Laporan Lawatan Ke Pusat Sains Negara

February 17, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Lawatan Ke Pusat Sains Negara...

Description

Laporan lawatan ke Pusat Sains Negara

Pengenalan Program lawatan sambil belajar ke Petrosains adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson sesi Januari 2011 diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

apabila

dilantik

sebagai

penjawat

awam

kelak.

Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak kerja Kelab telah membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudari Nurul Fatehah Binti Abd Wahab. Organisasi ini telah dipantau oleh Puan Koh Bee Toh selaku penasihat dan pembimbing dalam pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi satu program yang berjalan dengan baik dan lancar. Objektif •

Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelatih, pengajar dan pihak pengurusan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.



Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan di kalangan pelatih.



Mendedahkan hubung kait antara kesihatan dan teknologi kepada pelatih.



Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan pelatih.



Menerapkan

amalan

gaya

hidup

sihat

di

kalangan

pelatih.

Pengenalan program Program:

Lawatan

Sambil

Belajar

ke

Petrosains

Anjuran: Gerak Kerja Kelab, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson Penyertaan: Ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Jururawat Masyarakat yang sihat ,mempunyai permikiran yang berinovasi dan kreativiti yang tinggi. KUMPULAN SASARAN Pelatih Kursus Jururawat Masyarakat Anggaran peserta : 35 orang TEMA PROGRAM Kesihatan Menjana Kecemerlangan Pelatih LOKASI DAN MASA PROGAM Lokasi

: Petrosains Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur

Tarikh

: 26.03.2011

Hari

: Sabtu

Masa

: 7.00 am – 7.00 pm

Pada 23 oktober 2011 lalu, saya dan rakan kumpulan, Siti Nur Aisyah telah pergi ke Pusat Sains Negara (PSN) bagi menyempurnakan tugasan Awal Sains yang diberi oleh pensyarah kami, Puan Kamariah (Puan Kay). Kami memilih Pusat Sains Negara kerana di sana terdapat pelbagai aktiviti berkaitan sains yang menarik dan salah satunya mempunyai kesinambungan dengan pembelajaran sains yang telah kami rancang dan akan diajarkan kepada kanak-kanak di bilik darjah. Pada mulanya kami merancang untuk ke Petrosains KLCC. Tetapi memandangkan kepada harga tiket, dan mengambil kira soal saya dan Aisyah yang tidak mempunyai kenderaan, kami telah memilih untuk pergi ke PSN, setelah

membuat

perbincangan

dengan

rakan

sekelas

yang

lain.

Pusat Sains Negara terletak dalam jarak yang berhampiran dengan kolej selain tiketnya yang murah dan berpatutan. Kami telah pergi ke sana bersama-sama dengan Margaret. Pelbagai maklumat yang kami dapati selama lebih kurang 3 jam dalam kawasan pameran tersebut. Semakin jauh kami menjelajah ke dalam Pusat Sains tersebut, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kami dapati menerusi kepelbagaian aktiviti yang telah kami cuba dan terokai.

Kami memilih untuk melakukan aktiviti bayang-bayang dengan mengaitkan sinaran cahaya yang boleh menghasilkan bayang-bayang apabila dihalang oleh suatu objek legap. Konsep tersebut memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kesinambungan dalam aktiviti pembelajaran di kelas yang kami rancang, iaitu mempunyai kaitan dengan bayang-bayang. Menerusi perancangan aktiviti tersebut, saya dan Aisyah telah menambah beberapa aktiviti lain yang dirasakan bakal menyeronokkan kanak-kanak.

Saya sertakan gambar-gambar sepanjang lawatan kami ke PSN :

Selamat tiba di PSN, beratur untuk membeli tiket

Harga tiket yang berpatutan, sesuai untuk membawa seisi keluarga

1

2

3

cermin

cara bergerak di tempat yang tiada graviti

aktiviti rod

badan terbentuk di bahagian hadapan

1

2

1

1- batu yang mempunyai bunyi berlainan

2. Saya mencuba bermain

1. gendang

2.

3. Apabila gendang dipukul, disk-disk kecil akan bergerak setempat mengikut arah gendang

Menerusi kaedah lawatan sambil belajar ini saya mendapati ianya dapat membuatkan kanak-kanak teruja selain mengukuhkan kefahaman mereka

terhadap sesuatu topik pembelajaran itu. Kaedah ini perlu diamalkan agar kanakkanak dapat meluaskan lagi pengetahuan mereka disamping membuka ruang pergaulan sosial kanak-kanak dengan komuniti yang berada di sekeliling mereka. Selain itu pengajaran sains pada peringkat awal kanak-kanak dapat memberikan pendedahan awal kepada mereka untuk berfikir dengan lebih kritis terhadap setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak akan lebih menghargai, mengagumi serta menjaga alam ini dengan sebaiknya daripada kemusnahan kerana mereka telah terdidik untuk mencintai alam kurniaan Tuhan ini semenjak dari usia kecil. Kami akan membuat laporan lengkap serta menambah baik lagi rancangan pengajaran yang akan dibentangkan kepada pensyarah dan rakan sekelas pada tarikh yang telah ditetapkan. Diharap sedikit pengetahuan yang kami akan kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengarnya.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF