LAPORAN AMALI AWAN DAN CUACA Awan Awan merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm – 0.06 mm serta terapung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Terdapat dua kumpulan besar awan iaitu Kumulus ( Cumiliform) dab berlapis-laois ( Stratiform ). Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat dan perlahan – lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Tetapi jikan titik-titik itu bertemu dengan udara panas , titik – titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Berikut adalah peringkat-peringkat awan dan jenis-jenis awan.
Awan peringkat rendah
: Stratokumulus dan Stratus
Awan peringkat pertengahan
: Altokumulus
Awan peringkat tinggi
: Sirus, Sirokumulus dan Sirostratus
Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer ) i.
Stratokumulus
ii.
Stratus
iii.
Kumulus
iv.
Kumulonimbus
Awan peringkat pertengahan i.I Altokumulus ii. Altostratus Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer ) i.
Sirus
ii.
Sirokumulus
iii.
Sirostratus
GAMBAR-GAMBAR JENIS AWAN.
TUJUAN
:
Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada hari tersebut. PERALATAN : a ) Kamera b ) Termometer c ) Buku catatan d ) Aplikasi Accuweather PROSEDUR : 1 . Maklumat yang berkaitan dengan awan telah didapatkan melalui rujukan buku-buku teks, internet serta bahan rujukan yang lain. 2 . Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-jenis awan yang terbentuk selama 14 hari. 3 . Pemerhatian yang diperolehi telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang ber laku sama ada hujan, cuaca cerah ataupun mendung. 4 . Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual dan bahan rujukan.
PERBINCANGAN Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan yang pelbagai bentuk dan jenis yang boleh kita perhatikan dilangit saban hari amat berguna dalam mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar inframerah bumi. Awan juga membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku contohnya awan Kumulus dapat menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Disamping itu juga awan dapat membantu mengagihkan semula haba tambahan dari Khatulistiwa ke kawasan kutub. Awan juga diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dimana ianya amat penting dalam kitaran hidrologi.Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam kehidupan harian iaitu ia dapat membantu para nelayan yang ingin ke laut untuk meramalkan cuaca pada hari itu sama ada ianya sesuai ataupun tidak untuk ke laut. Ini akan dapat menggelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku dan ianya juga dapat membantu dari sudut ekonomi nelayan itu sendiri dengan membantu mereka untuk mendapat hasil tangkapan yang lumayan kerana ianya juga sedikit sebanyak bergantung kepada cahaya. Awan juga memberi kesan kepada iklim dan pada masa yang sama, iklim juga memberi impak kepada awan. Hubungan ini mewujudkan satu sistem tindakbalas iklim yang rumit, di mana awan mengubah radiasi dan keseimbangan air bumi.Kehadiran awan boleh menyejukkan permukaan bumi dengan memantulkan cahaya matahari yang masuk ke permukaan bumi. Dengan ini, sinaran matahari yang mengenai permukaan bumi akan berkurangan dan ini dapat menurunkan suhu persekitaran. Bagi seorang guru pula, keadaan awan ini dapat membantu dalam merancang sesuatu aktiviti yang akan dijalankan diluar, contohnya latihan sukan, perkhemahan dan sebagainya, ini kerana guru yang mempunyai ilmutentang awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan melihat pada awan yang terbentuk. Awan juga dapat membantu kita membuat ramalan tentang hujan .
KESIMPULANNYA Awan-awan yang terbentuk dari pelbagai jenis dan bentuk sebenarnya mempunyai pelbagai maklumat yang hendak disampaikan seperti ramalan cuaca, hujan malahan tentang rebut yang bakal berlaku juga dapat diramalkan melalui pembentukan awan dilangit selain daripada suhu dan kadar kelembapan. Awan yang berlainan bentuk juga menunjukkan keadaan cuaca pada masa itu serta awan yang dicipta oleh Allah ini juga bertindak sebagai pelindung kepada bumi serta ia juga dapat menyejukkan permukaan bumi.
RUJUKAN Lutgens,F.K.,Tarbuck,E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition.New Jersey: Pearson Prentice Hill. Seed, M.A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition.Belmont:Thomson. Broadfoot, J.B (2004). Weather and Climate. Brisbane:QUT. http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/ http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126 http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.