LAPORAN KEM KOMANDAN Kem Badan Beruniform TKRS, Pengakap, BSMM dan Puteri Islam Sekolah Rendah Islam Darulaman 2015 01/10/2015 HINGGA 02/10/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih tuan pengerusi majlis.
Yang Berbahagia Pengarah KRS Institut, Datin Hajah Naimah binti Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Yang Berbahagia Tn. Hj Kamarudin Bin Mohamad Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Darulaman.
Yang berusaha, Leftenen Kolonel KRS Yusri Bin Yusof Ketua Unit Kokurikulum Ipg Kampus Darulaman.
Yang Berusaha, barisan pensyarah dan jurulatih kokurikulum, guru-guru pembimbing, fasilitator-fasilitator semester 6 dan 5 Ipg Kampus Darulaman serta peserta-peserta perkhemahan Unit Uniform Sekolah Rendah Islam Darulaman.
Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah dengan izinnya kita dapat bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Islam Darulaman. Sekalung budi dan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator dan guruguru
kerana
sudi
meluangkan
masa
bersama-sama
berkongsi
ilmu
pengetahuan serta kemahiran kepada para peserta sepanjang perkhemahan unit beruniform ini berlangsung. Untuk pengetahuan semua, Perkhemahan unit beruniform sekolah rendah islam darulaman ini telah berlangsung
selama
dua
hari
satu
malam
yang
melibatkan
jumlah
keseluruhan peserta perkhemahan seramai 199 orang peserta.yang terdiri daripada 99 orang lelaki dan 100 orang perempuan. Statistik peserta perkhemahan unit beruniform pada kali ini melibatkan empat unit beruniform adalah seperti berikut: TKRS – 47 orang Puteri Islam – 45 orang Pengakap – 52 orang BSMM - 55 orang Tuan-tuan dan puan-puan, Objektif Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Islam Darulaman adalah untuk 1) Melahirkan murid- murid yang memiliki kemahiran asas perkhemahan seperti mendirikan khemah, ikatan tali, bantu mula dan pandu arah 2) Meningkatkan motivasi, jati diri dan sifat-sifat kepimpinan. 3) Menjadikan murid-murid kompeten dalam segala bidang.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah : 1) 2) 3) 4)
Kawad Kaki Ikatan Tali Bantu Mula Pandu Arah
Semua aktiviti kemahiran ini telah dilakukan dan dikelolakan oleh fasilitator Skim Kenaikan Pangkat Leftenan (SKPL) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan dibantu oleh pembantu fasilitator dari unit Pengakap dan BSMM IPG kampus Darulaman. Di atas komitmen semua fasilitator, semua peserta perkhemahan telah menunjukkan
prestasi
yang
membanggakan
dan
dapat
menguasai
kemahiran-kemahiran yang diterapkan kepada mereka. Tuan-tuan dan puan-puan-puan, Sepanjang perkhemahan selama 2 hari 1 malam ini 1) Peserta-peserta telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti kemahiran. 2) Peserta juga mempamerkan disiplin yang tinggi dan melaksanakan segala arahan yang diberikan kepada mereka dengan baik. Saya sebagai Komandan Kem bagi perkhemahan unit beruniform ini mewakili semua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan unit beruniform pada kali ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamnya pihak sekolah keran sudi untuk memilih Institut Pendidikan Guru
Kampus
Darulaman
sebagai
lokasi
untuk
bagi
melaksanakan
perkhemahan unit beruniform pada kali ini. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang telah diajarkan kepada para peserta sepanjang sesi perkhemahan pada kali ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta kem.
Kepada semua fasilitator SKPL dan pembantu fasilitator - tahniah diucapkan dan terima kasih kerana berjaya memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datin Hajah Naimah binti Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman atas kesudian hadir untuk menyempurnakan majlis pada hari ini. Sekian…assalamualaikum…..
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.