Program Kempen Minggu Anti Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua guru dan murid untuk memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan agar program Minggu Anti Denggi dapat mencapai sasarannya.
Minggu Anti Denggi ini merupakan program yang dirancang khas selama 2 hari untuk memberi maklumat, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak. Walaupun program seumpama ini julung kali diadakan, program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
. 2.0 Latar Belakang
2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah diadakan pada 18 Julai 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Jalan Matang Buluh. Bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah. Seramai 15 orang guru terlibat dan menyuarat ini dipengerusikan oleh guru besar.
2.2Perhimpunan Khas Pendidikan Pencegahan Denggi diadakan di Dataran Kejat SKJMB. Semua murid terlibat. Perhimpunan ini bertujuan memberi penerangan kepada murid tentang aktiviti yang akan dijalankan sempena Minggu Anti Denggi. Denggi. Di samping itu, murid-murid didedahkan tentang tanda dan gejala denggi, faktor penyumbang dan cara pencegahan denggi. Majlis Pelancaran Anti Denggi juga dijaya oleh Encik Othman bin Mohd. Saad, Guru Besar SKJMB.
2.3 Cari dan Musnah dilaksanakan semasa PJ mengikut jadual PdP. Murid-murid yang terlibat perlu mencari lokasi di kawasan sekolah yang berkemungkinan terdapat nyamuk terutamanya di air jernih dan memusnahkannya. Dengan cara ini murid melakukan praktikal mencari dan memusnahkan jentik-jentik, jika ada. Guru PJ bertindak sebagai fasilitator.
2.4 Cari , Musnah dan Cegah (CMC) Perdana diadakan pada hari Jumaat bermula 740 – 8.10 pagi. Setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut lokasi . Guru mata pelajaran murid kelas tersebut bertindak sebagai fasilitator.Murid-murid mencari kawasan yang disyaki ada jentik-jentik dan memusnahkannya. Ubat Pembunuh Nyamuk dititik di kawasan yang disyaki untuk mencegah pembiakan denggi.
3.0 Huraian Penilaian Berdasarkan maklumbalas murid, mereka lebih faham dan jelas tentang tempat-tempat
pembiakan nyamuk dan bertindak memusnahkannya kerana mereka mempraktikan aktiviti tersebut. Mereka juga didedahkan tentang cara mencegah pembiakan nyamuk aedes.Murid juga menyedari tentang bahaya deman denggi dan mempelajari tanda dan gejala
demam
denggi.
Adalah
diharapkan
murid-murid
dapat
menggunakan
pengetahuan ini untuk diaplikasikan di kawasan perumahan masing-masing.
5.0 Murid mengetahui :
5.1 Murid mendapat pengetahuan tentang bahaya denggi 5.2 Murid mengetahuan tempat-tempat berisiko pembiakan denggi dan cara pencegahannya
6.0 Cadangan
Cadangan untuk penambahbaikan. 6.1 Gotong-royong melibatkan ibu bapa 6.2 Gotong-royong melibatkan agensi luar 6.3 Ceramah daripada Pejabat Kesihatan - aktiviti penambahbaikan ini sedang dirancang dan akan diadakan kemudian.
7.0 Gambar Aktiviti
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN
Guru Besar sedang mempengerusi mempengerusikan kan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan
PERHIMPUNAN KHAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI
Setiausaha Program sedang memberi taklimat tentang Minggu Anti Denggi
Ceramah Denggi oleh guru bertugas , Encik Azman bin Abdul Halim
Murid sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
Replika Aedes
Guru memperincikan rupa bentuk aedes kepada murid-murid
Guru Besar merasmikan Kempen Anti Denggi SK Jalan Matang Buluh
Pendidikan Anti Denggi di Kelas Pra Sekolah
CARI DAN MUSNAH
Murid-murid bergotong royong semasa Pendidikan Jasmani
Murid Pra Sekolah turut dalam aktiviti cari dan musnah
CARI , MUSNAH DAN CEGAH (CMC) PERDANA
Taklimat Pembahagian Kumpulan CMC Perdana
Guru menuang Ubat Pembunuh Nyamuk sebagai usaha mencegah pembiakan nyamuk
Murid pra sekolah turut menyertai aktiviti CMC Perdana
Guru turut bekerjasama menjayakan program ini . 8.0 Penutup Semoga program yang yang dijalankan selama seminggu ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya ianya juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.