kelas perdana biasa dengan kelas pemulihan khas. Masa rehat mereka ini adalah berbeza. Masa rehat kelas pemulihan khas adalah awal setengah jam. Ini memberi mereka peluang untuk berdikari sendiri tanpa gangguan murid kelas lain yang mungkin mereka tidak mampu untuk kendalikan. Selain itu, pemberian metapelajaran mengikut opsyen para guru juga adalah tindakan yang baik. Ini bagi memberikan didikan yang sempurna kepada murid. Hal ini kerana ramai guru mengeluh diberikan subjek bukan opsyen yang pada akhirnya akan memberi kesan negative sendiri kepada para murid andainya guru itu mengajar tanpa minat dan komitmen yang tinggi.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Hubungan baik antara staf akademik dan staf sokongan juga dapat dilihat dengan ketara. Setiap mereka tidak mengamalkan perkauman atau mementingkan diri sendiri. Setiap kali bertemu, pasti ada saja perkara yang akan dibualkan. Hubungan ini adalah contoh yang baik untuk ditunjukkan kepada para murid. Seperti yang saya biasa biasa lihat di sini adalah Guru Besar Besar dan Penolong Penolong Kanan HEM selalu meronda sekitar sekolah untuk melihat perkembangan fizikal sekolah di bawah pentadbirannya. Dalam masa yang sama, beliau juga akan berinteraksi dengan mana-mana individu yang beliau jumpa. Murid akan biasa dengan hubungan yang mesra antara komuniti dan membuatkan mereka lebih selesa untuk berada di sekolah. Secara tidak langsung, ini akan memupuk lebih banyak nilai murni dalam diri murid itu.  Amalan lestari juga boleh dilihat dengan jelas dalam persekitaran di SK Muhibbah ini. Jalan masuk ke sekolah ini ditanam dengan pokok sederhana besar bagi menyambut kedatangan komuniti ke sini. Koridor di bangunan juga diletakkan pasu pelbagai saiz dengan tumbuhan yang pelbagai. Hal ini sangat menyenangkan sesiapa

yang

memandangnya.

Kesemua

ini

memang

sangat

menyokong

perkembangan JERIS dalam diri murid itu sendiri.

7.2 SENARAI SEMAK Senarai semak sememangnya penting dalam PBS kali ini. Proforma bagi tugasan kami sendiri adalah dalam senarai semak. Dengan penggunaan senarai semak ini, kerja atau aktiviti kami lebih teratur. Senarai tugasan yang perlu dilengkapkan juga adalah mengikut susunan. Jadi, dengan cara ini, sesuatu maklumat itu tidak mungkin boleh tercicir. Hal ini memudahkan kami sendiri juga dalam pemurnian fail dan pengumpulan maklumat. Senarai semak ini juga boleh digunakan sebagai salah satu perancangan tugasan. Dengan adanya senarai semak, kefahaman adalah lebih mudah dicapai berbanding dengan perancangan dalam esei. Senarai semak juga boleh dijadikan panduan, misalnya dalam sesi pengumpulan bahan bergambar. Gambar-gambar yang perlu ada adalah diutamakan dengan ada juga gambar tambahan sebagai sokongan.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 )

7.3 TEMU BUAL Dalam sesi temubual, banyak juga perkara baru yang saya pelajari. First impression itu memainkan peranan yang penting apabila pertama kali berjumpa orang yang baru kita kenali. Dalam temubual bersama orang yang professional, penampilan luaran itu adalah perkara pertama yang akan dinilai. Oleh itu, seseorang itu haruslah menggunakan pakaian yang formal dengan tanda nama. Hal ini bagi memudahkan orang mengenali kita dan tidak menyalahanggap kita sebagai orang yang punya niat yang tidak baik. Intonasi dalam temubual juga perlu diambil berat. Saya sebagai seorang perempuan juga perlu mengambil berat akan hal ini. Secara semulajadinya memang seorang perempuan itu dilahirkan dengan suara yang perlahan. Namun apabila berkecimpung dalam bidang pendidikan, saya haruslah meningkatkan tahap intonasi saya. dengan latihan yang ada di kelas, saya telah biasa memberi arahan dan berkomunikasi dengan suara yang kuat dan lantang namun masih bersopan. Rangka soalan dalam temu bual juga sangat memainkan peranan yang penting. Sebagai persediaan, rangka soalan ini haruslah disediakan lebih awal. Soalan ini juga perlulah merangkumi setiap aspek yang perlu dilengkapkan dalan tugasan. Tanpa persediaan ini, temu bual tidak dapat dijalankan secara lancar dengan pelbagai soalan yang mungkin tidak berkaitan langsung. Ini juga bagi mengelakkan perbualan yang tidak mempunyai isi tugasan t ugasan langsung. Dalam temu bual ini juga, saya dapat mendengar pendapat para guru secara peribadi khususnya berkaitan peruntukan yang lambat diperolehi. Misalnya, guru prasekolah seringkali mengeluarkan duit poket sendiri untuk perbelanjaan bahan mentah keperluan prasekolah. Namun prasekolah ini beruntung kerana guru mereka adalah tidak lokek untuk mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan mereka.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 8.0 REFLEKSI

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 9.0 LAPORAN AKHIR

Sepanjang seminggu saya menjalankan PBS di SK Muhibbah ini, terdapat banyak pengalaman baru yang saya perolehi. Saya sangat berpuas hati kerana telah ditempatkan di sekolah ini yang mana para guru dan murid serta keseluruhan komunitinya adalah mudah mesra dan mudah untuk didekati. Secara umumnya, sekolah ini sememengnya sememengnya mempraktikkan amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Saya sebagai bakal guru juga telah terbiasa untuk menandatangani buku catatan kehadiran setiap kali datang dan keluar dari sekolah. Dengan ini, secara tidak langsung juga mampu mendisiplinkan diri saya agar sentiasa datang awal dan balik pada jam yang sepatutnya, bukan mencuri tulang. Cara ini juga mendidik saya mengenai pentingnya rekod secara bertulis terutamanya kehadiran. Meskipun saya hadir namun tanpa apa-apa bukti, saya tetap akan dikira tidak hadir tanpa rekod. Ini akan memberi kesan yang negative kepada saya sendiri mahupun pihak sekolah tempat saya menjalankan PBS. Dari aspek kurikulum dan kokurikulum, saya dapat lihat pihak pengurusan sekolah

ini

telah

menjalankan

tugas

mereka

dengan

baik

dalam

memperkembangkan aspek JERIS samaaa secara langsung atau tidak langsung.. Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti bagi memastikan perkara ini terlaksana dengan jayanya. Sebagai contoh, sukan tahunan. Jika agensi luar lebih cenderung untuk mengupah seorang programme planner, institusi sekolah pula hanya disokong oleh warga gurunya sendiri. Guru yang mengatur pelbagai acara sukan, guru juga yang melatih para murid untuk acara yang tertentu. Hal ini jelas menunjukkan guru itu sendiri memainkan m emainkan peranan dalam amalan memperkembangkan JERIS. Dalam aspek prasarana pula, saya melihat prasarana penting seperti dewan tidak terdapat di sekolah ini. Namun hal ini tidak menghalang mereka daripada melakukan perhimpunan rasmi. Prasarana lain tidak kurang juga hebatnya seperti makmal computer baru yang menempatkan 40 buah computer yang sedia digunakan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini ditambah lagi dengan pertambahan bangunan prasekolah baru yang masih dalam pembinaan. Sekiranya dibuka kelak,

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) pasti ia akan menjadi tumpuan penduduk yang menetap di sekitar sana untuk menghantar anak-anak mereka. Namun demikian, sepanjang PBS saya di sana, saya dapat melihat kanak-kanak prasekolah tidak dibenarkan keluar dari kelas atas aspek keselamatan. Hal ini kerana projek pembinaan itu terletak betul-bertul berdekatan dan hanya bersebelahan tanpa ditutupi apa-apa pagar keselamatan. Penglibatan saya secara langsung dan tidak langsung memberi banyak pengalaman. Saya merasai sendiri bagaimana susahnya untuk mengawal dan memberi arahan kepada kanak-kanak prasekolah yang rata-ratanya hanya memahami arass bahasa yang rendah dan sangat suka bermain pada bukan waktnya. Dengan ini, saya menggunakan pendekatan bercerita kepada mereka. Mereka akan tekun mendengar dan mudah menerima arahan. Setiap aktiviti juga dapat dilaksanakn dengan sempurna dengan cara ini. Pada masa ini, PPM sangat memainkan peranan dan beliau banyak menasihati saya atas pengalaman beliau yang banyak dan saya pula baru saja PBS kali pert ama. Dalam PBS ini juga, saya mengetahui bahawa tugas guru itu sebenarnya bukanlah mudah. Sebagai contoh, seorang PK HEM. Beliau menyandang jawatan bidang pentadbiran sekolah. Namun pada masa yang sama juga beliau seorang guru yang perlu masuk ke kelas untuk mengajar subjek yang telah ditentukan. Bayangkan saja dengan urusan perfailan dan mensyuarat pentadbir, bagaimana seorang itu terutamanya perempuan membahagikan masa untuk rancangan pengajarannya? Oleh itu, profesion guru ini tidak harus dipandang ringan. Hanya orang yang berada di tempat itu akan merasainya. Namun begitu, dalam kesibukan itu, seorang guru memperoleh kepuasannya yang tersendiri apabila melihat kejayaan anak-didiknya. Itulah istimewanya seorang guru. Perkara lain yang dapat saya pelajari semasa PBS ini ialah perancangan P&P yang sempurna amat penting dalam sistem pendidikan. Prasekolah sememangnya telah menyediakan takwim tahunan yang menyatakan tema secara bulanan mahupun mingguan. Ini memudahkan guru untuk merangcang P&P pada masa berkenaan. Dengan ini, pembelajaran akan lebih sistematik dan teratur. Kanakkanak akan dapat menghubungkait maklumat yang dikumpul pada hari pertama hinggalah hari kelima pada minggu yang sama dengan tema yang sama yang telah ditetapkan.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) Sebagai pengalaman

kesimpulannya, yang

sangat

PBS berharga.

sememengnya Saya

menjanjikan

sebagai

pelatih

pelbagai haruslah

menggunakannya dengan sebaiknya dengan menimba ilmu dengan mereka di skeolah yang telah banyak pengalaman dalam bidang ini. Tanpa PBS ini, saya tidak akan dapat merasai pengalaman masuk ke kelas mengikut sudut pandangan seorang guru dan berhadapan dengan pelbagai lagi karenah pelajar. Dengan pengalaman kali pertama ini, saya berharap agar dapat melaksanakan PBS yang akan datang dengan lebih baik lagi.

Pengalaman Berasaskan Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013) (2013 ) 10.0

LAMPIRAN

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF