KOMSAS Tg 3.pdf
May 12, 2019 | Author: Hoo Chin Wen | Category: N/A
Short Description
Download KOMSAS Tg 3.pdf...
Description
Antologi Bintang Hati Puisi Tradisional
Prosa Tradisional
☛ Syair
☛ Bahagia
Burung Nuri ☛ Santap Istiadat
Sesudah Derita
Cerpen
Sajak
☛ Legasi
Tapai Ubi ☛ Sekeping Tanah ☛ Bawod
☛ Kijang
yang Lelah ☛ Pesan Ibu Beribu-ribu ☛ Senja di Palang Besi ☛ Bintang
Drama ☛ Tenang-tenang
Air di Tasik
Novel ZON
KAWASAN
1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
2
Selangor, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya
3
Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan
4
Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
JUDUL Justeru Impian di Jaring Tawanan Komander Caucasus Chot Hempasan Ombak
1
Antologi dan Novel Tingkatan 3 Analisis Anali sis Puisi Pu isi Tradisional Tradisi onal Syair Burung Nuri Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyair yang bersifat rendah diri mengatakan bahawa dia menulis syair ini dengan berpandukan pendapat diri yang belum cukup sempurna.
2
Penyair yang terus merendah diri berkata bahawa pendapat yang disampaikannya berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.
3
Penyair meminta maaf jika dia membuat apa-apa kesilapan sewaktu menyampaikan pendapatnya yang mungkin akan menggores perasaan sesiapa.
4
Penyair berkata bahawa pendapatnya hanya untuk memberikan pedoman kepada umum dengan meluahkannya melalui kertas dan dakwat.
5
Penyair berkata bahawa nasib manusia berbeza-beza dan manusia tidak sunyi daripada menghadapi cabaran yang amat besar dalam kehidupan.
6
Penyair berkata bahawa adat kehidupan manusia yang merantau ke mana-mana sahaja harus mengekalkan adab yang sopan ketika menikmati makanan.
7
Penyair berkata bahawa pemikiran kurang siuman yang ada pada diri seseorang akan mengecewakan hati dan perasaan sesiapa sahaja di sekitarnya.
8
Penyair berkata bahawa seseorang yang merantau harus menjaga budi pekerti supaya imej diri akan terpelihara.
Tema Tema syair ini ialah nasihat penyair kepada pembaca mengenai adab dan adat dalam kehidupan.
Persoalan 1. Sikap berdikari apabila berada di perantauan. Seseorang yang menghadapi cabaran sewaktu merantau haruslah berdikari untuk mendepani gelombang cabaran itu. 2. Sikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian. Seseorang yang berhemah tinggi akan bersopan santun ketika menikmati makanan. 3. Sikap berani menghadapi cabaran. Cabaran dalam kehidupan ialah adat dalam kehidupan manusia dan kita perlu berani menghadapi cabaran tersebut dengan yakin dan tabah hati. 4. Sikap hormat-menghormati terhadap orang lain. Penyair amat menghormati pembaca dan bersikap rendah diri dengan meminta maaf atas kesilapan dan kesalahan dalam tulisannya. 2
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi Antologi dan Novel TIngkatan 3
Unsur Bunyi 1. Asonansi Contoh: Bermula warkah surat rencana (pengulangan vokal a ) 2. Aliterasi Contoh: Dakwat dan kertas tempat berkata (pengulangan berkata (pengulangan konsonan k )
Gaya Bahasa 1. Sinkope Contoh: Sajak dan nazam banyak tak kena 2. Epifora Contoh: Beribu ampun kiranya tuan Terperilah madah patik dan tuan 3. Anafora Contoh: Remuk dan redam hancur di situ Remuk dan redam rasanya hati 4. Simile Contoh: Laksana cermin jatuh ke batu
Nilai Murni 1. Berdikari Seseorang yang menghadapi cabaran sewaktu merantau haruslah berdikari untuk mendepani gelombang cabaran itu. 2. Hemah tinggi Seseorang yang berhemah tinggi akan bersopan santun ketika menikmati makanan. 3. Keberanian Cabaran dalam kehidupan ialah adat dalam kehidupan manusia dan kita perlu berani menghadapi cabaran tersebut dengan yakin dan tabah. 4. Hormat-menghormati Penyair amat menghormati pembaca dan bersikap rendah diri dengan meminta maaf atas kesilapan dan kesalahan dalam tulisannya.
Pengajaran 1. Kita perlulah berdikari apabila berada di perantauan. Seseorang yang menghadapi cabaran sewaktu merantau haruslah berdikari untuk mendepani gelombang cabaran itu. 2. Kita hendaklah bersikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian. Seseorang yang berhemah tinggi akan bersopan santun ketika menikmati makanan. 3. Kita haruslah berani menghadapi cabaran. Cabaran dalam kehidupan ialah adat dalam kehidupan manusia dan kita perlu berani menghadapi cabaran tersebut dengan yakin dan tabah. 4. Kita mestilah memiliki sikap hormat-menghormati terhadap orang lain. Penyair amat menghormati pembaca dan bersikap rendah diri dengan meminta maaf atas kesilapan dan kesalahan dalam tulisannya.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
3
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Praktis Formatif
P B S
1
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan Syair Burung Nuri. 1. Berdasarkan rangkap kelima syair, mengapakah seseorang tidak boleh bergantung kepada nasib? 2. Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. 3. Sekiranya anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, bagaimanakah anda akan menyesuaikan diri? KBAT
Santap Istiadat Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyair berkata bahawa majlis santap diraja ialah majlis yang penuh dengan adat istiadat dan biasanya diadakan untuk meraikan tetamu kehormat.
2
Penyair berkata bahawa cara makan yang sopan ialah makan dengan tangan kanan dan lauk diambil dengan sopan santun. Selepas itu, makanan haruslah dikunyah dengan perlahan-lahan tanpa bersikap gelojoh. Kemudian, air diminum seteguk demi seteguk dengan sopan santun sebagai menghormati tetamu dan memuliakan diri.
3
Penyair mengajar kita supaya makan dengan perlahan-lahan, iaitu sesuap demi sesuap. Selepas suapan pertama, barulah diikuti suapan kedua dan ketiga. Selepas itu, tangan haruslah dibasuh dengan bersih. Kemudian, barulah kita menjamah pencuci mulut seperti manisan dan buah-buahan.
4
Penyair berkata bahawa kita harus berkumur selepas makan buah-buahan dan manisan dan seterusnya memakan sirih yang disajikan oleh tuan rumah.
5
Penyair berkata bahawa adat santapan untuk menjamu orang kebesaran amat beradat dan banyak peraturannya. Oleh sebab itu, adat resam ini dicatat dalam sejarah dan diamalkan dari generasi ke generasi.
Tema Tema seloka ini ialah adab sopan serta cara-cara makan dan minum yang diajar oleh generasi terdahulu. Apabila tuan rumah meraikan tetamu kehormat, majlis santap istiadat akan diadakan. Persoalan 1. Sikap baik hati terhadap tetamu. Tuan rumah (raja) yang murah hati telah menjamu tetamunya makan dan minum. 2. Sikap hemah tinggi ketika menikmati makanan. Kita diingatkan agar bersopan santun sewaktu menikmati santap istiadat. 3. Sikap menghormati tetamu. Seseorang raja menjamu tetamunya sebagai tanda penghormatan terhadap kemuliaan tetamu.
4
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
4. Sikap jujur dalam setiap tindakan. Tuan rumah (raja) yang ikhlas bersahabat telah menjamu tetamunya di istana dalam majlis santap istiadat. 5. Rasa bersyukur atas kurniaan yang diterima. Sentiasa berterima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh tuan rumah (raja) yang menjamu tetamu.
Unsur Bunyi 1. Asonansi Contoh: Santap santun dengan aturan (pengulangan vokal a ) 2. Aliterasi Contoh: Sampai ke mulut mamah perlahan (pengulangan konsonan m )
Gaya Bahasa 1. Anafora Contoh: Santap beradat, santap istiadat Santap raja di majlis kebesaran Santap merai, hormat-menghormat 2. Responsi Contoh: Santap beradat, santap istiadat Bukan santap hendakkan kenyang 3. Repetisi Contoh: Santap beradab, santap istiadat 4. Kata ganda Contoh: hormat-menghormat, mulia-memuliakan, buah-buahan
Nilai Murni 1. Baik hati – Tuan rumah yang murah hati telah menjamu tetamunya makan dan minum. 2. Hemah tinggi – Kita diingatkan agar bersopan santun sewaktu menikmati santap istiadat. 3. Hormat-menghormati – Tuan rumah menjamu tetamunya sebagai tanda penghormatan terhadap kemuliaan tetamu. 4. Kejujuran – Tuan rumah yang ikhlas bersahabat telah menjamu tetamunya di istana dalam majlis santap istiadat. 5. Kesyukuran – Sentiasa berterima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh tuan rumah (raja) yang menjamu tetamunya. 6. Patriotisme – Tuan rumah yang meraikan tetamunya di istana sebagai penghormatan kepada tetamu turut dapat menjaga nama baik negaranya.
Pengajaran 1. Kita mestilah meraikan tetamu dengan menjamu mereka. Tuan rumah (raja) yang murah hati telah menjamu tetamunya makan dan minum. 2. Kita hendaklah berhemah tinggi ketika menikmati makanan. Kita diingatkan agar bersopan santun sewaktu menikmati santap istiadat. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
5
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Kita mestilah menghormati tetamu. Tuan rumah menjamu tetamunya sebagai tanda penghormatan terhadap kemuliaan tetamu. 4. Kita seharusnya bersikap jujur dalam setiap tindakan. Tuan rumah (raja) yang ikhlas bersahabat telah menjamu tetamunya di istana dalam majlis santap istiadat. 5. Kita sewajarnya bersyukur atas kurniaan yang diterima. Sentiasa berterima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh tuan rumah (raja) yang menjamu tetamunya. 6. Kita perlulah memiliki sikap patriotisme. Tuan rumah (raja) yang meraikan tetamunya di istana sebagai penghormatan kepada tetamu turut dapat menjaga nama baik negaranya. Praktis Formatif
P B S
2
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan seloka Santap Istiadat. 1. Berdasarkan rangkap kedua seloka, jelaskan tiga peraturan yang perlu dipatuhi ketika makan. 2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. 3. Pada andaian anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa agar tidak membazirkan makanan? KBAT
Analisis Sajak Kijang yang Lelah Maksud Rangkap
Maksud
1
Seekor kijang yang sebelum ini bersuara nyaring kini hilang kegagahannya. Sebelum itu, kijang tersebut masih muda dan tenaganya kencang apabila hidup di tengahtengah hutan. Pada masa ini, kijang itu tidak bertenaga lagi untuk bermaharajalela di hutan yang malar hijau.
2
Apabila mengenangkan nasibnya yang makin hari makin tua, kijang itu berasa sedih. Kijang itu juga mula berasa resah sekiranya dia akan mati tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, kijang itu tetap meneruskan sisa-sisa hidup tuanya dengan penuh harapan dan kesederhanaan.
3
Pada suatu hari, kijang tua itu mencuba untuk mempamerkan tenaganya dengan kekuatan kaki. Kijang itu ingin mengisi sisa-sisa waktu dengan kerja yang bermanfaat walaupun berasa serik akan kepenatan yang dilaluinya pada usia tua. Namun begitu, kijang tua itu berasa bahawa hatinya tidak tenteram pada setiap masa.
4
Dalam usia yang tua dan banyak pengalaman, kijang itu amat berhati-hati dalam setiap tindakannya. Walaupun sedar bahawa kehadirannya di dalam hutan semakin tidak mendapat perhatian, namun kijang tua itu meneruskan perjalanan hidupnya. Di sebalik usianya yang tua, kijang itu memiliki ketabahan dan tekad untuk meneruskan kehidupan secara berhemah dan rasional serta tidak takut akan sesiapa yang mencabarnya.
6
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Tema Tema sajak ini ialah keperitan hidup seekor kijang tua dalam menjalani kehidupan. Dalam menjalani kehidupan, kijang tua berasa tenaganya semakin berkurangan dan tidak mampu menonjolkan diri di dalam hutan.
Persoalan 1. Sikap berdikari dalam menjalani kehidupan. Kijang tua hidup berdikari di belantara walaupun usianya semakin tua. 2. Sikap menyayangi diri sendiri. Kijang tua yang sayang akan nyawanya melalui hari-hari tuanya dengan penuh kesedaran. 3. Sikap berani dalam menjalani kehidupan. Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang akan dilaluinya sepanjang hidup di hutan rimba. 4. Kebebasan dalam menentukan hala tuju hidup. Kijang tua hidup bebas di belantara dan pernah bermaharajalela di hutan. 5. Sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan. Kijang tua membuat keputusan untuk menjalani kehidupan secara sederhana untuk mengurangkan penggunaan tenaganya yang semakin lemah. 6. Kewajaran berfikir secara rasional. Kijang tua amat berhati-hati dalam setiap tindakannya dan bertekad untuk meneruskan kehidupan secara berhemah, namun dia tidak akan takut akan sesiapa yang mencabarnya.
Unsur Bunyi 1. Asonansi Contoh: Mengorak telapak di tanah menghijau (pengulangan vokal a ) 2. Aliterasi Contoh: Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba (pengulangan konsonan t ) Gaya Bahasa 1. Anafora Contoh: Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki dia tidak lagi gundah 2. Personifikasi Contoh: Sebak menyentap dahan kalbu, Dedaun resah mula berguguran 3. Responsi Contoh: Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Dia tidak lagi mampu menobat takhta 4. Metafora Contoh: Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba, Sebak menyentap dahan kalbu Nilai Murni 1. Berdikari – Kijang tua hidup berdikari di belantara walaupun usianya semakin tua. 2. Kasih sayang – Kijang tua yang sayang akan nyawanya melalui hari-hari tuanya dengan penuh kesedaran. 3. Keberanian – Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang akan dilaluinya sepanjang hidup di hutan rimba. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
7
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
4. Kebebasan – Kijang tua hidup bebas di belantara dan pernah bermaharajalela di hutan. 5. Kebersihan fizikal dan mental – Kijang tua yang berfikiran matang sedar bahawa pergerakannya terbatas akibat tenaganya yang semakin lemah. 6. Kesederhanaan – Kijang tua membuat keputusan untuk menjalani kehidupan secara sederhana untuk mengurangkan penggunaan tenaganya yang semakin lemah. 7. Rasional – Kijang tua amat berhati-hati dalam setiap tindakannya dan bertekad untuk meneruskan kehidupan secara berhemah, namun dia tidak akan takut akan sesiapa yang mencabarnya.
Pengajaran 1. Kita hendaklah berdikari dalam menjalani kehidupan Kijang tua hidup berdikari di dalam belantara walaupun usianya semakin tua. 2. Kita perlulah menyayangi diri sendiri. Kijang tua yang sayang akan nyawanya melalui hari-hari tuanya dengan penuh kesedaran. 3. Kita mestilah memiliki sikap berani dalam menjalani kehidupan. Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang akan dilaluinya sepanjang hidup di dalam hutan rimba. 4. Kita haruslah mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju hidup kita. Kijang tua hidup bebas di dalam belantara dan pernah bermaharajalela di hutan. 5. Kita sepatutnya bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Kijang tua membuat keputusan untuk menjalani kehidupan secara sederhana untuk mengurangkan penggunaan tenaganya yang semakin lemah. 6. Kita sewajarnya berfikir secara rasional. Kijang tua amat berhati-hati dalam setiap tindakannya dan bertekad untuk meneruskan kehidupan secara berhemah, namun dia tidak akan takut akan sesiapa yang mencabarnya.
Praktis Formatif
P B S
1
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan sajak Kijang yang Lelah. 1. Berdasarkan rangkap keempat sajak Kijang yang Lelah bagaimanakah kijang tua meneruskan hidup? Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya menguncup di perdu harap 2. Jelaskan dua bentuk gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam rangkap di atas. 3. Pada pendapat anda, mengapakah sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara itu penting? KBAT
8
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Pesan Ibu Beribu-ribu Maksud Rangkap
Maksud
1
Setiap manusia dilahirkan oleh ibunya. Oleh sebab itu, kita memiliki seorang ibu sahaja. Walau bagaimanapun, nasihat ibu kepada kita terlalu banyak.
2
Ibu sentiasa menegur dan menasihatkan setiap tindakan kita. Antara nasihat ibu yang biasa kita dengar ialah membaca buku dan menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, ibu juga sering menasihati kita agar memilih kawan yang berbudi pekerti mulia dan boleh membimbing kita ke arah kebaikan, bukannya kawan yang mementingkan diri dan bersikap negatif. Pada masa yang sama, ibu selalunya akan mengambil tahu akan aktiviti kita dan akan memberikan nasihat supaya menjaga di ri kerana banyak bahaya dan cabaran yang akan kita hadapi di luar sana. Walaupun kadangkala kita jemu akan pesanan ibu, namun ibu tidak akan berhenti daripada memberikan pesanan dan nasihat agar kita dapat membaiki kelemahan diri dan mencari penawar kehidupan yang mujarab.
3
Pada suatu lewat petang, kawan penyajak meluahkan kesedihannya akibat putus cinta. Rakan penyajak telah sedar bahawa bekas kekasihnya seorang penipu. Kekasihnya itu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam percintaan mereka. Akhirnya, bekas kekasihnya itu telah ditangkap dan dipenjarakan.
4
Kawan penyajak meluahkan perasaan kesalnya kerana telah dia lupa akan nasihat dan pesanan ibunya supaya memilih kawan yang baik, bukannya yang jahat. Apabila terkenang akan nasib kawannya, penyajak tiba-tiba rindu akan pesanan ibunya yang banyak memberikan kebaikan kepadanya.
5
Penyajak yakin bahawa ibunya bijak dalam menilai perkara yang baik dan yang buruk. Oleh sebab itu, dia berharap agar ibunya terus memberikan nasihat kepadanya. Dia berjanji tidak akan berasa bosan mendengar nasihat tersebut kerana ibulah insan mulia yang paling memahami dan mengetahui anaknya.
Tema Tema sajak ini ialah pesanan dan nasihat seorang ibu kepada anak kesayangannya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup. Seorang ibu akan berterusan memberikan nasihat dan pesanan kepada anaknya tentang pergaulan dan pelbagai perkara. Persoalan 1. Kasih sayang ibu terhadap anak. Ibu amat menyayangi penyajak dengan sentiasa memberikan nasihat dan pesanan yang berguna kepadanya. 2. Sikap manusia yang memiliki rasa hormat terhadap ibu. Penyajak mengingatkan kita agar menghormati dan mematuhi pesanan ibu yang sentiasa berfikir demi kebaikan kita.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
9
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Kebebasan memilih kawan. Ibu memberikan kebebasan kepada penyajak untuk memilih kawan yang berbudi pekerti mulia, bukannya yang mementingkan diri dan bersikap negatif. 4. Bersikap rasional dalam tindakan. Penyajak berjanji tidak akan jemu mendengar pesanan-pesanan ibu kerana setiap ibu mahu yang terbaik untuk anaknya. 5. Sikap jujur dalam memilih kawan. Ibu berharap agar penyajak memilih kawan yang ikhlas dan berniat baik supaya tidak menyesal kelak.
Unsur Bunyi 1. Asonansi Contoh: pilihan musang berbulu arnab (pengulangan vokal u ) 2. Aliterasi Contoh: Jangan dipilih kawan berhantu (pengulangan konsonan n ) Gaya Bahasa 1. Personifikasi Contoh: di luar sana mungkin bencana menunggu 2. Sinkope Contoh: seorang temanku merintih, kuyakini kau mengenali 3. Anafora Contoh: pilihlah kawan yang mulia hati pilihlah kawan yang punya petunjuk 4. Responsi Contoh: pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri 5. Epifora Contoh: aku merindui pesanan ibu Ya, pesanan ibu 6. Repetisi Contoh: yang mana permata, yang mana kaca, yang mana budaya, yang mana buaya Nilai Murni 1. Kasih sayang – Ibu amat menyayangi penyajak dengan sentiasa memberikan nasihat dan pesanan yang berguna kepadanya. 2. Hormat-menghormati – Penyajak mengingatkan kita agar menghormati dan mematuhi pesanan ibu yang sentiasa berfikir demi kebaikan kita. 3. Kebebasan – Ibu memberikan kebebasan kepada penyajak untuk memilih kawan yang berbudi pekerti mulia, bukannya yang mementingkan diri dan bersikap negatif. 4. Rasional – Penyajak berjanji tidak akan jemu mendengar pesanan ibu kerana setiap ibu mahu yang terbaik untuk anaknya. 5. Kejujuran – Ibu berharap agar penyajak memilih kawan yang ikhlas dan berniat baik supaya tidak menyesal kelak.
10
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Pengajaran 1. Sebagai ibu bapa, kita perlulah menyayangi anak. Ibu amat menyayangi penyajak dengan sentiasa memberikan nasihat dan pesanan yang berguna kepadanya penyajak. 2. Kita hendaklah menghormati ibu bapa. Penyajak mengingatkan kita agar menghormati dan mematuhi pesanan ibu yang sentiasa berfikir demi kebaikan kita. 3. Kita sewajarnya memberi anak kebebasan untuk memilih kawan. Ibu memberikan kebebasan kepada penyajak untuk memilih kawan yang berbudi pekerti mulia, bukannya yang mementingkan diri dan bersikap negatif. 4 Kita haruslah bersikap rasional. Penyajak berjanji tidak akan jemu mendengar pesanan ibu kerana setiap ibu mahu yang terbaik untuk anaknya. 5. Kita sepatutnya bersikap jujur dalam memilih kawan. Ibu berharap agar penyajak memilih kawan yang ikhlas dan berniat baik supaya tidak menyesal kelak. Praktis Formatif
P B S
2
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan sajak Pesan Ibu Beribu-ribu. 1. Berdasarkan sajak, nyatakan tiga pesanan yang disampaikan oleh seorang ibu kepada anaknya. 2. Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. 3. Pada pandangan anda, mengapakah seseorang perlu berhati-hati ketika memilih kawan? KBAT
Senja di Palang Besi Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak berkata bahawa seorang tahanan yang berada di dalam sebuah sel di penjara menitiskan air mata kesedihan pada waktu senja apabila mengenangkan hukuman yang diterimanya. Pada waktu itu, sel itu hanya menerima sedikit cahaya daripada tingkap sel yang dilingkari kawat berduri. Di dalam sel itulah, tahanan yang berasa sepi dan kesal itu tidur dan menjalani hukumannya.
2
Penyajak berkata bahawa tahanan yang berada di dalam sel berasa pilu dan resah walaupun pernah menikmati kebahagiaan hidup sebelum dipenjarakan. Tahanan itu memikirkan nasibnya yang dipenjarakan akibat pelbagai kesalahan yang dilakukannya. Selain itu, dia juga berasa dirinya diasingkan daripada dunia luar sewaktu melalui kesakitan demi kesakitan akibat pelbagai penyakit yang dihidapinya.
3
Penyajak berkata bahawa kehidupan tahanan di dalam sel yang kosong dan dingin itu menyebabkan tahanan itu tidak dapat menikmati keindahan alam semula jadi seperti pantai dan angin di luar sana. Dalam menjalani kehidupan di dalam penjara yang hening dan sunyi, dia berasa bimbang dan resah sambil merenung ke arah tingkap sel. Pada waktu itu, dia bernyanyi sendirian untuk menghilangkan perasaan sunyi yang dirasainya pada lewat senja itu. Dia beranggapan bahawa hukuman yang diterimanya ialah hukuman yang paling berat kerana melanggar undang-undang negara.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
11
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Tema Tema sajak ini ialah keinsafan dan kesunyian seorang tahanan yang tinggal di dalam sel di penjara. Tahanan berasa insaf dan sunyi ketika menjalani hukuman di dalam sel yang kecil dan tidak begitu bercahaya.
Persoalan 1. Manusia yang mengakui keadilan undang-undang. Tahanan akur akan undang-undang negara yang adil dan menerima hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya dengan pasrah. 2. Banduan yang berani menjalani kehidupan di penjara. Tahanan berani menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati sewaktu dipenjarakan. 3. Manusia yang mengakui kesalahan yang pernah dilakukannya. Tahanan mengakui hukuman yang dikenakan kepadanya amat berat dan menyebabkannya bersedih. 4. Menjalani kehidupan yang sederhana. Tahanan hidup dalam keadaan yang sederhana dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam penjara. 5. Kewajaran berfikir secara rasional. Tahanan berfikiran rasional bahawa dia terpaksa meringkuk di dalam penjara atas perbuatannya yang melanggar undang-undang.
Unsur Bunyi 1. Asonansi Contoh: berlari di celah jambangan bunga dedawai (pengulangan vokal u ) 2. Aliterasi Contoh: Tanpa pasir pantai atau silir angin (pengulangan konsonan n )
Gaya Bahasa 1. Anafora Contoh: dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam 2. Personifikasi Contoh: Senja mula menangis, remang membongkar sendu 3. Responsi Contoh: dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam 4. Metafora Contoh: serakan cahaya, kotak tidur, jemari malam, samudera jiwa
Nilai Murni 1. Keadilan – Tahanan akur akan undang-undang negara yang adil dan menerima hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya dengan pasrah. 2. Keberanian – Tahanan berani menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati sewaktu dipenjarakan. 12
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Kejujuran – Tahanan mengakui hukuman yang dikenakan kepadanya amat berat dan menyebabkannya bersedih. 4. Kesederhanaan – Tahanan hidup dalam keadaan yang sederhana dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam penjara. 5. Rasional – Tahanan berfikiran rasional bahawa dia terpaksa meringkuk di dalam penjara atas perbuatannya yang melanggar undang-undang.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mengakui keadilan undang-undang. Tahanan akur akan undang-undang negara yang adil dan menerima hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya dengan pasrah. 2. Kita perlulah berani menjalani kehidupan di penjara. Tahanan berani menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati sewaktu dipenjarakan. 3. Kita mestilah mengakui kesalahan yang telah dilakukan. Tahanan mengakui bahawa hukuman yang dikenakan kepadanya amat berat dan menyebabkannya bersedih. 4. Kita haruslah bersederhana dalam menjalani kehidupan. Tahanan hidup dalam keadaan yang sederhana dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam penjara. 5. Kita sewajarnya berfikir secara rasional. Tahanan berfikiran rasional bahawa dia terpaksa meringkuk di dalam penjara atas perbuatannya yang melanggar undang-undang. Praktis Formatif
P B S
3
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan sajak Senja di Palang Besi. 1. Apakah maksud rangkap kedua sajak Senja di Palang Besi ? 2. Huraikan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak tersebut. 3. Pada pandangan anda, wajarkah tindakan sesetengah anggota keluarga menyisihkan bekas banduan daripada keluarganya sendiri? Berikan dua alasan anda. KBAT
Bintang Maksud Rangkap
Maksud
1
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya untuk melihat bintang yang cantik di langit. Pada waktu itu, penyajak berasa seolah-olah dia ingin terbang ke langit yang luas terbentang untuk membawa bintang-bintang pulang ke rumah. Penyajak beranggapan bahawa ibu bapanya pasti berasa gembira dan bahagia apabila melihat rumah mereka disinari cahaya dari bintang-bintang tersebut.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
13
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
2
Ibu penyajak berkata bahawa penyajak tidak perlu membawa bintang di langit pulang ke rumah. Hal ini demikian kerana, ibu dan ayah sudah memiliki bintang hati, malah keluarga dan jiwa mereka sudah disinari cahaya kebahagiaan. Akhirnya, ibu memberitahu penyajak bahawa penyajaklah cahaya kebahagiaan dan bintang hati mereka.
Tema Tema sajak ini ialah kebahagiaan ibu bapa yang menganggap anak-anak merupakan bintang hati mereka melebihi bintang-bintang di langit. Ibu penyajak tidak mahu penyajak terbang ke langit untuk memetik bintang lalu dibawa pulang ke rumah demi membahagiakan keluarga kerana rumah mereka telah disinari cahaya kebahagiaan dengan kehadiran penyajak. Persoalan 1. Sikap kasih sayang terhadap ahli keluarga. Disebabkan penyajak menyayangi ibu bapanya, dia sanggup terbang ke langit untuk memetik bintang-bintang demi membahagiakan dan menggembirakan ibu bapanya. 2. Berfikiran rasional dalam tindakan. Ibu bapa penyajak berfikiran rasional dengan beranggapan bahawa anak mereka lebih penting daripada sinar bintang di langit kerana penyajak merupakan bintang hati mereka. 3. Rasa syukur terhadap anugerah yang diberikan. Penyajak dan orang tuanya bersyukur kerana mereka hidup bahagia dan gembira. 4. Sikap baik hati terhadap orang lain. Penyajak merupakan anak yang baik kerana dia ingin terbang ke langit untuk memetik bintangbintang demi membahagiakan dan menggembirakan ibu bapanya.
Unsur Bunyi 1. Asonansi Contoh: rumah sudah bercahaya (pengulangan vokal a ) 2. Aliterasi Contoh: membawa pulang bintang-bintang (pengulangan konsonan n ) Gaya Bahasa 1. Anafora Contoh: tentu ibu gembira tentu ayah bahagia 2. Responsi Contoh: ayah sudah ada bintang rumah sudah bercahaya 3. Epifora Contoh: kulihat cantiknya bintang-bintang membawa pulang bintang-bintang 4. Personifikasi Contoh: menghias langit yang terbentang 5. Metafora Contoh: bintang hati ayah dan ibu
14
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Nilai Murni 1. Kasih sayang – Disebabkan penyajak menyayangi ibu bapanya, dia sanggup terbang ke langit untuk memetik bintang-bintang demi membahagiakan dan menggembirakan ibu bapanya. 2. Rasional – Ibu bapa penyajak berfikiran rasional dengan beranggapan bahawa anak mereka lebih penting daripada sinar bintang di langit kerana penyajak merupakan bintang hati mereka. 3. Kesyukuran – Penyajak dan orang tuanya bersyukur kerana mereka hidup bahagia dan gembira. 4. Baik hati – Penyajak merupakan anak yang baik kerana dia ingin terbang ke langit untuk memetik bintang-bintang demi membahagiakan dan menggembirakan ibu bapanya. Pengajaran 1. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga. Disebabkan penyajak menyayangi ibu bapanya, dia sanggup terbang ke langit untuk memetik bintang-bintang demi membahagiakan dan menggembirakan ibu bapanya. 2. Kita hendaklah berfikir secara rasional. Ibu bapa penyajak berfikiran rasional dengan beranggapan bahawa anak mereka lebih penting daripada sinar bintang di langit kerana penyajak merupakan bintang hati mereka. 3. Kita mestilah bersyukur dengan anugerah yang diberi. Penyajak dan orang tuanya bersyukur kerana mereka hidup bahagia dan gembira. 4. Kita seharusnya memiliki sikap baik hati. Penyajak merupakan anak yang baik kerana dia ingin terbang ke langit untuk memetik bintangbintang demi membahagiakan dan menggembirakan ibu bapanya. Praktis Formatif
P B S
4
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan sajak Bintang. 1. Mengapakah penyajak ingin membawa bintang ke rumahnya? 2. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini. 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah anda akan menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa anda? KBAT
Analisis Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita Sinopsis Si Miskin yang asalnya raja dari kayangan telah disumpah oleh Betara Guru disebabkan turun ke bumi bersama-sama isterinya tanpa memberitahu Betara Guru. Di bumi, dia mencari rezeki di negeri Anta Beranta yang diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. Melihatkan keadaan Si Miskin dan isterinya yang berpakaian buruk, rakyat negeri itu telah melemparkan kayu dan batu ke arahnya. Maharaja Indera Dewa menyuruh Si Miskin diusir dengan segera. Keadaan yang sama juga berlaku apabila Si Miskin tiba di pasar. Semasa sedang mencari makanan di tempat pembuangan sampah, Si Miskin menemukan sebiji ketupat basi dan sebuku tebu lalu dimakan bersama-sama isterinya. Tubuhnya kembali bertenaga setelah beberapa hari tidak makan nasi. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
15
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Keesokan harinya, apabila bertemu dengan orang ramai, Si Miskin dan isterinya sekali lagi dibaling dengan kayu. Isterinya menangis kerana tidak berdaya lagi menahan kesakitan. Si Miskin turut menangis dan memujuk isterinya. Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan kayu yang boleh dimakan oleh mereka. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Si Miskin tidak tahu bahawa ketupat dan tebu yang dimakan oleh mereka sebelum ini merupakan anak kepada Betara Karma Jaya yang telah dipuja menjadi ketupat dan tebu. Pada suatu hari, isteri Si Miskin mengidam hendak makan buah mempelam yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Oleh sebab isterinya yang berterusan menangis, Si Miskin keluar untuk menunaikan permintaan isterinya. Semasa sampai di kedai orang berjual buah, Si Miskin menceritakan masalah yang dihadapinya. Orang ramai berasa kasihan dan telah memberinya buah, makanan, dan kain. Namun begitu, isterinya tidak mahu makan kerana mengidam buah mempelam di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin bertekad menemui Maharaja Indera Dewa dan baginda telah memberinya setangkai mempelam. Tiga hari kemudian, isteri Si Miskin meminta pula buah nangka yang juga terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Sekali lagi Si Miskin bertemu Maharaja Indera Dewa. Pada awalnya, Si Miskin hanya meminta daun nangka, tetapi baginda mengetahui bahawa daun nangka tidak berfaedah lalu memberinya buah nangka. Sepanjang kehamilan itu, banyak makanan, pakaian, beras, dan peralatan diberikan oleh orang kepada mereka. Tidak beberapa lama kemudian, isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Marakarma. Marakarma dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mereka. Ketika Si Miskin ingin membina pondok untuk kediaman mereka bertiga, dia telah menemukan tempayan besar yang mengandungi emas dalam jumlah yang begitu banyak. Si Miskin membawa emas itu kepada saudagar supaya membelikannya sepasang kaus. Dia juga menemui beberapa orang saudagar yang akhirnya dia dapat memiliki kasut, tongkat, payung, pedang, perisai kecil, keris, pelana kuda, dan kain. Kemudian, Si Miskin memangku anaknya sambil berdoa agar hutan rimba yang didiaminya sekarang menjadi sebuah kota yang lengkap. Dengan takdir Allah, tempat itu bertukar menjadi sebuah negeri. Dia menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Indera Angkasa, isterinya pula diberi nama Tuan Puteri Ratna Dewi, dan negeri itu dinamakan Puspa Sari. Tidak beberapa lama kemudian, Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang puteri lalu diberi nama Puteri Nila Kesuma. Kelahiran tersebut disambut selama 40 hari, 40 malam dalam suasana yang sangat meriah.
Tema Tema cerpen ini ialah kecekalan dan ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan. Si Miskin dan isterinya yang terbuang dari kayangan hidup merempat di negeri Anta Beranta. Mereka mengharapkan simpati masyarakat agar memberikan makanan kepada mereka, tetapi mereka dilemparkan dengan batu dan kayu. Namun begitu, Si Miskin dan isterinya tabah menghadapi cabaran tersebut hingga akhirnya mereka dilimpahi kemewahan.
Persoalan 1. Kasih sayang suami terhadap isteri. Si Miskin amat menyayangi isterinya sehingga sanggup menemui Maharaja Indera Dewa apabila isterinya mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa.
16
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
2. Tanggungjawab suami terhadap keluarga. Si Miskin berusaha untuk mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. 3. Sikap berani menghadapi sebarang kemungkinan. Si Miskin berani berdepan dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. 4. Rasa syukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan. Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma.
Watak dan Perwatakan Si Miskin (watak utama ) 1. Raja dari kayangan. 2. Disumpah oleh Betara Guru kerana turun ke bumi bersama-sama isterinya tanpa memberitahu Betara Guru. 3. Di bumi, dia mencari rezeki di negeri Anta Beranta yang diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. 4. Dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma. 5. Pada mulanya, hidup susah di bumi akibat sumpahan Betara Guru. 6. Berubah menjadi senang setelah menemukan tempayan besar yang mengandungi emas semasa membina pondok. 7. Berkat doanya, hutan yang menjadi tempat tinggalnya bertukar menjadi negeri yang makmur. 8. Menjadi raja yang dikenal sebagai Maharaja Indera Angkasa. 9. Penyayang. Contohnya, dia sanggup menemui Maharaja Indera Dewa apabila isterinya mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. 10. Berdikari. Contohnya, dia berusaha untuk mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. 11. Berani. Contohnya, dia berani berdepan dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. 12. Bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, dia sanggup ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah demi mendapatkan makanan untuk isterinya. Isteri Si Miskin 1. 2. 3. 4.
Digelar Tuan Puteri Ratna Dewi. Mengandung setelah makan ketupat basi dan tebu yang dijumpai di tempat pembuangan sampah. Sangat menyayangi Si Miskin. Mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa.
Maharaja Indera Dewa 1. Raja yang memerintah negeri Anta Beranta. 2. Negeri yang diperintahnya sangat makmur.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
17
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Bersimpati terhadap Si Miskin lalu memberikan buah mempelam dan buah nangka kepada Si Miskin. 4. Baik hati. Contohnya, memberikan Si Miskin buah nangka walaupun Si Miskin hanya meminta daunnya sahaja.
Latar Latar Tempat 1. Negeri Anta Beranta Sebuah negeri yang makmur yang diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. 2. Negeri Puspa Sari Negeri yang asalnya hutan rimba dan telah diperintah oleh Si Miskin dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa. Latar Masa Zaman dahulu Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang sayang akan isteri. Si Miskin amat menyayangi isterinya sehingga sanggup menemui Maharaja Indera Dewa apabila isterinya mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. 2. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Si Miskin berusaha untuk mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan hingga dia terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. 3. Masyarakat yang berani menghadapi sebarang kemungkinan. Si Miskin berani berdepan dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. 4. Masyarakat yang bersyukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan. Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma.
Nilai Murni 1. Kasih sayang – Si Miskin amat menyayangi isterinya sehingga sanggup menemui Maharaja Indera Dewa apabila isterinya mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. 2. Berdikari – Si Miskin berusaha untuk mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. 3. Keberanian – Si Miskin berani berdepan dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. 4. Kesyukuran – Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma.
18
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Pengajaran 1. Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang terhadap isteri. Si Miskin amat menyayangi isterinya sehingga sanggup menemui Maharaja Indera Dewa apabila isterinya mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. 2. Kita mestilah melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. Si Miskin berusaha untuk mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga dia terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. 3. Kita haruslah berani menghadapi sebarang kemungkinan. Si Miskin berani berdepan dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. 4. Kita hendaklah bersyukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan. Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma. 5. Kita mestilah tabah menghadapi segala dugaan dalam kehidupan. Si Miskin dan isterinya tabah menghadapi dugaan hidup seperti terpaksa berlapar dan dibaling dengan kayu dan batu oleh penduduk. Praktis Formatif
P B S
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka dengan takdir Allah Taala menunjukkan kekayaan dan lagi kelakuan kudrat-Nya, maka dengan takdir Allah jadilah sebuah negeri dengan selengkapnya takhta kerajaan. Maka ia pun duduklah di atas takhta kerajaan bernama Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Hatta beberapa antaranya dengan adil murahnya serta dengan tegur sapanya segala menteri hulubalang rakyat sekaliannya itu betapa adat sekali ia menjadi raja di keinderaan demikian diperbuatnya. Maka masyhurlah wartanya kepada segala negeri mengatakan hal Si Miskin itu menjadi raja besar di negeri Puspa Sari lagi sangat saktinya dapat ia menjadikan negeri dengan selengkapnya. Beberapa lamanya baginda duduk di atas takhta kerajaan maka anakanda Maharaja Marakarma pun besarlah. Maka terlalu baik parasnya serta dengan budi pekertinya terlalu baik. Kepada segala inang pengasuhnya pun terlalu amat kasihnya kepada Maharaja Marakarma itu. Hatta telah berapa lama antaranya maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun hamil pula. Maka segala inang pengasuh dan isteri raja-raja dan menteri hulubalang itu pun masing-masing masuk menghadap membawa persembahan daripada idaman dan makanan-makanan. (Dipetik daripada prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita , antalogi Bintang Hati, Tingkatan 3) 1. Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, apakah berita yang menjadi buah mulut segala negeri? 2. Jelaskan tiga perwatakan Maharaja Indera Angkasa seperti yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas. 3. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan sesetengah majikan mendera orang gaji? Berikan dua alasan anda. KBAT
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
19
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Analisis Cerpen Legasi Tapai Ubi Sinopsis Sejak kecil Parjo membantu ayahnya, Wak Salikon mengusahakan tapai ubi secara kecil-kecilan. Penduduk kampung dan rakan sekolah tahu tentang perniagaan keluarganya. Dia ditugaskan untuk menghantar tapai ubi ke pasar, warung, kedai kampung, dan kantin sekolah. Aktiviti yang dilakukannya ini menyebabkan orang memanggilnya Parjo Tapai. Pada mulanya, Parjo berasa hati terhadap panggilan tersebut. Lama-kelamaan dia sudah lali dengan ejekan rakan-rakannya. Tambahan pula, dia hanya membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki. Bapa dan ibunya tidak pernah jemu mengusahakan tapai ubi. Pada awal pagi, bapanya akan mencabut ubi dan ubi itu akan dikopek oleh ibunya sebelum dipotong. Kerja memotong ubi biasanya dilakukan oleh Parjo. Kemudian, ubi itu dijerang dan dituskan lalu kerja-kerja membuat tapai dilakukan. Menurut ibunya, ada banyak pantang larang untuk membuat tapai ubi seperti tidak boleh memberitahu orang lain, jangan terkena kotoran, dan tidak boleh bising-bising. Sekiranya pantang larang itu dilanggar, tapai ubi tidak akan manis. Oleh itu, tapai itu tidak akan dibeli orang. Namun begitu, selama ini tapai ubi Wak Salikon tetap laris. Tapai ubi merupakan mata pencarian bapa Parjo dan kelangsungan hidup keluarganya. Hasil jualan tapai ubi menyebabkan Parjo dan adik-beradiknya berjaya ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka. Parjo yang mengikuti kursus perubatan terkejut apabila pensyarahnya, Profesor Haidar mahu membuat projek tentang tapai ubi. Menurut pensyarahnya, tapai ubi mampu mengurangkan serangan kanser. Setelah melakukan beberapa kajian, Parjo menemukan kebenaran tentang tapai ubi dalam mencegah penyakit kanser. Penemuan ini telah mendapat pengiktirafan dan menjadi tesis kedoktorannya. Hasil kajiannya juga dibawa ke peringkat antarabangsa. Jika sebelum ini Parjo agak muak makan tapai ubi, tetapi kini dia menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Semasa majlis konvokesyen, bapa dan ibu Parjo turut hadir. Parjo dengan bangga telah memperkenalkan ibu dan bapanya yang merupakan pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampung mereka kepada pensyarah dan rakan-rakannya. Liputan yang meluas mengenai hasil kajiannya tentang tapai ubi telah menyebabkan permintaan terhadap tapai ubi semakin meningkat. Tapai ubi kini diusahakan secara komersial dan turut dihidangkan di hotel-hotel besar di seluruh negara. Perusahaan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang. Sebuah kilang didirikan dan bapa dan ibu Parjo kini menjadi pengurus Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Jumlah pekerja juga semakin bertambah. Parjo yang bertugas sebagai pensyarah perubatan di universiti terus membuat kajian tentang khasiat tapai ubi terhadap pelbagai jenis penyakit terutamanya kanser. Parjo berasa sangat bangga hidup dalam legasi tapai ubi.
Tema Tema cerpen ini ialah kesungguhan anak peniaga makanan tradisi mengusahakan makanan tradisi yang mampu merawat penyakit berbahaya. Parjo berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat penyelidikan tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser. Berkat kegigihannya, hasil kajiannya telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa dan seterusnya mengusahakan perusahaan tapai ubi secara besar-besaran.
20
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Persoalan 1. Sikap bertanggungjawab terhadap keluarga. Wak Salikon bekerja keras dengan mengusahakan tapai ubi untuk menyara keluarganya. Berkat hasil usahanya itulah anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. 2. Sikap rajin berusaha untuk memajukan perniagaan keluarga. Setiap hari, Wak Salikon dan isterinya membuat tapai ubi bermula pada awal pagi hingga waktu malam. Parjo turut membantu mereka membuat dan menghantar tapai ubi ke pasar, warung, kedai kampung, dan kantin sekolah. 3. Sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas. Parjo bersama-sama pensyarahnya, Profesor Haidar membuat kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser hinggalah kajian tersebut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. 4. Rasa bersyukur terhadap kejayaan yang diperoleh. Parjo bersyukur kerana kajiannya terhadap tapai ubi dalam merawat penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. Watak dan Perwatakan Parjo (watak utama) 1. Anak kepada Wak Salikon, pengusaha tapai ubi. 2. Rajin membantu orang tuanya membuat dan menghantar tapai ubi ke pasar, ke warung, ke kedai kampung, dan ke kantin sekolah. 3. Bijak, iaitu melanjutkan pelajaran di universiti dan memperoleh ijazah kedoktoran. 4. Gigih membuat penyelidikan tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser dan penemuannya telah diiktiraf pada peringkat antarabangsa. 5. Cinta akan negara. Contohnya, dia gigih melakukan kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser kerana mahu berbakti dan menyumbang sesuatu kepada manusia sejagat. 6. Bekerjasama untuk faedah masyarakat. Contohnya, dia bersama-sama pensyarahnya, Profesor Haidar membuat kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser hingga kajian tersebut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. 7. Bersyukur kerana kajiannya terhadap tapai ubi dalam merawat penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. Dia turut membantu bapanya membesarkan perusahaan tapai ubi yang mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat. 8. Bekerja sebagai pensyarah perubatan di universiti. Wak Salikon 1. Mempunyai isteri yang setia membantu kerja-kerja menyiapkan tapai ubi. 2. Mempunyai beberapa orang anak dan salah seorang daripadanya ialah Parjo. 3. Bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya, dia bekerja keras dengan mengusahakan tapai ubi untuk menyara keluarganya dan berkat hasil usahanya itulah anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. 4. Rajin bekerja. Contohnya, setiap hari Wak Salikon akan mencabut ubi pada awal pagi dan membuat tapai ubi bersama-sama isterinya hingga waktu malam. 5. Berpandangan jauh dalam perniagaan. Contohnya, dia mengembangkan perusahaan tapai ubi dengan membina kilang dan seterusnya bertindak sebagai pengurus besar syarikat. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
21
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Latar Latar Tempat 1. Kampung Tempat Wak Salikon dan keluarganya tinggal dan di situlah dia mengusahakan tapai ubi. 2. Universiti Tempat Parjo belajar dan seterusnya membuat penyelidikan tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser. Latar Masa 1. Waktu awal pagi Wak Salikon ke kebunnya untuk mencabut ubi. 2. Waktu malam Selepas solat isyak, isteri Wak Salikon akan menyiapkan kerja-kerja membuat tapai ubi. 3. Selama dua tahun Parjo mengikuti kursus di pusat matrikulasi sebelum melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang perubatan. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Wak Salikon bekerja keras dengan mengusahakan tapai ubi untuk menyara keluarganya. Berkat hasil usahanya itulah anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. 2. Masyarakat yang bersikap rajin untuk memajukan perniagaan yang diusahakan. Setiap hari, Wak Salikon dan isterinya membuat tapai ubi bermula pada awal pagi hingga waktu malam. Parjo turut membantu mereka membuat dan menghantar tapai ubi ke pasar, ke warung, ke kedai kampung, dan ke kantin sekolah. 3. Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas. Parjo bersama-sama pensyarahnya, Profesor Haidar membuat kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser hinggalah kajian tersebut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. 4. Masyarakat yang bersyukur terhadap kejayaan yang diperoleh. Parjo bersyukur kerana kajiannya terhadap tapai ubi dalam merawat penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.
Nilai Murni 1. Berdikari – Wak Salikon bekerja keras dengan mengusahakan tapai ubi untuk menyara keluarganya dan berkat hasil usahanya itulah anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. 2. Kerajinan – Setiap hari, Wak Salikon akan mencabut ubi pada awal pagi dan membuat tapai ubi bersama-sama isterinya hingga waktu malam. 3. Kerjasama – Parjo bersama-sama pensyarahnya, Profesor Haidar membuat kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser hinggalah kajian tersebut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. 4. Kesyukuran – Parjo bersyukur kerana kajiannya terhadap tapai ubi dalam merawat penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa dan turut membantu ibu bapanya mengembangkan perusahaan tapai ubi.
22
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Pengajaran 1. Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. Wak Salikon bekerja keras dengan mengusahakan tapai ubi untuk menyara keluarganya. Berkat hasil usahanya itulah anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. 2. Kita perlulah bersikap rajin untuk memajukan perniagaan yang diusahakan. Setiap hari, Wak Salikon dan isterinya membuat tapai ubi bermula pada awal pagi hingga waktu malam. Parjo turut membantu mereka membuat dan menghantar tapai ubi ke pasar, warung, kedai kampung, dan kantin sekolah. 3. Kita mestilah bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas. Parjo bersama-sama pensyarahnya, Profesor Haidar membuat kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser hinggalah kajian tersebut mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. 4. Kita haruslah bersyukur terhadap kejayaan yang diperoleh. Parjo bersyukur kerana kajiannya terhadap tapai ubi dalam merawat penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. 5. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Parjo gigih membuat penyelidikan tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser dan penemuannya telah diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Praktis Formatif
P B S
1
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tapai-tapai yang berbalut daun pisang itu dimasukkan ke dalam bakul. Dahulu, bapa meletakkan bakul itu di atas para. Kini, rumah kami tidak berpara lagi, sudah besar hasil jualan tapai buatan emak. Bakul itu hanya diletakkan di bilik khas di hujung dapur. Ditutup dan diperam seharian sebelum matang untuk dimakan. Sebenarnya untuk dijual. Itu punca rezeki emak dan bapa, juga kami sekeluarga. Akhirnya akulah yang akan membawa tapai ubi itu ke warung-warung berdekatan. Sudah menjadi rutin. Aku dan tapai, tapai dan aku seperti ada keserasiannya. Setelah aku di universiti, baru aku sedar betapa bapa dan emak banyak berjasa kepadaku. Berkat hasil jualan tapai, aku adik-beradik berjaya juga mejejakkan kaki ke menara gading. Aku sendiri tidak menyangka aku diterima masuk ke fakulti perubatan setelah hampir dua tahun aku belajar di sebuah pusat matrikulasi. Sesekali, ketika berada di kampus aku rindu pula pada tapai ubi emak. Memang hebat bapa dan emak dalam pembuatan tapai. Aku mula merasakan kehebatan mereka. Dahulu aku malu apabila disinonimkan dengan tapai. Kini, aku sudah dapat memahami perniagaan emak dan bapa memang boleh maju jika kena gayanya. “ Parjo, kita ada projek baharu semester ini,” kata Profesor Haidar ketika kami berada di makmal, sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor Haidar menyebut namaku, tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini. (Dipetik daripada cerpen Legasi Tapai Ubi , antalogi Bintang Hati, Tingkatan 3)
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
23
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
1. Berdasarkan petikan cerpen Legasi Tapai Ubi , apakah jasa ibu bapa terhadap Parjo dan adikadiknya? 2. Jelaskan dua nilai yang ada pada watak Parjo seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen tersebut. 3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya? KBAT
Sekeping Tanah Sinopsis
Satu Hisyam memujuk abangnya, Harun agar memajukan tanah pusaka peninggalan ayah mereka dengan mendirikan kondo. Menurut Hisyam, dia telah berbincang dengan kakaknya, Halimah dan mereka mahu menubuhkan syarikat keluarga untuk menguruskan kondo tersebut. Bagi Hisyam, urusan memajukan tanah pusaka perlu disegerakan kerana mereka masih hidup. Halimah dan anak-anaknya menetap di tanah tersebut. Jika mereka tiada, susah untuk menguruskannya. Harun tidak bersetuju, sebaliknya mahu tanah tersebut dijual agar segera mendapat wang. Harun berpendapat bahawa cadangan Hisyam untuk memajukan tanah tersebut hanya akan memeningkan kepala. Harun mengungkit berkenaan modal dan turut menempelak Hisyam yang tidak mempunyai kelulusan untuk menguruskan syarikat tersebut. Hisyam meyakinkan Harun agar memajukan tanah dengan meminjam wang daripada bank dan syarikat tersebut akan diuruskan oleh Halimah kerana dia mempunyai kelulusan. Harun terasa apabila Hisyam menyebut tentang hal anak-anak. Hal ini demikian kerana, anaknya, Saleh terlibat dalam penagihan dadah dan Musa pula masih terlibat dalam perlumbaan motosikal secara haram. Anak Hisyam pula semuanya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Hisyam pulang apabila Harun tetap dengan pendiriannya untuk menjual tanah pusaka itu. Dua Hisyam menemui Halimah dan menerangkan hasil perbincangannya dengan Harun. Hisyam bertekad untuk meneruskan rancangan memajukan tanah pusaka itu. Namun begitu, mereka merahsiakan hal tersebut daripada Harun. Mereka akan membeli tanah pusaka itu atas nama syarikat dan akan membayar bahagian Harun. Halimah menyuruh Hisyam menguruskan syarikat tersebut kerana dia masih bekerja. Semasa sedang berbincang, Harun menelefon Halimah. Halimah mengatakan bahawa dia terpaksa mengikut cadangan Harun. Tiga Sebulan kemudian, mereka menandatangani penjualan tanah dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. Rumah pusaka pula didermakan kepada satu keluarga di Sungai Pencala. Minggu itu juga terdirinya papan tanda pembinaan kondo mewah setinggi 25 tingkat dan orang ramai boleh membuat tempahan dengan menghubungi Hisyam yang berperanan 24
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
sebagai pengurus projek. Harun yang melalui kawasan tersebut terkejut melihat nama adiknya sebagai pengurus di atas papan tanda tersebut. Pada mulanya, dia ingin menghubungi adiknya itu untuk mengetahui perkara yang sebenar, tetapi dia tidak melakukannya kerana bermungkinan tersalah orang. Empat Tiga tahun setengah kemudian, Kondo Jaya berdiri megah dan semua 21 lot kedai telah disewakan. Semasa para pembeli kondo datang untuk mengambil kunci masing-masing, Harun turut muncul untuk melihat pemilik kondo. Dia terkejut apabila mendapati Hisyam dan Halimah menyambut kedatangan pembeli. Dia pulang dengan perasaan kecewa dan sedih. Wangnya yang berjumlah RM2 juta lebih telah tinggal RM1 juta lebih sahaja. Pada malam itu, Harun menghubungi Hisyam dan melahirkan rasa kecewanya kerana ditipu oleh adik sendiri. Hisyam menjelaskan bahawa tanah itu dibeli mengikut harga yang ditetapkan oleh Harun dan pembangunan di tanah pusaka dirahsiakan kerana tidak mahu bertekak dengan Harun. Kemudian, Hisyam bertemu dengan Halimah yang baru meletakkan jawatan di bank. Halimah menunjukkan berita di akhbar yang menyiarkan kisah Musa, anak Harun yang meminati perlumbaan motosikal secara haram telah terlibat dalam kes pembunuhan. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah. Walaupun Halimah menolak, namun Hisyam terus mendesak kerana dia lebih selesa memandu kereta sewa. Lagipun dia yakin bahawa Halimah lebih berkebolehan dan berpengetahuan untuk memajukan syarikat. Halimah bersetuju, tetapi mengharapkan adiknya itu selalu datang berbincang untuk memastikan syarikat berkembang maju.
Tema Tema cerpen ini ialah hubungan kekeluargaan diuji dengan peninggalan harta pusaka. Harun, Hisyam, dan Halimah tidak sependapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan ayah mereka di bandar. Harun mahu tanah itu dijual dan wang itu dibahagikan mengikut faraid, manakala Hisyam dan Halimah mahu tanah itu dimajukan dengan pembinaan kondo kerana lebih menguntungkan.
Persoalan 1. Kasih sayang sesama ahli keluarga. Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan. 2. Berhemah tinggi ketika berkomunikasi. Hisyam bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi. 3. Berfikir secara rasional dalam tindakan. Hisyam dan Halimah bertindak bijak dengan membina kondo di atas tanah pusaka walaupun Harun lebih suka tanah itu dijual dan wang jualan itu dibahagikan mengikut hukum faraid. 4. Kejujuran dalam menjalankan amanah. Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 5. Sikap adil dalam pembahagian harta pusaka. Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
25
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Watak dan Perwatakan Hisyam (watak utama ) 1. Adik bongsu kepada Halimah dan Harun. 2. Tidak berkelulusan tinggi dan bekerja sebagai pemandu teksi. 3. Mempunyai tiga orang anak dan kesemua anaknya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. 4. Sangat sayang akan kakak dan abangnya. Contohnya, dia mahu memajukan tanah peninggalan ayahnya demi kebaikan mereka adik-beradik. 5. Hemah tinggi ketika berkomunikasi. Contohnya, dia bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi. 6. Berfikiran rasional. Contohnya, dia tidak bersetuju untuk menjualkan tanah pusaka dan bertekad untuk memajukan tanah tersebut kerana wang yang diperoleh tidak akan kekal dan akan habis. 7. Jujur dalam menjalankan amanah. Contohnya, dia yang bertindak sebagai pengurus syarikat menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. 8. Bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dia menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi. Harun 1. Abang sulung kepada Hisyam dan Halimah. 2. Terlalu memanjakan dua orang anaknya, iaitu Saleh dan Musa menyebabkan Saleh terlibat dalam penagihan dadah dan Musa pula terlibat dalam perlumbaan motosikal secara haram. 3. Mahu tanah pusaka dijual kerana ingin mendapatkan wang dengan cepat. 4. Memperoleh wang sebanyak RM2 650 000.00 hasil daripada jualan tanah pusaka. 5. Akhirnya, Harun kesal apabila wang dimilikinya hanya tinggal RM1 juta lebih sahaja, manakala adik-adiknya menjadi usahawan yang berjaya setelah mendirikan kondo mewah di atas tanah pusaka. Halimah 1. Adik kepada Harun dan kakak kepada Hisyam. 2. Bekerja sebagai pengurus bank. 3. Berpandangan jauh dengan menubuhkan syarikat Binajaya Sdn. Bhd. bersama dengan Hisyam demi masa depan. 4. Akhirnya, Halimah meletakkan jawatan sebagai pengurus bank dan seterusnya mengambil alih jawatan pengurus syarikat Binajaya Sdn. Bhd daripada Hisyam.
Latar Latar Tempat 1. Kondo Jaya Orang ramai beratur untuk mendapatkan kunci kondo yang dibeli oleh mereka. 2. Rumah Harun Hisyam memujuk abangnya, Harun agar memajukan tanah pusaka peninggalan ayah mereka bersama-sama.
26
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Latar Masa 1. Waktu malam Hisyam menemui kakaknya, Halimah untuk berbincang tentang tanah pusaka dan akhirnya mereka bersetuju untuk memajukan tanah tersebut. 2. Waktu siang Orang ramai beratur untuk mendapatkan kunci kondo yang dibeli oleh mereka. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan. 2. Masyarakat yang bersikap jujur dalam menjalankan amanah. Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 3. Masyarakat yang bersikap adil dalam pembahagian harta pusaka. Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, iaitu Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. 4. Masyarakat yang bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi. 5. Masyarakat yang berpandangan jauh. Hisyam dan Halimah mahu memajukan tanah peninggalan ayah mereka demi kebaikan mereka sekeluarga.
Nilai Murni 1. Kasih sayang – Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan. 2. Hemah tinggi – Hisyam bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi. 3. Rasional – Hisyam dan Halimah bertindak bijak dengan membina kondo di atas tanah pusaka walaupun Harun lebih suka tanah itu dijual dan wang jualan itu dibahagikan mengikut hukum faraid. 4. Kejujuran – Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 5. Keadilan – Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, iaitu Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. 6. Kesederhanaan – Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
27
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Pengajaran 1. Kita perlu saling menyayangi sesama ahli keluarga. Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan. 2. Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkomunikasi. Hisyam bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi. 3. Kita haruslah berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Hisyam dan Halimah bertindak bijak dengan membina kondo di atas tanah pusaka walaupun Harun lebih suka tanah itu dijual dan wang jualan itu dibahagikan mengikut hukum faraid. 4. Kita sewajarnya bersikap jujur dalam menjalankan amanah. Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 5. Kita mestilah bersikap adil dalam pembahagian harta pusaka. Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, iaitu Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. 6. Kita sepatutnya bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi. Praktis Formatif
P B S
2
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu. Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual.” “Kamu ada duit?” “Duit boleh pinjam dengan bank.” “Senang kamu cakap, pinjam dengan bank. Kamu tak nampak dah berapa lot tanah di situ tergadai ke bank kerana tak jelas hutang?” Mata Harun merenung tajam pada wajah Hisyam adiknya. “Nampak. Tapi itu salah pengurusan. Bukan salah tanah.” “Habis tu, kamu tak fikir itu semua?” “Saya dah fikir. Saya dah bincang dengan Kak Halimah. Itu yang saya datang jumpa abang ni.” “Halimah juga sependapat dengan kamu?” “Ya, bang,” Hisyam mengangguk. “Kamu nak urus? Kelulusan apa kamu ada? Dengan bawa teksi, boleh kamu uruskan projek tu?” Wajah Harun kelihatan jengkel pada wajah adiknya Hisyam. “Saya sedar bang. Saya tak ada kelulusan. Tapi pengurusan itu boleh diusahakan.” “Nak serahkan kepada orang lain yang kita lantik, begitu?” “Tidak. Tapi Kak Halimah akan uruskan.” “Dia perempuan. Lagipun anak-anaknya bernafsu besar. Tak percaya aku.” (Dipetik daripada cerpen Sekeping Tanah , antalogi Bintang Hati, Tingkatan 3)
28
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
1. Berdasarkan petikan cerpen, apakah tujuan Hisyam datang berjumpa dengan abangnya, Harun? 2. Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen ini. “Dia perempuan. Lagipun anak-anaknya bernafsu besar. Tak percaya aku.” 3. Pada andaian anda, wajarkah tindakan Harun memperkecilkan kebolehan wanita? Berikan dua alasan anda. KBAT
Bawod Sinopsis
Hujan lebat menyebabkan Beluntung risau mengenangkan kambing (Bawod) dan kerbau (Tuyog) kesayangannya yang tidak ditemukan. Hari telah malam dan air pula semakin naik. Keesokan harinya, setelah banjir surut, dia pergi mencari Bawod dan Tuyog. Ketika menuju ke sungai, dia menemukan Tuyog yang sedang mengunyah makanan, manakala Bawod tidak bermaya akibat kesejukan. Dia segera menyalakan ranting, kayu, dan bambu kering untuk memanaskan badan Bawod. Beluntung juga telah membalingkan kayu kepada seekor ular tedung yang ingin menyerang Bawod dan membuang semut merah yang menggigit badan Bawod. Beluntung turut menyuapkan pujuk ubi kayu ke mulut Bawod. Kemudian, Beluntung menunggang Tuyog untuk pergi ke sekolah dengan menyeberangi sungai. Bawod hanya terjerit-jerit di tebing sungai kerana tidak boleh menyeberangi sungai akibat takut akan air. Apabila tiba di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir, Beluntung menambat Tuyog pada pohon kelapa. Kemudian dia masuk ke kelas darjah enam. Beluntung berdoa semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam yang tinggal dua bulan lagi. Pada waktu rehat, Beluntung akan menemani Tuyog untuk mengelakkan Tuyog berasa kesunyian. Kawan-kawan Beluntung mengejeknya kerana tubuhnya berbau kerbau. Keesokan harinya, Beluntung ke sekolah lagi walaupun hari hujan. Bawod turut mengekori Beluntung dan Tuyog. Semasa menyeberangi sungai, hujan turun dengan lebat. Bawod yang terkejut akan dentuman petir dan kilat telah terjun ke dalam sungai untuk mengejar Tuyog. Bawod akhirnya berjaya meredah sungai. Pada waktu rehat, Beluntung mendapati Bawod hilang. Beluntung mencarinya di merata-rata tempat tetapi tidak ditemukannya. Ketika mahu masuk ke kelasnya semula, keadaan bilik darjah sedikit kecoh kerana kemunculan Bawod. Beluntung telah memarahi Bawod. Ketika membawa Bawod pergi, Beluntung mendapati leher Tuyog terjerut tali. Bawod menjerit-jerit di kepala Tuyog dan telah menyondol punggung Beluntung. Sekembalinya ke kelas, berlaku pertengkaran antara Beluntung dengan Basil kerana kawannya itu membuang bukunya di atas lantai. Kekecohan dapat dileraikan oleh Cikgu Rambuyat. Beluntung mengutuk dirinya kerana memarahi Bawod yang ingin menyelamatkan Tuyog. Beluntung juga teringat akan pesanan ibunya dan bertekad ingin lulus peperiksaan darjah enam supaya semua orang bangga kepadanya. Pada hari yang lain, Beluntung telah menyertai Pesta Lumba Kerbau. Namun begitu, ibu bapanya tidak hadir ke pesta tersebut. Bawod pula sering ditambat pada pokok nangka sejak akhir-akhir ini. Akhirnya, Tuyog memenangi perlumbaan tersebut dan Beluntung dihadiahi wang sebanyak RM10.00. Beluntung berhajat mahu menggunakan wang itu untuk membeli seekor kambing lagi agar Bawod mempunyai teman. Beluntung berasa tentu bapanya senang hati seperti gembiranya bapanya semasa Beluntung mendapat markah 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam yang diumumkan pada minggu lepas. Menurut bapa, keputusan © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
29
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
itu ialah keputusan yang paling baik pernah dicatat oleh penduduk Kampung Layong dan membolehkannya menjadi guru. Beluntung pulang ke rumahnya. Dia terkejut apabila mendapati rumahnya dikunjung tetamu yang begitu ramai. Pada awalnya, dia bimbang apabila memikirkan ada kematian di rumahnya. Hal ini demikian kerana, ibunya kurang sihat. Dia berasa lega apabila melihat ibunya ada di dapur. Dia juga sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa bapanya mengadakan kenduri kesyukuran disebabkan dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Kemudian, dia terdengar Bawod terjerit-jerit lalu bergegas mendapatkan Bawod. Nasibnya malang apabila dia terlanggar tunggul kayu menyebabkannya pengsan. Apabila terjaga, dia terus bertanya tentang Bawod. Alangkah terkejutnya Beluntung apabila mendapat tahu bahawa Bawod telah disembelih untuk menjadi hidangan tetamu yang hadir. Beluntung bergegas untuk mendapatkan Bawod yang sudah tidak bernyawa. Dia memeluk Bawod sambil menangis sekuat-kuatnya. Beluntung mengatakan bahawa Bawod seperti manusia dan merupakan sahabatnya. Orang ramai berusaha untuk memujuk Beluntung dan bapanya telah menghampirinya lalu memeluknya.
Tema Tema cerpen ini ialah persahabatan antara manusia dengan haiwan. Beluntung bersahabat baik dengan kambing (Bawod) dan kerbau (Tuyog) peliharaannya. Dia sangat menyayangi dan sering bersama-sama binatang itu. Dia membawa binatang itu ke sekolah dan berasa risau apabila binatang itu tidak kelihatan.
Persoalan 1. Rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan. Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam. 2. Belajar hidup berdikari. Beluntung tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras. 3. Bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh. Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. 4. Amalan hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk kampung. Penduduk Kampung Layong menghadiri kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. Mereka menyediakan makanan untuk majlis tersebut secara gotong-royong. Watak dan Perwatakan Beluntung (watak utama ) 1. Murid darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir. 2. Memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam, iaitu mendapat markah 98 peratus. 3. Sangat menyayangi dua ekor binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog dan menganggap binatang itu seperti sahabatnya sendiri. 30
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
4. Menangis dengan kuat apabila mendapati Bawod telah disembelih. 5. Murid yang rajin. Contohnya, dia amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air yang deras. 6. Seorang yang berdikari. Contohnya, dia tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras. Bawod 1. Kambing peliharaan Beluntung. 2. Sentiasa bersama-sama Beluntung dan Tuyog. 3. Hampir mati akibat kesejukan. 4. Terjerit-jerit apabila leher Tuyog terjerut tali. 5. Takut akan air, namun berjaya meredah sungai akibat terkejut akan kilat dan petir. 6. Disembelih untuk dijadikan hidangan tetamu sempena kenduri kesyukuran kejayaan Beluntung. Tuyog 1. Kerbau peliharaan Beluntung. 2. Sentiasa bersama-sama Beluntung dan Bawod. 3. Banyak berjasa kepada Beluntung. 4. Menjadi kenderaan untuk menghantar Beluntung ke sekolah kerana jalan ke sekolah berlumpur dan terpaksa menempuh air sungai yang deras. 5. Dalam pertandingan Pesta Lumba Kerbau, Tuyog mendapat tempat pertama dan Beluntung menerima hadiah sebanyak RM10.00.
Latar Latar Tempat 1. Sungai Layong Tempat Beluntung menyeberang dengan duduk di atas badan Tuyog untuk ke sekolah. 2. Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir Tempat Beluntong belajar dalam darjah enam. 3. Di dalam kelas Beluntung telah bergaduh dengan Basil yang telah membuang bukunya ke lantai. 4. Rumah Beluntung Beluntung memeluk ibunya di dapur setelah pulang dari Pesta Lumba Kerbau. 5. Kampung Layong Tempat Beluntung dan keluarganya tinggal. Latar Masa 1. Waktu pagi Beluntung menemukan binatang kesayangannya, iaitu Bawod dan Tuyog yang tidak pulang semasa hujan lebat. 2. Waktu malam Hujan semakin lebat dan ibu Beluntung melarangnya keluar untuk mencari Bawod dan Tuyog.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
31
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap haiwan. Beluntung amat menyayangi binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog. 2. Masyarakat yang bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh. Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. 3. Masyarakat yang rajin menimba ilmu pengetahuan. Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam. 4. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan. Penduduk Kampung Layong menghadiri kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. Mereka menyediakan makanan untuk majlis tersebut secara gotong-royong.
Nilai Murni 1. Kasih sayang – Beluntung amat menyayangi binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog dan menganggap binatang itu seperti sahabatnya sendiri. 2. Kerajinan – Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam. 3. Berdikari – Beluntung tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras. 4. Kesyukuran – Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. 5. Semangat bermasyarakat – Penduduk Kampung Layong menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. Mereka menyediakan makanan untuk majlis tersebut secara gotong-royong.
Pengajaran 1. Kita hendaklah memiliki perasaan kasih sayang terhadap haiwan. Beluntung amat menyayangi binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog dan menganggap binatang itu seperti sahabatnya sendiri. 2. Kita mestilah rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan. Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam. 3. Kita perlulah belajar hidup berdikari. Beluntung tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras. 4. Kita sewajarnya bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh. Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. 5. Kita patut mengamalkan semangat bermasyarakat. Penduduk Kampung Layong menyediakan makanan untuk majlis kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam secara gotong-royong. 32
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Praktis Formatif
P B S
3
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hujan, janganlah kau turun. Angin berhentilah meniup. Biarkan aku ke sekolah supaya aku boleh menjadi murid yang pandai. Bawod menjerit-jerit lagi. Beluntung menoleh dan terlihat badan Bawod berlumuran lumpur. Bawod melangkah ke tepi jalan cuba mengelak lumpur tetapi langkah-langkahnya tersilap, kakinya terpijak lumpur juga. Menyedari Bawod terhenti, Tuyog mematikan langkah dan menoleh. Hujan yang sebentar tadi agak reda, tiba-tiba bertambah lebat lagi. Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong. Tuyog menguak. Mendengar Bawod dan Tuyog bersahut-sahutan, beluntung tiba-tiba berasa bahawa merekalah sahabat yang setia. Apabila teringat-ingatkan kegigihan Bawod menyeberangi sungai, Beluntung terus sahaja teringat peperiksaan yang akan dihadapinya. Sambil memerhati Bawod yang bersusah payah menarik kakinya yang terbenam, Beluntung berjanji kepada dirinya dia akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau Bawod boleh menyeberangi sungai aku juga boleh lulus dengan cemerlang, bisik hatinya. Loceng berbunyi. Murid-murid meninggalkan kelas menuju ke kantin dan ada juga yang ke padang. Beluntung berjalan tergesa-gesa. Kemudian berlari menuju ke arah Tuyog. Tuyog berlari ke sana ke mari. Bawod tidak ada. Ke mana Bawod? Beluntung memerhati sekeliling. Dia mencari di padang, di kebun sekolah dan di jalan raya, Bawod tidak ada. Loceng terus berbunyi. Murid-murid kembali ke kelas. Dengan langkah lesu Beluntung juga menuju ke kelas. (Dipetik daripada cerpen Bawod , antalogi Bintang Hati, Tingkatan 3) 1. Apakah yang difikirkan oleh Beluntung setelah melihat Bawod dan Tuyog? 2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen ini. 3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan? KBAT
Analisis Drama Tenang-tenang Air di Tasik Sinopsis
Bahagian I Muzafar memberitahu ibunya tentang tugasnya yang perlu melatih dan mengiring peserta cacat penglihatan berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam. Ibunya melarang hasrat tersebut kerana merasakan bahawa Muzafar tidak berkemampuan untuk menjalankan tugas tersebut, selain bimbang akan keselamatan anaknya itu. Muzafar meyakinkan ibunya bahawa bot polis dan bot penyelamat daripada Permai Resort ada bersama-sama sepanjang aktiviti dijalankan.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
33
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Muzafar memberitahu Azizi tentang larangan ibunya. Azizi berasa hairan kerana ibu Muzafar yang merupakan pemimpin yang disegani sangat berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Azizi berpendapat bahawa ibu Muzafar mungkin bimbang akan keselamatan Muzafar kerana sayang akan anak tunggalnya itu. Namun begitu, Muzafar merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya. Ketika peserta ekspedisi tiba, Haris memaklumkan bahawa terdapat enam orang peserta yang normal daripada 36 orang peserta. Daripada jumlah yang buta itu, ada yang sekadar rabun dan ditugaskan sebagai jurumudi. Bahagian II Muzafar dan Azizi mengingatkan para peserta ekspedisi tentang keselamatan. Azizi juga menegur Muzamir yang cacat penglihatan kerana telah membuat kesilapan semasa berkayak. Azizi turut menerangkan cara-cara untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Beberapa pasangan kayak juga telah ditukar agar latihan berjalan lancar. Hal ini demikian kerana, berlaku perselisihan apabila terdapat jurumudi yang tidak membenarkan pasangannya mendayung. Bahagian III Azizi menegur Muzamir yang mengambil angin di beranda kerana tidak dapat tidur. Muzamir memberitahu Azizi bahawa persatuan mereka sering mengikuti aktiviti rekreasi dan dibawa untuk menikmati keindahan alam. Mereka tidak dapat melihat, tetapi keindahan alam dihayati melalui hati. Menurut Azizi, Muzamir dan rakan-rakannya merupakan peserta cacat penglihatan pertama yang berkayak di Tasik Permai. Seterusnya, Azizi memberitahu bahawa melihatkan kesungguhan peserta, dia seakan-akan lupa bahawa mereka tidak dapat melihat. Pada waktu yang lain, Nurul menyatakan perasaan kasihannya terhadap Azizi kerana perlu mengawal rapi para peserta ekspedisi pada kali ini. Azizi memaklumkan bahawa kehadiran Nurul dan ahli-hali bersekutu yang lain bukan sahaja meringankan bebannya dan Muzafar, malahan mengajar mereka cara memimpin orang cacat penglihatan dan erti kesabaran. Bahagian IV Muzafar bertanyakan latar belakang Muzamir kepada Nurul dan Haris. Menurut mereka, Muzamir berasal dari Kelantan. Keluarganya terdiri daripada golongan ternama. Oleh sebab Muzamir cacat penglihatan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat yang menetap di Johor ketika berusia tiga bulan. Keluarga Muzamir ingin menjaga kedudukan mereka. Namun, Muzamir beruntung kerana keluarga angkatnya memberikan kasih sayang dan pendidikan yang secukupnya. Kemudian, Nurul dan Haris memberitahu Muzafar bahawa muka dan perawakan Muzafar dan Muzamir sama. Bahagian V Muzafar meneliti wajahnya di cermin untuk memastikan kata-kata Nurul dan Haris. Muzafar menjelaskan kepada Azizi bahawa ketika pertama kali dia melihat Muzamir, dia merasakan seperti melihat imej sendiri di cermin. Apatah lagi warna kulit, raut wajah, dan bentuk badan mereka hampir sama. Azizi turut sependapat dengan Muzafar. Kemudian, Azizi mengajak Muzafar bersarapan dan meneruskan ekspedisi apabila Muzafar mempersoalkan hubungan kekeluargaannya dengan Muzamir.
34
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Bahagian VI Muzafar disambut oleh ibunya semasa tiba di rumah. Muzafar memohon maaf daripada ibunya kerana tidak sempat menelefon disebabkan leka berbual-bual dengan peserta ekspedisi hingga larut malam. Kemudian, Muzafar mengajak ibunya pergi ke pusat peranginan tempat dia bekerja untuk menonton rakaman video ekspedisi yang disertai oleh orang cacat penglihatan. Ibunya bersetuju untuk mengikutnya ke sana. Semasa sedang menonton video, ibunya sangat terkejut apabila melihat muka Muzamir yang seiras dengan muka anaknya. Ibunya tidak mahu melihat video hingga tamat tayangan lalu beredar dari situ. Azizi berasa hairan akan sikap ibu Muzafar. Muzafar memberitahu Azizi bahawa pelbagai persoalan timbul dalam fikirannya setelah bertemu dengan Muzamir. Muzafar merasakan bahawa ibunya menyimpan suatu rahsia berdasarkan reaksinya setelah mendapat tahu bahawa dia terlibat dengan ekspedisi ini dan melihat rakaman video itu. Muzafar merasakan bahawa dia bukan anak tunggal. Muzafar turut menjelaskan bahawa perasaannya amat berlainan ketika membantu Muzamir semasa kayaknya terbalik. Dia juga berasa sangat sayu sehingga menitiskan air mata ketika bersalam dan berpelukan dengan Muzamir sebelum berangkat pulang. Muzafar tertanya-tanya tentang hubungannya dengan Muzamir.
Pemikiran Pemikiran drama ini ialah pertemuan dua beradik yang terpisah setelah melakukan aktiviti yang sama. Setelah beberapa hari menjalani ekspedisi berkayak, Muzafar merasakan Muzamir ada hubungan darah dengannya kerana raut muka, warna kulit, dan bentuk badan yang sama. Akhirnya, Muzafar memperoleh jawapan apabila ibunya sendiri tidak sanggup melihat kesudahan video detik-detik Muzamir berkayak di Tasik Permai bersama-sama Muzafar.
Persoalan 1. Perasaan kasih terhadap anak. Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman melatih golongan tersebut. 2. Keberanian dalam membuat keputusan. Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh. 3. Sikap bekerjasama dengan orang lain. Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar. 4. Memiliki perasaan bersyukur. Ibu Muzafar yang risau akan keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya. 5. Sikap mementingkan pangkat dan kedudukan. Keluarga Muzamir yang terdiri daripada orang ternama sanggup menyerahkannya kepada orang lain disebabkan dia cacat penglihatan demi menjaga kedudukan mereka.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
35
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Watak dan Perwatakan Muzafar (watak utama ) 1. Anak tunggal daripada keluarga ternama. 2. Berasa ragu-ragu dengan statusnya sebagai anak tunggal setelah bertemu dengan Muzamir. 3. Bekerja sebagai jurulatih aktiviti berkayak. 4. Berpeluang untuk melatih peserta daripada golongan cacat penglihatan berkayak. 5. Memiliki rupa paras dan perawakan yang sama dengan Muzamir, iaitu salah seorang peserta yang cacat penglihatan. 6. Berani mengambil keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh. Muzamir 1. Sebaya dengan Muzafar. 2. Berasal dari Kelantan. 3. Keluarganya orang ternama. 4. Disebabkan cacat penglihatan, dia diserahkan kepada keluarga angkat yang menetap di Johor ketika berumar tiga bulan demi menjaga kedudukan keluarga. 5. Mendapat kasih sayang dan pendidikan yang secukupnya daripada keluarga angkatnya. 6. Gemar mengikuti aktiviti rekreasi seperti berkayak, meneroka gua, dan mendaki gunung. 7. Berasa gembira dapat berkayak di Tasik Permai hingga sukar baginya untuk melelapkan mata. Ibu Muzafar 1. Bekas pesara kerajaan sebagai pegawai. 2. Disegani dalam kalangan masyarakat kerana merupakan pemimpin yang berkebolehan. 3. Disanjung kerana berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. 4. Amat menyayangi Muzafar. Contohnya, dia berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman melatih golongan tersebut. 5. Dia berasa gembira dan bersyukur kerana Muzafar telah pulang daripada ekspedisi berkayak kerana selama empat hari, Muzafar tidak menghubunginya. 6. Dia tidak sanggup melihat tayangan video yang menunjukkan detik-detik Muzamir berkayak di Tasik Permai kerana raut muka Muzamir seiras dengan Muzafar.
Latar Latar Tempat 1. Tasik Permai Tempat Muzafar dan Azizi melatih orang cacat penglihatan berkayak. 2. Rumah mewah Muzafar meminta izin daripada ibunya untuk mengajar orang cacat penglihatan berkayak di Tasik Permai. 3. Bilik studio Tempat Muzafar membawa ibunya menonton rakaman video ekspedisi berkayak yang disertai oleh orang cacat penglihatan.
36
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Latar Masa 1. Waktu siang Muzafar dan Azizi melatih orang cacat penglihatan berkayak. 2. Waktu malam Azizi menegur Muzamir yang mengambil angin malam di beranda chalet setelah tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu gembira. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mempunyai perasaan kasih terhadap anak. Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman melatih golongan tersebut. 2. Masyarakat yang berani dalam membuat keputusan. Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh. 3. Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama dengan orang lain. Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar. 4. Masyarakat yang memiliki perasaan bersyukur. Ibu Muzafar yang risau akan keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya. 5. Masyarakat yang mementingkan pangkat dan kedudukan. Keluarga Muzamir yang terdiri daripada orang ternama sanggup menyerahkannya kepada orang lain disebabkan dia cacat penglihatan demi menjaga kedudukan mereka.
Nilai Murni 1. Kasih sayang – Hayati amat sayang akan keluarganya dan demi tidak mahu membebankan keluarganya dengan masalah kewangan, dia sudi pulang ke rumah dan berhenti daripada belajar di sekolahnya yang dahulu. 2. Ketabahan – Fauziah dan keluarganya tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya telah meninggal dunia. 3. Amanah – Encik Musa amanah dalam melaksanakan tugasnya. Dia menyampaikan cek yang berjumlah sepuluh ribu ringgit kepada keluarga Fauziah sebagai penghargaan atas jasa suami Fauziah, iaitu Sarjan Akhbar. 4. Bekerjasama – Datuk Penghulu mencuba untuk membantu Pak Mail dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga Fauziah. 5. Kesopanan – Hayati bertanyakan khabar dan bersalaman dengan ibu dan datuknya semasa tiba di rumah. 6. Kejujuran – Hayati berterus terang dengan pengetua sekolahnya tentang kesempitan hidup keluarganya. Pengajaran 1. Sebagai ibu bapa, kita mestilah mengasihi anak. Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman melatih golongan tersebut.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
37
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
2. Kita perlulah berani dalam membuat keputusan. Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh. 3. Kita hendaklah bekerjasama dengan orang lain. Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar. 4. Kita sewajarnya memiliki perasaan bersyukur. Ibu Muzafar yang risau akan keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya. 5. Kita janganlah mementingkan pangkat dan kedudukan. Keluarga Muzamir yang terdiri daripada orang ternama sanggup menyerahkannya kepada orang lain disebabkan dia cacat penglihatan demi menjaga kedudukan mereka. Praktis Formatif
P B S
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahagian III Cahaya fokus pada bahagian Tasik Permai. AZIZI: Pergilah tidur. Abang tengok, kawan-kawan Zam dah lama belayar ke lautan mimpi. Zam pun tentu letih macam mereka juga, kan? MUZAMIR: Memang saya letih, bang. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh melelapkan mata? Sebab itulah saya keluar dan duduk di beranda chalet ini untuk bermesra dengan angin malam. (Tersenyum ). Bagi orang seperti saya, tak ada bezanya antara malam atau siang. AZIZI: Apa yang menyebabkan Zam tidak boleh tidur? Latihan siang tadi terlalu lasak ke? Atau, tempat penginapan, makan minum dan layanan kami di sini ... MUZAMIR: (Meraba-raba ruang beranda chalet ) Tempat penginapan, makan minum dan layanan yang kami terima di sini cukup memuaskan, bang. AZIZI: Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur? MUZAMIR: Saya tak boleh tidur sebab saya terlalu gembira, bang. Saya terlalu gembira mengenangkan pencapaian baru saya dan rakan-rakan saya hari ini. Terima kasih, bang. Tanpa bantuan abang dan Zafar, kami tak mungkin dapat merasa semua ini. AZIZI: Semua pihak memainkan peranan, Zam. Kalau abang dan Zafar sahaja yang bersungguhsungguh memberi tunjuk ajar, sedangkan Zam dan rakan-rakan Zam tidak memberi kerjasama, tak jadi juga. Oh, ya, Zam! Ada satu hal yang abang nak tanya pada Zam. MUZAMIR: Apa dia, bang? AZIZI: Apa sebenarnya yang telah mendorong Zam bersusah payah mengatur ekspedisi ini? MUZAMIR: Aktiviti-aktiviti rekreasi sering mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli pertubuhan kami, bang. Tapi, sebelum ini, aktiviti-aktiviti kami hanya berupa perkelahan, hari keluarga, meneroka gua dan mendaki gunung. Kami sering dibawa menikmati keindahan alam. (Dipetik daripada drama Tenang-tenang Air di Tasik , antalogi Bintang Hati, Tingkatan 3)
38
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
1. Berdasarkan petikan drama, mengapakah Muzamir tidak dapat melelapkan mata? 2. Jelaskan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama tersebut. 3. Golongan Kurang Upaya (OKU) perlu diberikan hak untuk menyertai aktiviti sukan dan riadah. Berikan pandangan anda. KBAT
Analisis Novel Justeru Impian di Jaring Sinopsis Novel Justeru Impian di Jaring mengisahkan cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Syahir, iaitu pemain badminton perseorangan negara dalam usaha merebut gelaran juara dunia. Untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa yang akan diadakan di Jakarta, Syahir dan para pemain badminton negara perlu menyertai kejohanan Terbuka Johor kerana prestasi semasa yang akan dinilai, bukannya ranking dunia. Syahir sangat kecewa akan keputusan tersebut kerana persiapannya selama berbulan-bulan untuk merebut tempat ke kejohanan berprestij itu masih belum memadai. Penglibatan Syahir dalam sukan badminton pada mulanya ditentang oleh abahnya. Namun begitu, apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, abahnya memberikan kebenaran dengan syarat dia harus memelihara syariat Islam. Sehingga kini, Syahir tetap berpakaian menutup aurat walaupun ketika menyertai kejohanan antarabangsa. Syariat yang diamalkan oleh Syahir ini telah mengubah hati Wan Najlah, iaitu pemain perseorangan wanita negara untuk turut menutup aurat ketika bermain badminton. Berdasarkan undian Kejohanan Terbuka Johor, Syahir akan bertemu dengan Syed Amiri. Syahir sudah mengenali Syed Amiri sejak zaman persekolahan lagi. Syed Amiri tidak menyenangi Syahir sejak dahulu dan selalu mencari peluang untuk menyakiti hatinya. Engku Aiman, ketua jurulatih juga sering mencari kesalahan Syahir dan menyindirnya. Syahir ke Johor Bahru walaupun agak risau akan kesihatan emaknya. Dia juga bimbang akan Haji Marzuki, iaitu jurulatihnya yang tidak dapat datang ke Johor Bahru kerana demam selesema. Syahir melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan akan menentang Syed Amiri. Dr. Asyraf bertanyakan Syahir tentang hubungannya dengan seorang artis dan menghulurkan sebuah tabloid hiburan. Syahir terkejut apabila melihat gambarnya bersama-sama seorang artis wanita di halaman belakang tabloid itu. Syahir teringat akan peristiwa dia bergambar bersama-sama lima orang gadis termasuklah artis tersebut di lobi pejabat Azmie. Syahir telah kalah dalam perlawanan peringkat suku akhir menentang Syed Amiri. Selain hilang tumpuan akibat terganggu oleh gosip yang tersiar dalam akhbar, dia terpaksa berdepan dengan keputusan pengadil yang berat sebelah. Kekalahan ini menyebabkan impian Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa berkecai. Atas ketegasan Haji Marzuki, akhirnya Syahir telah terpilih untuk menggantikan Gopinath ke Jakarta. Hal ini demikian kerana, Gopinath telah cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sehari sebelum berangkat ke Jakarta, emak Syahir telah diserang strok dan dimasukkan ke hospital. Syahir berada dalam dilema sama ada ingin berada di samping emaknya atau ke Jakarta. Kemudian, Kak Uda Syahrizah memberitahu Syahir bahawa keadaan emak mereka semakin stabil dan Kak Uda Syahrizah menyuruh Syahir ke Jakarta. Sebelum berangkat ke Jakarta, Syahir singgah di hospital untuk menziarahi dan memohon restu emaknya. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
39
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Kejohanan Badminton Antarabangsa dibuka secara rasmi pada hari Rabu. Pada permulaan perlawanan, Syahir, Kam Heng, Bernard, Syed Amiri, gandingan Wan Najhan-Boon Lee, Nik Shahnizam-Jian Hua, dan Siew Yai-Kim Seng telah menang. Pada hari berikutnya, Syahir telah menang dalam pertemuan dengan pemain dari China bernama Xiang Yimou. Para pemain dimestikan menjalani ujian air kencing yang diadakan secara tiba-tiba. Seterusnya, Syahir berjaya menewaskan Eddy Heryanto dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Walaupun sibuk, namun Syahir selalu menghubungi Kak Uda Syahrizah untuk bertanyakan keadaan emaknya. Setelah berjaya menewaskan Han Xuanze pada peringkat suku akhir dan lawan yang seterusnya terpaksa menarik diri akibat kecederaan betis, Syahir berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang Andri Mirnawan dari Indonesia. Haji Marzuki beberapa kali menjelaskan strategi yang dirangka olehnya kepada Syahir. Sebelum menghadapi perlawanan itu, Haji Marzuki memberitahu Syahir bahawa beliau sudah berjanji dengan pihak atasan yang beliau akan meletakkan jawatan sekiranya Syahir tidak menjuarai kejohanan antarabangsa itu. Syahir sangat terkejut, namun dia berjanji akan bermain dengan bersungguh-sungguh. Perlawanan akhir bermula pada pukul 8.30 malam. Walaupun agak tertekan oleh denyutan pada bahagian sekitar pusatnya, namun Syahir memenangi set pertama. Konsentrasi Syahir terganggu dalam set kedua apabila pengadil perlawanan menerima kesaksian penjaga garisan. Syahir perlu menamatkan perlawanan dengan segera kerana dia berasa tidak berdaya untuk bertarung dalam set ketiga setelah beberapa kali terpaksa menahan kesakitan. Selepas menghadapi beberapa dugaan terhadap pengadilan, Syahir berjaya menewaskan Andri Mirnawan dengan taktik permainannya. Semasa upacara penyampaian hadiah dan medal, kesakitan yang dialami oleh Syahir menyerang lagi dan dia hampir rebah. Syahir berjaya menjalani pembedahan akibat radang apendiks di Jakarta dan terlantar di hospital selama beberapa hari. Setibanya di Malaysia, Syahir melawat emaknya yang semakin stabil di hospital. Syahir memeluk dan mencium emaknya sambil menyerahkan medal kemenangannya. Abang Long Syahir mengucapkan tahniah kepada Syahir dan mengatakan bahawa keluarga sangat bangga akannya. Apabila Kak Ngah Syamilah bertanyakan rancangan Syahir seterusnya, Syahir menjawab bahawa dia akan menyertai Sukan Olimpik.
Tema Tema novel Justeru Impian di Jaring ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran sehingga meraih gelaran juara dunia. Syahir Ramzi, iaitu pemain badminton perseorangan negara menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan seperti kontroversi pemilihan pemain ke Kejohanan Badminton Antarabangsa, fitnah wanita yang mencemarkan imejnya, kebimbangan terhadap kesihatan emaknya, dan kekalahan pada peringkat suku akhir dalam perlawanan yang berat sebelah. Namun begitu, berkat kesabaran dan kesungguhannya, akhirnya Syahir memenangi Kejohanan Badminton Antarabangsa dan meraih gelaran juara dunia.
Persoalan 1. Semangat kerjasama dalam pasukan. Syahir bekerjasama dengan Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan pemain-pemain lain dalam satu pasukan. 2. Sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Haji Marzuki menjalankan tugas melatih pemain-pemain badminton perseorangan negara dengan penuh tanggungjawab.
40
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Menegakkan syariat Islam dalam bidang sukan. Syahir memakai pakaian mengikut syariat Islam termasuklah ketika menyertai pertandingan badminton pada peringkat antarabangsa. 4. Kasih sayang terhadap ibu. Syahir sangat sayang dan mengambil berat terhadap emaknya. 5. Ketidakadilan dalam sesuatu perlawanan. Syahir sangat marah apabila berlaku ketidakadilan dalam perlawanan badminton kejohanan Terbuka Johor. 6. Mengakui kesalahan diri. Syahir meminta maaf daripada Wan Najlah yang mungkin tersinggung oleh kata-katanya. 7. Keazaman untuk mengharumkan nama negara dan agama. Syahir berazam untuk meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton kerana ingin mengharumkan nama negara dan agama.
Plot Binaan Plot Peristiwa dalam novel Justeru Impian di Jaring disusun secara kronologi. 1. Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Syahir yang merupakan pemain badminton perseorangan negara serta watak pemain-pemain skuad kebangsaan yang lain, seperti Wan Najhan, Boon Lee, Syed Amiri, Bernard, dan Kam Heng. Pembaca juga diperkenalkan dengan watak jurulatih kebangsaan, iaitu Haji Marzuki, Mas Suparman, dan Engku Aiman. Pada permulaan cerita, digambarkan semua pemain badminton skuad kebangsaan mendengar taklimat selepas sesi latihan berakhir di dewan latihan. Syahir digambarkan tidak berpuas hati kerana para pemain dikehendaki menyertai Terbuka Johor untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Antarabangsa yang akan diadakan di Jakarta. 2. Perkembangan Peringkat perkembangan cerita bermula apabila Syahir teringat akan keluarganya serta abahnya yang tidak suka akan penglibatannya dalam sukan badminton dengan alasan sukan akan mengganggu pelajaran. Akhirnya, abahnya akur akan keputusan Syahir untuk terlibat dalam sukan badminton apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Namun begitu, abahnya berpesan agar dia memelihara syariat Islam dalam bersukan. Syahir telah meluahkan kekecewaannya kepada Haji Marzuki terhadap sikap dolak-dalik pihak atasan. Haji Marzuki menyuruh Syahir dan beberapa pemain lain bersabar. Syed Amiri yang dijangka akan bertemu dengan Syahir pada peringkat suku akhir di Terbuka Johor pula selalu menyindir dan menyakitkan hati Syahir. Semasa berada di pejabat Azmie, Syahir mendapat panggilan telefon daripada Wan Najhan yang mengatakan bahawa Wan Najlah membuat kejutan di kem latihan pemain wanita dengan memakai tudung dan seluar trek panjang. Kemudian, Syahir bergambar bersama-sama empat orang penuntut dari UITM serta seorang artis bernama Ratna. 3. Perumitan Pada peringkat perumitan, Syahir pergi ke Johor Bahru untuk menyertai kejohanan Terbuka Johor dengan hati yang berat kerana emaknya sakit. Pada masa yang sama, Haji Marzuki juga tidak dapat bersama-samanya kerana menghidap demam selesema. Ketika berada di Johor, Dr. Asyraf bertanyakan hubungan Syahir dengan artis bernama Ratna dan menunjukkan tabloid hiburan yang memaparkan gambarnya bersama dengan artis itu. Syahir telah tewas kepada Syed Amiri dalam perlawanan suku akhir disebabkan terganggu oleh gosip tersebut serta pengadilan yang berat sebelah. Akibatnya, impian Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta berkecai. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
41
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
4. Klimaks Gopinath telah cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Haji Marzuki telah memilih Syahir untuk menggantikan Gopinath ke Jakarta. Syahir berasa bersyukur dengan pemilihan tersebut. Namun demikian, Syed Amiri dan Engku Aiman selalu menghina dan mengutuk Syahir. Sehari sebelum bertolak ke Jakarta, emak Syahir telah dimasukkan ke hospital akibat strok. Syahir berada dalam dilema sama ada ingin pergi ke Jakarta atau tidak. Dengan sokongan daripada Kak Uda Syahrizah, Syahir berlepas ke Jakarta. Syahir bertanding dengan beberapa orang pemain yang hebat dari luar negara. Akhirnya, Syahir melayakkan diri ke perlawanan akhir dan akan menentang pemain dari Indonesia, iaitu Andri Mirnawan. Haji Marzuki meletakkan pertaruhan yang tinggi terhadap kemenangan Syahir. Syahir bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun mengalami kesakitan di bahagian sekitar pusat. Syahir juga tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dalam perlawanan itu. 5. Peleraian Pada peringkat peleraian, Syahir berjaya menewaskan Andri Mirnawan. Syahir berasa amat bersyukur atas kemenangan itu. Semasa upacara penyampaian hadiah dan medal, Syahir hampir rebah akibat kesakitan yang dialaminya menyerang lagi. Syahir menjalani pembedahan akibat radang apendiks di Jakarta dan terlantar di hospital selama beberapa hari. Setibanya di Malaysia, Syahir melawat emaknya yang semakin stabil di hospital dan menyerahkan medal kemenangannya. Ahli keluarganya mengucapkan tahniah dan mereka amat bangga akan Syahir. Kemudian, Syahir memberitahu keluarganya tentang rancangannya untuk menyertai Sukan Olimpik.
Teknik Plot 1. Teknik pemerian Pengarang menggambarkan gerak laku para pemain badminton negara semasa menjalani latihan di dewan. Contoh: Sesi latihan pagi dimulakan sebagaimana lazim dengan berlari-lari anak bagi memanaskan badan. Selesai beberapa pusingan larian di dalam dewan yang mengandungi lima gelanggang badminton, barulah kami diarahkan melakukan senaman dan regangan. (hal. 43) 2. Teknik dialog Syahir berbual-bual dengan Kak Uda Syahrizah berkaitan dengan kesihatan emaknya melalui telefon. Contoh: “Kak Uda, bagaimana keadaan terkini mak?” “Alhamdulillah. Mak makin stabil, dah boleh bersuara tapi tak berapa jelas sebutannya. Kita kena banyak berdoa.” (hal. 126) 3. Teknik imbas muka Syahir meramalkan perlawanannya menentang Syed Amiri yang akan berlangsung pada malam itu. Contoh: Saya berpeluk tubuh. Benar. Ada tugas berat menunggu malam nanti. (hal. 79) 4. Teknik imbas kembali Syahir teringat akan peristiwa dia bergambar dengan beberapa orang gadis termasuklah seorang artis di pejabat, Azmie. Contoh: Saya teringat peristiwa kami di lobi pejabat Azmie di Cheras. Apakah artis perempuan itu yang dimaksudkan? Bukankah kami bergambar berenam? (hal. 83) 5. Teknik monolog dalaman Syahir berazam untuk menang dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa. Contoh: Saya mesti menang, jerit saya dalam hati. (hal. 137) 42
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Watak dan Perwatakan Syahir Ramzi (watak utama) 1. Anak bongsu dalam keluarga. Contoh: Sebagai anak bongsu, memang terasa emak sering mahu bermanja dengan saya. (hal. 74) 2. Seorang yang bertangan kidal. Contoh: Pagi Khamis itu, saya bertemu pemain yang kidal seperti saya, setelah menyaksikan Kam Heng membelasah Akshay Khan dari India, dengan kiraan 21-5, 21-6. (hal. 135) 3. Berpakaian mengikut nilai-nilai Islam termasuklah ketika menyertai pertandingan badminton pada peringkat antarabangsa. Contoh: Sehingga sekarang, hanya saya satu-satunya pemain lelaki Muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa. (hal. 19) 4. Pemain di tangga ke-15 dalam ranking dunia. Contoh: Jika mengikut ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa, dua minggu lepas, Bernard berada di tangga ke sepuluh, manakala saya ditangga kelima belas, Gopinath di tangga ke-31, manakala Syed Amiri menduduki tempat ke-39. (hal. 24) 5. Mendapat bimbingan daripada Haji Marzuki. Contoh: Menghampiri jam 8:30 pagi, saya dan Bernard meneruskan latihan kami di bawah bimbingan Haji Marzuki. (hal. 43) 6. Meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton setelah memenangi Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Contoh: Kini saya pulang dengan kejayaan. Daripada seorang pemain biasa, kini bergelar juara dunia. (hal. 167) 7. Sangat sayang akan emaknya. Contohnya, Syahir sangat risau akan kesihatan emaknya dan selalui bertanyakan khabar emaknya semasa berada di Jakarta. Contoh: Sepanjang berada di Jakarta, saya tidak pernah lupa menelefon atau merisik khabar menerusi sistem pesanan ringkas kepada Kak Uda di Kuala Lumpur. Paling kurang empat kali sehari. Kerisauan itu tetap mengiringi saya ke mana-mana. Hanya doa dan penyerahan total kepada Yang Maha Kuasa kini menjadi peneguh semangat. (hal. 140 – 141) 8. Berkeyakinan tinggi. Contohnya, Syahir yakin bahawa dia boleh mengalahkan Syed Amiri dalam kejohanan Terbuka Johor. Contoh: Saya yakin, jika saya bermain seperti biasa, insya-Allah, dia akan berjaya saya jinakkan. (hal. 80) 9. Mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Contohnya, Syahir berazam untuk mengharumkan nama negara dan agama dengan meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton. Contoh: Saya sayang akan negara dan mahu mengharumkan nama negara dan agama menerusi sukan ini. (hal. 97) 10. Mudah beremosi. Contohnya, Syahir kalah dalam perlawanan badminton pada peringkat suku akhir menentang Syed Amiri akibat dipengaruhi oleh emosi. Contoh: Kemudian kerana saya hilang sabar dan dipengaruhi emosi, empat mata terakhir saya serahkan sebegitu mudah. (hal. 99) © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
43
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Haji Marzuki 1. Jurulatih pemain badminton perseorangan lelaki bagi Syahir dan Bernard. Contoh: Sejak dilantik semula untuk melatih pemain perseorangan lelaki, bekas naib juara dunia dua kali itu nekad memilih kami berdua menjadi ‘anak murid’nya. (hal. 47) 2. Bekas juara Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali. Contoh: Saya tidak terus bertanya, sebaliknya menatap tampang bekas juara Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali itu. (hal. 45) 3. Komited terhadap tugas. Contohnya, Haji Marzuki melatih pemain-pemain badminton perseorangan negara dengan penuh tanggungjawab. Contoh: Meskipun dia pernah disingkirkan dengan cara penuh kontroversi daripada jawatan ketua jurulatih kebangsaan awal tahun lepas, komitmennya melatih barisan pemain perseorangan negara masih di tahap maksimum. (hal. 46 – 47) 4. Sanggup berkorban. Contohnya, Haji Marzuki telah banyak membantu Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Contoh: Tidak tergamak pula saya untuk meminta pandangan Haji Marzuki yang telah banyak berkorban memastikan laluan saya ke Jakarta. (hal. 125 – 126) 5. Pandai mengatur strategi dalam sukan badminton. Contohnya, strategi yang dirancang olehnya telah membolehkan Syahir meraih gelaran juara dunia. Contoh: Taktik saranan Haji Marzuki itu memang menjadi. Andri jelas terperangkap dengan rentak permainan yang saya tampilkan tiba-tiba. (hal. 154) 6. Mementingkan kebajikan pemain-pemain bimbingannya dengan memberikan kata-kata perangsang kepada mereka. Contoh: Yang penting, kau kena kuatkan mental, teguhkan iman. Banyakkan berselawat dan berdoa. (hal. 114) Wan Najlah 1. Adik kepada Wan Najhan, sahabat baik Syahir. Contoh: “ Adik aku, Syah. Adik aku si Najlah tu...” (hal. 65) 2. Pemain badminton perseorangan wanita. Contoh: Yang pasti, pemain muda perseorangan wanita yang sedang meningkat naik di peringkat kebangsaan ini cukup gemar mengusik jika berada di sisi abangnya. (hal. 26) 3. Mengubah penampilan dengan berpakaian menutup aurat termasuklah ketika bermain badminton. Contoh: Saya meninjau perlawanan perseorangan wanita di gelanggang paling kanan. Wan Najlah yang menjadi kejutan utama dalam kejohanan terbuka ini dengan penampilan bertudungnya. (hal. 80) 4. Mengakui kesalahan diri. Contohnya, Wan Najlah memohon maaf atas sikap emosionalnya terhadap Syahir. Contoh: “Saya mohon maaf atas sikap emosional saya tempoh hari.” Sekali lagi dia memohon maaf. (hal. 55) 44
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
5. Kecewa dan cemburu apabila tersiarnya berita tentang hubungan Syahir dengan artis tempatan, iaitu Ratna. Contoh: Apakah gadis itu berasa cemburu atau kesal dengan paparan yang sangat memalukan itu? (hal. 96) Kak Uda Syahrizah 1. Pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Contoh: “Bilakah kau nak ke Jakarta, Syah?” Pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu bertanya. (hal. 12) 2. Belum berkahwin. Contoh: Bertuah sungguh doktor bujang yang seorang ini! (hal. 101) 3. Bertanggungjawab. Contohnya, Kak Uda Syahrizah menjaga ibunya yang tidak sihat. Contoh: “Syah pergilah, Kak Uda ada, boleh jaga mak, insya-Allah.” (hal. 78) 4. Penyayang. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menjaga ibunya di hospital. Contoh: “Kak Uda dah pun ambil cuti untuk jaga mak sementara kau tak ada. (hal. 127) 5. Taat akan perintah Tuhan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sentiasa menunaikan solat. Contoh: Kak Uda dan Kak Ngah pergi ke surau menunaikan solat asar. (hal. 128)
Latar Latar Tempat 1. Restoran 48 Jam Syahir dan Wan Najhan makan tengah hari di Restoran 48 jam sebelum pulang ke rumah. Contoh: Sebelum pulang ke rumah, kami singgah makan tengah hari di Restoran 48 Jam. (hal. 25) 2. Dewan latihan Syahir dan rakan-rakannya menjalani latihan badminton di dewan latihan. Contoh: Selesai beberapa pusingan larian di dalam dewan yang mengandungi lima gelanggang badminton, barulah kami diarahkan melakukan senaman dan regangan. (hal. 43) 3. Pasar malam Syahir dan emaknya singgah di pasar malam sebelum pulang ke rumah selepas menghadiri ceramah agama. Contoh: Hampir jam enam, kuliah selesai. Kami tidak terus pulang, sebaliknya singgah di pasar malam. (hal. 74) 4. Jakarta Syahir menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa yang diadakan di Jakarta. Contoh: Ini kali keempat saya tiba di Jakarta. Gemuruh yang melanda diri sejak tiba malam semalam seolah-olah ini kali pertama saya bertanding di bumi Indonesia. (hal.131) © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
45
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
5. Hospital Syahir menjaga emaknya yang sakit di Hospital Universiti. Contoh: Sejak malam tadi saya tidak pulang ke rumah semata-mata kerana mahu menjaga emak di hospital. (hal. 125) 6. Istora Senayan Kejohanan Badminton Antarabangsa berlangsung di stadium Istora Senayan. Contoh: Sehari sebelum kejohanan bermula, para pemain setiap negara dibenarkan ke Istora Senayan untuk menguji gelanggang dan membiasakan diri dengan persekitaran stadium. (hal. 133) Latar Masa 1. Hari Sabtu Syahir memantau perlawanan pusingan ketiga yang melibatkan Syed Amiri. Contoh: Lalu tengah hari Sabtu itu, saya memantau perlawanan Syed Amiri pusingan ketiga. (hal. 79) 2. Hari Rabu Kejohanan Badminton Antarabangsa dibuka secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa. Contoh: Pada pagi Rabu, Kejohanan Badminton Antarabangsa dibuka secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa yang berbangsa Jepun. (hal. 134) 3. Lima hari Setelah lima hari Kejohanan Badminton Antarabangsa berlangsung, akhirnya Syahir melayakkan diri ke perlawanan akhir. Contoh: Setelah lima hari berlalu, siapa sangka saya akan sampai sejauh ini. (hal. 142) 4. Waktu pagi Syahir pulang ke Kuala Lumpur setelah diarahkan oleh Haji Marzuki. Contoh: Awal pagi lagi saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki komuter. (hal. 104) 5. Waktu malam Syahir menonton televisyen di rumahnya selepas pulang dari latihan badminton. Contoh: Jam 11.10 malam. Saya hidupkan televisyen yang hanya sempat saya tonton pada waktu-waktu begini. (hal. 32) Latar Masyarakat 1. Masyarakat jurulatih yang berkaliber. Haji Marzuki dan Mas Suparman ialah jurulatih yang berpengalaman. Contoh: Sekilas saya memandang ke arah Haji Marzuki dan Mas Suparman yang sedang menapak pulang diiringi Bernard dan Kam Heng. Mereka berdua bukan sahaja jurulatih berpengalaman dan berwibawa, malah diakui bertaraf dunia. (hal. 7)
46
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
2. Masyarakat yang cinta akan negara. Syahir berazam untuk meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton kerana ingin mengharumkan nama negara dan agama. Contoh: Saya sayang akan negara dan mahu mengharumkan nama negara dan agama menerusi sukan ini. (hal. 97) 3. Masyarakat yang mementingkan nilai-nilai Islam. Syahir sentiasa mengamalkan nilai-nilai Islam termasuklah ketika bersukan. Contoh: Sehingga sekarang, hanya saya satu-satunya pemain lelaki Muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa. (hal. 19) 4. Masyarakat yang komited terhadap tugas. Haji Marzuki melatih pemain-pemain badminton perseorangan negara dengan penuh tanggungjawab. Contoh: Meskipun dia pernah disingkirkan dengan cara penuh kontroversi daripada jawatan ketua jurulatih kebangsaan awal tahun lepas, komitmennya melatih barisan pemain perseorangan negara masih di tahap maksimum. (hal. 46 – 47) 5. Masyarakat yang bersatu padu dalam satu pasukan. Syahir, Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan pemain-pemain badminton yang lain bermain dalam satu pasukan dengan semangat bersatu padu. Contoh: Buktinya, Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan ramai lagi teman daripada kaum lain boleh bermain dalam satu pasukan. (hal. 50) 6. Masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan. Kak Uda Syahrizah sentiasa memberikan sokongan kepada Syahir. Contoh: Kak Uda seperti selalu, menguja semangat saya. Nadanya tepu dengan motivasi. (hal. 144)
Gaya Bahasa 1. Diksi (a) Penggunaan bahasa Inggeris Contoh: Bukankah ranking dunia sudah cukup untuk menentukan kelayakan? (hal. 23) (b) Penggunaan bahasa Arab Contoh: Tidak pernah saya ghaflah akan wasiat arwah abah yang satu itu. (hal. 14) (c) Penggunaan bahasa Jawa Contoh: Langkah Andri modar. (hal. 160) 2. Simile Contoh: (a) “Kadang-kadang terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari.” (hal. 21) (b) Cuping telinga saya bagai dijentik. (hal. 111) 3. Personifikasi Contoh: Angin semilir berpuput lembut memukul wajah. (hal. 2) 4. Peribahasa Contoh: Saya mengepal buku lima. (hal. 95)
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
47
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
5. Sinkope Contoh: Tak larat pula nak melompat. (hal. 10) 6. Metafora Contoh: Tidak semena-mena wajah arwah abah pula yang hadir di layar minda. (hal. 144) 7. Inversi Contoh: Perkataan ‘selebriti’ itu cukup saya benci. (hal. 40) Sepatutnya: Saya cukup benci perkataan ‘selebriti’ itu. 8. Hiperbola Contoh: Darah saya berderau. (hal. 90)
Sudut Pandangan Dalam novel Justeru Impian di Jaring , pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama. Pengarang sendiri yang bercerita dengan menggunakan kata ganti nama ‘saya’. Contoh: Saya bernafas lega. Kenalan wartawan yang sudah menjadi rafik akrab ini sering lekas membaca hati saya . (hal. 2) Nilai Murni 1. Kasih sayang – Syahir menjaga emaknya yang sakit di hospital semalaman. Contoh: Sejak malam tadi saya tidak pulang ke rumah semata-mata kerana mahu menjaga emak di hospital. (hal. 125) 2. Hemah tinggi – Syahir menghormati Syed Amiri walaupun Syed Amiri selalu menyakitkan hatinya. Contoh: Hingga kini, saya kekal menghormatinya sebagai abang. Biarpun saya sedar, dia tidak menyenangi saya sejak lama dulu. (hal. 49) 3. Patriotisme – Syahir berazam untuk mengharumkan nama negara dan agama dengan meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton. Contoh: Saya sayang akan negara dan mahu mengharumkan nama negara dan agama menerusi sukan ini. (hal. 97) 4. Rasional – Haji Marzuki menasihati pemain-pemain badminton negara supaya berfikir secara rasional. Contoh: “Cubalah bertenang, rasionalkan fikiran. Jangan ambil keputusan terburu-buru untuk menentang.” Haji Marzuki terus-terusan cuba menyabarkan beberapa pemain sebelum berakhirnya sesi latihan pagi. (hal. 25) 5. Kesyukuran – Syahir bersyukur kepada Tuhan kerana ususnya tidak meletus akibat radang apendiks. Contoh: Saya melimpahkan kesyukuran kerana dengan nikmat Allah yang Maha Pengasih jualah, umbai usus yang bengkak tidak meletus. (hal. 167)
Pengajaran 1. Sebagai anak, kita perlulah meluangkan masa bersama-sama ibu bapa. Walaupun sibuk dengan latihan, Syahir mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersamasama emaknya. 2. Kita perlulah menerima sebarang komen secara positif. Walaupun komen yang diberikan oleh Engku Aiman agak melampau, namun Syahir menerimanya dengan hati yang terbuka.
48
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Kita haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Syariat yang dipegang oleh Syahir ketika bersukan telah mengubah hati Wan Najlah untuk turut menutup aurat ketika bersukan. 4. Kita perlulah menghormati seseorang walaupun tidak disenangi oleh orang tersebut. Syahir menghormati Syed Amiri walaupun Syed Amiri selalu menyakitkan hatinya. 5. Kita mestilah bekerjasama dalam satu pasukan. Syahir bekerjasama dengan Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan pemain-pemain lain dalam satu pasukan. 6. Kita mestilah sentiasa berusaha walaupun mengalami kegagalan. Wan Najhan memberikan semangat kepada Syahir yang gagal melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Antarabangsa. Praktis Formatif
P B S
1
Justeru Impian di Jaring
Huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang terhadap ibu seperti yang terdapat dalam novel Justeru Impian di Jaring.
Tawanan Komander Caucasus Sinopsis Kim Yong, anak seorang hartawan telah hilang sewaktu mencari kumbang. Walaupun Kim Yong bersikap sombong, namun Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath melawat ibunya. Di sana, mereka mengetahui bahawa Kim Yong gemar memelihara kumbang. Sebulan selepas itu, Farhani pula hilang ketika mencari kumbang di dusun datuknya. Farhani telah memasuki dunia kumbang dan telah ditawan oleh Komander Caucasus. Farhani telah dibawa untuk menghadap Maharaja Tanduk dan telah dikurung di dalam sebuah balang kaca di sebuah makmal. Dara Bintik dan Bara datang menyelamatkan Farhani. Mereka turut menyelamatkan orang yang berada di sebelah balang Farhani. Farhani terkejut apabila mendapati Kim Yong yang berada di situ. Mereka telah pergi ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera, iaitu anak saudara Maharaja Tanduk. Haikal, Wei, dan Devnath turut memasuki alam kumbang semasa ingin mencari Farhani di sebuah rumah usang. Mereka telah ditangkap oleh Bara dan dibawa ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera. Mereka terkejut kerana telah menemui Farhani dan Kim Yong. Kemudian, mereka semua diarahkan meninggalkan tempat persembunyian itu kerana telah dapat dikesan oleh tentera Komander Caucasus. Namun demikian, Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Hal ini demikian kerana, Dara Bintik telah belot. Farhani dan Kim Yong sempat menyelamatkan diri. Komander Caucasus telah merampas takhta dan menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Caucasus. Farhani dan Kim Yong merancang untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera dan rakanrakannya. Ketika sedang berjalan, mereka diselamatkan oleh Dara Merah, sepupu Dara Bintik daripada tentera Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong meminta Dara Merah mengembalikan mereka ke dunia manusia. Dara Merah bersetuju dengan syarat mereka membantunya membebaskan Bara dan Puteri Coleoptera serta rakan-rakan mereka. Farhani dan Kim Yong sanggup membantu Dara Merah. Farhani menunjukkan izrael endosulfan, iaitu sejenis cecair yang boleh memusnahkan kumbang kepada Dara Merah. Mereka akan menggunakan cecair tersebut untuk menewaskan Komander Caucasus.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
49
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Mereka ke mahligai kerajaan kumbang menjelang tengah malam. Sementara itu, Haikal, Wei, dan Devnath yang berada dalam penjara disuruh bersedia untuk melarikan diri kerana bantuan dari luar akan datang. Dara Merah yang menyamar sebagai Dara Bintik telah meminta kebenaran Weevil, iaitu penyedia makanan untuk menghantar minuman kepada Maharaja Caucasus. Dara Merah memujuk Maharaja Caucasus untuk minum minuman yang telah dicampurkannya dengan izrael endosulfan. Weevil tidak sempat menghalang Maharaja Caucasus daripada meminum minuman itu setelah menyedari hal sebenarnya. Maharaja Caucasus akhirnya tumbang setelah sempat menikam Dara Merah. Farhani dan Kim Yong segera menyelamatkan Haikal, Wei, dan Devnath serta tahanan di sebelah sel rakan-rakannya. Semasa Dara Merah dan kumpulannya melarikan diri melalui terowong, mereka dihalang oleh tentera Caucasus yang diketuai oleh Dara Bintik. Farhani telah menyembur racun serangga kepada mereka. Akhirnya, Dara Bintik, Komander Caucasus, serta pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Mereka telah diberikan rawatan untuk menghilangkan kesan racun itu. Maharaja Tanduk menyesal kerana membiarkan Puteri Coleoptera menjadi pelarian akibat tipu muslihat Komander Caucasus. Puteri Coleoptera ditabalkan menjadi peneraju utama kerajaan kumbang, Bara sebagai penasihat Puteri Coleoptera, manakala Dara Merah pula menjadi komander tentera. Sebelum berpisah, Puteri Coleoptera menghadiahkan lambang kebesaran kerajaan kumbang kepada Farhani dan rakan-rakannya. Farhani dan rakan-rakannya kembali ke dunia manusia. Namun begitu, keluarga mereka tidak dapat melihat mereka. Kemudian, mereka ke istana Puteri Coleoptera semula. Menurut Bara, mereka telah diberikan serum yang dimasukkan ke dalam buah-buahan yang telah dimakan oleh mereka semasa di hutan. Bara telah memberikan penawar kepada mereka. Selepas minum penawar itu, mereka pulang ke dunia manusia semula. Kepulangan mereka disambut dengan perasaan syukur oleh keluarga mereka. Banyak wartawan datang untuk mendapatkan berita tentang kehilangan mereka. Namun begitu, mereka tidak menceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu spesies kumbang akan menjadi kajian manusia pula. Mereka hanya menyatakan bahawa mereka tersesat. Kim Yong mengambil keputusan untuk membebaskan semua kumbang yang terdapat di zoo mininya.
Tema Tema novel ini ialah bersatu menentang kezaliman. Dara Merah, Bara, dan Farhani berserta rakanrakannya bersatu dalam menentang kezaliman yang dicetus oleh Komander Caucasus. Komander Caucasus sanggup memenjarakan Puteri Coleoptera dan Bara semata-mata mahu menjadi Maharaja Caucasus. Komander Caucasus bukan sahaja merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk, malahan bertindak kejam dengan memasukkan Kim Yong dan Farhani ke dalam balang kaca untuk dijadikan bahan uji kajinya. Dia berbuat demikian kerana ingin membalas dendam kepada manusia yang telah memusnahkan kumbang. Persoalan 1. Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang. Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera memberikan hadiah kepada mereka sebelum kembali ke dunia manusia. 2. Keberanian menghadapi cabaran. Farhani dan rakan-rakannya tidak gentar untuk menghadapi Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat. 3. Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei, dan Kim Yong ialah murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Perbezaan kaum dan agama tidak menghalang mereka untuk berkawan baik dan hidup bersatu padu. 50
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
4. Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Ibu dan bapa Farhani amat bimbang dan sedih atas kehilangan Farhani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani. 5. Manusia perlu lebih memahami keperluan haiwan. Manusia perlu lebih memahami haiwan dengan menggunakan kaedah yang lebih baik untuk mengawal haiwan perosak. 6. Kejadian alam yang bersifat misteri yang gagal dikesan oleh akal manusia. Kewujudan alam kumbang ini menyedarkan manusia akan adanya alam lain. Terdapat kes-kes tertentu, manusia dapat menemukan alam lain dengan pelbagai peristiwa yang ganjil dan pelik.
Plot Binaan Plot Plot ini secara keseluruhannya disusun secara kronologi, iaitu mengikut urutan masa. 1. Permulaan Kim Yong telah hilang sewaktu keluar rumah untuk mencari kumbang. Kemudian, Farhani pula hilang di hutan ketika mencari kumbang untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya. Berita kehilangan ini bukan sahaja menggemparkan warga sekolah dan penduduk setempat, malahan seluruh negara. 2. Perkembangan Farhani telah memasuki alam kumbang dan telah ditawan oleh Komander Caucasus. Dia telah dimasukkan ke dalam balang kaca untuk dijadikan bahan uji kaji. Dia telah bertemu dengan Kim Yong yang turut ditawan oleh Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong telah diselamatkan oleh Bara dan Dara Bintik. Mereka dibawa ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera. 3. Perumitan Haikal, Wei, dan Devnath muncul di dunia kumbang selepas menjumpai pintu dimensi semasa mencari Farhani. Mereka telah ditangkap oleh Bara dan berjumpa dengan Farhani dan Kim Yong. Tentera Komander Caucasus menangkap Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath selepas Dara Bintik berpaling tadah. Farhani dan Kim Yong sempat menyelamatkan diri. Komander Caucasus telah merampas kuasa Maharaja Tanduk. Farhani dan Kim Yong telah diselamatkan oleh Dara Merah dan pengikutnya. Mereka telah bekerjasama untuk menyelamatkan Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath. 4. Klimaks Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik. Dia telah berjaya untuk memujuk Maharaja Caucasus meminum minuman yang telah dicampurkan dengan racun serangga. Farhani, Bara, dan pasukannya telah menyelamatkan Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, Devnath, serta Maharaja Tanduk. Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus mencuba untuk menyerang pasukan mereka. Farhani telah menyemburkan racun serangga kepada mereka. Dara Bintik, Komander Caucasus, serta pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan. 5. Peleraian Puteri Coleoptera ditabalkan menjadi pemimpin utama kerajaan kumbang. Farhani dan rakanrakannya pulang ke dunia manusia. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke dunia kumbang semula. Bara memberikan mereka formula penawar untuk menghapuskan serum yang terdapat dalam badan mereka. Mereka kembali ke dunia manusia semula. Ibu bapa mereka sangat gembira dengan kepulangan mereka. Mereka tidak menceritakan hal sebenar tentang kehilangan mereka. Mereka mengatakan bahawa mereka telah tersesat di dalam hutan. © Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
51
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Teknik Plot 1. Pemerian Pengarang menggambarkan perwatakan Kim Yong yang sombong dan angkuh. Dia sering menyisihkan diri dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Akibatnya, dia tidak dipedulikan oleh mereka. Contoh: Kim Yong merupakan rakan sekelas Farhani, Ren Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath. Dalam kalangan rakan-rakan, Kim Yong bukanlah seorang yang mudah didekati. Dia sering menyisihkan diri, enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Dia dianggap sombong dan angkuh. Akhirnya, dia tidak dipedulikan sesiapa. (hal. 1) 2. Dialog Perbualan antara Cikgu Salimah dengan ibu bapa Farhani tentang berita-berita di akhbar dan tohmahan terhadapnya berikutan kehilangan Farhani.
Contoh: “Berita-berita akhbar itu bagaimana? Encik Adnan percaya?” Pernah juga Cikgu Salimah meluahkan kebimbangan kepada Encik Adnan mengenai tohmahan yang tersebar. “Cikgu jangan bimbang. Kami lebih tahu perkara yang berlaku. Insya-Allah kami tak akan mudah terpengaruh akan tohmahan mahupun fitnah yang tersebar,” jelas Encik Adnan, menghapuskan kebimbangan yang membelenggu Cikgu Salimah. (hal. 52 – 53) 3. Monolog dalaman Farhani berkata dalam hatinya bahawa dia sentiasa mengingati Tuhan, bukannya ketika berada dalam kesusahan sahaja.
Contoh: “Begitulah manusia. Apabila kesusahan barulah ingat akan Tuhan,” sindir Komander Caucasus apabila mendengar doa Farhani. Sinis benar kata-kata itu di telinga Farhani. Hei, itu bukan sifatku! Aku selalu mengingati-Nya. Namun begitu, kata-kata itu tidak mampu dilontarkan. Hanya terpendam di dalam hati. (hal. 37 – 38) 4. Monolog luaran Apabila rakan-rakan yang ditunggunya tidak muncul, Farhani mengomel sendirian tentang sikap mereka yang tidak berpegang kepada janji.
Contoh: “Hmm memang tak pegang janji...” Dia bersungut sendirian. (hal. 16) 5. Imbas kembali Farhani teringat akan cerita bapanya tentang rumah terbiar yang biasa dijumpai oleh bapanya di dalam hutan. Kebanyakan rumah itu dimiliki oleh tuan punya atau pengurus ladang berbangsa Inggeris. Rumah itu dibina jauh ke tengah ladang untuk mengelakkan daripada gangguan serangan komunis semasa zaman darurat.
52
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Contoh: “Agaknya, ini rumah pegawai British yang pernah menjadi pengurus ladang pada masa dulu,” kata Farhani yang tiba-tiba teringat cerita-cerita bapanya yang biasa terjumpa rumah terbiar. Kebanyakan rumah itu dimiliki sama ada oleh tuan punya atau pengurus ladang berbangsa Inggeris. Kediaman mereka selalunya dibina jauh ke tengah ladang untuk mengelakkan daripada gangguan serangan komunis semasa zaman darurat. (hal. 19) 6. Saspens Pembaca tertanya-tanya sama ada Farhani akan dapat dilihat oleh keluarganya atau sebaliknya setelah dia meminum formula yang diberikan oleh Bara.
Contoh: MALAM telah hampir ke penghujungnya apabila Farhani sampai di rumah. Jaluran merah jingga mega sudah berbalam-balam kelihatan. Dia benar-benar berharap formula yang diminumnya tadi akan memberikan reaksi positif. Dia tidak mahu menjadi halimunan. Dia ingin menjalani kehidupan sebagai manusia biasa. Tidak putus-putus dia berdoa agar dapat kembali ke pangkuan keluarga. Dia benar-benar rindu akan ibunya. Teramat rindu akan ahli keluarganya. (hal. 164) 7. Kejutan Farhani tidak dapat dilihat oleh keluarganya setelah dia pulang ke rumahnya.
Contoh: Farhani tergamam mendengar perbualan ahli keluarganya. Sudah dua minggu dia hilang? Dia berasakan baru beberapa hari dia berada di alam kumbang. Paling aneh, ahli keluarganya tidak dapat melihat dirinya. Sudah matikah dia? Adakah komposisi dirinya kini hanya roh tanpa jasad. Farhani hampir menangis mengenang akan keadaan dirinya yang tidak dapat dilihat oleh ahli keluarganya. (hal. 158 – 159)
Watak dan Perwatakan Farhani (watak utama) 1. 2. 3. 4. 5.
Berusia 13 tahun dan belajar di Sekolah Menengah Seri Kencana. Bapanya bernama Adnan dan ibunya, Puan Asmah. Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Jarak usianya dengan abangnya ialah sembilan tahun. Sangat berani. Contohnya, dia tidak takut mencari kumbang wal aupun seorang diri sehingga dia menjumpai sebuah rumah usang.
6. Bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Contohnya, oleh sebab tidak mahu melengahkan masa menunggu Chea Mei dan Mira, dia meneruskan usaha mencari kumbang kerana tugasan itu perlu disediakan keesokan harinya. 7. Bijak menerangkan lokasi kumbang berada ketika diajukan soalan oleh Chea Mei kepada Cikgu Salimah. 8. Berjiwa luhur. Contohnya, semasa diselamatkan oleh Bara dan Dara Bintik, dia berkeras mahu menyelamatkan orang yang dikurung di sebelah kurungannya.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
53
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
9. Tabah dan tidak mudah menyerah kalah semasa ditawan oleh Komander Caucasus dan tenteranya. 10. Prihatin terhadap orang lain. Contohnya, dia bersedia untuk membantu Dara Merah membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, serta rakan-rakannya. Kim Yong 1. Anak tunggal kepada Puan Lee. 2. Rakan sekelas Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath. 3. Bapanya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta yang banyak kepadanya. 4. Sombong kerana kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya dan tidak mahu berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya. 5. Sedar akan kesalahannya. Contohnya, dia berjanji akan menjadi rakan yang baik dan tidak sombong lagi apabila Farhani membantunya. 6. Berani memohon maaf atas kesalahannya. Contohnya, setelah Farhani menyelamatkannya, dia meminta maaf kepada Farhani atas sikap sombongnya selama ini. 7. Bijak menyelamatkan diri. Contohnya, dia memanjat pokok untuk mengelakkan diri daripada ditawan oleh tentera Caucasus yang menyerang tempat persembunyian mereka. 8. Prihatin terhadap orang lain. Contohnya, dia sanggup membantu Dara Merah untuk membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, serta rakan-rakannya yang ditawan oleh Maharaja Caucasus. Komander Chalcosoma Caucasus 1. Kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk dan ketua tentera kerajaan kumbang. 2. Mendendami manusia kerana manusia telah membunuh spesies kumbang untuk tujuan uji kaji dan penggunaan racun serangga. 3. Menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Caucasus setelah berjaya merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk. 4. Tamak akan kuasa sehingga sanggup mempengaruhi Maharaja Tanduk untuk menyingkirkan Puteri Coleoptera semata-mata mahu jawatan penting dalam kerajaan kumbang. 5. Bersikap kejam terhadap manusia. Contohnya, dia mahu menjadikan Kim Yong dan Farhani sebagi bahan uji kajinya dan telah memasukkan mereka ke dalam balang kaca. 6. Sangat berpengaruh. Contohnya, dia dapat mempengaruhi Dara Bintik agar menyertainya dan Weevil yang telah lama berkhidmat dengan Maharaja Tanduk pun menjadi pengikut setianya. Bara 1. Kumbang kepercayaan Komander Caucasus. 2. Pengikut setia Puteri Coleoptera. 3. Berani mempertahankan Puteri Coleoptera kerana percaya puteri itu berada di pihak yang benar. 4. Baik hati. Contohnya, dia menyelamatkan Farhani yang menjadi tawanan Komander Caucasus. 5. Bertanggungjawab atas perbuatannya. Contohnya, dia memberikan formula penawar bagi memulihkan keadaan Farhani dan rakan-rakannya yang telah dijadikan bahan uji kaji oleh saintis kumbang. Dara Merah 1. Pengikut setia Puteri Coleoptera. 2. Sepupu kepada Dara Bintik. 3. Berani menyamar sebagai Dara Bintik dan telah meletakkan racun ke dal am minuman Maharaja Caucasus.
54
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
4. Bijak mencari helah apabila Maharaja Caucasus meminta dia meminum minuman yang telah diletakkan racun. 5. Seorang yang berpengaruh. Contohnya, pengikutnya taat dan hormat kepadanya dan dia telah menjadi komander tentera menggantikan Komander Caucasus. Cikgu Salimah 1. Guru tingkatan dan guru Sains bagi kelas Farhani. 2. Berumur 25 tahun. 3. Bersikap tegas apabila meminta murid-muridnya memberikan perhatian semasa beliau mengajar. 4. Berani meminta maaf atas kesilapannya yang membiarkan murid-muridnya mencari kumbang tanpa pengawasannya. 5. Bertanggungjawab atas kehilangan Farhani. Contohnya, beliau mengajak Haikal dan muridmuridnya yang lain mencari Farhani di dusun datuk Farhani. 6. Bersikap sabar apabila abang Farhani, Akmal memarahinya sebagai punca kehilangan adiknya.
Latar Latar Tempat 1. Sekolah Menengah Seri Kencana Para wartawan datang untuk mewawancara Farhani dan rakan-rakannya selepas mereka selamat kembali. 2. Rumah usang Tempat Farhani dan rakan-rakannya masuk ke dunia kumbang. 3. Dunia Kumbang Terdapat kerajaan yang dipimpin oleh Maharaja Tanduk dan Farhani telah ditawan oleh Komander Caucasus semasa memasuki dunia kumbang. 4. Rumah Farhani Tempat tinggal Farhani bersama-sama ibu dan bapanya. 5. Makmal sekolah Farhani dan rakan-rakannya ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk mencari kumbang. 6. Dusun datuk Farhani Farhani mencari kumbang di kawasan dusun datuknya dan telah menemukan sebuah rumah usang peninggalan penjajah. Latar Masa 1. Waktu hampir menjelang senja Kim Yong masuk ke kawasan pinggir hutan untuk mencari kumbang. 2. Waktu petang Cikgu Salimah bersama-sama Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath, dan Wei cuba mencari Farhani di dusun datuk Farhani. 3. Waktu malam Haikal, Devnath, dan Wei datang ke rumah usang itu semula untuk mencari Farhani.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
55
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Latar Masyarakat 1. Masyarakat remaja. Terdiri daripada Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath, Wei, dan Kim Yong. Sebagai remaja, mereka suka mengusik. Walau bagaimanapun, mereka mampu menunjukkan keberanian dan sikap bertanggungjawab ketika keadaan terdesak. 2. Masyarakat haiwan. Terdiri daripada Kamonder Caucasus, Maharaja Tanduk, Puteri Coleoptera, Bara, Dara Merah, dan Dara Bintik. Masyarakat haiwan ini mampu bercakap seperti manusia. 3. Masyarakat majmuk yang saling bekerjasama. Encik Adnan, James Ren, dan beberapa orang penduduk kampung berbincang tentang kehilangan Farhani. 4. Warga sekolah. Terdiri daripada guru dan murid sekolah seperti Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath, Wei, dan Kim Yong. 5. Masyarakat yang saling membantu. Bara telah menyelamatkan Farhani yang ditawan oleh Komander Caucasus, manakala Farhani telah membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya. 6. Masyarakat yang bersikap tamak dan mementingkan diri. Komander Caucasus sanggup mempengaruhi Maharaja Tanduk untuk menyingkirkan Puteri Coleoptera semata-mata mahu jawatan penting dalam kerajaan dan telah merampas kuasa Maharaja Tanduk.
Gaya Bahasa 1. Ayat (a) Penggunaan ayat pendek. Farhani terkedu. (hal. 35) Farhani kaget . (hal. 36) • •
(b) Penggunaan ayat sederhana. Farhani dan rakan-rakannya tidak masuk ke dalam rumah. (hal. 4) Sekali-sekala Chea Mei memandang ke arah jalan raya . (hal. 21) • •
(c) Penggunaan ayat panjang. Tempat persembunyian ini pun merupakan tempat ayahandanya selalu mengasingkan diri untuk mencari ketenangan sewaktu masih memerintah kerajaan kumbang itu. (hal. 85) Dalam perjalanan itu dia tidak henti-henti mencari akal untuk memikirkan sesuatu yang dapat membantunya menyelamatkan teman-temannya supaya misi menabalkan Puteri Coleoptera dapat dijayakan. (hal. 118) •
•
2. Sinkope Contoh: “Itu cerita, ini realiti! Mungkin penculik tu nak guna taktik lain.” Mira pula membuat andaian. (hal. 6) “Kamu tak hairan ke? Kim Yong dikatakan hilang sewaktu keluar rumah untuk mencari kumbang?” Farhani pula bersuara. (hal. 6) •
•
56
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Personifikasi Contoh: Bau yang kurang enak itu mengasak-asak hidungnya dan bermukim pula di paru-parunya. (hal. 19) Perasaan takut menyelinap ke dalam hati Farhani. (hal. 48) •
•
4. Simile Contoh: KEBINGITAN di dalam makmal seolah-olah tidak mampu ditangani. (hal. 9) Aliran darah bagaikan terhenti tiba-tiba. (hal. 32) Wajah ibu dan bapanya bagaikan menjauh. (hal. 110) • • •
5. Hiperbola Contoh: Angin petang yang dingin dan nyaman sekali-sekala singgah menggigit kulit lengannya yang terdedah. (hal. 65) Bintang-gemintang juga telah hilang ditelan awan. (hal. 130) 6. Inversi Contoh: Garau suara Maharaja Caucasus menghentak pendengaran telinga Dara Merah. (hal. 139) •
•
•
7. Peribahasa Contoh: Agaknya, inilah yang dikatakan umpama nila setitik rosak susu sebelanga atau seperti seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. (hal. 36) Weevil terpinga-pinga. Kehairanan kerana Dara Bintik tidak pernah ringan tangan untuk membantunya. (hal. 137) •
•
8. Metafora Contoh: Wajah kota semakin jauh ditinggalkan. (hal. 42) Maklumat tentang spesies kumbang ini sedia tersimpan di dalam peti fikiran Farhani. (hal. 45) • •
Sudut Pandangan 1. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga dan berperanan sebagai pencerita. Pengarang menceritakan tindak-tanduk watak dan perwatakan watak serta segala peristiwa tanpa melibatkan dirinya. 2. Pengarang menggunakan watak lain dan kata ganti nama diri ‘dia’ atau ‘mereka’ bagi watak-watak untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku. 3. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Pengarang mengetahui apaapa yang dilakukan, dikatakan, difikirkan, dan dirasakan oleh watak. Contoh: Farhani terpegun. Pintu gerbang di hadapannya sungguh indah, didirikan oleh jalinan pokok berduri dengan rimbunan daun hijau segar. Kuntuman kecil berwarna merah ungu melebar pada serata gerbang. Sulaman bunga yang lebih besar berwarna kuning kenanga menimbulkan seri. Dia tiba-tiba teringat akan telefon bimbit yang sememangnya dibawa ke mana-mana, kecuali ke sekolah. Telefon bimbit berkamera kepunyaan bapanya itu dihadiahkan kepadanya sempena ulang tahun yang ke-13 beberapa minggu lalu. Keindahan pintu gerbang itu harus dirakam. (hal. 41)
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
57
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Nilai Murni 1. Kasih sayang – Ibu bapa Farhani amat sayang akan Farhani dan mereka sangat runsing dan sedih atas kehilangannya. 2. Keberanian – Farhani berani mencari kumbang bersendirian di hutan dan memasuki rumah usang. 3. Kebebasan – Kim Yong bertekad untuk membebaskan kumbang-kumbang yang terdapat di zoo mininya. 4. Kejujuran – Cikgu Salimah bertanggungjawab atas kehilangan Farhani dan telah memohon maaf daripada keluarga Farhani. 5. Hemah tinggi – Kim Yong meminta maaf daripada Farhani atas sikapnya sombongnya selama ini dan berazam untuk menjadi kawan yang baik kepada rakan-rakannya. 6. Kesyukuran – Farhani, Dara Merah, dan pasukannya telah berjaya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya. Puteri Coleoptera menghadiahkan lambang kebesaran kerajaan kumbang kepada Farhani dan rakan-rakannya sebagai tanda terima kasih.
Pengajaran 1. Kita hendaklah berani meminta maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Kim Yong meminta maaf daripada Farhani atas sikap sombongnya selama ini. 2. Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Dara Merah dan Bara untuk menewaskan Dara Bintik dan tentera Maharaja Caucasus. 3. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang diberikan. Farhani bertanggungjawab untuk mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah. 4. Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Ibu bapa Farhani bersabar dengan kehilangan Farhani dan menganggap kehilangan Farhani sebagai takdir. Mereka tidak menyalahkan Cikgu Salimah. 5. Kita janganlah menaruh dendam terhadap orang lain. Farhani tidak berdendam kepada Kim Yong walaupun Kim Yong bersikap sombong terhadapnya. 6. Kita seharusnya taat kepada kerajaan. Komander Caucasus seharusnya taat kepada Maharaja Tanduk, bukannya merampas kuasa akibat sikap tamak. 7. Kita mestilah saling membantu. Bara telah menyelamatkan Farhani yang ditawan oleh Komander Caucasus, manakala Farhani telah membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya. 8. Kita mestilah menyantuni dan lebih memahami haiwan. Kita harus melindungi haiwan yang merupakan makhluk Tuhan selagi haiwan tersebut tidak memudaratkan kita. Jangan sesekali memusnahkan haiwan tanpa sebab yang munasabah. Praktis Formatif
P B S
2
Tawanan Komander Caucasus
Latar masyarakat ialah golongan masyarakat yang menjadi latar belakang dalam sesebuah karya. Berdasarkan novel Tawanan Komander Caucasus, bincangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
58
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Chot Sinopsis
Novel Chot mengisahkan Alias, anak yatim yang kematian bapa memelihara seekor beruk peninggalan ayahnya lima tahun lalu yang bernama Chot. Alias tinggal bersama-sama ibunya yang lumpuh di pondok yang usang di sebuah kampung yang terpencil. Kehidupan Alias dan ibunya sangat susah. Chot merupakan mata pencarian Alias bagi menyara kehidupan mereka. Alias menggunakan Chot untuk mengambil upah memetik kelapa di kampung itu. Alias berkawan baik dengan Som yang kematian ibu. Setiap hari, mereka akan ke sekolah bersama-sama. Alias sangat pintar terutamanya dalam mata pelajaran Matematik, namun dia selalu dimarahi oleh guru Matematik, iaitu Cikgu Sunan kerana datang lewat dan ada kalanya ponteng sekolah disebabkan Chot hilang atau dia keputusan duit belanja. Suatu hari, Chot hilang akibat terputus rantai. Alias telah datang lewat ke sekolah kerana terpaksa mencari Chot terlebih dahulu. Semasa Alias menerangkan sebab kelewatannya, Cikgu Sunan mengherdiknya kerana menyangka bahawa Alias menyindirnya. Akibatnya, Alias terjatuh lalu telinga kanannya terkena bucu meja. Hal ini menyebabkan telinga Alias sakit dan bernanah. Alias tidak hadir ke sekolah kerana telinganya yang bernanah itu berbau busuk. Dia malu kepada kawan-kawannya. Dia takut akan diejek dan dipulaukan oleh mereka. Alias mengambil peluang itu dengan mengambil upah memetik kelapa bersama-sama Chot. Ibunya juga tidak tahu bahawa Alias sakit telinga sehinggalah dia terbau sesuatu yang busuk. Dia memeriksa telinga Alias setelah melihat Alias memegang telinganya. Walaupun Alias tidak ke sekolah, namun setiap hari dia akan menyalin nota dan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Setiap malam, Som akan ke rumah Alias untuk menyiapkan kerja sekolah. Alias juga rajin mengulang kaji pelajaran. Dia sentiasa membawa buku ketika mengambil upah memetik kelapa atau ke mana-mana sahaja. Sepanjang Alias tidak ke sekolah, Cikgu Sunan ada menanyakan ketidakhadiran Alias kepada Som, tetapi Som tidak menceritakan perkara sebenar. Setelah seminggu Alias tidak ke sekolah, guru besar memanggil Cikgu Sunan untuk berbincang tentang ketidakhadiran Alias. Mereka tahu bahawa Alias merupakan anak yatim, tetapi mereka tidak mengetahui ibu Alias lumpuh dan Aliaslah yang menyara keluarganya menggunakan khidmat Chot. Guru besar meminta Cikgu Sunan ke rumah Alias untuk menyiasat perkara tersebut. Kemudian, Cikgu Sunan meminta Som membawanya ke rumah Alias. Akhirnya, Som memberitahu Cikgu Sunan bahawa Alias sakit telinga apabila Cikgu Sunan menanyakannya sekali lagi. Som menunjukkan jalan ke rumah Alias. Dia hanya menghantarkan Cikgu Sunan ke titi berhampiran dengan rumah Alias kerana bimbang akan dimarahi oleh Alias. Apabila sampai di rumah Alias, Cikgu Sunan terkejut apabila melihat rumah Alias dan keadaan ibu Alias. Chot pula begitu marah apabila melihat orang yang tidak dikenalinya berada di rumah tuannya. Cikgu Sunan memujuk Alias supaya ke sekolah kerana peperiksaan semakin hampir. Cikgu Sunan turut melihat telinga Alias yang sakit. Chot yang melihat kejadian itu merontaronta hingga rantai dilehernya terputus. Chot terus menerkam Cikgu Sunan lalu menggigit lengannya. Walaupun cuba dileraikan oleh Alias, namun Chot tetap tidak melepaskan lengan Cikgu Sunan. Alias tidak ada pilihan dan telah mengambil lembing lalu menikam Chot. Akhirnya, Chot mati. Alias meraung dan memeluk Chot.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
59
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Cikgu Sunan mengucapkan terima kasih kepada Alias kerana menyelamatkannya dan mengingatkan Alias supaya ke sekolah. Alias memberitahu Cikgu Sunan bahawa dia tidak dapat ke sekolah lagi kerana Chot yang merupakan mata pencariannya telah mati. Cikgu Sunan terkejut dan berjanji akan membiayai Alias hingga universiti. Selepas menanam Chot, Alias memberitahu ibunya bahawa dia akan ke sekolah pada keesokan hari.
Tema Tema novel Chot karya Azizi bin Haji Abdullah ialah kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan. Keadaan ini digambarkan melalui watak Alias yang menyayangi ibunya yang lumpuh, kasih sayang antara Alias dengan Chot, dan kasih sayang antara rakan baik, iaitu Som dengan Alias. Persoalan 1. Sikap hormat kepada orang tua. Alias akan mencium tangan dan meminta izin ibunya sebelum pergi ke sekolah. Contoh: “Mak, Lias pergi dulu,” begitu katanya dan kemudian Alias meraup lalu mencium dua tangan ibunya. Kadang-kadang air liurnya meleleh dan terlekat pada tangan ibunya. (hal. 3) 2. Kesungguhan guru menceriakan kelas bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Sunan rajin menyediakan pelbagai alatan di dalam kelasnya bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh: Cikgu Sunan sedang tekun menulis di papan hijau beberapa soalan Matematik. Ada tolak dan ada campur. Bilik darjah lima yang tidak seberapa besar itu padat dengan kerusi meja yang sudah lama uzur. Alatan dan carta bergantungan di sana sini. Ada peta-peta dan gambar-gambar terlekat di dinding. Cikgu Sunan memang rajin menyediakan alatan dan gambar. (hal. 25) 3. Ketegasan guru dalam mendidik murid-murid. Cikgu Sunan akan memarahi dan mendenda murid-murid yang tidak membuat kerja rumah dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikannya. Contoh: Cikgu Sunan selalunya akan cepat menyinga kalau murid-murid tidak boleh menjawab soalan Matematiknya. Kalau ada kerja rumah pelajaran Matematik tidak habis, Cikgu Sunan akan lebih marah. Som sudah beberapa kali diherdik dan kena berdiri di hadapan kelas. Kawan-kawan Som pun senasib dengannya tetapi mujur Alias tidak, Alias pandai. (hal. 26) 4. Kasih sayang antara binatang dengan manusia. Alias amat menyayangi Chot dan menjaganya dengan baik. Chot juga seakan-akan mengerti akan kesakitan yang ditanggung oleh Alias. Contoh: Alias bercangkung. Dipegangnya pipi Chot yang cengkung dan tirus itu. Diusap-usap bulunya. Direnung mata Chot yang bening kuyu. “Kau tak sayang aku, Chot,” katanya. Chot menyeringai giginya. Nampak putih giginya. Kemudian Chot menganga mulut sehingga nampak anak lidah. Kemudian perlahan-lahan Chot meraba-raba pipi Alias. Chot tersentuh telinga kanan Alias. “Jangan!” katanya kerana terasa sakit. Alias cepat-cepat meraih tangan Chot. Mata Chot sangat kuyu melihat Alias. (hal. 65 – 66)
60
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
5. Sikap hormat akan guru. Alias tetap menghormati Cikgu Sunan walaupun Cikgu Sunan telah mengherdiknya sehingga menyebabkannya terjatuh dan telinganya sakit. Contoh: “Terima kasih, cikgu ...! Selamat pulang, cikgu!” Alias, antara keluar dengan tidak suaranya, berdiri di belakang Cikgu Sunan memberi ucapan hormat sebelum melangkah keluar. “Hmmmmm!” Cikgu Sunan sedikit pun tidak berpaling. Som menarik tangan Alias. Som sudah mula berasa benci kepada Cikgu Sunan. Tambahtambah lagi apabila Alias yang cuba hendak menunjuk baik, tidak dipedulikannya langsung. (hal. 46) 6. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Alias bertanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga kerana ibunya lumpuh. Contoh: Alias teringat beras di rumah sudah tinggal segenggam. Alias teringat ikan gelama hanya tinggal seekor lagi. Alias teringat wang untuk ke sekolahnya sudah tidak ada. Semuanya memerlukan dia mencari wang bersama-sama Chot. (hal. 103 – 104) 7. Sikap mengambil berat terhadap jiran. Mak Su Kiah menjaga ibu Alias sekiranya sakit dan sering memberikan makanan kepada Alias dan ibunya. Contoh: Mak Su Kiah, jiran sebelah, kematian suami sejak beberapa lama. Mak Su Kiah sangat baik hati kepada Alias dan ibunya – suka mengambil berat. Boleh dikatakan, Mak Su Kiahlah yang menjaga ibu Alias jika terjadi sakit pening. Boleh dikatakan dua hari dalam seminggu, makan tengah hari Mak Su Kiahlah yang memberi sayur gulai sebelum Alias sempat memasak sendiri. (hal. 58) 8. Keinginan dan kesungguhan untuk belajar. Walaupun tidak ke sekolah, namun Alias akan ke rumah Som untuk mengambil nota dan menyalin kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Sunan. Contoh: Setiap petang Alias juga akan ke rumah Som untuk mengambil nota dan menyalin kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Sunan. (hal. 133) 9. Kepandaian memberikan arahan kepada binatang. Alias pandai memberikan arahan kepada Chot supaya memetik kelapa yang dikehendakinya. Contoh: “Haaaa! Itu! Masak! Masak! Chot menueringai giginya. “Pulas! Pulas! Chor sangat arif dengan arahan sebergitu. Hanya buah yang sudah masak. dipulas-pulasnya. Apabila buah itu jatuh berdebuk, Chot mengernyih menjenguk ke bawah sebentar lalu menghingguthinggut pelepah kelapa terdekat. Chot sungguh seronok. (Hal. 99)
Plot Binaan Plot Plot novel Chot dijalin mengikut kronologi. Setiap peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa dan amat mudah difahami pembaca.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
61
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
1. Permulaan Novel Chot dimulakan dengan gambaran kehidupan Alias yang susah. Alias hidup bersama-sama ibunya yang lumpuh dan seekor beruk yang bernama Chot. Alias terpaksa menyara keluarganya dengan hasil daripada upah memetik kelapa menggunakan khidmat Chot. Semasa ingin ke sekolah, Alias mendapati Chot hilang. Alias mencari Chot di merata-rata tempat, tetapi tidak ditemukannya. Akibatnya, Alias lewat tiba di sekolah. 2. Perkembangan Peringkat perkembangan cerita, digambarkan sikap Cikgu Sunan yang garang dan tegas terhadap murid-murid. Alias yang tiba lewat di sekolah telah dipanggil oleh Cikgu Sunan. Alias memberitahu Cikgu Sunan bahawa dia lewat kerana mencari beruknya yang hilang. Cikgu Sunan memarahi Alias kerana lebih mementingkan beruk daripada sekolah. Semasa Alias memberitahu Cikgu Sunan bahawa dia sayang akan beruknya, Cikgu Sunan telah mengherdiknya. Akibatnya, Alias terjatuh lalu telinga kanannya terkena bucu meja. Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama-sama Som, Alias telah menjumpai Chot. 3. Perumitan Peringkat perumitan cerita ialah Alias mengalami sakit telinga dan telinganya mengeluarkan nanah akibat terjatuh setelah diherdik oleh Cikgu Sunan. Bau busuk akibat nanah itu menyebabkan Alias malu untuk pergi ke sekolah. Dia takut kawan-kawan akan mengejeknya dan menyisihkan diri daripadanya. Namun demikian, dia akan menyalin nota dan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya melalui Som. 4. Klimaks Peringkat klimaks novel Chot ialah Cikgu Sunan diminta oleh guru besar untuk pergi ke rumah Alias bagi menyiasat ketidakhadiran Alias ke sekolah selama seminggu. Cikgu Sunan meminta bantuan Som untuk menunjukkan rumah Alias. Semasa Cikgu Sunan tiba di rumah Alias, Chot menjadi marah apabila melihat orang asing berada di rumah tuannya. Ketika itu, Alias tidak ada di rumah. Apabila Alias pulang, Cikgu Sunan memujuknya supaya ke sekolah. Kemudian, Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias. Chot yang melihat kejadian itu melompat-lompat dan menyentak rantai dilehernya. Tiba-tiba rantai itu terputus. Chot terjun ke tanah dan menerkam Cikgu Sunan lalu menggigit lengan Cikgu Sunan. Walaupun cuba dileraikan oleh Alias, namun Chot tetap tidak melepaskan gigitannya. Oleh sebab tidak ada pilihan lain, Alias terpaksa mengambil lembing dan menikam Chot. 5. Peleraian Peringkat peleraian novel Chot ialah Chot mati akibat ditikam oleh Alias. Alias menangis dan memohon maaf daripada Chot. Cikgu Sunan berasa amat bersalah dan berjanji untuk menanggung pengajian Alias hingga universiti. Alias menanam Chot dan berjanji untuk pergi ke sekolah pada keesokan hari.
Teknik Plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Pengarang menggambarkan keadaan kampung Alias yang tidak banyak penghuni, jarak di antara rumah-rumah yang agak jauh, serta persekitaran kampung yang dipenuhi pokok-pokok kelapa tua, pokok-pokok hutan, dan pokok buah-buahan. Contoh: Kampung itu tidak ramai penghuninya dan jarak antara rumah-rumah agak jauh. Jaraknya sekali penat berlari. Sekitar halaman dan seluruh kampung, memang banyak pokok kelapa tua selain pokok-pokok hutan dan sedikit buah-buahan. (hal. 2) 62
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
2. Teknik dialog Perbualan antara Alias dan Pak Din tentang upah bagi buah kelapa yang dikutipnya di kebun Pak Din. Contoh: “Berapa semua?” tanya Pak Din sambil membuka gulung kainnya. “Pagi tadi lapan biji. Dua biji Abang Talib dengan kawan-kawan dia tebuk minum air.” “Ahhh, biarkanlah. Budak nakal tu, memang macam tu. Haaa, berapa semua?” (hal. 121) 3. Teknik imbas kembali Semasa berada di kebun kelapa Pak Din, Alias teringat akan barang dapurnya yang hanya tinggal sedikit dan duit belanja sekolahnya sudah tidak ada. Contoh: Alias teringat beras di rumah sudah tinggal segenggam. Alias teringat ikan gelama hanya tinggal seekor lagi. Alias teringat wang untuk ke sekolahnya sudah tidak ada. Semuanya memerlukan dia mencari wang bersama-sama Chot. (hal. 103 – 104)
Watak dan Perwatakan Alias (watak utama) 1. Anak yatim yang kematian bapa lima tahun lalu. 2. Memelihara seekor beruk bernama Chot. 3. Murid darjah lima. 4. Berkawan baik dengan Som. 5. Pintar dalam pelajaran terutamanya mata pelajaran Matematik. 6. Rajin membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru serta mengulang kaji pelajaran. 7. Bertanggungjawab menyara keluarga dengan mengambil upah memetik kelapa menggunakan khidmat Chot. 8. Hidup dalam kedaifan sehingga terpaksa ponteng sekolah untuk mengambil upah memetik kelapa. 9. Menghormati orang tua. Contohnya, dia bercakap sopan dengan ibunya, Pak Din, Mak Su Kiah, dan Cikgu Sunan. 10. Patuh kepada arahan guru. Contohnya, dia hanya keluar rehat setelah disuruh oleh Cikgu Sunan. 11. Sangat sayang dan prihatin terhadap Chot. Contohnya, dia memberikan makanan yang secukupnya dan memandikan Chot. 12. Taat kepada perintah Tuhan. Contohnya, dia sentiasa solat dan mengaji al-Quran. Chot 1. Beruk kepunyaan Alias. 2. Beruk yang jinak, mudak diajar, dan pandai memanjat kelapa. 3. Sangat manja dengan Alias. 4. Membantu Alias mengambil upah memetik kelapa. 5. Pernah hilang beberapa kali akibat terputus rantai. 6. Tidak suka badannya disabun kerana bulunya akan gugur dan matanya akan pedih. 7. Dituduh merosakkan kebun pisang Miah. 8. Mati akibat ditikam oleh Alias dengan lembing ketika menggigit lengan Cikgu Sunan.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
63
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Som 1. Kawan baik Alias. 2. Anak kepada Pak Din dan telah kematian ibu lima tahun yang lalu. 3. Berasa marah apabila Cikgu Sunan mengutuk dan menghina Alias. 4. Selalu pergi ke rumah Alias untuk mengaji al-Quran dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. 5. Bersimpati akan nasib yang menimpa Alias. 6. Sangat mesra dengan Chot. Ibu Alias/ Leha 1. 2. 3. 4. 5.
Kematian suami akibat terjatuh dari pokok kelapa. Telah lama lumpuh. Hidup dalam kedaifan. Sangat sayang dan mengambil berat terhadap Alias dan Chot. Bertanggungjawab dalam mendidik Alias.
6. Mengajar Som dan Alias mengaji al-Quran. Cikgu Sunan 1. Guru kelas Alias dan Som. 2. Mengajar mata pelajaran Matematik. 3. Dedikasi dalam memberikan pelajaran kepada murid-muridnya. 4. Rajin menyediakan pelbagai alatan semasa sesi pengajaran. 5. Sangat tegas semasa mengajar. Contohnya, beliau akan mendenda murid-murid yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikannya dan tidak membuat kerja sekolah. 6. Sangat ditakuti oleh murid-murid kerana sikapnya yang garang. 7. Mengherdik Alias tanpa mendengar alasan Alias yang sepenuhnya hingga menyebabkan Alias terjatuh dan telinganya sakit dan bernanah. 8. Insaf setelah melihat kesusahan hidup Alias. 9. Digigit oleh Chot semasa ke rumah Alias untuk memujuk Alias supaya ke sekolah. 10. Berjanji akan membiayai Alias hingga universiti.
Latar Latar Masa 1. Waktu pagi Contoh: Pagi itu Alias bangun lewat. Dua tiga kali ibunya mengejutnya supaya bangun tetapi Alias tidak juga bangun. Itulah kali pertama Alias tidak mematuhi suruhan ibunya supaya bangun awal pagi. Kalau terlewat bangun kali ni bukanlah disengaja. Alias terasa kepalanya amat berat hendak dipanggung. Telinganya bagaikan diasak-asak sakit. Denyutnya masih tidak susut dari semalam. (hal. 87) 2. Waktu petang Contoh: Petang kelmarin ketika Som bersama-sama Alias ke tepi sungai memandikan Chot, Som memberitahu yang ayahnya mahu Alias ke kebun untuk memetik kelapa pada mana-mana pokok yang didapati buahnya sudah masak. (hal. 94) 64
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi Antologi dan Novel TIngkatan 3
3. Waktu Waktu malam Contoh: Malam itu, seperti malam-malam yang lain juga, Kampung Dingin memang cepat tidur. Menjelang jam 10:00, suasana sudah sunyi. Alias baru sahaja habis membaca al-Quran juzuk yang ketiga. Malam itu Som tidak datang. (hal. 80) Latar Tempat 1. Rumah Alias Tempat tinggal Alias bersama-sama ibunya. Contoh: “Biarkan. Nanti dia baliklah. Pergi sekolah cepat. Dah tengah hari ni,” suara ibunya terdengar garau dari dalam rumah buruknya itu. (hal. itu. (hal. 6) 2. Sekolah Alias telah dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana datang lambat ke sekolah. Contoh: Alias! Saya tanya tadi, kenapa lambat? Alias terpanggung kepalanya. Kata-kata itu seperti sodokan kayu pembaris ke dagu Alias supaya memanggung kepala. Apabila dia memandang mata Cikgu Sunan, nyatalah dia memang tidak dapat menentang lama. Biji mata Cikgu Sunan bagaikan biji saga yang kemerah-merahan. (hal. 33) 3. Bilik darjah Cikgu Sunan mengajar murid-murid tahun lima mata pelajaran Matematik dengan pelbagai alat bantu mengajar. mengajar. Contoh: Cikgu Sunan sedang tekun menulis di papan hijau beberapa soalan Matematik. Ada tolak dan ada campur. Bilik darjah lima yang tidak seberapa besar itu padat dengan kerusi meja yang sudah lama uzur. Alatan dan carta bergantungan di sana sini. Ada peta-peta dan gambar-gambar terlekat di dinding. Cikgu Sunan memang rajin menyediakan alatan dan gambar. (hal. 25) 4. Kebun kelapa Pak Din Budin, Kamal, dan Talib datang mengganggu Alias sewaktu Alias sedang memetik kelapa di kebun Pak Din. Contoh: “Tak boleh! Ni Pak Din punya!” Alias cuba mempertahankan amanahnya. Kamal dengan parang yang telah tersedia di pinggangnya, mengambil buah yang dipegang oleh Budin lalu menakik-nakik kepala buah untuk diminum airnya. (hal. 107) 5. Di sungai Alias membawa Chot ke sungai untuk membersihkan badannya. Contoh: Ketika hampir sampai di tepi sungai, tiba-tiba Chot menjadi seperti kambing takut akan air. Dia terus mengeraskan tubuhnya. Puas juga Alias menariknya tetapi Chot tidak mahu ikut. (hal. 69)
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
65
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi Antologi dan dan Novel Novel TIngkatan 3
6. Kampung Dingin Tempat tinggal Alias bersama-sama ibunya dan Chot. Contoh: Kampung Dingin hanya merupakan sebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil. Jauh dari bandar. Pekan kecil juga jauh. Alias tidak pernah pun keluar ke bandar mahupun pekan kecil. (hal. 79) Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang taat kepada perintah Tuhan. Setiap hari, Alias akan mengerjakan solat di sebelah ibunya agar ibunya dapat menegur bacaannya yang salah. Contoh: Pada suatu pagi, seperti pagi-pagi yang lain, Alias bangun setelah dikejutkan oleh suara ibunya dengan lembut. “Lias, bangun,” kata ibunya. Maka tanpa mengeliat lama, Alias pun bangun. Selepas mandi, dia bersembahyang di sisi ibunya. Ketika membaca doa qunut, kadang-kadang Alias tersangkut. Ketika itulah ibunya menegur sehingga Alias dapat menghabiskan bacaannya. Alias sengaja bersembahyang subuh begitu kerana dia belum lagi lancar menghafaz doa qunut. Begitu juga sembahyang pada waktu-waktu yang lain, selalu di sisi ibunya. Kata ibu, kalau bersembahyang dekat ibu, apabila ada yang tidak kena, senanglah ibu menegur Alias. (hal. Alias. (hal. 2 – 3) 2. Masyarakat yang hidup susah. Alias terpaksa ponteng sekolah kerana perlu memetik memeti k kelapa bersama-sama Chot bagi menyara kehidupannya serta ibunya yang lumpuh. Contoh: Alias tidak mahu mahu ibunya ibunya menuduh menuduh dia jahat atau atau malas, malas, walaupun dia sering sering ponteng ponteng sekolah sekolah kerana bersama-sama Chot memetik kelapa. “Tak ke sekolah?” tanya ibunya lagi. Tanpa menjawab apa-apa, Alias turun dan menuju ke perigi, tetapi di perigi Alias termenung sekali lagi. Hatinya berbelah bahagi sama ada hendak ke sekolah atau pun tidak. Beras dalam guni sudah tinggal segenggam, ikan gelama cuma tinggal seekor. seekor. Duit di dalam dompetnya hanya beberapa ringgit sahaja lagi. (hal. lagi. (hal. 88) 3. Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan. Alias menjaga Chot dengan baik dan memberikan makanan yang secukupnya kepada Chot. Contoh: Alias tidak tahu punca Chot cuba lari dari tambatan, cuba lari daripadanya. Padahal tidak ada apa-apa yang dibuatnya yang menyebabkan Chot sakit hati. Kelmarin dulu, hanya tiga pokok kelapa dan lima puluh biji buahnya saja yang dipetik. Tiga pokok sehari bukanlah kerja teruk bagi Chot. Pisang diberinya, nasi diberinya dan roti pun diberinya tetapi mengapa Chot meninggalkannya juga? (hal. juga? (hal. 55) 4. Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Mak Su Kiah menjaga ibu Alias sekiranya sakit dan sering memberikan makanan kepada Alias dan ibunya. Contoh: Mak Su Kiah, jiran sebelah, kematian suami sejak beberapa lama. Mak Su Kiah sangat baik hati kepada Alias dan ibunya – suka mengambil berat. Boleh dikatakan, Mak Su Kiahlah yang menjaga ibu Alias jika terjadi sakit pening. Boleh dikatakan dua hari dalam seminggu, makan tengah hari Mak Su Kiahlah yang memberi sayur gulai sebelum Alias sempat memasak sendiri. (hal. 58) 66
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi Antologi dan Novel TIngkatan 3
5. Masyarakat pelajar. Cikgu Sunan memerhatikan murid-muridnya yang layak untuk mendapat bantuan pakaian. Contoh: “Ada tak murid-murid yang memerlukan bantuan pakaian?” tanya Guru Besar. Cikgu Sunan menggaru-garu kepala. Dia meneliti seorang demi seorang anak-anak muridnya seperti mencari-cari murid yang layak dibantu. (hal. 32) 6. Masyarakat guru. Cikgu Sunan dan Cikgu Normah sangat tegas dalam menjalankan tugas mereka. Contoh: Di bilik sebelah, terdengar Cikgu Normah bersuara lantang, memarahi seorang murid yang tidak membuat kerja rumah. Cikgu Normah, guru yang sudah lanjut usianya itu kadang-kadang lembut, kadang-kadang bengis tetapi semua murid sayang kepadanya. Cikgu Normah juga mengajar “netball”. (hal. “netball”. (hal. 26) 7. Masyarakat kampung. Penduduk Kampung Dingin melakukan kerja kampung dan hidup dalam serba kekurangan. Contoh: Alias dilahirkan di Kampung Dingin itulah. Orang kampung tidak ada kerja tetap. Ada yang menoreh sikit, ada yang ke hutan mencari buluh dan ada yang mencari pucuk ulam. Harta pusaka orang kampung biasanya kebun buah kelapa. Namun sudah banyak yang ditebang untuk ditanam kelapa sawit pula. Daerah kemiskinan itu masih belum lagi bangkit dengan kemajuan yang seadanya. Tidak ada yang memiliki kereta. Motosikal boleh dibilang dengan jari. Apabila malam, tidak ada kegiatan lain yang dilakukan oleh orang kampung – paling tidak belajar bersilat. (hal. 80)
Gaya Bahasa 1. Penggunaan bahasa Arab Contoh: “Assalamualaikum, cikgu!” Alias bersuara amat perlahan, berdiri di sisi meja Cikgu Sunan. (hal. 29) •
2. Simile Contoh: Dilihatnya semua ranting dan dahan tidak bergerak seperti mati sahaja. (hal. 6) •
3. Personifikasi Contoh: Daun-daun yang kebasahan itu tunduk malu kerana sedikit berat oleh embun yang menimpanya semalam. (hal. semalam. (hal. 1) •
4. Sinkope Contoh: “Telinga tu menanah, mahu tak busuk,” ibu Alias menjelaskan. (hal. 166) •
5. Peribahasa Contoh: “Dah lama kami termakan budi kau, Kiah,” kata ibu Alias lagi. (hal. 59) •
6. Hiperbola Contoh: Haba bumi sangat lambat bangkitnya. (hal. bangkitnya. (hal. 1) •
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
67
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Sudut Pandangan Dalam novel Chot , pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas. Pengarang dapat menceritakan segala-galanya tentang setiap watak seperti perasaan, tingkah laku, pergerakan, dan fikiran. Pengarang mengetahui dan mengenali setiap watak tanpa melibatkan dirinya. Contoh: Ada seorang dua jiran yang menunggang basikal menuju ke arah sungai. Alias teragak-agak hendak bertanya kalau-kalau mereka ada terjumpa Chot. Dia berat mulut untuk bertanya. Dia perlu mencari Chot sendiri. (hal. 11) Nilai Murni 1. Kerajinan – Walaupun tidak ke sekolah, namun Alias rajin mengulang kaji pelajaran. Dia akan membawa buku ke mana-mana sahaja dia pergi dan akan menelaah pelajaran jika ada masa terluang. 2. Hemah tinggi – Alias mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sunan sebelum keluar dari kelas walaupun Cikgu Sunan telah mengherdiknya hingga menyebabkan dia terjatuh dan telinganya sakit. 3. Berdikari – Alias menyara keluarganya dengan mengambil upah memetik kelapa menggunakan khidmat Chot selepas kematian bapanya. 4. Kasih sayang – Alias sangat sayang akan ibunya. Dia menjaga ibunya yang lumpuh dengan baik. 5. Hormat-menghormati – Alias begitu menghormati orang tua. Dia akan bersalam dengan ibunya sebelum ke sekolah. 6. Semangat bermasyarakat – Mak Su Kiah, jiran Alias selalu bertanyakan khabar dan mengambil berat akan kesusahan Alias dan ibunya. 7. Kerjasama – Alias bekerjasama dengan Som bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka.
Pengajaran 1. Kita perlulah mempunyai semangat kejiranan. Mak Su Kiah, jiran Alias selalu bertanyakan khabar dan mengambil berat akan kesusahan Alias dan ibunya. 2. Kita hendaklah mengenang jasa orang terhadap kita. Alias mengenang jasa Mak Su Kiah yang selalu menghantar makanan dan menjenguk ibunya. 3. Kita hendaklah rajin belajar. Walaupun tidak ke sekolah, namun Alias rajin mengulang kaji pelajaran. Dia akan membawa buku ke mana-mana sahaja dia pergi dan akan menelaah pelajaran jika ada masa terluang. 4. Kita hendaklah menyiasat sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan. Cikgu Sunan sepatutnya menyiasat terlebih dahulu sebab Alias datang lewat dan kerap ponteng sekolah. 5. Sebagai guru kelas, kita harus mengambil tahu latar belakang keluarga setiap murid. Cikgu Sunan sepatutnya mengambil tahu akan latar belakang Alias yang hidup dalam serba kekurangan. 6. Kita janganlah menuduh tanpa usul periksa. Miah, emak Budin menuduh Chot merosakkan kebun pisangnya tanpa bukti yang kukuh.
68
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
7. Kita hendaklah mengakui kesalahan diri. Cikgu Sunan menyesal kerana tidak menyiasat latar belakang Alias yang hidup dalam serba kekurangan. 8. Kita hendaklah menjaga haiwan peliharaan dengan baik. Alias sangat sayang akan Chot. Dia menjaga Chot dengan baik dan memberikan makanan yang secukupnya kepada Chot. Praktis Formatif
P B S
3
Chot
Pengajaran yang terdapat dalam seseuatu karya memberikan panduan kepada seseorang dari aspek moral, etika, norma, dan agama. Berdasarkan novel Chot, huraikan tiga pengajaran yang dapat dijadikan panduan oleh pembaca. Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai.
Hempasan Ombak Sinopsis
Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah di dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan oleh bapanya lebih 20 tahun. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana ketidakmampuan anak-anaknya yang lain. Namun begitu, syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Pak Nik, pekerja syarikat itu memberitahu Farid bahawa batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang untuk menggadaikan tanah dan barang kemasnya. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk siap dipakai dengan jenama tersendiri. Farid turut mencadangkan agar bengkel diperbesar dan mesin baharu dibeli. Pada suatu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya. Mokhsein memaklumkan sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu mahu memonopoli pengeluaran batik. Syarikat itu menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Kemudian, Mokhsein menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula. Farid turut berjumpa dengan Zuraida, bekas rakan sekelasnya yang berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu untuk bertanyakan khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid tanpa mengenakan sebarang komisen. Namun begitu, dia mahu Farid mengeluarkan batik bentuk baharu untuk menarik perhatian pembeli. Untuk memastikan tindakannya lebih pantas, Farid bertemu dengan Mokhsein. Farid menunjukkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara”. Seterusnya, Farid membina bengkel tambahan serta membeli peralatan dan bahan batik moden yang berjumlah RM75 ribu. Hal yang berkaitan dengan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
69
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Sebagai usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein turut hadir. Hartini Noor diberikan tanggungjawab untuk mereka corak batik, selain membimbing pekerja baharu yang berkaitan dengan batik canting. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya untuk menghilangkan rasa cemburu rakannya itu. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan hanya bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Kemudian, Zuraida melihat kerja-kerja mencanting batik di bengkel Farid. Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, iaitu Mukhtar begitu marah apabila mendapat tahu bahawa batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan. Hal ini demikian kerana, batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna pada masa kini merupakan keluaran syarikat pesaingnya, iaitu Syarikat Batik Nusantara. Kemudian, Mukhtar ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia sangat marah apabila mendapati batik corak baharu dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberikan amaran kepada Zuraida agar tidak menjual batik itu. Jika Zuraida masih berdegil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima amaran dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungan dengan Zuraida dan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menantinya. Hajah Zaoyah bertekad mahu melaporkan perkara itu kepada pihak polis walaupun Farid ingin menyelesaikannya sendiri. Farid segera berjumpa dengan Zuraida setelah mendapat panggilan telefon daripadanya. Zuraida memberitahu Farid tentang larangan bapa saudaranya, Mukhtar agar tidak menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Farid menerima penjelasan Zuraida menyebabkan Zuraida menitiskan air mata kerana terharu. Sementara itu, berlaku kekecohan di bengkel batik moden kepunyaan Farid. Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri kerana tidak berpuas hati dengan kedua-dua lelaki itu yang telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri menyatakan bahawa mereka meninggalkan syarikat itu kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran antara mereka. Mahmood yang seakanakan hilang akal mencekik leher baju Azmi dan mahu memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang mengandungi lilin panas. Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas daripada canting ke muka Mahmood. Kemudian, Mahmood segera melarikan diri. Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka dan lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah termasuklah batik-batik yang baru siap. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin bahawa kebakaran itu bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis. Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan bahawa pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pihak polis turut memberitahu Farid bahawa pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof. Tidak beberapa lama kemudian, pihak polis berjaya menangkap Mukhtar. Dia membuat rayuan untuk menjamin dirinya, tetapi telah ditolak. Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel batik moden, Mokhsein menemui Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberikan semangat kepada Farid semula.
70
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Zuraida pula menjelaskan bahawa dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan. Zuraida memberitahu Farid bahawa banyak kolej yang terdapat di Kuala Terengganu jika dia mahu menimba ilmu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian, Farid dan Zuraida mengikut Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.
Tema Tema novel ini ialah kegigihan remaja dalam usaha memajukan perniagaan peninggalan arwah ayahnya. Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah di dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara. Ketika Farid menerima tanggungjawab tersebut, syarikat menghadapi masalah kewangan. Untuk mengatasi masalah itu, ibu Farid, Hajah Zaoyah terpaksa menggadaikan tanah dan barang kemasnya. Seterusnya, Farid belajar ilmu perniagaan menerusi bekas pekerja ayahnya, iaitu Mokhsein. Bengkel baharu dibina dan batik corak moden dikeluarkan. Namun begitu, kemajuan syarikatnya tidak disenangi oleh Mukhtar. Atas arahan Mukhtar, samseng telah membakar bengkel Farid. Farid reda atas ketentuan Allah dan berazam mahu membangunkan syarikatnya semula.
Persoalan 1. Jatuh bangun dunia perniagaan. Farid yang menguruskan Syarikat Batik Nusantara mengalami kesulitan kerana aliran perbelanjaan yang tidak lancar, sedangkan sebelum ini syarikat maju dan terkenal terutamanya di Kuala Terengganu. 2. Bersederhana dalam menjalani kehidupan. Walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. 3. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan warisan keluarga. Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan ketidakmampuan anak-anaknya yang lain, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara kepada Farid. Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan tanah dan barang kemasnya untuk mengatasi masalah kewangan syarikat. 4. Sikap suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula. 5. Kebijaksanaan ketika menghadapi saat-saat yang mencemaskan. Ketika bengkel batik moden dijilat api, Farid berusaha untuk memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat pemadam api. Apabila memikirkan banyak terdapat tong gas di dalam bengkel itu, dia menyerahkan tanggungjawab itu kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
71
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Plot Binaan Plot 1. Permulaan Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah di dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan oleh bapanya lebih 20 tahun. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana ketidakmampuan anak-anaknya yang lain. Namun begitu, syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Pak Nik, pekerja syarikat itu memberitahu Farid bahawa batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah ingin menggadaikan tanah dan barang kemasnya. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama dengan pekerja-pekerjanya. Pada suatu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya. Mokhsein memaklumkan sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu mahu memonopoli pengeluaran batik. Syarikat itu menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. 2. Perkembangan Zuraida, rakan Farid yang berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen. Namun begitu, dia mahu Farid mengeluarkan batik bentuk baharu untuk menarik perhatian pembeli. Pemilik Syarikat Batik Rajawali, iaitu Mukhtar begitu marah apabila mendapat tahu bahawa batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna pada masa kini merupakan keluaran pesaingnya, iaitu Syarikat Batik Nusantara. Kemudian, Mukhtar ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia memberikan amaran kepada Zuraida agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid. Farid pula menerima amaran dalam bentuk surat layang. Hajah Zaoyah bertekad mahu melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Sementara itu, berlaku kekecohan di bengkel batik moden kepunyaan Farid. Mahmood, pekerja Mukhtar mencari bekas pekerja Syarikat Batik Bakawali, iaitu Azmi dan Masri. Ketika Mahmood ingin memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang mengandungi lilin panas, Masri yang tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi mencurahkan lilin panas daripada canting ke muka Mahmood. 3. Klimaks Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel batik moden dijilat api. Bengkel tersebut hanya tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik telah musnah termasuklah batik-batik moden yang telah siap. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin bahawa kebakaran itu bermotifkan jenayah. Pihak polis banyak mendapat maklumat berikutan penangkapan Mahmood. Akhirnya, Mukhtar diberkas atas tuduhan membakar bengkel batik moden Farid. 4. Peleraian Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel batik moden, Mokhsein menemui Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Katakata itu memberikan semangat kepada Farid semula. Zuraida pula menjelaskan bahawa dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan. Zuraida memberitahu Farid bahawa banyak kolej yang terdapat di Kuala Terengganu jika Farid mahu menimba ilmu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian, Farid dan Zuraida mengikut Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.
72
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Teknik Plot 1. Dialog Perbualan antara Farid dengan Zuraida tentang kesediaan Zuraida untuk membantu Farid memajukan syarikatnya. Contoh: “Kalau aku kata yang aku bersedia membantu, engkau bagaimana?” Cakapan Zuraida kini mula bersungguh-sungguh. “Semua orang mulanya sudi membantu,” ujar Farid menggamit pelayan yang bagai tidak cukup tangan melayani pelanggan di meja ruang hadapan.” “Ikhlas sekalipun, ah, aku takut terhutang budi pula!” “Pelik, ada usahawan yang menghadapi masalah, tapi jual mahal. (hal. 94) 2. Pemerian Pengarang menggambarkan perusahaan batik kecil-kecilan milik keluarga Haji Badrul semakin terjejas sejak kematian Haji Badrul. Contoh: Kematian Haji Badrul telah melemahkan nadi perniagaan yang menjadi kebanggaan keluarganya. Kehilangan Haji Badrul, pemilik dan pengasas perusahaan batik kecil-kecilan milik keluarganya itu benar-benar melesukan nafas perniagaan yang ditinggalkannya. (hal. 172) 3. Imbas kembali Farid teringat akan perbualannya dengan ayahnya suatu waktu dahulu tentang dunia perniagaan. Contoh: “Bidang perniagaan ini tak ubah macam roda, Rid.” Omelan ayahnya dahulu, mencucuk-cucuk pintu sedar Farid. “Turun, naik sudah lumrah, kalau bintang cerah, boleh goyang kaki. Semua yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan, itu yang diburu, tapi apakah impian mereka semua akan tercapai?” (hal. 3) 4. Monolog dalaman Farid berkata dalam hatinya tentang hutang-hutang syarikat yang tidak dilangsaikan oleh ayahnya. Contoh: Semua orang, bahkan aku sendiri bagai tidak melihat kepahitan ayah. Berapa tebal invois hutang ayah? Mengapa ayahnya tidak khabarkan tentang ini? Dia ingin mengajarku erti hidup sebenar? Atau roh ayah hanya akan tenteram setelah melihatkan kejayaanku melangsaikan hutang-hutangnya? (hal. 5) 5. Imbas muka Farid bermimpi Mukhtar datang ke rumahnya dan memohon maaf daripadanya. Contoh: Mukhtar tersenyum puas. Dengan pakaian yang tidak terurus, dia meninggalkan rumah Farid, meluah senyum tanda hasrat terpenuh. Dia melambai-lambai Farid. Farid membalas. Senyum berbunga. (hal. 204) Menerusi mimpi tersebut, tergambar akan hati Farid yang ikhlas untuk memaafkan kesalahan orang yang telah merancang pembakaran bengkelnya. Hal ini sebagai suatu gambaran yang dia akan berbaik-baik dengan Mukhtar suatu hari nanti.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
73
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Watak dan Perwatakan Farid (watak utama) 1. Berusia 19 tahun dan mempunyai tubuh yang sederhana. 2. Diberi tanggungjawab oleh keluarganya untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara setelah kematian ayahnya, Haji Badrul. 3. Bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Contohnya, walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun dia hanya menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Dia juga lebih selesa makan di warung biasa, bukannya hotel ketika makan bersama-sama rakannya, Zuraida. 4. Memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan rakan baik. Contohnya, dia tidak membebankan adik-beradiknya dalam memajukan syarikat dan amat menyayangi Zuraida, rakan yang dikenali sejak zaman sekolah lagi. 5. Bersikap rasional dalam membuat sesuatu. Contohnya, ketika bengkel batik moden dijilat api, dia berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat pemadam api. Apabila memikirkan banyak terdapat tong gas di dalam bengkel itu, dia menyerahkan tanggungjawab itu kepada kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional. 6. Mengamalkan semangat bermasyarakat. Contohnya, dia telah mengundang 200 orang penduduk kampung ketika perasmian bengkel batik moden. 7. Rajin dalam memajukan syarikat. Contohnya, walaupun tidak ada pengalaman dalam bidang perniagaan, namun dia rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik dan sering bertanya daripada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida untuk memajukan perusahaan batiknya. Mokhsein 1. Bertubuh gelap, berwajah bulat, dan tampan. 2. Pemilik Syarikat Nadi Zaman, iaitu syarikat pemborong binaan. 3. Pernah bekerja lebih 10 tahun dengan Syarikat Batik Nusantara. 4. Amat menyanjungi dan terhutang budi kepada Haji Badrul kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan. 5. Banyak membantu Farid dari segi idea, kepakaran, dan motivasi dalam memajukan syarikat. 6. Mencadangkan kepada Farid supaya melakukan “strategi terkunci” dalam usaha memajukan syarikatnya. 7. Diberikan tanggungjawab untuk merasmikan bengkel batik moden syarikat Farid. Mukhtar 1. Pemilik Syarikat Batik Rajawali. 2. Busuk hati, iaitu menawarkan keuntungan sehingga 35 peratus kepada ejen agar mereka mengutamakan batik keluaran syarikatnya, sekali gus menggugat Syarikat Batik Nusantara. 3. Melarang anak saudaranya, Zuraida daripada menjual batik moden keluaran syarikat Farid apabila batiknya tidak laku. 4. Menulis surat amaran kepada Farid agar memberhentikan keluaran batik moden serta memutuskan hubungan dengan Zuraida. 5. Menghantar pekerjanya, Mahmood membuat kacau di bengkel Farid. 6. Menghantar samseng membakar bengkel Farid. 7. Dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan menjalani hukuman di Penjara Marang. 74
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Hajah Zaoyah 1. Berusia 56 tahun dan balu kepada Allahyarham Haji Badrul, pengasas Syarikat Batik Nusantara. 2. Mempunyai enam orang anak, iaitu Latifah (mempunyai lima orang anak), Lotfi (sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya), Farhan (meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya), Farid (19 tahun), Hanisyah (15 tahun), dan Hisyam (12 tahun). 3. Sanggup berkorban. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanah dan barang kemasnya agar wang tersebut boleh digunakan untuk memajukan syarikat yang mengalami masalah kewangan. 4. Rasional dalam bertindak. Contohnya, apabila Farid menerima surat layang yang berbentuk ugutan, dia segera melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Zuraida 1. Berusia 19 tahun dan rakan sekelas Farid dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman. 2. Berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu. 3. Sejak di bangku sekolah lagi, dia berniaga bagi membantu ibunya, seorang janda anak lima. 4. Sebelum mendapat gerai, dia menjual minuman dan makanan ringan tanpa lesen sehinggakan sering diburu oleh penguat kuasa. 5. Kini, dia menguruskan gerai tersebut dengan dibantu adik-adiknya. 6. Seorang yang cemburu. Contohnya, dia berasa hati apabila Hartini Noor bekerja di bengkel Farid. 7. Berwawasan dalam mencorak masa depan. Contohnya, dia menimba ilmu dengan mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM. Haji Badrul 1. Pengasas Syarikat Batik Nusantara. 2. Menguruskan syarikat yang mengeluarkan batik asli jenama Cap Sarang lebih 20 tahun. 3. Batik keluaran syarikatnya amat maju dan terkenal di Kuala Terengganu serta edarannya meluas hingga Pantai Barat. 4. Apabila beliau meninggal dunia akibat barah perut, kedudukan syarikat mula merosot disebabkan ejen enggan membuat bayaran dan persaingan daripada Syarikat Batik Rajawali. Hartini Noor 1. Berusia 25 tahun dan graduan seni reka fabrik lepasan UiTM. 2. Sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman. 3. Hanya bekerja selama sebulan sahaja di Syarikat Batik Nusantara. 4. Tugasnya ialah mereka coraj batik moden serta mengajar pekerja syarikat tersebut. 5. Seorang yang kreatif dan gigih bekerja.
Latar Latar Masa 1. Waktu malam Farid berbincang dengan ahli keluarganya untuk menyelesaikan masalah syarikat. Farid tidak sanggup syarikat ditutup kerana kakitangan yang setia seperti Tomsiah dan Pak Nik akan kehilangan mata pencarian.
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
75
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
2. Pukul 7.00 pagi Farid sudah berada di pejabat. Kemudian, dia meninjau bengkel batik. Apabila Pak Nik tiba, dia meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh. 3. Pukul 9.00 pagi Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama. Selain Farid, Tomsiah, dan Pak Nik, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh drebar, dua orang jurujual, dan ketua pembatik. 4. Pukul 2.00 pagi Seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat dan mereka mendapati bengkel batik moden dijilat api. 5. Pukul 2.00 petang Farid pergi ke pejabat Mokhsein untuk meminta pandangan dan menunjukkan kertas kerja berkaitan usaha untuk memajukan syarikat batiknya. Latar Tempat 1. Kampung Losong, Kuala Terengganu Di kampung tersebutlah terletaknya Syarikat Batik Nusantara, tempat Farid bekerja. 2. Pejabat pemborong binaan Nadi Zaman Farid mengunjungi pejabat tersebut yang dimiliki oleh Mokhsein, iaitu bekas pekerja ayahnya. 3. Gerai di bazar MARA di Jalan Banggol Tempat Zuraida berniaga pakaian sejak tujuh tahun lalu. 4. Balai Polis Daerah Kuala Terengganu Tempat Farid membuat laporan tentang kebakaran bengkelnya. 5. Pekarangan rumah keluarga Farid Tempat berlangsungnya perasmian bengkel batik moden Syarikat Batik Nusantara yang dirasmikan oleh Mokhsein dengan dihadiri oleh 200 orang penduduk Kampung Losong. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang terlibat dalam dunia perniagaan. Farid diamanahkan oleh keluarganya untuk menguruskan Syarikat Batik Nusantara walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dan baru berusia 19 tahun. 2. Masyarakat yang bersederhana dalam menjalani kehidupan. Walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. 3. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan ketidakmampuan anak-anaknya yang lain, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. 4. Masyarakat yang bersikap baik hati. Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula.
76
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
Gaya Bahasa 1. Diksi (a) Istilah-istilah yang berkaitan dengan pembuatan industri batik Contoh: batik canting, motif batik, corak geometri, corak kawung, corak caplok, corak semen, kain organza (b) Pengaruh bahasa Arab Contoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam, Bismillah, Insya-Allah, Astaghfirullah (c) Penggunaan bahasa Inggeris Contoh: hypertension, emporium, demand, high fashion, rouge (d) Penggunaan kata ganda Contoh: berjinak-jinak, lampu-lampu, bandar-bandar, teka-teki, balik-balik, jangan-jangan 2. Ayat (a) Penggunaan ayat-ayat pendek Contoh: Tomsiah tersenyum. (hal. 8) Masri terdiam. (hal. 174) • •
(b) Penggunaan ayat-ayat sederhana Contoh: Manusia ini nampaknya tahu tentang arwah ayahnya. (hal. 11) Dia ke Dungun mengikuti kuliah Pentadbiran Perniagaan. (hal. 203) (c) Penggunaan ayat-ayat panjang Contoh: Tidak pernah terfikir oleh Farid, bahawa pada suatu waktu dia akan menghuni sebuah bilik kecil berukuran 4 × 5 meter. (hal. 1) Lotfi juga terkenang-kenang cara arwah ayahnya, Haji Badrul memulakan perniagaannya pada hujung tahun 60-an dengan bermodalkan enam ribu ringgit sahaja. (Hal. 34) • •
•
•
3. Hiperbola Contoh: Tidakkah akan meletup gunung berapi amarahnya? (hal. 173) Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai, … (hal. 181) 4. Inversi Contoh: Ini pejabat ayahnya. (hal. 6) Saat gadis itu terpandang wajah jejaka tadi, hatinya seakan-akan meledak. (hal. 76) • •
• •
5. Metafora Contoh: Dia terdengar suara halus dari lubuk hatinya sendiri. (hal. 4) Zuraida tersenyum, memperlihatkan lesung pipit pemanis wajahnya. (hal. 99) 6. Paradoks Contoh: Walaupun perniagaan ayahnya kecil, namun sejumlah harta yang terkumpul jelas membuktikan kemajuan. (hal. 4) Ruang di situ sedikit berkuap, walaupun kipas siling berputar ligat. (hal. 19) • •
•
•
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
77
Bahasa Melayu PT3 Analisis Antologi dan Novel TIngkatan 3
7. Personifikasi Contoh: Ada paip terbaring di sisinya. (hal. 1) Keluhan berat menyendal-nyendal dada Farid. (hal. 2) • •
8. Repetisi Contoh: “Enggang tetap enggang. Pipit tetap pipit,” sahut Tomsiah, tersenyum. (hal. 6) “Kerja, kerja. Makan, makan,” ujar Hajah Zaoyah tegas. (hal. 30) • •
9. Simile Contoh: Pun begitu dia juga tidak pernah berasakan bahawa dengan tinggal di bilik kecil ini umpama terdampar di suatu pulau yang asing. (hal. 1) Teringat kembali ujaran ayahnya bahawa dunia perniagaan tidak ubah seperti gelanggang persilatan. (hal. 4) 10. Sinkope Contoh: “Tak nak makan nasi, Rid?” Si ibu yang prihatin itu ingin tahu. (hal. 31) “Tak kisahlah tu,” tangkis Farid, tersenyum. (hal. 46) •
•
• •
11. Peribahasa Contoh: Paling sedih gulung tikar. (hal. 4) Fahami falsafah, genggam bara api biar sampai jadi arang dan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (hal. 42) • •
12. Perlambangan Contoh: Waktu kedua-dua tangan ditadah memanjatkan doa, Farid sedar sekali lagi ada butir-butir hangat melerai turun ke pipi. (hal. 187) Butir-butir hangat merupakan kata perlambangan yang merujuk kepada air mata/ tangisan.
Nilai Murni 1. Kesederhanaan – Walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. 2. Kasih sayang – Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan ketidakmampuan anak-anaknya yang lain, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. 3. Baik hati – Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula. 4. Rasional – Ketika bengkel batik moden dijilat api, Farid berusaha untuk memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat pemadam api. Apabila memikirkan banyak terdapat tong gas di dalam bengkel itu, dia menyerahkan tanggungjawab itu kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional. 5. Semangat bermasyarakat – Ketika perasmian bengkel batik moden, Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung. Apabila bengkel tersebut terbakar, jiran tetangga segera datang untuk membantunya.
78
© Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.
View more...
Comments