Laporan Hasil Dapatan Inventori Minat Kerjaya Murid Tahun 6

March 12, 2017 | Author: Rowena Lim | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Hasil Dapatan Inventori Minat Kerjaya Murid Tahun 6...

Description

Tugasan 3: Laporan Hasil Dapatan Inventori Minat Kerjaya Murid Tahun 6 Sewaktu saya menjalani praktikum di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Mambau, Seremban, saya telah memilih kelas 6G yang mempunyai murid seramai 13 orang untuk menjalankan ujian minat kerjaya dengan menggunakan interpretasi 3 kod mata Holland. Hasil dapatan ujian telah menunjukkan sebanyak 46.15% daripada murid-murid kelas 6G iaitu seramai 6 orang telah berada di bawah kategori Investigatif. Murid-murid dalam kategori investigatif merupakan individu yang suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik dan kerja penyelidikan sains fizikal atau biologikal. Mereka tidak suka melakukan sesuatu rutin yang diulangi setiap hari dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Muridmurid dalam kategori ini mempunyai sifat ingin tahu yang kuat, sentiasa melakukan sesuatu dengan teliti, berfikiran kritikal serta lebih menginginkan kebebasan. Secara ringkasnya, murid-murid dalam kategori investigatif ini suka berfikir untuk mendapatkan jawapan atau jalan penyelesaian masalah. Mereka biasanya mempunyai kemahiran dalam bidang matematik dan sains serta menganggap diri sebagai penyelidik dan golongan intelektual. Dalam kalangan 6 orang murid kategori investigatif ini, terdapat 3 orang mempunyai kod tiga mata Holland “IAR”. 1 orang murid mempunyai kod “IAS” dan 2 orang murid yang mempunyai kod “ISE”. Antara contoh bidang pekerjaan yang sesuai untuk murid yang mempunyai kod “IAS” termasuklah ahli ekonomi, penganalisa dan penyelidik, pemasaran dan sebagainya. Manakala murid yang mempunyai kod “ISE” pula boleh terlibat dalam bidang pekerjaan seperti jurutera keselamatan produk, pakar import, aktuari, jururawat dan sebagainya. Selain itu, terdapat 23.08% daripada murid-murid kelas ini iaitu seramai 3 orang murid berada dalam kategori realistik. Biasanya, murid dalam kategori ini merupakan individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Mereka lebih berminat untuk bekerja dengan objek yang dapat disentuh seperti mesin, peralatan, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Mereka lebih suka untuk bekerja di luar bangunan dan akan menggunakan kebolehan kekuatan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Individu yang realisitik turut menghargai perkara-perkara yang konkrit seperti wang, kuasa dan status. Mereka sering bersifat pemalu, tekun, jujur, materialistik dan suka ikut perintah. Dalam kalangan 3 orang murid kategori realistik ini, 1 orang murid mempunyai kod “RAI” dan 2 orang murid yang mempunyai kod “RAC”. Murid yang mempunyai kod “RAI” boleh

4

terlibat dalam kerjaya seperti pengukir konkrit dan sebagainya. Secara ringkasnya, contoh bidang pekerjaan yang sesuai untuk murid-murid kategori realistik termasuklah mekanik kejuruteraan, juruelektrik, tukang paip, operator mesin dan sebagainya. Tambahan pula, murid yang berada di bawah kategori conventional juga seramai 3 orang iaitu sebanyak 23.08% dalam kalangan murid kelas 6G. Murid-murid dalam kategori ini biasanya cekap menyusun data dengan sistematik dan lebih mahir dalam bidang pengkeranian. Individu dalam kategori ini suka melakukan kerja yang melibatkan angka,selalu melakukan kerja yang terancang terlebih dahulu serta melakukan kerja dengan terperinci. Mereka juga suka mengelakkan diri dari persoalan-persoalan atau masalahmasalah yang rumit. Murid yang conventional bersifat mudah menyesuai diri dan teliti, tekun, sentiasa patuh kepada arahan, cekap dalam melakukan kerja dan sebagainya. Dalam kategori ini, murid-murid terbahagi kepada 3 kod iaitu “CRA”, “CRS” dan “CAR” yang masing-masing mempunyai seorang murid. Murid yang mempunyai kod “CRS” sesuai untuk bekerja dalam bidang pekerjaan seperti akauntan, juruaudit, kerani, penyedia dokumen, pemasang eletronik dan sebagainya. Selain itu, murid-murid kategori conventional juga sesuai untuk menceburi bidang kerjaya seperti perancang belanjawan, operator komputer, pegawai perangkaan dan lain-lain lagi. Di samping itu,terdapat 7.70% dalam kalangan murid kelas 6G iaitu hanya seorang murid dalam kelas 6G yang berada dalam kategori enterprising. Murid dalam kategori ini merupakan individu yang suka kepada aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan. Biasanya, individu ini mempunyai kebolehan untuk memimpin, boleh berhubung secara interpersonal dan pandai memujuk. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan mementingkan status serta kepimpinan. Murid kategori ini bersifat suka bercakap dan bersosial, suka menonjol diri, optimistik dan bercita-cita tinggi. Satu-satunya murid dalam kategori ini mempunyai kod “ECR”. Contoh kerjaya yang boleh diceburi oleh murid ini adalah seperti eksekutif pengurus rumah, penyelia pemetaan, pengambil sampel (mineral dan tanah), penyelia pemasangan perabot dan sebagainya. Secara kesimpulannya, murid-murid dalam kelas 6G mempunyai minat kerjaya yang berlainan. Kebanyakan dalam kalangan mereka berada dalam kategori investigatif, seterusnya adalah realisitik, conventional dan yang jarang sekali adalah enterprising. Walaubagaimanapun, setiap bidang kerjaya ini akan melahirkan individu yang berguna dan berdaya saing dengan syarat seseorang individu tersebut mesti berusaha bersungguhsungguh dalam melakukan setiap perkara.

5

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF