LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

October 5, 2017 | Author: Cahaya Kesempurnaan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

BIG sem4...

Description

NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG 4.5 BIG

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013 NAMA PELAJAR PPG

: NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI

AMBILAN

: JUN 2011

SEMESTER

: SEMESTER 4

OPSYEN

: PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

PERINGKAT

: 2

TARIKH

: 13 APRIL 2013

TEMPAT

: SURAU SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

KEHADIRAN MURID

: 30 ORANG MURID (Bil. Murid Lelaki = 15 Orang; Bil. Murid Perempuan = 20 Orang)

LAPORAN REFLEKTIF GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN Program khidmat masyarakat ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 April 2013 yang lepas bertempat di Surau SK Pendidikan Khas Kuantan. Program ini disertai seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada murid 20 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi, iaitu dengan memberi sedikit taklimat ringkas daripada cikgu Muhammad Nidzam dan diikuti oleh bacaan doa daripada cikgu Mohd Imran. Pada mulanya murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan pertama diketuai cikgu Mohd Imran, kumpulan kedua pula diketuai oleh cikgu Muhammad Nidzam. Seterusnya kumpulan 3 yang diketuai oleh cikgu Intan Shahele dan akhir sekali kumpulan 4 yang diketuai oleh saya sendiri iaitu cikgu Nurul Akma.

1

NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG 4.5 BIG

Murid sedang mendengar taklimat ringkas daripada guru sebelum gotong-royong dimulakan. Setiap kumpulan yang telah diagihkan akan mewakili kawasan yang akan dibersihkan iaitu kawasan dalam surau bahagian lelaki, kawasan dalam surau bahagian perempuan, kawasan persekitaran surau dan mencuci tingkap surau, dan kawasan koridor surau.

Antara aktiviti yang telah dijalankan. Program khidmat masyarakat ini berakhir pada jam 11.30 pagi. Program ini berakhir dengan sedikit ucapan penutup daripada wakil PPG iaitu Encik Mohd Imran dan wakil daripada warden asrama SK Pendidikan Khas Kuantan iaitu Cik Rohaiza Zakaria. Sebelum bersurai, semua murid dan guru yang terlibat diberi sedikit jamuan sebagai penghargaan. KEKUATAN 2

NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG 4.5 BIG

Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada program khidmat masyarakat ini. Di sini, saya mengemukakan empat wajarannya: 1. Unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Contohnya, semasa kerja membersihkan kolam kecil di belakang surau, semua murid lelaki begitu berkerjasama dan bersikap rajin. Hasilnya, kerja ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya. 2. Mewujudkan perhubungan erat dan dinamis antara guru dengan murid, murid dengan murid disamping bertukar pendapat. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugas. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran berkomunikasi ( Bahasa Isyarat ) dengan lebih lancar. 3. Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka, semua murid akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dalam melaksanakan program khidmat masyarakat ini. 4. Program khidmat masyarakat sememangnya menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri setiap murid. Sebagai contoh, nilai seperti kasih sayang, menghormati tempat beribadah, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap murid.

KELEMAHAN 3

NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG 4.5 BIG

Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat sepanjang program khidmat masyarakat ini dijalankan:-. 1. Bilangan murid. yang terlibat dalam tidak ramai, iaitu seramai 30 orang sahaja. Hal ini menyebabkan kawasan yang agak kecil atau tertentu tidak dapat dibersihkan, hanya kawasan-kawasan yang besar saja dibersihkan. 2. Pemilihan kawasan. Kumpulan saya berpendapat bahawa Surau SK Pendidikan Khas Kuantan adalah kurang sesuai untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Hal ini adalah kerana kawasannya agak bersih dan kecil. Maka, kerja yang perlu dilakukan oleh setiap murid adalah agak berkurangan. Oleh itu, pemilihan sesuatu kawasan itu seharusnya boleh memuatkan pengisian masa, mahupun memenuhi objektif program “khidmat masyarakat” ini. 3. Motivasi. Murid-murid kurang bermotivasi semasa program kali ini. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya maklumat ataupun informasi sebelum program ini dijalankan. Sehubungan dengan itu, murid-murid tidak membuat persiapan awal. Maka, semangat ataupun motivasi adalah tidak dapat ditingkatkan semasa program ini dijalankan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Berdasarkan

kepada

kelemahan-kelemahan

yang

dinyatakan

di

atas,

saya

menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan seperti di bawah ini: 1. Bilangan peserta. Bilangan murid boleh dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil lagi semasa khidmat masyarakat dijalankan. Hal ini adalah supaya setiap peserta program khidmat masyarakat ini betul-betul dapat memperolehi manfaat yang setimpalnya. Diharapkan dengan ini, setiap murid

dapat

mempelajari dan menimba pengalaman ataupun mendapat manfaat yang lebih banyak lagi. 4

NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG 4.5 BIG

2. Pemilihan kawasan. Program khidmat masyarakat ini boleh dijalankan di tempat perkampungan

yang

berdekatan.

Hal

ini

adalah

kerana

ianya

lebih

mendedahkan murid dengan masyarakat. Sehubungan itu, profesion perguruan dapat dimantapkan lagi. 3. Motivasi. Walaupun murid diberi taklimat ringkas pada hari tersebut, tetapi murid-murid agak keliru tentang apa yang perlu dilakukan. Saya mencadangkan supaya taklimat khas perlu diberikan sebelum hari program khidmat masyarakat ini dijalankan. Hal ini adalah supaya murid-murid dapat membuat persediaan tentang apa yang perlu dilakukan. Jika murid sudah bersedia terlebih awal dan faham apa yang dikehendaki semasa program ini dijalankan. Sehubungan dengan itu, dapat meningkatkan motivasi dan semangat murid.

Disediakan oleh : Tandatangan Pelapor:

:

NAMA

: NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI

JAWATAN

: Pelajar PPG 4.5

5

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF