Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu

August 12, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu...

Description

 

KONSEP TABU DALAM BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU. [oleh Rozali Rajab] PENDAHULUAN Pengenalan

Sebelum mengorak langkah untuk membicarakan Konsep Tabu Dalam Bahasa dan pemikiran Melayu, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan berke naan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu Me layu menjadi Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan dalam urusan rasmi bagi semua bidang. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk semua rakyat di negara ini dalam konteks perhubungan antara satu sama lain. Jadi, penggunaan bahasa, istilah kata, perkataan dan sebagainya sama ada sebelum merdeka dan selepas merdeka sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. sem asa. Secara tidak langsung, berlakulah pertambahan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jadi, bahasa merupakan jambatan yang menyalurkan maklumat dalam interaksi harian manusia. Bahasa dapat dimanipulasikan mengikut keperluan dan fungsi dalam komunikasi sosial. Justeru, biasanya bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan maksud. Namun, kita menggunakan bahasa juga untuk mengelak daripada menyatakan sesuatu maklumat yang sebenar. 97

Manakala, tabu pula ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; iaitu yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Manakala S.Nathesan (2008;06) memberi maksud tabu ialah pada umumnya sebagai larangan. Larangan ini kebiasaanya merujuk kepada sesuatu amalan, perbuatan, pakaian dan yang seumpamanya. Demikian juga terdapat larangan terhadap penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di negara ini. Apabila ada larangan dalam penggunaan bahasa, maka kata atau ungkapan yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis, yang membawa unsur negatif, lucah dan yang tidak sopan terus tidak digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.

Hal ini bermakna, dalam pemikiran Melayu menjelaskan bahawa tabu atau larangan dalam penggunaan bahasa sudah diamalkan sejak zaman terdahulu. Jadi, penggunaan bahasa tersebut amat sesuai pada masa itu dan tidak memberi impak kepda pihak yang lain. Namun, apabila penggunaan bahasa dipertuturkan pada masa ini, maka perkataan tersebut membawa maksud yang berlainan sama ada dalam bentuk lucah atau yang kurang sopan.

 

 

Objektif Kajian

a)

Menjelaskan asal-usul tabu.

b)

Membincangkan sebab-sebab tabu diperkenalkan dalam masyarakat.

c)

Membincangkan kesan atau impak penggunaan tabu dalam kehidupan masyarakat.

Batasan Kajian

Skop pebincangan kertas kerja ini menumpukan kepada konsep tabu alam alam bahasa dan pemikiran Melayu. Penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah analisa kandungan yang merujuk kepada beberapa buak buku, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Di samping itu, membuat rujukan internet melalui computer. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut ke kesesuaian. sesuaian. Justeru, penulis membataskan tugasan ini konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu.

SEJARAH ATAU ASAL-USUL KATA TABU

Hakikatnya, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan berkenaan asal-usul kata tabu. Kalau dikaji secara mandalam, hampir keseluruhannya kata tabu mempunyai mempunyai persamaan . Oleh itu, S. Nathesan (2008;61) memperjelaskan bahawa kata tabu berasal daripada bahasa Polinesia. Namun, tabu atau dalam bahasa Polinesia dipanggil sebagai tapu. Jadi, perkataan tapu memberi pengertian iaitu sesuatu yang dilarang untuk digunakan dan sesuatu yang kudus. 98

Oleh itu, perkataan tapu menurut Ullamann (1962) memperjelaskan bahawa perkataan ini diperkenalkan atau mula-mula digunakan oleh Kapten Cook ketika beliau mengenal kata ini apabila digunakan oleh orang Polinesia di Kepulauan Polinesia. Kemudian, perkataan ini tersebar luas dan telah meresap masuk ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa lai lain n sehinggalah masuk ke dalam

 

bahasa Melayu. Jadi, perkataan tabu ini telah menjadi sebahagian daripada perkataan dalam bahasa Melayu dan diamalkan dalam kehidupan masyatrakat di negara ini.

SEBAB-SEBAB TABU DIPERKENALKAN DALAM MASYARAKAT

Sedia maklum, tabu pada umunya merupakan sebagai bahasa larangan iaitu ungkapan yang lebih berunsur negatif, lucah dan yang tidak sopan. Jadi, tabu boleh dibahagikan kepada dua iaitu bahasa kasar dan bahasa kesat (2010). Oleh itu, Indah Budi Kerana Bahasa(2010;5) menyatakan bahawa bahasa kasar ialah bahasa bahasa yang tidak sopan dan tidak manis

dituturkan atau digunakan, apatah lagi dalam situasi rasmi. Bahasa ini hanya boleh digunakan dalam situasi tertentu dan dengan orang yang tertentu, ter tentu, seperti semasa berhubungan antara dua atau lebih teman karib dan setaraf, serta dalam suasana tidak rasmi, bersifat peribadi dan tanpa kehadiran pihak atau orang ketiga. Contoh bahsa kasar seperti bangang,bodoh,tak berotak dan sebagainya.

Manakala bahasa kesat ialah tingkatan bahasa yang paling rendah yang tidak boleh digunakan sama sekali, baik dalam situasi yang tidak rasmi ataupun rasmi. Bahasa ini apabila digunakan, sangatlah menyakitkan hati apabila mendengarnya. Biasanya, bahasa ini digunakan oleh orang yang sedang marah dan tidak dapat mengawal perasannya, serta untuk menghina seseorang. Contoh perkataannya ialah ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina.

Tabu, pada umumnya, menandakan sesutu yang dilarang atau sesuatu yang tidak t idak dibenarkan. Larangan itu berlaku kerana beberapa sebab, iaitu kekudusan atau kesucian dan berbahaya, menyeramkan atau yang dilarang, ataupun kerana perkara itu tidak bersih. Sebab-sebab tabu atau larangan diperkenalkan ialah:

Masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur ghaib dan magis m agis

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan animisme yang begitu kuat, malahan kepercayaan ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, tanpa disedari tabu sememangnya telah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Jadi, dengan kepercayaan tersebut, amalan larangan mula dikenakan atau diperkenalkan terhadap masyarakatnya. Masyarakat Melayu pada masa itu amat mempercayai larangan-larangan tersebut. Seandainya larangan atau tabu ini tidak

 

dipatuhi, maka individu atau kelompok masyarakat akan mennerima kesan yang buruk. Untuk mengelakkan kecelakaan 99 atau perkara buruk berlaku, individu atau kelompok masyarakat akan mematuhi segala larangan atau tabu tersebut. Tujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Contoh tabu atau larangan itu ialah:

Pantang Larang

Sebab pantang larang wujud

 

=>Jangan memukul,mendera atau

- bagi mengelakkan penganiayaan kepada

mencederakan mana-mana binatang ,

haiwan.

dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. =>Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

-agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

=>Jangan bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

-bagi menjaga ketenteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua

=>Ibu hamil tidak boleh melintas

selepas melahirkan anak.

bawah ampaian, nanti anak gagap. -disebabkan penyidai biasa rendah,dikhuatiri re ndah,dikhuatiri ibu hamil akan tersadung dan menyebabkan =>Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

keguguran. -untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan.

=>Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.

-supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak.

=>Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.

-untuk mengelakkan bising di rumah ,tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barangbarang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah. -untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak serta mengelakkan

=>Jangan menjahit pada waktu senja,

 jarum daripada tercucuk jari.

nanti mata akan buta. -untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

=>Kalau makan nasi kene habiskan, kalau tidak nasi akan menangis. me nangis.

-untuk mengelak masakan hangus kerana menyanyi.

=>Anak dara jangan menyanyi di

 

dapur, nanti kahwin dengan orang tua.

a)

Masyarakat Melayu mengutamakan aspek kesopanan dan kehalusan berbahasa.

Pada dasarnya aspek kesopanan dan kehalusan berbahasa ini lebih tertumpu pada tutur kata atau percakapan. Kebiasaannya, masyarakat Melayu sentiasa berhati-hati 100

 

semasa bertutur dengan orang lain agar tutur kata atau percakapan tersebut tidak menyakiti orang lain. Contohnya, perkataan ‘bangang’ yang membawa maksud bodoh. Jadi, perkataan bangang ini

mempunyai unsure kata yang terlalu kasar apabila dipertuturkan dengan nada yang tinggi. Individu yang mendengar perkataan tersebut sudah pasti berasa rendah diri atau marah.

Berbalik kepada tabu atau larangan dalam bahasa adalah untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis apabila dipertuturkan, bahasa yang mempunyai unsur-unsur negatif, bahasa berbau lucah atau tidak sopan dielakkan dalam pertuturan. Sekiranya dipertuturkan, sudah tentu yang mendengarnya akan berasa kecil hati atau berasa terhina.

Oleh yang demikian, untuk menyampaikan makna yang yang terkandung dalam kata atau ungkapan yang dilarang itu, atau yang dikenakan tabu itu, maka perkataan atau tutur kata yang lain perlu dicari agar dapat menggantikan perkataan tersebut. Tujuan pergantian perkataan tersebut agar perkataan yang diganti itu lebih halus atau lebih bersopan apabila dipertuturkan yang mempunyai makna yang sama dengan perkataan asal. Thamsilannya, perkataan jamban merupakan perkataan yang selalu dipertuturkan oleh masyarakat zaman dahulu. Pada masa itu, kata jamban sudah menjadi kezaliman dan tidak sesuai dipertuturkan pada masa ini. Hal ini disebabkan, kata jamban ini tidak sesuai dipertuturkan pada masa ini. Hal ini disebabkan, kata jamban ini membawa konotasi yang kurang sopan iaitu tempat membuang kekotoran seperti najis(berak) dan air air kecil(kencing). Untuk menggunakan perkataan lain, maka kata jamban perlu diganti dengan kata yang mempunyai makna yang sama iaitu kata tandas. Jadi, kata tandas ini lebih halus dan bersopan. Pada masa ini, ada pula perkataan lain yang ditimbulkan oleh pemikir-pemikir Melayu. Konsep tandas ditukar kepada katabilik air  yang  yang membawa maksud tempat membuang air besar atau kecil.

Terdapat beberapa kata tabu dalam bahasa Melayu yang perlu kita renung dan dikaji. Kata tabu yang dipertuturkan ini tidak sesuai dituturkan kerana konotasi yang kurang sesuai,terlalu lucah, betbahaya atau ada unsur negatif. Jadi, kata tabu ini boleh dibahagikan kepada kata luaran atau kata biasa dan satu lagi kepada kata tabu yang merujuk kepada tubuh badan. Antara kata tabu yang merujuk kepada kata luaran atau kata biasa (bukan tubuh badan) ialah:

Bil

Kata Kasar (Kata yang kurang sopan)

Kata Halus(Kata yang lebih sopan)

1.

Jamban

Tandas, bilik air

 

 2.

Mampus

Meninggal dunia

3.

Gemuk

Orang yang sihat

4.

Mati

Menghembuskan nafas terakhir

5.

Jaga

Pengawal Keselamatann

6.

Janda

Ibu tunggal

101 Kata-kata ini menjadi tabu kerana konotasinya yang tidak sesuai iaitu yang mempunyai unsurunsur negatif dan merendahkan imej seseorang. Contohnya kata janda, yang membawa maksud wanita yang tidak mempunyai suami akibat diceraikan. dicer aikan. Apabila kata janda ini digunakan, pem pemikiran ikiran masyarakat menggambarkan bahawa kata janda lebih kepada unsur-unsur negatif seperti miang, gatal dan merampas suami orang. Oleh itu, kata janda ini mempunyai konotasi yang kurang sopan, maka diganti dengan kata ibu tunggal. Jadi, kata ibu tunggal lebih sopan dan konotasinya lebih sesuai yang menggambarkan wanita tersebut hidup tanpa suami.

Antara kata tabu yang merujuk kepada kata tubuh badan ialah:

Bil

Kata Kasar (Kata yang kurang sopan)

Kata Halus (Kata yang lebih sopan)

1.

Tahi

Najis

2.

Berak

Air besar

3.

Kencing

Air kecil

4.

Haid

Datang bulan atau uzur

5.

Pantat

Punggung

6.

Tetek

Buah dada

7.

Kemaluan

Alat kelamin lelaki atau perempuan

8.

Kentut

Buang angin

 

 9.

Beranak

Bersalin

10.

Pelacur

Pekerja seks

Seperti kata tabu di atas, kata-kata ini perlu diganti supaya lebih sopan dan tidak memalukan orang lain terutamanya yang berkaitang dengan wanita yang dianggap tabu. Thamsilannya, untuk menyampaikan maksud perempuan yang datang haid, masyarakat Melayu telah menukarkan dengan kata yang lain atau yang lebih sopan iaitu datang bulan atau uzur. Kata ini lebih halus dan dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Manakala kata tetek pula jarang diamalkan atau digunapakai dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana kata tetek ini lebih membawa konotasi yang kurang sopan. Maka kata tetek diganti dengan kata buah dada yang merujuk kepada anggota badan wanita.

Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu, Teo Kok Seng(2007;121) menyatakan bahawa beberapa eufemisme(bahasa halus) dugunakan untuk menggantikan perkataan-perkataan asal yang sudah pun dikira kasar, lucah dan menganggu. Misalnya, berhubung dengan fungsi badan, kata sopan ialah buang angin, buang air kecil dan buang air besar digunakan untuk menggantikan kentut, kencing, dan berak yang sudah pun menjadi tabu.

Namun, terdapat satu fenomena yang menarik tentang tabu dalam bahasa Melayu. Penggunaan perkataan kencing dan berak misalnya, tidak pula dianggap kasar atau tidak sopan semasa menyebut ungkapan yang merujuk kepada penyakit seperti kencing manis, kencing darah, kencing nanah, kencing malam, item perubatan seperti ujian air kencing dan

102 peribahasa seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Begitu Be gitu juga halnya dengan penggunaan perkataan berak pada ungkapan-ungkapan seperti berak darah, berak air dan sebagainya.

Selain itu, ada kata tabu yang tidak sesuai se suai digunakan dalam memanggil nama seseorang atau urutan kekeluargaan. Kelazimannya, dalam masyarakat Melayu (dalam adik-beradik atau keluarga) tidak menggalakkan memanggil nama, sebaliknya memanggil kata abang, kakak atau adik. Hal ini disebabkan perkataan ini lebih sopan berbanding dengan memanggil nama. Ada juga yang memanggil adik-beradik mengikut peringkat kelahiran. Kata ini diwujudkan untuk menunjukkan rasa hormat dan katanya lebih bersopan. Thamsilannya, dalam likungan adik-beradik atau sesebuah keluarga iaitu:

 

  Bil

Tingkat Kelahiran (anak)

Kata yang lebih sopan/hormat

1.

Sulung

Along

2.

Kedua

Angah

3.

Ketiga

Alang

4.

Keempat

Uda

5.

Kelima

Ateh

6.

Keenam

Andak

7.

Ketujuh

Anjang

8.

Kelapan

Itam

9.

Kesembilan

Ucu (yang bongsu)

Demikianlah contoh-contoh kata tabu dan digantikan dengan kata-kata yang lebih sopan. Perkara yang lebih penting ialah masyarakat Melayu perlu peka dengan kata tabu yang tidak boleh diamalkan dan digantikan dengan kata yang lebih sopan.

KESAN ATAU IMPAK PENGGUNAAN TABU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT

Hakikatnya, salah satu sebab yang menarik dan boleh dikongsi bersama dalam persoalan tabu ialah kewujudan tabu dalam bahasa telah menyebabkan pengguna bahasa termasuk pengguna bahasa Melayu mencari kata yang sesuai. Oleh itu, kewujudan tabu telah memberi impak im pak atau kesan dalam perkembangan bahasa Melayu. Antara impaknya ialah: a)

Wujudnya kata ganti atau kata alternative

 

Kewujudan kosep tabu telah menambahkan lagi istilah atau perkataan untuk menggantikan kata tabu berkenaan. Kata ganti perlu dilakukan agar kata tabu ini tidak diamalkan kerana mempunyai konotasi yang kurang sopan. Langkah 103 yang terbaik ialah mencari kata ganti yang sesuai agar bahasanya lebih halus dan sopan. Berdasarkan kajian di atas, dapatlah disimpulkan kata alternatif yang sesuai untuk menggantikan kata tabu berkenaan. Penggantian kata tabu ini mempunyai makna yang sama tetapi konotasi lebih halus dan sopan. Contoh-contohnya ialah (2008;63): (2 008;63):

v Kemaluan untuk alat k kelamin elamin lelaki atau perempuan perempuan v Datang bulan untuk haid v Bilik air untuk hadas hadas v Najis untuk tahi v Pekerja seks untuk pelacur pelacur v Buang angi angin n untuk kentut

b)

Wujudnya perasaan takut

Terdapat satu lagi sebab bagi mewujudkan tabu, iaitu rasa takut. Apabila rasa takut, masyarakat Melayu mencipta ungkapan-ungkapan seperti pak belang takutkan harimau, akar bagi kata ular, batang hanyut bagi buaya, datuk bagi kata penunggu dan sebagainya. Bagi masyarakat Melayu, mengujarkan kata harimau atau ular boleh membawa kecelakaan kepada mereka, terutamanya apabila berada di dalam hutan belantara. Untuk mengelakkan sebarang kecelakaan, maka ungkapan-ungkapan seperti pak belalang dan akar digunakan.

KESIMPULAN

 

 

Tabu atau larangan dalam bahasa, walaupun mengehadkan penggunaan sesuatu kata yang

dianggap sebagai tabu, namun secara tidak langsung membuka ruang bagi masyarakat masyarakat Melayu untuk mencipta banyak kata yang lain sebagai ganti kata yang menjadi tabu itu. Dengan kata yang demekian, nyatalah bahawa sudah tercipta banyak kata dalam budaya Melayu kerana tabu atau pantang larang.

Oleh yang demikian, tabu merupakan satu perkara yang menarik, bukan sahaja kerana larangan terhadap penggunaan sesuatu kata yang merujuk nama orang, haiwan dan benda tetapi juga menyebabkan kata tabu itu hilang daripada penggunaan lalu digantikan oleh kata yang membawa makna yang sama tetapi mempunyai kanotasi yang halus.

Daripada perbicangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kata tabu merupakan faktor penting bagi perubahan makna dalam sesuatu bahasa. Larangan terhadap penggunaan kata-kata yang tertentu  juga menyebabkan masyarakat mencari alternative yang lain. Secara tidak lansung, mewujudkan sinonim bagi kata-kata yang dilarang itu dan 104 ini bermakna kosa kata bahasa Melayu semakin bertambah. Perkara yang lebih penting, penggunapengguna bahasa Melayu mestilah kreatif dalam mencari kata ganti yang sesuai untuk menggantikan kata tabu. Setiap kata ganti itu pasti mempunyai makna atau semantik yang sama seperti sepert i mempunyai konotasi yang halus dan tidak negatif.

BILIOGRAFI 

A.Samad Idris. et.al.(ed),(1994). Adat Merentas Zaman,Seremban. Z aman,Seremban. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan Darul Khusus Asmah Hj Omar(1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Asmah Hj Omar(2005). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan,Hasnah Ibrahim,Mas Ibrahim,Mas Mudi Kader, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Anwar Din(diselenggara)(2007), Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Bangi,UKM

 

Hashim Hj Musa,(ed).(2005) Bahasa dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur;Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaysia Othman Sulaiman,(1972) Suloh Bahasa 111, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka S. Nathesan,(2008), Makna Dalam Bahasa Melayu,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka Swettenham, Sir Frank,(2003), Perihal Orang Or ang Melayu, Kuala Lumpur;Penerbit Universiti Malaya(penterjemah Zubaidah Ibrahim) Zainal Abidin Ahmad(Za’aba),(2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-111,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa

dan Pustaka

1.0 Pengenalan  Masyarakat Iban merupakan salah sebuah masyarakat yang mempunyai bahasa dan budaya yang   sangat unik. Melalui beberapa kajian menunjukkan bahawa bahasa Iban merupakan antara bahasa sekerabat yang paling dekat dengan Bahasa Melayu. Bahasa Iban juga kaya dengan kosa kata dan terdapat pelbagai keunikan yang mampu menarik minat pengkaji bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah pensyarah juga. Buktinya, terdapat pelbagai jenis kajian telah dilakukan terhadap bahasa ini dan beberapa buah buku telah dihasilkan. Namun begitu, masih terdapat banyak kekurangan yang tidak dapat dirungkai oleh pengkaji tentang bahasa ini, terutamanya berkaitan dengan ilmu makna iaitu tentang bahasa pemali atau tabu dan juga eufe misme dalam masyarakat ini, terutamanya golongan petani yang mengusahakan pertanian sara diri. Oleh demikian kajian yang dijalankan berkaitan dengan bahasa tabu atau pemali dan juga eufe misme dalam masyarakat petani Iban di Sarawak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi dengan masyarakat yang lain tentang bahasa pe mali dan eufemisme dalam bahasa Iban terutamanya tentang aktiviti pertanian. Ramai masyarakat tidak tahu tentang bahasa tabu dan eufemisme di dalam bahasa Iban meskip un ada sesetengahnya pandai menuturkan bahasa Iban. Oleh itu, dengan kehadiran kajian yang telah dilakukan ini diharap masyarakat lain dapat menambahkan maklumat dan pengetahuan tentang bahasa dan budaya masyarakat iban di Sarawak. Di samping dapat memahami serba sedikit tentang kepercayaan masyarakat petani Iban di Sara wak yang menjalankan aktiviti pertanian sara diri.  Bagi mendapatkan maklumat tentang bahasa tabu dan eufemisme ini cara talian telah digunaka n dalam kajian ini.

 

Cara talian ialah menggunakan laman web untuk menngumpulkan maklumat dan data. Di samping itu juga, sumber maklumat yang dikumpul diperolehi daripada kaedah temu ramah dengan orang tuaorang tua petani Iban yang mengamalkan sistem pertanian sara diri, yang tinggal di pedalaman Sarikei, Sarawak.

1.0  Isi dan Perbincangan  Dalam masyarakat Iban di Sarawak terdapat banyak perkataan tabu di dalam kehidupan termas uk di dalam kerja seharian. Meskipun begitu, ada sesetengah masyarakat Iban tidak memahaminya meskipun telah mengamalkannya dalam ke hidupan seharian hingga ke hari ini. Walaupun terdapat banyak perubahan yang berlaku seiring dengan permodenan pada masa kini, namun perkataan tabu ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Perkataan tabu ini i ni disebut pemali di dalam bahasa Iban di Sarawak, dan perkataan yang dianggap

eufemisme dikenal sebagai  Jaku Kelaung  atau  Jaku Sempama. 

Tabu bermaksud perkataan yang tabu berasal dari kata taboo yang dipungut dari bahasa Tonga, salah satu bahasa dari rumpun bahasa Polinesia. Dalam masyarakat Tonga kata taboo  merujuk pada tindakan yang dilarang atau yang harus dihindari. Bila tindakannya saja dilarang, maka bahasa/kata-kata yang merupakan simbol dari tindakan itu pun dilarang. Tabu ialah katakata yang tidak boleh digunakan, setidak-tidaknya tidak dipakai di tengah masyarakat yang beradab atau yang memiliki sesuatu kepercayaan tertentu y ang harus diamalkan atau dipatuhi bergantung pada pandangan dan nilai yang dianut http://tiennymakrus.blog.friendster.com/))  masyarakat bahasa serta tradisi kebudayaan setempat. (http://tiennymakrus.blog.friendster.com/ Kata tabu seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat  bermaksud

sesuatu yang

dilarang, pantang larang, pemali atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakapkan



. Apabila

dikaitkan dengan bahasa, tabu ialah suatu keadaan yang menjadi sempadan atau sekatan kepada anggota masyarakat agar mereka tidak menggunakan bahasa atau perkataan tertentu dengan sewenang-wenangnya.. Walaupun bahasa merupakan sesuatu yang arbitrari, ada sesetengah perkara sewenang-wenangnya yang tidak boleh dibicarakan secara secara terbuka dan terang-terangan. (Kamus (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2007 : 1563)  Eufemisme pula berasal dari istilah euphemism; yang berarti kata atau frase yang menggantikan satu kata tabu, atau yang digunakan sebagai upaya menghindari hal-hal yang menakutkan dan kurang menyenangkan. menyenangkan. Kata eufemisme juga dianggap pemakaian kata atau http://tiennymakrus.blog.friendster.com/  )  bentuk lain untuk menghindari larangan atau tabu. t abu. (http://tiennymakrus.blog.friendster.com/ Masyarakat petani Iban di Sarawak merupakan masyarakat yang mengamalkna pertanian penan aman padi bukit. Namun aktiviti pertanian ini bersifat sara diri dan dilakukan secara bergotong royong atau diken

 

ali beduruk   dalam bahasa Iban yang bermaksud berbalasbalas semasa melakukan kerja pertanian antara penduduk dalam rumah panjang. Satu kelurga akan berkerjasama dengan keluarga yang lain dan saling membalas antara keluarga   untuk mempermudahkan kerja pertanian tersebut di samping merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung. Semasa aktiviti pertanian ini dijalankan banyak perkataan dianggap tabu yang tidak boleh digun akan oleh golongan petani untuk mengelakan kecelakaan dan kemudaratan serta kerosakan hasil   pertanian. Oleh yang demikian wajar untuk menghindari penggunaan kata tabu tersebut.  Masyarakat petani Iban sangat percaya akan roh dan semangat yang jahat sentiasa dekat denga n kehidupan manusia dan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan kehidupan manusia dan merosakkan apa sahaja yang dimiliki oleh manusia. Bagi masyarakat petani Iban di

Sarawak,

pekara yang dianggap tabu digantikan dengan perkataan atau frasa alternatif yang dianggap tida k difahami oleh semangat atau roh jahat tersebut. Perkataan ini disebut jaku kelaung atau jaku silup dalam masyarakat petani Iban di Sarawak. Dipercayai bahawa pernah berlaku peristiwa yang menimpa orang yang melangggar bahasa tabu terhadap orang-orang Iban dahulu kerana bagi mereka hantu merupakan lawan bagi roh yang jahat dan juga penolong bagi roh yang baik. Perkataan tabu ini i ni masih diamalkan dan diwarisi secara turun temurun selagi masyarakat Iban masih menjalankan aktiviti pertanian dan melakukan aktiviti lain yang berkaitan dengan hutan. Selepas aktiviti penanaman biji benih dan pembajaan tanaman dilakukan, masyarakat petani Iban ini biasanya akan berehat dan menunggu padi masak namun sekalisekala kawasan penanaman akan dilawat beberapa kali. Adakalanya mereka akan melakukan akti viti lain seperti berikan, menorah getah dan sebagainya untuk mengisi masa lapang tersebut. Semasa melawat kawasan tanaman tersebut masyarakat petani Iban tidak boleh menyebut seca ra terus t erus bahawa tanaman mereka subur dan baik-baik sahaja. Mereka biasanya akan menyebut berandau ke pemanah nyumbuh atau kera   yang bermaksud be rbual tentang kebaikan kera dan monyet. Namun, maksud yang ingin disampaikan adalah sebalik nya iaitu memberitahu tentang padi yang subur dan tidak dirosakkan oleh binatang buas. Hal ini bertujuan supaya hantu atau semangat yang jahat tidak mendengardan tidak memaham i maksud tersebut. Sekiranya hantu tersebut mendengar bahawa padi manusia baik-baik sahaja, maka akan timbul perasaan dengki dan dia berusaha merosakkan tanaman tersebut dengan me manggil binatang buas untuk merosakkan tanaman padi tersebut. Oleh itu adalah tabu sekiranya menyebut secara terus tentang tanaman padi yang subur dan baik-baik sahaja . Contoh pemakaian kata eufemisme tersebut ialah, sida apai Igat benung berandau ke pemanah nyumbuh  bekau ke udah ngabas umai kemari

,



bermaksud ayah Igat dan yang lainlain sedang berbual tentang kebaikkan monyet atau kera selepas pergi ke kawasan penanaman padi semalam. Makna sebenar yang ingin disampaikan ialah ayah Igat dan yang lain-

 

lainnya sedang berbual tentang kesuburan tanaman atau padi selepas melihat kawasan penanam an padi semalam. Masyarakat Iban di Sarawak lebih banyak bahasa pemali atau perkataan tabu semasa aktiviti m enuai dijalankan berbanding dengan aktiviti lain yang berkaitan dengan penanaman padi. Semas a aktiviti menuai dijalankan, terdapat banyak perkataan tabu yang tidak boleh digunakan untuk mengelakkan pekara buruk b erlaku atau malaprtaka berlaku. Sebelum memulakan aktiviti penuaian atau pemilihan biji padi, masyarakat petani Iban akan melakukan pekara-pekara tertentu yang dianggap penting, antaranya seperti melakukan ikatan atau disebut tanchang  dalam bahasa Iban pada permulaan aktiviti penuaian. penuaian. Namun begitu, perkataan tanchang  ini tidak boleh disebut secara terus. Perkataan alternatif digunakan untuk menggantikan perkataan ini iaitu temeku  bermaksud melip at dalam bahasa Melayu. Perkataan ini dianggap tabu kerana masyarakt Iban percaya bahawa pennggunaan perkataan ter sebut secara terus akan menyebabkan beras cepat kehabisan kerana dianggap golongan hantu ja hat akan menyertai manusia makan. Dalam pemilihan biji padi yang telah masak dengan yang masih hijau, iaitu aktiviti permulaan m enuai bagi masyarakat petani Iban, pemilihan biji padi yang telah masak tidak boleh menggunakan frasa memilih padi yang masak t etapi disebut nyumba sintung.Sintung  merupakan peralatan seperti bakul namun lebih besar da n diperbuatan daripada rotan dan dianyam sendiri oleh pemiliknya. Nyumba sintung merupakan perkataan yang digunakan untuk menggantikan penggunaan frasa m emilih biji padi yang telah masak. Hal ini bukanlah untuk memperkatakan peralatan tersebut sebaliknya perbuatan yang dilakukan meskipun makna yang diutarakan jauh menyimpang dari leksikal yang digunakan dan tidak meng ambarkan maksud yang ingin disampaikan atau diperkatakan. Contoh penggunaannya, Kemaya kita nyumba sintung  waey?



, Maksudnya,

Bila kamu memilih biji padi yang telah masak?

 

.

Seperti juga penggunaan penggunaan kata ikatan di atas atau temuku(tanchang) , frasa ini dianggap tabu kerana bimbang hantu yang jahat akan mempercepatkan kehabisan beras   pada masa akan datang.  Selain itu semasa aktiviti penuaian dijalankan, masyarakat Iban tidak boleh menyebut perkataan sintung  sudah penuh meskipun pada hakikatn ya begitu, sebaliknya masyarakat iban akan menyebutnya sintung  telah merua.Merua  bermaksud melimpa h atau meruap jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Perkataan ini tidak boleh digunakan untuk mengelakkan sintung  tidak mampu penuh ataupun b eras akan habis dengan cepat kerana sumpahan hantu jahat. Oleh demikian, perkataan penuh dianggap tabu semasa memperkatakan sintung  itu telah penuh dan sebagai alternatif digantikan dengan perkataan merua. Contoh Contoh penggunaanya, penggunaanya,

 

 

Apai peda nuan, sintung nuan nyau merua

, bermaksud



ayah sudah meruap



ayah cuba ayat lihat, bakul

. Maknaya,

memperkatakan tentang bakul bakul atau sintung  ayahnya yang telah penuh.  Di samping itu, semasa tiba musim menuai iaitu biasanya dilakukan pada bulan Mac atau bulan April masyarakat petani Iban tidak menyebut akan menuai padi atau ngetau  kerana dianggap ta bu menyebut perkataan menuai secara terus. Sebaliknya, masyarakat ini menggunakan perkataan ngambi buah rumput   yang bermaksud mengambil atau mengutip buah rumput. Hal ini juga bertujuan supaya beras tidak cepat habis dan supaya hantu yang jahat tidak mema nggil binatang buas seperti kera, babi, landak dan sebagainya untuk merosakkan tanaman mereka. Oleh itu digunakan frasa tersebut meskipun maksudnya jauh menyimpang dari aktiviti yang ingin   dilakukan dan tidak menggambarkan aktiviti yang dilakukan. Contoh penggunaannya, Kemaya kitangambi buah rumput ?

, bermaksud



bilakah kamu mengutip buah rumput



,

makna yang sebenar yang ingin disampaikan adalah bertanya tentang waktu penuaian yang ingi n dijalankan.  Selain itu juga makan juga ada tabunya bergantung pada tempat dan situasi makan itu dijalank an. Biasanya tabu untuk perkataan makan atau makai di dalam bahasa iban apabila berada di huta n, diluar rumah ataupun di kawasan penanaman padi. Biasanya orang iban tidak akan menyebut perkataan tersebut secara terangterangan sebaliknya digunakan perkataan alternatif untuk mengantikan perkataan makan tersebu t. Perkataan makan atau makai ini disebut matah ke lengan, melekuka jari , merarau, dan juga engkima . Engkima   pula merupakan bahasa songsang yang digunakan oleh masyarakat I ban kuno yang melibatkan orang-orang lama dan jarang digunakan. (http://dayakibanworld.wordpress.com/, http://dayakibanworld.wordpress.com/,http://forum.engkabang.net) http://forum.engkabang.net)  Selain itu juga, perkataan ini dianggap tabu sekiranya digunakan secara terus di tanah ataupun dihutan kerana s ekiranya menyebut secara terus bahawa hendak makan akan menyebabkan kempunan. Apabila berkata bahawa mereka lapar dan ingin makan, tetapi tidak terus makan akan menyebabkan mereka kempunan. Apabila berlaku konsep kempunan akan membawa kecelakaan seperti dipatuk ular atau mendap at gangguan hantu jahat dan sebagainya. Oleh yang demikian dianggap tabu menyebut perkataan makan secara terus semasa di tanah ata u di hutan. Namun begitu, sekiranya perkataan ini digunakan hendaklah seseorang atau sekumpulan golongan petani yang melakukan aktiviti di ttanah anah atau dihutan terus makan dan jangan bertangguh untuk menggelakk an mereka daripada kempunan dan seterusnya akan membawa kemudaratan kepada mereka.  

 

Namun begitu, adakalanya perkataan makan atau makai   itu dianggap tabu semasa ingin makan di rumah bagi s esetengah masyarakat Iban yang masih tidak memiliki agama ataupun mengamalkan agama animisme. Biasanya masyarakat ini akan menggunakan perkataan merarau  untuk mengantikan perkataan m akai atau makan sekiranya aktiviti makan itu berlangsung dirumah namun ia hanya digunakan p

ada waktu tengah hari sahaja. Ini bermaksud penggunaan merarau ini hanya merujuk kepada perlakuan makan pada waktu ten gah hari sahaja. ( http://dayakibanworld.word http://dayakibanworld.wordpress.com) press.com)  Selain itu dalam bentuk pertanyaan ayat songsang akan digunakan sekiranya ingin bertanya tent ang peristiwa makan kepada yang diajak berbicara sebagai kata eufemisme untuk mengantikan p erkataan tabu. Namun perkataan ini melibatkan sebaris ayat penuh, contohnya, dauh engkima anun awey ?



udah makai makai nuan waey ?

Ayat ini bermaksud



, jika disusun dengan betul ayatnya ialah,

.

sudah makan kamu?



 Waey   itu hanyalah nama panggilan yang menunjuk

kan keakraban seperti antara sahabat atau rakan sebaya untuk mengantikan nama yang diajak berbicara. Penggunaan frasa songsang tersebut juga bertujuan mengelakkan hantu mengerti maksud yang i ngin disampaikan dan akan menyebabkan hantu tersebut mendatangkan kecelakaan atau kemud aratan

kepada pembicara atau yang diajak berbicara. Se Sekiranya kiranya kedua-

dua pihak belum makan akan menyebabkan hantu berkongsi makanan dengan mereka sekirany a mereka makan selepas berlangsungnya peristiwa perbualan tersebut. Oleh itu perkataan makan tidak boleh disebut secara terus. t erus.  Selain dalam aktiviti pertanian, masyarakat petani Iban sangat menjaga semua aspek yang berkaitan dengan ibu dan anak yang masih kecil atau bayi. Dalam masyarakat Iban, mereka percaya bahawa hantu sangat suka mengganggu ibu dan anak yang masih kecil dan ada kalanya akan membawa maut. Pernah berlaku bahawa terdapat gangguan hantu terhadap ibu yang melahirkan bayi sehingga m enyebabkan bayi meninggal. Gangguan ini sama ada dapat dilihat atau didengar seperti bunyi yang yang diangggap dikeluark an oleh roh jahat tau hantu jahat yang cuba menganggu ibu dan bayi tersebut. Oleh demikian, sebelum melahirkan anak semau lampu akan dinyalakan di sekeliling rumah dan bomoh diundan g untuk menjaga keselamtan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Perkataan yang berkaitan kelahiran, bayi dan yang seangkatan dengannya tidak boleh disebut sama sekali. Hal ini menyebabkan masyarakat Iban sangat mengambil berat akan prihal yang berkaitan deng an ibu dan anak, lebih-lebih lagi anak kecil yang belum mengerti tentang kehidupan. Bagi masyarakat Iban,

 

anak kecil perlu diberi perhatian lebih dan harus dijaga rapi supaya dijauhkan daripada sebaran g kecelakaan atau kesusahan yang dilakukan oleh hantu jahat atau roh atau semangat jahat.  Adakalanya pekara yang dianggap tidak logik pada masa kini, dianggap tabu, iaitu berkaitan hal yang remeh temeh sebenarnya sangat dipentingkan masyaraka t Iban. Sekecilkecil pekara itu mampu mendatangkan malapetaka buruk yang mampu menghancurkan segala ke gembiraan dan keharmonian manusia. Oleh itu pekara yang dianggap tabu amatlah dihindari daripada disebut untuk mengelakkan pek ara buruk berlaku. Dalam masyarakat Iban, sekiranya mereka ingin memperkatakan tentang bayi yang sihat, gemuk, cantik, dan sebagainya yang berkaitan tidak boleh disebut secara terus. Masyarakat Iban akan menggunakan perkataan  jai   yang bermaksud buruk dalam bahasa Melayu. Contohnya  jika seseorang ingin memuji memuji kecantikan atau ketampanan anak anak kepada yang diajak berbicara aka n berkata,

 Jai   amat gamal anak nuan endu

yang bermaksud



,

buruk benar muka anak kamu



.

Jika dinilai perkataan ini amat bertentangan dengan maksud yang ingin disampaikan. Hal ini menandakan masyarakat Iban perlu merendah diri untuk mengelakkan kecelakaan pada anak itu dan tidak boleh meninggi diri meskipun pekara itu benar berkaitan dengan pekara yang dibicarakan. (http://dayakibanworld.wordpress.com/ http://dayakibanworld.wordpress.com/))  Selain itu juga, untuk menilai paras rupa juga tidak boleh disebut secara terus untuk golongan kanak-kanak. Meskipun jika dilihat sangat kacak ataupun cantik. Perkataan cantik ataupun kacak diangggap tabu dan tidak boleh digunakan secara terus. Bagi memperkatakan bahawa anak itu kacak atau cantik digunakan perkataan sigat anak chauk   sebagai kata eufemisme. Anak  Anak chauk   merupakan sejenis binatang yang comel. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan didengar oleh hantu jahat dan seterusnya akan membawa malapetaka atau kecelakaan kepada anak kecik atau budak tersebut. Oleh itu, perkataan yang berkaitan dengan binatang yang hampir serupa dengan kecantikan dan kesempu rnaan manusia akan digunakan agar hantu tidak memahami maksud yang disampaikan di sampi ng menjaga kesejahteraan kesejahteraan kanak-kanak tersebut. Contohnya penggunaanya, penggunaanya,

anak mit

nya sigat anak chauk    yang bermaksud budak ini kacak atau cantik. ”

(http://forum.engkabang.net) http://forum.engkabang.net)  Selain itu, dalam masyarakat Iban terdapat perkataan tabu untuk memperkatakan tentang seseorang anak k ecil ataupun bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak boleh disebut secara terus. Bayi yang baru lahir dikenali sebagai anak ulat . Anak ulat   ini sendiri menggambarkan bahawa ke kecilan dan sangat lembut. Mungkin secara nyata hal ini agak tidak logik namun jika dilihat dari segi makna dan sifat-

 

sifatnya ada kaitan antara anak ulat dengan anak yang baru lahir. Perkataan anak yang baru lahir dianggap tabu untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan bayi tersebut dari gangguan hantu jahat atau roh jahat yang suka akan anak yang baru lahir. Lagipun bayi yang baru lahir memerlukan perhatian yang lebih dan mudah mendapat penyakit d an gangguan. Contohnya,

kami baru pulai ari rumah Dom, meda anak ulat   Dom tadi



maksudnya kami baru balik dari rumah rumah Dom, menjengok anak Dom Dom yang baru lahir (http://forum.engkabang.net http://forum.engkabang.net)) 



,

.

Di samping itu juga, terdapat perkataan tabu bagi memperkatakan tentang berat kanak-kanak. Sekiranya berat kanakkanak itu sangat berat tidak boleh sebut secara terus perkataan berat itu. Sebaliknya,  jika berat kanakkanak itu ringan sahaja boleh digunakan secara terus perkataan ringan yang menunjukkan berat tersebut. Perkataan alternatif yang yang digunakan untuk menggantikan perkataan berat ialah  p ait   atau bermaksud pahit dalam bahasa Melayu. Biasanya mereka akan menyebut Pait   amat anak nuan

t sangat



 yang bermaksud

berat sangat anak kamu



  atau

anak kamu bera

.



Meskipun  pait itu berkaitan rasa namun digunakan perkataan ini untuk menunjukkan kesukaran untuk mengangkat budak atau kanakkanak yang dimaksudkan. Leksikal yang digunakan jauh menyimpang dari makna dan tidak meng ambarkan tentang sifat-sifat sifat-sifat yang ingin ditonjoklan. Namun itulah yang telah dipersetujui oleh masyarakat Iban untuk memperkatakan tentang berat kanak-kanak dan semua akan faham bahawa pait itu menunjukkan bahawa kanakkanak tersebut memiliki berat badan yang sangat berat. Hal ini dianggap tabu kerana bimbang roh jahat atau hantu jahat datangkan penyakit atau gang guan kepada budak tersebut. Hal ini sangat diyakini dan dipercayai oleh masyarakat Iban sehing ga ke hari ini.  2.0  Kesimpulan   Kesimpulanya, masyarakat petani Iban sangat berpegang teguh pada kepercayaan dan adat yang telah lama di praktikan dan dipercayai benarbenar terjadi di dalam kehidupan meskipun dalam dunia moden pada masa kini. Berdasarkan kajian yang dijalankan masyarakat petani Iban lebih banyak kepercayaan yang meng hasilkan perkataan tabu dan eufemisme semasa musim menuai. Selain itu juga, masyarakat Petani Iban juga sangat menitik beratkan soal bayi dan budak kecil, sehingga tabu menggunakan perkataan bayi atau budak kecil dan juga tentang sifat kanakkanak. Oleh yang demikian diharap kajian dan maklumat yang dipaparkan dalam kajian ini dapat memb antu masyarakat lain memahami dan mengetahui sedikit sebanyak tentang bahasa dan gaya hid

 

up masyarakat petani Iban khasnya.Sesungguhnya, khasnya.Sesungguhnya, unsur tabu t abu yang terdapat dalam masyarakat menyekat seseorang daripada berbahasa dengan sewenangwenangnya, tetapi keadaan ini diterima dan dipersetujui oleh anggota masyarakat seluruhnya. 

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF