LAPORAN KARNIVAL BAHASA MALAYSIA (PERTANDINGAN BERCERITA) ANJURAN KELAB BAHASA MALAYSIA PANITIA BAHASA MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI KARNIVAL BAHASA MALAYSIA
1.0
PENGENALAN Pada tahun ini, Kelab Bahasa Malaysia bergabung dan Panitia Bahasa Malaysia telah menganjurkan beberapa pertandingan sempena Karnival Bulan Bahasa Malaysia sebagai aktiviti Ko-Kurikulum. Penganjuran bersama Karnival Bahasa Malaysia ini telah dipersetujui semasa mesyuarat Ko-Kurikulum Bil. 1/ 2017 yang telah dijalankan pada 9 Ogos 2017. Karnival ini telah dijalankan pada 2017 hari Rabu jam 2 petang hingga 4 petang.
2.0
OBJEKTIF Penganjuran pertandingan dalam Karnival Bahasa Malaysia ini berlandaskan kepada keperluan pelajar dan prinsip - prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara objektif pertandingan yang dikelolakan adalah seperti berikut :
3.0
Mewujudkan sikap ingin bersaing secara sihat di kalangan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti Ko-Kurikulum ; Mencungkil bakat dalam pertandingan bercerita; Menguji pengetahuan murid-murid dalam kemahiran berbahasa.
PENGELOLA PERTANDINGAN Kelab Bahasa Malaysia telah menganjurkan pertandingan bercerita antara kelab dan persatuan. Peserta terdiri dari pelajar tahun 3 hingga 5. Pertandingan ini terbuka kepada 3 orang peserta setiap kelab atau persatuan. Setiap kelab akan mencari wakil bagi kelab atau pesatuan masing-masing. Peserta telah memilih cerita bebas dan mempunyai nilai murni. Setiap peserta telah diberi masa untuk bersedia. Guru penasihat telah mengambil peranan melatih peserta yang mewakili kelab masing-masing. Guru-guru Bahasa Melayu telah dilantik menjadi Ahli Jawatan kuasa untuk menjayakan karnival ini dan bersama-sama menjayakan pertandingan bercerita.
4.0
JAWATANKUASA PENGELOLA
JAWATANKUASA PROGRAM KARNIVAL BAHASA MELAYU ANJURAN KELAB BAHASA MELAYU & PANITIA BAHASA MELAYU PADA 9 Ogos 2017 (Khamis) SK. BATU 10, SIBU. PENAUNG TUAN GURU BESAR [ EN. MOHAMAD ZAINI BIN ABDULLAH ] PENASIHAT GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM [ EN. WILSON AK LINGGONG ] PENGERUSI GURU PENYELARAS KELAB & PERSATUAN [ EN. ZARIZI BIN CHE HUSIN ]
PENASIHAT KELAB BM PN. MASKINAH BT. SEDU ( K ) PN. HAPASAH BT SUHAILI PN. MURZALIANA BT MIRAJ EN. JACKSON EDWARD ENJAH
PANITIA BAHASA MELAYU PN.NORALAM (PENGERUSI) EN.WILSON PN.NURHIDAYAH PN. JAMILAH PN.JULI PN.JOSEPHINE PN.VOON ANNA EN. SEBELI EN. AZMAN ISHAK EN. AZLIN PN. JAINAP PN. RAJANAH CIK ONG SUK PUI
JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL BAHASA MELAYU PENGACARA PN. JAMILAH CIK SYAZWANI
AJK BACKDROP PN. RAJANAH PN. JOSEPHINE NORA EN. VOON ANNA AJK PERSIAPAN TEMPAT EN. AZLIN SYLVIA EN. JACKSON EN. SEBELI
AJK BUKU PROGRAM CIK ONG SUK FUI
AJK JURU GAMBAR EN. SULIMAN HJ. BEDRIN PN. NAZIAH
AJK KAWALAN MURID EN. NORAZMAN ISHAK EN. ZARIZI EN. SII HEE CHIN PENJAGA MASA PN. SALAMAH
AJK HAKIM PN. NURHIDAYAH (KETUA HAKIM) PN. JAINAP PN. JULI BIN MOHAMAD
PENYELIA PESERTA PN.MURZALIANA PN.HAPASAH JURUKIRA PN. WONG SUE UNG
AJK SIARAYA EN. SIA PIK KIEW PN. NAZIAH
5.0
TARIKH / MASA / TEMPAT Pertandingan telah diadakan pada 9 Ogos 2017 bersamaan hari Rabu. Murid-murid berkumpul di Dewan Sekolah untuk acara pertandingan, penutupan dan penyampaian hadiah Karnival Bahasa Malaysia. Hadiah dan sijil telah pun diserahkan terus pada tarikh pertandingan.
6.0
SUMBER KEWANGAN
Pertandingan ini memerlukan sumber kewangan daripada peruntukkan kokurikulum untuk Kelab Bahasa Malaysia seperti ditunjukkan di bawah :-
6.1
Kelab Bahasa Malaysia - RM300
Peruntukkan ini untuk pembelian hadiah seperti di bawah:-
i.
Nombor 1 x RM 25 ( 2 set )
ii.
Nombor 2 X RM 22 ( 2 set )
iii.
Nombor 3 X RM 18 ( 2 set )
iv.
Nombor 4 X RM 15 ( 2 Set )
v.
Nombor 5 X RM 13 ( 2 set )
vi.
Saguhati x RM8 ( 10 set )
vii.
Air Mineral x RM12 ( 2 Kotak )
viii.
Marker x rm10 ( 1 Kotak )
Jumlah perbelanjaan = RM300.00
7.0
HURAIAN PENILAIAN Semua murid yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 yang terlibat secara langsung dengan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada setiap hari Rabu dan Khamis yang bermula jam 2:00 petang hingga 4:00 petang. Aktiviti Karnival Bahasa Malaysia ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar yang mengambil bahagian
dengan penuh semangat untuk bersaing sesama rakan sebaya mengikut kategori – kategori pertandingan yang
dianjurkan
oleh
pihak
penganjur.
Peserta pertandingan telah menunjukkan komitmen dan
kesungguhan dalam pertandingan ini. Manakala, guru-guru penasihat dan pegawai teknik komputer iaitu Pn.Naziah memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi menjayakan program yang telah dirancang. Begitu juga dengan para ibubapa yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam memastikan kehadiran anak-anak mereka semasa aktiviti kokurikulum terutama semasa aktiviti Karnival Bahasa Malaysia sedang berlangsung. Sumbangan ibubapa penting dalam memberi semangat dan dorongan kepada murid-murid agar mereka dapat mencapai objektif yang disasarkan.
8.0
PENCAPAIAN AKTIVITI Pelaksanaan aktiviti mencapai sasaran 100 % dengan matlamat yang telah ditetapkan mengikut standard dan piawai penganjur. Mengikut pandangan pihak penganjur, murid-murid menunjukkan sikap berdaya saing secara sihat di samping berjaya menyerlahkan bakat masing-masing dalam aktiviti menulis dengan tulisan yang kemas dan cantik selain berketrampilan dalam kemahiran berbahasa dalam menjawab soalan semasa kuiz bahasa dan permainan bahasa. Hasilnya dapat kita lihat pada data keputusan ;
9.0
KEMAJUAN / MASALAH Pihak penganjur dapat mengenal pasti beberapa masalah yang timbul tetapi dapat segera diatasi supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara masalah yang dikesan ialah seperti ; 5.1
Penggunaan dewan,
agak sesak dalam menampung jumlah murid yang ramai menjadikan
sesetengah murid itu tidak selesa semasa bertanding.
10.0
CADANGAN 6.1
Penggunaan dewan walaupun agak sesak tapi dengan kawalan segera guru-guru yang terlibat secara langsung dapat memastikan pelajar mengambil bahagian dengan keadaan yang terkawal. Jadi, penting keberadaan dan sikap guru yang saling bantu-membantu dalam memberi sokongan pada aktiviti yang dijalankan oleh rakan-rakan guru yang lain dapat menjayakan aktiviti tersebut.
11.0
SENARIO AKTIVITI SEMASA
12.0
PENUTUP Kesimpulannya, diharap aktiviti Karnival Bahasa Malaysia ini dapat memberi murid-murid semangat untuk bersaing secara sihat dan secara tak langsung meningkatkan lagi pengetahuan dan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di samping galakkan insentif hadiah oleh pihak penganjur dapat memotivasikan pelajar mengambil bahagian. Dengan berakhirnya aktiviti Karnival Bahasa Malaysia pada kali ini, pihak penganjur Kelab Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Malaysia Sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutama bahagian Kokurikulum PKKK ,
Cikgu Wilson Linggong dalam menjayakan aktiviti ini mengikut takwim yang telah ditetapkan. Syabas semua dan sekian, terima kasih.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.