Konsep Sedekah Dalam Islam

August 27, 2017 | Author: Nurul Mardhiah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sedekah...

Description

konsep sedekah dalam Islam Apakah konsep sedekah dalam Islam? Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya. Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau alQuran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya, “ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (al-Baqarah: 271) Apakah fadilat bersedekah? Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.” Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Majlis yang diadakan itu adalah bertujuan mengutip derma ahli jemaah Masjid terutamanya, bagi menambah dana Tabung Kebajikan Masjid Bandar Telipot untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak mukim Telipot.

Pihak Masjid amat berpuas hati di atas kejayaan tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis tersebut terutamanya kepada para penderma dan petugas. Semoga derma yang diberikan akan mendapat balasan pahala yang berpanjangan daripada Allah Subhanahu Wa taala. Hadith : Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Masjid Hambar Vs Kelebihan Masjid Peranan masjid tika ini dilihat masih hambar. Walaupun ada usaha untuk memakmurkan masjid yang timbul daripada kesedaran yang tinggi, namun usaha ini masih perlu digiatkan lagi. Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata, bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Masjid sangat banyak kelebihan: "Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat Bukhari)

Apa yang nyata, persepsi umat Islam terhadap masjid masih samar-samar kerana minda mereka telah digasak sekian lama bahawa masjid hanya tempat untuk beribadah sahaja. Sebarang aktiviti yang bukan berbentuk keagamaan tidak boleh dilakukan di masjid kerana ia dilihat boleh mencemarkan martabat masjid! Ini adalah persepsi yang salah. Ianya timbul daripada kekeliruan hasil daripada gerakan sekularisme yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup duniawi dalam diri umat Islam. Umat Islam hanya sesuai untuk beribadah sahaja, manakala aktiviti keduniaan tidak perlu diserahkan pada umat Islam. Atau dengan maksud yang lain, masjid hanya untuk kegiatan agama sahaja, manakala aktiviti lain perlu dilakukan di luar masjid.

Masjid sebagai syiar yang penting di dalam Islam tentunya membawa mesej Islam itu sendiri ke tengah masyarakat. Kehadiran masjid menjadikan bukan sahaja dirinya sebagai zon keselamatan bahkan masyarakat sendiri berada di dalam zon salamah dengan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Ia telah dibuktikan pada zaman baginda Rasulullah SAW yang telah memperlihatkan masjid sebagai pusat membawa hidayah dan salamahkepada manusia. Setelah Rasulullah (s.a.w.) berhijrah ke Kota Madinah, baginda telah membina masjid Quba', yang menjadi masjid pertama pada zaman awal perkembangan agama Islam. Jika diperhatikan walaupun hanya beberapa hari Rasulullah (s.a.w.) berada di Quba', dalam perjalanan baginda ke Madinah, baginda telah berusaha membina masjid. Sekiranya masjid itu dibina hanya semata-mata untuk dijadikan tempat sembahyang maka sudah tentu ia tidak memerlukan pembinaan yang segera, tetapi oleh kerana Rasulullah (s.a.w.) melihat masjid memberikan pengertian yang lebih besar maka Rasulullah (s.a.w.) memberi keutamaan kepadanya.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF