Laporan Aktiviti Persatuan Sains Dan Matematik Sempenena Minggu Sains Dan Matematik Smk Usj 4

March 15, 2017 | Author: Kean Hoong | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Laporan Aktiviti Persatuan Sains Dan Matematik Sempenena Minggu Sains Dan Matematik Smk Usj 4...

Description

Laporan Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik Sempena Minggu Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya. Panitia Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya telah menganjurkan Minggu Sains dan Matematik pada 5 Mac hingga 9 Mac 2012. Seramai 30 orang ahli persatuan yang dibimbing oleh Guru Penasihat Puan Asiah telah bertanggungjawab merancang dan memastikan segala aktiviti dijalankan dengan sempurna. Tujuan utama Minggu Sains dan Matematik diadakan adalah sebagai program sokongan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, minggu ini juga bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar bahawa Sains dan Matematik merupakan elemen yang amat penting dan berguna kepada kita dalam kehidupan seharian di samping menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik serta melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Puan Rosliyah binti Samiun telah merasmikan pelancaran Minggu Sains dan Matematik semasa perhimpunan rasmi sekolah pada pagi 5 Mac 2012. Dalam ucapan beliau, Puan Pengetua menyatakan bahawa ilmu Sains dan Matematik sangat penting dalam kehidupan manusia dan murid-murid harus mempunyai inisiatif untuk meluaskan pembacaan tentang pelbagai perkembangan dalam bidang Sains dan Matematik. Ilmu ini bukan sahaja dapat digunakan untuk kebaikan diri pada masa ini, tetapi juga untuk masa hadapan. Selepas perhimpunan rasmi, Puan Asiah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kelab Sains dan Matematik telah mengiringi Puan Pengetua ke dewan sekolah untuk melihat pameran bahan-bahan Sains dan Matematik yang dibuat oleh murid-murid sekolah. Antara bahan yang dipamerkan ialah gambar-gambar dan model-model mengenai ciptaan Sains dan konsep-konsep Matematik , buku-buku ensiklopedia, filem-filem , carta-carta dan sebagainya. Selain itu, murid-murid juga mempamerkan beberapa bahan uji kaji termasuk jenis zat makanan, arus elektrik, bahan kimia dan sebagainya. Selain itu, Persatuan Sains dan Matematik juga telah menganjurkan pertandingan kuiz yang terbahagi kepada pelbagai bahagian supaya semua anggota sekolah berpeluang untuk mengambil bahagian. Murid-murid menengah bawah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 menyertai kuiz Matematik dan Sains manakala pelajar menengah atasan menyertai kuiz Biologi, Fizik, Matematik dan Kimia. Hadiah-hadiah disumbangkan oleh Persatuan Ibu bapa SMK USJ 4 dan syarikat-syarikat swasta seperti Nestle, Kolej Taylors, Syarikat Shell dan sebagainya. Pertandingan Sudoku yang melibatkan kemahiran matematik juga diadakan di perpustakaan

sekolah. Tidak lupa juga, pertandingan "IQ" juga amat popular dalam kalangan pelajar yang ingin mengetahui tahap perkembangan mental mereka. Salah satu kegiatan lain sempena Minggu Sains dan Matematik yang dijalankan semasa perhimpunan rasmi ialah pelancaran roket yang dicipta oleh pelajar sekolah iaitu Sandeep Sen Gupta, Goh Cia Yee dan Chew Wei Jie dari kumpulan "Nerdy Geeks of 5 Socrates". Mereka telah memenangi hadiah sebanyak RM500 dan piala pusingan dalam pertandingan mencipta roket menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik, bateri lama dan lain-lain. Kemuncak sambutan Minggu Sains dan Matematik ialah pertunjukan robot yang dicipta oleh pelajar-pelajar Nicholas Goon, Praveen Suthan dan Lee Kai Cen yang telah mengharumkan nama sekolah dengan mewakili negara Malaysia dalam Pertandingan World Robotic Olympiad di Abu Dhabi, Dubai pada tahun lepas. Dalam pertandingan antarabangsa itu, mereka telah memenangi pingat emas dalam kategori remaja terbuka. Mereka turut diberi peluang untuk menerangkan dan menunjukkan fungsi penciptaan robot mereka di depan perhimpunan serta menceritakan cabaran dan pengalaman yang dilalui sebagai motivasi untuk pelajar lain. Jelas sekali, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhir sekali, seramai 40 orang murid ahli Persatuan Sains dan Matematik telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara pada 8 Mac 2012. Mereka diiringi oleh Puan Asiah. Lawatan tersebut amat berfaedah kerana pelajar dapat menyertai pelbagai aktiviti dari segi experimen-experimen Sains. Pelajar-pelajar juga terperdaya dengan Pameran Dinosour yang dipaparkan berserta habitatnya dan makanannya. Pameran ini telah dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang haiwan alam purba yang bersaiz besar ini. Pameran yang terdapat di situ turut telah menambahkan pengetahuan kami tentang ciptaan sains dan matematik. Murid-murid telah berjaya menimba banyak ilmu dan memperoleh pengalaman yang tidak ternilai harganya. Pengetua Sekolah SMK USJ 4 telah mengisytiharkan upacara penutupan Minggu Sains dan Matematik pada 9 Mac 2012. Beliau memuji kecekapan ahli persatuan yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan segala aktiviti sepanjang minggu. Sesungguhnya, aktiviti tersebut telah berjaya membuka minda para pelajar tentang betapa besarnya sumbangan Sains dan Matematik dalam semua bidang kehidupan. Hal ini diharap dapat mendorong lebih ramai pelajar menceburi bidang demikian. Beliau juga mencadangkan supaya Minggu Sains dan Matematik tahun depan akan meliputi lebih banyak ciptaan dan penemuan dan pihak sekolah mengundang penceramah dari institusi pengajian tinggi untuk mendedahkan pelajar kepada kursus Sains dan Matematik

yang kian berubah mengikut perkembangan teknologi. Laporan disediakan oleh, ............................... (TAN KEAN HOONG) Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya, Selangor.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF