KOLEKSI PERIBAHASA
February 6, 2017 | Author: Rosnah Morshidi | Category: N/A
Short Description
Download KOLEKSI PERIBAHASA...
Description
KOLEKSI PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA BIDALAN PEPATAH PERUMPAMAAN KATA-KATA HIKMAT
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 1
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
MUKA DEPAN
m/s 1
ISI KANDUNGAN
m/s 2
SIMPULAN BAHASA
m/s 3 hingga m/s 11
BIDALAN
m/s 12 hingga m/s 17
PEPATAH
m/s 18 hingga m/s 21
PERUMPAMAAN
m/s 22 hingga m/s 23
KATA-KATA HIKMAT
m/s 24 hingga m/s 25
RUJUKAN
m/s 26
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 2
SIMPULAN BAHASA 1. ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika 2. ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu 3. air muka rupa atau wajah seseorang 4. ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang 5. ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan 6. alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan 7. anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri 8. anak bapa anak yang disayangi oleh bapa 9. anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara 10. anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 3
11. angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab 12. atas angin negara-negara di sebelah barat 13. atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak 14. ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan 15. bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya 16. banyak mulut orang yang banyak bercakap 17. batu api orang yang suka menghasut 18. batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati 19. bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh 20. bawah angin negara-negara di sebelah timur 21. bekas tangan hasil kerja tangan seseorang 22. beralih akal berubah fikiran atau pendapat 23. beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 4
24. berat hati enggan; malas 25. berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak 26. berat tulang orang yang malas bekerja 27. berat sebelah tidak berlaku adil 28. berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan 29. berhati batu degil dan sukar menerima nasihat 30. berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga 31. bermuka dua tidak jujur 32. bertikam lidah bertengkar; berdebat 33. besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu 34. besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain 35. buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 5
36. buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai 37. buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang 38. bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad 39. buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain 40. buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam 41. cahaya mata anak 42. cakar ayam tulisan yang buruk 43. campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain 44. cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu 45. cepat tangan suka mencuri 46. dalam tangan sudah pasti akan diperoleh 47. darah daging anak kandung 48. durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 6
49. gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh 50. gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta 51. harga diri maruah atau kehormatan seseorang 52. harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi 53. hati batu degil atau keras hati 54. hidung tinggi sombong atau tinggi diri 55. hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri 56. ikat perut menahan lapar kerana berjimat 57. iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu 58. isi hati perasaan dalam hati 59. jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian 60. kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 7
61. kaki ayam tidak berkasut atau berselipar 62. kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola 63. kaki botol suka minum minuman keras 64. kecil hati berasa tersinggung atau merajuk 65. kepala angin perangai yang tidak menentu 66. kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat 67. kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain 68. khabar angin berita yang belum tentu benarnya 69. langkah kanan bernasib baik 70. langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan 71. lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai 72. lipas kudung cepat membuat kerja 73. lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 8
74. makan angin bersiar-siar untuk berehat 75. makan suap menerima rasuah 76. malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang 77. mati katak mati dengan sia-sia 78. membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir 79. membawa diri tahu menjaga diri 80. membuka jalan memberi laluan kepada orang lain 81. membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain 82. memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar 83. menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan 84. mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu 85. mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 9
86. mencuit hati lucu; menggelikan hati 87. mengabui mata cuba memperdaya; menipu 88. mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya 89. mengambil angin bersiar-siar untuk berehat 90. mengambil berat memberi sepenuh perhatian 91. mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi 92. mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat 93. muka tembok tidak berasa malu 94. mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising 95. mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia 96. murah hati suka bederma; tidak kedekut 97. naik angin terlalu marah
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 10
98. nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati 99. orang atasan orang yang berpangkat tinggi 100. otak udang bebal atau bodoh
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 11
BIDALAN 1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
2. Alur bertempuh, jalan berturut Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim
3. Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan
4. Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman
5. Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira
6. Berbuat di alang, belayar di luar musim Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai
7. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain
8. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 12
9. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak
10. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap
11. Berkaul pada keramat Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya
12. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian
13. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain
14. Bertanjak baharu tinjau Membuat kerja mengikut aturan
15. Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai
16. Biar alah sabung, asalkan menang sorak Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar
17. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
18. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 13
19. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah
20. Biar genting, jangan putus Biar rugi sedikit daripada rugi banyak
21. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat
22. Biar lambat asalkan selamat Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati
23. Biar luka di dada, jangan luka di belakang Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri
24. Biar mati anak jangan mati adat Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban
25. Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang Biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan
26. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatan
27. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Menyimpan rahsia
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 14
28. Biar penat badan, asalkan hati suka Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah
29. Biar putih tulang jangan putih mata Sanggup mati daripada menyerah kalah
30. Biar senget, jangan tertiarap Biar rugi sedikit danipada rugi banyak
31. Biar titik, jangan tumpah Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
32. Buang yang keruh, ambil yang jernih Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja
33. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba
34. Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding
35. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu
36. Cicir dipungut, hilang dicari jangan melakukan pembaziran
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 15
37. Dalam berselam, cetek bertimba Sesuaikan sesuatu dengan keadaan
38. Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh
39. Daripada cempedak baiklah nangka Lebih baik ada daripada tiada langsung
40. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik
41. Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan
42. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu
43. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati jika tutur katanya elok seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati
44. Elok lenggang di tempat datar Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnyal
45. Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 16
46. Gara-gara kata gelegar, rasuk juga yang menahannya Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang
47. Genggam bara api biar sampa jadi arang Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya
48. Habis akal, baru tawakal Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan
49. Habis alur maka beralu-alu Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan
50. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 17
PEPATAH 1. Ada air, adalah ikan Ada negeri tentulah ada rakyatnya
2. Ada angin, ada pokoknya Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya 3. Ada bangkai adalah hering Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat 4. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita 5. Ada gula adalah semut Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul 6. Adakah buaya menolak bangkai? Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat 7. Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah 8. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya 9. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga 10. Ada udang di sebalik batu Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan 11. Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu 12. Air dicencang tidak akan putus Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 18
13. Air digenggam tidak tiris Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja 14. Air mudik sungai, semua teluk diranai Orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan 15. Air pun ada pasang surutnya Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah 16. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan 17. Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan Memperbesar perkara yang kecil 18. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut 19. Alah bisa, tegal biasa Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan 20. Alah jadi abu, menang jadi arang Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian 21. Alah membeli, menang memakai Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama 22. Alah sabung, menang sorak Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar 23. Alang-alang berminyak biar licin Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai) 24. Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai 25. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 19
26. Anak baik menantu molek Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda 27. Anak harimau jangan dibela pelihara Orang yang jahat jangan dibuat kawan 28. Angin berputar, ombak bersahut Perkara yang amat sulit 29. Angguk bukan, geleng ya Lain di mulut, lain di hati 30. Anjing bercawat ekor Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya 31. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu 32. Anjing galak, babi berani Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat 33. Anjing ditepuk menjongket ekor Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong 34. Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya 35. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran 36. Apa payàhnya menaupkan bibir atas bawah Banyak berjanji tetapi tidak ditepati 37. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada Cukup mempunyai segala yang diperlukan 38. Arang habis besi binasa Pekerjaan yang sia-sia NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 20
39. Asal berinsang ikanlah Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan 40. Aur ditanam betung tumbuh Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit 41. Ayam berinduk, sirih berjunjung Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan 42. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya 43. Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang Nasib yang malang 44. Ayam tak patuk, itik tak sudu Seseorang yang hina dalam masyarakat 45. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya 46. Ayam terlepas, tangan bau tahi Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu 47. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya 48. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan 49. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh 50. Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 21
PERUMPAMAAN Bagai aur dengan tebing
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu
perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang
berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor
seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin pasangan yang sama padan dan sama cantik dengan permata Bagai tikus membaiki labu
merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin di hujung tanduk Seperd anak ayam kehilangan ibu NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
berpecah dan hilang tempat bergantung MUKA SURAT 22
Seperti anjing dengan kucing
adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng
bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan
tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput
kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam seseorang yang mengambil kesempatan daripada dua muka pertelingkahan antara dua pihak Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung
orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan
tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga
seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi
perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang
mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul
orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu
jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 23
KATA-KATA HIKMAT 1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. 2. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya 3. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya. 4. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. 5. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah) 6. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 7. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 8. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya 9. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap 10. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan. 11. Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”. 12. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 24
13. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan 14. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 15. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 25
RUJUKAN http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/bidalan.html http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.html http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.html http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html
DISUSUN OLEH,
(NURUL ALIAH SYAHIDAH BT HUT)
NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B)
MUKA SURAT 26
View more...
Comments