Laporan Majlis Khatam Al-Quran

November 21, 2017 | Author: Zul Fazli | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

blh download......untuk umum...

Description

Laporan Majlis Khatam Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah diadakan pada 2 Ogos 2013. Majlis dilangsungkan di Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai. Majlis Khatam Al-Quran ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan bacaan doa dan alunan Asma Ulhusna. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Dr.Hajah Nazirah binti Mohd Nordin. Seterusnya, murid-murid khatam Al-Quran mengambil tempat di atas pentas dan mengalunkan bacaan masing-masing. Selesai sahaja majlis khatam Al-Quran, murid-murid tersebut dianugerahkan cenderahati. Saya dan guru-guru pelatih yang lain membantu dalam penyampaian cenderahati kepada murid-murid. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan lagu hari raya oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan sumbangan hari raya kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Selain itu, sedikit tazkirah juga telah disampaikan kepada murid-murid berkenaan bulan Ramadhan. Majlis berakhir kira-kira jam 11.45 tengah hari dengan sesi bersalaman antara guru-guru dan murid-murid.

Gambar 1 : Murid-murid khatam Al-Quran

Gambar 2 : Majlis Penyampaian Hadiah

Gambar 3 : Persembahan murid-murid

Gambar 4 : Sesi bersalaman

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF