Laporan Inovasi

April 13, 2017 | Author: Shane Welch | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Inovasi...

Description

1.0

TUJUAN

Program Ekplorasi Bahasa ini merupakan satu Projek Inovasi

yang melibatkan

warga sekolah bagi memenuhi syarat Latihan Mengajar (LM) Program pensiswazahan Guru , Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) Dengan Kepujian Ambilan Mac 2011 ( Kohort 1).

2.0

PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan kurikulum Standard Sekolah Rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid. Sistem Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran lain.

Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka. Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan teknik yang menarik.

Projek Inovasi

1

Program “Eksplorasi Bahasa” Hari Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang menjadi platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam berbahasa.

3.0

JUSTIFIKASI

Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk menuturkan bahasa Melayu dengan betul.

Pembelajaran secara menarik berbentuk permainan

dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu sekaligus merubah situasi belajar iaitu belajar kerana minat dan bukan kerana terpaksa.

Projek Inovasi

2

4.0

OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk:

Mendapatkan

strategi-strategi

mengajar

yang

boleh

menolong

serta

menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; 

Membaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan/PKSR berasaskan kepada sasaran yang ditetapkan iaitu minima 80% kelulusan dan minima 20% yang memperoleh keputusan cemerlang;



Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Bahasa Melayu;



Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;



Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;



Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;



Membaca pelbagai bahan

sastera dan bahan bukan

sastera

dengan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; 

Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;



Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

Projek Inovasi

3



Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.



Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;



Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera;



Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan semangat kewarganegaraan.

5.0

TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

: 18 Februari 2014 – 29 April 2014 (Setiap hari

Tarikh

Selasa)

6.0

Masa

: 7.20 pagi – 7.30 pagi

Tempat Program

: Kelas, Tapak Perhimpunan & Dewan Sekolah

PESERTA/ SASARAN 

Murid-murid Pra Sekolah



Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Projek Inovasi

4

7.0

KAEDAH atau STRATEGI PELAKSANAAN 

Pertandingan



Persembahan



Aktiviti Permainan Bahasa



Pembentangan

HARI/TARIKH

CADANGAN AKTIVITI

SELASA

Majlis

Pelancaran

(18 FEBRUARI 2014)

Program ’Eksplorasi Bahasa’

FASILITATOR 

Pn. Nor Azila



En. Andreas



Ucapan Ketua Panitia



Pn. Zainab



Ucapan dan Perasmian



Pn. Roszitah

oleh Guru Besar



Semua



Persembahan

Murid

Guru

Bahasa Melayu

Nyanyian Lagu ’Cintai Bahasa Kebangsaan’. SELASA (25 FEBRUARI 2014)



Pn. Roszitah



En. Andreas



En. Mohan

Melafazkan pantun dua



Pn. Zainab

kerat dan empat kerat



Pn. Norimah



Pn. Nga



En. Islahuddin

Tahap 1 

Menyatakan Bilangan

Penjodoh

bagi

objek

yang ditunjukkan Tahap 2 

Menyenaraikan

judul

buku cerita yang pernah dibaca SELASA



( 4 MAC 2014 ) SELASA (11 MAC 2014 )

Pra Sekolah 

Mari Mengeja

Tahap 1 dan Tahap 2 Projek Inovasi

5

 SELASA (18 MAC 2014 )

Teka Silang Kata

Sehari Bersama Kamus 

Murid mencari makna perkataan



En. Mohan



Pn. Norimah

yang

diberikan oleh guru. contoh : Sinonim SELASA

Menyatakan Maksud Simpulan



Pn. Zainab

( 1 APRIL 2014 )

Bahasa



En. Mohan

SELASA

Tahap 1



En. Andreas





Pn. Norimah



Guru Pra



Semua

( 8 APRIL )

Permainan Bahasa

Tahap 2 

SELASA ( 15 APRIL )

Mendeklamasikan sajak

Pra Sekolah 

Mari Mengeja

Tahap 1 dan Tahap 2 

guru

Bahasa Melayu

Aktiviti bercerita yang berunsurkan tauladan

SELASA ( 22 APRIL )

Tahap 1



Pn. Nor Azila





Pn. Nga

Melengkapkan perkataan

Tahap 2 

Membentuk ayat yang gramatis

berdasarkan

perkataan yang diberi

Projek Inovasi

6

SELASA (29 APRIL)

Pra Sekolah 

Permainan Bahasa



Guru Pra



En. Islahuddin



Pn. Nor Azila



Semua

Tahap 1 dan Tahap 2 

Majlis

Membaca dialog

Penutup

Penyampaian Hadiah

dan

guru

Bahasa Melayu

Projek Inovasi

7

8.0

HASIL DAN IMPAK PROGRAM Sebelum ini, program yang melibatkan Bahasa Melayu hanya diadakan semasa

program Minggu Pusat Sumber.

Jangka masa aktiviti atau program adalah terhad

mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Oleh sebab itu Program Eksplorasi Bahasa ini dijalankan agar ia dapat memberikan input dan output yang berkesan kepada murid-murid. Setiap hari murid akan membawa buku ke tapak perhimpunan dan meluangkan masa lebih kurang 5 minit untuk membaca buku cerita dalam Bahasa Melayu yang di bawa. Aktiviti ini telah Berjaya memupuk semangat suka membaca dikalangan muridmurid terutamanya meningkatkan minat murid bukan Melayu untuk membaca buku dalam Bahasa Melayu. Pendedahan

perlbagai

jenis

aktiviti

seperti

bercerita,

berpantun,

mendeklamsikan sajak, berdialog dan sebagainya menjadikan murid lebih yakin bila berhadapan dengan khalayak ramai. Kepelbagaian aktiviti menjana idea guru agar lebih kreatif semasa aktiviti pengajaran. Aktiviti yang dijalankan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas. Misalnya pendekatan dan teknik pembentangan mampu memupuk keyakinan murid. Aktiviti permainan bahasa menarik minat murid untuk lebih mendalami Bahasa Melayu. (Rujuk gambar yang dilampirkan). Melalui program seperti ini, ia dapat mendedahkan kepada murid cara atau intonasi yang betul apabila mengujarkan dialog. Begitu juga semasa mendeklamasikan sajak, atau melafazkan pantun.

Pendedahan seperti ini lebih berkesan dan boleh

diaplikasikan semula dalam kelas.

Projek Inovasi

8

Program ini meibatkan seluruh warga sekolah termasuk murid-murid Pra Sekolah. Seperti kita semua sedia maklum, murid-murid Pra Sekolah lebih cenderung untuk bermain.

Oleh itu, beberapa aktiviti dijalankan melibatkan integrasi antara mata

pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. Contohnya kemahiran menulis dan membaca digabungkan dengan aktiviti Seni Visual. Murid menulis dan membaca ayat kemudian menghasilkan aktiviti seni visual berkaitan dengan ayat yang ditulis dan yang dibaca. (Rujuk Gambar Lampiran). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti “Buku Besar” mampu menarik minat murid terutama apabila murid bercerita.

Guru menyediakan bahan dan murid

mengaplikasikannya. (Rujuk lampiran)

9.0

KESIMPULAN Program ini telah sedikit sebanyak membantu memupuk minat murid terhadap

Bahasa Melayu. Ia membuka minda murid dan guru bahawa kepelbagaian teknik dan kaedah dalam penyampaian maklumat mampu menarik minat murid.

Walaupun

program ini dijalankan hanya sehingga penggal pertama persekolahan, namun saya percaya ianya pasti akan diteruskan dan diharap ia akan menjadi salah satu program panitia Bahasa Melayu untuk sepanjang tahun.

Projek Inovasi

9

Projek Inovasi

10

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF