KOLEKSI UJIAN PERSONALITI
June 8, 2019 | Author: Taufiq Aziz | Category: N/A
Short Description
Download KOLEKSI UJIAN PERSONALITI...
Description
PERSONALITI DIRI Menerangkan tentang keadaan jiwa. Menerusi jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa itu muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka dinamakan personaliti yang buruk (Al-Ghazali dlm. Yunus Majid 1985 ). ). Personaliti ialah satu organisasi yang dinamik dalam diri individu yang merangkumi sistem psikofizikal yang menentukan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Allport (1966)
Jumlah keseluruhan ciri-ciri yang membezakan manusia atau kestabilan tingkahlaku seseorang dalam berbagai situasi yang berbeza. Feldman (1994) Anda harus faham personaliti anda sendiri sekiranya anda mahu berjaya dalam karier dan gembira dengan apa-apa yang anda lakukan. Pekerja yang gembira ialah pekerja yang produktif. Adakah personaliti seseorang boleh diukur? Perangai Perangai manusia sentiasa berubah dan menjadi fitrah fi trah manusia untuk berubah mengikut kehendak setempat. Walau bagaimanapun, ada sesetengah perangai atau kebiasaan kita yang tidak boleh diubah. Tujuan ujian ini adalah untuk mencari identity anda yang sebenar bukan untuk mencari kelemahan diri anda. Oleh itu, anda diminta supaya menjawab dengan ikhlas dan jujur. Sebaik-baiknya, jawab semua soalan secara spontan tanpa berfikir akibat daripada jawapan tersebut. Semasa menjawab soalan personaliti, cuba untuk menjadi diri anda sendiri bukan orang lai n ataupun seseorang yang anda ingin jadi.Tidak ada jawapan betul atau salah dalam ujian ini. Bulatkan jawapan yang anda rasa paling sesuai untuk menceritakan diri anda.
UJIAN PERSONALITI Test 1: Uji Keinginan Anda yang Tersembunyi
Soalan:Sebenarnya rambut, gaya rambut dan juga warna rambut anda juga mewakili perasaan yang tertentu? Marilah tukar rambut anda!! Dalam 4 warna di bawah ini, mana satukah yang menjadi pilihan anda? A. Merah
B. Emas
C. Biru
D. Hijau
Jawapan: A. Anda tidak akan memikirkan perkara lain selain KEBEBASAN. Anda sangat menitikberatkan perjalanan hidup anda. Jadi, mustahil anda akan dikongkong oleh seseorang atau sesuatu perkara. B. Anda suka sesuatu yang mencabar kerana anda tidak ingin hidup anda tawar?. Anda bukan sahaja inginkan kepuasan dari segi kebendaan malah juga inginkan kepuasan dari segi mental atau rohani. C. Anda adalah seorang yang bersyukur dengan apa yang anda ada. Oleh itu, anda selalu riang dan gembira. Tetapi mustahil anda tiada keinginan, Cuma apa yang anda inginkan tidaklah begitu banyak. D. Anda adalah seorang yang manja. Anda inginkan orang lain menumpukan perhatian pada anda. Anda suka disayangi, dibelai dan dikasihi. Anda ingin diri anda menjadi tumpuan ramai. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Test 2: Uji sejauh mana anda berasa segan dengan si dia
Soalan: Pada suatu hari anda telah disahkan menghidap penyakit pelik dan dikehendaki menerima rawatan di hospital. Rawatan yang mana satukah anda berasa sangat sengsara? 1. 7 hari tidak dibenarkan makan
2. Masukkan salur ke dalam perut
3. Disuntik sebanyak 30 suntikan
4. Rambut dan bulu roma dicukur
Jawapan; 1. Tahap Keseganan 45%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang tidak suka dipaksa. Tidak perlu buat lawak untuk mengambil hatinya. Tetapi apabila muncul pihak ketiga, maka dia akan membuat sedikit perubahan seperti memberi hadiah atau kata-kata manis 2. Tahap Keseganan 20%
Orang yang memilih jawapan ini mengharapkan suasana yang harmoni dan gembira apabila bersama. Jadi, dia tidak kisah untuk buat apa saja untuk membuat si dia gembira. Dia berharap dengan cara ini maka dapat menyampaikan isi hatinya pada si dia. 3. Tahap Keseganan 1%
Orang yang membuat pilihan ini langsung tidak mengerti soal segan dalam cinta. Dia mementingkan keseronokan saja. Tak perlu ada segan dengan si dia. Tapi pastikan si dia tidak mempunyai masalah lemah jantung supaya si dia tidak terkejut dengan dengan apa yang dibuatnya. 4. Tahap Keseganan 80%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang sangat muka nipis. Dia lebih mementingkan maruah diri. Walaupun terdapat salah anggap atau si dia tidak memahami, dia pun takkan membuat sebarang penjelasan. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Test 3: Uji Aspek Keutamaan Ketika Bercinta
Kadang kala kita akan menghadapi keraguan untuk memilih cinta, buku atau pekerjaan. Sebenarnya apabila difikirkan dengan teliti, kesemua perkara dapat dijalankan dengan sistematik. Tapi, apabila anda tidak menahan kerinduan pada kekasih, maka anda akan tahu apa itu kesengsaraan bercinta. Marilah kita melihat keadaan anda apabila bercinta! Soalan: Esok ada peperiksaan, tetapi rancangan TV sedang menyiarkan filem yang anda ingin tonton. Apakah yang akan anda lakukan? 1. Menonton TV
2. Merakan filem itu.
3. Sambil menonton dan sambil mengulangkaji
4. Mengulangkaji
Jawapan: 1. Kategori Cinta Diutamakan
Anda adalah seorang yang akan memberi keutamaan kepada cinta berbanding dengan aspek lain. Walaupun anda sibuk dengan kerja anda atau kena mengulangkaji, asalkan terfikir ingin berjumpa si dia, maka anda akan mengetepikan semua perkara yang anda sedang buat lalu pergi mencari si dia. Tapi ingat, kena memikirkan pendiriannya juga. 2. Kategori Mempunyai Perancangan
Anda mempunyai perancangan supaya cinta, kerja atau membaca buku dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun. Anda adalah calon suami atau isteri yang bestari. Tapi pada pandangan sesetengah orang pula, anda adalah seorang yang dingin dan ?alim?. 3. Kategori Beremosi
Anda tetap tidak dapat mengulangkaji pelajaran? Orang dikategori ini ingin menjaga kesemua aspek serentak. Oleh itu, pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat! 4. Kategori Kerja atau Membaca Buku Diutamakan
Pada pendapat anda, percintaan berada di tempat kedua. Walaupun sudah berkahwin, anda tetap menganggap pekerjaan adalah penting. Orang kategori ini akan berkerja keras untuk pekerjaan atau persekolahannya. Dia juga seorang yang berdikari dan sangat tegas. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Test 4: Uji Penarik Minat Anda
Ini adalah psiko test untuk menguji anda akan tertarik dengan orang yang macam mana. Soalan: Katakanlah dunia telah dijajah oleh makhluk asing, kalau anda hanya boleh menyelamatkan sejenis binatang untuk lari ke planet lain. Berikut yang mana satukah yang akan anda pilih? A. Arnab
B. Kambing
C. Rusa
D. Kuda
Jawapan: A. Arnab: Mempunyai luaran yang serius dan dingin tapi dalam hati adalah seorang yang peramah B. Kambing: Sangat jujur dan dapat mengikut kehendak orang lain C. Rusa: Anggun dan seorang yang sangat bersopan-santun D. Kuda: Seorang yang inginkan hidup bebas XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Test 5: Adakah anda seorang yang berniat jahat? Berapa orang yang suka berkawan dengan orang yang mempunyai niat jahat? Jom pergi ke hutan rimba untuk mencari jawapan!
Soalan: Cuaca cerah amat sesuai untuk mengadakan aktiviti luar rumah. Bayangkan anda dan kawan anda bersiar-siar di dalam hutan rimba. Tiba-tiba anda semua mendapati sebuah bangunan yang tersembunyi. Melalui ilusi anda, apakah bangunan itu? A. Rumah kayu
B. Rumah Banglo
C. Istana
D. Kota Istana
Jawapan: A. Orang yang pilih Rumah Kayu
Anda adalah seorang yang penyabar. Anda boleh bersabar dengan banyak perkara atau perkara yang orang lain tak boleh bersabar. Anda mengharapkan keamanan dan kedamaian dalam semua aspek. Oleh i tu, anda adalah seorang yang amat sempurna! B. Orang yang pilih Rumah Banglo
Anda seorang yang tidak mempunyai cita-cita atau impian. Boleh dikatakan anda tidak mempunyai sebarang niat. Walaupun prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda, namun anda berkelakuan biasa saja. Anda tiada sebarang masalah kerana mengekalkan hati yang tenang. C. Orang yang pilih Istana
Anda adalah seorang yang amat prihatin dan teliti. Anda dapat melaksanakan tugas atau perkara dengan memuaskan. Walaupun bukannya pakar, namun anda dapat menguruskan perhubungan sesama manusia. D. Orang yang pilih Kota Istana
Anda boleh dikatakan pehandal dalam generasi ini. Anda mempunyai daya pemerhatian yang tajam m alah dapat mendalami isi hati orang lain. Anda yang menguasai dan mengawal keadaan. Oleh itu, anda selalu bermegah dengan diri sendiri.
Ujian Personaliti Diri Di bawah ini terdapat 16 soalan ujian personaliti untuk mengenali siapa diri anda sebenarnya. Ujian ini hanyalah andaian sahaja. Kebanyakan orang yang telah mengambil ujian ini berpendapat analisis yang mereka terima tepat dengan dengan personaliti mereka. Jom cuba ujian ini! Sebelum tu, ambil kertas dan pen untuk mencatat jawapan anda. Analisis untuk jawapan anda ada pada bahagian bawah pos ini. Buat dulu ujian baru baca analisis. Kalau baca analisis dulu nanti hilang keberkesanannya. Selamat mencuba.
Bayangkan anda sedang berada di dalam hutan. Soalan 1: Dengan siapakah anda berjalan di dalam hutan? Soalan 2: Ketika sedang berjalan, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor binatang. Apakah binatang itu? Soalan 3: Apa yang anda lakukan ketika terserempak dengan binatang itu? a) pandang sahaja dan tak ambil peduli b) lari c) tangkap binatang itu Soalan 4: Anda meneruskan perjalanan anda.Tiba-tiba terjumpa segugus kunci. Ada berapa bilangan anak kunci itu? (antara 1-10 anak kunci) Soalan 5: Anda berjalan lagi. Anda terjumpa sebuah rumah di tengah hutan. Adakah rumah itu berpagar? Soalan 6: Adakah pintu rumah itu terbuka atau tertutup? Soalan 7: Anda memasuki rumah itu. Anda ternampak meja di ruang tamu. Apakah bentuk meja itu? a) bulat/oval b) segiempat c) segitiga/ bersegi-segi Soalan 8: Di atas meja tersebut ada sebuah bekas bunga. Ada berapa banyak air dalam bekas bunga itu? a) kosong b) separuh c) penuh
Soalan 9: Bekas bunga itu diperbuat daripada apa? a) bahan mudah pecah seperti kaca, seramik atau tanah liat b) bahan keras atau lentur seperti kayu, logam atau plastik Soalan 10: Anda pergi ke belakang rumah dan nampak air terjun dari jauh. Berapa lajukah air terjun itu? (antara 1-10, 1-perlahan 10-paling laju) Soalan 11: Anda keluar dari rumah dan berjalan lagi. Tiba-tiba ternampak sebuah peti. Apa ukuran peti itu? a) kecil b) sederhana c) besar Soalan 12: Peti itu diperbuat daripada apa? a) cupboard/ kertas/ kayu b) logam Soalan 13: Tidak jauh dari situ anda ternampak sebuah jambatan. Jambatan diperbuat daripada apa? a) logam b) kayu c) rotan Soalan 14: Di seberang jambatan terdapat seekor kuda. Apakah warna kuda itu? a) putih b) kelabu c) coklat d) hitam Soalan 15: Apa yang kuda itu sedang buat? a) makan rumput b) diam dan tenang
c) berlari
Soalan 16: Tiba-tiba, ribut kuat tanpa disangka tidak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan: (a) lari dan bersembunyi di dalam peti (b) lari dan bersembunyi di bawah jambatan (c) lari naik kuda dan terus pergi
Analisa :
(1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat di hati anda. (2) Binatang yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. Saiz binatang yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar. (3) Tindakan anda kepada binatang merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari binatang maksudnya anda memang suka lari dari masalah. (4) Bilangan anak kunci: 1 - kamu punya satu kawan baik dalam hidup anda 2-5 - anda mempunyai beberapa kawan baik dalam hidup anda 6-10 - anda punya banyak kawan baik (5) Rumah Berpagar : Berfikiran tertutup Tidak berpagar : Berfikiran terbuka (6) Pintu Terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah diri kepada orang lain Tertutup : tidak suka bercerita dan lebih suka memendam (7) Meja Bulat / oval – mudah menerima dan mempercayai kata-kata kawan sepenuhnya Empatsegi - anda sedikit cerewet tentang kawan dan hanya boleh berkawan dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja Segitiga/ bersegi-segi - kamu sangat cerewet pilih kawan dan tidak ada banyak kawan (8) Bekas bunga Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi Separuh - apa yang anda inginkan dalam hidup sudah separuh penuh Penuh – keinginan anda dalam hidup dalam hidup sudah tercapai dan baik (9) Bekas bunga bahan mudah pecah - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh bahan keras atau lentur - anda kuat dalam hidup anda (10) Air terjun 0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali 1-4 - ghairah seks rendah 5 - ghairah seks sederhana 6-9 - ghairah seks tinggi 10 - ghairah seks sangat tinggi ...
(11) Saiz kotak: Kecil - ego rendah Sederhana - ego sederhana Besar - ego tinggi (12) Bahan peti: cupboard/ kertas / kayu - rendah hati logam - bangga diri (13) Adapun material jambatan: jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan kawan-kawan anda jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan kawan-kawan (14) Warna kuda: putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda. kelabu/ coklat - pasangan anda biasa sahaja di hati. hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk. (15) tindakan kuda: menggigit rumput/ diam dan tenang - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati. berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal (16) Ini soalan terakhir tapi yang paling penting. Ini adalah simboliknya: Ribut - masalah dalam hidup anda Peti - anda Jambatan - kawan-kawan anda Kuda – pasangan anda Jadi, (i) jika anda memilih masuk ke dalam peti, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah. (ii) jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah. (iii) jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.
Adakah jawapan-jawapan anda melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
Kuiz Personaliti : Inkuisitif Sila jawab soalan di bawah dengan jawapan (YA atau TIDAK). Kemudian kira peratusan jawapan YA. 1. Pernahkah anda dianggap sebagai suka ambil tahu hal orang lain? 2. Adakah anda suka melawat tempat-tempat baru? 3. Anda suka bertemu dengan orang yang belum dikenali? 4. Adakah anda suka berdikari? 5. Anda berasa senorok menyelesaikan masalah? 6. Adakah anda ingin tahu bagaimana sesuatu perkakas beroperasi? 7. Anda mengemari rancangan dokumentari di kaca TV? 8. Adakah anda lebih suka novel-novel berbanding biografi dan buku-buku bukan fiction? 9. Adakah anda berminat tentang hal-hal leluhur? 10. Adakah rasa ingin tahu anda menimbulkan masalah bagi diri anda dan orang lain? 11. Pada zaman kanak-kanak, pernahkah anda ditegur kerana terlalu banyak menyoal? 12. Anda jarang membuka sesuatu alatan atau perkakas untuk mengetahui cara operasinya? 13. Adakah anda suka mengetahui pendapatan orang lain? 14. Anda jarang membaca item-item gosip di surat khabar dan majalah. 15. Anda biasanya lambat menerima berita gosip tentang kawan dan jiran.
ANALISIS Skor anda di antara 67% hingga 100%
Anda mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Orang lain mungkin menganggap anda sebagai penyibuk dan menasihatkan bahawa "curiosity killed the kucing". P eluang mencapai cita-cita amat cerah dengan ciri ingin tahu yang tinggi. Skor anda di antara 20 % hingga 66%
Anda mempunyai ciri ingin tahu yang sederhana. Walaupun banyak menyoal mungkin tidak digemari oleh orang lain tetapi sekiranya anda tidak menyoal, anda tidak akan mencapai apa-apa. Gunakan kemahiran menyoal dengan sebaik-baiknya. Skor anda kurang daripada 20%
Anda menunjukkan minat yang amat sederhana tentang dunia di sekeliling anda. Sekiranya anda sangat berpuas hati dengan hidup dan anda tidak berasa marah dan frustrasi kerana tidak mencapai cita-cita maka adalah bijak anda kurang inkuisitif. Sekiranya anda mempunyai aspirasi dan cita-cita yang masih belum dicapai, maka adalah bijak meningkatkan rasa ingin tahu dan ambil tahu hal-hal dunia luar.
Ujian Personaliti Berasaskan Corak. Sila pilih corak kegemaran anda.
1
2
3
4
5
6
7
8
Analisis Ujian Personaliti Berasaskan Corak: (Kiraan dari kiri ke kanan) Corak 1: Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan w aras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup. Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda t idak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda. Corak 2: Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai ideaidea anda. Corak 3: Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lai n mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol. Corak 4: Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas k e tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.
Corak 5: Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali." Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan. Corak 6: Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan. Corak 7: Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan. Corak 8: Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja y ang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata
MELALUI SITUASI Tertarik dengan satu cara mengenal personaliti diri dengan soalan dari kawan. Dari tindak-tanduk soalan dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kreatif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita. Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan m engenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi. Ada 5 perkara berlaku serentak: 1. Air mendidih kat dapur. 2. Air paip melimpah kat bilik air. 3. Bayi menangis. 4. Telefon berbunyi. 5. Ada orang ketuk pintu. Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau
diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.
ANALSIS Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda? • Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda. • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan
kekayaan,wang ringgit dan harta. • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: menandakan anda mementingkan cinta dan
kasih sayang. • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan
akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda. • Kalau anda memilih untuk membuka pintu: menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran
dan personaliti pasangan anda. P/S: ini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat memahami cara atau tindak-taduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara pasangan kita berfikir. Selamat mencuba!
Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik. Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.
1. Pemimpin 4. Rajin 7. Patuh
2. Lembut 5. Boleh berbincang 8. Bisnes
3. Kemas (Cerewet) 6. Angin 9. Glamour
Contoh: 20 05 1981 2+0=2 Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti: 2+6=8 Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2 + 8 = 10 Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1+0=1 Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya.. 2: Lembut 8: Bisnes 1: Pemimpin Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.
RAHSIA TARIKH LAHIR. Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi? Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai „Paksi‟ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan. Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab- sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.” KERJAYA – Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda. PERNIAGAAN – Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan). KESIHATAN – Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi. PERHUBUNGAN – Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. M engetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga. KEKAYAAN – Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir. Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990, kemudian 1 + 9 + 9 + 0 = 19, kemudian 1 + 9 = 10 dan terakhir 1 + 0 = 1. Jadi nombor lahirnya ialah 1 Keterangan nombor lahir 1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian.
Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang t erjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka ta npa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah t erhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: Willi am Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hi dup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka te rsendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
KAJIAN 25 TAHUN DATO’ FADZILLA H KAMSAHKAREKTOR KELAHIRAN
MANUSIA
JANUARI Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang padakanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi FEBRUARI Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sanga sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi t idak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi. MAC Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody. APRIL Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan t etapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan t erlalu cemburu.
MEI Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Pemikiran yang tajam Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros JUN Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood. Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya JULAI Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja OGOS Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan
SEPTEMBER Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam t api pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya fi rasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik OKTOBER Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak p andai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat NOVEMBER Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah DISEMBER Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.
View more...
Comments