laporan akhir PBS Fasa 1
April 7, 2019 | Author: Nurul Athirah | Category: N/A
Short Description
PBS portfolio...
Description
7.0
LAPORAN AKHIR
Setelah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari, iaitu dari 1 April sehingga 5 April 2013, di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis, banyak perkara baru dan pengalaman yang saya peroleh. Program PBS ini telah banyak membantu guru pelatih untuk melihat dan mengalami sendiri cara pengurusan sekolah dan keadaan sekolah itu sendiri sekaligus, membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara guru pelatih dengan pihak sekolah.
Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Beseri, banyak perubahan yang dapat saya perhatikan kerana saya merupakan salah seorang bekas murid di sekolah itu dahulu. Banyak perubahan dari segi infrastruktur yang lebih selesa dan peralatanperalatan seperti buku-buku di pusat sumber, komputer dan alat bantu mengajar lebih banyak dan mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran murid.
Pada hari pertama, saya dan rakan seinstitut saya telah pergi ke pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri. Setelah mendaftarkan diri, kami dikehendaki untuk berkumpul di tapak perhimpunan untuk perhimpunan pagi. Selesai sahaja perhimpunan pagi, kami diberikan taklimat oleh Guru Besar dan Penolong Kanan 1 di Bilik Mesyuarat selama hampir 40 minit. Sebagai guru pelatih yang sedang menjalani Program PBS, kami diberi peluang dan kebebasan untuk bergerak sendiri untuk mencari maklumat yang diperlukan malah, kami juga dialu-alukan untuk bertanya sendiri kepada pihak pentadbiran sekolah jika terdapat sebarang persoalan persoalan dan perlukan bantuan. bantuan.
Selama lima hari berada di Sekolah Kebangsaan Beseri, saya memperoleh maklumat bahawa sekolah ini telah mendapat gelaran sebagai Sekolah Bestari Kategori Luar Bandar, yang mana salah satu gelaran yang agak sukar untuk diperoleh. Oleh kerana sekolah ini merupakan salah satu Sekolah Bestari, terdapat satu pencawang YES,
iaitu pencawang yang diberikan oleh pihak sambungan Internet YES supaya para murid dan kakitangan sekolah dapat mengakses masuk ke laman web dengan mudah. Tambahan pula, terdapat juga program Frog, hasil kerjasama dengan pihak YES yang diwujudkan khas untuk guru-guru mengakses masuk ke lama sekolah untuk memperolah maklumat dengan mudah serta memaklumkan sebarang makluman tambahan dengan cepat dan pantas. Malah, program Frog ini juga membolehkan guru untuk menyemak hasil kerja murid dan memuat naik kerja-kerja sekolah kepada murid-murid dengan cepat dan mudah.
Selain itu, terdapat dua blok bangunan yang baru siap dibina yang menempatkan semua bilik khas dan kelas-kelas bagi Tahap 2. Keduadua blok bangunan ini baru sahaja siap dibina pada hujung tahun lepas dan baru sahaja digunakan oleh guru-guru pada awal tahun ini. Terdapat bilik-bilik khas yang dibina khusus untuk mata pelajaran tertentu seperti mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Kemahiran Hidup, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Agama. Dengan adanya bilikbilik khas seperti ini, sudah pasti murid-murid akan dapat didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sesuatu topik mata pelajaran tersebut dan mudah melakukan latihan-latihan amali dengan segala peralatan yang telah disediakan dan kawasan melakukan aktiviti amali dengan selesa.
Di
samping
itu,
guru-guru
di
sekolah
ini
juga
sering
kali
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran mereka bahkan, terdapat juga bilik tayangan yang dikhaskan untuk kegunaan guru mengajar, yang mana guru boleh membawa murid masuk ke bilik tersebut untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di situ. Amalan penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran sedikit sebanyak dapat mendedahkan murid dengan teknologi masa kini serta dapat melahirkan generasi muda yang celik ICT.
Terdapat juga kemudahan seperti pondok telefon awam, surau dan makmal komputer untuk kegunaan murid dan guru. Disebabkan murid
dilarang untuk membawa telefon bimbit ke sekolah jadi, kemudahan telefon awam di sekolah ini dapat membantu murid untuk menelefon keluarga mereka jika menghadapi sebarang kecemasan. Pembinaan surau sekolah juga turut membantu guru dan murid yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah solat jika mereka terpaksa berada di sekolah sehingga petang untuk kelas tambahan. Makmal komputer pula dibina khusus untuk murid mengakses masuk ke laman web dan mencari maklumat tambahan untuk pembelajaran mereka. Bahkan guru juga digalakkan untuk menggunakan bilik komputer tersebut ketika proses pengajaran mereka supaya murid dapat didedahkan dengan teknologi maklumat. Tambahan pula, terdapat juga mata pelajaran TMK, iaitu Teknologi Maklumat khas untuk murid Tahap 1 supaya mereka dapat mengenali komputer dan dunia teknologi kini.
Seterusnya, saya juga didedahkan dengan cara untuk mengelola sesebuah kejohanan bola baling ekoran daripada Sekolah Kebangsaan Beseri telah terpilih untuk mengelola Kejohanan Bola Baling Peringkat Kawasan Paya bagi tahun 2013. Pengalaman duduk dan bekerja di meja urusetia sedikit sebanyak telah meningkatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang pengelolaan aktiviti permainan dan pertandingan. Malah, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam proses pengelolaan aktiviti.
Selain daripada itu, dari segi suasana dan persekitaran sekolah, saya dapati bahawa persekitaran sekolah agak kondusif untuk pembelajaran murid, hal ini demikian kerana landskap sekolah telah dihias cantik dan indah dengan penanaman pokok di sekeliling sekolah serta dindingdinding sekolah turut dihias cantik dengan lukisan mural. Terdapat juga pondok dan bangku-bangku putih yang dibina di kawasan dekat dengan pintu pagar utama sekolah untuk kegunaan ibu bapa ketika mereka sedang menunggu anak mereka keluar dari kelas pada waktu sekolah tamat. Pokok besar di hadapan sekolah juga memberikan suasana teduh dan selesa untuk pengguna dari panas cahaya matahari. Saya juga mendapati bahawa di seluruh kawasan sekolah ini,
terdapat banyak kad-kad dan tulisan kata-kata hikmah yang digantung sesuai untuk penglihatan murid. Amalan ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai moral dalam diri murid-murid.
Penerapan nilai-nilai moral dalam kalangan murid turut dilaksanakan melalui aktiviti bacaan Yasin pada setiap pagi Jumaat. Pada setiap pagi Jumaat, semua murid termasuk pra sekolah akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk membaca Yasin bersama-sama. Malahan, mereka dikehendaki untuk membawa Yasin dari rumah supaya dapat memberi kesedaran kepada murid mengenai kepentingan Yasin bagi orang Islam. Para guru juga dikehendaki berkumpul dan membaca Yasin bersama-sama murid di tapak perhimpunan. Amalan ini dapat mendekatkan murid dengan guru selain daripada meningkatkan nilai kerohanian dalam kalangan mereka.
Penerapan budaya membaca juga dipraktikkan melalui Program Bacaan NILAM pada setiap hari Selasa. Semua murid akan membawa buku NILAM masing-masing dan membawa sebuah buku untuk dibaca pada pagi Selasa. Program ini berlangsung selama lebih kurang 20 minit pada setiap pagi Selasa di tapak perhimpunan. Guru-guru pula akan memantau murid kelas masing-masing untuk menyiapkan bacaan NILAM mereka pada masa yang ditetapkan.
View more...
Comments