Kuliah 2 - Etika Moral (Konsep Asas Etika Dan Jenis Nilai Moral).pdf

August 29, 2017 | Author: Lppl Teh | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Kuliah 2 - Etika Moral (Konsep Asas Etika Dan Jenis Nilai Moral).pdf...

Description

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL Pernyataan

Merujuk kepada percubaan untuk memberi jawapan yang

Normatif

koheren atau logik, sistematik dan wajar (justifiable) kepada persoalan-persoalan moral. Tumpuan juga diberikan kepada tindakan yang mempunyai implikasi terhdap perlakuan manusia. Juga, merupakan satu pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, dan diterima atau ditolak. Contoh : Pengguguran dianggap perbuatan tidak bermoral

Perbezaan antara pernyataan

Pernyataan normatif

Pernyataan normatif

moral

bukan moral

normatif moral

Mynn memakai pakaian

Baju batik yang dibelinya

dengan

yang bersopan

dari kedai itu sangat cantik

pernyataan

Ibu bapa mesti dihormati

Buku yang tebal mestilah

normatif bukan

mahal

moral

Pernyataan

Merupakan pernyataan bukan normatif yang tiada berkhaitan

Deskriptif

dengan nilai-nilai moral. Pernyataan ini hanya menjelaskan fakta logik atau keadaan yang sedia ada sahaja dan tidak memberikan pertimbangan nilai moral. Contoh : Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa.

Konsep Asas Nilai

*

Kamus telah menggunakan dua perkara utama untuk mentakrifkan nilai, iaitu a. Sesuatu yang mempunyai harga dan boleh dikira secara matematik. b. Mempunyai kualiti intrinsik atau dalaman atau dalam

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-1

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

pemikiran kita, iaitu terkandung dalam kemoralan. Di sini, moral sebenarnya membincangkan nilai. * Walau bagaimanapun, secara umumnya, nilai boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang mempunyai ciri-ciri di bawah: a) Berkualiti atau berguna b) Diperlukan, diingini atau diidam-idamkan c) Mempunyai harga

Fungsi-Fungsi

*

Sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau

Nilai

masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah baik, betul, dan boleh diterima. Fungsi ini juga membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral. *

Sebagai satu petunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Nilai moral mungkin berkonflik antara satu sama lain, tetapi suatu panduan dari nilai sendiri akan dirujuk untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

*

Sebagai penghalang atau batasan (restriction) kelakuaa atau tindakan buruk individu dan masyarakat. Tindak tanduk seseorang adalah tertakluk pada nilai yang dipegangnya. Sekiranya seseorang itu memiliki nilai baik, dia tidak akan melakukan perkara yang buruk. Sebaliknya tanpa kehadiran nilai yang murni, seseorang akan melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-2

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

Nilai dalam

*

Nilai merupakan satu keperluan kepada setiap insan kerana setiap manusia ingin mempunyai atau memiliki

Kehidupan

sesuatu yang bernilai berbanding dengan yang lain. Selain itu, setiap kumpulan sosial yang berlainan akan memiliki nilai yang berlainan terhadap sesuatu. Contoh :Sesuatu yang dianggap bernilai dalam sesuatu kumpulan, mungkin tidak dihargai dalam kumpulan sosial yang lain. *

Setiap orang perlu menghargai hakikat bahawa dia masih bernyawa atau hidup dalam dunia ini kerana “Kita hidup hanya sekali”. Dalam mengharungi kehidupan kita setiap hari, kita telah mengumpul banyak pengalaman dan pengajaran yang berguna atau bernilai; baik kepada kita sendiri ataupun kita boleh menurunkan pengalaman kita itu kepada orang lain. Dengan mengongsikan pengalaman kita dengan orang lain, kita dapat memberikan pedoman atau pengajaran yang amat bernilai kepadanya.

*

Setiap liputan kehidupan kita juga tidak sepi daripada pelbagai perasaan atau emosi yang berlainan. Pengalaman hidup dapat menjadi pengajaran kepada kita untuk membolehkan kita mengharungi cabaran masa hadapan dengan lebih tabah, sabar dan yakin. Sebenarnya kitalah yang membentuk dan merancang kehidupan kita. Segala tindakan kita akan memberi nilai pada diri kita sendiri dan nilai inilah yang akan menentukan sama ada kita disanjungi atau sebaliknya dalam masyarakat. Sama ada kita akan dihormati (diberi nilai yang tinggi) oleh orang lain, bergantung pada diri kita sendiri.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-3

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

Contoh : 

Seorang doktor atau pengarah kilang akan dihormati.



Penagih dadah atau perompak dipandang hina.

Sebenarnya : 

Kehidupan kita adalah dalam tangan kita sendiri.



Kitalah yang mencorak / melukis kehidupan kita.



“…….. life is what we think it is, if you think your life is a place for you to improve and achieve, then your life will be exactly the way you wanted it.” “…….. if you think your life is dull then it will be dull.”



Kita boleh memiliki apa jua yang diidamkan dalam hidup sekiranya kita dapat merancang dengan tepat dan tahu tujuan kita.

Jenis Nilai Moral

*

Manusia memang suka memberi nilai kepada setiap perkara, benda ataupun manusia lain yang berinteraksi dengannya atau yang dilihatnya. Antara perkara yang biasanya dinilaikan termasuklah membezakan antara kebaikan dengan kejahatan, keindahan dengan keburukan, yang berharga dengan yang tidak berharga dan lain-lain. Oleh itu, menilai dan membuat pilihan merupakan tindakan atau kelaziman manusia dalam kehidupannya. Manusia sebenarnya membuat pernilaian pada setiap saat dan masa.

*

Istilah nilai dapat digunakan secara kasarnya dalam tiga konteks, iaitu : a) Nilai sebagai sifat (attribute). Sebagai contohnya,

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-4

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL peribahasa Inggeris mengatakan “time is money” dan peribahasa Melayu pula mengatakan bahawa “masa itu emas”. Dalam hal ini, masing-masing memberikan sifat dan kedudukan tertentu kepada “masa” untuk menyatakan kepentingan nilainya. b) Nilai sebagai kadar harga atau markah (quantity) sesuatu objek atau perkara. Antaranya termasuklah nilai prestasi yang diberikan oleh ketua jabatan kepada pekerja-pekerjanya. c) Nilai yang bersifat aksiologi (axiology), iaitu yang berkaitan dengan falsafah nilai. Perkara ini dapat dihuraikan menerusi pantun Melayu. “jangan ditangkap burung yang terbang, turun hinggap di tepi paya jangan diharap pada orang usaha sendiri sehingga berjaya”

Nilai Instrumental

Nilai ini juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik, iaitu kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Ini bererti bahawa apabila kita melakukan perkara yang pertama, sebenarnya kita mempunyai tujuan yang kedua yang lebih diutamakan dan tujuan kedua inilah merupakan matlamat kita yang sebenarnya. Perkara pertama yang kita lakukan itu merupakan alat atau instrument agar kita dapat mencapai tujuan utama kita. Contoh :

Mengebom Hiroshima merupakan tindakan yang dilakukan untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-5

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL 

Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah untuk menghapuskan kegiatan edaran dadah.

Nilai Intrinsik

Nilai intrisik merujuk kepada kualiti dalaman, iaitu merangkumi pemikiran dan perasaan seseorang sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Kesan daripada tindakan ini tidak diambil kira. Secara amnya nilai ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori pandangan sebelum seseorang melakukan sesuatu tindakan. a. Kualiti yang diterima semata-mata kerana tindakan itu dianggap baik. Contoh : Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pengedar dadah kerana dia sendiri berpendapat bahawa amalan ini dapat mengurangkan kes-kes pengedaran dadah. b. Kualiti yang ditolak semata-mata kerana tindakan itu dianggap buruk. Contoh : Amalan memberi dan menerima rasuah tidak dilakukan kerana perbuatan ini akan mendatangkan akibat yang buruk. c. Seseorang melakukan sesuatu tanpa mengambil kira kesannya kerana dia hanya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sahaja. Contoh : Hakim cuma mengikut peruntukan undang-undang semasa menjatuhkan hukuman kepada pengedar dadah dan bukan kerana dia sendiri ingin turut sama membasmi kegiatan

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-6

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

pengedaran dadah.

Nilai Subjektif

*

Secara amnya, nilai ini membawa pengertian bahawa tiada satu pandangan yang dianggap betul atau salah sama sekali Setiap pihak mempunyai alasan sendiri dalam memberikan pandangan masing-masing kepada sesuatu kejadian dan mereka akan menerima atau menyokong sesuatu tindakan sekiranya mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap tindakan berkenaan. Sebaliknya tindakan itu akan ditolak sekiranya dinilai dengan pandangan yang negatif pula. Contoh : 

Dalam Kes Amerika hendak menyerang Iraq, setiap pihak akan mempunyai pandangan tersendiri dalam menilai peristiwa tersebut.



Britain menyatakan bahawa tindakan Amerika ini perlu dan wajar dilakukan demi keamanan jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang boleh memusnahkan manusia dan dunia.



Perancis pula memberikan pandangan bahawa perbuatan ini tidak wajar dilakukan kerana serangan itu akan menyebabkan banyak rakyat Iraq yang tidak berdosa turut terkorban.



Dalam kes di atas, kedua-dua negara iaitu Britain dan Perancis mempunyai pernilaian mereka sendiri serta alasan yang menyokong penilaian mereka. Oleh itu,

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-7

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

kita tidak boleh mengatakan sama ada Britain atau Perancis yang betul.

Nilai Objektif

Nilai objektif adalah bebas daripada pilihan peribadi. Sesuatu tindakan yang betul dan baik tetap akan disanjungi dan dipuji. Sebaliknya tindakan ganas dan tidak bermoral tidak dapat dinafikan kekurangannya. Kualiti yang dinilai ini adalah bebas daripada pilihan peribadi. Contoh : a) Perbuatan atau tindakan yang dinilai sebagai tidak baik:  Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat. 

Perhambaan tidak mencerminkan perikemanusiaan.



Buruh kanak-kanak adalah satu kezalimam yang mesti dihapuskan.

b) Tindakan yang dianggap baik dan diberi sanjungan: 

Amalan tolong-menolong merupakan amalan yang baik.



Menderma kepada rumah kebajikan merupakan tindakan yang harus dipuji.



Beberapa orang doktor negara kita disanjungi kerana sanggup memberikan bantuan perubatan kepada mangsa bencana alam di Acheh.

Nilai Relatif

Perkataan relatif bererti perbandingan. Nilai relatif bererti nilai yang dibandingkan antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Nilai ini tidak sama dari satu masyarakat berbanding dengan masyarakat lain. Setiap masyarakat pula akan mempunyai alasannya yang tersendiri

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-8

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

untuk menerima atau menolak sesuatu nilai. Antara sebabnya termasuklah adat resam, kepercayaan dan norma masyarakat. Nilai yang diterima oleh sesuatu masyarakat tidak semestinya akan diterima oleh masyarakat yang lain. Selain adat resam, kepercayaan dan agama, faktor kemajuan sesebuah masyarakat juga memainkan peranannya dalam menentukan nilai-nilai masyarakatnya. Contoh : Perbuatan bercumbu-cumbuan atau berpelukan antara seorang lelaki dan seorang wanita dianggap tidak bermoral dalam masyarakat kita. Perbuatan ini dianggap bertentangan dengan nilai masyarakat kita tetapi di negara barat, perbuatan ini adalah norma biasa yang tidak pernah dipertikaikan.

Nilai Mutlak

Nilai ini juga dikenali sebagai nilai absolute; iaitu nilai yang keberhargaannya tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesuatu masyarakat sahaja. Nilai ini juga dipraktikkan oleh masyarakat yang lain. Biasanya nilai baik yang tidak dapat dinafikan kebenarannya akan juga diterima sebagai baik oleh masyarakat yang lain. Begitu juga dengan nilai buruk atau perbuatan yang keji akan tetap mendapat cemuhan dan tentangan oleh masyarakat lain dalam dunia ini. Contoh : Nilai yang dianggap baik: a. Bantu membantu sesama manusia dianggap sebagai nilai yang baik. b. Bersopan santun dan menghormati orang tua merupakan perbuatan yang dipuji.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-9

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

Nilai yang dianggap tidak baik: a. Menggugurkan kandungan adalah perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab. b. Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka tidak akan mendapat sanjungan daripada masyarakat.

Ketinggian Nilai

Amalan Positif Ketinggian Nilai Peribadi

Peribadi



Teguh berimam dan bertakwa dalam setiap tindakan.



Menyempurnakan tugas dan amanah.



Bersifat ikhlas dalam menjalankan tugas.



Berilmu dan berpengetahuan luas.



Menggunakan keadilan dalam setiap tindakan.



Sedia berkorban.



Berlumba-lumba membuat kebajikan.



Kemas dalam berpakaian, fikiran dan tindakan.



Bersifat penyayang.



Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran.



Bertimbang rasa tetapi tegas.



Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan.



Taat setia dan patuh kepada arahan.



Bersyukur dan menghargai kebaikan.



Bersih daripada sikap dengki.



Bertanggungjawab dan sedia berbakti.



Jimat cermat dalam segala aspek.



Tertib dan baik budi bicara.



Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-10

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL 

Cekal menghadapi cabaran.



Berkerjasama dan saling hormat-menghormati.



Berani dan berpendirian teguh.

Amalan Negatif dalam Ketinggian Nilai Peribadi 

Selalu berpura-pura dalam tindakan.



Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk.



Sukar untuk membuat kebajikan.



Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat.



Tamat dalam mengejar pangkat dan kedudukan.



Gopoh dalam bertindak.



Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan.



Mungkir janji.



Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain.



Pemarah dan tidak sabar.



Khianat dalam melaksanakan tugas.



Berdendam serta berhasad dengki.



Bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri.



Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya.



Mementingkan diri sendiri.



Lembab dan malas berusaha.



Pengotor dan selekeh dalam pembawaan.



Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah.



Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri.



Suka membuat janji palsu.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-11

KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL 

Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan.

Kuliah 2 : Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral 2-12

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF