Laporan Hari Terbuka Contoh

August 22, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Hari Terbuka Contoh...

Description

 

Laporan : Hari Terbuka 2015

TARIKH: 28 JUN 2015  LOKASI: SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU 

Pengenalan  Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannta. Justeru itu, hari terbuka yang diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar unutk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa.  Antara objektif hari terbuka ialah  Membincangkan prestasi pembelajaran anak.  Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk kokurikulum dan sahsiah)  Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan pihak sekolah 

1.0 

2.0 

Latar Belakang  Pada tahun ini, hari terbuka Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau dilaksanakan bermula pada pukul 10 pagi. Semua ibu bapa mula membanjiri perkarangan sekolah bermula pukul 9 pagi lagi. Ibu bapa dan penjaga di iringi para pengawas menuju ke kelas di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan ikhlas memberi dorongan, galakan serta teguran membina kepada murid bagi menaikkan motivasi mereka. Ibu bapa  juga dilihat professional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segara laporan guru berlandaskan fakta dan asas untuk memperbaiki tahap akademik dan kualiti anak masing  – masing.  Program ini berakhir pada pukul 1.20 petang. 

3.0  3.1 3.2 3.3

3.4 3.5

Maklumbalas ibu bapa  Antara maklum balas yang diterima ialah   Beg buku anak terlalu berat. Diminta guru menyenaraikan buku yang akan digunakan untuk setiap hari. Anak – anak terbeban memikul beg berat menaiki tangga sekolah.  Ibu bapa berterima kasih kepada guru – guru kerana mengajar dengan penuh kesabaran.  Ibu bapa tahun 4 menyuarakan pendapat bahawa soalan peperiksaan untuk pertengahan tahun agak mencabar. Mereka meminta supaya guru  –  guru memberikan lebih latihan supaya pencapaian mereka meningkat  Menyuarakan pendapat mengenai kebersihan kantin sekolah. Tahap kebersihan sekolah perlu dimantapkan  Guru perlu menyenaraikan kerja rumah yang diberi supaya murid lebih peka akan kerja rumah yang diberi. 

 

 

4.0 

Pencapaian Program 

4.1 4.2 4.3

Peratusan ibu bapa yang hadir meningkat jika dibandingkan dari tahun sebelumnya  Program habis dalam masa yang ditetapkan  Ibu bapa memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berjalan. 

5.0 

Kemajuan/Masalah  Antara masalah yang dihadapi ketika hari tersebut ialah:   Ibu bapa hadir lagi awal daripada masa yang telah ditetapkan menyebabkan sesi pembelajaran terganggu  Kurangnya petugas yang menunjuk arah menyebabkan ibu  – bapa agak hilang punca untuk menuju ke kelas anak mereka  Ada juga segelintir murid yang tidak hadir awal ke sekolah sebaliknya datang bersama ibu bapa pada pukul 10 pagi  

6.0  6.1 6.2

Cadangan  Antara cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah yang timbul ialah   Mengadakan hari terbuka di dewan. Ibu bapa tidak perlu naik turun tangga dan merayau  –  rayau untuk mencari kelas anak mereka   Membuat program dari awal pagi. Sesi pembelajaran perlu ditangguh @ membuat program tersebut ketika hujung minggu 

7.0 

Gambar Aktiviti (Rujuk Lampiran) 

8.0 

Penutup  Hari Terbuka SKST berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah besar ketika program ini berlangsung. Penambahbaikan akan diambil untuk memastikan program tersebut akan lebih lancar pada masa akan datang.  Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau 2015  

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF