Komunikasi Interpersonal
October 19, 2017 | Author: Khuwarizmy Khuzainol | Category: N/A
Short Description
Bagaimana kemahiran interpersonal mempengaruhi masyarakat di Malaysia...
Description
1.0 Pengenalan Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Walau di mana kita sedang berada, kepakaran dan pengetahuan bagaimana untuk berkomunikasi amat penting bagi menjamin kesefahaman antara satu sama lain. Komunikasi berlaku apabila apa-apa maklumat yang penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling kita yang menerima maklumat yang ingin disampaikan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai kesefahaman agar maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Asas perhubungan interpersonal adalah satu komunikasi untuk menghubungkan antara seseorang individu dengan individu yang perlu maklumat tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber-cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll.) Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001) mendefinisikan komunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas digunapakai. Melalui beberapa definisi ini kita dapat bahawa komunikasi ini adalah satu proses apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara lisan (verbal) atau tidak lisan (non-verbal) yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain. Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepadakebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Justeru itu, dengan memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik danmenggabungkannya dalam praktikal bolehmenyelesaikan permasalahan antara rakan-rakan,negara, pengurusan, buruh, guru dan pelajar. Dengan erti kata lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua Halaman | 1
masalah di dunia tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.
1.1Kemahiran Interpersonal Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepanan (Fiordo,1990). Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindakbalas yang dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor, 1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).
Halaman | 2
1.2 Komunikasi Lisan (Verbal) Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan. Che Su dan Mohd Fo‟ad (1993), mengatakan untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.
1.3 Komunikasi Bukan Lisan (Nonverbal) Dalam usaha mencapai matlamat P&P yang baik, komunikasi tanpa lisan adalah perlu. Ini penting kerana kajian yang dijalankan oleh Birdwhistell (1955 dalam Che Su dan Mohd Fo‟ad, 1993) menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam Che Su dan Mohd Fo‟ad, 1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang diluar daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Selain itu, komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej visual seperti gambar, lukisan atau illustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh dibahagikan kepada tiga Halaman | 3
jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media masa seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Sementara komunikasi imej bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi unutk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.
1.4 Pengaruh Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia Terdapat beberapa teori komunikasi interpersonal yang dapat menjelaskan aplikasinya dalam mempengaruhi pembangunan sosial pihak yang terlibat dalam proses komunikasi serta perlakuan indivdu khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.
Social Exchange Theory Teori ini sebenarnya bergabung dalam Structural Anthropolgy ( Levi-Straus) , Behavioral Psychology ( B.F. Skinner, Albert Bandura), Utilitaran Economics ( D. Ricardo, Adam Smith, J.S. Mill), Sociology (George Homans, Peter Blau) dan Social Psychology ( Thibaut & Kelley). Fokus teori ini adalah individu berinteraksi untuk mendapatkan sesuatu ganjaran atau kelebihan dalam kumpulan sosial itu. Ini menjelaskan bahawa dalam melakukan komunikasi dengan orang lain , individu akan mempertimbangkan rewards (ganjaran) yang akan diperolehi dan
coba mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman. Individu mencipta satu set strategi
yang mereka percaya dapat memberikan kelebihan kepada mereka. Kita mempelajari dan tahu tentang apa yang dapat memberikan ganjaran melalui pelbagai kelakuan dan tindakan sehinggalah salah satu tindakan itu menghasilkan sesuatu yang positif. Teori Exchange Social yang dicetuskan oleh Thibaut dan Kelly ini menjelaskan bahawa terdapat kesan atau pengaruh hubungan atau interaksi seseorang dengan orang lain dan kesan itu juga turut mempengaruhi perlakuan orang lain. Lebih lanjut, teori ini mengatakan bahawa dalam melakukan interkasi dengan orang lain selalunya orang akan menilai hubungan yang terbentuk dan seterusnya Halaman | 4
mengharapkan sesuatu yang dapat memenuhi keperluannya hasil daripada pembentukan hubungan sosial itu. Dasar pemikiran teori ini adalah setiap individu secara sukarela akan memasuki dan tinggal dalam hubungan sosial selama hubungan itu dapat memberikan ganjaran kepadanya. Kenyataannya, dalam hubungan sosial yang sebenar, teori ini memberikan sumbangan terhadap pembangunan sosial terutamanya dalam mempengaruhi perlakuan invdividu khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.
Analisis dan aplikasi teori Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konsep utama teori ini adalah individu akan berinteraksi dengan orang lain selama hubungan itu memberikan kelebihan kepada kedua pihak yang berkomunikasi. Dalam konteks ini, pelaku komunikasi akan menampilkan perilaku yang dianggap paling berkesan sebagai suatu usaha mengekalkan interaksi itu. Maka dalam hal ini, individu akan berusaha melakukan hal-hal yang dapat mengekalkan hubungan sosial itu, seperti: 1.
Mengembangkan Kebolehan atau kemahiran mendengar secara aktif dan memberikan
maklum balas secara positif terhadap semua bentuk komunikasi yang diterima. 2.
Menampilkan kebolehan menyampaian pesan dengan penuh keyakinan dan sesuai
dengan tahap pendengar atau penerima pesan. 3.
Menggunakan segala sumber teknologi komunikasi secara positif
4.
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan
5.
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai latar belakang
budaya yang berbeza. 6.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu
7.
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
Halaman | 5
Komunikasi interpersonal yang efektif merangkumi banyak unsur tetapi hubungan interpersonal mungkin paling penting kerana orang akan memberikan penilaian sama ada positif atau negatif. Masalahnya bukan terletak pada berapa sering kita berkomunikasi dengan orang lain tetapi sebenarnya bagaimana kita berkomunikasi itu yang banyak mempengaruhi perlakuan individu dan tahap hubungan sosial yang terbentuk. Halangan atau rintangan dalam komunikasi memang sering terjadi dan itu memberikan kesan terhadap tahap hubungan interpersonal. Sikap curiga misalnya akan menyebabkan jarak hubungan makin jauh dan terpisah. Bagaimanapun, terdapat beberapa hal yang akan meningkatkan tahap hubungan interpersonal yang baik iaitu sikap percaya, sikap spotif ( tolak ansur) dan sikap terbuka. Dalam teori pertukaran sosial ini, semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu akan berusaha mempengaruhi satu dengan yang lain bagi mencapai tujuan masing-masing. Untuk mencapai tujuan itu, maka bentuk komunikasi yang ditampilkan adalah yang dianggap paling berkesan melalui cara dan sikap berkomunikasi. Faktor percaya pada orang lain adalah yang paling penting dalam mempengaruhi tahap hubungan interpersonal. Apabila seseorang percaya pada orang lain maka ruang komunikasi akan semakin luas dan semua bentuk pengiriman dan penerimaan pesan akan menjadi lebih mudah difahami. Menumbuhkan sikap percaya atau mengembangkan komunikasi yang didasarkan pada sikap saling percaya memerlukan faktor lain iaitu menerima, empati dan kejujaran. Faktor menerima adalah merujuk pada kemampuan berkomunikasi dengan orang lain tanpa menilai dan tanpa usaha mengongkong orang lain. Menerima juga adalah sikap yang melihat orang lain sebagai manusia yang patut dihargai ( Anita Taylor 1977) Dengan sikap penerimaan seperti ini maka ruang komunikasi dengan orang lain akan semakin luas dan memberikan pengaruh kepada tahap hubungan interpersonal yang baik.
Halaman | 6
Sikap Percaya dalam proses komunikasi. Empati pula adalah sikap atau kemampuan seseorang untuk membayangkan serta ikut serta menyelami perasaan orang lain, iaitu suatu usaha melihat orang lain seperti apa yang dialami dan dirasakan oleh individu tersebut. Sikap empati ini akan mewujdukan sikap percaya orang lain kepada diri kita dan akhirnya komunikasi interpersonal akan terbina dan ganjarannya adalah hubungan sosial yang makin baik dan luas. Kejujuran dalam berkomunikasi merupakan faktor yang selalu dinilai oleh orang lain sewaktu berlakunya proses komunikasi itu. Orang akan menilai pesan yang dicoba disampaikan, bukan sahaja pesan itu sendiri yang dinilai tetapi cara seseorang itu menyampaikan pesan akan dilihat dari konteks kejujuran. Pertukaran sosial dalam bentuk ganjaran atau hukuman akan terjadi dengan baik atau buruk dalam ruang lingkup yang luas atau sempit hanya apabila semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu menunjukkan kemampuan berkomunikasi dengan baik terutamanya apabila wujud sikap percaya dalam hubungan interpersonal melalui proses komunikasi verbal mahupun bukan verbal.
Sikap bertolak ansur ( sportif ) dalam proses komunikasi Sikap bertolak ansur semasa berinterkasi dengan orang lain adalah faktor lain yang memberikan pengaruh dalam pembangunan sosial, iaitu melalui sikap bertoak ansur dapat mengurangkan perilaku defensif yang akan mengagalkan komunikasi interpersonal. Orang yang bersikap defensif lebih banyak melindungi diri dari ancaman berbanding berusaha memahami pesan orang lain. Kaitannya dengan aplikasi teori pertukaran sosial adalah, individu yang mengharapkan ganjaran daripada proses komunikasi itu akan bersikap sportif bagi mencapai tujuannya iaitu mewujdukan hubungan interpersonal yang baik dan luas.
Halaman | 7
Sikap terbuka dalam proses komunikasi Sikap terbuka ( open –mindedness ) mempunyai pengaruh yang besar dalam mewujudkan komunikasi interpersonal yang efektif. *Sikap terbuka dapat dilihat melalui sikap seseorang memberikan penilaian pesan secara objektif, dapat membezakan perkara yang perlu dan tidak perlu, memberikan penilaian secara objektif dan berdasarkan isi atau fakta, mencari maklumat dari pelbagai sumber, lebih bersifat profesional dan bersedia mengubah kepercayaannya dan mencari pengertian pesan yang tidak sesuai dengan rangkaian kepercayaannya. Bagaimanapun, dalam proses komunikasi yang digambarkan dalam teori ini masih terdapat halangan atau rintangan komunikasi. Halangan komunikasi ini biasanya merujuk kepada persepsi antara pihak penyampai dan penerima pesan, sikap menutup diri, isi pesan disalah tafsir dan faktor suka atau tidak suka. Sehubungan dengan itu, untuk meluaskan ruang lingkup hubungan sosial maka kita perlu membangun kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi agar dapat membentuk suatu rangkaian sosial yang berkekalan dan memberikan timbal balik kepada kita. Dapat disimpulkan bahawa teori pertukaran sosial ( Social Exchange Theory ) yang berdasarkan pemikiran bahawa proses komunikasi interpersonal yang terbentuk banyak dipengaruhi oleh kemungkinan ganjaran yang akan diterima oleh pelaku komunikasi dalam interkasi sosial itu. Teori ini berfokuskan pada pola fikir bahawa semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi akan kekal dalam ruang lingkup hubungan sosial itu selagi hubungan interpersonal itu memberikan kesan positif pada semua pihak yang terlibat dalam interaksi sosial itu. Bagi mengekalkan hubungan interpersonal itu maka teori ini turut dilengkapkan dengan kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bagi membangun hubungan sosial yang baik. Faktor-faktor penentu komunikasi yang baik yang perlu diperhatikan dan dialplikasikan akan menjamin ganjaran yang diterima dalam proses komunikasi interpersonal itu.
Halaman | 8
Social Penetration Theory Salah satu proses komunikasi interpersonal yang sering dikaji aplikasinya dalam pembangunan sosial dan kaitannya dengan pembinaan kemahdiran dan ketramplan berkomunikasi ialah Socail Penetration Theory. Teori ini diterjemahkan sebagai Teori Tembusan Sosial, yang dikemukakan oleh Altman & Taylor, 1973 dengan tajuk buku Social Penetration: The Development of Interpersonal Relationships. NewYork: Holt, Rinehart and Winston. (http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/socpen.html). Teori ini mengatakan dalam proses menjalin hubungan, komunikasi berubah dari peringkat cetek, tidak intim kepada tahap lebih mendalam dan peribadi dalam jangksa masa tertentu. Secara amnya, teori ini menggariskan bahawa hubungan menjadi lebih akrab seiring waktu ketika pasangan berkomunikasi mendedahkan maklumat mengenai diri mereka. Keakraban dan keitiman hubungan sosial membantu pendedahan maklumat diri yang lebih peribadi. Gerald Miller dan rakannya menjelaskan bahawa komunikasi interpersonal dalam teori ini semakin sering interkasi itu dilakukan maka semakin bertambah peranan dan timbal balik dalam komunikasi mereka. Terdapat beberapa demensi dalam teori ini, iaitu memiliki jarak (breadth) dan keintiman (deph). Pada dimensi jarak, pasangan komunikasi akan memberikan maka terhadap apa yang dilihat pada pasangan lawan komunikasinya seperti cara berpakaian dan bercakap. Sedangkan pada dimensi keintiman, hal-hal peribadi menjadi topik perbincangan antara peserta komunikasi itu. Menurut teori ini, proses atau usaha komunikasi yang bertujuan memperolehi maklumat tentang diri orang lain. Proses pembentukan hubungan di antara dua individu dilihat seperti proses menembusi lapisan bawang besar. Lazimnya, sewaktu kita memasak dan menggunakan bawang sebagai salah satu bahan masakan, maka kita terlebih dahulu akan mengupas kulit luar bawang dan seterusnya lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam. Proses inilah yang disamakan dengan personaliti kita, proses mengetahui seseorang sebenarnya memerlukan kita menembusi lapisan luar dan seterusnya. Kita hanya boleh tahu dan kenal seseorang hanya apabila kita dapat berkomunikasi dengannya. Dengan berkomunikasi, proses pendedahan kendiri boleh berlaku. Pendedahan maklumat lebih luas tentang personaliti seseorang hanya dapat diketahui apabila terbina hubungan sosial yang baik hasil daripada komunikasi awal.
Halaman | 9
Selain itu, toeri ini menjelaskan bahawa pihak yang terlibat dalam proses komunikasi interpersonal akan melalui proses kenal-mengenal antara satu sama lain seperti berikut: 1.
Perkara luaran lebih kerap dan lebih awal diceritakan kepada teman baru. Contohnya,
maklumat diri yang diceritakan pada peringkat awal adalah tentang tempat tinggal asal, pekerjaan, kegemaran, minat ataupun hobi. Perbualan adalah pada tahap tidak formal. 2.
Pendedahan kendiri ada resiprokal atau ada timbal balik yang membolehkan perkongsian
maklumat. Contohnya, menceritakan tentang jadual kerja dan aktiviti hariannya. Jika pada tahap ini ada pihak yang tidak bercerita tentang dirinya maka resiprokal tidak berlaku. Jika resiprokal tidak berlaku maka komunikasi interpersonal itu akan mengalami gangguan dan menggagalkan tujuan dan tahap komunikasi yang seterusnya. „ 3.
Tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan tetapi menjadi lambat
selepas sampai ke lapisan yang lebih tengah. Selalunya dalam perkenalan awal, maklumat asas seperti nama, kampung asal, pekerjaan dan pengalaman lebih cepat diceritakan atau didedahkan. Tetapi maklumat lebih lanjut misalnya hal-hal yang lebih peribadi tidak didedahkan. Hal ini berlaku kerana norma masyarkat yang tidak suka mendedahkan hal-hal peribadi pada peringkat hubungan awal. Sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan maklumat peribadi maka akan menyebabkan ketegangan hubungan yang akhirnya mungkin membawa kepada perpisahan atau putus hubungan sosial. 4.
Proses kebalikan tembusan ( depenetration) adalah proses menarik diri dari satu lapisan
ke satu lapisan sama seperti dilalui pada peringkat tembusan. Biasanya proses menarik diri daripada melanjutkan komunikasi interpersonal berlaku secara perlahan. Situasi menarik diri atau berundur daripada hubungan sosial samalah dengan proses berhenti daripada berkawan, bercinta atau bersahabat. Ciri yang muncul dalam situasi ini adalah sikap seperti berdiam diri dan tidak bertegur sapa, menjauhkan diri dan tidak berkongsi sesuatu dengan orang tersebut.
Halaman | 10
Situasi berikut dapat menjelaskan bagaimana teori ini berlaku dalam masyarakat.Seorang lelaki bernama Ahmad bertugas sebagai guru dan ditempatkan di sebuah sekolah yang berada di luar daerahnya. Tempat bertugasnya ini adalah tempat baru yang dia tidak mempunyai kenalan. Pada hari melapor diri, Ahmad dijemput oleh wakil sekolah. Perjumpaan antara Ahmad dan wakil sekolah tersebut merupakan proses awal komunikasi interpersonal, yang mana masingmasing belum mengenal antara satu dengan lain. Proses komunikasi interpersonal dimulai dengan komunikasi non verbal iaitu masing-masing meneka. Selepas itu komunikasi verbal terjadi dengan pertanyaan nama masing-masing. Proses awal ini berlaku dengan cepat iaitu pendedahan nama dan daerah asal. Tahap berikutnya berjalan dengan perlahan kerana komunikasi lebih kepada hal-hal lain seperti mendapatkan maklumat berkaitan keadaan tempat baru. Dalam konteks ini berlaku timbal balik antara Ahmad dan wakil sekolah dan dengan demikian mula terbentuk hubungan sosial. Selanjutnya, tembusan sosial mula perlahan dan ini berlangsung pada jangka masa yang lama. Tembusan sosial pada peringkat yang perlahan memakan masa untuk mendedahkan halhal yang peribadi, dan adakalanya tembusan sosial ini tidak sampai ke peringkat yang lebih dalam. Hubungan sosial yang telah terbentuk banyak dipengaruhi oleh cara atau kualiti komunikasi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat dalam komunikasi itu. Dalam situasi pasangan lelaki dan wanita misalnya, tembusan sosial bermula dengan pendedahan nama, pekerjaan, tempat tinggal. Komunikasi peringkat ini berlaku dengan cepat. Tetapi selepas itu, memasuki tembusan sosial yang berikutnya memakan masa, pada peringkat ini kedua- duanya menjalin hubungan sosial yang belum mendedahkan hal-hal peribadi. Setelah keduanya mempunyai sikap percaya dalam komunikasi maka fasa tembusan ke peringkat intim akan berlaku. Disinilah hal-hal yang lebih peribadi diceritakan dan diberi respon. Sekiranya maklum balas yang diterima adalah baik maka hubungan sosial itu akan berlanjutan ke peringkat intim dan seterusnya hal-hal peribadi lainya didedahkan. Pada waktu yang sama, sekiranya tidak terjadi sikap percaya atau kerana kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi tidak ditunjukkan dengan baik maka ada kemungkinan hubungan ini akan tegang atau berakhir. Proses inilah yang dikenal sebagai proses menarik diri. Teori tembusan sosial menunjukkan bahawa untuk menjalin hubungan sosial dengan orang lain maka perlu memiliki kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi. Setiap individu Halaman | 11
mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain, sama ada verbal mahupun bukan verbal. Pesan itu kemudiannya ditafsir atau direspon orang lain dan berlakulah komunikasi interpersonal. Antara faktor penting yang mempengaruhi komunikasi interpersonal adalah cara atau kualiti pesan itu disampaikan. Kemahiran dan Ketrampilan berkomunikasi. Lankard (1990) mendefinisikan kemahiran meliputi gambaran personal, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. Dalam konteks komunikasi interpersonal, kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi sangat berpengaruh dalam menentukan kesan kepada penerima pesan, dan seterusnya menentukan tahap atau kualtiti hubungan sosial yang terbentuk. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi merujuk kepada kecekapan seseorang dalam menyampaikan pesan dengan menggunakan sumber komunikasi dengan baik, berkesan, menarik dan difahami sepenuhnya oleh penerima pesan itu. Keefektifan komunikasi interpersonal akan menjadi pemangkin kepada terbentuknya hubungan yang positif terhadap orang lain. Ramai orang yang berjaya dalam hidupnya kerana mempunyai hubungan yang sangat baik dengan orang lain sehingga identiti dan personalitinya baik dikalangan komuniti. Dengan demikian, mereka mempunyai peluang untuk memperoleh kepercayaan dari orang lain dibandingkan dengan orang yang tidak mempunyai kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi interpersonal yang baik. Dengan menguasai komunikasi interpersonal sebenarnya kita juga membuka wawasan diri untuk memahami orang lain dan seterusnya dapat berinterkasi secara positif dengan orang lain. Terdapat beberapa faktor yang menjadi panduan dalam pembangunan sosial melalui komunikasi interpersonal yang efektif seperti : a.
Mencipta faktor yang menarik perhatian orang lain. Telah menjadi sifat asas manusia yang cenderung tertarik dengan diri sendiri berbanding orang lain. Oleh kerana itu, untuk menjadikan orang lain tertarik dengan kita maka kita hendaklah mencipta hal-hal yang menyebabkan orang lain tertarik dengan kita. Misalnya mengajak orang lain berbincang tentang perkara-perkara umum seperti model Halaman | 12
pakaian, olahraga dan isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan masyarkat. Kemahiran mencipta faktor ketarikan ini perlu dilakukan dengan penuh saksama kerana adakalanya isu-isu seperti kesesakan lalu lintas, cuaca dan hal-hal umum yang membosankan dan bersifat sensetif akan menjadikan kita sebagai faktor kegagalan komunikasi interpersonal. b.
Membina rasa simpati Membina rasa simpati bermakna membangun suatu persekitaran atau ruang kawasan komunikasi di mana lawan komunikasi kita merasa percaya, yakin dan selamat ketika berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu menunjukkan rasa hormat kepada lawan komunikasi kita dengan cara menyebut namanya dan menghilangkan suasana tegang. Sambutan yang mesra dan bersahabat melalui bahasa tubuh yang tepat akan menjadikan lawan komunikasi kita bersedia membincangkan secara bebas hal-hal yang dikehendaki.
c.
Percaya / yakin pada diri sendiri Memiliki kepercayaan atau keyakinan diri sangat penting dalam berkomunikasi kerana dengan keyakinan diri itu kita mencipta dan menunjukkan imej diri yang menjadikan orang lain percaya kepada kita. Kerapkali, komunikasi interpersonal menjadi muram, tegang dan tidak aman kerana kurang percaya diri. Kurang percaya diri akan menjadikan penyampaian komunikasi interpersonal menjadi gugup, gementar, takut, khuatir was-was atau ragu-ragu dengan ucapan sendiri. Hal ini menyebabkan isi atau pesan komunikasi tidak difahami sepenuhnya. Komunikasi
menjadi kucar – kacir.
Bermodalkan keyakinan diri yang tinggi sewaktu menyampaikan komunikasi, akan mencipta suasana yang positif dan membuat lawan bicara kagum. d.
Mengaplikasikan 3 (tiga) hal penting. Tiga hal penting itu adalah kemahiran bertanya, mendengar dan diam. Sebahagian besar komunikasi yang efektif menggunakan tiga kemahiran ini.
Selain penyampai
komunikasi yang penuh keyakinan diri menjadi kekaguman orang lain, orang yang menjadi pendengar yang baik turut disenangi dalam komunikasi. Diam dan mendengaar Halaman | 13
secara aktif, memberikan maklum balas yang positif terhadap topik perbincangan akan menjadikan suasana komunikasi itu membentuk interaksi sosial yang baik. Situasi ini sangat tepat digambarkan dalam teori tembusan sosial dan tukaran sosial.
e.
Kejujuran dan empati Mencipta ketarikan pada orang lain seperti yang dikemuakan di perkara awal sebenarnya adalah bagaimana kita mencipta suatu bentuk ketarikan pada orang lain dengan penuh kejujuran, bukan direka-reka atau berpura-pura tertarik. Kejujuran disini bermakna jujur tertarik dengan orang lain. Perbuatan pura-pura tertarik biasanya mudah dikesan dan menjadikan komunikasi interpersonal menjadi muram dan akhirnya akan menyebabkan ada pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu menarik dari atau berundur.
f.
Optimis Dalam interaksi dan komunikasi harian biasanya mudah membincangkan topiktopk yang bersifat negatif seperti kekecewaan, rungutan, ketidakpuasan hati dan kemarahan. Pelaksana komunikasi yang baik akan berusaha untuk memberikan maklum balas yang sepositif mungkin dan tidak berlegar pada hal-hal negatif. Ini bererti, pelaksana komunikasi yang baik bijak mewujudkan suasana positif. Inilah yang membezakan pelaksana komunikasi yang baik dengan orang yang sekadar bijak bercakap. Fikiran positif perlu dikembangkan agar tercipta suasana komunikasi intepersonal yang nyaman dan harmoni, situasi ini membawa kepada keharmonian hubungan sosial yang berkekalan. Sikap optimis dalam berkomunikasi dengan sendirinya akan mencipta ketarikan sosial dan selalunya komunikasi yang lemah dan negatif akan menyebabkan penarikan diri orang lain dalam ruang komunikasi itu.
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi dapat dilakukan dengan mengamalkan perkaraperkara seperti berikut:
Halaman | 14
1.
Bijak melihat dan memaknakan komunikasi non verbal Komunikasi non verbal boleh menunjukkan pelbagai erti dalam proses komunikasi, misalnya ekspresi wajah, badan, gerakan tubuh badan, intonasi suara, gerakan anak mata, diam dan perilaku sentuhan. Ekspresi wajah sebenarnya menceritakan rasa, emosi dan perasaan seseorang. Rasa gembira, sedih, takut, risau, resah dan sebagainya dapat dilihat melalui ekspresi wajah. Menurut para pakar komunikasi non verbal, gerakan mata seseorang sangat penting dan utama untuk menggambarkan perhatian dan minat, mempengaruhi orang lain dan dapat mengawal interkasi sosial menjadi seperti yang dikomunikasikan secara non verbal. Badan dapat menunjukkan bagaiaman keadaan seseorang, misalnya keadaan sedang sakit, riang mahupun mengalami tekanan serta kebingungan. Situasi ini dapat dilihat dengan nyata sewaktu temuduga dijalankan. Gerak tubuh boleh memberikan tafsiran seperti „tidak tahu‟, dan tidak mahu‟. Gerakan tubuh yang bermaksud menolak atau tidak mahu biasanya dilakukan dengan menjauhkan diri dan menggelengkan kepala bermaksud „tidak, bukan atau tidak tahu‟. Intonasi suara pula menunjukkan perasaan marah, sinis, tegas, kecewa dan meremehkan. Perilaku diam juga membawa erti tidak mahu diganggu, marah, geram, benci dan sebagainya. Perilaku sentuhan juga membawa makna komunikasi seperti kemesraan, mahu, sayang, rindu dan merayu.
2.
Bijak menggunakan sumber komunikasi Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bukan sekadar bersumber pada kemampuan dan kebolehan yang datang daripada diri seseorang tetapi juga kecekapan pelaksana komunikasi itu menggunakan sumber komunikasi seperti kemudahan internet, surat khabar, telefon, radio, projektor, tv dan sebagainya yang dapat dijadikan alat komunikasi kepada kumpulan sasaran. Penyampaian pesan secara tepat melalui alat komunikasi merupakan bonus tambahan kepada pelaksana komunikasi yang baik. Kecekapan penggunaan alat tersebut akan menambahkan kekaguman orang lain dan seterusnya mencipta ketarikan. Dalam hal ini, wujud kepercayaan dan keyakinan orang lain kepada penyampai pesan itu.
Halaman | 15
3.
Menjadi penyampai komuikasi yang baik Menjadi pelaksana atau penyampai komunikasi yang baik memerlukan kemahiran tambahan seperti sikap peribadi semasa melaksanakan proses komunikasi interpersonal. Sehubungan dengan itu, eleman-eleman yang perlu ada pada penyampai komunikasi yang baik adalah seperti: i.
Kemahiran menumpuhkan perhatian yang jujur, empati dan selari dengan bahasa tubuh iaitu menatap wajah lawan komunikasi.
ii.
Kemahiran menyampaikan maklum balas secara tepat dan optimis dengan penuh keyakinan diri dengan nada suara yang sesuai.
iii.
Kemahiran mendengar secara aktif.
iv.
Cekap menilai suasana komunikasi dan seterusnya memberikan maklum balas berdasarkan suasana komunikasi dengan baik dan terarah.
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi secara interpersonal sangat berpengaruh dalam menentukan kualiti hubungan sosial yang seterusnya. Sama ada interaksi sosial itu kekal dan mempunyai ganjarannya amat bermakna kepada semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Selain perkara-perkara yang dinyatakan di atas, masih terdapat beberapa eleman lain yang perlu diperhatikan seperti: 1.
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan melalui penggunaan bahasa yang boleh dimengerti oleh semua orang.
2.
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
3.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi makluma balas.
4.
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
5.
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
Halaman | 16
6.
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
7.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan, dan Kebolehan menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan.
Dalam konteks teori tukaran sosial dan teori tembusan sosial, kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi menjadi syarat penting bagi mencapai tujuan komunikasi itu dilangsungkan, sama ada untuk mendapatkan ganjaran mahupun bagi mendapatkan maklumat atau informasi diri pihak lawan komunikasi. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi mempunyai banyak unsur dan eleman yang perlu dipelajari dan diamalkan bagi menjadikan seseorang itu peserta komuikasi yang baik. Tidak diragui lagi bahawa, kedua teori ini memberikan penjelasan tentang pembangunan sosial terutamanya dalam mengembangkan kecekapan berkomunikasi. Berdasarkan pembahasan kedua-dua teori komunikasi interpersonal di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa kemahairan dan ketrampilan berkomunikasi amat penting dan ditekankan dalam kedua teori ini. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi yang dijelaskan dalam kedua teori ini sangat berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubugan sosial yang berkekalan dan harmoni.
Halaman | 17
Rujukan
Saodah, Naimah & Yusof, (2004). Teori-Teori Komunikasi. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Joseph A. Devito (2002). The Interpersonal Communication Book. New York: Longman. Ninth Edition. Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An Introduction to Human Communication Understanding and Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition. Richard A. Fiordo (1996). Communication in Education. Cannada: Detselid Enterprises Ltd. Calgary, Alberta. Hybels, S., and R.L. Weaver II. (2001) Communicating Effectively. 6th Edition. New York: McGraw-Hill. Griffin, E. (2011). A first look at communication theory. (8th edition). New York: McGraw-Hill.
Verderber, R. F. and K.S. Verderber. (2002) Communicate! 10th Edition. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Altman, I., & Taylor, D., (1973). Social Penetration: The Development of Interpersonal Relationships. NewYork: Holt, Rinehart and Winston. Mansor, Rahman dan Shawaluddin (1998). Penghantar Komunikasi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Che Su Mustaffa dan Mohd Fo‟ad Sakdan (1993). Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5. Kamus Dewan (2008). Definisi komunikasi. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka.Edisi Empat.
Halaman | 18
Universiti Teknologi Malaysia.(2011, Januari 3). Kemahiran Komunikasi. Retrieved 18 July 2014, from http://www.utm.my/kokurikulum/panduan-kemahiraninsaniah/ kemahiranberkomunikasi.html
Zena07's,. (2008). TEORI KOMUNIKASI INTERPERSONAL. Retrieved 18 July 2014, from http://zena07.wordpress.com/2008/04/25/teori-komunikasi-interpersonal/
Halaman | 19
View more...
Comments