Laporan Jahitan
April 17, 2018 | Author: Ching Suit Li | Category: N/A
Short Description
RBT 3203E...
Description
1.0 PENGENALAN
1.0
PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Kemeja bermaksud baju pendek bagi lelaki dan perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Kemeja direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki kemeja.
Semasa proses penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja, alatan dan bahan jahitan dan seterusnya pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos.
2.0 LAKARAN STAIL PAKAIAN
2.0
HURAIAN STAIL PAKAIAN
2.1
Lisu Pemadan
Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok sebagai hiasan. Lisu yang digunakan pada rekaan stail pakaian ini ialah lisu setentang. Ia dibuat pada bahagian tengah belakang blaus.
2.2
Belah
Fungsi belah pada pakaian ialah untuk memudahkan pemakai memakai dan menanggalkan pakaian. Rekaan stail pakaian ini menggunakan belah kelepet sama lebar yang dibuat pada bahagian tengah hadapan blaus. Belah jenis ini memerlukan lapik dalam nipis dan lembut untuk memberikan bentuk yang elok dan rata. Lapik ini akan ditetapkan pada pakaian dengan jahitan silang pangkah.
2.3
Bahu mendatang
Bahu mendatang digunakan pada pakaian sebagai stail atau memberi gaya. Bagi pakaian ini, bahu mendatang selapis berbentuk lurus dibuat pada bahagian atas belakang blaus. Ia digunting pada selapis fabrik dengan ira melintang.
2.4
Kolar
Antara kegunaan kolar pada pakaian ialah sebagai penyudah garis leher, perhiasan, memberi kepanasan, menutup kecacatan pada leher dan memberi gaya. Kolar lurus berkancing rapat telah dijadikan pelengkap gaya pada pakaian ini.
2.5
Lengan
Lengan dibuat pada pakaian untuk mengemas lubang lengan. Selain itu, ia juga memberi gaya kepada pakaian bagi rekaan stail pakaian ini dengan padanan rata. Ini menekankan lagi kekemasan pada bahagian lengan blaus ini.
2.6
Kelim
Kelim yang digunakan adalah jahit mesin. Kegunaan kelim pada pakaian ini ialah untuk memberi bentuk dan juga sebagai hiasan.
2.7
Kancing
Kancing dibuat pada pakaian untuk menutup dan membuka belah pada pakaian. Kancing juga berfungsi sebagai hiasan. Oleh itu butang berlubang empat digunakan dan lubang butang melintang digunakan untuk blaus ini.
2.8
Corak
Oleh kerana fabrik yang saya pilih untuk rekaan kemeja ini adalah kosong, maka tidak terdapat corak pada fabrik. Bagaimanapun, saya telah menggunakan campuran warna (biru dan hijau) iaitu pada kolar dan lengan. Campuran warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.
2.9
Warna
Warna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah biru muda. Ini akan menimbulkan lagi keceriaan yang ada pada fabrik yang saya pilih.
2.10
Tekstur fabrik
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang diberikan. Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita dapat melihat dan juga merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut. Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis cotton yang ringan dipakai dan tampak kemas.
2.11
Garisan dan cantuman
Saya memilih fabrik yang dasarnya tiada corak dan garisan. Saya memilih fabrik ini kerana ia tampak lebih ringkas. Namun demikian, untuk bahagian kolar dan lengan, saya menggunakan fabrik yang bercorak petak, ini adalah untuk menonjolkan keistimewaan personaliti pemakai.
3.0 SENARAI ALATAN DAN BAHAN
3.0
SENARAI ALATAN DAN BAHAN
3.1
Pemilihan Fabrik
Fabrik yang digunakan dalam membuat kemeja adalah fabrik cotton. Pemiilihan fabrik ini kerana fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Penggunaannya di Malaysia adalah sangat meluas dalam baju Melayu, baju kurung, blaus, pakaian sekolah dan sebagainya.
Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan berasa amat selesa untuk dipakai dan biasanya agak keras serta cepat berkedut. Pemilihan fabrik cotton juga tidak licin dan memudahkan saya untuk membuat ukuran dengan tepat semasa menggunting selain ia mudah dijahit. Struktur fabrik cotton juga tidak mudah tertanggal dan memudahkan saya untuk menjahit berbanding dengan fabrik lain yang strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik cotton yang digunakan juga murah berbanding dengan fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos kemeja yang ditugaskan. Selain itu, fabrik yang digunakan pada dasar baju adalah tidak bercorak bagi memudahkan saya untuk memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang diperlukan pada fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah bergantung pada fabrik yang dipilih.
3.2
Pemilihan Bahan
Benang jahit
Butang
Fabrik
3.3
Pemilihan Alatan Jahit
ALATAN Roda surih
KEGUNAAN
Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan pemadan ke atas fabrik ataupun pola
Kapur
Membuat dan memindahkan garisan pemadan
Pensel
Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada permukaan fabrik
Membuat dan juga memindahkan tanda pola
Kertas karbon
Digunakan untuk memindahkan motif sulaman ke atas fabrik
Jarum peniti
Menyemat pola pada fabrik supaya tidak mudah lari terutama sekali pada fabrik yang licin
Menyemat kepingan fabric sebelum menjahit
Digunakan untuk kerja mengacu pakaian
Gunting fabrik
Untuk menggunting fabrik
Mesin jahit
Menjahit lurus
Menjahit sulaman
Menjahit lubang butang dan semua kerja mencantum fabrik
Penetas
Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan
Bod seterika
Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan menekan fabrik
Seterika
Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata
Pita ukur
Mengukur dengan tepat ukuran badan
Pembaris sesiku
Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik
Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan
Pembaris lurus
Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola
Mengukur fabrik
4.0 PENGIRAAN KOS
4.0
PENGIRAAN KOS
4.1
Kos Bahan
BIL
BAHAN
HARGA
KUANTITI
SEUNIT (RM) 1
Kain cotton
2
HARGA (RM)
4.50 semeter
1.5 meter
6.75
Butang
0.40 sebiji
6
2.40
3
Benang
0.80 segelung
1
0.80
4
Brown paper
0.20 sehelai
1
0.20
JUMLAH
10.15
KUANTITI
HARGA
4.2 BIL
Kos Upah BAHAN
UPAH SEBIJI LUBANG (RM)
1
4.3 BIL
Menjahit
0.20
(RM) 6
1.20
Kos Peralatan Menjahit PERALATAN
HARGA
KUANTITI
SEUNIT
HARGA (RM)
(RM) 1
Pembaris sesiku
2.90
1
2.90
2
Pembaris lurus
2.90
1
2.90
3
Gunting fabrik
9.00
1
9.00
4
Jarum peniti
0.80
1
0.80
5
Kapur jahitan
0.60
1
0.60
6
Pensel jahitan
2.50
1
2.50
7
Penetas benang
1.00
1
1.00
8
Pedeti/set gelendung/
5.00
1
5.00
1.20
1
1.20
JUMLAH
25.90
sekoci 9
Jarum mesin
4.4
Kos Pakaian
KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS PERALATAN MENJAHIT = KOS KEMEJA RM 10.15 + RM 1.20 + RM 25.90 = RM 37.20
5.0 UKURAN BADAN
5.0
UKURAN BADAN
5.1
Ukuran Badan
Garisan Mendatar Bahagian Bahu
Keterangan
Gambar
Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui
tulang
tengkuk.
Bidang
Ukur
belakang
ketiak pangkal (lebih
dari
pangkal
kanan
ke
ketiak
kiri
kurang
15cm
bawah tulang tengkuk)
Keliling leher
Ukur keliling pangkal leher.
Dada
Ukur
keliling
dada
yang paling penuh.
Bidang
Ukur
hadapan
ketiak pangkal
dari
pangkal
kanan
ke
ketiak
kiri
(lebih kurang 7cm di bawah garis leher)
Jarak dada
mercu Ukur dari mercu dada ke mercu dada kiri.
Pinggang
Ukur keliling bahagian yang
telah
diikat
dengan tali.
Pinggul Punggung
/ Ukur keliling bahagian pinggul penuh.
yang
paling
Keliling lengan
Ukur keliling lengan.
Ukuran Menegak Bahagian
Keterangan
Labuh tengah Ukur belakang
tengkuk
dari ke
tulang paras
pinggang yang diikat.
Gambar
Labuh
mercu Ukur
dari
pangkal
dada
bahu ke mercu dada.
Labuh baju
Ukur tengkuk
dari ke
labuh dikehendaki.
tulang paras yang
Pinggang
ke Ukur dari pinggang ke
pinggul
pinggul (lebih kurang 20cm ke bawah)
Labuh lengan
Letakkan pinggul.
tangan
ke
6.0 PROSES MENJAHIT
6.0
PROSES MENJAHIT
Keterangan
Gambar
1. PENGHILANG GEMBUNG a) Lisu terbalik
Dibuat dengan dua lisu yang bertemu di tengah pada SL pakaian.
Tandakan
garisan
lipatan lisu pada fabrik.
Lipat lisu mengikut “a” ke “b”.
Tekan dan semat peniti.
Jahit jelujur tegak pada tengah
lisu
untuk
menetapnya. b) Lisu setentang 2. BAHU MENDATANG a) Kelim bahu mendatang
Cantumkan
bahu
mendatang pada badan belakang dengan kelim lipat tindih
Bahagian lipatan atas lisu
setentang
dijahit
sekali semasa menjahit bahu mendatang. 3. KELIM a) Kelim belah kangkung
Temukan
kedua
bahagian luar fabrik.
Jelujur dan jahit mesin di atas garis pamadan.
Tanggalkan
jelujur,
tekan, dan buka kelim.
Kemaskan
tepi
fabrik
dengan jahitan insang pari,
jahitan
mesin,
jahitan lilit kemas atau mesin pengemas tepi. b) Kelim bahu
Cantumkan
bahu
mendatang pada badan hadapan dengan kelim belah kangkung
Gunting basi kelim yang berlebihan
dan
kemaskan
dengan
jahitan mesin pengemas tepi. c) Kelim rasuk
Temukan sebelah luar badan hadapan dengan sebelah
luar
badan
belakang.
Cantumkan
dengan
kelim belah kangkung. Tekan kelim terbuka. d) Kelim lengan 4. BELAH a) Belah bertindih kelepet 5. LENGAN a) Lengan padanan rata
Buatkan kedut lepas di kepala dan di hujung lengan.
Cantumkan
kelim
lengan
kelim
dengan
belah
kangkung.
Jahitkan ben di hujung lengan
Cantumkan lengan ke lubang lengan dengan jahit mesin
Gunting basi kelim yang berlebihan
dan
kemaskan
dengan
jahitan pengemas tepi. 6. GARIS LEHER a) Kolar lurus
Sediakan
kolar
lurus.
Lekatkan lapik tebal dalam berperekat pada sebelah dalam lapisa atas fabrik kolar.
Jahit mesin di sekeliling bahagian atas kolar
Gunting basi kelim yang berlebihan
dan
bahagian melengkung.
snip yang
Balikkannya
ke sebelah luar.
Cantumkan kolar ke garis leher dengan jahit mesin
7. KELEPET a) Kelepet lurus
Lipat kelepet di dalam garisan lipatan
Lekatkan pada pakaian
dengan jahitan mesin. 8. KANCING a) Butang dan lubang
Letakkan butang pada kedudukanya. Buatkan tangkai/kaki
pada
bahagian bawah butang berlubang empat
Sudahkan dengan jahit ulat-ulat pada sebelah dalam pakaian
9. TEKANAN AKHIR
Seterika
keseluruhan
pakaian untuk mereta serta melicinkannya.
View more...
Comments