Kitab Ana Al- Haq

March 19, 2017 | Author: GRAFiEQ | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Kitab Ana Al- Haq...

Description

1

“ANA AL HAQ” BAB 1 Ahdiyat (KeEsaan)

Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

1. Hakikat perkataan ialah ' Alif ' hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan (atomatom), hakikat debu-debuan ( atom-atom ) ialah unsur dan hakikat unsur, ialah Cahaya Allah. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah "Air Kehidupan" jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat hilang. 2. Zat ternyata dngan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya ( keindahannya ) dan Jalalnya ( keagungannya ) Jika ia tidak menampakkan dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya? Maulana berkata : "Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya". 3. Zat dalam peringkat ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. Keujudan ( existence ) di ketahui daripada kesan ( effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat? Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat mendapatkan bentuk fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan mata, perkataan - lidah. 4. Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat. 5. Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah manifestasi ( penunjuk ) Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi - apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ). Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja. 6. Kita tidak mengetahui zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak, tidak terjangkau oleh dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita. 7. Cinta adalah rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya ( essence ) Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

2

Pengetahuan yang paling sempurna berkenaannya adalah ' tidak tahu ' Ianya tidak terkandung dalam pengetahuan atau pun dalam Wahyu- ianya tidak dapat di bawa dalam lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta Allah dan sufi dalam ma'arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan (epiphanies) dan misal sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam lingkungan penyataan dan misal. Orang yang nampak bayangan matahari dalam air bukanlah bererti dia telah nampak matahari itu sebenarnya. Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, "saya tidak mengetahui Mu lebih dari setakat mana saya patut mengetahui Mu" Pengetahuan tentang dirinya adalah dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua. 8. Peringkat di mana yang Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar dan lain-lain. Peringkat di mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada dirinya di gelar Ahdiyyat - Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat Muhammad dan lain-lain. Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan pada 'Yang Lain' secara perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di mana ianya menunjukkan pada Diri dan 'Yang Lain' secara terperinci dalam pengetahuandi gelar Hakikat Kemanusiaan - Nafas Suci. Peringkat di mana ianya menunjukkan secara perincian ( in detail ) keluar di gelar Alam Arwah, Alam Mithal dan Alam Ajsam - dan alam-alam ini merupakan "yang di jadikan". 9 Apabila Wujud itu tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan dirinya sendiri. Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang tidak berlawanan dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ' ke-AKU-an '-nya yang abadi. Syak dan waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan sendirinya Ianya sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada bentuk. Ianya abadi dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara 'sementara' dan bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk. Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi 'Aku'- menzahirkan Dirinya. Oleh itulah mazhab Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-ya-an. Sia-sia sahaja dalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu bererti menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak ada memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan 'Aku ialah Aku'. 10. Zat itu mutlak.Tidak berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang mutlak ( sebagaimana yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn Arabi ) yang padanya semua bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia menjadi manusia berbentuk ( bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk yng tersendiri; lain-lain bentuk itu tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu yang mutlak. Apabila ia berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bererti " Aku nampak Tuhan ku berbentuk seorang belia yang tidak berjanggut " Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak tentulah banyak orang yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak dalam misalan

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

3

BAB 2

WAJIBUL WUJUD [Yang Pasti Ada] 1. Aspek Allah yang tidak zahir ialah Jalal dan yang zahir (manifestasi) ialah Jamal. Kesempurnaan jiwa bagi Salik ialah berada antara kedua-dua aspek ini. 2. 'Ghayr' (Yang Lain) sebenarnya tidak ada. Inilah sebabnya golongan Syattariyah percaya kepada satu 'ke-AKU-an'. Tauhid ialah mengetahui satu, mengatakan satu, melihat satu,dan menjadi satu. Aku satu dan tidak ada sekutu dengan ku. Tidak ada tabir yang lain kecuali khayalan tentang (makhluk). Langit dan bumi tidak ada merentangkan tabir ini,hanya ibubapa anda, bangsa anda, buku-buku anda yang mengadakan tabir itu. 3. Anda mempunyai :      

Badan Akal Ruh Sirr (rahsia) Nur (cahaya) Hakikat (zat yang mutlak)

Enam perkara di sini adalah sebenarnya kerana ada tingkat-tingkat, jika tidak hakikat anda adalah satu jua.Hakikat anda dalam istilah inidi gelar Haq,Allah, Zat Mutlak, mempunyai tingkat-tingkat dalam manifestasi (penzahirannya), tetapi ianya adalah hakikat anda sendiri. Nur ialah peringkat sifat dalam mujarrad (abstract). Sirr ialah peringkat yang sama secara perincian (detail). Ruh adalah peringkat Alam Arwah Yang keempat ialah Qalb (hati). Yang kelima ialah Alam Mithal dan yang keenam ialah badan. Badan dan akal dapat di lihat. Ruh, Sirr dan Nur tidak dapat di lihat. Untuk mencapai Haq seseorang itu hendaklah melalui semua ini secara berperingkatperingkat. Perhatikan bagaimana khatra ( gerakan fikiran) menurun ke bawah. Mula-mula ia turun kepada Nur, kemudian Sirr, kemudian itu Ruth, selepas itu hati dan akhirnya kepada badan. Sebenarnya khatra ini ialah satu sifat Kalam (perkataan) Allah.Ia datang melalui tingkat-tingkat Iradat. Hakikat anda bukannya slah satu daripada tingkat-tingkat ini tetapi adalah (Zat Mutlak) itu sendiri. Jika kebaikan biasa dalam perbuatan hilang dari kita, itu tidaklah berapa bahaya. Tetapi amatlah merbahaya jika hilang kebaikan yang sebenarbenarnya dari kita. Emas pada pancalogam (alloyed gold) di bakar dalam relau. Pancalogam (alloy) itu akan terbakar dan emas akan keluar lebih bersih lagi. Kebaikan sebenarnya adalah emas dan kebaikan pada kulit sahaja itu adalah

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

4

pancalogam. Kita akan kehilangan jika emas tulin itu binasa. Neraka ialah tempat pancalogam emas itu di bakar. 4. Haqiqat-i-Muhammadi ialah kepada pancuran semua manifestasi. Yang bererti: " Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku ". Cahaya ialah apa yang manifestasi (zahir) dengan dirinya dan menzahirkan yang lain-lain. Yang bererti " Allah menjadikan alam dalam gelap " Tidak ada yang tersembunyi dari Allah, apabila Dia cahaya langit dan bumi. Cahaya mutlak terzahirdalam manifestasi yang terhad dengan cara pertentangan. Mim dalam Ahmad adaah punca pertentangan atau manifestasi yang bertentangan dalam alam iaitu dalam ketenangan lautan Ahdiyyat, satu buih (wahdat) timbul dan daripadanya banyak buih terzahir (wahdiyyat) yang menjadi punca sifatsifat yang bertentangan. 5. Nur-i-Muhammadi terzahir dalam bentuk merah dan hinggap atas pokok Keyakinan (Tree of Assurance) dan di sana dia memuja dan memuji Allah dan sujud lima kali dalam kesyukuran. Itulah sebabnya sembahyang lima kali sehari semalam itu menjadi wajib. 6. Meski pun Muhammad dalam badan. Hakikat adalah hakikat seluruh makhluk. Hadithada mengatakan : Yang bererti : " Aku dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku " Keturunannya empat jenis. Pertama seluruh alam ; Kedua semua wali-wali Allah; ketiga malaikat-malaikat; dan keempat keturunannya yang lahir jasadnya. Ketiga-tiga yang kemudian itu adalah 'details' (secara perincian) yang pertama itu. 7. Kaum Faqaha tidak bersetuju dengan pendapat Auliya Allah. Mereka tetap mengatakan wujud itu ada dua; satu yang asal dan yang lagi satu sementara, yang datang dari 'adum' (tidak ada), meski pun mereka berkat Allah tidak berkuasa menjadikan'ghayr'nya yang tidak ada wujudnya. Menjadi wujudnya benda-benda bukan dari 'tidak ada' tetapi adalah dari (bentuk-bentuk tetap dalam ilmu) yang pada luarnya (tidak ada menurut bandingan). A'yan ternampak apabila penzahir (manifester) mengurniakan kepada mereka (wujud bandingan)nya; iaitu pada luarnya mereka 'adum tetapi wujud dalam ilmu. Oleh itu benda-benda (objects) tidak datang dari 'yang tidak ada' tetapi adalah dari wujud Allah. Dalam ilmu Allah, mereka berserta dengan wujud Allah. Pada luarnya mereka datang dengan wujud Allah. Tetapi sepanjang yang berkenaan dengan pengetahuan mereka tentang lur (zahir) mereka itu, mereka " tidak membau-bauan wujud dalam luarnya (externality) dengan demikian, perintah 'Jadilah (kun) bukan di arahkan kepada 'adum tetapi adalah kepada ia itu bakatbakat Peribadinya sendiri yang asal. Yang nampak pada zahirnya adalh sementara dan tidak kekal. Hakikat 'adum tidak boleh di tukar menjadi wujud dans sebaliknya. Perbezaan pendapat antara Ulamak dan orang-orang Sufi bukanlah prinsip doktrin atau butir-butirnya tetapi adalah pada prinsip-prinsip berikut :

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

5

PERTAMA : Ialah berkenaan dengan kajadian atau makhluk; Ulamak mengatakan wujud kejadian adalah berbeza dengan wujud Allah, mengatakan tidak ada perbezaan, hanya satu ju (ia itu 'ayn bagi yang satu lagi) KEDUA : Ulamak mengatakan kejadian adalah dari 'adum, dan perintah 'jadilah' (kun) adalah di tunjukkan kepada 'adum itu mengatakan 'yang diperintahkan itu' mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah itu dan ini ialah a'yan dalam pengetahuan ia itu bakat dalam batin. KETIGA : Ialah perkara berkenaan Hu Hu dan Kaannahu Hu. Sufi seperti Syekh Syihabuddin Suhrawardy mengatakan bahawa dalam Fana, benda atau makhluk (yang terhad) menjadi Kaannahu (seperti Dia) dan bukan Hu Hu (Dia,Dia) seperti besi dalam api yang menjadi seperti api dan bukan api yang sebenarnya. Hakikat besi berlainan daripada hakikat api. Menurut dalam 300 auliya adalah mengikut mazhab ini dan yang 300 lagi itu mengikut Syekh-alAkbar yang mengatakan atau makhluk menjadi Hu Hu. Syekh-al-Akbar mengatakan ia itu wujud tidak lebih dari satu, yang sama itu juga menzahirkan kepada dirinya dengan dirinya. Seperti air menzahirkan kepada dirinya dengan rupa ais secara pembatasan (limitation). Apabila dalam keadaan Fana bentuk atau pembatasan hilang, yang mutlak tinggal dan menjadi Hu Hu. Mazhab ini pergi sampai ahdiyyat dan mazhab yang satu lagi (mazhab mustasaffawi) pergi sampai kepada Wahdiyyat. Mazhab yang kedua itu mengatakan ada dua wujud yang berlainan dan dua benda yang berlainan dalam pandangan mereka. Misalnya besi dan api; besi menjadi api sementara, api tetap api dan besi tetap besi. apabila ombak reda, laut tetap tinggal. Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun berserta Dia. " Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua " Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuknya adalah pada zahir sahaja tetapi wujudnya tidak ada, air sekarang seperti air yang dahulu juga. 'Ghayr' (yang lain) adalah tidak lebih dari hanya nama dan benda fikiran sahaja. Oleh yang demikian, semua nama (asma) adalah manifestasi (penzahiran) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan, kadang-kadang buih, kadang-kadang ais dan kadang-kadang salji; kadang-kadang Allah, kadangkadang makhluk ' banda' kadang-kadang tidak berhad;.kadang-kadang berhad ; Nama itu banyak dan yang di nama adalah satu. 8. Failasuf, Mutakallimin san Sufi mengatakan bahawa kesan atau akibat perbuatan Allah tidak ada penzahiran tanpa bentuk-bentuk tau rupa-rupa yang dizahirkan. Kenyataan ini menunjukkan satu kecacatan dalam. Oleh itu, bentukbentuk itu adalah Dirinya sendiri pada zahirnya dan adalah Hakikat-hakikatnya. Dia tidak bergantung kepada 'yang lain' untuk penzahiran. 9. Jika sesaorang itu melayan anda secara Nafs, layanlah dia secara Ruh iaitu balaslah yang jahat dengan yang baik. Inilah cara Ruh. Memandang kejahatan pada yang lain adalah memandang 'ghayr' Hadith Qudsi ada menyatakan : Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

6

Yang bererti: ' Janganlah salahkan Masa kerana Masa adalah dari Allah '. 10. Mula-mula terpandang Zat dan kemudian Sifat. Mula-mula anda pandang Zat Zaid dan kemudian sifatnya seperti pengetahuannya, fikirannya dan lainlain. 11. Semua benda wujud kerana wujudnya Allah. Dengan sendirinya mereka itu adalah tidak ada. Huruf-huruf tidak ada. Ada huruf adalah dengan adanya dakwat. 12. "Yang Tidak Ada" ialah cermin wujud mutlak. Daripadanya terzahir bayangan dari cahaya Allah. (ada yang negatif) ialah cermin (ada yang mungkin) ialah bayangan. Wajibul Wujud (Yang Pasti Ada) ialah orangnya. Dalam terbayang Wajibul-Wujud. Sekiranya tidak ada 'yang tidak ada' bagaimanakah yang 'positif' itu terbayang ? Apabila sesaorang mengetuk pintu dan di tanya, " Siapa itu" dia berkata, "tidak ada siapa,hanya Aku" Dia tidak menafikan wujud dirinya tetapi menafikan badan yang lain, supaya wujudnya itu dapat di tegaskan dengan lebih kuat lagi. Demikian, tidak ada Tuhan melainkan Allah. Jika 'yang lain' tidak wujud, bagaimanakah ianya menjadi cermin wujud Allah ? Apabila 'adum kosong dalam Zat. Harta terpendam itu ternampak keluar. 13. Pihak Mutakallimin menganggap wujud benda-benda iaitu wujudnya duniaadalah tambahan pada Zat. Wujud yang sewajarnya ialah wujud Allah dan pembatasannya ialah Dirinya sendiri. Mereka mengamggapkan Zat ada wujudnya yang tidak boleh di belah bagi daripadanya meski pun dalam fikiran ianya boleh di asing-asingkan. Orang-orang Sufi tidak menganggap ada sebarang perbezaan antara wujud yang hakikat dan yang biasa kerana apabila pembatasan hilang dari yang biasa itu, ianya tidak menjadi'adum. 14. Zat mengetahui dirinya sendiri. Dari segi mengetahui dirinya sendiri itu. Ia menjadi 'Wajib','pelaku','tanpa kualiti','pencipta','Yang Mempunyai Kuasa'. Dari segi Ianya itu di ketahui. Ia menjadi 'Yang Diketahui','Yang Dilakukan kepada','Yang Diberi Kualiti','Yang Dijadikan','Tanpa Kuasa'. Kedua-dua itu menjadi (Hakikat Kemanusiaan). Inilah peringkat tertinggi mikraj (naik ke atas)bagi Nabi-nabi. Aspek yang pertama itu merupakan Asma-i-Wujubiyyah. Yang kedua, Asma-i-Kiyani atau Asma-i-Kouni. Yang Pertama itu ialah 'wujud yang terzahir' dan yang kedua ialah ' ilmu yang terzahir'. Kumpulan asma yang pertama itu ialah 'pelaku','tidak ada kualiti','penzahir' dan kumpulan yang kedua ialah 'yang dilakukan, yang di kualitikan','yang di zahirkan'(pasif). 'Ke-Aku-an' yang mutlak ialah hasil penyambungan, kedua-dua itu dan dunia itu terbit dari penyambungan ini. 'Ke-Aku-an' dari sifat-sifat aktif 'yang wajib' menjadi Rab (pemerintah) yang tidak ada kualiti, 'pelaku' dan 'penyinta' dan 'kuasa' serta 'kekal'. Dari segi sifatsifat pasif'yang mungkin' menjadi 'Abd (yang diperintah) dan mempunyai kualiti; dan menjadi 'perkakas','yang dilakukan','yang dicintai' dan 'tidak berkuasa'. Oleh yang demikia, wajiblah Abd mencari keredhaan Rabnya. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

7

15. Dalam bahasa Arab, lelaki dianggap sebagi penyinta dan perempuan sebagai yang di cintai. Dalam bahasa Hindi, proses itu terbalik. Dalam bahasa Parsi, kedua-duanya dianggap sebagai penyinta. Cinta adalah dari Wajib dalam batasan atau had yang pertama dan dengan itu Wajib (yang pasti wujud) adalah penyinta dan Mumkin (yang mungkin wujud) adalah yang dicintai. Apabila dalam had yang kedua, Mumkin dizahirkan, ianya menjadi penyinta dan wajib menjadi yang dicintai. Apabila dalam tajallinya, Wajib dan Mumkin hilang, penyinta dan yang di cintai juga hilang dan inilah ruang ketidakadaan warna. 16. Firman Allah: Yang bererti : "Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". Allah adalah hakikat semuanya. Apabila Allah berserta dengan semua. Dia juga adalah tanpa semua. Jika tidak kehampiran Mumkinul-Wujud dengan Wajibul-Wujud tidak ada makna, dan dengan itu hulul (kemasukan yang satu ke dalam yang lain) terpaksalah di terima. Yang satu adalah di sisi ysng satu lagi dan arahan dalan ruang adalah perlu. Oleh itu selagi anda wujud dalam pandangan anda, Dia tidak akan nampak; dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda, maka Dialah yang anda nampak. jika tidak,dua yang wujud akan bersatu atau akan bertentangan antara satu dengan yang lain. Timbullah ruang dan timbullah dua yang wujud. Ini berlawanan dengan Tauhid. Fana ialah menafikan (perkongsian) dengan yang lain (ghayr) 17. Tuhan-tuhan palsu seperti patung-patung, pokok-pokok dan lain-lain patut di campakkan jauh-jauh kerana mereka timbul dari menetapkan atau menempatkan wujud pada benda-benda yang tertentu. Allah tidak ada kualiti dan di samping itu dikualitikan pula. Dia tidak boleh di kurungkan pada keadaan-keadaan ini. Dianya lebih melampaui dari kedua-dua keadaankeadaan ini. Allah menzahirkan Dirinya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Nabi Musa nampak Dia dalam semak yang terbakar. Ahli tasybih bersangkutan dengan tasybih (mengkualitikan). Ali Tanzih bersangkutan dengan tanzih (tidak ada kualiti) Allah adalah hakikat yang tidak ada kualiti dalam tanzih dan dikualitikan dalam tasybih. Kekal dan sementara dalam Sementara. Manifestasinya sempurna dari keadaan kekal (yang bermula dari Had atau Sempadan Pertama kepada peringkat) dan keadaan sementara (dari Aql-i-kul hingga keperingkat Habuk) Ilmunya sempurna dari 'yang di ketahui' pada kedua-dua peringkat. Dia Yang Kekal dan Dia Yang Sementara. Tajallilnya tidak terkira banyaknya sehingga tidak dapat di hitungkan. Oleh kerana luasnya sehingga tidak terhitung bagaimanakah Zatnya dapat di hadkan pada sesuatu perkara yang mempunyai had (batasan). Penyembahan 'yang terhad' oleh 'yang terhad' adalah syirik. Dalam La ilaha,'yang terhad' itu di nafikan dan dalam Illallah,'yang tidak terhad' itu dipastikan (diithbatkan) Syekh-Akhbar dalam ada menyatakan."Sekiranya cinta Allah untuk menzahirkan Zatnya dan sifatnya dan juga alam yang mana adalah kesan sifat dan asma, tidak bergerak alam ini tidak akan terzahir keluar tetapi hanya tinggal dalam ilmunya selama-lamanya." Gerak alam dari menghala kewujudannya keluar adalah gerak Allah untuk menzahirkan alam itu. Gerak cinta adalah dari Allah dan gerak rasa adalah dari alam. Satu biji benih melihat dan mengetahui semua pembagunan dalam dirinya dan dengan itu adalah bebas (ghani) dari Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

8

mereka, tetapi kesempurnaan yang mengetahui itu di sedari dari pengetahuan yang kekal dan pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang kekal menjadi sempurna dari pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang sementara ini terpendam yang kekal. 18. Punca semua gerak ialah gerak dan ini adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan. Gerak ini di zahirkan keluar. Oleh itu wujud ini adalah gerak dari keadaan yang terpendam kepada keadaan yang ternampak. Ini adalah gerak cinta. Allah berfirman:Yang bererti: " Aku adalah harta yang tersembunyi dan suka sekali supaya di ketahui" Cinta ini adalah untukmanifestasi (penzahiran), Jika cinta ini tidak ada. Dia akan terpendam dalam ilmu selama-lamanya. Gerak alam ialah dari menuju penzahirannya keluar. Pergerakkan ini adalah cinta Allah kepada penzahiran alam dari kepada kewujudannya. Kerana alam suka melihat zatnya sendiri terzahir seperti yang dilihatnya dalam ilmu. Wujud tanpa permulaan ialah wujud Allah. Sepanjang yang berkenaan dengan Zatnya , wujud itu adalah (kesempurnaan diri) baginya. Wujud yang ada permulaan ialah dari Allah dalam bentuk alam yang mana ada dalam ilmu Allah dan di gelar wujud yang sementara dan mungkin. Allah menampakkan (manifestasi) Dirinya dalam bentuk alam dan ini (kesempurnaan nama). Oleh yang demikian, Dia adalah kekal dalam Kekal dan sementara dalam Sementara. 19. Harith Muhasibi ada berkata " Jangan anda anggap kerugian atau keuntungan kepada seseorang itu datangnya dari diri anda sendiri" kerana wujud dan kualiti-kualitinya adalh hanya pinjaman kepada 'Mumkin' dan apa yang di pinjamkan itu adalah bergantung kepada'wajib' (pasti) dan bukan kepada 'Mumkin'. Apa yang tidak ada kualiti tidak boleh mengatakan dia ada kualiti atau sifat. Jika 'adum berbuat demikian, itu adalah syirik. Inilah sebabnya Ulamak mengatakan wujud ialah tambahan pada zat. Dari segi mutlaknya, wujud tidak langsung terfikirkan. Hanya dalam Wahdiyyat, anda mempunyai tajalli pada wujud. Oleh itu, dalam segi mutlak, wujud adalah tambahan. Ulamak terlibat dengan Wahdiyyat. Jika mereka naik ke atas lagi, mereka akan dapati bahawa wujud itu adalah hanya tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam tajalli. Tajalli dan pembatasan adalah Zat dengan sendirinya. Oleh yang demikian theori mengatakan wujud itu adalah tambahan, tidak terpakai di sini. 20. Falsafah Aristotle (Musysyayin) ada mengatakan bahawa hakikat tidak di jadikan oleh Yang Menjadikan tetapi Yang Menjadikan itu memberinya wujud dan dengan itu ia wujud,sebab athar (kesan)nya pada zahirnya ialah wujud. Hakikat api tidak dijadikan, tetapi Yang Menjadikan wujudnya,lalu ia menjadi punca penzahiran haba dan cahaya (atharnya) Api yang kita nampak wujudnya itu adalah sambungan dan bukan hakikat Api, dan hakikatnya adalah wujud sendirinya. Isyraqin Plato (Realist) mengatakan bahawa "Hakikat di jadikan oleh Yang Menjadikan" iaitu Dia menjadikannya pada zahirnya. Hakikat adalah kesan dan Yang Menjadikan dan pada zahirnya wujud dan wujudnya adalah sangkaan dalam fikiran sahaja dan bukanlah Hakikat seseorang apabila di lihat berupa satu bentuk. Ini dinamakan Akal Pertama. Apabila difikirkan lagi kita dapati ianya terdiri daripada sifat-sifat tertentu yang tidak wujud pada zahirnya. Ini ialah Akal Kedua. Inilah juga pandangan pihak Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

9

Mutakallimin dan pihak Asy'ari. Mereka mengatakan hakikat sesuatu benda adalah benda itu sendiri; dan wujud sesuatu benda itu adalah hakikat benda itu sendiri.Abu'l Hasan Asy'ari tidak pecaya dengna wujud dalam fikiran. Pihak Sufi mengatakan bahawa hakikat benda ialah Zat Allah sendiri. Wujud diluar tidak berbeza dengan wujud di dalam. Semuanya adalah yang satu dan yang sama itu juga-Zat Allah. 'Yang di ketahui' (iaitu objek) dalam ilmunya bukan'Adum (tidak ada). Objek-objek itu di beza-bezakan antara satu dengan lain dalam ilmunya. Objek-objek itu ada dalam ilmu yang abadi. Itu yang di gelar oleh orang-orang Sufi sebagai dan pihak Mutakallimin menggelarnya bentuk-bentuk pengetahuan. Apabila Allah hendak menjadikan objek itu ada, di berinya objekobjek itu satu perkaitan dengan wujudnya sendiri dan dengan perkaitan ini athar (kesan) dan ahkam (bakat) menjadi terzahir keluar, dan Zat itu menjadi punca athar dan ahkam. Yang bererti: "Dia berserta kamu di mana juga kamu berada" Inilah ayat berkenaan perkara ini. Satu lagi ayat ialah yang bererti: "Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu" Wujud yang di luar atau yang terzahir ini mempunyai dua aspek, satu hakikat dan satu lagi manifestasi. Manifestasi ialah wujud Yang Mungkin dan hamba (Abdiyyat). Orang-orang Sufi menggelarnya Farq. Tidaklah benar menggelar aspek ini 'Allah'. Yang satu lagi ialah punca manifestasi (penzahiran) dan ini adalah Ketuhanan (Divine). Aspek ini di gelar Haq, dan orang-orang Sufi menggelarnya dengan nama Jam'i.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

10

BAB 3

MUMKINUL-WUJUD (Yang Mungkin Ada) 1. Cinta: Tidaklah wajar menggelar perasaan ini pada seseorang dengan nama cinta; dan tidaklah betul menggelar pokok gandum (iaitu ilmu) dengan nama pokok yang di Syurga. Dalam Al Quran Surah Baqarah : 35,

        Ertinya: "Jangan hampir dengan pokok itu, jika tidak, kamu menjadi Zalim" Cinta adalah tarikan kepada yang benar-benar cantik. Memandang kecantikan dalm kecantikan nya sendiri tanpa halangan dari objek-objek alam di gelar keadaan jam'i. Syekh-al-Akbar menggelar keadaan ini dengan nama jam'i atau batasan pertama atau Hakikat Muhammad s.a.w. ianya adalah cinta Zat pada Zat itu sendiri. Cinta Zat pada alam dinamakan. Cinta Alam pada alam iaitu seseorang lain dinamakan . 2. Allah dalam manifestasi (penzahiran)nya yang pertama ialah a'yan. Keupayaannya terzahir dalam cermin a'yanNya. oleh itu, Allah adalah Bapa a'yan itu di pelihara pada penzahirannya oleh asma dan sifat. 3. Yang terzahir datang dari yang tidak zahir dan yang tidak zahir datang dari yang terzahir. Penzahiran hanya mengambil bentuk. Al Quran surah Al Ikhlas : 3,

     Yang bererti: 'Dia tidak beranak dan tidak di peranakkan' Zat adalah mutlak dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah terhad-Nabi Muhammad s.a.w. adalah terhad dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah tidak terhad dan mutlak. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri. Apa-apa yang timbul dari ombak tidaklah lain dari laut itu sendiri. Dakwat pada huruf tidak lain dari dakwat mutlak. Telur datang dari abu ayam dan begitu juga sebaliknya. Dalam cermin alam ini tidak ada yang nampak melainkan Allah itu sendiri dalam manifestasi yang kedua. Dalam cermin Allah " lain dari alam " ternampak dalam manifestasi yang pertama . Oleh itu, alam ini terbit dari Allah dan tidak ada lain kecuali Allah yang nampak dari alam. Biji benih terzahir dalam pokok dan pokok itu di dapati dari biji benih. Apa-apa yang terzahir Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

11

keluar adalah daripada dalam benda itu sendiri. Dengan itu apa-apa yang keluar dari alam adalah lebih baik dari apa-apa yang keluar dari Allah. 4. Muhammad ialah dari cahaya rahmat dalam kedua-dua alam. ' Dan tidak Ku utuskan kepada mu, melainkan rahmat sekalian alam". Rahmat atau berkat adalah sifat Jamal (indah). Iblis ialah dari api Kebesaran. Jamal menaungi Jalal dalam manifestasi. Kita mohon perlindungan dari perbuatan-perbuatan Syaitan. Jangan hinakan mereka yang jahat tetapi mohonlah perlindungandari perbuatan mereka itu. 5. Segala-galanya kembali kepada asalnya. Pada segi wujud , segalagalanya berasal dari Allah. Oleh itu, Muminul-Wujud bergantung kepadaWajibul-Wujud. Untuk Wujud, huruf-huruf dan perkataan bergantung kepada dakwat. Zat benda-benda tidak wujud dan ianya adalah ghayr (yang lain) bagi wujud setiap ketika, segalanya meminjam wujud mereka dari Allah, dan setiap ketika mereka kembali kepada zat mereka yang mana adalah kosong. Sepanjang yang berkenaan dengan wujud , mereka kembali kepada wujud 'yang pasti ada' dan sepanjang yang berkenaan dengan wujud mereka sendiri, mereka kembali kepada kosong. Dalam Al Quran Allah berfirman

        "Bahkan mereka berada dalam ekadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan makhluk dalam bentuk baru" (Surah Qaf : 15) Mumkinul-Wujud mempunyai dua aspek; satu mengadap Allah dan satu lagi mengadap dirinya sendiri. Pada aspek yang pertama, tidak ada apa-apa melainkan Allah. Pada aspek yang kedua, ianya tidak ada, kosong atau binasa sendirinya. " Segala-galanya binasa kecuali wajahnya" Pada dirinya sendiri, sesuatu benda itu ialah kosong yang abadi; tetapi pada segi 'wajahnya' iaitu aspeknya terhadap Allah ianya bukan sesuatu yang tidak ada. Kedua: Zat benda adalah sifat Jalal (agung) dan Jamal (indah). Benda adalah manifestasi (penzahiran) dari kedua-dua sift ini. Semuanya sama ada baik atau buruk datang dari pintu kedua-dua sifat ini dan kembali melalui pintu yang sama. Tiap-tiap sesuatu ,dalam proses meminjam sesuatu sifat, merasai sifat itu. Perasaan ini menjadi perhubungannya dengan sifat yang di pinjamkannya itu, dan ianya menjadi keupayaan (potentiality) bagi benda itu. Tiap-tiap sesuatu adalah bentuk sifat. A'yan adalah bentuk-bentuk sifat. Apa sahaja yang keluar dari sesuatu sifat adalah kesempurnaan bagi sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari alam yang sementara kepada alam yang kekal abadi dengan kesempurnaan yang di terimanya di sini. Apabila sesuatu itu menanggalkan sifat-sift mereka (dan ini tidak lebih dari satu minit, yang batin menjadi yang Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

12

zahir) Keesaan yang Hakiki menjelmam. Si 'Arif sangat menghargai ini walau pun satu minit di dunia ini. Sesuatu itu tidak kembali kepada zat tetapi hamya kembali kepada sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di akhirat kelak. Sifat yang tersembunyi itu akan dizahirkan (manifestasi) di Hari Kiamat. 6. 'Yang Dijadikan' bukan tambahan pada zat dan sebaliknya. Berbilang-bilang (multiplicity) dalam Keesaannya. Yang bererti: " Katakanlah, Allah itu satu" (Surah Al Ikhlas : 1) Apabila wujud adalah satu sahaja, dengan apa jua ia bersyarikat ? 7. Syekh Muhiyuddin Ibn Arabi mengatakan, Haq adalah 'yang dijadikan' kerana'yang di jadikan' adalah manifestasi nama-namadan sifatsifat Haq dan bayangan (buruz) wujud Yang Mutlak dalam beberapa keping cermin. Larangan menggunakan batasan dan had 'yang dijadikan' kepada Dia ilah kerana peringkat-peringkat (tanuzzulat). Oleh itu, buangkan peringkatperingkat itu dan batasan-batasan itu dan terus menuju Wahdat. 8. Menurut pendapat Ghazur, wujud yang padanya terzahir kesan-kesan dan di gelar. Wujud Biasa adalah sebahagian daripada wujud Mutlak, umpama air ombak yang mana adalah sebahagian daripada lautan, dan ini di gelar Wujud-iMutlaq dan Zat-i-bahat (zat tulin). Wujud biasa itu ialah Mumkinul-wujud kata orang-orang Mutakallimin atau Makhluq-i-Mujid (penjadi yang dijadikan) kata orang Musysysyin (pengikut Aristotle) atau (Hakikat) kata orang (pengikut Plato). Oleh kerana wujud biasa adalah sebenarnya Haq, maka wujud objek adalah wujud Allah (tidak ada yang wujud melainkan Allah). Jangan ketepikan lautan kerana memandangkan ombak. 9. Mumkinul-wujud adalah tajali Allah dengan bentuk 'Ayan dengan kekhususannya. Ini di gelar Wujud-i-idafi ia itu wujud yang di zahirkan. Ia juga di gelar bayangan (zil) Yang bererti :

           "Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan bayangannya" (Surah al Baqarah : 45)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

13

BAB 4 SIFAT

1. Tiga peringkat tanuzzulat (penurunan) yang mula itu adalah peringkat dalam dan adalah yang satu dan yang sama itu juga. Ahdiyyat berpadu dalam wahdat dan wahdat berpadu dalam Wahidiyyat. Ahdiyyat berpadu dalam Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat semua asma tersembunyi. Asma mula-mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudian dalam Alam Mithal dan selepas itu dalam Alam Nasut (Casual World). Dalam hakikat Muhammad s.a.w. semua asma (nama) tersembunyi. Beliau bersabda, " Aku adalah dari cahaya Allah dan semua yang lain adalah dari cahaya ku " Dalam manifestasi Nabi itu semua nama tersembunyi melainkan nama Hadi (Pembimbing Yang Benar) Bagi Iblis pula semua nama tersembunyi melainkan nama Mudhil (yang menyesatkan) 2. Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. Indah adalah sifat Zat.Allah menjadikan manusia dalam wajahnya. Dilitupinya manusia itu dengan sifat keindahannya sendiri. Oleh itu manusia cenderung kepada yang indah. Allah cintakan keindahan sebelum menjadikan kedua-dua alam. Oleh yang demikian, Allah itu indah dan cinta . Keindahannya adalah cinta dan cintanya adalh keindahan. Dia yang menyintai dan Dia juga dicintai. Dia nampak Dirinya dalam cermin keindahannya sendiri. Dia cinta dirinya sendiri, Allah tidak cinta yang lain dari pada diriNya sendiri. 3. 'Adum (yang tidak ada) ialah yang diluar dari yang di jadikan oleh Allah.

            “ Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kejadiannya sebagai ciptaan yang tidak megandungi hikmah dan keadilan (Surah Saad : 27) Allah mempunyai kebaikan yang mutlak dan dari kebaikannya itu timbul kejahatan. Apa yang nampaknya jahat ialah perhubungan antara asma (namanama) yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri; atau timbul dari 'adum. Umpama sebilah pedang yang memotong. Memotong itu sendiri, bukanlah kejahatan; Ianya menunjukkan kesempurnaan pedang itu. Memotong tangan orang nampaknya adalah jahat dan ini berkaitan dengan 'adum. Sebenarnya itu adalah perkaitan atau perhubungan antara satu daripada namanama keagungan dengan yang lain. Berbanding dengan nama-nama lemahlembut ianya berupa jahat, tetapi jika dengan sendirinya. ianya adalah baik. 4. Rumi ada berkata demikian : 'Attar berjalan melalui tujuh bandar Cinta, kami masih di selekoh satu lorong’. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

14

Tujuh bandar yang di maksudkan itu ialah tujuh sifat-sifat Allah yang di lalui oleh pengembara tadi: dan orang lain berjalan hanya dalam satu sifat sahaja. Nabi Musa diperkaitan dengan sifat 'kalam" (percakapan) dan Nabi Isa diperkaitan dengan 'Hayat'(hidup). Atau mungkin juga dimaksudkan kepada yang tujuh ini: badan, mithal, arwah, wahidiyyat, wahdat, ahdiyyat, mutlaq. 5. Muhaqqiqin (orang-orang sufi) menyatakan sifat adalah kekal dan tambahan pada Zat. Hukama (failasuf) menyatakan bahawa sifat adalah zat-bukannlah Dia mempunyai zat dan sifat yang bercampur dan tersusun pada Dia. 6. Hadith ada mengatakan: Yang bererti: " Ada satu pasar dalam syurga di mana ada terjual muka ( atau gambar)". Ini bermaksud 'tajalliyat' (terbayangnya) Allah. Syekh Abdul Qadir Jailani ada mengatakan , " Aku nampak Allah dalam mimpi berupa Nabi "

7. Menurut istillah orang-orang sufi, peringkat dari Wahdat hingga terzahirnya Nabi di gelar pernyataan (epiphany)' Hakikat Muhammad ' 8. Kebolehan-kebolehan (faculties) di gelar malaikat dalam "syariat". Ianya itu adalah manifestasi kuasa-kuasa Ketuhanan misalnya malaikat angin, malaikat api. Telinga ialah manifestasi; pendengaran ialah kebolehannya (faculty).Jika tidak ada badan, maka tidak adalah manifestasi (penzahiran) kuasa ini. Zat Allah terzahir dalam sifat; sifat terzahir dalam kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan; perbuatan terzahir dalam athar (kesan). Zat tidak ada penzahiran tanpa penzahiran sifat. 9. Ilmu (pengetahuan) bererti penanggapan (conception) dan pengesahan dan penentuanterhadap objek (yang diketahui). Nur (cahaya) ialah manifestasi diri agar ia nampak sebagai ghayr (yang lain) Syuhud (menyaksikan) ialah penyataan(expression) yang ghaib dan yang batin. Wujud ialah manifestasi apa yang tidak ada dahulunya adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan, hakikat objek dan mengkonkritkan (maujudkan) namanama dan wujud, Dalam peringkat ini, mereka bukan 'majul bijali Jail' (dijadikan oleh kejadian Yang Menjadikan) tetapi mereka tidak zahir sendiri, maka Yang Menjadikan membawa mereka menjadi ada.Pelaku hakikat ini bergantung pada Pelaku; sama ada Pelaku mewujudkan hakikat-hakikat itu pada zahirnya (iaitu mengambil bentuk dalam wujud seperti dikatakan oleh Mazhab Wujudiyyah), atau memberi wujudnya pada mereka yang mana mereka adalah 'adum (seperti di katakan oleh Mazhab Syuhudiyyah), Dia sahaja menjadi sebab athar (kesan) mereka. Jika anda melampaui had ini, anda akan memasuki lingkungan yang mengatakan 'dua' (duality). Ambil misalan dakwat dan perkataan. Wujud dakwat Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

15

boleh di lihat dalam perkataan yang di tulis. Perkataan dalam tulisan tidak wujud sendirinya. 10. Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan pada Zat. Bagi segi pengetahuan, Zat itu ialah pengetahuan itu sendiri. Pada segi wujud Zat itu adalah hidup itu sendiri. Pada segi kehendak, Zat itu adalah iradat itu sendiri. Jika sifat itu hakikat yang berasingan, maka jadilah sifat itu tambahan sebenarnya dan ini adalah tidak mungkin. Zat ialah hidup, pengetahuan (ilmu), kehendak, pendengaran percakapan. 11 MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) Iaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya. Tidak ada ruang bagi sifat di sini. Firman Allah :Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu. Peringkat ini adalah bahaya kerana ada orang yang direjam dengan batu hingga mati kerana perkara ini. Di sini Ayniyat (Kedirian keesaan) Zat dan pembezaan sifat bercantum, yang satu tidak mendinding yang lain. Esanya Zat tidak mendinding banykanya sifat dan begitu juga sebaliknya. Banyak sifat adalah perkara khayalan dalam ilmu, iaitu ia tidak wujud bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam. Misalnya Zaid mempunyai beribu-ribu sifat. Sungguh pun sifatnya banyak namun Zatnya tidak lebih dari satu, kerana hakikat perkara yang sebanarnya, seperti 1 + 0 +0 = 1. Sebaliknya pula zat itu melarutkan dan meresapkan banyaknya otak, dan menimbulkan syak wasangka. Proses ini jika berlanjutan akan menajdi kufur yang bererti meyembunyikan satu hakikat dengan kegelapan syak wasangka

               ”Allah telah menutup hati mereka, pendengaran mereka dan pandangan mereka ada penutup, dan bagi mereka azab yang besar” (al-Baqarah : 7) 12. Allah tidak ada kualiti dalam Tanzih di samping dalam pengkualitiannya (Tasbih) dan dikualitikan (dalam tasbih), di samping dalam ketidak adaan kualti Nya (tanzih). Di samping tasnbih dia ada Tanzih dan begitu juga sebaliknya. Pengkualitian Nya dan tidak ada kualiti Nya adalah secara Tanazzul (penurunan). Dia mutlak dan tidak tertakluk kepada kedua-dua perkara itu. Dia bukan satu atau Banyak dalam Zatnya. 13. Zat sebenarnya adalah sifat menurut pendapat orang-orang Sufi dan Filasuf. Zat anda secara sendirinya tidak dapat membolehkan anda, misalnya melihat. Tetapi Allah tidak bergantung pada pandangan. Dia melihat dengan Zat Nya. Zat dan sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan dalam Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

16

fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa sifat sebenarnya adalah zat atau pun sifat itu dalam fahaman anda berasingan dari Zat. Syekh Dawud Qaysari ada mengatakan bahawa pengetahuan Allah adalah sebenarnya pengetahuan Zat Nya, kerana pada hakikatnya yang diketahui (a’yan atau bentuk-bentuk) adalah ZatNya. Oleh itu, apa sahaja di langit dan di bumi sehingga zarrah yang halus dengan Zat Nya dan dengan Ilmu Nya tentang a’yan, meskipun a’yan itu boleh jadi banyak dalam Ilmu nya, a’yan sebenarnya satu dengan Dia, dari segi wujud, dan dari segi pembatasan a’yan adalah ghayr atau berasingan. Dengan demikian, tidak ada ’yang mengandungi’. Banyak atau lebih dari satu adalah hanya dalam khayalan sahaja dan bukan dalam hakikatnya. 14. Cahaya gelap adalah menifestasi Jalal, cahaya terang adalah menifestasi Jamal ’Gelap, jika anda tahu, ialah cahaya Zat. Dalam ngelap itulah’mata air hidup’. 15. Zat (lahut) adalah punca sifat. Sifat (jabarut) adalah punca afaal (malakut) dan afaal adalah punca athar (Nasut). 16. Pihak Mutakkalimin berpendapat Masa itu adalah perkara khayalan, Filasuf berpendapat Masa itu terjadi kerana pusingan langit dan planet. Orang-orang sufi pula mengatakan bahawa Masa itu ialah azali (masa tanpa awal) dan abadi (masa tanpa akhir) Kedua-dua ini bersatu. Cipta dan binasa ada dalamnya. ’Sebelum’ dan ’Selepas; adalah hanya perbandingan sahaja. Jika tidak, cipta dan binasa adalah dalam ketika yang satu dan yang sama itu juga. Masa ialah sifat kekal bagi Allah. Ianya tidak ada pangkal atau hujung. Tidak ada awal dan tidak ada akhir. 17. Masa ialah pusingan ’point’ tahun, bulan, hari, minit dan saat adalah perincian-perincian masa dan masa itu kekal. Yang lepas dan Yang sekarang tidak menjadi soal.: ” Tidak ada pagi dan tidak petang dengan Tuhan”. Masa itu kekal dalam kekal dan sementara dalam sementara. Point itu sentiasa ada.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

17

BAB 5

HAKIKAT (A’YAN) Surah Al-Baqarah : 115

               ’Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) di situ ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui”. 1. TIMUR menunjukkan Asma’ & Sifat Allah. Barat menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli ) yang sama dalam alam Nasut dan alam Mithal. Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani ). Apabila terdiri qiamat atau Fana yang biasanya digelar Hari Akhirat, matahari terbit di barat iaitu hakikat asma dan sifat akan mempunyai tempat halanya di tempat-tempat perhentiannya dan boleh dilihat. Dengan lain perkataan, hanya ada satu wujud yang timurnya ialah sifat dan baratnya ialah menifestasi dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’. 2. Asma’ Allah (nama-nama Allah) adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmuNya . Orang-orang sufi mengelarnya ’A’yan Sabitah’ atau Maklumat (yang diketahui) oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falsafah. Allah Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri mengurniakan TajalliNya Yang Pertama yang dinamakan (Faid–ul-Al-Aqdas ) dan mereka terzahir dalam IlmuNya. Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua dan ini dinamakan (Faid Maqdas)danmereka ini terzahir di luar mengikut alatan keperluannya. Yang menunjukkan pertentangan dalam manifestasi sebagai sifat. 3. MAHIYYAT ( bakat bakat atau hakikat) sesuatu bukan dijadikan oleh perbuatan mencipta Yang Menjadikan, menurut bakat mahiyyat itu. Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam. Misalnya, tiap-tiap anggota pada badan menerima kekuatannya dari Ruh atau Jiwa tetapi menzahirkan bakatnya sendiri. Maka boleh melihat dan tidak boleh mendengar, telinga boleh mendengar dan tidak boleh melihat. Bakat-bakat itu qadim (kekal). ”Hakikat-hakikat tidak dicipt oleh Yang Mejadikan, Perbuatan si pembuat tidak berlawanan dengan bakat-bakat itu”

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

18

4 UMMUL KITAB ( Ibu Kitab-kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN (buku yang nyata) atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara). Di sini Jibrail membaca perkataan-perkataan Allah dan membawanya turun kepada Nabi saw. Tajjali (kilau cahaya) Allah mula-mula sampai kepada Ummul kitab iaitu peringakat Jabarut, dari situ ia turun ke Loh Mahfuz iaitu sempadan terendah sekali bagi peringkat Malakut (juga digeklar Alam Mithal dan Nafs i-Kul). Tempat Jibrail ialah dalam sempadan antara Malaku dan Jabarut (iaitu alam mithal dan alam arwah). Apa juga yang terzahir dalam alam benda mula-mula terlukis pada Loh Mahfuz ini. Seperti dinyata dalam al Quran surah An’am” 59 .

         ”Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin” Demikian tentangn wahi bagi Nabi dalam alam semesta. Berkenaan Ilham bagi auliya dalam kemanusiaan mereka. Ia turun dari Haq melalui peringkat Sirr dan Khafi (Ruh) iaitu kedua-keduanya dalam peringkat Jabarut dan Zamir dan Fawad (kedua-duanya dalam Malakut), sampai pu;a Qalb. Qalb ialah Loh Mahfuz bagi alam mithal wali-wali. 5. Jila ialah satu perkataan bagi penzahiran wujud dalam bentuk-bentuk. Istijila ialah pandangan oleh wujud bentuk-bentuk ini bagi dirinya. Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya.Inlah Istijilanya, inilah panadanagnnya bagi dirinya dalam Tanazzul (penurunan) dan bukan dalam Uruj (Kenaikan). Pandangan ini membawa lupa, yang mana pengetahuan kedua (jalan uruj) sahaja hilang. Keduaan, ’yang lain’ dan kehambaan (ubudiyyat) adalah hasil pandangan ini. 6. Sinaran Zat pada dirinya sendiri adalah tajalli pertama dan ini adalah suci dan kudus. Ianya digelar Faid Maqdas. Di sini a’yan, yang mana adalah keupayaan (syuyunat) yang paling terdalam sekali, bagi asma dan sifat bersatu (Mundarij) dalam Zat –i-batin. Asma dan sifat adalah keupayaan Zat-i-zahir dan kedua-dua asma dan sifat itu bersatu dalam Zat-i-zahir itu, dan Zat itu sahaja yang diketahui, maka ianya zahir, dan a’yan, asma dan sifat adalah batin. Dalam proses sebaliknya, apabila Zat menjadi batin, maka asma dan sifat menjadi zahir (dalam ilmuj). Asma dan sifat diketahui oleh Zat pada keseluruhannya. Mengetahui dalam ilmu tenatng asma dan sifat oleh Zat digelar Wahdat atau Hakikat i-Muhammadi, sempadan atau had pertama Zahirul Wujud. Batinul Wujud tidak ada batasan dan terzahir dalam ilmu dengan batasan-batasan asma dan sifat pada keseluruhannya. Apabila ia menjadi details ( secata perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat di BARAT iaitu Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

19

Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu di mana dapat dibezakan ULUHIYYAT (Suasana Ilmu Allah) daripada RUBUBIYYAT (Suasana Manifestasi Pemerintahan). Apabila Rububiyyat bermula, keadaan atau suasana manisfestasi itu digelar Faid alMuqdas dan ia mula dari Wahidiyyat turun hingga ke peingkat habuk. Inilah perincian Hakikat Muhammad. Nabi saw pernah berkata: ”Aku dari cahaya Allah dan segala kejadian adalah dari cahayaku” Oleh itu betullah jika dikatakan tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah) atau barzakh (batasan antara dua keadaan) Nabi Besar Muhammad saw ialah Buruz al jamaa dan daripadanya semua barzakh terzahir. Apabila sesuatu barzakh mengambil bentuk, maka bentuknya itu lebih tertentu bagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahlu itu menjadi batinnya. Anda dapati keseluruhannya terbayang-bayang dalam tiap-tiap zarrah (atom) 7 Bentuk-bentuk mempunayi tempat berdiri dalam ilmu Allah. Bentuk-bentuk itu bukanlah ’kosong’ yang mutlak, kerana yang tidak ada atau kosong tidak boleh menjadi sesuatu objek atau benda. Wujudnya objek ialah wujud biasa (bertentangan dengan wujud mutlak atau wujud Zat) Dalam al quran dinyatakan:

    ”Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP” (Al-Baqarah ; 28) Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya. 8. Perkataan Ism (banyak :asma) berasal dari perkataan wasm yang bererti mencelup atau dari perkataan Samu yang bererti tinggi atau terang nyata. Asma menerangkan aspek Zat. Bukan tambahan pada Zat. Asma boleh jadi untuk eprbuatan, untuk sifat atau untuk zat. Asma perbuatan memerlukan satu objek yang padanya perbuatan itu berhenti. Tanpa objek tidak ada kesan yang terlihat. Misalnya murah hati, tentulah memerlukan satu objek yang padanya kemurahan itu dikurnakan. Di mana Al Ba’ith (Penyebba), Al Hafiz (Pemerhati), Al Khaliq (Pencipta), Al Musawwir (Pelukis), masuk dalam golongan ini. Jika asma itu tidak memerulakn objek tetapi menyatakan sifat, maka asma itu digelar asma sifat, sperti Al Hayy (Pemberi hidup), Al Qadir ( Yang berkuasa).Al Khabir ( Yanfg mengetahui), dan lain-lain. Semua itu ialah Asma-i-sifat. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

20

Jika asma itu menerngakan zat sahajaj.aka asma itu digelar asma-izati, sepeti Al Muhaimin (Pelindung), Ar Rabb (Pemberi), Az Zahir (Yang nampak), Al Haq (Yang benar) As Samad (Yang merdeka) , An Nur (Cahaya) dan lain-lain. Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT. Oleh itu nama-nama itu bukanlah tambahan pada zat. 9. Faid al Muqdas ialah wujud yang diberi pada a’yan pada zahir, dalam peringkat Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat ini a’yan itu tetap (A’yan Sabitah). Ianya adalah wujud biasa yang meliputi a’yan. Ulamak mengatakan ini adalah tamnahan pada Mahiyyat (iaitu a’yan). Lebih dari ini, ialah wujud mutlak. Syekh Abdul Hassam Asy’ari mengelarnya wujud biasa hakikat a’yan pada zahir, Ruh, bayangan yang jatuh atas cermin-cermin hakikat. Yang mutlak tidak disifatkan dengan ’wujud biasa’ sebelum penzahiran ini. 10. Apa sahaja perintah yang keluar pada a’yan dalam ilmu, maka yang sama itu jugalah yang berupa zahirnya. Tiap-tiap a’yan ialah menifestasi satu nama. Tiap-tiap objek adalah manifestasi nama. Nama(ism) memegang jambul objek itu dan memimpinnya. Firman Allah : ”Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya (KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul”

Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat. Yang satu tidak menganggu yang satu lagi.

Firman Allah :”Barangsiapa yang disesatkanNya membimbingnya kejalan yang benar”

maka

tiada

siapa

yang

dapat

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ). Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan, maka hakikat-hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka. Ilmu Allah tertakluk pada hakikat (yang diketahui) ini...

    ”......tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu” (surah yunus:64) Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan ini membawa damai dan selesa,seperti api yang seuai benar dengan semandar, yang mempunyai unsur dalam api itu. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

21

Dalam keadaan, Zat tidak ada pelabagainya iaitu pelbagai sifat, kerana dalam keesaan, akhirNya adalah AwalNya, dan Awal Nya adalah Akhir Nya, ZahirNya dalah BatinNya dan Batin Nya adalah ZahirNya. Semua aspekNya adalah satu aspek jua. Kalu tidak, tentulah aspek-aspekNya yang berlawanan dan bertentangan itu tidak menjadi satu. Di sini sifat-sifat yang berbagai-bagai itu menjadi satu dalam aspek kesatuan Zat.Oleh itu, manifestasi Nya (berlawanan dan bertentangan) adalah satu dalam aspek keadaan Zat. Syeik Akbar berkata: ”Semua objek dalam semua objek”. Di sini semuanya satu wujud dan satu Zat. 11. Pengetahuan Zat tentang keperluan bakatnya dalam abstrak ialah I’tibar. Dalam peringkata Wahdat, bakat-bakat itu adalah Zat itu sendiri. Apabila zahir pengetahuan ilmu), bakat-bakat itu menjadi ‘Yang diketahui’. Apabila bakatbakat itu dizahirkan, bakat-bakat itu adalah a’yan objek dan ‘dijadikan’. Pada peringkat terakhir, banyak yang I’tibar itumenjadi banyak yang sebenarnya, kerana Zat iu sendiri menzahirkan dirinya dalam banyak ini dan banyaknya zat-zat akan berkekalan. 12 Setelah a’yan Sabitah (Hakikat-hakikat dalam ilmu Allah) mengambilbentuk dalam ilmu, Wujud Mutlak terzahir menurut bentuk dan keperluan mereka. Oleh itu, pada zahirnya tidak ada yang wujud kecuali wujud allah dan a’yan masih ‘adum (tidak ada) dan pada hakikatnya a’yan, a’yan itu tidak wujud dan dengan itu dengan sendirinya mereka itu bukannya di luar. 13. Ilmu menurut pandangan ulama ialah perkataan-perkataan dan maknanya. Menurut Urafa (Arif), ilmu itu ialah mengetahui asma dan objek-objek yang ditunjukkan oleh asma itu. 14. Pada zahrinya Nafs ialah keduaan (duality) dan pada batinnya ialah Tauhid. Hadis ada menyatakan: “Aku mengetahui Allah dengan Allah”

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

22

BAB 6

ALAM RUH (ALAM ARWAH) 1. Ruh manusia tidak serupa dengan ruh malaikat, kerana Ruh manusia boleh naik ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi seperti Jabarut dan Lahut. Malaikat tetap tempatnya. Pada malam Mi'raj, Jibril berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai menjawab permintaan Nabi supaya menemani beliau naik lebih tinggi lagi dari Sidratul-muntaha. Jika saya terbang serambut lagi, Cahaya Keagungan Allah akan membakar sayap ku. Ruh manusia ialah satu rahsia ketuhanan, satu misalan dan perbatasan Allah dalam rahsia Ana (Aku) Ruh. Misalan di sini ialah hakikat itu sendiri. 2. Tajalli bererti menunjukkan sesuatu (syaii) pada dirinya dalam beberapa dan berbagai bentuk, umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebagai beberapa ladang, dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api, dan seorang manusia menunjukkan dirinya sebagai beberapa orang manusia. Ini bukan ulangan dan Hulul (penjelmaan). Ruh itu dalam tajallinya berbentuk badan. Kadang-kadang, berbentuk lain dari badan dan nampak berasingan dari badan- berbentuk di luar badan menunjukkan dirinya kepada dirinya sendiri. oleh yang demikian, ruh itu ada dalam badan dan luar badan. Sebenarnya badan adalah sarang ruh. Ada tiga jenis sarung ruh: 1. Unsur (elementa) 2. Mithal atau barzakh 3. Ruh atau badan Malaikat Manusia hanya melihat badan kasar sahaja. Tetapi apabila dia melakukan riadhah dan upacara suluk, bentuk mithal itu keluar dari badan unsur itu dan menjadi sendirinya 'yang memerhati' dan 'yang diperhati'. Orang akan menyangkanya sebagai 'yang lain' (ghayr), padahal tidak ada 'yang lain' di sini. Oleh itu, dia mungkin melihat dirinya dalam seribu bentuk. Sebenarnya seluruh alam ini adalah sarung atau sangkar ruh yang satu. Badan ini sarungnya dan ada lagi satu sarung yang tersembunyi dan di bawahnya, dan ini adalah badan mithalnya, dan inilah badan yang menunjukkan dirinya dalam cermin. Apabila seseorang itu mati, badan itu mati. Apabila seseorang itu tidur, badan tidak mati tetapi ruh itu tidak lagi berapa terperangkap dalam badan dan ia menunjukkan dirinya kepada dirinya, keluar dari badan unsurnya dan dalam sarung mithalnya yang mana adalah berbeza dari sarung unsurnya. Pada masa keluar, semasa mati sementara (tidur)bentuk mithal tidak bercerai dari badan. Dalam mimpi badan mithal itu melayang pergi ke tempat-tempat yang jauh, tetapi apabila nyamuk menggigit badan unsur itu, badan mithal itu kembali dalam masa Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

23

sekelip mata sahaja. Dengan ini, cuba fikir bagaimana halnya Nabi kita mi'raj. Tempat tidur beliau masih panas lagi apabila beliau kembali dari mi'rajnya. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajalliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya kenampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri. Beberapa sumbu di bubuh api daripada satu lampu. Lampu itu tetap satu juga. 3. Badan itu sendiri adalah ruh, seperti ais (ice) itu air atau wap. Bezanya terletak pada tebal atau tipisnya benda-benda itu. Ruh tidak masuk, dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu, apabila badan itu sesuai untuknya. Ruh itu ibarat penunggang,dan badan itu ibarat kuda. Gerak ruh dan badan ialah umpama gerak tangan dan kunci. Ertinya " Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan dengan izin Allah " Apabila Allah hendak memandang,Dirinya. Dia perlukan cermin-cermin yang cerah pada satu muka dan muka yang lagi satu itu gelap. Badan manusia mempunyai 'hati' ibarat cermin iaitu cerah di satu muka dan gelap di muka yang lain. Dia menzahirkan Dirinya pada muka cermin yang cerah itu. Makin bersih hati itu makin teranglah bayangan Allah padanya. Banyak bilangan ialah dalam hati bukan yang memandang. Oleh itu, ruh-bayangan Allah-adalah satu jua. Bayangan (reflection) bukan Hulul atau penjelmaan. Muka cermin yang terang itu membayangkan muka yang memandang. Cermin 'hati' di seliputi gelap pada satu permukaannya, dan ini di gelar kebendaan. Dengan cara ini pandangan yang melihat berbalik kepada dirinya sendiri. Bayangan (reflection) adalah nama sahaja untuk ini dan yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat. Banyaknya muka itu ialah sebab banyaknya cermin tetapi muka itu tetap satu jua. Satu muka tidak akan menjadi banyak jika tidak ada cermin yang banyak yang terdiri dari berbagibagai saiz. Buatan dan warna. Di sini yang melihat tersilap menyatakan yang satu telah menjadi banyak. Memandang satu benda seperti banyak di gelar Ruh atau Amr-i-Rab dalam syariat, dan tajalli dalam tasauf. Tajalli sebenarnya adalah manifestasi dan penunjukkan sesuatu benda kepada dirinya oleh dirinya. Oleh itu untuk pandangan diri (nafs) ini, Dia membuat cermin-cermin bagi Dirinya, dan memanggil muka cermin yang terang itu dengan nama Qaib (hati atau jiwa) dan muka yang gelap itu dengan nama Qalib (badan). Dia membayangkan Dirinya pada muka cermin yang terang itu. Cermin, bayangan dan yang memandang itu adalah hakikat yang satu dan yang sama. Yang melihat itu tidak puas memandang KeindahanNya selama-lamanya. Cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu. Cerah dan gelap itu hanya cara-cara memandang.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

24

Muka qalb yang gelap itu hanya penebalan (thickening) dan pengongkeritan (concretion) cahayanya ; jika tidak, tidak ada gelapnya di sini. Umpama air menebal dan menjadi ais. Pandangan boleh tembus dalam air, tetapi tidak dalam ais. Tidak ada pandangan, jika hanya gelap sahaja atau cerah sahaja . Sinar memancar melalui kecerahan itu dan di balikkan oleh selaput atau cat merah pada kaca cermin itu. Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau cerah dan pada binatang yang badannya gelap. Manusia mempunyai permuakaan yang cerah dan gelap dan oleh itu sesuai benar untuk menjadi cermin bayanganNya-bekas yang sesuai untuk menangkap cahayanya. Manusia tidak nampak jin dalam dunia ini kerana jin itu cahaya dan pandangan manusia tembus melalui badan-badan jin itu; seperti tembusnya pandangan melalui kaca (glass). Jin tidak boleh nampak manusia di akhirat kerana badan mereka lebih terang lagi dari badan jin. 4. Ayat-ayat :

     

ertinya : "Dan dalam diri kamu dan kamu tidak melihat" (al Dzariyyat: 21)

      

ertinya:" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari antara kamu " (Surah al Taubat :128) Adalah menunjukkan 'keakuan' salik itu adalah rasul dari 'kediaan' (Huyuat) Allah. Hadith ada mengataka: Yang bererti: " Aku tidak boleh di kandung oleh bumi dan langit, tetapi boleh di kandung oleh hati orang-orang yang beriman " Ruh adalah penunggu pintu kerajaan Ketuhanan; ia membawa dirinya dan membawa yang lain sampai kepada Allah. Oleh itu anda menganggap diri anda sebagai Rasul Allah. Hakikat manusia ada "kepastian" dan ada "kemungkinan". Hadith ada mengatakan yang bermaksud : "Antara dua jari daripada jari-jari Allah" Juga, Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud :

     

"kami muliakan anak Adam dam mambawa mereka atas darat dan laut " (surah Israa’ : 70)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

25

Abu Bakar dan Faruq ada berkata, yang bermakna, “Ruh tidak tertakluk di bawah perintah "jadilah". Juga ada ayat yang ertinya " Sufi tidak dijadikan " 5. Semua ruh adalah satu dalam ke-ruh-annya. Banyaknya itu timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan-badan, seperti matahari yang cahayanya memancar pada berbagai-bagai objek tetapi tidak memakan kualiti-kualitinya. Semua kualiti-kualiti yang baik adalah berhubung dengan ruh; dan kualiti-kualiti yang jahat adalah hasil kerana perkaitannya dengan badan-badan. Sebenarnya semua kualiti-kualiti yang baik adalah kepunyaan Alam Malakut. Kualiti ruh sendiri ialah ma'rifat. 'Ke-ruh-an' adalah satu dengan Zat sebelum manifestasi, seperti ombak adalah satu dengan laut sebelum manifestasinya. Sebenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah pada sangkaan sahaja. Ada orang berkata, "Tidak ada perbezaan antara saya dengan Allah kecuali dalam sifat; wujud saya adalah daripada Dia " Zat dan sifat adalah Qadim. Jika tidak, adalah dua qadim dan ini tidak mungkin, kerana dengan itu Zat wujud sendirinya dan sifat wujud pula dengan sendirinya. Nabi pernah berkata, " siapa yang melihat saya, nampaklah Allah"“Dia sekarang seperti dia dahulu juga”. Allah ada dan tidak ada sekutu dengan Dia. Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan 'dahulu', 'sekarang', dan 'akan datang' adalah satu sahaja padaNya. 6. Abu Bakr-i-Mukti berkata, Ruh ialah 'perintah' (amr) Allah dan tidak termasuk di bawah kels 'yang di perintah' seperti Malaikat, Jin, binatang, tumbuhtumbuhan dan lain-lain. Allah ada berkata yang bermaksud:

      

" Aku hembuskan pada (Adam) daripada ruh Ku ". (Surah Shad : 72)

    

"Aku jadikan dia dengan kedua-dua tangan Ku ".(Surah Shad : 75) Ia itu Jalal (keagungan) dan Jamal (keindahan). Manusia tidak di jadikan dengan ruh malaikat, jin, binatang dan lain-lain tempat adalah dengan hembusan ruh ketuhanan. 7. Ruh 'yang tidak di jadikan' ialah Haqiqat-i-Muhammadi (Wahdat) di bawah daripada itu ialah Haqiqat-i-Insani (Wahidiyyat). Ruh 'yang di jadikan' ialah dari 'Aql-i-kul ke bawah hingga Insan-i-Kamil. Ruh-i-Insani adalah abadi. Ruh 'yang Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

26

tidak di jadikan' itu ada juga di gelar Sirr. Semua ruh individu adalah bayangan (reflection) dari ruh itu. Itulah Ruh yang 'dihembuskan' dalam (Aku hembuskan padanya ruh Ku ) (Ke mana sahaja kamu menghadap, di sana nampak wajah Allah) 8.Ruh ialah pembatasan atau had Haq, sebagaimana badan adalah pembatasan (limitation) Ruh. Perkaitan antara pembatasan dan yang terhad adalah hanya sangkaan sahaja, seperti pembatasan antara buih dan air. Pada peringkat pertama ianya di gelar Ruhul-Quds kerana di situ ianya adalah maha suci. Apabila naik dari kebendaan (materiality) ke atas, seseorang akan sampai ke peringkat yang bebas dari kebendaan dan peringkat ini ialah Ruhul-Qudsperingkat Haqiqat-i-Muhammadi. Ia adalah punca semua bakat dan bentuk,ia menyatakan dirinya dengan bentuk, seperti makna dalam perkataan. 9. Apa sahaja objek yang padanya jamal bagi Ruh membayangkan dirinya, objek itu akan menerima nilainya Lailatul-Qadar menerima nilainya dari Ruh.

    

“ Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka” (Surah al Baqarah : 4) Dalamnya maliakat dan Ruh di turunkan. Anda tidak boleh lihat Ruh kecuali anda mendahului kedua-dua alam. Ruh bukan di dalam atau di luar badan dan tidak juga lekat atau tidak lekat pada badan. Ruh bukan di luar, bukan di dalam, bukan terlekat dan bukan tidak terlekat pada badan. Tidak ada orang yang mempunyai lebih dari satu ruh. Ruh itu mendapat namanama yang berlainan dalam peringkat-peringkat yang berlainan, menurut kualitikualiti yang berlainan yang terzahir. Ruh dalam aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat lain; dan di tempat lain pula, melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama-nama yang berlainan. Pada segi dalamnya, Ruh itu, pada satu tempat, adalah Ruh tumbuhtumbuhan; di tempat lain, Ruh binatang, dan tempat yang lain pula, Nafsani Ruh. Ia juga Ruh Nabi-nabi dan Ruh-Quds. Ada juga orang Sufi menyatakan itu adalah Allah sendiri. 10. Nur (cahaya) Muhammad ada dua jenis: 101. Batin- ini adalah dalam peringkat ilmu, yang juga dinamakan Hakikat Muhammad (Haqiqat-i-Muhammadi) dan 'tidak dijadikan' sebagaimana kata hadith: “Aku dari cahaya Allah, dan seluruh alam adalah dari cahaya aku” Di sini 'min' (ertinya dari) menunjukkan permulaan dan bukan pengasingan. Nur Muhammad ialah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan bahagian ini 'tidak dijadikan', ia adalah daripada keadaan Pencipta itu sendiri. Ini tidak serupa dengan apa yang di katakan oleh Kaum Dahriyyah ia itu manifestasi yang zahir ini adalah abadi bersama Allah. Walau bagaimana pun ia kekal abadi tetapi adalah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan tidak di jadikan. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

27

10.2. Nur yang zahir mulai dari Aql-i-kul, dan menurun hingga Ruh-i-a'zam, Qalam, dan lain-lain yang di gelar Ruh-i-Muhammadi. Nur-i-Muhammadi di panggil Hakikat Muhammad; atau sebagaimana kata hadith, “Allah mula-mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku”. Oleh itu, Ruh-i-Muhammadi ialah Ruh 'yang di jadikan'. Syah wajau'l-Haq mengatakan bahawa kedua-dua itu adalah sama. Sebenarnya Muhammad ada dua aspek: Satu Hakikat dan yang lagi satu 'kejadian', dari segi hakikat, beliau berkata: Bererti: "Aku Ahmad tanpa mim (iaitu Aku Ahad)". Dari segi 'kejadian' beliau berkata: Bererti: " Hambanya dan Rasulnya " Beliau adalah barzakh (garisan sempadan antara dua perkara itu) 11. Apabila Nur-i-Rahmani (cahaya Allah) menzahirkan dirinya tanpa tabir Rab, ianya tidak ada warna, kualiti dan persamaan. Dalam hal ini, tidak ada barat dan tidak ada timur, tidak ada kiri dan tidak ada kanan, tidak ada bawah dan tidak ada atas, tidak ada masa dan tidak ada ruang, tidak ada siang dan tidak ada malam: Ertinya : " Dengan Allah, tidak ada pagi atau petang " 12. Bayazid Bistami pernah berkata, "Aku sampai kepada Allah dengan dua langkah " “Satu kaki atas nafs saya sendiri, dan satu lagi di lorong 'yang dicintai”. Kebanyakkan orang berkata inibererti berlawanan dengan Nafs dan Mujahadah. Sebenarnya satu kaki dalam manifestasi (alam) dan yang lagi satu dalam wujud "ke-AKU-an salik. Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah. Ertinya: "Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya" Menurut pandanagn orang-orang Mazhab Syattariyyah di situ tidak ada bersalahannafs atau Mujahadah; dan juga tidak ada fana atau Fanaul-Fana, kerana Fana memerlukan dua diri, satu yang hendak di fanakan dan yang satu yang hendak di wujudkan, maka ini berlawanan dengan Tauhid. Orang-orang syattariyyah mengakui tauhid dan memandang Zat dengan Sifatnya dalam semua peringkat dan tajalliyat. Nabi berkata: Ertinya “Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya” Beliau tidak berkata: “Siapa yang menyalahi nafsnya, kenallah pada Tuhannya” Mereka melihat 'tidak ada tanda' dalam tanda-tanda di mana-mana sahajakebendaan dan keruhanian. Semua objek adalah bayangan Wujudnya dan pergerakkan objek adalah diperlui oleh tajalliyat asma dan sifat. Apabila tajaliyyat bergerak, bayangannya (iaitu objek) pun bergerak. Yang bermakna: " Tidak ada yang bergerak, melainkan dengan izin Allah " Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

28

Tidak ada yang wujud melainkan Allah. 'Dia' Allah terzahir dalam bentuk 'Aku' salik. Oleh itu memahami 'aku' sendiri adalah memahami 'Dia' Allah. Dia lah yang mengetahui dan yang di ketahui- Aku kenal Allah dengan Allah.

     

Bererti: " Dan Dia dalam nafs kamu dan kamu tidak nampak Dia " (Surah al Dzariyyat : 21) Memahami atau mengetahui Allah lebih dahulu dari mengetahui diri sendiri. Oleh itu mereka berkata, "lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri". Lupa datang kemudian daripada tahu. Seseorang yang lupa pada dirinya (nafs),lupa pada Tuhannya. Seorang darwisy yang memakai pakaian hitam masuk kedalam tempat ibadat Junaid. Apabila di tanya kenapa dia memakai pakaian hitam , darwisy itu menjawab mengatakan Tuhannya telah mati. Dia di halau keluar tiga kali. Kemudian baru di ketahui yang Darwisy itu telah membunuh diri (nafs)nya sendiri dengan kerana kejahilan, dan oleh itu beliau memakai pakaian hitam. 13. Badan Nabi-nabi dan Wali-wali Allah bukan badan kebendaan (material) tetapi adalah badan keruhanian. Badan kami ialah ruh kami, dan ruh kami adalah badan kami, (kata Muhibullah dari Allahabad )

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

29

BAB 7

ALAM MITHAL 1. Perbatasan pertama terdiri dari Zat, sifat dan a'yan dalam mujarab (abstract). Disini, Zat tidak dapat di bezakan dari sifat dan begitu juga sebaliknya. A'yan tidak berbeza-beza antara satu dengan lain dalam ilmu dan tidak pula di luar. Peringkat ini digelar Hakikat Muhammad atau Wahdat. Perbatasan kedua ialah apabila Allah melihat segala ini secara perincian , dan berbeza-beza antara satu dengan lain. Semua ini berbeza-beza dalam ilmu. Peringkat ini di gelar Rububiyyat, Hakikat Insan, alam Mithal. Pada peringkat ini, a'yan mengetahui perbezaan dirinya antara satu dengan lain. Bolehlah di misalkan seperti biji benih. Perbatasan pertama ialah pengetahuan biji benih itu sebagai biji benih. Pada perbatasan kedua, biji benih itu mengetahuinya untuk menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga dan buah, dalam ilmu atau pengetahuan. Ini ada perbezaan hanya dalam ilmu bukan dalam wujud. Ini adalah a'yan orng-orang sufi dan mahiyyat orang-orang failasuf. Butir-butir ini dalam manifestasi ialah Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Shahadat dan Insan. Dalam keadaan pertama, Zat itu tidak dianggap mempunyai sifat dan iktibarat bahkan kemutlakan dan wujud sekali pun. Ianya yang pertama tanpa kepertamaan dan yang Akhir tanpa keakhiran. 2. Allah juga sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah alam ini. Manifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari sifatnya. Dengan itu sifat-sifat kita dan yang lain-lain adalah tidak sempurna. 3. Seorang murid berkata kepada gurunya bahawa khatrah (gerak hati)nya tidak tentu arah. Gurunya berkata kepada beliau bahawa ke mana sahaja hati itu, di situ ada Allah. " Kemana sahaja engkau mengadap, di situ ada wajah Allah " Khatrah itu sendiri adalah dari Allah yang turun dari Hahut kepada Lahut, dan dari Lahut kepada Malakut, dan dari Malakut kepada Nasut. Khatrah itu Hahut sebelum bermula; setelah bermula ia menjadi Lahut. Apabila berbentuk dalam ilmu, ia menjadi Malakut. Apabila zahir keluar, ia menjadi Nasut. 4. Perbatasan itu tidak ada had bilangannya. Tetapi untuk menyenangkan kita faham, kita tetapkan enam sahaja. 1. Wahdat ghaib yang pertama 2. Wahidiyyat-ghaib yang kedua. Dalam yang pertama, a'yan dalam fana. "Allah ada dan tidak ada yang sama dengan Dia " Di sini a'yan tidak wujud walaupun dalam ilmu. Dalam perbatasan kedua, a.yan wujud dalam ilmu Allah, tetapi tanpa pengetahuan (ilmu) tentang wujud dirinya sendiri. Allah mengetahui perbezaan mereka antara satu dengan lain, tetapi mereka tidak tahu. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

30 3. 4.

5.

Arwah - di sini a'yan mempunyai perbezaan-perbezaan antara satu dengan lain. Amthal - di sini salinan gambaran (protptype) objek-objek wujud. Kelima - Ajsam - di sini mereka mempunyai badan-badan kebendaan. Keenam - ialah paduan semua ini, bergelar Insanul- Kamil yang mengandungi semua peringkat. Huyuyat ialah kemutlakan. Ianya Ahdiyyat ialah Wahdat ialah Wahidiyyat.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

31

BAB 8

ALAM AJSAM (ALAM BADAN) 1. Raja Agung itu dalam pintu kuat berkunci. Dengan memakai pakaian Adam, dia pun keluar. Ini ialah dengan anggapan pakaian sifat dan asma. Dia menzahirkan DiriNya. Hadith berkata," Aku adalah harta tersembunyi. Aku suka di ketahui dan Aku jadikan alam supaya Aku di ketahui,"- terzahir dari perbatasan pertama hingga ke peringkat habuk. Seorang penyair Deccan berkata : "Zat mutlak itu hendak melihat temasya penyembahannya sendiri. Dipakainya pakaian Adam dan ia keluar masuk untuk memburu ". 2. "Dia jadikan manusia dengan bayangan Rahman". Anak itu rahsia bapanya. Apabila Allah menzahirkan pada diri, alam ini terlindung pada hakikat dan Allah ternampak .Apabila alam ini ternampak maka Allah hakikatnya. Bayi yang belum lahir tidak nampak, bapanya terzahir. Apabila bayi itu lahir, ia pun terzahir, bapanya menjadi makna tersembunyi bagi bayi itu. Bentuk bapa ialah hakiakt bentuk anak. Oleh itu kedua-duanya satu bentuk dan satu hakikat. Banyak (multiplicity) hanya dalam khayalan (i'tibar). Apabila kanak-kanak itu dalam bapanya, ianya adalah hakikat bapa, dan apabila ia lahir, ia nampak sebagai cabang atau hasil. Biji benih tersembunyi dalam pokok dan pokok itu pula tersembunyi dalam biji benih. Ilmu Allah tersembunyi dalam ilmu sufi (Mathnawi). Siapa yang melihat Allah tidak nampak dirinya sendiri. Fana ialah apabila anda wujud dan 'yang lain' tidak wujud-bererti: " Aku Ahmad tanpa mim "-bererti: Aku Ahad- Demikian Nabi pernah mengatakan. 3. Dalam Manifestasi pertama, Allah adalah cermin alam. Dalam kedua, alam itu cermin Allah. Jami berkata. " A'yan ialah cermin-cermi, dan Allah terzahir, atau Nur Allah itu cermin dan a'yan adalah bentuk-bentuk ". Dalam setiap cermin ini, tidak ada yang terzahir kecuali Allah sendiri. 4. Untuk membawa kepada Allah, seseorang yang sempurna adalah di perlui. Ia itu seorang yang telah menjalani semua peringkat suluk. Seorang ahli ma'rifat yang warak, pencinta Allah, berkelakuan baik, dan lain-lain, kerana jika dia hanya satu daripada ini, dia akan membawa pengikut-pengikutnya menurut kepercayaan dia sendiri sahaja. Hafiz berkata: " Seseorang Salik ialah seorang yang tahu. Upacara-upacara dalam peringkat-peringkat menuju destinasi (perhentian) nya " 5. Wujud kita adalah bayangan (reflection) wujud Dia. Pandangan kita adalah bayangan pandangan Dia. Apabila saya memperhatinafs saya. Allah Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

32

memperhati Zatnya, dan begitulah sebaliknya. Ertinya: " Siapa yang kenal dirinya (nafs), kenallah Tuhannya ". Kenal diri sendiri bererti kenal kepada Allah, ia itu dalam manifestasi yang tertentu, ilmu Zat adalah seperti ilmu manifestasi sendiri. Zat dan nafs (diri) adalah dua nama bagi hakikat yang satu dan yang sama. Hadith berkata : " Aku kenal Allah dengan Allah " Allah di ketahui oleh Dirinya sendiri kepada Dirinya sendiri tanpa di selangi oleh 'ghayr' (yang lain)." Firman Allah Taala dalam Surah Fushilat : 53

    

“Allah menyaksikan segala sesuatu " 'Yang mengetahui' dan 'yang di ketahui' adalah sama. Barang siapa mengetahui Allah ialah Allah sendiri. "Aku tidak mengetahui Engkau, setakat lebih dari yang di perlui oleh pengetahuan Engkau ". PengetahuanNya tentang Dirinya sendiri adalah untuk dirinya sendiri sahaja. Nabi Musa memohon untuk melihat Allah. Oleh kerana melihat yang demikian adalah terpotong dari 'ghayr' maka dia di beri jawapan.

    

" Engkau tidak boleh melihat Aku ". (Surah al A’raf : 143) 'Yang lain' tidak ada wujud dan dengan itu tidak ada melihat. Allah yang melihat, dan 'yang lain' buta. Ketahuilah bahawa semua perbatasan (rohani dan jasmani) adalah sarung atau pakaian anda. Ertinya: "Aku adalah harta tersembunyi . Aku suka di ketahui, maka Aku jadikan alam".Jika suka atau cinta ini tidak ada, harta tersembunyi itu tidak akan terzahir. Cinta menzahirkan dirinya dalam cermin-cermin harta tersembunyi itu dan melihat sifat-sifatNya yang berbeza-beza dan memuji DiriNya sendiri. 6. Yang paling ternampak sekali ialah wujud Allah:

        

Ertinya: " Cahaya atas cahaya, Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang di kehendakkiNya " (Surah an Nur :35)

   

Ertinya: " Allah adalah cahaya langit dan bumi " (Surah An Nur : 35) Wujud alam ini fana atau binasa daalm Wujud Allah.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

33

7. Wujudnya Allah adalah lebih terang dan nyata dari wujud yang lain. Ia adalah yang melihat dan yang di lihat. Cahaya tidak boleh melihat tanpa cahaya dan apa yang terlihat adalah cahaya itu sendiri. Benda-benda adalah gelap. Pelihat melihat dengan cahaya matahari, dan benda yang di lihat adalah di lihat dengan cahaya yang sama. Semua wujud benda adalah gelap. Wujud bendabenda itu di pinjam dari Wujud Allah, dan satu amanah dari Allah. Dia yang melihat dan yang di lihat, yang di ketahui dan yang mengetahui. Anda hanya adum' (kosong)

    

Ertinya, " Semuanya binasa kecuali wajah dia " (Surah al Qashah : 88) Seorang turun ke lubang garam, lalu menjadi garam. Apa yang wujud ada berupa 'ke-AKU-an' salik ialah'ke-DIA-an yang Haq. Serupa sahaja sama ada anda kata " Akulah yang Benar " atau " Dialah yang Benar " 8. Hanya ada satu hakikat dan itulah salik. Dia naik dan turun dalam dirinya sendiri. Naik dari akar ke dahan, dia menjadi penyinta, turun dari dahan ke akar, dia menjadi yang di cinta. Dia menggantungkan dirinya pada dirinya. Didapatinya dirinya dalam semua dahan dan akhirnya kembali ke buah - di lihatnya satu hakikat dalam semua. 9. Ghayriat (yang lain) adalah sifat aktif bagi Kesatuan Zat. Semua sifat-sifat aktif (active) membawa 'yang lain' ini dalam peranan. Tidak ada manifestasi jika tidak ada menunjukkan 'yang lain' dan 'banyak' (multiplicity). Oleh itu kesatuan adalah hakiki, dan banyak adalah sangkaan atau anggapan sahaja. Dalam peringkat Zat, keupayaan dan bakat adalah Zat itu sendiri, dan tidak ada 'banyak' di sini. Zat adalah zat. Apabila ilmu (pengetahuan) terzahir, keupayaan dan bakat ini menjadi 'yang di ketahui' Apabila terjadi mnifestasi keluar (pembazaan antara mereka), mereka menjadi a'yan atau hakikat 'yang di jadikan', dan akhirnya mendapat nama 'objek yang dijadikan'. Dalam peringkat ini, banyak dalam ilmu itu berupa banyak yamg sebenarnya, kerana Zat menunjukkan Dirinya dalam pakaian yang 'banyak' bagi tajalliyat dan misalan. Semua zat-zat yang banyak ini datang dari Zat yang satu dan menjadi abadi. Oleh itu, mereka yang dalam syurga itu hidup dengan kekal abadi. Paspot mereka akan di cap dengan perkataan : Ertinya: " Dari Yang Hidup tanpa Mati kepada yang hidup yang tidak binasa." Jangan sangkakan Zat itu satu pada mulanya, dan kemudian menjadi banyak dan keluar dari aspeknya sendiri. 'Banyak ' pada segi luar ini dari kekal kepada kekal nampaknya seperti 'banyak' sebenrnya. Tetapi dalam Kasyf yang benar, ianya adalah 'banyak' pada sangkaan sahaja. Jika sesuatu benda mempunyai aspek-aspek yang berlainan, maka bukanlah benda itu menjadi banyak dalam pandangannya sendiri. Air lautan tidak menjadi banyak kerana ombak dan gelombang. Tanzihnya (Zatnya dengan sifat-sifat yang tidak terhingga) tidak dapat di fikirkan. Tanzih ialah kesucianNya dari segala kecacatan dan ketidak Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

34

sempurnaan, berkaitan dengan 'yang lain'. Malaikat yang paling hampir tidak tahu Tanzihnya. Allah sendiri tidak ada kaitan pengetahuan dengan Zatnya dalam peringkat ini. Orang 'Arif sampai ke peringkat ini dengan melupakan dirinya dan fana. Setelah sampai kepada baqa, dia turun dan masuk ke dalam perbatasan sekali lagi dari ketidakadaan had atau perbatasan, dan mengembara dari peringkat perbatasan pertama kepada peringkat habuk, dan dalam pengembaraan ini lupanya pun hilang. 10. Kita adalah bentuk, dan hakikat kita adalah Allah. Allah itu nyawa alam dan alam itu adalah badan. Inilah keesaan, dan yang lain itu adalah omong kosong. 'Yang terhad' tidak berbentuk tanpa 'yang tidak terhad' dan 'yang tidak terhad' boleh berbentuk tanpa 'yang terhad'. Dalam pengertian ini 'yang terhad'itu adalah bentuk, dan hakikatnya ialah 'tidak terhad' makna ini tidak berbentuk dalam fikiran dengan hanya bahasan, seseorang itu hendaklah masuk dalam keadaan Hal, dan dalamnya perbatasan atau had tidak ada dan seseorang itu mengetahui bahawa hakikat 'yang terhad' itu ialah kemutlakan (absolutism) Tabir pada muka kemutlakan itu ialah tidak lain dari perbatasan (limitations). Apabila perbatasan buih hilang, ia pun mengetahui dirinya sebagai lautan. Apabila anda tidak merasai Hal ini, anda masih melayani kepercayaan anda, dan pada Hari Perhitungan kelak, anda di kira sebagai golongan orang Hal. Junaid pernah berkata kepada orang-orang yang mendengar ucapannya pada satu syarahan, " Anda semua datang ke mari dan mendengar ajaran saya, tetapi janganlah kalian memahaminya. Gelengkan sahaja kepala kalian. Jika di hari perhitungan kelak, kalian di tanya siapakah kalian itu, kalian katakan 'kami penggeleng kepala semasa Junaid memberi syarahannya', maka Allah akan membebaskan kalian." 11. Syekh Yahya Muniri berkata bahawa murka Allah ialah dengan menunjukkan diriNya sebagai 'ghayr' dan menghalakan diriNya dari 'Aniyat kepada Ghayriat. Ini adalah daleh Allah. Dijadikannya bunga ros nampak seperti duri. Mereka yang nampak 'Ghayr' adalah "mahjubin" (tertudung). Tudung (hijab) ini di ibaratkan sebagai rambut di pipi orang yang di cintai. Mahjubin ini akan terlibat dalam perkara ini selama-lamanya. Kufr di ibaratkan sebagai rambut-rambut yang hitam dan Imam sebagai pipi yang cerah. Jadilah dua golongan: tentera Allah dan tentera iblis. Mereka yang dapat bimbingan di jalan yang benar, dan mereka yang sesat. Ertinya: " Sesiapa yang di bimbing Allah di jalan yang benar, engkau (Nabi) tidak dapat menyesatkannya; dan sesiapa yang di sesatkan Allah, engkau tidak dapat membimbingkannya ke jalan yang benar ". (Hadis) Membimbing pada jalan yang benar dan membimbing pada jalan yang sesat adalah di ibaratkan berkait dengan Muhammad s.a.w. dan Iblis, tetapi keduadua ini adalah sifat-sifat Allah itu sendiri. Yang satu di ibaratkan sebagai pipi Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

35

dan yang satu lagi di ibaratkan sebagai rambut. Sebenarnya nama satu sifat itu Muhammad dan yang lagi satu itu Iblis. Dengan mengetahui diriNya, Dia memuji diriNya dan menjadi Muhammad.

        Ertinya: " Apakah kamu memanggil Baal, dan meninggalkan sebaik-baik yang menjadikan ". (Surah al Shaffat :125) Dengan menudung DiriNya daripada DiriNya, Dia menjadi 'ghayr' Nya sendiri, mengutuk DiriNya sendiri dan lari dari DiriNya sendiri, lalu menjadi Iblis dan di beri gelaran Syaitan. Satu dapat rahmat dan yang satu lagi dapat kemurkaan, dan ini adalah keadaan yang kekal. Oleh itu Muhammad di anggap membawa rahmat, yang diibaratkan sebagai pipi. Firman Allah taala : “Tidak Kami utus engkau (Muhammad) kecuali sebagai pembawa rahmat pada sekelian alam " Kemurkaan dan kemarahan di ibaratkan sebagai rambut, menjadi iblis yang padanya di katakan :

      

Ertinya: " Laknat Ku pada mu, sehingga ke hari perhitungan " (Shad : 78) 12. Objek-objek adalah... Hakikat-hakikat objek-objek itu ada dalam ilmu Allah, kerana ilmu Allah itu qadim. Apabila dizahirkan, jadilah mereka hadis (sementara). Pada peringkat pertama, mereka itu zat, dan manifestasiNya adalah sementara (atau baharu). 13. Allah mempunyai perhubungan yang khusus dengan wujud. Tiap-tiap syans (bakat) ada mempunyai rupa yang khusus dan tidak didapati pada lain-lain syans. Apabila syans ini masuk dalam ilmu, ia menjadi a'yan (satu bentuk dalam ilmu). Apabila dizahirkan ia menjadi atau Kalimat Allah, atau objek. Banayknya a'yan tidak mengganggu Esanya zat. Seperti jag atau mangkuk asal dari tanah liat yang satu. Yang membuat jag atau mangkuk itu mempunyai perhubungan yang khusus dengan tiap-tiap benda tersebut, dan perhubungan ini tidak habis dan putus. 14. Manifestasi Allah lebih terang dan nyata dari manifestasi objek-objek yang lain. Dia yang zahir. Tidak ada lagi atasnya. Dia lebih tersembunyi dari objekobjek yang tersembunyi. Dia yang batin. Tidak ada lagi di bawahnya. Manifestasinya tidak berlawanan dengan tersembunyiNya. Dia yang zahir dan Dia juga yang batin. TersembunyiNya adalah seterang dan senyata manifestasiNya. WujudNya lebih terzahir dari segala yang wujud.

   

" Allah adalah cahaya langit dan bumi ". (surah al Nur : 35) Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

36

Berbilang-bilang atau banyak tidak ada dalam WujudNya. WujudNya adalah menunjukkan diriNya sendiri, dan penunjukan ini bukan sebahagian daripadaNya; kerana rupa dan phenomena adalah sifat-sifat bu'ud (wujud). Tiap-tiap objek menyedari wujudnya sendiri. Yang khusus lebih nyata dari yang biasa.

     

Yang bererti, " Dia dalam diri kamu, kamu tidak perhatikan Dia " (Surah al Dzariyat : 21) Menyedari Wujudnya adalah lebih dahulu daripada menyedari diri. 15. Hijab itu ada dua jenis: Diri dan sifat. Hijab diri tidak akan hilang, selagi anda 'Abd (hamba Allah), dan zat hamba itu sendiri adalah hijab. Segala usaha untuk membuang hijab ini tidak akan berhasil, seperti batu hendak di kilat seperti cermin, dan batu itu selamanya tidak akan berkilat seperti cermin. Hijab sifat hilang apabila anda menukar zat dan sifat anda dan masuk kepada Zat dan Sifat Dia, seperti membuang habuk-habuk dari kaca. 16. Nabi itu adalah penzahiran yang lengkap dalam semua peringkat penzahiran- dari Wahdat hingga Ajsam. Oleh itu Nabi Muhammad itu di gelar khatum (pengakhir) atau khatim (penutup). Sabda Nabi yang bererti, " Tidak ada nabi selepas aku ". 17. Hamdan-i-Qassar (tukang basuh) pernah berkata, " Saya tidak mengatakan diri saya lebih tinggi darjatnya daripada diri Firaun ", kerana dengan menetapkan 'ke-AKU-an', diri itu telah melakukan syiri. Diri (Nafs) adalah satu. oleh itu Nafs (diri) Nabi Musa dan Firaun adalah sama jenisnya. Nafs itu tidak bebas dari melakukan apa sahaja yang di benci oleh pandangan Allah. Nafs orang-orang 'Arif mengetahui tentang permainan tipu helah. 18. Seorang sufi ialah seorang yang di pilih oleh Allah tanpa orang itu sendiri memilih, dan dia adalah kekasih Allah. Seorang faqir ialah seorang yang memilih dirinya untuk kasih Allah. Oleh itu dia adalah penyinta Allah atau berusaha mencari cinta Allah, dia lari dari semua sekatan-sekatan adat biasa. Pendeknya sufi ialah ' yang di pilih ' dan faqir ialah 'yang mencari'. 19. Dua berlawanan dengan Esa. Sesiapa yang dihijab oleh keduaan, tidak nampak ke Esaan. Seorang Mawahid hendaklah keluar dari kedukaan dan memasukkan dirinya ke dalam ke Esaan diri. iaitu Fana-fil-fana, supaya keEsaan itu sendiri tidak tinggal. Ertinya: " Tauhid ialah lupa kepada Tauhid "Ertinya : " Siapa yang kenal Allah, tidak tahu Allah " Orang yang mencari Allah itu semasa meminta kasyaf atau ilmu, terhijab dari ilmu. 20. Seorang yang Zahid menunjukkan kebaikannya kepada Allah, ia berbuat baik melalui inspirasi (ilham) Dia-dan kejahatannya itu di rujukkan kepada diri sendiri. Tetapi seorang Mutakalliq (orang yang dalam peringkat pertama SirrSyekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

37

fillah) kadang-kadang merujukkan kepada diri sendiri dan kadang-kadang kepada Allah. Seorang Muhaqqiq (orang yang dalam peringkat akhir Sirr-fillah), yang mencapai 'ke-AKU-an ketiga'- dia sendirimenjadi pelaku-(ke-AKU-an) pertama dari bawah kelok ialah dalam Asma, yang kedua dalam Wahidiyyat, dan ketiga dalam Wahdat ), dan di dapatinya dirinya ada dalam semua penzahiran jasmani dan rohani, dan dalam semua. Dia menjadi pelaku dirinya sendiri dan khalifahnya sendiri, dan menganggap badan kasarnya itu sebagai satu daripada khalifahnya. 21. Kasyf (Kasyaf) ialah keluar dari yang melindung; dan pelindung yang paling tebal ialah ' ke-AKU-an' salik. Anda adalah hijab anda sendiri, Oh Hafiz, keluarlah daripadanya. Tidak ada hijab kecuali sangkaan tentang wujud anda sendiri. 22. Haq (yang menjadikan) adalah khalq (yang di jadikan) setelah menunjukkan banyak, dan khalq adalah Haq (yang benar) setelah tidak nampak khalq. Basri ada berkata, " Pada mulanya Allah itu dapat di lihat dan dunia ini tidak dapat, sekarang dunia ini nampak dan Allah tidak di lihat- hiduplah dalam keadaan yang Allah itu di lihat dan dunia ini tidak di lihat sebagaimana pada mulanya dahulu ". " Allah ada dan tidak ada apa pun berserta Dia". " Allah sekarang seperti Allah dahulu jua." Ini ialah berkenaan perjalanan ke bawah (farq) dan kemudian ke atas (jam). Setelah perjalanan ke bawah, mulalah perjalanan keatas- ia itu Mi'raj. Wahdat (keesaan) di dapati selepas kathrat (banyak). Inilah Jamul-Jam yang juga di gelar " Peringkat terpuji " (surah Isra’ : 79) dan " Tempat pertemuan dua kelok panah ".(Surah al Najm : 9) Inilah peringkat Ghauth dan Qutub. Perhentian "Farq" ialah "Jam". Ghauth atau Qutub meletakkan dunia ini atas bahunya.

    

Yang bererti, " Dan kami berikan kenderaan kepada mereka di daratan dan lautan " (Surah Israil : 70) 23. Alam ialah penzahiran Zat dalam pakaian bakat dan sifat, inilah gelora cinta. Laut nampak dalam pakaian ombak. Muhammadi-Maghrabi ada berkata: "Dari laut, ombak yang berbagai warna timbul, daripada tidak sama masuk ke pancawarna ". Cuba fikir, Hakikat Allah sebagai hakikat Khalq, dan hakikat khalq sebagai Hakikat Allah. Benda seperti alam nasut, air seperti mithal, udara seperti nyawa, api seperti sifat dan pandangan seperti Zat.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

38

24. Manusia sepatutnya menyembah Allah, tidak menyembah nafsunya semata. Kanak-kanak semasa bermain melakukan beberapa tugas yang di suruh oleh ibunya. 25. Objek adalah 'perkataan Allah' dan tiap-tiap perkataan ada mengandungi makna. Sesiapa yang memerhatikan sewajarnya, akan mengetahui makna dari bentuk sesuatu objek. Tiap-tiap objek adalah cermin Jamalnya.

          

Firman Allah dalam Al-Quran yang bererti : " Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami dalam dunia dan dalam diri mereka, sehingga ternyata pada mereka bahawa ianya adalah benar " (Surah Fushilat : 53) Di sini objek alam dan diri adalah cermin. Tiap-tiap tidakkan adalah bentuk satu idea atau niat. jika niat baik, tindakkan tidak berapa di kira, kata hadith yang bererti: " Niat seorang yang beriman itu lebih baik dari tindakannya ". Tiap-tiap objek (benda) mempunyai rupa atau bentuk dan juga maknamaknanya Allah. Anda hendaklah lari dari bentuk kepada makna. Janganlah hendaknya tindakan zahir anda melebihi dari beberapa Fara'id (tindakan yang wajib bagi setiap mukmin).

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

39

BAB 9

SOLAT (SEMBAHYANG) 1. Solah (Melayu;sembahyang) diambil dari perkataan wasiat; Bererti lekat atau menghampiri. Ahli zahir memahami ini dengan menyatakan: " Mematuhi hukum-hukumyang tertentu dalam sembahyang". Ahli batin mengatakan: 'penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang di cintai'. Syibli berkata, "Wudhu ialah penceraian dan solah ialah penyatuan". Ertinya: "(Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu)". Inilah sembahyang yang berkekalan.

     

Ertinya: "Mereka yang sembahyangnya berkekalan". (Surah al Maarij : 23) Yang penyinta tenggelam dalam cintanya kepada yang dicintai. Sembahyang yang biasa ialah lima waktu sehari semalam. Sembahyang yang lima waktu itu mengadap ke kiblat. Sembahyang yang berkekalan mengadap kepada wajah Allah.

    

Ertinya:" Kemana sahaja kamu mengadap muka kamu , di situ ada wajah Allah". (Surah al Baqarah : 115) Sembahyang yang biasa mempunyai cara-cara dan hukum-hukum yang tertentu. Sembahyang yang lagi satu itu luas bidangnya. Kiblat sembahyang biasa terletak di tempat yang tertentu (kaabah). Kiblat sembahyang yang satu lagi itu di mana-mana sahaja. Syekh Abu Bakar berkata, apabila beliau berpindah dari satu solah yang satu lagi, "Aku telah menjadi Kafir, maka aku ikatkan dengan benang- Allahu Akbar" Pada pandangan beliau adalah kufur mengadap ke kiblat yang tertentu letaknya itu, setelah beliau mengadapkan mukanya kekiblat yang mutlak. Kiblat itu empat: Kiblat di Mekah, Guru sendiri, Hati, Yang Haq. Seseorang itu hendaklah berpindah dari yang pertama kepada yang kedua, dari kedua kepada ketiga, dan dari ketiga kepada keempat. Jika anda telah dapat melakukan peringkat-peringkat tersebut, maka anda telah meminum dari piala Muhammad s.a.w. Jika belum, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya. Anda perlu mencerai diri anda daripada diri- kemudian anda akan lekat atau bercantum dengan Allah. Oleh itu di katakan, "Wudu' ialah penceraian, dan solah itu penyatuan". Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

40

Sembahyang orang yang cinta ialah memfanakan diri, sembahyang orang awam ialah ruku' dan sujud. Sembahyang ini ialah mi'raj bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada dirinya, beliau sampai kepada yang di cintai olehnya. Firma Allah Taala dal;am surah Isra’: 79):

     

“ Mudah-mudahan Tuhanku mengangkat kamu ke tempat yang terpuji” Pada peringkat ini, dia memperkatakan ucapan sembahyangnya kepada dirinya. 2. Sembahyang mempunyai dua aspek - badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan peraturan-peraturan dan hukum-hukum, dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang di pentingkan tetapi yang berkenaan dengan ruh- yang memandang Allah dan memfanakan diri tidak di capai, maka jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja di pentingkan dan badannya tidak di pedulikan, maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan. Ada juga orang yang mengatakan bahawa melakukan peraturan-peraturan dan hukum-hukum sembahyang itu adalah umpama menggilatkan besi. Apabila besi itu telah berkilat, maka dengan sendirinya kilat itu akan memancar dari besi yang telah berkilat itu. Apabila badan telah sempurna dalam rahim, nyawa dengan sendirinya datang kepada badan itu. Apabila lampu telah sempurna dan sumbunya telah siap, senanglah api hinggap di sumbu itu. Firman Allah ertinya: "Aku hembuskan kepadanya daripada ruh Ku" Penglihatan atau kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak di sangkasangka. Ia datang pada masa yang tidak di sangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan hidanganhidangan yang di perlui. 3. Sujud ialah tanda pengabdian dan penghormatan. Malaikat sujud kepada Adam, sebenarnya sujud itu kepada Allah. Sujud mengadap kiblat adalah syirik jika tidak di sertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa. Seseorang itu boleh menganggap seluruh kejadian atau makhluk ini sebagai kiblatnya.

    

Yang bererti: "Ke mana sahaja kamu mengadap, di situ ada wajah Allah" (Surah al Baqarah : 115). Seorang Majdzub sujud kepada apa sahaja yang di lihatnya dan berkata " Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari syirik dalam senua perkara " Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

41

Mas’ud Bek nampak ini dan berkata kepada anaknya ia itu bapanya meminta perlindungan dengan kelakuan syirik. Anak itu berkata, "Jangan di panggil dia musyrik, beliau melihat apa sahaja tanpa adanya." Oleh itu si mukmin dalam sembahyang menukarkan hadapnya dari kiblat kepada yang haq dan ini di lakukan semasa berniat dalam sembahyang. Mengadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan. Imam-imam ada berkata ia itu sujud malaikat kepada Adam ialah sujud kepada Nur Muhammad yang terzahir dalam Adam. Jika seseorang menyembah cahaya yang di balikkan (terbayang) dalam cermin, maka menyembahan itu adalah untuk cahaya itu dan bukan kepada cermin. Seorang ahli akal (Sahib-ibasirat) menganggap semua benda sebagai cermin yang dalamnya cahaya Allah terbayang. 4. Assabihu ma'a ILah -(bersahabat dengan Allah). Inilah sembahyang yang tidak boleh di tangguh-tangguh. Sembahyang yang lima waktu itu boleh di tangguh (qadha) ke masa yang lain: Firman Allah Taala dalam Surah al Ma’arif : 34

     

Yang bermaksud: " Mereka yang memelihara sembahyang mereka " Kiblat sembahyang ini ialah Wujud Mutlak dan kiblat sembahyang biasa itu ialah Ka'bah. Firman Allah Taala dalam Surah al Imran : 4-5

       

Ertinya: " Neraka wail bagi orang yang sembahyang yang lalai dalam sembahyang mereka itu."Lalai kepada Wujud Mutlak. Wudhu' mempunyai dua pengertian: Pertamamembersihkan badan dan kotoran moral pada diri. Kedua- penceraian dari diri (Al-wudu' infisal, was salat ittisal) Wudhu' ialah penceraian, dan sembahyang ialah penyantuman. Anda tidak akan boleh melakukan sembahyang jenis ini jika anda belum boleh menceraikan diri anda. 5. Seseorang menyuruh penulis menulis nama 'Allah' tanpa menggunakan pena, kertas dan dakwat, beliau pun terus berdiri, ruku' sujuddan seluruh kelakuan dalam sembahyang. Berdiri itu Alif, ruku' itu Lam, dan sujud itu Ha. Wahai saudara, anggaplah lukisan itu sebagai pelukis.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

42

BAB 10

PEMBINGBING (GURU) 1. Berkenaan ’bimbingan yang betul‘ ini, perkara yang penting ialah ilmu dan dzauk. Jika tidak ,perkara keduniaan ini tetap seperti biasa juga tanpa ada perubahannya. Seorang murid menulis kepada gurunya, “pekerja-pekerja dan kerani-kerani panca-indera sedang bekerja untuk mencapai kesempurnaan. Mereka mengumpulkan hasilnya daripada rakyat dan menghantar ke Perbendaharaan Di Raja, tetapi jangan dilaporkan kepada Raja, saya percaya, melalui ihsan, tuan akan menghantar laporannya “. Zat mempunyai sifat dan menikmati rasa mereka, tetapi salik tidak mendapat laporan dan dengan itu tidak mendapat ilmu. Sebelum timbul tajalli ilmu, salik itu bukan arif, apabila timbul ilmu, dia kenal akan dirinya. Meski pun ada sifat, Zat tidak tahu mereka sebelum timbulnya ilmu . Zat itu menyerap dalam diriNya. Salik itu mempunyai wujud, iradat, kuasa, pendengaran dan lain-lain. Tetapi jika dia tidak tahu akan sifat-sifat ini, maka berertilah serupa dengan dia tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Salik mendengar dan melihat, tetapi tidak tahu yang Allah mendengar dan melihat. Dalam hal ini, Allah mendengar dan melihat, tetapi salik tidak tahu atau kenal sifatNya. Apabila dia kenal, jadilah dia arif. Pengenalan ini membawa pemerhatian dan pemerhatian pula membawa wujud. Hijab itu diletakkan pada diriNya oleh diriNya. Dia jadi arif oleh diriNya, dan Dia jadi jahil oleh diriNya. Tidak ghayr (yang lain). Ertinya: “Barang siapa Allah bimbing ke jalan yang lurus, maka tidak ada siapa yang dapat menyesatkan dia, dan barang siapa Allah bimbing ke jalan yang sesat, maka tidak ada siapa yang dapat membetulkan dia “. (Hadis) 2. Murid hendaklah memerhatikan jamal gurunya. Jamal guru itu mestilah dibalikan (bayangkan) dalam cermin hati muridnya. Dalam cermin jamal guru itu, murid memerhatikan jamal Allah, hati murid ialah cermin muka guru. “ Barang siapa melihat Aku, melihat dia Tuhannya “ (Hadis) “ Hakikat iman ialah memerhatikan Aku. “ 3. Orang yang menjalankan suluk boleh sampai kepada peringkat di mana kebendaan sesuatu benda hilang dari pandangannya, maka di lihatnyalah tidak ada lain selain Allah. Keadaan ini mereka gelarkan “ Ittisal “ (Penyantuman) iaitu kebalikan daripada “ Infisal “ (penceraian). 4. Setengah orang-orang sufi memakai pakaian bulu dan tidak memakan makanan yang lazat-lazat dengan tujuan supaya orang-orang biasa tidak berkawan dengan mereka. Syekh-al-Akbar berkata bahawa jika seseorang Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

43

murid mencari guru lain semasa hidupnya adalah bererti memutuskan wa’ad (perjanjian) dengan Allah , yang di buatnya pada masa melakukan bai’at. Pengikut seseorang Nabi tidak mungkin menjadi pengikut seorang Nabi yang lain, semasa hidup Nabi itu. 5. Tujuan Syaghal (latihan), Zikir dan Muraqabah ialah untuk membuang segala ingatan selain dari mengingat Allah. 6. Orang yang mula menjalankan suluk hendaklah jangan di beritahu tentang kecacatan nya supaya ia tidak menjauhi diri daripada nada. Setelah hati itu suci semua kecacatan itu akan hilang dengan sendirinya. 7. Syekh (pembimbing) itu boleh jadi di barat , tetapi beliau tahu keadaan muridnya di timur. Kebolehan yang paling kurang bagi seorang guru ialah dia mempunyai (membaca hati muridnya) dan ( sedar tentang keadaan orang yang mati dalam kubur). Jika dia tidak mempunyai kebolehan ini, maka haramlah dia membimbing muridnya. Dia tidak boleh menjadi guru. Dia hendaklah tahu keadaan dunia dahulu dan sekarang. Beliau adalah khalifah Allah di bumi ini.

    

Bererti: “ Kami jadikan dia khalifah di bumi “ (Surah al Baqarah : 30) 8. Guru ialah satu barzakh, melaui dia anda menghampiri Allah. Anda tidak boleh melihat matahari-kecuali melalui kaca yang gelap. Pengaruh guru pada muridnya tinggal kekal meskipun guru itu telah meninggal dunia fana ini.Pengaruh Mansur Al-Hallaj membentuk watak Fariduddin ‘Attar, yang muncul 150 tahun selepas beliau. Seseorang boleh melakukan bai’at dengan guru yang lain selepas di benarkan oleh guru pertama dan begitulah seterusnya. Bayazid Bistami mempunyai 12 orang guru. Sebenarnya semua guru adalah manifestasi satu nama iaitu Al-Hadi. Murid sangat menghormati gurunya – bukan sebagai pemujaan pahlawan ( hero-worship ) tetapi adalah tanda cinta. 9. Ada dua jenis murid – biasa dan khusus. Guru mengajar mereka dengan cara yang berlainan , menurut kebolehan dan kelakuan mereka. Murid biasa mendapat pengajaran biasa. Murid khusus mendapat pengajaran khusus yang tidak di ajar kepada murid biasa. Bererti : “ Syariat perkataan ku, Tariqat perbuatan ku dan Hakiqat keadaan diriku “ Kepentingan untuk diri sahaja adalah satu racun yang bias bagi orang yang masih murid. Nabi Khidr menerima Nabi Musa sebagai murid beliau dengan syarat Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau lakukan di hadapan matanya. Untuk cerita ini lihat dalam Al-Quran Surah Kahfi. Nabi Khidr memaafkan Nabi Musa berkenaan perkara menenggelamkan kapal dan membunuh seorang kanak-kanak, tetapi apabila beliau ditanya tentang perkara tidak mahu menerima bayaran kerana mambaiki tembok (dinding), Nabi Khidr Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

44

tidak mahu lagi menerima Nabi Musa sebagai muridnya. Kedua-dua soalan yang pertama itu adalah kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah untuk kepentngan diri. Bayazid Bistami dan Uthman Khybari sedang berdoa bersama-sama. Uthman Khybari menutup doanya dengan berkata, “ Ya Allah, kurniakan kepada aku segala yang aku mahu, “ Tetapi Bayazid Bistami berkata, “Ya Allah, hapuskan semua yang aku mahu,” Uthman pun bertanya, “ Bagaimana pula ini ?” Bayazid menjawab, “ Apakah yang di kehendaki oleh orang-orang yang mencari Allah dengan kemahuan-kemahuan diri sendiri? . Dia menghapuskan segala-galanya selain Allah dan melupakan wujud dirinya sendiri.” 10. Syariat di hebahkan oleh ulamak tetapi Tariqat dan Haqiqat oleh Masyayakh ( Syekh-syekh Sufi). Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak bermaharajalela di muka bumi ini. Mereka menyatakan kepada manusia tentang siksa Neraka dan nikmat Syurga. Tanpa Tembok Besar (Negeri China) Yakjuj dan Makjuj tidak dapat di tahan dari mengganggu keamanan dunia ini , tetapi jika berhenti di sini sahaja tanpa berjalan lagi adalah ibarat mendirikan pagar dalam perjalanan orang-orang yang mengembara menuju Allah. Para waliyullah membuang pagar ini dari perjalanan mereka yang ada kebolehan dan berkelakuan baik. Mereka membuka tabir dari mata salik sedikit demi sedikit sehingga mereka nampak alam ini penuh dengan nur Allah. Para waliyullah ini melakukan perkara ini dengan kasyaf (melihat ke dalam alam mithal) dan bukan melalui khayalan dan pemikiran. Murid akan melihat bahawa dalam alam dunia ini tidak ada yang berkuasa dan bijak selain Allah sendiri. Tidak ada yang melihat, mendengar dan bercakap selain Allah sendiri. Tidak ada pemberi dan penerima atau penjaga selain Allah sendiri. 11. Guru lebih mementingkan hakikat dalam daripada pandangan luar. Pada permulaan salik menggunakan biji-biji tasbih, ibadat biasa dan berkelakuan wara’. Semakin ia bertambah maju kehadapan, didapatinya semua itu kosong. Dia melepaskan jalan selamat dan menggunakan jalan malamat (iaitu melepaskan upacara-upacara dan peraturan biasa, dan mempraktikkan ibadat yang sebenar-benarnya). Jika anda ingin melupakan diri anda, masuklah dalam kedai minum, dan lihatlah apa yang boleh dilakukan oleh kedai minum dan penjaga kedai minum itu kepada anda. Di sana anda akan menyedari makna ;

    

“ Katakanlah, ruh itu adalah daripada urusan Tuhan ku. “ (Surah Israil : 85) Kedai minum yang dimaksudkan di sini ialah suasana seseorang yang tenggelam dalam cinta kepada Allah. Hukum-hukum syariat adalah untuk badan dan bukan ruh: Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

45

   

Yang bererti: “Pada hari itu bumi ini akan bertukar menjadi bumi lain“. (Surah Ibrahim : 48) Keadaan batin tidak ada perbatasan. Zannun al-Misri memerintahkan muridnya yang telah 40 tahun beribadat supaya melepaskan ibadatnya kecuali yang fardhu dan sunnat. 12. Dunia ini ialah hembusan nafas Allah. Ianya adalah perbatasan Fayd-iRahmani. “Al-alamu karbun min karbun-Rahman“. Dunia ini adalah hembusan nafas dari Allah. Di hadapan Allah anda boleh mencapai fana sekelip mata. Allah berfirman dalam Surah al Hajj : 47)

        

Yang bererti: “Satu hari dengan Allah adalah 1,000 tahun yang kamu kira“.

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

46

BAB 11 MURID

1. Manusia ada tiga jenis: a.

Mereka yang dihantar balik dari wahdat (Keesaan) kepada khatrat (banyak). Mereka diselubungi oleh kegelapan mereka sendiri. Ini adalah melalui tajjali kemurkaan Tuhan dan untuk itu dibacakan: ayat berbunyi ‘ Aku berlindung dengan keampuan Mu daripda kemurkaaan Mu, aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”.Tajalli ini seperti awam musin panas. Ia dengan segera diterbangkan angin. Salik mencari kehidupan yang diredhai Allah. Ada pula manusia supaya dapat hidup yang diredhai di bumi ini, menurut adat resam bangsa sendiri selagi jiwa tidak dipengaruhi dunia, seperti yang dilakukan oleh auliya tertentu dan Nabi seperti Nabi Idris. Tajalli Zat datang seketika dan hilang di ketika yang lain. Jika berterusan, maka hilanglah perbatasan: “Ruh kami adalah badan kami, dan badan kami adalah ruh kami”

b.

Setengah mereka yang ada fana dalam satu tajalli Zat, dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub yang hakiki.

c.

Setengahnya ada yang kembali dari keadaan itu dan menjadi salik. Dalam suluk mereka, kadang-kadang mereka bebas dan yang terhina, kemudian menjadi seperti lembu dan masih terhina lagi: seperti dalam ayat alquran surah al araf ayat 179:

     “Mereka itu sepetri binatang ternakan, bahkan mereka itu lebih sesat lagi”. Kadang-kadang ada pula mereka yang naik dengan mengembara dari tajalii sifat, dan dari sifat kepada afaal, dan dengan itu sempurnalah pengembaraan mereka. Suluk terdiri daripada pengembaraan menuju Allah (Al Allah), dengan Allah (Billah), dalam Allah (Fillah dan beserta Allah (Ma’allah). Pengembaraan ini ialah untuk membaiki yang lain. Seorang majzub kembali dari dzauk untuk membaiki yang lain. Dalam dzauk itu ia seperti matahari tengahari yag menyebabkan tidak ada bayang. Sekembalinya, dia seperti matahari jatuh, dan dengan itu kembaranya telah sempurna. Dalam al quran surat Maidah: ayat 3:

        “Pada hari ini telah Ku sempurnakan agama kamu untuk kamu dan memenuhkan nikmat Ku kepada kamu” Seorang ghayr yang telah menyempurnakan pengembaraannya , memulakan semula pengembaraan itu sekali lagi dengan murid-muridnya. Seperti bijih benih yang telah menjadi pokok dan kemudian menjadi biji benih kembali.. Atau

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

47

seperti satu titik kembali. Ini bukanlah penjelmaan tetapi adalah penzahiran atau tajalli. Inilah yang dimakdsukan oleh Jalaluddin Rumi apabila beliau berkata: “ Tujuh ratus tujuh puluh (770) badan telah kulihat” Pertama-tama guru itu melakukan suluknya sendiri, dan kemudian beliau melakukannya dengan tiap-tiap muridnya, dan dengan itu beliau sendiri bertambah-tambah sempurna daripada dahulunya, Gulshan i Raz, berkata: “Cahaya Nabi adalah matahari. Kadang-kadang cahaya itu ternampak dalam Musa, dan kadang –kadang dalam Adam. Masa guru adalah semasa mentari tepat di atas kepala. Yang bebas dari lindungan dan bayang” Inilah sebabanya dikatakan: “sufi tidak menjadi logam yang tidak bercamput sehinggalah dia telah minum dari piala. Pengembaraan yang banyak adalah diperlukan untuk yang muda menjadi masak”. Guru mengambil bentuk hati murid dan , mencurahkan berkatnya kepada murid. Jiwa guru mempengaruhi jiwa murid. Ini digelarkan ‘Buruz’ dan bukan penjelmaan. Seperti memasang beberapa buah lampu. Lampu pertama itu ialah nur Nabi yang dipasang daripada cahaya (Nur) Allah. Dalam al quran surah an nur: ayat 35:

             

Ertinya “Allah cahaya langit dan bumi, misalan cahaya Nya itu ialah seperti satu lubang yang di dalamnya ada satu lampu. Lampu itu dalam kaca.” Dan seterusnya. Cahaya itu bersinar dalam lampu hati terletak dalam ceruk badan. Oleh itu ‘banyak’ ialah pada sumbu lampu, bukan pada cahaya. Kenabian bermula dari Adam dan menjadi sempurna dalam khatim penutup segala nabi-nabi, iaitu “Hakikat Muhammad” telah menjalani pusingannya dalam semua nabi-nabi dan meneyempurankannya dalam ‘penutup’. Wilayat (kewalian) bagaimanapun tetap tinggal dalam dunia dan memulakan pengemabarannya yang kedua. Salik ialah penzahiran syan (bakat, keupayaan). Dia terkandung dalam syan itu. Semua syan terhad dalam kawasan masing-masing dan tidak boleh memasuki syan yang lain. Apabila salik menjadi fana, syan itu pun hilang, dan salik itu menjadi mutlak dna mencapai baqa. Dalam peringkat ini, keupayaaan nya berkembang, dan diketahuinya Zat mutlak. Diketahuinya ilmu mutlak dalam bidang ilmunya sendiri. Ilmu Allah meresap dalam dalam ilmu sufi, seperti dikatakan oleh Jalaluddin Rumi. Mula-mula salik naik dari syan (bakat) atau nama yang tehad dan itu adalah “Ghayr”, dan sekarang dia bermula dari zat mutlak. ‘Yang terhad’ menjadi ‘Yang tidak terhad’. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

48

Ertinya; “Langit dan bumi tidak mengadungi Aku tetapi hati orang-orang beriman dapat megandungi Aku” Inilah meresapnya ilmu Allah dalam ilmu sufi. Sufi itu mulanya satu titik air dan menjadi lautan. Fananya diri itu meluaskan keupayaanya. Keupayaan setitik air menjadi keupayaan lautan. “Jika anda belah hati satu titik air. Anda dapati seratus lautan di dalamnya” (Gulsyan –i-Raz) Lautan dalam kapal. Titik air itu binasa dalam dirinya dan kekal dalam lautan. Bayazid Bustami berkata: “ jIka arasy, dengan semua sekelilingnya dalam penjuru hati saya, saya tidak akan sedar berekenaannya” 2. Hakikat tidak akan muncul sewajarnya, jika syariat dan tariqat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaanya. 3. a. b.

c.

d.

Manusia ada empat (4) jenis: Mereka yang melihat Haq sahaja dan tidak melihat yang dijadikan (makhluk) Mereka yang melihat makhluk pada zahirnya dan haq pada batinnya, mereka itu digelar “Dhawil-‘aql” (orang-orang akal), pada mereka Haq itu dicerminkan dalam makhluk. Ada pula yang mereka yang melihat Haq pada zahirnya dan makhluk pada batinnya, mereka ini digelar “Dhawil-‘ain’ (orang-orang mata), pada mereka makhluk ini dicerminkan dalam Tuhan. Ada pula yang melihat Allah dalam makhluk, dan makhluk dalam Allah, tanpa dinding antara mereka dan meraka ini digelar Dhawil-ain wa’ aql. Ini berkaitan dengan melihat Wahdat (satu) berserta dengan Khatrat (banyak). Ghazali berkata bahawa tauhid tulin ialah memerhatikan Allah dalam semua”Dia lihat Jamal (keindahan) Allah dalam semua perkara”.

Jamal ini ialah Hakikat Muhammad saw dalam semua perkara yang wujud, kerana semuanya bergantung kepada hakikat ini dan ini adalah penzahiran. Hakikat itu dan kembali kepadanya. Keindahannya ternyata dalam semua perkara dan semua perkara adalah cerminya. Salik jenis yang terakhir ini mempunyai Muhammad sebagai Pusat (center) nya. 4. Syak wasangka dapat dibuat dengan berkawan dengan orang yang arif. Murid hendaklah membuang syak wasangka dengan berteman dengan gurunya. Bayang-bayang akan hilang apabila matahari atas kepala. Dalam al quran disebut dalam surah isar’ ayat 81:

          

“ Katakanlah: Yang benar telah datang dan yang palsu akan hapus, sesunggunya kepalsuan itu dilenyapkan” Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

49

Pengajaran guru pada murid adalah ibarat batu orang falsafah pada tembaga. Ilmunya bukanlah untuk hanya dipelajari dan difikir, tetapi adalah lebih dari itu lagi iaitu Hal (keadaan). Apabila Hal berkekelalan, ia menjadi Maqam (Station). Barangsiapa dapat Hal sekali sahaja, ia adalah dalam permulaan, dan dia menjadi wali. Barangsiapa berterusan dalam Hal ini, ia menjadi Qutub dan Ghauts. Peringkat Wali Qutub, dan lain-lain bergantung kepada lama atau sekejapnya tempoh-tempoh ini. Ada oarng yang dapat Hal ni sebentar sahaja, ada yang lebih lama dan ada pula yang berkekalan. Dalam ayat al quran berbunyi:

     

ertinya “ Dan mereka yang berkekalan dalam solat mereka” (al araf: 23) Mikraj dan Lailatul qadar adalah ketika-ketika ini. Orang boleh mendapat Hal dan Wisal yang berlainan jenis iaitu: a) Abid mendapat Hal (fana) di mana didapatinya dirinya sebagai benda galian yang tidak bergerak. b) Asyiq memerhatikan keindahan Haq dalam berbagai -bagai objek c) Mutakalliq menukar sifatnya kepada sifat-sifat Haq dan mecapai peringkat Qurb-i-Farayad dan Qurb –i- Nawafil. Pencinta hanya memerhatikah keindahan yang dicintai daripada jauh, dan tidak didapatinya dirinya sebagai tiruan yang tepat bagi yang dicintai dan sifat-sifatNya, tetapi didapatinya yang lain-lain itu bertukar kepada sifat-sifat itu. Dia menikmati perhatian kepada Yang dicintai iti. Abid tidak mempunyai rasa atau nikmat itu, meskipun dia dapat merasai sedikit.

    

“Campuran minuman itu ialah air yang datang kepada mereka dari atas” (Surah Muthafiffin : 28) d) Muwahid ialah fana dalam Zat didapatinya Zatnya bertukar kepada Zat Haq. e) Mutahaqqiq ialah mereka yang turun dari Zat kepada sifat, seperti keadaan nabi-nabi dan wali-wali. Keadaan ini mempunyai tempoh yang tertentu. Setengah berkata tidak perlu Hal, iman yang betul sudah mencukupi. Orang yang beriman percaya kepada yang ghaib.

  

“ Mereka beriman kepada yang ghaib’ (Surah Baqarah: 3) Ahli makrifat melihat yang ghaib bukan hanya ilmu dan iman sahaja. Iman terdiri dengan pendengaran, keyakinan dalam pandangan dan keyakinan dalam rasa. Orang dahaga mendengar nama air, ini menimbulkan kepercayaaan padanya, dilihat air itu, ini menimbulkan keyakinan, dirasainya. Ini menimbulkan rasa keyakinan. Jika seseorang itu berhenti setakat pendengaran sahaja, dia tidak dapat peringkat melihat dan merasa. Hal mestilah menjadi hakikat Qal (kata) Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

50

BAB 12

SULUK (KURSUS LATIHAN) 1. Sifat melihat tidak terzahir dalam dunia jika tidak ada daya atau kebolihan melihat. Dan kebolehan melihat itu pula tidak terzahir jika tidak ada anggota pelihat (mata). Sifat dizahirkan melalui kebolehan dan ini dalam syariat digelar “MALAIKAT”. Dan dalam istilah orang-orang sufi dinamakan “RUH”. Perkataan kebolehan atau daya itu digunakan oleh orang-orang falsafah. Dunia ini adalah pezahiran (manifestasi) sifat-sifat Allah. Tiap-tiap sifat mempunyai kebolehan dan kebolehan ini disalurkan kepada anggota yang nampak dalam duniia ini. Kebolehan ini ialah dalam alam malakut, dan sifat dalam alam Jabarut. Semua anggota badan adalah penzahiran sifat. Orang yang melihat dengan mata batinnya akan Nampak sifat-sifat ALLAH dalam cermin anggota badannya. Dan dia menjadi pelaku dalam sifat-sifat ini. Orang-orang sufi menggelarkan keadaan ini sebagai Qurb-I-Nawafil. – disini Haq menjadi alat kepada salik. Kadang-kadang orang sufi itu mendapati dirinya sebagai kebolehan dan anggota-anggotanya, iaitu dia menjadi alat, Allah meenjadi pelaku (actor). Ini digelar Qurb-I-Farayad. 2. Dalam keadaan fana, wujud salik yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah yang mutlak, Dengan itu salik tidak mengetahui dirinya dan benda-benda lain. Inilah peringkat wilayat. Perbezaan antara wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai keadaan fana ini dalam satu minit, ada yang satu jam, ada yang satu hari, dan seterusnya. Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majdhub. Mereka masuk kedalam satu suasana di mana mereka menjadi mutlak. Inilah baqo. Ini bukanlah bererti baqo Allah yang masuk kepada salik itu, sebagaimana yang dikatakan oleh setengah orang. 3. Seorang penyair Farsi pernah berkata : “ Aku pergi bersiar-siar ditepi laut dan aku terpandang perkara yang menakjubkan, KAPAL DALAM LAUT DAN LAUT DALAM KAPAL”. Di sini wujud yang tidak terhad itu dibandingkan sebagai laut dan wujud yang terhad itu sebagai kapal. Ini dimaksudkan kepada zat dan Insan Kamil. Oleh itu, seorang arif yang sempurna ialah cermin Allah. Tetapi mengapa pula ini tertentu kepada arif atau Insan Kamil sahaja ?. padahal tiap-tiap zarah dalam ala mini adalah cermin yang membayangkan sifat Allah ?. Manusia ialah cermin yang paling sempurna sekali bagi semua sifat. Manusia mempunyai cat merah yang tebal disebalik cermin itu dan ini perlu untuk membalikan bayangan orang yang melihat dalam cermin itu. Malaikat mempunyai permukaan cermin yang terang itu sahaja tanpa cat merah dibelakangnya dan benda-benda lain mempunyai permukaan cermin yang bercat itu sahaja tanpa yang terangnya. Manusia mempunyai kedua-dua permukaan itu, dan oleh yang demikian dia menjadi cermin yang sempurna. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

51

4. Ilmu Allah meresap dalam ilmu sufi, Bagaimanakah orang biasa memahami ini? (Mathnawi). Ilmu Allah yang pada permulaannya didapati dengan perbezaan “Yang Menjadikan” dengan “yang dijadikan”, akhirnya meresap didalam ilmu sufi. Lebih baik dibaca begini“ILMU SUFI MERESAP DIDALAM ILMU ALLAH, BAGAIMANA SIBODOH MEMAHAMI INI?. 5. ‘LAA ILAHA ILLA ALLAH” – ‘Tidak ada tuhan selain ALLAH” Tidak ada yang wujud melainkan wujud salik, Inilah kepercayaan Anawalla. Percayalah bahawa wujud ini ialah wujud Haq. Tidak ada sekutu dengan Aku. “LAAMAUJUDUN ILLALLAH” ( Tidak ada yang Wujud melainkan Aku). Hakikat segala-galanya adalah yang haq. Daripada gula berbagai bentuk gula-gula boleh dibuat. Apabila anda memasukkan kedalam mulut satu daripada bentuk gula-gula itu anda rasai tidak lain hanya rasa manis sahaja. 6. Syirik (Menyengutukan Allah) samada dalam penyembahan, cinta, ketuhanan atau wujud. Syirik ada dua jenis:; Yang terang (jali) dan Khofi (tersembunyi). Syirik-I-Khofi tidak berapa Nampak, umpamanya semut hitam yang merangkak diatas batu hitam. Syirik ini samada dalam Zat, sifat, atau afaal (perbuatan). Firman Allah dalam surah yusuf ayat 106

       

yang bermaksud “DAN KEBANYAKKAN MEREKA TIDAK BERIMAN DENGAN ALLAH TANPA MENYENGUTUKAN YANG LAIN DENGANNYA.” Semua orang ‘Abid yang berkata “YA ALLAH, ENGKAU TUHANKU, DAN AKU HAMBAMU”. Adalah terlibat dalam syirik-i-khofi ini. Berkenaan dengan syirik ini Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata “YA ALLAH AKU BERLINDUNG DENGANMU DARIPADA SYIRIK” Semua tindakan yang baik dan yang jahat adalah syirik, kecuali anda memfanakan diri anda dalam ALLAH, anda tidak lepas dari syirik; “LAAILAAAHAILLALLAH” (TIADA TUHAN SELAIN ALLAH) adalah menafikan syirik dan mendirikan tauhid, seorang Mulhid ialah seorang yang membebaskan dirinya dari syariaat dan tariqat, dan berpuas hati dengan iman yang berdasarkan ilmu, dan dengan perbuatan-perbuatan berkenaan perkara iman dan tauhid. Seorang Mawahid ialah seorang yang mencapai hal dan Wujud Hakiki itu sentiasa dalam pandangannya, dan tidak melupakan syariat kecuali apabila dia dikuasai oleh hal. 7. Kufur dan Islam, masing-masing ada dua jenis :a. Kufur tidak hakiki dan kufur hakiki. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

52 b.

Islam tidak hakiki dan islam hakiki. Kufur tidak hakiki memang telah ternyata – menyembunyikan kebenaran, seperti peladang yang menimbuskan benih dalam tanah. Kufur hakiki ialah ialah ego (keakuan) salik – menutup kebenaran dengan KE-AKU-AN sendiri. Islam tidak hakiki ialah hanya mematuhi hokum-hukum syariat, Islam hakiki ialah mencapai baqo setelah fana.

8. Belakang cermin, aku diletakkan seperti burung nuri. Apa shaja yang dikatakan oleh Tuan yang kekal itu, iaitulah yang aku katakan. Disini badan diibaratkan sebagai cermin dan ego (AKU) dibelakang sebagai pekerja. Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada, maka semua perbuatan, dan gerak-gerinya adalah perbuatan dan gerak-geri Allah. Firman Allah didalam surah AL-Anfal ayat 17

      

yang bermaksud “ BUKAN ENGKAU YANG MELONTAR APABILA ENGKAU MELONTAR, TETAPI ALLAHLAH YANG MELONTAR”. 9. Fikir ada tiga jenis:-Fikir tentang hal ehwal dunia. -Fikir tentang surga dan neraka, -Fikir tentang Zat dan Sifat Allah. Pernah dikatakan bahawa fikir tentang Zat dan Sifat Allah ini dalam satu saat adalah lebih baik dari ibadat dalam kedua-dua alam. Disini anda hendaklah menganggap pelbagai benda (objek) sebagai Zat Allah, dengan mengenepikan pelbagai ini dari dari pandangan; menganggap pelbagai sifat-sifat yang bertentangan bagi benda itu sebagai sifat-sifat Allah, dan perbuatan mereka sebagai perbuatan Allah. Ini digelar Wahdat – “Yang lain” hilang dari pandangan – caranya begini : Pertama anggaplah diri anda sebagai hakikat Zat – Zat aku adalah Zat Allah. Kemudian katakan “SIFAT AKU ADALAH SIFAT ALLAH – DAN PERBUATAN AKU ADALAH PERBUATAN ALLAH “ Ini secara penurunan (Nuzul). Kemudian naik (‘Uruj) - “ PERBUATAN AKU ADALAH PERBUATAN ALLAH, SIFAT AKU Nuzul sekali lagi, dan nuzul ini ialah “DENGAN ALLAH”. Dalam ‘uruj anda dapat fana dan dalam nuzul kedua anda mencapai baqo. Dalam ‘uruj perbuatan, sifat dan zat salik meresap dalam perbuatan, sifat dan Zat Allah. Dalam Nuzul, perbuatan, sifat dan zat Allah terdiri dari salik. Islam pada kulit sahaja ialah hanya mematuhi hokum-hakam syariat. Oleh itu dikatakan : “ Sufi tidak ada agama kecuali agama Haq”. Muslim pada kulit sahaja hanya sibuk dengan menyucikan atau membersihkan yang zahir sahaja. Seorang sufi ialah seorang yang telah membebaskan dirinya daripada segala yang tersebut. 10. Menyatakan kemiskinan kepada Allah adalah satu sungutan, Seorang hamba tidak bersungut kepada tuannya. Mereka makan apa yang ada sambil Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

53

menyedari bahawa Yang Maha Pemberi itu adalah Allah. Memerhati yang wujud itu lebih baik dari tawakal. Oleh kerana seorang fakir itu adalah tuan bagi dunia ini. Maka tidak ada yang menyekatkannya dari menggunakan hartanya sendiri iaitu harta dunia ini. Dalam suluk anda hendaklah jangan memandang kepada selain dari Allah. Nabi pernah meminta setandan kurma dari rumah hasyim, seorang daripada Ansar. Malik Kafur pernah menghantar hadiah kepada seorang fakir dan fakir itu enggan menerimanya dan berkata “Aku tidak mahu menerima daripada selain dari Allah” Malik kafur kemudian member jawapan :-

     

“APA SAHAJA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI BERTASBIH KEPADA ALLAH “ (surat Al hadid ayat:1 ) dimana ada ruang untuk Kafur? Yang memberi dan yang menerima adalah ALLAH. Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhati yang Allah ada dimana sahaja adalah perjuangan. 11. Mematikan diri menurut syariat ialah membuang dosa dan kehendakkehendak nafsu. Dalam fana, mereka menghapuskan kehendakkehendaknafsu. Dalam baqo, mereka menghitung semua sifatnya. Dalam Syariat, mati ini bererti menjauhkan dari dosa. Dalam tarikat, bererti menghapuskan kelakuan-kelakuan yang keji dan memakai akhlak-akhlak yang terpuji. “TAKHLUK BI AKHLAK KHULLAH – Yang bererti PAKAILAH SIFATSIFAT ALLAH“ Dalam hakikat, ialah menghapuskan Ke- AKU-an diri sendiri, dan ini lebih sukar lagi dari kedua-dua terdahuu itu. Bukan senang mencapainya kerana ianya ialah keadaan dzauk. Dua yang mula itu boleh dicapai dengan latihan yang bersungguh-sunguh. Yang ketiga itu adalah kurniaan Allah dan bimbingan dari Guru yang sempurna. Untuk mencapainya dengan latihan dan mujahadah saahaja sangatlah sukar. Firman Allah didalam Surah Al-Jumaat ayat 4

     

yang bermaksud “INILAH PEMBERIAN ALLAH YANG DIKURNIANYA KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKINYA”. Ada pula yang mentafsirkan bahawa “Mati Diri” itu sebagai hidup itu sendiri. Tidak perlu untuk mati. Mati itu telah ada di sini (berkenaan zat manusia yang mana adalah ‘Adum (tiada), Abdullah Bilyali pernah berkata bahawa si Arif tidak akan mencapai ilmu Allah kecuali dia menganggap zat, sifat dan afa’al nya sebagai Zat, Sifat dan Afa’al Allah. Allah kekal dalam kekekalannya sendiri. Dan tidak ada “yang lain” LAISA PIL WUJUDU ILLALLAH – TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH. “INNI ANALLAH, LAAAILA HAILLA ANA – AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

54

Siapakah yang boleh berkata “AKU” selain Allah sendiri. “MAN’AROFA NAFSAHU FAKHOD ‘AROFA ROBBAHU – SIAPA YANG KENAL DIRINYA, KENALLAH KEPADA TUHANNYA”. Kenal zat anda sebagai Zat Allah, wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal Anda sebagai kenal Allah. Tidaklah apa bezanya jika anda katakana “AKU ALLAH” atau “DIA ALLAH”. Berbilang-bilang atau banyak itu adalah pada sifat dan kesannya. Wujud tidak lebih dari satu, tetapi ia mempunyai balikan atau bayangan pada zahir dan batin dalam keESAANnya . Banyak adalah pada sifat dan afa’al. Berrkenaan dengan Zat dia berkata “AKU”. Apabila ia keluar dari Ghaib- ia berkata “KAMU” Apabila ia kembali kepada Ghaib, ia mengenangkan dirinya sebagai “DIA”. Apabila ia memandang pada haikatnya secara perkumpulan, Ia menggelar dirinya sebagai “KAMI” sebagai yang dikatakan di dalam Al-Quran didalam surat QAAF ayat 16

       

yang bermaksud “KAMI LEBIH HAMPIR PADANYA DARIPADA URAT LEHERNYA SENDIRI”. “AKU” ialah Tajalli Zat dan lain-lain gantinama tajalliyat nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan. Allah sahaja yang boleh berkata “AKU” kerana yang lain tidak ada pada hakikatnya “INNI ANALLAH, LAAILA HAILLA ANA , yang bererti “SESUNGGUHYA AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”. Kenallah “AKU” anda dan anggap diri anda wujud dengan diri anda sendiri dan jangan mengambil nama ghoirullah. “MAN’AROFA NAFSAHU FAKHOD ‘AROFA ROBBAHU – SIAPA YANG KENAL DIRINYA, KENALLAH KEPADA TUHANNYA”.Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan wujud Allah, anda jadi musyrik (orang yang menyengutukan Allah ). Jika ada wujud lain selain wujud Allah, pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang keluar dari batin kepada zahir. Bukannya ghoir (yang lain) Firman Allah didalam surah yusof ayat 106

       

yang bermaksud “BANYAK ORANG YANG TELAH BERIMAN DENGAN ALLAH TETAPI MASIH JUGA MUSRIK”. Tidak ada Ghayr. Allah tidak beranak, Alam ini bukanlah Ghoirrullah. Allah terzahir dengan bentuk keupayaan dan sifat-sifatnya, Penzahirannya. Digelar atau dipanggil Alam. Alam atau dunia ini adalah penzahirannya. Alam atau Dunia ini adalah pakaian Dia. Oleh itu, Tauhid ialah didapati dengan menfanakan diri. “MEMATIKAN DIRI” dan menimbulkan diri hakiki itu. 12. Wali-wali Allah tidak mengajak manusia mengikut iman mereka, tetapi Rasul-rasul Allah diperintahkan untuk menyampaikan risalah-risalah mereka kepada manusia. Oleh itu wilayat adalah ujung yang akhir. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

55

Kenabian bergantung kepada wikyata. Ibarat pergantungan ini ialah sdepeti Raja dengana bedaharinya. Perbedahartaan ini kepunyaan raja tetapi dia bergantung kepeda bendaharinya untuk emngambuil harta-harta dari perbendaharaan itu. Pada zahirnya pergantungan tetapi sebenarnya ial;ah perintahnya. Wilayat ialah bersendurian dengan Allah dan kenabian ialah menegak manusia ke ‘jalan Allah’ “ Ada waktu untuk aku dengan Allah di mana tidak ada terkandung malaiakat yang paling hampir atau nabi yang diutus (kepada manusia)” [Hadis] Inilah peringkat wilayat yang di dalamanya larut atau meresap tajalli hampirnya kenabian. 13 Kenabian (Kerasulan) adalah sifat sementara kerana nabi-nabi yang menjadi rasul itu menjadi rasul dalam masa yang sebentar dalam hidupnya. Wilayat (kewalian) ialah satu sifat zat dan kekal abadi. Apabila habis tempoh kerasulan nabi tiu, dia tinggal tetap menajdi Wali. Apabila wilayat dan kenabian bersatu dalam satu pribadi, maka kewalian memegang kedudukan yang lebih tinggi. 14. Mukla-mula Nabi-nabi mengajar Tauhid, kemudian mengajar Suluk dengan cara syariat. Firman Allah dalam al quran:

     

“Katakanlah, inilah jalanku, aku ajak kamu menuju Allah dengan pandangan batin” (Surah yusuf:108) Nabi mula-mula mengajak manusia kepada Tauhid; ertinya ” Barangsiapa berkata ‘tidak ada Tuhan selain Allah’ akan memasuki syurga” (Hadis) Kuffar berkata, :”Apakah ganjilnya perkara ini”, “Apakah yang membuatnya mengadakan tuhan-tuhan itu sebagai satu tuhan sahaja” Kemudian nabi mengajak mereka kepada Ubudiyyat (Pengabadian atau penyembahan) dan menukar rupa penyembahan meraka kepada ziir (Sembahayang). Oleh kerana ajakan itu ialah kepada Tauhid, maka semua nabi-nabi adalah sama ajakannya. Semua agama mempunyai dasar yang sama. Nabi-nabi mengajar mula-mula tentang Tauhid kepada sahabat-sahabat dan syariat kepada orang awam meningkat kepada hakikat melalui syariat dan sahabat-sahabat itu turun kepada syariat dari hakikat dan mencampurkan kedua-dua berasama. Perbezaan antara mereka ialah kerana hukum –hukum syariat. Gulsyan –i- Raz berkata: “Utamakan syariat sekarang. Hakikat tidak ada tanpa melalui syariat” Majzub salik turun dari hakikat kepada syariat. Dan salik majzub naik dari syariat kepada hakikat. Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

| ANA AL HAQ

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF