LAPORAN FERTIGASI 1

February 6, 2018 | Author: snizam39 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download LAPORAN FERTIGASI 1...

Description

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TEKNOLOGI PERTANIAN SHT 5023 TAJUK TUGASAN : LAPORAN AMALI PENANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAFIZUDDIN BIN IDRIS L20091002789 SHAHRUL NIZAM BIN YAHAYA L20091002794 KASHMER BIN SAMIH L20091002776 ZAINAL BIN ANDI SIKANDAR L20091002785

NAMA PENSYARAH : EN. ABU BAKAR BIN MAMAT

1

1.0 PENGENALAN Kami pelajar DPLI Sains Pertanian 2009 telah menjalankan amali penanaman melon secara fertigasi. Jenis melon yang ditanaman ialah jenis ‘Musk Melon’ dan ‘Rock Melon (Glamour)’. Sistem fertigasi yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan juga jenis biasa iaitu penggunaan ‘cocopeat’. Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)” Perbezaan kaedah autopot dan kaedah biasa adalah keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Autopot ini dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun. Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak. Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja (pada kepekatan rendah) beberapa kali sehari (mengikut keperluan) kepada setiap pokok. Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja.

Pengagihan secara automatik menggunakan

pengatur-masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Sistem fertigasi direkabentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini komponen-komponen sistem fertigasi disediakan dan dipasang di dalam bengkel kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi dibawa ke tapak binaan untuk dipasang secara pasang siap.

2

1.1 KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI Fertigasi di sini merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture production system). Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti tomato, cili merah, capsicum, timun, melon, zukini, terung dan strawberry yang sesuai lagi ekonomikal menggunakan kaedah ini. Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili. Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT). Pelbagai bentuk SPT yang dibina daripada pelbagai bahan terdapat di Malaysia.

Walau

bagaimanapun, bakal-bakal pengamal penanaman secara fertigasi digalakkan mengguna-pakai model struktur fertigasi nasional yang diperakui oleh Kementerian Pertanian. Atap SPT hendaklah diperbuat daripada bahan yang lutsinar supaya cahaya matahari dapat diterimaguna oleh tanaman. Tanpa SPT pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan berkesan disebabkan hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang diberikan.

Semburan ulangan dan

penambahan dos semburan akan meningkatkan kos. Percikan air akibat hujan yang menimpa daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain. Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair kerana terkena hujan menyebabkan pemberian baja tidak berkesan. Akibatnya pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot. Walau bagaimanapun SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak dapat menjamin tanaman bebas dari diserang atau dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan

3

dinding jaring walaupun menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan hamama merah,kutu trip atau lalat putih (pembawa virus) kerana mereka ini sifatnya kecil. Makhluk-makhluk perosak ini bukan sahaja boleh masuk melalui lubang-lubang jaring bahkan ianya boleh juga masuk dengan melekat kepada pakaian atau anggota pekerja yang keluar masuk SPT.

2.0 PERSEDIAAN AWAL Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian benih dilakukan. Perkara yang pertama ialah mengira keperluan baja dan ‘coco peat’. Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan. Membuat pesanan pembelian ‘coco peat’. Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih 15 sm x 15 sm bertebuk di tepi sahaja. Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, media semaian (peat moss), dulang semaian, tali rafia, racun serangga dan kulat yang biasa diperlukan dan lain-lain. Sekiranya semua peralatan tersebut telah mencukupi, kawasan penanaman fertigasi perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada sisa pusingan tanaman yang lalu kerana ia boleh mengakibatkan punca penyakit. Pada 22/4/2009 rumah fertigasi di UPSI telah dibersihkan. Tanaman yang berpenyakit teruk telah dibuang. Waluabagaimanapun bukan semua tanaman dibuang walaupun tanaman tersebut telah menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit. Sepatutnya semua tanaman yang berpenyakit perlu dibuang dan dibakar kerana tanaman tersebut telah menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga perosak. Jika tanaman ini dibiarkan, penyakit ini boleh disebarkan melalui serangga yang menjadi agen penyebaran. Antara serangga yang menjadi agen penyebaran penyakit ialah trip, afid dan hamama. Pada 7/5/2009 bekas ‘autopot’ yang akan digunakan bagi tujuan penanaman melon dibersihkan dan disusun dengan elok diatas bongkah batu bata. Batu bata dipecahkan menjadi bahagian yang kecil dan diletakkan sebanyak 3-4 ketul di dalam polibeg. Polibeg yang telah diisi dengan ketulan batu bata diletakkan ke dalam bekas ‘autopot’. Ketulan batu bata berfungsi untuk memegang akar melon.

4

Rajah 1 Penyediaan autopot Seterusnya semua sistem perpaipan bagi tujuan pengaliran larutan baja diperiksa dan dilakukan ‘flushing’ atau membilas agar semua kotoran dan mendakan keluar. Seterusnya paip tersebut dipastikan dapat mengalirkan air dan tidak tersumbat. Bekas yang tidak elok atau bocor diperiksa dan dibaik pulih agar larutan baja dapat mengalir masuk ke dalam bekas atau pembaziran larutan baja tidak berlaku bagi bekas yang bocor. Medium tanaman ialah sebarang bahan samada organan atau bukan organan yang boleh digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu pertumbesaran pokok. Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘coconut coir dust’ yang dikenali dengan panggilan ‘coco peat’ atau habuk sabut kelapa. ‘Coco peat’ adalah murah dan mudah dibeli jika dibandingkan dengan media tanaman komersil lain seperti ‘perlite’, ‘vermiculite’

dan

‘maidenwell diatomite’. Media tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah seperti pasir sungai / lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur kerana kandungan kalsiumnya tinggi).

Bagi satu lagi rumah fertigasi, medium penanaman yang digunakan ialah polibeg yang diisi dengan campuran ‘cocopeat’ dan sekam padi bakar. Nisbah campuran yang digunakan ialah

5

dengan kadar 2:1 iaitu dua guni ‘cocopeat’ dan satu guni sekam padi bakar. ‘Cocopeat’ dan sekam padi bakar digaul sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam polibeg. 3.0 PENYEMAIAN BENIH Terdapat beberapa jenis teknik semaian yang digunakan. Walaubagaimanapun, teknik semaian biji benih yang digunakan ialah menggunakan tray semaian dan juga 'giffy 7’. Jenis biji benih melon yang disemai ialah ‘Musk Melon’ dan juga ‘Rock Melon (Glamour). Buah ‘Musk Melon’ berwarna kuning keemasan apabila masak dan mempunyai isi yang bewarna putih. Buah melon jenis Glamour bewarna hijau dan mempunyai urat yang berbentuk pukat. Isi buah melon Glamour bewarna jingga apabila masak. Giffy 7 berbentuk bulat seperti buah karom. Giffy 7 akan mengembang apabila direndam di dalam air selama 3-5 minit. Giffy 7 yang telah kembang diletaakn di atas bekas atau takung yang boleh menyerap air. Bekas takungan tersebut perlu diisi dengan air setiap hari agar Giffy 7 yang digunakan sebagai medium semaian sentiasa berada dalam keadaan lembab. Selepas Giffy 7 siap disediakan, biji benih melon tersebut disemai ditengah-tengah Giffy 7 dengan kedudukan menegak. Penyemaian biji benih tidak boleh dilakukan dengan terlalu dalam. Kebiasaanya kedalaman yang digunakan bagi menyemai biji benih melon ialah antara 0.5 cm-1.0 cm. Proses penyemaian biji benih melon akan mengambil masa selama 7 hari sebelum dipindahkan ke dalam bekas penanaman seperti ‘autopot’ ataupun polibeg.

Rajah 2 Penyemaian Biji Benih

6

4.0 PEMINDAHAN ANAK BENIH (TRANSPLANT) Pemindahan anak benih dilakukan apabila anak benih berusia antara 7-10 hari atau boleh dikenalpasti apabila dengan melihat daun keempat sebesar ibu jari tangan. Pada 12/5/2009 anak benih mula dipindah dan ditanam di dalam bekas ‘autopot’. Setiap pelajar telah diagihkan sebanyak 2 pokok Musk Melon dan satu pokok Rock Melon bagi bekas ‘autopot’. Bagi medium polibeg pula setiap pelajar diagihkan sebanyak satu pokok melon sahaja.

Rajah 3 Anak Benih dengan 2 daun Bagi bekas ‘autopot’, batu bata disusun dengan elok dan anak pokok melon diletakkan di atas ketulan batu bata tersebut. Anak benih yang diletakkan di atas ketulan batu bata perlu dipastikan agar akarnya menyentuh larutan baja. Jika tidak, anak pokok boleh mati kerana tidak mendapat bekalan air dan nutrien yang secukupnya.

Rajah 4 Anak Benih dengan 4 daun dan sudah dipindahkan ke smart pot 7

Bagi pemindahan anak pokok ke dalam polibeg. Satu lubang perlu digali pada ‘cocopeat’ pada tengah-tengah polibeg dengan ukuran 4cm lebar x 4cm panjang x 4cm tinggi. Anak pokok ditanam dengan semua bahagian Giffy 7 berada di dalam ‘cocopeat’.

Rajah 5 Penanaman melon dalam polibeg 5.0 MENGIKAT POKOK Tujuan utama pokok diikat adalah untuk menyediakan sokongan kerana pokok melon jenis menjalar dan tidak mempunyai batang yang tegak. Oleh itu, sistem sokongan menggunakan tali diperlukan agar pokok dapat bertumbuh dengan elok dan menegak, mendapat cahaya matahari dengan secukupnya, batang tidak patah serta tidak menjalar secara berselerak di atas tanah. Pokok melon boleh diikat selepas dua minggu daripada tarikh ‘transplant’. Pada usia ini, pokok melon telah mula menjalar. Tali rafia digunakan untuk mengikat pokok melon. Tali rafia akan diikat pada pangkal pokok melon. Penggunaan klip yang mudah didapati daripada kedai yang menjual alat fertigasi boleh digunakan bagi memudahkan lagi proses mengikat pokok melon. Kemudian pucuk yang keluar dan semakin memanjang boleh dililit disekeliling tali rafia sehingga ia mengcapai ke trelis. Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman terus tumbuh ke atas. Bagi pokok-pokok melon wangi dan timun, pucuk pokok akan mengganggu pokok-pokok di sebelahnya dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip buah dan membuang tunas air. Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air. 8

Rajah 6 Melilit pokok

6.0 PEMANGKASAN (PRUNING) Pemangkasan hendaklah dilakukan dengan membuang tunas yang keluar pada batang utama. Tunas tersebut kebiasaannya dipanggil tunas air atau tunas ketiak. Tunas air akan mula keluar apabila pokok berusia 3 minggu. Walaubagimanapun, proses pemangkasan perlu dilakukan secara berhati-hati kerana buah akan terhasil pada tunas air. Jadi tunas air yang hendak digunakan untuk penghasilan buah tidak boleh dipangkas. Selain daripada tunas air yang disimpan untuk penghasilan buah, semuanya boleh dipangkas. Pemangkasan perlu dilakukan kerana tunas air yang dibiarkan akan terus memanjang dan membesar. Proses tersebut akan memberi kesan terhadap batang utama dan pembesaran buah. Batang utama dan buah akan menjadi kecil. Kualiti buah menjadi tidak elok seperti saiz buah yang kecil serta tahap kemanisan yang rendah. Hal ini demikian kerana tunas air yang tumbuh akan mencuri nutrien yang sepatutnya diberikan kepada bahagian lain. Pembahagian nutrien yang tidak seimbang akan memberi kesan terhadap pertumbuhan kerana nutrien tersebut telah dibahagikan kepada banyak cabang. 9

Rajah 7 Pemotongan Sulur Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan (terutamanya yang terlindung dari mendapat cahaya matahari). Daun-daun tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil. Proses pemangkasan boleh dilakukan dengan menggunakan pisau, gunting pemotong dahan dan juga tangan. Tangan boleh digunakan untuk mengutil tunas yang baru keluar iaitu tunas yang masih kecil dan dahannya masil lembut. Penggunaan bahan pemangkasan seperti pisau perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Pisau yang digunakan untuk memangkas pokok yang berpenyakit boleh menjangkiti pokok yang sihat. Pastikan pisau yang tercemar dibasuh dan direndam dengan ‘chlorox’.

10

7.0 PEMBAJAAN Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan Natrium) diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karbon diperolehi daripada udara). Unsur-unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah diagihkan kesetiap pokok dengan seragam. Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman. Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda dari yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat Ca(N03)2 mestilah disediakan secara berasingan dari sebatian yang mengandungi PO4 dan S04 untuk mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya larutan Ca(N03)2 dan zat Fe disatukan dan disediakan berasingan dari 9 sebatian lain. Larutan stok ini Ca(N03)2 dan zat Fe dilabelkan dengan LARUTAN “A” manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3 KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnPO4, Ammoniam Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan LARUTAN “B”.

11

Rajah 8 Penyediaan Larutan B yang telah siap dicampur oleh pengilang Perlu diingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak.

Larutan stok hendaklah dituangkan satu persatu bagi mengelakkan

berlaku sebarang tindakbalas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

Rajah 9 Campuran stok A dan B ke dalam tangki Kepekatan larutan baja (E.C) yang digunakan adalah berbeza mengikut formulasi yang berbeza. Selain itu kepekatan yang digunakan mestilah sentiasa diubah seiring dengan pertumbuhan pokok. Pokok yang masih kecil menggunakan kepekatan yang rendah manakala pokok yang telah matang menggunakan kepekatan larutan baja yang tinggi kerana pokok telah besar, pembentukan bunga dan pembentukan buah. Walaubagaimanapun, kekerapan boleh berubah ketara mengikut perubahan cuaca terutamanya suhu. Umur (minggu)

Kepekatan Jumlah (ml) Kekerapan (kali/hari)

(mS/cm) 1 -3 1.2-1.6 400 - 800 3-4 4-6 1.6-2.0 800 - 1200 4-5 7-8 1.8-2.5 1200 - 1800 4-6 8 dan seterusnya 1.8-3.0 1800 - 2500 4-6 Jadual 1: Kadar kepekatan baja untuk tanaman Tembikai Wangi

pH media 5.8-6.3 5.8-6.3 5.8-6.3 5.8-6.3

8.0 KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK 12

Kawalan penyakit dan perosak amat penting dilakukan kerana perkara ini yang akan memastikan tanaman terus hidup dengan subur sehingga hasil dapat dituai. Walaubagaimanapun proses ini tidak dititik beratkan dalam amali kerana terdapat pelbagai faktor. Perkara pertama ialah, tanaman pusingan yang lalu yang telah berpenyakit seperti Mozek virus dan serangan serangga perosak seperti ‘Whitefly’, Trip, Kutu Daun dan Hamama dibiarkan dan tidak buang. Hanya sebahagian pokok sahaja yang dibuang iaitu pokok yang terlalu teruk serangan penyakit. Pokok lain masih dibiarakan, mungkin untuk menuai saki baki hasil tanaman yang masih ada. Perkara ini merupakan punca utama tanaman melon tidak berjaya. Walaupun tanaman baru telah ditanam, tanaman lama masih tidak dibuang yang seterusnya penyakit pada tanaman lama telah disebarkan kepada tanaman baru. Tanaman pusingan lalu hanya dibuang apabila tanaman baru telah menunjukkan tanda-tanda serangan yang teruk. Perkara kedua ialah stok racun serangga dan perosak yang terhad iaitu hanya mempunyai Decis (A.I= Deltamethrin) yang digunakan untuk membunuh ulat dan Confidor (A.I= Imidacloprid) yang digunakan untuk mengatasi seranagan ‘Whitefly” dan trip. Salah satu sifat serangga perosak ialah ia mempunyai sifat rintang yang tinggi dan cepat terhad racun yang digunakan. Oleh itu penggunaan racun mestilah dilakukan berselang-seli dengan bahan aktif yang berlainan serta mempunyai tindakan yang berbeza terutamanya terhadap tanaman yang telah terkena serangan yang kritikal. Perkara yang ketiga ialah satu rumah fertigasi yang kecil mempunyai banyak pemilik (pelajar), oleh itu jadual meracun tidak dilakukan secara sistematik. Sepatutnya kadar meracun bagi pokok yang kritikal ialah 3 hari selang 3 hari dan selang 7 hari. Selain itu, setiap pelajar hanya mempunyai 3 pokok, walaupun telah terdapat tanda-tanda serangan virus, mereka masih tidak mahu membuang pokok tersebut kerana risau mereka tiada pokok dan wang pelaburan mereka sebanyak RM 20 melayang begitu sahaja. Akibatnya pokok yang masih sihat dijangkiti dan seterusnya satu rumah fertigasi telah dijangkiti penyakit dan merosakkan semua pokok. Penjagaan yang betul ialah memeriksa setiap pokok di awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak: 13

1. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan. 2. Serangan hamama dan juga kutu trip; lihat di bawah daun-daun di pertengahan (2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan 3. ulat pelombong daun jelas tampak serangannya pada daun-daun separa tua. 4. Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik. Jika terdapat tanda-tanda serangan, tindakan segera perlu diambil. Semburan racun perlu dilakukan dengan segera agar tidak menjangkiti tanaman lain. Pokok yang terkena serangan virus perlu dibuang dengan segera.

Rajah 11 Pokok yang terkena penyakit kulat

14

BIL 1

JENIS RACUN @ FOLIAR Dithane M45

2

Imidor 200

3

Confidor 200 SL

4

Flint

5

A&B

6

Penncozeb 80 WP

7

Anvil

8

Systhane 12 E

9

Oumeida

10

DMV

11

Power Wet

12

Green Patrol ES

13 14

Decis 250 Selecron 500 EC

15 16

Mitac Avemec 018

17

Boron

BAHAN AKTIF Mancozeb 80 % Imidacloprid 18. 3 % Imidacloprid 18. 3% Trifloxystrobin 50 % Untuk masalah trip, memulihkan semula serangan trip. Mancozeb 80 % Hexaconazole 4. 8 % Myclobutanil 13. 5 % Rotenone EC 25 % Ekstrak Tumbuhan Octylphenoxypolyethox yethanol + Alkylester Sulfonate 70 % , Isopropanol 8 % Ekstrak tumbuhan 34 % Deltamethrin 2. 8 % Profenos L 43. 4 % Amitraz 21.7 % Abamectin 1.8 % Boron 5 %

JENIS TINDAKAN Downy Mildew, Powdry Mildew Trip , Hamama

KELAS 4

ISIPADU BANCUHAN 200 gm / 200 L

3

150 ml / 200 L

Trip , Hamama

3

60 ml / 200 L

Podry Mildew, Downy Mildew, Antraknos

4

50 gm / 200 L 50 ml / 200 L

Downy Mildew, Powdry Mildew Kulat

4

200 gm / 200 L

4

200 ml / 200 L

Kulat, Karat

4

200 ml / 200 L

Hamama , Trips

200 ml / 200 L

Growth Regulator Maximum Pesticide Penetration

250 ml / 200 L

Afid, Hamama, Lalat Putih Ulat ratus Ulat

500 ml / 200 L

Hamama Hama Merah, Lalat Putih Tumbesaran Akar, Kekuatan Pucuk, Putik Bunga, Saiz Sayuran.

50 ml / 200 L

3 2

250 ml / 200 L 600 ml / 200 L

2 2

220 ml / 200 L 180 ml / 200 L 1 L / 200 L

Jadual 2: Jenis racun dan foliar yang sering digunakan dalam pertanian

15

9.0 PENDEBUNGAAN Bagi tanaman tembikai wangi/melon pada teorinya menjalani pendebungaan sendiri. Tetapi apabila ditanam di dalam Struktur Pelindung Tanaman lebih-lebih lagi yang dipasang dengan jaring kalis serangga kedapatan banyak putik-putik buah yang gugur dibawah pokok. Keguguran telah dikenalpasti kebanyakannya disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan. Di Negara Eropah, ‘bumble bee’ dipelihara untuk membantu pendebungaan semua pokok jenis buah yang ditanam dalam rumah kaca. Pemeliharaan kelulut di dalam rumah pelindung tanaman berdinding kalis serangga telah digunakan oleh di MARDI Langkawi. Tetapi kelulut tersebut tidak dapat hidup lama. Aphis cerana kedalam Struktur Pelindung Tanaman berdinding jaring kalis serangga hanya akan membunuh lebah-lebah tersebut. Mereka gagal pulang ke sarang kerana pancaran matahari pecah (disperse) apabila terkena bumbung plastic SPH. Pendebungaan berbantu menggunakan membawa bunga jantan kepada bunga betina (menggeselkan stamen ke atas stigma) boleh meningkatkan hasil buah melon. Bunga betina hanya berada pada tunas air dan kembung pada bahagian bawah kelopak bunga. Bunga jantan banyak terdapat pada batang utama.

Rajah 12 Bunga betina sedia untuk pendebungaan Bagi melakukan pendebungaan berbantu, pilih bunga jantan yang sihat, kemudian buang semua kelopak bunga. Dekatkan bahagian bunga jantan tadi pada bunga betina dan geselkan bunga jantan pada stigma bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu bermula pukul 10. 00 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya dan embun pada bunga telah kering. Hasil pendebungaan hanya dapat dilihat selepas 48 jam.

16

Rajah 13 Bunga jantan yang sihat

17

10 PENUAIAN Kebiasaannya tanaman tembikai wangi boleh dituai apabila mencecah usia 65 hari di dalam rumah fertigasi. Bagi tanaman melon, buah dipetik apabila daun pengasuh (flag leaf) pada tangkai buah telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak (garisan retak) mengelilingi pangkal buah. Semua hasil tanaman perlu dibuat penggredan mengikut saiz. Jika dicampur-adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun. Proses penuaian boleh dilakukan dengan menggunakan pisau atau gunting pemotong dahan. Pastikan bahan memotong yang digunakan tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan tidak menurunkan kualiti hasil tuaian. 11 PERBANDINGAN ANTARA FERTIGASI (TANPA TANAH) DAN PENANAMAN SECARA KONVENSIONAL DI ATAS TANAH

Jenis tanaman Struktur pelindung tanaman Dinding jaring kalis serangga Sistem pengairan Media tanaman Varieti tanaman i. Tomato ii. Cili iii. Melon Air Tenaga letrik Modal Pengetahuan teknikal

PENANAMAN SECARA FERTIGASI TANPA TANAH Lebih sesuai untuk tanaman jenis buah Pra-syarat yang mesti ada

PENANAMAN SECARA KONVENSIONAL (Tanah) Semua jenis tanaman

Boleh ada atau tiada

Tiada

Titis dan berbaja (Fertigasi) Coco peat, pasir campuran coco peat dengan sekam bakar, perlite, peat moss, vermiculite dll.

Sebarang jenis sistem pengairan Tanah

- Jenis indeterminate - Jenis hybrid - Melon wangi Perlukan air bersih (paip, air bawah tanah atau air sungai yang bersih)

- Indeterminate & determinate - Sebarang jenis cili - Sebarang jenis melon Tidak memrerlukan air yang bersih untuk pengairan.

Sebaiknya ada Tinggi Sangat diperlukan terutamanya dalam pengurusan tanaman dan pengairbajaan

Tidak perlu Rendah Tidak memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal

Boleh dijalankan tanpa struktur pelindung tanaman

18

Tapak tanah Kesuburan tanah

Mesti rata Tidak menjadi syarat

Kos operasi

Rendah

Risiko • Serangan serangga perosak • Penyakit • Kekeringan Tenaga buruh

Kesan akibat mengubah anak pokok Keseragaman pokok Potensi hasil - Setiap pokok - Setahun



Rendah (berjaring kalis serangga)

• •



Tinggi

Rendah Sederhana (putus bekalan, lalai atau berlaku kebocoran ke atas sistem pengairan) Bermusim - tinggi terutama di waktu menanam dan mengutip hasil)- boleh dikontrakkan Kurang terencat – cepat pulih kerana sistem pengairan yang lebih efisien Lebih seragam (menerima jumlah larutan baja yang sama)

• •

- Lebih tinggi - Lebih tinggi (lebih pusingan setahun)

- Sederhana - Pusingan tanaman setahun terhad kerana proses penyediaan semula tanah - Rendah - Kepadatan pokok lebih rendah - Mudah terkena penyakit berjankit yang dibawa tanah

- Seunit luas

- Lebih tinggi - Kepadatan pokok lebih tinggi (kecuali cili merah) - Bilangan yang mati akibat penyakit akar rendah)

Kualiti hasil Mengutip hasil

Tinggi - Lebih cepat dipetik hasilnya (pokok lebih subur) - Tempoh mengutip hasil lebih panjang Rendah

Kejerihan

Tidak semestinya rata Tanah yang subur untuk mengurangkan kos pengurusan dan penyediaan tanah. Tinggi kerana melibatkan kos i. Meracun rumput ii. Membajak iii. Membuat batas iv. Merumput iv. Membaja (manual)

Tinggi di musim hujan Rendah (akar pokok boleh mendapat air dari tanah atau air hujan. Sentiasa tinggi

Terencat lebih lama sebelum pulih Tidak seragam kerana dipengaruhi oleh kesuburan tanah yang berbeza-beza

Tidak menentu - Lambat mengutip hasil -Tempoh mengutip hasil lebih pendek Tinggi 19

Kesan keatas alam sekitar

- Mesra alam (penggunaan baja yang terkawal)

Keselesaan bekerja

- Lebih panas - Boleh bekerja walaupun di hari hujan

Pengurusan dan penjagaan

Struktur pelindung tanaman, jaring kalis serangga, sistem pengairan perlu diurus dan dijaga secara berterusan

- Penggunaan najis haiwan boleh menyebabkan pencemaran alam (udara) - Air bawah tanah mungkin tercemar - Mungkin menyebabkan hakisan tanah (penanaman di lereng bukit) - Berlaku timbun-tambah garam-garam galian dalam batas-batas tanaman (pH terlalu rendah dan EC pula terlalu tinggi – perlu diperbaikki untuk mendapatkan hasil yang baik - Kurang panas - Di kala hujan tak boleh bekerja - Tanah tak boleh dibajak dimusim hujan (tanah lembut) - Di musim panas (yang lama) tanah pula terlalu keras Pengurusan lebih kepada batas-batas tanaman, sistem perparitan dan saliran, alatalat membajak dan juga pam air.

12 KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI Kebaikan •

Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah sebab utama ia diminati



Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain.



Penggunaan alat pengatur masa otomatik menjamin keberkesanannya.



Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan bahawa perbezaan lembapan tanah antara kering dan basah tidak terlalu besar.



Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip pembahagi adalah kecil oleh itu kos pembeliannya lebih murah. 20

Kekurangan •

Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil, ia mudah tersumbat akibat timbunan garam-garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di antara dua penitisan.



Timbunan garam-garam galian akan berlaku dalam medium tanaman.di tanah rendah tropika.

Kejadian ini berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlakunya proses

evapotranspirasi. yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas Timbunan garam-garam ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis.

REFLEKSI Shahrul Nizam Bin Yahaya Pelajaran yang diterima dari segi teori amat memuaskan. Ia memberi pendedahan baru kepada saya. Tetapi dari amali fertigasi, tidak banyak yang dapat dipelajari dari tutor bertugas. Kebanyakan penjagaan fertigasi banyak dipelajari dari rakan yang pernah bertugas sebagai Pegawai Pertanian yang menjaga fertigasi cili di sebuah syarikat swasta. Banyak teguran membina beliau terutama dari aspek pembersihan tapak penanaman tidak dihiraukan menyebabkan tanaman sistem fertigasi tidak mendapat hasil yang dikehendaki. Mohd Hafizuddin Idris Bidang agrikultur bukan merupakan satu bidang yang diambil mudah dan diperlekehkan. Banyak usaha dan komitmen yang perlu dilakukan bagi memastikan ia berjaya. Pengajaran berkenaan fertigasi melalui teori boleh diterima, walaubagaimanapun teori sahaja tidak mengcukupi di dalam bidang pertanian.

21

Amalan praktikal dan pengalaman ladang amat membantu bagi memastikan kejayaan. Bukan semua kaedah dan pengurusan dalam bidang pertanian boleh diperolehi melalui teori. Masalah dalam bidang pertanian adalah tidak sama, pasti akan ada masalah baru selepas satu masalah dapat diselesaikan. Hanya teori yang dibantu dengan pengalaman sahaja yang betul-betul dapat menyelesaikn masalah ini. Diharap pengajaran amali berkenaan fertigasi dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang agar ilmu yang diberikan dapat digunakan dengan betul dan pelajar berpuas hati dengan usaha yang dicurahkan. Dapat dilihat di sini, kelemahan berkenaan teknikal. Kebersihan ladang perlu dititikberatkan. Pastikan tiada saliran yang tersumbat sehingga rumah fertigasi menjadi lecak. Sebelum memulakan penanaman baru semua tanaman lama yang berpenyakit walaupun sedikit perlu dibuang agar tidak menjangkiti tanaman baru. Inilah antara kunci kejayaan dalam pertnian. Jika pokok telah telah diserang penyakit pada usia muda, harapan untuk melihat berjaya amat tipis atau hasil yang diperolehi amat sedikit dan kualiti hasil adalah rendah. Penanaman ini hanya akan merugikan. Selain itu, penggunan racun serangga, kaedah penyelenggaraan pokok, pemberian baja, kepekatan larutan baja dan kadar pemberian

air juga memainkan peranan penting dalam

memastikan kejayaan dalam bidang pertanian. Tanaman juga dipengaruhi oleh klimaks, suhu, iklim, bentuk muka bumi. Jadi, penjagaan dan masalah yang akan dihadapi adalah berbeza mengikut tempat dan keadaan yang tidak terdapat dalam buku 100%. Hanya pengalaman sebenar yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Oleh itu tenaga pengajar perlu mendalami ilmu fertigasi ini dengan lebih mendalam atau anda akan diperlekehkan oleh pelajar. Penerangan berkenaan amali di dalam rumah fertigasi perlu lebih jelas kerana teori di dalam kelas berbeza dengan pengurusan terus di kebun. Selain itu, bidang pertanian terus berkembang mengikut peredaran masa, ilmu yang diperolehi beberapa tahun lepas kdang kala sudah tidak boleh digunakan lagi pada zaman sekarng. Oleh itu, pastikan tenaga pengajar sentiasa peka dengan perkembangan pertanian. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang boleh digunakan yang kadang kala teknik tersebut lebih bagus daripada yang diperolehi dalam buku.

22

ZAINAL BIN ANDI SIKANDAR Sepanjang amali Teknologi Perkebunan ini dijalankan, tidak di nafikan terdapat perkara baru yang telah saya pelajari. Menanam tembikai dengan menggunakan smart pot dan sistem fertigasi merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Walaubagaiman pun, sistem ini saya telah ketahui terlebih dahulu. Sebelum ini, saya hanya belajar menanam tomato dan cili menggunakan sistem hidroponik. Mencampurkan baja stok A dan stok B, melakukan pendebungaan dan banyak lagi aktiviti lain merupakan perkara yang saya pernah saya lakukan ketika saya gambil diploma pertanian. Walaubagaimana pun, larutan stok A dan B kami sediakan dengan mencampurkan sendiri baja berdasarkan sukatan baja yang telah ditentukan. Namun, tidak saya nafikan terdapat semua pengalaman baru yang cukup berharga dan merupakan bekalan ilmu yang sangat penting untuk bekalan pada masa hadapan dan saya akan gunakan ketikan saya mengajar kelak. Kerjasama yang diberikan di kalangan kawan-kawan dan tutor

juga kadang-kadang

membuatkan saya terharu dan rasa bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan dan tutor yang sentiasa berada di sisi untuk membantu dan memberikan tunjuk ajar apabila diperlukan. Walau pun pada akhir amali kami, tanaman yang kami usahakan terutama dalam sitem fertigasi kurang berjaya tetapi pengalaman yang diperolehi sepanjang amali ini banyak memberikan pengetahuan kepada kami untuk membuat yang lebih baik jika berpeluang melakukan amali atau kerja yang sama pada masa-masa akan datang.

KASHMER BIN SAMIH Saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan amali Teknologi Perkebunan bersama-sama dengan ahli kumpulan saya dan kawan-kawan yang lain. Sepanjang menjalani amali, banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru yang saya pelajari terutamanya mengenai penanaman buah tembikai dengan menggunakan kaedah Smart Pot. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang amat popular dijalankan sekarang oleh para pengusaha fertigasi buah tembikai. Ini kerana kaedah ini ringkas dan senang diselenggarakan. Melalui amali ini juga, saya telah mempelajari teknik-teknik penanaman buah tembikai dari biji benih sehinggalah buah matang. Pelbagai sumber ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi bersama dengan kawan-kawan yang lain. Antaranya seperti mencampurkan baja larutan stok A dan stok B, melakukan 23

pendebungaan sendiri, membuat trelis bagi buah yang baik dan melakukan penyemburan baja penggalak buah terhadap buah yang berjaya didebungakan. Pengagihan tugasan yang diberikan bagi setiap kumpulan dalam membuat larutan adalah baik bagi mendedahkan pelajar membuat campuran larutan sendiri dengan kadar yang diberikan. Dalam masa yang sama, kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap kumpulan dalam menjayakan amali ini adalah sungguh luar biasa. Walau bagaimanapun, amali ini yang dijalankan pada awal semester sehingga akhir semester menghadapi masalah yang menyebabkan amali penanaman buah tembikai kurang berjaya. Keadaan ini sedikit mengecewakan saya dan ahli kumpulan saya kerana kami telah berusaha untuk memastikan buah ini berjaya ditanam. Entah di mana silapnya keadaan sebaliknya pula yang berlaku. Tetapi keadaan ini tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk membuat yang lebih baik dan cemerlang jika berpeluang menjalankan amali fertigasi secara Smart Pot pada masa akan datang.

24

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF