1. Laporan ini adalah mengenai kes-kes jangkitan malaria yang berlaku di kawasan Lahad Datu Sabah.
2. Data dan statistik adalah hasil penelitian sepanjang bulan januari di Klinik kesihatan Lahad Datu.
3. Kawasan yang terbabit merangkumi seluruh kawasan daerah Lahad Datu iaitu pesakit yang datang menerima rawatan di Klinik kesihatan Lahad Datu.
4. Data dan statistik dibahagikan kepada kes jangkitan demam malaria mengikut tempat dan jenis parasit protozoa bagi mengenalpasti tampat-tempat panas yang terjadi kes jangkitan malaria yang tinggi.
5. Laporan ini juga mengklasifikasikan kes-kes malaria mengikut kewarganegaraan bagi mengenal pasti jumlah penduduk tempatan yang dijangkiti berbanding warga asing.
6. Pengkelasan data dan statistik juga dilakukan mengikut kes jangkitan baru dan ulangan bagi pesakit yang pertama kali atau pernah mendapat jangkitan protozoa yang sama.
7. Pemerhatian dan pengumpulan data telah dilakukan selama empat minggu di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan merangkumi seluruh daerah Lahad Datu.
2
PENGENALAN.
Deman malaria adalah disebabkan oleh jangkitan parasit plasmodium yang disebarkan dari orang lain yang telah dijangkiti melalui gigitan nyamuk anopheles betina. Penyakit Malaria juga dikenali sebagai Demam Kura atau Demam Ketar. Jangkitan dari nyamuk tersebut akan memindahkan parasit tersebut dan seterusnya akan menjangkiti hepar dah sel darah merah. Ada beberapa kes jangkitan adalah daripada jangkitan tranfusi darah yang tercemar. Simptom-simptom malaria selalunya dapat dikenalpasti seperti demam on/off sakit kepala, mual, letih lesu dan simtom berpanjangan lebih dari10 hari. Jika tidak dirawat, malaria boleh menjadi ancaman nyawa kepada pesakit yang dijangkiti. Penyakit ini hanya boleh disembuhkan jika dirawat menggunakan ubat khusus yang boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau hospital. Di kawasan Lahad Datu, kes-kes malaria dapat dikesan setiap bulan. Empat utama parasit protozoa yang dikenapasti adalah Plasmodium Vivax, Plasmodium falciparum, Plasmodium malariae, dan Plasmodium Ovale. Protozoa yang sering dikenalpasti dalam kes-kes malaria di Lahad Datu adalah jenis Plasmodium Falciparum dan Plasmodium Vivax. Majoriti pesakit yang dijangkiti adalah terdiri daripada penduduk bukan warganegara malaysia yang datang berkerja di ladang-ladang kelapa sawit dan datang dari Philipina dan Indonesia.
3
DATA DAN STATISTIK.
JADUAL DI BAWAH MENUNJUKAN STATISTIK KAWASAN DAN JENIS PROTOZOA DALAM KES JANGKITAN MALARIA. No. Tempat
Plasmodium Falciparum
Plasmodium Vivax
1
Kg Sepagaya
1 orang
1 orang
2
Kg Silam
1 orang
1 orang
3
Tungku
2 orang
1 orang
4
Felda Sahabat
4 orang
1 orang
5
Kg Unta
2 orang
-
6
Kg Silabukan
-
1 orang
7
Taman Aman1 & 3
1 orang
-
8
Tabanak
2 orang
-
9
Kg Air
2 orang
2 orang
10
Taman Mewah
1 orang
-
11
Paris
1 orang
-
12
Bukit Garam
3 orang
-
1. Data dan statistik menunjukan jumlah kes jangkitan malaria dan kawasan penempatan terlibat serta jenis microorganism protozoa yang dikenalpasti menjangkiti pesakit.
2. Seramai 27 orang pesakit didiagnos sebagai pesakit demem malaria hasil daripada ujian darah BSMP/BFMP yang menunjukan keputusan positif terhadap protozoa itu.
3. Majoriti pesakit demam malaria di kawasan Lahad Datu adalah positif terhadap jangkitan Plasmodium Falciparum dan hanya sebilangan sahaja yang didapati mendapat jangkitan Plasmodium Vivax.
4
4. Kawasan Felda Sahabat menunjukan kes tertinggi jangkitan Malaria manakala Taman Mewah kawasan yang paling sedikit terlibat.
5. Kawasan-kawasan seperti Bukit Garam, Felda sahabat, Paris dan Kg Silam
juga termasuk dalam data dan statistik kerana meraka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lahad Datu walaupun mempunyai klinik kesihatan di tempat masing-masing yang lebih dekat.
5 GRAF/JADUAL/CARTA YANG RELEVAN Graf Statistik Kes-Kes Malaria baru dan Ulangan Januari 2012.
1. Berikut adalah statistik bagi kes malaria yang dikesan di Klinik Kesihatan Lahad Datu. 2. Kes baru adalah pesakit-pesakit yang baru yang positif terhadap jangkitan malaria. 3. Kes ulangan pula pesakit yang mempunyai sejarah lampau pernah mendapat jangkitan malaria.
6 Bar Graf Statistik Jangkitan Malaria Pada Januari 2012.
1. Graf di atas menunjukan statistik laporan jangkitan malaria dikalangan penduduk tempatan dan warga asing di kawasan Lahad Datu. 2. Statistik menunjukan jangkitan malaria dikalangan warga asing adalahlebih tinggi berbanding penduduk tempatan. 3. Corak yang tidak sekata ditunjukan dalam graf dimana jumlah jangkitan malaria turun dan naik sepanjang bulan Januari. 4. Majoriti warga asing yang didapati positif terhadap jangkitan malaria adalah dari penduduk yang tingal di kawasan setingan dan perumahan ladang.
5. Kebanyakan penduduk tampatan yang didapati dijangkiti adalah penduduk kawasan perumahan.
7
PERBINCANGAN/HUJAN/SYOR/CADANGAN KAWALAN PENYAKIT.
Pencegahan Demam Malaria Di Kalangan Masyarakat. Demam Malaria boleh dicegah melalui : i. Tidur di dalam kelambu. ii. Menggunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk. iii. Menggunakan jaring nyamuk di jendela rumah. iv. Dapatkan perkhidmatan semburan DDT bagi membunuh nyamuk Tiruk. v. Demam Malaria boleh dicegah dan dirawat. Setiap individu perlu tahu tanda-tanda dan cara-cara mencegah penyakit Malaria. vi. Menghapuskan tampat-tempat pembiakan nyamuk bawaan vektor malaria. vii. Segera mendapat rawatan ke klinik kesihatan dan hospital bagi kes-kes demam yang menunjukan simtom-simtom malaria.
8 Antara pelan-pelan yang dapat di bentuk dan dijalankan bagi mengurangkan risiko kes jangkitan malaria ini adalah: 1. Mengadakan dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di semua peringakat termasuk sekolah, pejabat kerajaan serta dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit malaria. 2. Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat. 3. Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif. 4. Menyediakan maklumat laporan bagi mengenalpasti dan merangka rancangan bagi memerangi kes penyakit ini. 5. Rawatan awal terhadap pesakit malaria bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada hos yang rentan. 6. Menyediakan notifikasi awal kepada unit kawalan penyakt berjangkit bagi membantu mengesan kes-kes malaria.
7. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, ceramah dah aktiviti tertentu bersama penduduk setempat bagi memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penyakit berjangkit malaria. 8. Mengenalpasti dan menjalankan penyemburan DDT kawasan tertentu yang menunjukan statistik kes malaria yang tinggi bagi memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk malaria.
9 RUMUSAN. Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Langkah-langkah bagi mencegah penyakit berjangkit ini terus merebak haruslah dijalankan dengan segera bagi memastikan kesihatan penduduk Lahad Datu terjamin. Angota kesihatan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung haruslah mengambil langkah secara profesional dan segera bagi menhentikan penyakit bawaan vektor ini. Langkah pencegahan harus diutamakan bagi mengurangkan risiko jangkitan ini. Kes malaria masih menular disebabkan oleh kurang kesedaran sivik di kalangan masyarakat setempat. Sikap-sikap sambil lewa sesetangah pihak juga mamberi ancaman dimana penyakit ini akan terus meningkat hari demi hari. Tempat pembiakan nyamuk seperti takungan air, kawasan yang kotor dan padat penduduk adalah punca utama parasit ini terus hidup dan berganda. Ini disebabkan kurang kerjasama diantara penduduk setempat bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk malaria. Oleh sebab ia, telah membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, antara banyak yang lain. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan negara, terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia. Laporan ini cuba menyentuh beberapa jenis penyakit berjangkit yang umum di Malaysia, punca penularannya, langkah pengawalannya dan arah perkembangannya.
Sukar dielakan hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikroorganisma patogenik dalam usaha pihak berwajib merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Mohon agar semua pihak yang terbabit secara lansung dan tidak lansung beserta masyarakat mengambil inisiatif dan langkahlangkah yang tepat bagi membantu mengawal seterusnya menghentikan kes jangkitan malaia ini.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.