Konsep Dan Tujuan Perkhemahan

January 20, 2017 | Author: Evelyn Leona | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Konsep Dan Tujuan Perkhemahan...

Description

KONSEP PERKHEMAHAN Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidup sementara yang dilakukan di luar rumah. Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemairan setiap anggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih anggota KRS menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Melalui perkhemahan, anggota KRS dapat mempraktikkan segala kemahiran dan kecekan yang telah dipelajari. TUJUAN PERKHEMAHAN Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak

faedah

diperoleh

oleh

remaja

semasa

menghadiri

sesuatu

perkhemahan. Antaranya ialah: a) Berkhemah sebagai cara pendidikan - Merupakan salah satu kaedah menyaluran pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam KRS dan unit beruniform yang lain.  Sebagai contohnya, semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka 

terpaksa merentas bukit-bukau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan-latihan ini dapat

-

melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental. Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan, di mana setiap

peserta

dipertanggungjawabkan

menguruskan

kesemua

kegiatan

hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun. Contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

-

Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semula jadi dan kawasan desa.

b) Berkhemah sebagai cara ibadat - Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Tuhan dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada – Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita di depan – Nya yang Maha Esa. c) Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial - Di perkhemahan, setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu, setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dupupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin. d) Berkhemah Untuk Rekreasi - Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan tebuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan. e) Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semula Jadi dan Mencari Ketenangan - Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya. Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya.

http://www.scribd.com/doc/58818811/konsep-perkhemahan#download

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF