Kifayatul Muhtaj Fil Isra

March 14, 2019 | Author: Faizal Ahmad | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Kifayatul Muhtaj Fil Isra...

Description

KIFAYATUL MUHTAJ FIL ISRA’ WAL MI’RAJ ( Kisah Isra’ & Mi’raj )

Ku mulai kitab ini dengan nama Allah yang amat murah lagi amat mengasihani akan hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat ( ) Segala puji bagi Allah yang memberi atas hambanya dengan beberapa nikmat Allah yang tiada berhingga ( ) Dan rahmat Allah dan salamnya atas mereka yang dijalankan pada malam dengan dia daripada masjid Al-Haram kepada mesj id Al-Aqsho ( ) Dan atas segala se gala keluarganya dan segala sahabatnya yang mempunyai beberapa kelebihan yang tiada dapat di hingga ( ) Adapun kemudian daripada itu maka inilah suatu ta’liq yang sedikit pada menyatakan tiap-tiap tiap -tiap daripada Isra’ wal Mi’raj ( ) Dan kunamai akan dia Kifayatul Muhtaj Fil Isra’ Wal Mi’raj ( ) Telah menjadikan dia Allah Ta’ala semata-mata semata-mata bagi Zat-Nya Zat-Nya yang Maha Mulia ( ) lagi memberi manfa’at bagi yang menuntut akan dia pada hari kembali kapada Allah Ta’ala. Firman Allah Ta’ala

                      

1. Maha suci Allah yang menjalankan dengan hambaNya Muhammad S.A.W pada malam daripada Masjid Masjid AlHaram (di Makkah) kepada Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkatkan kelilingnya, supaya kami perlihatkan dia beberapa tanda ajaib Qudrat Kami. Bahawasanya iaitu amat Mendengar, amat Melihat.

Kelebihan Membaca Tasbih, Takbir dan Tahlil (Faedah) Tersebut Tersebut di dalam Syarah Mi’raj Ghythi bagi Sye ikh ikh Qalyubi tersebut di dalam hadis sabda Nabi saw ( ) Barangsiapa membaca Subhaanallah seribu kali pada tiap-tiap hari maka sungguhnya telah menebuskan dirinya daripada daripada Allah, ya’ni dimerdekakan dia daripada api neraka; Lagi sabda Nabi saw ( ) Barangsiapa membaca Subhaanallah wabihamdih seratus kali pada tiap-tiap hari diampunkan dosanya dan jikalau ada ia seumpama buih di laut sekalipun; Dan lagi sabda Nabi saw ( ) Barangsiapa mengucap Tasbih akan Allah Ta’ala seratus kali pada pagi-pagi pagi-pagi dan seratus kali pada petang-petang adalah seperti mereka yang mengerjakan seratus kali haji dan barangsiapa yang mengucap Alhamdulillah seperti demikian itu adalah ia seperti mereka yang perang sabilillah seratus perang dan barangsiapa mengucap Tahlil seperti demikian itu adalah seperti mereka yang memerdekakan seratus sahaya dan barangsiapa

mengucap Takbir seperti demikian itu tiada didatangkan seorang pada hari kiamat dengan seumpama barang yang didatangkan dengan dia melainkan mereka yang mengucap seumpamanya atau lebih atasnya; dan lagi sabda Nabi saw ( ) Barangsiapa mengucap Laailaahaillallah tujuh puluh ribu kali, maka sungguhnya telah menebuskan dirinya daripada Allah. Maka nyatalah daripada beberapa hadis ini bahawa sayugianya dikerjakan segala perkara yang tersebut itu, kerana adalah hikayat daripada seorang muda daripada ahlil kasyaf mati ibunya maka ia kerjakan panggilan bagi kematiannya dan dihimpunkan beberapa manusia yang banyak dan adalah pada mereka itu seorang Syeikh ahli sufi, maka tatatkala berhimpun mereka itu maka hasillah bagi orang muda itu berubah warnanya dan berteriak dan menyesal, maka ditanya oleh orang yang hasil daripada demikian itu, maka katanya aku lihat ibuku sanya telah dibawa ke neraka dan ia disiksa di dalam neraka dan adalah Syeikh Sufi itu mendengar ia akan perkataannya itu dan adalah baginya zikir yang sudah disediakan bagi dirinya tujuh puluh ribu, maka berkata ia pada dirinya hai Tuhanku bahawasanya telah aku sediakan zikir tujuh puluh ribu bagi diriku dan aku saksi akan Dikau bahawasanya aku berikan zikir itu bagi ibu orang muda ini, maka tiada selesai cita hati Syeikh itu dengan demikian hingga berdirilah orang muda itu tertawa-tawa, maka ditanya orang baginya akan dia, maka berkata ia telah aku lihat ibuku itu dikeluarkan daripada api neraka dibawa ke syurga, maka berkata Syeikh itu maka hasillah bagiku dari pada dua faedah: satu soheh kasyafnya orang muda itu, keduanya soheh hadis.

Dalil Mi’raj Nabi ke Sidratul Muntaha Dan lagi firman Allah Ta’ala ( ) Demi bintang ketika apabila mengeram lagi hilang, t iada sesat taulan kamu itu daripada jalan yang sebenarnya dan tiada jahil dan tertipu daya dan tiada berkata ia dengan barang yang didatangkan kamu itu daripada nafsunya tiada ia melainkan wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya. Telah mengajarkan dia oleh Malaikat yang sangat kuat yakni mahir ilmunya atau hafaznya yang mempunyai keras dan kuat iaitu Jibril as, maka tetap ia dan iaitu pada tepi langit yang tinggi iaitu tempat terbit matahari padahal atas rupanya yang asli yang d ijadikan Allah Ta’ala akan dia iaitu enam ratus sayapnya satu sayapnya itu kira-kira memenuhi antara masyriq dan maghrib, maka melihat Nabi saw dan adalah Nabi itu di bukit Jabal Nur, maka lalu pengsan Nabi saw maka lalu rebah maka turun Jibril kepada Nabi padahal ia kembalikan rupanya seperti rupa manusia kemudian maka firmannya ( ) Kemudian maka hampir ia Jibril itu kepada Nabi maka bertambah hampirnya maka adalah kiranya hampir busuran dan panah atau terlebih hampir lagi, maka mewahyu Allah Ta’ala kepada hambanya Jibril barang yang diwahyukan ia kepada Muhammad saw ( ) Tiada ia mendustakan oleh hati Muhammad itu barang yang dilihatnya dengan matanya akan rupa Jibril yang asal. Maka adakah kamu bantahi hai musyrikin atas barang yang dilihatnya itu ( ) Dan sungguhnya telah melihat Nabi pula akan Jibril atas rupanya yang asli itu pada kali yang lain tatatkala pada Sidratul Sidra tul Muntaha ketika Mi’raj pada Kayu Bidara yang Muntaha pada kanan Arasy padanyalah syurga yang bernama Jannatul Jann atul Ma’wa ( ) Tatatkala berbalat-balat oleh sidrah itu barang rupa yang berbalat-balat daripada rupa burung dan lainnya barang yang menghairankan dia akal tiada berpaling oleh matanya dan tiada melalui pula ia daripada memandangkan barang yang tiada diizinkan dia ( ) Sesungguhnya telah melihat ia daripada beberapa tanda Tuhannya yang amat besar daripada beberapa ajaib Malakut seperti rupa dua rof-rof  yang hijau keduanya yang memenuhi langit dan Jibril enam ratus sayapnya.

Ijma’ Ulama Isra’ Mi’raj adalah dengan Jasad dan Roh (Faedah) : Telah ijma’ segala ulama’ baha bah awasanya Isra’ dan Mi’raj itu adalah keduanya itu dengan dia

Ruh dan Jasad dan adalah keduanya itu pada malam yang satu daripada Mekah dahulu daripada hijrah dengan setahun, kata setengah kemudian daripada mati Abu Thalib dan Siti Khadijah pada malam Isnin pada tujuh likur hari Bulan Rajab dan tiada jatuh seseorang daripada Anbiya’ An biya’ yang dahulu-dahulu dahulu-dahulu kata Muallif Afallaahuanhu.

Dada Nabi dibedah oleh Malaikat Antara Nabi saw pada Baitullah di dalam hijir berguling di atas lambungnya yang kanan antara dua kaki bapa muda dan anak bapa muda dan iaitu Hamzah dan Jaafar anak Abu Tholib tiba-tiba datang akan dia Jibril dan Mikail dan satu Malaikat, maka menanggung mereka itu akan dia hingga didatangkan kepada zam-zam maka menelentangkan mereka itu akan Nabi saw atas belakangnya, maka adalah yang memerintahkan segala perkara itu Jibril, maka membelahkan dadanya dari pada lebih(dada) hingga ke bawah perutnya kemudian maka berkata Jibrail bagi Mikail bawa olehmu dengan satu batil daripada air zam-zam supaya aku sucikan hatinya dan supaya luas dadanya kemudian maka dikeluarkan jantungnya dan dibelahnya kemudian dibasuhnya akan dia tiga kali dengan tiga batil daripada air zam-zam dan dikeluarkan barang yang di dalamnya daripada daripada darah yang hitam maka berkata ia : “Inilah bahagian Syaitan” dan berulang-ulang berulang-ulang Mikail kepada Jibrail dengan tiga batil air zam-zam kemudian maka didatangkan Jibrail dengan sesuatu batil yang lain pula daripada emas penuh di dalamnya hikmah dan iman, maka menuangkan Jibril ke dalam dada Nabi saw maka penuhlah dengan Hikmah dan Ilmu dan Yaqin dan Islam kemudian maka ditutupnya dan jahitnya dengan ketiadaan pedih dan sakit, kemudian maka dimeterikan antara dua belikatnya dengan Khotimun-Nubuwwah.

Nabi di Isra’kan ke Baitul Maqdis dengan menaiki Buraq Kemudian maka didatangkan dengan Buraq daripada Syurga yang berpelana lagi berkekang maka iaitu suatu binatang yang putih lagi besar daripada himar dan kecil daripada baghal empat kakinya yang amat pantas perjalanannya, maka adalah antara satu langkah pada satu langkah kira-kira seperlihatan mata, lagi bergerak-gerak dua telinganya apabila naik kepada bukit maka panjang dua kakinya yang di belakang dan apabila turun bukit maka panjang dua kaki hadapannya lagi ada baginya dua sayapnya pada asal dua pahanya menterbangkan dengan keduanya itu akan kakinya, maka tatatkala hendak menunggang Nabi saw akan dia maka meliyarkan dan mempayahkan tunggangnya maka menghantar Jibril akan tangannya pada lehernya serta ber kata Jibril akan dia : Tiadakah engkau malu hai B uraq, Demi Allah tiada seorang menunggang akan dikau yang terlebih mulia pada Allah Taala daripadanya, maka tatatkala mendengar buraq itu akan perkataan Jibril, maka penuh tubuhnya dengan peluh dan tetap ia serta merendahkan dirinya hingga naik Rasulullah saw akan dia, Kata Abu Sa’id bin Almusib

Rahimahullah iaitu Buraq yang ditunggang oleh Nabi Ibrahim as tatatkala datang ke Baitullah Al-Haram ziarah anaknya Ismail dan Siti Hajar Maka berjalan ia padahal Jibril pada pihak kanan serta memegang belakangnya dan Israfil pada pihak kirinya serta memegang kekangnya maka sentiasa berjalan hingga sampai kepada satu dusun yang banyak nakhl nakh l ya’ni pohon kurma maka berkata Jibril “turun Ya Ya Muhammad di sini, maka sembahyang dua rakaat” rakaat ” maka turun ia dan sembahyang dua rakaat kemudian maka menunggang ia akan Buraq maka berkata Jibril baginya, “adakah tuan hamba tahu tempat sembahyang itu?” itu?” maka sabdanya “tiada” tiada” maka katanya” katanya” itulah Thaibah yakni Madinatul Munawwarah dan keduanya tuan hamba berpindah dan sentiasa berjalan Buraq itu serta melangkahkan satu kaki kepada satu kaki sekira-kira sepenglihatan mata maka berkata Jibril turun Ya Muhammad sembahyang dua rakaat maka turun ia maka sembahyang Nabi dua rakaat seperti yang disuruhnya kemudian maka menunggang ia maka katanya adakah tuan hamba tahu apa tempat ini maka sabdanya tiada katanya itulah Madyan pada pohon kayu yang didengar Nabi Musa Kalamullah dan Khitabnya maka sentiasa berjalan ia kemudian berkata Jibril turun Ya Muhammad maka sembahyang dua rakaat maka memperbuat Nabi saw seperti yang disuruhnya kemudian maka menunggang ia maka berkata Jibril baginya adakah tuan hamba ketahui apa tempat sembahyang itu maka sabdanya tiada maka katanya itulah tuan hamba sembahyang pada Baitul Laham tempat diperanakkan Nabi Allah Isa as dan antara adalah Nabi saw berjalan tiba-tiba melihat akan Iftrit daripada jin menuntut akan dia dengan cambung api dan jadilah Nabi saw tiap-tiap berpaling melihat akan dia maka berkata Jibril adakah hamba ajar akan tuan hamba beberapa kalimah apabila membaca akan dia nescaya padam cambungnya dan rebah ia atas mukanya maka bersabda ia bahkan maka berkata Jibril ucap olehmu : (A’uudzu biwajhil kariim wabi kalimaatit taammaatil latii laa yujaa wizuhunna birru walaa faajir min syarrimaa yunazzilu minas samaai wamaa ya’ruju fiihaa wamin syarri maa zaroa fil ardli wamaa yakhruju minhaa wamin syarri fitanul laili wannahaari wamin syarri thawaariqil laili wannahaari illaa thooriqai yathriqu bikhoiri yaa Rohmaan) Maka mengucap Nabi saw maka tersungkur ia dan padam cambungnya kemudian senantiasa berjalan ia hingga berdapat atas beberapa kaum yang berhuma pada tiap-tiap hari dan mengetam pula pada tiaptiap hari, tiap diketamnya kembali ia seperti barang yang dahulunya maka sabdanya apa ini Ya Jibril ? maka katanya inilah beberapa kaum yang berperang sabilillah digandakan Allah Taala bagi mereka itu kebajikannya yang satu kepada tujuh ratus ganda dan lebih yang amat banyak seperti firman Allah (Surah As-Saba’:39 As-Saba’:39 ) Dan barang yang kamu nafkahkannya daripada sesuatu maka iaitu digantinya dan iaitu sebaik-baik yang memberi rezeki.

Kisah Masyitah dan Ahli Keluarganya Dan sentiasa berjalan ia hingga berdapat dengan bau yang harum, maka sabda Nabi saw Ya Jibril apa bau yang harum ini ? maka katanya inilah bau Masyithah yakni perempuan yang menyisir akan anak Firaun dan bau anaknya dan suaminya antara adalah ia tiap-tiap menyisir akan dia apabila jatuh sisir pada tangannya maka berkata ia Bismillaahi Ta’sa Firaun (Dengan Nama Allah Binasa Firaun) maka berkata anak Firaun adakah bagi kamu Tuhan yang lain daripada bapaku maka berkata Masyithah bahkan tetapi Ia Tuhan engkau dan Tuhan bapa engkau maka berkata anak Firaun itu adakah redha engkau bahawa aku khabarkan bapaku ? maka katanya bahkan maka pergilah ia mengkhabarkan bapanya Firaun maka diserunya akan dia maka tatatkala datang ia maka kata Firaun baginya adakah bagimu Tuhan yang lain daripada aku ? maka kata Masyithah itu bahkan tetapi Tuhanku dan Tuhan

kamu itu Allah swt maka tatakala mendengar Firaun akan dia sangat marah ia maka adalah bagi Masyithah itu suaminya dan dua anaknya satu besar dan satu kecil, lagi menyusu maka diseru pula akan suaminya dan menyuruh ia akan keduanya kembali kepada agamanya dan mengulangi ia akan keduanya, maka enggan keduanya itu daripada mengikut, kemudian berkata Firaun bahawasanya aku hendak bunuh akan kedua kamu jikalau tiada kedua kamu kembali kepada agama kamu, maka berkata Masyithah kebajikan kamu bagi kami jika engkau bunuh akan kami bahawa engkau jadikan kami pada kubur yang satu, maka engkau tanam akan kami sekalian padanya, maka berkata Firaun bagimu yang kamu tuntut itu sebab ada kebajikan kamu bagi kami, maka menyuruh Firaun mendatangkan dengan satu kawah tembaga, maka dipanaskan di atas api padahal penuh air didalamnya, kemudian menyuruh menjatuhkan Masyithah dan suaminya dan anaknya ke dalam kawah itu, maka dijatuhkan mula-mulanya akan suaminya dan anaknya yang besar, maka tatkala hendak dijatuhkan pula anaknya yang kecil lagi menyusu maka mengambil Masyithah syafaqah kasih sayang akan anaknya ke rana kecil bahawa mencita ia atas kembali kepada barang yang dituntut Firaun ibadat yang lain daripada Allah Taala bahawa jangan ia jatuhkan anaknya yang kecil ke dalam kawah, maka menutur akan dia Allah swt akan anak yang kecil itu dengan katanya,

“hai ibuku jatuhkan dirimu ke dalam kawah dan jangan tertangguh daripada

menjatuh maka bahawasanya engkau atas agama yang sebenarnya” sebenarnya” maka menjatuh ia akan dirinya kemudian daripada jatuhkan anaknya yang kecil itu.

Anak-anak yang berkata Ketika Kecil (Faedah): Bermula segala anak yang berkata-berkata didalam bumi itu sepuluh orang seperti yang tersebut didalam Nazhom yang dinazhomkan oleh Jalal Assuyuthi Rahimahullah Taala dengan kata syairnya : ( ) Berkata didalam bumi itu Nabi Muhammad dan Nabi Yahya dan Nabi Isa dan Nabi Ibrahim Al-Khalil dan Siti Maryam dan yang melepaskan bagi Juraij kemudian maka yang menaik saksi bagi Yusuf  dan kanak-kanak pada Ukhdud yakni anak yang menyuruh akan ibunya menjatuhkan dirinya didalam lubang didalamnya api yang sangat nyala yang diriwayat pada kitab Muslim dan Masyithah pada zaman Firaun anaknya dan pada zaman Nabi yang Hadi Muhammad saw namanya Mubarak yang menyempurnakan sepuluh orang (Maka kisah) Nabi saw itu tatatkala keluar dari perut ibunya bersin ia maka mengucap ia Alhamdulillah maka menyahut segala Malaikat dengan katanya Yarhamukallah (Dan) pada satu riwayat awal perkataan Nabi tatatkala keluarnya itu ( Allaahuakbar kabirau walhamdulillaahi katsiirau wasubhaanallaahi bukratau waashiila ) (Dan kisah) Nabi Yahya bahawa ia menaik saksi bagi Nabi Isa padahal umurnya setahun dan sebulan dengan katanya (Asyhaduannaka Abdullah Warasuuluhu) (dan kisah) Nabi Isa seperti yang tersebut didalam Qur’an tat atkala keluar daripada perut ibunya kemudian daripada saat jua dengan katanya: ( Inni Abdullah Ataanil At aanil Kitaabi Waj’alnii Nabiiya ) hingga akhir ayat (dan kisah) Nabi Ibrahim tatkala keluar ia dari pada perut ibunya bangun berdiri ia atas dua kakinya berkata ia: (Laailaahaillallah Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu L illaahil Ladzii Hadaana) maka sampai suaranya pada segala bumi dan mendengar segala binatang (dan kisah) Siti Maryam itu seperti yang tersebut dalam Qur’an dengan katanya menjawab bagi pertanyaan Nabi Zakaria dengan katanya: dari mana buah kayu yang bukan musimnya ? maka jawab Siti Maryam padahal umurnya tengah dua tahun katanya ( ) (dan kisah) yang melepaskan Juraij tatkala dituduh orang akan berzina dan anak ini ia empunya anak, maka bertanya Juraij itu akan kanak-kanak itu maka sahut ia aku anak sianu gembala kambing. (Dan kisah) Syahid Yusuf itu seperti yang tersebut didalam Qur’a n dengan

firmannya ( ) hingga akhir ayat (dan kisah) Thiflu ukhdud itu adalah seorang raja yang zalim ia menyalanyalakan api didalam lubang yang besar memasukkan segala manusia yang tiada mengikut agamanya kafir itu ke dalam api itu, maka ada satu perempuan ada baginya anak yang kecil umurnya tujuh bulan padahal benci ia akan dijatuhkan kedalam api itu, maka berkata anak itu: Hai ibuku jangan engkau terkejut maka bahawasanya engkau atas jalan yang betul (dan kisah) anak Masyithah itu telah terdahulu sebutnya (dan kisah) Mubarak itu yaitu bahwasanya satu perempuan datang kepada Nabi saw dengan satu anaknya yang kecil maka mengambil Nabi ia akan anaknya didudukkan pada ribanya maka bersabda Nabi saw dengan sabdanya: Hai ghulam siapa aku ini maka sembah ghulam itu dengan katanya engkaulah Rasulullah yang sebenarnya maka dapat kemenangan bagi mereka yang mengikut akan dikau dan binasa bagi mereka yang menyalahi akan dikau, maka dinamakan dia anak itu Mubarak Yamamah Wallaahu a’lam bissadaad

Perkara-perkara yang digambarkan kepada Nabi Ketika Isra’ 1.

Perbuatan orang yang meninggalkan Solat

Maka sentiasa berjalan Nabi dan Jibrail hingga datang atas beberapa kaum yang memecahkan kepala mereka itu tiap-tiap dipecahnya maka kembali pula seperti dahulu kalanya dan tiada lumpuh mereka itu dari padanya sekali-kali, maka sabdanya: siapa ini ya Jibrail ? maka mereka itulah yang memberatkan kepala mereka itu daripada sembahyang.

2.

Keadaan orang yang tidak mengeluarkan Zakat

kemudian maka datang pula diatas beberapa kaum pada hadapan mereka itu satu perca dan pada belakang mereka itu satu perca menutup akan dua bimamanya dihalaukan mereka itu seperti dihalaukan binatang kepada memakan mereka itu akan zakum yaitu bara api jahannam dan batunya. Maka sabdanya siapa ini ya Jibrail ? maka katanya itulah mereka yang tiada memberi zakat harta mereka itu seperti firman Allah Taala ( ) Dan tiada zalim Kami akan mereka itu dan tetapi adalah mereka itu menzalim akan dirinya.

3.

Perbuatan Lelaki dan Perempuan Muhsan yang berzina

kemudian maka datang pula atas beberapa kaum yang adalah pada hadapan mereka itu daging yang masak lagi baik di dalam periuk dan lagi ada pula daging yang mentah lagi busuk maka memakan mereka itu akan daging yang mentah lagi busuk itu dan ditinggalkan daging yang masak yang baik (Maka) sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah laki-laki daripada umat tuan hamba ada perempuannya yang halal yang baik maka ditinggalkan bermalam padanya dan mendatang ia akan perempuan yang zaniah maka bermalam padanya dan mendatang ia sertanya hingga subuh dan perempuan daripada umat tuan hamba keluar dari pada suaminya maka datang kepada laki-laki yang zani maka bermalam sertanya hingga subuh.

4.

Perbuatan orang yang merampas di jalanan

(kemudian) maka lalu pula atas suatu kayu yang mempunyai beberapa durinya dan cawangnya tiada lalu yakni tiada bersentuh kain dan sesuatu melainkan dicariknya, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah umpama beberapa kaum daripada umat tuan hamba duduk ia pada jalan mengintaingintai orang lalu dirampasnya, kemudian maka membaca Jibril akan firman Allah Taala ( ) Dan jangan kamu duduk dengan tiap-tiap jalan kamu menakuti akan orang.

5.

Keadaan laki-laki Pemakan Riba

kemudian maka melihat akan seorang laki-laki yang berenang di dalam sungai daripada darah dilontarkan di dalam mulutnya dengan beberapa batu, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah laki-laki yang memakan riba .

6.

Keadaan Laki-Laki yang tidak mampu menanggung amanah

kemudian maka datang pula atas laki-laki sungguhnya telah menghimpunkan beberapa bekas kayu yang tiada kuasa membawa dia, tiap-tiap tiada kuasa ditambahi lagi, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah laki-laki daripada umat tuan hamba ada padanya beberapa amanah manusia tiada kuasa ia menunaikan dia dan ditambahi lagi.

7.

Keadaan Orang mengajar sesuatu yang tidak benar

kemudian maka datang pula atas beberapa kaum yang menggunting akan lidahnya dan bibirnya dengan penggunting besi, tiap-tiap diguntingnya kembali pula seperti dahulunya tiada lemah mereka itu sekalikali, maka sabdanya siapa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah Kh utaba’ Alfitnah, yakni orang yang mengajarkan manusia dengan tiada sebenarnya daripada umat tuan hamba dan tiada ia kerjakan bagi dirinya.

8.

Keadaan Pengumpat dan menjatuhkan Maruah orang lain

kemudian maka datang pula akan beberapa kaum adalah kuku merek a itu daripada tembaga, menggarumenggaru mereka itu akan mukanya dan dadanya hingga keluar daging dan darah, tiap-tiap digarunya kembali pula sepertinya, maka sabdanya siapa mereka itu ya Jibrail ? maka katanya inilah mereka yang memakan daging manusia dengan mengumpat-mengumpat dan menjatuh pada kemaluan manusia.

9.

Keadaan orang yang bercakap sesuatu yang dimurkai Allah

kemudian maka datang pula atas satu lubang yang sempit mulutnya, maka tiba-tiba keluar daripadanya lembu jantan yang besar, maka jadilah ia berkehendak kembali masuk kepada lubang itu tiada dapat lagi, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah seumpama seorang laki-laki daripada umat tuan hamba berkata-kata dengan satu kalimah yang amat besar daripada yang dimurkai Allah Taala, kemudian maka menyesal ia maka tiada kuasa mengkembalikan lagi.

10.

Seruan Yahudi

Maka antara adalah berjalan tiba-tiba diseru oleh yang menyeru pada pihak kanannya dengan katanya ( ) yakni hai Muhammad nanti akan daku aku berkehendak bertanya akan dikau, tiada menjawab Nabi saw kemudian maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah seru Yahudi, adapun jika tuan hamba jawab akan dia nescaya banyak umat tuan hamba jadi Yahudi.

11.

Seruan Nasrani

Dan antara berjalan pula tiba-tiba diseru oleh yang menyeru dari pihak kiri dengan katanya : ( ) Yakni hai Muhammad nanti akan daku aku berkehendak bertanya akan dikau, maka tiada menjawab akan panggilan itu, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah seru Nashara, adapun jikalau tuan hamba jawab akan dia nescaya banyak umat tuan hamba jadi Nasrani.

12.

Perempuan yang diumpamakan dengan Dunia

Dan antara berjalan Nabi saw tiba-tiba dengan satu perempuan hal keadaannya membuka dua lengannya dan adalah atasnya daripada tiap-tiap perhiasan yang dijadikan Allah Taala, maka menyeru ia dengan katanya ( ) yakni hai Muhammad nanti akan daku aku berkehendak bertanya akan dikau, maka tiada berpaling Nabi saw kepadanya, maka sabdanya apa perempuan ini ya Jibrail ? maka katanya inilah dunia, adapun jikalau tuan hamba jawab akan dia niscaya memilih oleh umat tuan hamba akan dunia atas akhirat.

13.

Panggilan Iblis

Dan antara berjalan Nabi saw tiba-tiba berdapat akan satu orang tua duduk jauh daripada jalan m enyeru dengan katanya ( ) artinya hadir olehmu hai Muhammad, maka berkata Jibrail berjalan hai Muhammad, maka sabdanya siapa orang tua ini ? maka katanya inilah Aduwallah Iblis berkehendak ia bahawa mencenderungkan kepadanya.

14.

Perempuan tua yang diibaratkan dengan Umur Dunia

Kemudian maka berjalan ia tiba-tiba berdapat satu perempuan yan tua ditepi jalan, maka berkata ia ( ) yakni hai Muhammad nanti olehmu akan daku aku hendak bertanya akan dikau , maka sabdanya apa perempuan ini ya Jibrai ? maka katanya inilah umur dunia tiada tinggal lagi melainkan selama umur perempuan yang tua ini jua.

Nabi Tiba di Baitul Maqdis dan bertemu dengan Para Nabi, Malaikat dan Bidadari Kemudian maka berjalan ia hingga sampai kepada Madinah Baitul Maqdis (maka) masuk Nabi saw pada pintu kanan hingga sampai kepada Masjid (maka) turun ia daripada Buraq maka mengambil Jibrail akan buraq menuntun akan dia hingga sampai kepada Shokhroh satu batu yang terhampar, maka dicucukkan dia dengan tangannya, maka tabak batu itu dan ditambatnya akan Buraq, maka masuk Nabi saw dan  jibrail ke dalam Masjid daripada pintu yang cenderung matahari dan dan bulan, kemudian maka sembahyang

ia dan Jibrail dua rakaat Tahiyyatul Masjid (maka) tatatkala selesai keduanya tiada ada berhenti melainkan sedikit hingga dilihatnya akan manusia yang amat banyak penuh Masjid, maka mengenal Nabi saw akan segala Nabi dan lainnya antara y ang berdiri dan rukuk dan sujudnya kemudian maka bang Jibril maka qomat pula ia, maka berdiri sekalian mereka itu menanti akan siapa yang akan jadi imamnya, maka mengambil Jibril dengan tangannya Nabi saw, maka didahulukan dia pada mihrab maka sembahyang ia dengan segala manusia itu dua rakaat. (kata Kaab Al-Ahbar) maka tatatkala bang Jibril, maka turun beberapa Malaikat daripada langit langi t dan berhimpun pula sekalian Anbiya’ dan Mursalin kerana sembahyang mereka itu di belakang Nabi saw (maka) tatatkala berpaling yakni selesai daripada memberi salam, maka kata Jibril baginya adakah tuan hamba tahu siapa yang sembahyang di belakang tuan hamba ini ? maka sabdanya tiada, maka katanya iaitulah arwah segala Nabi dan Mursalin yang diwahyukan Allah Taala, kemudian maka memuji mereka itu akan Tuhan mereka itu dengan beberapa puji yang elok, maka bersabda Nabi saw tiap-tiap kamu memuji akan Tuhannya maka bahawasanya aku memuji pula atas Tuhanku dengan katanya ( ) Segala puji bagi Allah Tuhan yang menyuruh akan daku hal keadaanNya memberi rahmat bagi sekalian alam lagi lengkap bagi segala manusia menyukakan, menakutkan ( ) Dan menurunkan atasku Qur’an padanya itu menyatakan bagi tiap-tiap tiap-tiap sesuatu ( ) Dan menjadikan umatku itu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi segala manusia ( ) Dan menjadikan umatku itu umat yang dipilih dan menjadikan umatku itu mereka itu umat yang permulaan taqdirnya dan mereka itu yang kesudahan pada wujudnya ( ) Dan meluaskan bagiku dadaku dan membuangkan daripadaku dosaku dan diangkatkan bagiku sebutanku dan menjadikan daku permulan dan kesudahan, (maka) tatatkala selesai Nabi saw daripada memuji, maka bersabda Nabi Ibrahim dengan inilah kelebihan kamu Ya Muhammad (Maka hasillah) Nabi dahaga akan sangat dahaga, maka mendatangkan Jibril dengan tiga bejana satu daripada laban dan satu daripada khamar dan daripada a’ a ’sal (madu) (dan satu) riwayat air tawar, maka memilih Nabi saw akan laban, maka dibenar oleh Jibril maka berkata ia telah telah tuan hamba pilih akan asal kejadian dan jika tuan hamba minum akan khamar ini nescaya banyak sesat umat tuan hamba dan tiada yang mengikut melainkan sedikit jua, Maka melihat Rasulullah saw akan Bidadari, maka memohon segala mereka itu kepada Allah Taala akan ziarah Nabi saw, maka diizinkan dia, maka turun mereka itu daripada syurga bersama-sama dengan Malaikat dan sembahyang mereka itu di belakang Nabi saw, maka duduk ia pada sisi sokhroh Baitul Maqdis, maka memberi salam Nabi saw akan mereka itu, maka menjawab akan salam dan bertanya pula Nabi akan mereka itu siapa ini ? maka sahutnya adalah kami yang baik lagi amat elok beberapa isteri kaum yang suci mereka itu daripada dosa lagi tetap mereka itu tiada musafir dan tiada pergi perg i datang lagi kekal tiada fana’.

Asal Kejadian Bidadari (Faedah) warid daripada hadis adalah Bidadari dijadikan Allah Taala dari pada za’faron dan pada satu riwayat dari pada tasbih Malaikat atau daripada titik air sayap Jibril tatkala keluar ia daripada sungai syurga.

Nabi di Mi’rajkan ke Sidratul Muntaha Kemudian didatangkan dengan Mi’raj, iaitu iaitu tangga yang sangat eloknya tiada melihat segala makhluk yang terlebih elok daripadanya adalah baginya beberapa anak tangga satu daripada emas dan satu dari pada perak iaitu dikeluarkan dari pada syurga yang bernama Firdaus, ditatahkan dengan beberapa

permata yang indah-indah dan pada kanannya beberapa Malaikat dan pada kirinya demikian pula dan tiap-tiap satu tangga kepada satu tangga itu lima ratus tahun seperti antara langit dan bumi dan satu langit kepada satu langit yang diatas lima ratus tahun juga (maka) tangga yang pertama daripada Sokhroh diangkat kepada langit yang pertama, maka datang tangga yang kedua pula pada langit yang kedua diangkatkan dia hingga langit yang ketiga.

Sokhrah ingin mengikut Nabi Mi’raj ke Sidratul Sidr atul Muntaha Demikianlah dan tebal tiap-tiap langit itu lima ratus tahun, demikian pula maka mendirikan tangga itu Jibril, maka naiklah ia serta Jibril atas tangga yang pertama, maka terangkat naik, maka mengikut pula Sokhroh, maka berkata Jibril berhenti olehmu, maka berhenti ia demikianlah tergantung antara langit dan bumi dengan tiada bertali hingga hari kiamat, maka adalah demikian itu beberapa lama hingga lalu di bawahnya perempuan yang hamil maka melihat ia akan batu itu, maka terkejut lalu gugur anaknya dalam perut, maka dibina di bawahnya supaya jangan terkejut orang yang lalu di bawahnya. Maka adalah antara langit dunia ini satu laut yang makfuf yakni yang tertegah daripada titik airnya ke bawah, maka adalah besarnya jikalau dinisbahkan dengan segala laut dunia ini seumpama setitiknya jua.

Nabi Naik ke Langit Dunia Maka naiklah keduanya itu hingga sampai kepada langit dunia pada pintu yang dinamakan Baabul hafazhoh dan yang menunggu dia malaikat namanya Ismail tiada ia naik ke atas dan tiada ia turun ke bawah sekali-kali hari wafat Nabi saw jua dan adalah sertanya tujuh puluh ribu malaikat di bawah khadamnya, (kata ulama’ Al-hikmah) Al-hikmah) bahawasanya adalah langit dunia itu dijadikan dari pada mauj yang makfuf yakni dari pada ombak yang tertegah adalah ia terlebih putih daripada laban dan nyata hijau itu daripada hijau Bukit Qaf  kerana ia dijadikan daripada zamrud yang hijau, (dan langit) yang kedua daripada batu yang putih (dan langit) yang ketiga dijadikan daripada besi (dan langit) yang keempat daripada tembaga (dan langit) yang kelima dijadikan daripada perak (dan langit) yang keenam dijadikan daripada emas (dan langit) yang ketujuh dijadikan daripada yaqut yang putih (dan ‘Arasy) dijadikan daripada daripada yaqut yang hijau. (Kata) Ka’ab Al-ahbar Al-ahbar telah menjadikan menjadikan Allah Taala akan ‘Arasy daripada dari pada  jauhar yang hijau baginya seribu-ribu ser ibu-ribu dan enam ratus ribu kepala dan tiap-tiap satu kepala seribu-ribu dan enam ratus ribu mukanya dan tiap-tiap satu mukanya itu seribu-ribu dan enam ratus ribu lidah dan tiap-tiap satu lidah seribu-ribu dan enam ratus ribu lughah dan satu lughah itu mengucap tasbih akan Allah Taala dengan berlain-lainan bangsanya, maka menuntut buka Jibril, maka berkata yang menunggu pintu langit dunia itu siapa ini, maka sahut ia aku Jibril dan katanya pula siapa serta kamu ? katanya Muhammad, katanya telah dibangkitkan padanya, maka sahut Jibril telah dibangkit kepadanya, maka dibukanya, maka katanya ( ) Telah engkau dapat keluasan dan engkaulah ahlinya telah memanjang Allah daripada saudara dan daripada Khalifah Allah maka sebaik-baik saudara dan sebaik-baik Khalifah dan sebaik-baik yang datang itu datangnya. Maka masuk keduanya, maka lalu daripadanya tiba-tiba padanya itu Nabi Adam A.S seperti kelakuan yang dijadikan Allah Taala dilentangkan atasnya segala arwah zuriatnya, apabila melihat ia akan zuriatnya yang mukminin maka berkata ia inilah ruh yang baik dan nafsu yang baik dijadikan akan dia pada Illiyyin, (dan) apabila melihat atas ruh zuriatnya yang kafirin maka katanya inilah ruh yang jahat dan nafsu yang jahat dijadikan akan dia pada Sijjiin, (dan melihat) pula akan dia pada kanannya beberapa manusia dan lagi ada padanya satu pintu yang keluar

daripadanya bau yang harum dan pada pihak kirinya beberapa m anusia dan ada padanya satu pintu pula yang keluar daripadanya bau yang busuk (maka) apabila melihat pihak kanan tertawa ia dan suka ia dan apabila melihat pihak kirinya dukacitanya dan menangis ia, (maka) memberi salam Nabi saw, maka menjawab salam (kemudian) berkata ia ( ) telah dapat keluasan dengan anak yang soleh dan Nabi yang soleh (maka) sabda Nabi saw ya Jibril apa laki-laki ini dan apa manusia yang banyak-banyak dan apa pintu ini, maka kata Jibril inilah bapa tuan hamba Adam dan yang di kanan dan yang di kirinya itu daripada beberapa manusia zuriatnya, yang pihak kanan itu ahli syurga dan yang pihak kirinya itu ahli neraka, maka apabila melihat pihak kanannya tertawa-tawa dan apabila melihat pihak kirinya menangis dan pintu yang pihak kanan itu pintu syurga dan bau yang keluar daripadanya itu bau syurga dan pintu yang pihak kiri itu pintu neraka dan baunya itu bau neraka, (maka apabila) melihat zuriatnya yang masuk syurga tertawa-tawa ia dan apabila melihat akan zuriatnya yang masuk neraka menangis ia.

Kelakuan Mereka yang makan riba, harta anak yatim dan berzina Kemudian maka berjalan pula ia maka didapatnya akan mereka yang memakan akan riba dan memakan harta anak yatim dan dapat pula akan mereka yang berzina atas kelakuan yang terlebih jahat dan keji, kemudian melihat akan orang yang berzina itu bergantung dengan susu me reka itu.

Nabi Naik ke Langit Kedua Kemudian maka naik Nabi saw serta Jibril kepada langit yang kedua maka telah terdahulu bahawasa adalah ia daripada batu yang putih, (maka) menuntut buka Jibril, maka berkata yang m enunggu pintu itu siapa ini ? maka kata Jibril, katanya dan siapa serta kamu ? katanya Muhammad, katanya telah dibangkitkan kepadanya, katanya bahkan, maka dibukakannya maka berkata ia seperti kata yang menunggu langit dunia, demikianlah pada tiap-tiap langit hingga ketujuhnya (dan) masuk keduanya maka tiba-tiba ada padanya dua anak saudara ibunya iaitu Isa dan Yahya anak Zakariya hal keadaannya menyerupa salah seorang bagi taulannya pada pakaiannya dan rambutnya dan ada serta keduanya beberapa kaum keduanya dan tiba-tiba ada Isa bulat tubuhnya lagi sederhana dan warna tubuhnya antara merah dan putih dan terhulur rambutnya seolah-olah ia keluar dari pada tempat mandi dengan air panas, (maka) memberi salam Nabi saw akan keduanya maka menjawab keduanya akan salam dan berkata keduanya ( ) Telah dapat tempat keluasan dengan saudara yang soleh dan Nabi yang soleh dan mendoa keduanya dengan kebajikan.

Nabi Naik Ke Langit Ketiga Kemudian maka naik pula keduanya kepada langit yang ketiga telah terdahulu bahawa ada ia daripada besi maka menuntut buka Jibril, maka dikatakan baginya seperti dahulu jua, demikian lagi pada tiap-tiap langit hingga ketujuhnya, maka dibukakan maka masuk ia tiba-tiba didapat padanya Nabi Yusuf as dan sertanya beberapa daripada kaumnya, maka memberi salam Nabi saw maka menjawab ia akan salam, maka berkata ia ( ) Telah berdapat tempat keluasan dengan saudara yang soleh dan Nabi yang soleh dan mendoa ia dengan kebajikan, maka tiba-tiba adalah ia terlebih elok barang yang dijadikan Allah Taala telah dilebihi daripada segala manusia dengan keelokan seperti bulan atas segala bintang, maka sabdanya ya Jibril siapa ini ? maka katanya inilah saudara tuan hamba Yusuf .

Nabi Naik Ke Langit Keempat Kemudian maka naik pula Nabi saw serta Jibril kepada langit yang keempat telah terdahulu ia daripada tembaga, (maka) menuntut buka Jibril maka dikatanya seperti dahulu jua, maka dibukanya, maka masuk keduanya, maka tiba-tiba didapatnya Nabi Idris sungguhnya telah ditentukan Allah dengan bahawasanya diangkatkan dia akan tempat yang tinggi maka memberi salam Nabi saw atasnya maka menjawab ia akan salam maka kata ia ( ) Telah dapat tempat keluasan dengan anak yang soleh dan Nabi yang soleh dan mendoakan ia dengan kebajikan.

Nabi bertemu dengan Nabi Idris dan Isa secara Jasad dan Roh (Faedah) adalah Nabi Idris itu hidup berjumpa dengan Nabi dengan ruh dan jasad tiada ia mati pada tiup sangkakala kemudian kerana ia sudah mati dahulu dikembali hidup pula maka adalah ia tiada dibinasakan seperti jur dan waladan dan arasy dan kursi dan luh dan qalam dan jannah dan neraka dan ruh, maka adalah segala perkara itu istisna’ istisna’ daripada daripada firman Allah Taala ( ) dan ( ). Dan demikian lagi nabi Isa itupun berjumpa dengan ruh dan jasad belum ia mati lagi akan turun pada akhir zaman ke dunia kemudian mati dikuburkan di Madinah serta nabi saw dan yang lain daripada keduanya itu berjumpa dengan arwah hanya wallahu a’lam. a’lam.

Nabi Naik Ke Langit Kelima Kemudian maka naik pula keduanya kepada langit yang kelima telah terdahulu ia daripada perak maka menuntut buka Jibril maka dikatakan baginya seperti dahulu jua maka dibukakan bagi keduanya maka masuk keduanya maka tiba-tiba ada di dalamya Nabi Harun dan adalah setengah janggutnya putih dan setengahnya hitam dan bahwasanya hampir sampai kepada pusatnya daripada panjangnya dan kelilingnya beberapa kaum daripada Bani Israil dan ia menceritakan beberapa khabar-khabar yang dahulu akan segala umatnya (maka) tatatkala memberi salam Nabi saw atasnya maka menjawab ia akan salam maka sabdanya siapa ini ya Jibril ? maka katanya inilah Harun yang dikasihani oleh segala kaumnya.

Nabi Naik Ke Langit Keenam Kemudian maka naik pula keduanya kepada langit yang keenam dan telah terdahulu ia daripada emas maka menuntut buka Jibril maka dikatakan seperti dahulu jua maka dibukanya maka melihat Nabi saw di dalamnya beberapa Anbiya’ Anbiya’ pada pihak kanan jalan dan kirinya maka jadilah berjalan Nabi saw dengan satu Nabi kepada satu Nabi dan seorang sendirinya dan satu yang lain beberapa kaum sertanya demikianlah didapatnya beberapa banyak kemudian maka lalu pula ia dengan beberapa manusia yang amat banyak maka sabda Nabi saw siapa ini ya Jibril ? maka katanya inilah Musa dan sertanya segala kaumnya dan tetapi angkat kepala tuan hamba maka mengangkat Nabi saw akan kepalanya maka tibatiba didapatnya akan hitam yang amat banyak dan sungguhnya telah memenuhi tepi langit daripada pihak ini dan pihak ini maka kata baginya inilah umat tuan hamba dan lain daripada ini tujuh puluh ribu masuk mereka itu ke dalam syurga dengan tiada hisap dan lagi aku pinta tambah maka ditambahi pula

tiap-tiap satu daripadanya tujuh puluh ribu yang lain pula maka tatkala lalu Nabi saw daripadanya maka tiba-tiba didapatnya dengan Nabi Musa iaitu seorang laki-laki yang merah kulitnya lagi tinggi lagi banyak bulunya lagi berdiri bulunya sekira-kira jikalau dipakai dua baju nescaya terasa keluarnya maka tatatkala hampir Nabi saw memberi salam Nabi atasnya maka menjawab ia akan salam kemudian maka berkata ia ( ) telah dapat tempat keluasan dengan saudara yang soleh dan Nabi yang Soleh mendoa ia baginya dengan kebajikan kemudian berkata ia telah menyangka oleh manusia iaitu Bani Israil bahawasanya aku terlebih mulia atas Allah Taala daripada ini yakni daripada Muhammad saw tetapi ia terlebih mulia atas Allah Taala daripada aku maka lalu Nabi saw akan dia maka menangis Nabi Musa maka dikata orang baginya apa yang menangiskan tuan hamba maka sabdanya menangis akan daku barang yang meluputkan akan daku daripada pahala sebab luput umatku daripada beriman akan daku dan tiada yang beriman melainkan sedikit jua dan adalah anak ini dibangkitkan kemudian dariku masuk umatnya kedalam syurga terlebih banyak daripada umatku dan menyangka oleh Bani Israil bahawasanya aku terlebih mulia kepada Allah Taala daripada segala anak Adam dan ini satu laki-laki daripada anak Adam kemudian daripadaku ia di dalam dunia dan aku pada akhirat dan ikutannya terlebih banyak daripada yang mengikut akan daku maka jikalau adalah ia kemuliaanku pada dirinya tiada yang mengikut akan dia tiada aku hiraukan dan tetapi yang mengikut akan dia daripada umatnya terlebih banyak daripada umatku.

Nabi Naik Ke Langit Ketujuh Kemudian maka naik keduanya kepada langit yang ketujuh iaitu telah terdahulu dari pada yaqut yang merah maka menuntut buka Jibril maka katanya seperti dahulu jua maka tatatkala dibukanya maka masuk keduanya maka tiba-tiba dengan Nabi Ibrahim as hal keadaannya bersandar ia belakangnya kepada Baitul Makmur dan sertanya beberapa orang daripada kaumnya maka memberi salam Nabi atasnya maka menjawab ia akan salamnya (dan) berkata ia baginya ( ) telah berdapat tempat keluasan dengan anak yang soleh dan Nabi yang soleh dan mendo’a ia baginya dengan kebajikan k emudian berkata hai anakku bahawasanya engkau berjumpa dengan Tuhan engkau pada malam ini dan bahawasanya umat engkau terlebih dipilihi lagi akhir umat dan terlebih doif umat maka jika kuasa engkau bahawa engkau minta hajat pada Tuhanmu pada umat kamu maka perbuat

Nabi Ibrahim Berpesan supaya Umat Nabi Muhammad bertanam di Syurga Kemudian maka bersabda pula ia Ya Muhammad suruh umatmu membanyakkan bertanam di dalam syurga maka bahawasanya tanahnya sangat baik lagi sangat luas maka sabda Nabi saw dan apa tanaman syurga itu (maka) sabdanya iaitu (Laa haula walaa quwwata illaa billaah) dan pada satu riwayat yang lain khabarkan olehmu Ya Muhammad akan mereka itu bahawasanya syurga itu sangat baik tanahnya dan sangat tawar airnya dan tanamannya itu dengan lima kalimah, ditanamkan tiap-tiap satu kalimah bagi orang yang mengucap akan satu pohon kayu di dalam syurga dan iaitu (Subhaanallah Walhamdulillah Walaailaahaillallaah Wallaahuakbar Walaahaulawalaaquwwataillaabillaah) dan lagi adalah padanya beberapa kaum duduk sertanya adalah muka mereka itu seumpama kertas dan lagi ada pula beberapa kaum yang lain muka mereka itu warnanya itu putih tetapi berubah sedikit maka berdiri segala mereka itu yang warna berubah itu masuk ia pada satu sungai maka mandi mereka itu di dalamnya kemudian maka keluar ia dan keluar ia daripada warnanya suatu yakni bersih ia sedikit kemudian maka masuk pula

ia pada sungai yang lain maka mandi ia di dalamnya dan keluar ia daripadanya maka bertambah bersih pula daripada dahulu kemudian maka masuk pula ia pada sungai yang ketiga maka mandi di dalamnya maka jadilah mereka itu seumpama taulannya maka datang mereka itu duduk pada taulannya maka sabda Nabi saw siapa itu ya Jibril yang putih muka mereka itu dan siapa yang ada pada warna muka mereka itu sesuatu dan apa sungai ini maka katanya adapun segala mereka yang putih muka mereka itu maka iaitulah kaum yang tiada memakaikan yakni tiada menyempurnakan iman mereka itu dengan zalim yakni dengan maksiat (dan) adapun segala mereka yang ada pada muka mereka itu sesuatu itu maka mereka itu yang menyempurnakan amalnya yang soleh dan yang lainnya kejahatan maka taubat ia maka diterima oleh Allah Taala akan taubatnya (dan) adapun sungai ini maka yang pertamanya Afwallah (dan) kedua Nikmatallah (dan) ketiganya ( Wasaqoohum Rabbuhum Syarooban Thohuuran ) kemudian dikatanya akan baginya inilah tempat tuan hamba dan tempat umat tuan hamba maka tiba-tiba terbahagi dua bahagi dan pada satu riwayat maka tiba-tiba terbahagi dengan umatku dua bahagi satunya atas mereka itu kain yang putih dan satu bahagi kain mereka itu kelabu.

Nabi Masuk ke Baitul Makmur Kemudian maka masuk Nabi saw akan Baitul Makmur maka masuk sertanya mereka yang atas mereka itu kain yang putih dan didindingkan akan yang lain iaitu yang atasnya kain kelabu dan mereka itu atas

kebajikan yakni Agama Islam maka sembahyang Nabi saw dan sembahyang sertanya segala mukminin maka tiba-tiba masuk ke dalam Baitul Makmur itu tiap-tiap hari tujuh puluh ribu Malaikat dan tiada ia keluar lagi hingga hari kiamat dan bahawasanya adalah Baitul Makmur itu pada langit yang ketujuh di bawah syurga syurga dan berbetulan dengan Ka’batullah jikalau jikala u dijatuhkan daripadanya batu nescaya jatuh di atas Ka’batullah. Ka’batullah.

Nabi Naik ke Sidratul Muntaha Kemudian maka keluar ia dan keluar sertanya segala mereka itu yang mukmin itu kemudian dibawa pula bagi Nabi saw bejana yang tiga itu dan memilih ia akan laban maka membenarkan dia Jibril dengan katanya telah tuan hamba pilih akan asal kejadian bagi tuan hamba dan umat tuan hamba kemudian maka diangkatkan keduanya kepada Sidratul Muntaha dan kepadanya kesudahan barang yang naik

daripada pihak bumi maka diterima daripadanya dan kepadanya kesudahan barang yang turun daripada pihak atas maka diambil daripadanya.

Nabi Melihat Beberapa Sungai dan Rupa Pohon Bidara Maka tiba-tiba aku lihat pohon kayu baginya batang maka keluar daripada asal pohonnya itu empat sungai, suatu sungai daripadanya air yang tiada berubah (dan) yang keduanya daripada laban yang tiada berubah rasanya (dan ketiga) daripada arak yang lazat bagi orang yang meminum (dan keempat) sungai daripada air madu yang suci daripada labalan (maka adalah) naungan sekira-kira diperlari kuda pada bayang-bayangnya itu tujuh puluh tahun tiada memutuskan dia dan adalah buahnya seperti qorbah air dan daunnya adalah seperti telinga gajah pada rupanya hampirlah satu daunnya itu bahawa menutup akan segala umat ini dan pada satu riwayat satu daunnya menutup-nutup akan segala makhluk dan tiaptiap daun dua Malaikat yang mengucap tasbih akan Allah Taala (maka) berbalat-balat ia warnanya yang bersalah-salahan api ia maka tatkala berbalat-balat daripada pekerjaan Allah Taala yang turun barang

yang berbalat-balat dan berubah-rubah dan berpaling-paling maka jadi yaqut dan zabarud dan lain daripada keduanya maka tiada kuasa seseorang bahawa merupakan dan menghinggakan sifatnya daripada eloknya dan adalah pada cawangnya beberapa belalang daripada emas dan tiba-tiba adalah pada asalnya empat sungai pula dua sungai tersembunyi dan dua sungai yang nyata (maka) sabda Nabi apa sungai ini ya Jibril maka katanya adapun dua sungai yang tersembunyi itu maka iaitu dua sungai di dalam syurga satu Salsabil dan satu Zanjabil (maka) dua sungai yang zahir itu yaitu Nil dan Firat (dan) melihat pula Nabi saw akan Jibril pada Sidratul Muntaha akan rupanya yang asli dan adalah baginya enam ratus sayapnya dan satu-satu sayapnya memenuhi akan alam ini (dan) bertaburan daripada sayapnya barang yang menghairankan daripada dar dan uaqut (kemudian) maka masuk pula Nabi saw dan Jibril ke dalam syurga maka melihat di dalamnya barang yang tiada pernah dilihat oleh mata dan tiada didengar oleh telinga dan tiada terlintas oleh hati m anusia.

Nabi Melihat Keindahan Syurga Maka adalah syurga itu delapan (pertama) lagi yang terlebih afdol lagi terlebih tinggi Jannatul Firdaus yaitu tempat ketetapan segala anbiya’ anbiya’ dan segala syuhada’ dan solihin (kedua) Jannatul Adn (ketiga)

Jannatul Huldi (keempat) Jannatul Naim (kelima) Jannatul Salam (keenam) Jannatul Ma’wa (ketujuh) Jannatul Jalal (kedelapan) Jannatul Maqom wal Qoror maka adalah Jannatul Firdaus itu daripada emas dan Jannatu Adn itu daripada Qishobul Jannah dan Jannatul Huldi itu daripada Marjan dan Jannatul Naim itu daripada perak dan Jannatul Ma’wa itu daripada Zabarzuj yang hijau dan jannatul Salam itu daripada Yaqut yang merah dan Jannatul Jalal itu daripada lu’lu’ yang putih dan Jannatul Maqom wal Qoror itu daripada Kasturi yang harum, maka tiba-tiba adalah di dalamnya beberapa qubah lu’lu’ yang berongga maka tiba-tiba aku lihat bersurat pada pintu syurga itu Sodaqoh dengan sepuluh gandanya dan hutang itu dengan delapan gandanya maka sabdanya betapa kelakuan ini ya Jibril memberi hutang terlebih afdol daripada memberi shodaqah maka katanya kerana yang meminta itu terkadang meminta ia padahal ada ia mempunyai dan yang berhutang itu tiada ada ia berhutang melainkan kerana hajatnya maka tiba-tiba adalah sungainya daripada laban yang tiada berubah rasanya dan sungai daripada arak yang lazat bagi yang meminum dan sungai daripada madu yang jernih dan tiba-tiba adalah buah delima seumpama nimba dan demikian lagi segala buah-buah kayunya maka keluar daripada buah kayu itu segala pakaian isi syurga dan tiba-tiba pula burungnya seumpama unta maka sembah Saidina Abu Bakar Siddiq ya Rasulallah bahawasanya demikian burung itu baik rasanya maka sabdanya dimakan akan dia itu terlebih lazat rasanya dan bahawasanya aku harap bahawa engkau memakan daripadanya kemudian maka melihat pula Nabi saw akan Sungai Al- Kausar maka adalah di dalamnya tujuh puluh ribu farsakh mengalir ia di atas batu yaqut zabarjud dan pada tepinya lu’lu’ yang besar lagi berongga dan adalah mengalir ia kepada haudh nabi saw dengan di saluran dan adalah bejananya yakni giwangnya seperti bintang di langit daripada emas dan perak dan tanahnya daripada kasturi yang amat harum kemudian maka keluar nabi saw daripada syurga.

Nabi Melihat Neraka Maka melihat pula akan neraka maka tiba-tiba ada di dalamnya Ghodhoballah atas seterunya dan naqomahnya jikalau dijatuhkan padanya batu dan besi nescaya dimakannya dan tiba-tiba ada padanya beberapa kaum yang memakan bangkai maka sabdanya siapa ini ya Jibril maka katanya inilah mereka

yang memakan daging manusia dengan mengumpat-ngumpat dan melihat pula akan Malik yang menunggu neraka iaitu seorang malaikat yang sangat masam mukanya diketahui akan marahnya pada mukanya maka memberi salam ia akan nabi saw maka menjawab nabi akan salamnya (maka) adalah neraka itu tujuh pangkat yang pertama Jahanam dan keduanya Ladho dan ketiga Huthomah dan keempat Sa’ir dan kelima Saqor dan keenam Jahim dan ketujuh Hawiyah (dan) tiap-tiap pintu satu daripadanya di dalam yang lainnya dan dalam satu-satunya itu dari atas ke bawahnya tujuh ratus lima puluh tahun dan kayunya dan baranya anak adam dan batu yang disembahnya na’uzubillaahi minha (maka adalah) melihat nabi saw itu muhtamal akan rupanya atau dijadikan Allah ketika itu kerana adalah warid daripada cerita hadis neraka itu di bawah tujuh petala bumi kemudian diangkatkan nabi saw ke atas Sidratil Muntaha.

Nabi diangkat Ke Atas Sidratul Muntaha Hingga ke Mustawa Maka menutup akan dia oleh awan maka terkemudian Jibril daripadanya serta berhenti ia dan memasukkan Jibril akan nabi ke dalam nur maka berkata ia baginya (Anta warobbuka) artinya engkau dan Tuhan engkau dan pada satu riwayat bersabda nabi akan Jibril disinikah meninggalkan taulan akan taulannya maka berkata Jibril inilah tempatku jikalau lalu aku nescaya terbakar aku dengan nur maka lalu nabi saw akan tujuh puluh ribu hijab daripada nur hingga sampai kepada Mustawa tempat mendengar shoriful Qolam yakni qolam menyurat pada louh mahfuz maka melihat nabi saw di sana akan seorang laki-laki yang ghoib ia di dalam nur arasy maka sabda nabi saw siapa ini? iakah malaikat maka katanya tiada dan iakah nabi maka katanya tiada maka sungguhnya ia seorang laki-laki adalah ia pada dunia lidahnya itu basah daripada menyebutkan zikrullah dan hatinya dengan masjid dan tiada memaki akan dua ibu bapanya sekali-kali (dan) pada satu riwayat bahawasanya tatatkala sampai pada tempat itu maka hasillah bagi nabi saw liar hati maka mendengar ia akan suara seperti suara Abu Bakar As-Siddiq berkata ia berhenti ya Muhammad maka bahawasanya Tuhan lagi sembahyang maka hairan nabi daripada mendahului saidina Abu Bakar kepada demikian maqom ini dan daripada sembahyang Tuhanku maka aku bertanya tatatkala munajat akan demikian itu maka firmannya tatatkala adalah Abu Bakar itu taulan kamu dan jinak dengan dia aku jadikan suatu malaikat yang menyerupa ia dengan rupa suara Abu Bakar supaya hilang kamu daripada liar hati (dan) adapun sembahyangku itu yaitu kataku (Innallooha wamalaa ikatihi yusolluuna alannabii yaa ayyuhalladziina aamanuu sholluu alaihi wasallimuu tasliimaa).

Nabi Muhammad Melihat Zat Allah S.W.T Kemudian maka diangkatkan nabi saw kepada Hadratulqudsi maka melihat ia akan Tuhannya Subhanahuwataala dengan barang yang patutnya dengan dia dan dengan tiada berkaifiat dengan mata kepala quat yang dijadikan Allah Taala pada keduanya maka tiada jatuh bagi seorang segala nabi dan mursalin melihat dengan mata kepala sebelum mati itu yang lain daripada nabi saw maka iapun lalu sujud kepada hadratnya dan sembah (maka) firmannya subhaanahuwataala Ya muhammad maka sembahnya (labbaik) maka firmannya angkatkan kepalamu dan pohonkan barang yang engkau kehendak aku berikan maka angkat nabi saw kepalanya maka bersembah dengan katanya ( ) bahawasanya hai Tuhanku telah engkau jadi akan Ibrahim kholiilan dan engkau beri akan dia kerajaan yang amat besar ( ) dan engkau berkata-kata akan Musa akan beberapa perkataan ( ) dan engkau berikan Daud kerajaan

yang amat besar dan engkau lembutkan baginya besi dan engkau mudahkan baginya segala bukit ( ) dan engkau beri hai Tuhanku akan Sulaiman kerajaan yang amat besar dan engkau mudahkan baginya jin dan manusia dan syaitan yang berkerja baginya barang yang dikehendakinya dan engkau mudahkan angin dan engkau beri akan dia kerajaan yang tiada patut bagi seorang yang kemudiannya ( ) dan engkau ajarkan hai Tuhanku akan Isa Taurat dan Injil dan engkau jadikan akan dia menghilangkan buta dan sopak dan mehidupkan yang mati dengan izin engkau dan engkau pelihara akan dia dan ibunya daripada syaitoonurrajiim maka tiada bagi syaitan atas keduanya jalan maka firman Allah Taala ( ) maka sungguhnya telah aku jadikan akan dikau kekasih dan kusuruhkan akan dikau bagi segala manusia sekaliannya menyukakan dan menakutkan mereka itu ( ) dan aku luaskan bagi kamu dada kamu dan aku buangkan daripada kamu dosa kamu dan aku angkat bagi kamu sebutan kamu ( ) dan aku jadikan umat kamu itu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi segala manusia dan aku jadikan umat kamu itu yang pertengahan ( ) dan aku jadikan umat kamu itu mereka itu yang permulaan dan kesudahan dan aku  jadikan umat kamu itu tiada melalui bagi mereka itu kejahatan dan sembahyang hingga naik saksi mereka itu bahawasanya engkau hambaku dan pesuruhku ( ) dan aku jadikan daripada umat kamu beberapa kuat hati mereka itu pengajaran di dalam hati mereka itu ( ) dan aku jadikan akan dikau awal nabi kejadian dan akhir nabi bangkitnya ( ) dan aku jadikan dikau awal mereka itu yang dihukumkan pada hari kiamat ( ) dan aku berikan dikau akan tujuh ayat yang diulang-ulangi akan dia di dalam sembahyang iaitu fatihah tiada aku beri akan dia akan satu nabi yang dahulu-dahulu daripada kamu ( ) dan aku berikan dikau kesudahan Suratul Baqoroh daripada perbendaharaan di bawah arasy tiada ku beri akan dia seorang nabi dahulu-dahulu daripada kamu ( ) dan aku berikan dikau delapan kelebihan iaitu (Islam) dan berpindah (dan) sodaqoh dan menyuruh dengan ma’ruf dan menegah daripada daripada munkar (dan) aku jadikan akan dikau permulaan dan kesudahan dan aku berikan dikau panji-panji kepujian maka Adam dan lainnya di bawah panji-panji engkau ( )

Pentaklifan Solat 50 waktu Dan bahawasanya aku pada hari aku jadikan tujuh petala langit dan bumi sungguhnya telah aku fardukan atas kamu dan atas umat kamu lima puluh sembahyang maka dirikan dengan dia kamu dan umat kamu (kemudian) maka tatkala selesailah dari pada munajah akan Tuhannya kembali ia hingga terbukalah awan yang dahulu yang dinamakan dia rofrof hijau dan yang hijab al-nur itu telah mengambil Jibril dengan tangannya nur hingga datang ia kepada Nabi Ibrahim as maka tiada berkata baginya suatu (kemudian) maka datang kepada nabi Musa as maka sabda nabi saw sebaik2 sahabat itu Musa adalah ia menolong kami maka katanya apa diperbuat akan kamu oleh Tuhan kamu Ya Muhammad dan apa yang difardukan kamu dan umat kamu (maka) sabda nabi saw iaitu memfardukan Allah Taala akan daku dan akan umatku lima puluh sembahyang pada tiap-tiap sehari semalam maka berkata Nabi Musa kembali engkau Ya Muhammad kepada Tuhan kamu dan pohonkan ringan daripada kamu dan daripada umat kamu maka bahawasanya umat kamu itu tiada kuasa demikian itu maka bahwasanya aku cubakan manusia yang dahulu-dahulu daripada kamu dan aku cubakan dia Bani Israil terlebih sangat keras sungguhnya pada yang kurang daripada ini maka lemah mereka itu dan tinggal mereka itu akan dia dan bahawasanya umat kamu terlebih doif tubuhnya dan hatinya dan pelihatnya dan pendengarnya (maka) tatatkala mendengar nabi saw demikian itu berpaling ia kepada Jibril maka mengisyarat kepadanya Jibril dengan kembali maka kembali ia hingga sampai kepada sidratul muntaha (maka) menutup pula oleh

awan yang dahulu maka tatkala melalui hingga sampai kepada hadratul qudsi lalu sujud ia serta bersembah ia hai Tuhanku ringankan olehmu daripada umatku maka bahwasanya terlebih doif umat maka firman-Nya subhanahuwataala sungguhnya telah Ku ringankan daripada mereka itu lima sembahyang (kemudian) maka turun nabi saw dan terbuka awan dan kembali pula kepada Musa maka katanya baginya telah dikurangkan daripada aku lima sembahyang (maka) kata nabi Musa kembali olehmu kepada Tuhan kamu maka pohonkan ringan maka bahwasanya umat kamu tiada kuasa demikian itu maka kembali pula nabi saw maka dikurangkan pula lima sembahyang (dan) sentiasa kembali pergi datang oleh nabi saw antara Musa dan Tuhannya dikurangkan lima-lima sembahyang hingga tinggal lima sembahyang pada sehari semalam (maka) firman-Nya telah Ku jadikan lima sembahyang itu pahala lima puluh sembahyang gandanya tiap-tiap satu sepuluh tiada menukar perkataan yang pada Ku dan tiada menghilangkan suratan-Ku lagi (dan barang siapa) mencita2 akan berbuat kebajikan maka tiada dikerjakannya nescaya disuratkan baginya sesuatu kebajikan maka jika ia mengerjakan dia nescaya disuratkan baginya sepuluh kebajikan (dan) barang siapa citanya dengan berbuat kejahatan maka tiada dikerjakannya akan dia maka tiada disuratkan baginya suatu kejahatan dan jika dikerjakannya akan dia disuratkan suatu kejahatan jua (kemudian) maka turun ia hingga sampai kepada Musa mekhabarka ndia dengan dikurangkan lima-lima tinggal lima maka berkata baginya kembali olehmu ya Muhammad kepada Tuhan kamu maka pohonkan ringan maka bahwasanya umat kamu tiada kuasa demikian itu maka sabdanya nabi saw sungguhnya telah aku pergi datang kepada Tuhanku beberapa kali hingga malulah aku akan Tuhanku dan tetapi kusuruhkan pekerjaanku ini baginya (maka) tatkala itu menyeru oleh yang menyeru sungguhnya telah aku lalukan yang Ku fardu dan Ku ringankan daripada hambaku (maka) berkata nabi Musa turun olehmu ya Muhammad Bismillah maka turunlah nabi saw dan Jibril dan tiada lalu dengan beberapa jamaah daripada malaikat melainkan berkata mereka itu baginya ( ) lazimkan olehmu Ya Muhammad dengan berbekam dan suruh olehmu umat kamu dengan berbekam.

Kelebihan Berbekam (faedah) adapun berbekam itu terlebih afdol daripada berpetiq dan sunat berbekam pada syara’ dan pada thabib jikalau ada suatu yang berkehendak kepadanya atau sebab banyak darah atau berat tubuhnya atau lainnya istimewa pula pada negeri yang panas seperti Negeri Hijaz seperti sabda Nabi S.A.W ( ) bermula berbekam pada Hari Selasa pada Dua Belas hari bulan daripada tiap-tiap bulan ubat

setahun riwayat Thabrani (dan) lagi sabda nabi saw ( ) bermula berbekam pada kepala itu ubat daripada tujuh penyakit apabila meniatkan empunyanya (Pertama) daripada gila (dan) Kedua daripada penyakit (dan) Ketiga daripada penyakit budak (dan) Keempat daripada sopak (dan) Kelima daripada penyakit mengantuk (dan) Keenam daripada penyakit gusi (dan) Ketujuh daripada penyakit kelam yang didapat akan dia daripada dua matanya riwayat Thabrani (dan) lagi sabda nabi saw ( ) bermula

berbekam sebelum lagi makan itu terlebih patut dan padanya berkat dan bertambah akal maka berbekam olehmu atas berkat Allah Taala pada Hari Khamis dan JAUHKAN berbekam pada Hari Jum’at dan Sabtu dan Hari Ahad dan berbekam olehmu pada Hari Isnin dan Selasa maka bahawasanya ia hari yang disembuhkan Allah Taala padanya Nabi Ayub daripada bala dan  jauhkan olehmu berbekam pada

Hari Rabu maka bahwasanya ia hari yang dibala padanya Nabi Ayub dan tiada dinyata penyakit budak dan sopak melainkan pada Hari Rabu atau pada Malam Rabu riwayat Ibnu Majah dan Hakim ( ) bermula

berbekam itu makruh pada awal bulan dan tiada harap manfaatnya hingga kurang bulan riwayat Ibnu

Habib maka adalah hadits yang tersebut pilih berbekam ini tersebut di dalam Jami’usshogir bagi Allamah Jalaluddin Suyuti rahmatullaahu Taala alaihi (maka) difaham dari beberapa hadits ini berbekam itu dituntut tetapi Hari Selasa Tujuh Belas haribulan tiap-tiap bulan itu terlebih utama dan  jikalau tiada tiada pada Hari Isnin pada Nisful Akhir Akhir pada tiap-tiap tiap-tiap bulan bulan dan yang witir daripadanya daripadanya itu aula aula apabila tiada sangat hajatnya maka  jika sangat mudorat maka ketika mudorat itu dikerjakan tiada makruh lagi dan berpetiq itu makruh jika tiada takut dan jika takut takut mudoratnya mudoratnya maka maka haram pula. Nabi Turun Dari Sidratul Muntaha Kemudian maka turun nabi saw beserta dengan Jibril kepada langit dunia maka bersabda nabi saw ya Jibril tiada hamba lalu akan isi langit dan memberi salam akan mereka itu melainkan menjawab ia dan memuliakan dan tertawa-tawa melainkan satu orang tiada tertawa-tawa maka katanya Ya Muhammad itulah Malik yang menunggu neraka dan kelakuannya tiada tertawa-tawa ia masa dijadikan Allah Taala dan tiada tertawa-tawa bagi seorang jikalau tertawa-tawa bagi seorang niscaya tertawa-tawa ia bagi tuan hamba maka tatkala adalah ia sampai kepada langit dunia maka menilik ia kebawah maka tiba-tiba melihat ia akan debu dan asap dan suara yang mersik maka sabdanya apa ini Jibril maka katanya inilah syaitan yang menutup atas mata manusia anak adam hingga tiada berfikir mereka itu kepada barang yang dimalakutussama’ wal-ardi wal-ardi dan jikalau tiada demikian itu nescaya melihat mereka itu akan beberapa ajaib (kemudian) maka turun ia kepada Baitul Maqdis maka menunggang akan Buraq dahulu itu dan berjalan menghadap ke Mekah maka lalu pada beberapa unta bagi kaum Quraiy yang datang ia daripada Syam pada tempat bagian-bagian (dan) ada padanya suatu unta atasnya dua karung satu hitam dan satu putih maka tatatkala berbetulan aku dengan dia terkejut ia dan berkeliling maka jatuh unta itu maka patah ia dan ditinggalkan unta itu (kemudian) lalu pula aku dengan beberapa unta yang lain pula sesungguhnya telah sesat bagi mereka itu satu unta (kemudian) didapatnya dan dihimpunkan satu maka memberi salam nabi saw atas mereka itu maka berkata mereka itu ini suara Muhammad dan menginkarkan setengahnya dan berdapat nabi saw akan satu qedah yakni mangkuk kayu yang besar berisi air maka meminum nabi saw (dan) berkekalan nabi saw berjalan hingga hampir Mekah maka sabdanya hai Jibril bahwasanya kaumku tiada membenarkan daku maka kata Jibril membenarkan hamba Abu Bakar maka sampai ke Mekah dan kepada segala sahabatnya dahulu sedikit dari pada waktu subuh maka turun nabi saw dari pada Buraq terangkat Buraq itu ke langit ke dalam syurga dan berkekalan duduk nabi saw pada rumahnya maka tatatkala subuh maka keluar ia daripada rumahnya hal keadaannya berfikir pada pekerjaannya dan memutuskan ia lagi ketahuinya bahawasanya segala manusia itu mendustakan dia karena adalah pekerjaan itu menjarakkan adat maka duduk nabi saw hal keadaannya dukacita maka lalu dengan dia adullah dan adurrasulnya Abu Jahal maka melihat akan dia dukacita maka datang ia hingga duduk kepadanya maka berkata ia bagi nabi saw dengan bersendasenda baginya adakah ada bagimu sesuatu khabar maka menjawab nabi saw bahkan maka katanya apa ia maka sabdanya sungguhnya telah dijalankan daku pada malam ini maka katanya ke mana dijalan kamu ? (maka) sabda nabi saw kepada Baitul maqdis maka katanya dijalan kamu kepada Baitul Maqdis berpagi-pagi kamu antara kami (maka) sabda nabi saw bahkan (maka) tiada melihat Abu Jahal bahawa mendustakan nabi kerana takut ia pada sangkanya akan nabi menginkarkan katanya dahulu itu maka ia menyeru segala kaumnya (maka) berkata Abu Jahal bagi nabi saw adakah engkau lihat jika aku serukan kaum mu kepada kami engkau khabarkan mereka itu barang yang kamu datangkan dengan dia seperti

kamu khabarkan daku (maka) sabdanya bahkan aku khabarkan mereka itu maka menyeru oleh Abu jahal alaihi la’natullah dengan suara yang keras dengan katanya hai segala bani kaab hai bani luai berhimpunlah kamu sekalian kepadaku maka bersegera segala kaum itu daripada kedudukan mereka itu datang kepada nabi saw dan kepada Abu Jahal alaihi la’natullah maka berkata Abu jahal jaha l itu khabarkan olehmu Ya Muhammad kepada segala kaum mu dengan barang yang kamu khabarkan daku (maka) sabda nabi saw bahwasanya aku sungguhnya telah dijalan akandaku pada malam ini maka berkata mereka itu kemana dijalankan dikau maka sabdanya kepada Baitul Maqdis maka berkata pula mereka itu (maka) berpagi-pagi kamu antara kami maka sabdanya bahkan maka tatat kala mendengar mereka itu maka gempa mereka itu dan bersalah-salahan hal mereka itu dan perkataan mereka itu (maka) setengahnya yang bertempak tangannya dan setengah yang mehantarkan tangannya pada kepalanya (maka) tatkala sangat gempa mereka itu maka datang beberapa orang daripada musyrikin kepada Saidina Abu Bakar padahal ia di rumahnya dan berkata mereka itu baginya bahawasanya sahabat engkau mangata ia bahawasanya ia datang daripada Baitul Maqdis pada malam ini maka kata Saidina Abu Bakar adakah ia berkata demikian itu maka sahut mereka itu bahkan maka berkata Saidina Abu Bakar ia yang sebenarnya (maka) datang Saidina Abu Bakar kepada nabi saw maka didapat akan dia sertanya beberapa kaum Quraisy (maka) berkata Muth’am Ibnu Adi alaihi la’natullah katanya Ya Muhammad tiaptiap tiap pekerjaan kamu dahulu daripada hari ini adalah mudah lain daripada kata kamu hari ini bahawasanya aku naik saksi bahawa perkataan kamu ini dusta dan kami berjalan pelari unta mempatutkan dia kepada Baitul Maqdis hal keadaannya pergi sebulan demikian pula (maka) kamu sangka bahwa engkau datang akan dia pergi datang pada satu malam jua demi lata dan uza tiada aku percaya akandi kau maka menjawab Saidina Abu bakar As-siddiq sangat marah (maka) berkata ia hai muth’am muth’am sejahat-jahat perkataan itu barang yang kamu berkata bagi anak saudara kamu sungguhnya telah engkau tuduh kandia dengan dusta demi Allah bahwasanya aku naik saksi akan dia ia sebenarnya (maka) dengan sebab itulah dinamakan dia Abu bakar As-siddiq ra dan namanya Abdullah bin Abi Quhafah dan laqobnya ‘Atiiq (kemudian) (kemu dian) maka berkata mereka itu (Ya Muhammad) sifatkan olehmu akan kami rupa Baitul Maqdis betapa binanya daripada batu atau betapa dan betapa kelakuannya daripada panjangnya dan pendeknya dan betapa hampirnya dengan bukit (maka) adalah hadir di sana beberapa orang yang tahu ia akan sifat Baitul Maqdis maka mensifatkan oleh nabi saw bagi mereka itu dengan katanya (adapun) binanya bagian-bagian dan kalakuannya bagian-bagian dan hampir bukitnya bagian-bagian maka sentiasa nabi mensifatkan bagi mereka itu maka kesamaran atas nabi setengah sifatnya (maka) hasil bagi nabi kesusahan akan sebagai susah yang sangat tiada seumpamanya dahuludahulu maka didatangkan Baitul Maqdis oleh Jibril ke Mekah dihantar akan dia terlebih hampir kepada nabi daripada kempang aqil (kata Qil) bahawasanya telah memukul Saidina Jibril dengan sayapnya maka hilang dinding antara nabi dan Baitul Maqdis hingga melihat nabi saw akan dia (dan) kata Qil dirupakan Allah Taala rupa Baitul Maqdis dihadapan nabi saw maka mensifatkan nabi akan mereka itu tiap-tiap ditanyainya akandia hingga berhenti daripada tanyanya kemudian maka kembali bertanya akan pintunya maka berkata mereka itu Ya Muhammad berapa pintu masjid itu maka jadilah nabi saw melihat dan membilang akan dia satu-satu dan mengkhabarkan bagi mereka itu dengan dia akan segala rupanya hingga habis (maka) adalah Saidina Abu Bakar ra berkata ia baginya tiap-tiap berkata nabi (sodaqta) hingga selesai dan berkata pula ia (anaa asyhaduannaka soodaqo anaa asyhaduannaka rasuulullah) maka sebab itulah dinamakan dia Abu Bakar As-siddiq seperti yang te lah tersebut dahulu (maka) berkata kaum setengah akan setengahnya adapun sifatnya maka demi Allah sesungguhnya telah kena

daripadanya (kemudian) maka berkata mereka itu bagi Saidina Abu Bakar adakah engkau benarkan dia bahawasanya ia pergi ke Baitul Maqdis pada malam ini maka kembali kepada kamu dahulu daripada subuh (maka) berkata Saidina Abu Bakar ra bahkan dan bahawasanya demi Allah aku benarkan dia pada barang yang terlebih jauh daripada itu dan bahawasanya aku benarkan dia dengan segala khabar di dalam tujuh petala langit pada satu pagi dan satu petang (dan) adalah ia bersahabat dengan nabi saw padahal umur nabi delapan belas tahun adalah dahulu daripada ini saidina Abu Bakar itu sekali persetua pergi berniaga kepada syam atau ke yaman maka mimpi ia begini-begini maka dikhabarkan Buhaira Arrahib maka berkata ia jikalau sungguh mimpi engkau ini maka bahawasanya lagi akan dibangkitkan satu nabi dari pada kaum mu dan lagi adalah engkau wazirnya pada hidupnya dan kholifahnya pada ketika matinya maka sembunyi ia akan dia maka tatkala dibangkitkan Rasulullah saw risalah maka duduk rasulullah pada masjid menyeru manusia kepada tauhid (maka) berkata segala musyrikin hai Abu Bakar sahabat kamu telah gila maka berkata ia baginya dan apa kelakuannya (maka) berkata mereka itu ia duduk di masjid masjid menda’wa akan nabi dan menyeru manusia manusia kepada agamanya maka datang saidina Abu Bakar kepada nabi saw maka sembah ia Ya Muhammad telah sampai kepada hamba daripada tuan hamba begini-begini maka sabdanya bahkan maka katanya demi Allah tiada hamba dapat pada tuan hamba dusta tetapi apa tanda yang tuan hamba da’wa itu (maka) sabda nabi saw mimpi kamu dahulu itu maka katanya berikan tangan tuan hamba supaya hamba ambil janji maka mengucap ia maka adalah ia awal-awal islam daripada laki-laki dan Siti Khadijah awal islam daripada perempuan (maka) berkata pula segala musyrikin Ya Muhammad ceritakan kami daripada beberapa unta kami yang membawa dagangan dari syam itu dari mana mereka itu (maka) sabdanya sungguhnya telah datang aku atas beberapa unta bani fulan pada ruhasat dusun kira-kira delapan marhalah dari Mekah sungguhnya telah hilang bagi mereka itu satu unta maka pergi mereka itu menuntut akan dia kemudian didapatnya dan lagi aku dapat satu qedah ada air di dalamnya maka aku minum akan dia kemudian maka sampai aku kepada beberapa unta bani fulan di tempat begini-begini ada padanya satu Jamal yang merah atas dua karung satu putih dan satu hitam maka tatatkala berbetulan aku dengan dia lari ia terkejut dan berkeliling-keliling maka rebah ia lalu patah kakinya kemudian sampai aku kepada beberapa unta bani fulan pada tan’im didahulukan dia satu Jamal yang waraq yang kelabu dan pelapatnya hitam dan diatasnya dua karung yang hitam keduanya maka berkata mereka itu manakala datangnya maka sabdanya pada hari Rabu’ maka tatkala adalah hari Rabu keluar segala quraisy kepada zohir Mekah dan menantilah mereka itu akan datangnya maka terkemudian datangnya hingga hampir jatuh matahari maka nabi pun minta’ do’a kepada Allah Taala maka dilebihkan dile bihkan baginya dengan saat dan dihabiskan baginya matahari hingga datang dan tatatkala datang berhadaplah segala quraisy bertanya akan mereka itu yang datang itu dengan katanya adalah hilang bagimu satu unta kemudian kamu dapat akan dia maka sahut mereka itu bahkan dan bertanya pula akan yang lainnya adakah bagimu patah kaki unta yang merah maka sahut mereka itu bahkan dan katanya pula adakah pada kamu satu qedah di dalamnya air diminumkan orang akan airnya tiada kamu tahu maka sahut seorang daripada mereka itu demi Allah kami taruh didalamnya air dengan tanganku maka tiada seorang dari pada kami meminum akan dia dan tiada menumpahkan dia maka tiba-tiba tiada ada padanya air maka tatatkala adalah segala pekerjaan yang dikhabarkan itu sekaliannya benar maka tiada ada baginya jalan pada mendustakan nabi saw maka kembali mereka itu inad dan munkar dan dolal dan kufur maka dituduh akan dia dengan sihir dan kihanah (dan) berkata mereka itu telah benar walid perkataannya itu (maka) adalah setengah mereka itu yang murtad daripada Islamnya dan setengahnya yang munafiq pada perkataannya dan setengahnya

yang mencercakan dan mendustakan (dan) setengahnya yang membenarkan dan membetulkan (dan) setengahnya yang terhenti pada kelakuannya dan pekerjaannya (dan) setengahnya yang terdedap di hatinya (maka) diturunkan Allah Taala firman-Nya ( ) dan tiada Kami jadikan akan pelihat yang Kami perlihatkan kamu Ya Muhammad melainkan fitnah bagi segala manusia (kata) Ibnu Abbas ra dan adalah nyata pada ayat ini bahawasanya baha wasanya Isra’ dan Mi’raj Mi’raj itu adalah keduanya dengan ruh dan jasadnya (kata) Anas ra adalah nabi saw kemudian daripada masa Isra’ itu adalah baunya amat har um seperti bau pengantin selama-lamanyanya (inilah) akhir barang menyahaja faqir yang muhtaj kepada rahmat Allah Daud bin Abdullah Abdullah Fathoni pada metaswidkan bicara isra’ dan mi’raj daripada bahasa Arab kepada bahasa Jawi risalah Tajmuddin Alguyuthi setengah syarahnya bagi Ahmad Syihab Ad-din Alqalyubi pada hari selasa antara zuhur dan asar didalam Makkatul musyarrafah pada dua puluh tujuh hari bulan Almuharramulharam

pada

hijrah

nabi

saw

seribu

dua

ratus

dua

puluh

empat

‫ﷲ‬ ‫ﷲ‬

‫ﷲ‬

Catatan: Tanda ( ) adalah ayat2,hadis2 dan hikmah2 dan doa2, tanda ( … ) tidak bisa dibaca lihat pada aslinya

!

Kepada pembaca supaya merujuk pada Kitab Aslinya karena salinan ini belum sempurna.

KIFAYATUL

MUHTAJ

(

Pinggir

)

‫ﷲ‬ (Faedah) Bermula fadilah Bismillaahirrahmaanirrahiim amat banyak sabda Nabi saw Barang siapa membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim disuratkan Allah Taala baginya dengan tiap2 huruf empat ribu kebajikan dan dihapuskan daripadanya empat ribu kejahatan dan diangkatkan baginya empat ribu derajat riwayat daripada Ibnu Mas’ud ra dan tersebut didalam ceritera pula bahwasanya barang siapa membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim berkata malaikat Labaika wasa’diika wal khairu kulluhu ku lluhu ladaika dan barang siapa dido’a baginya malaikat diampun Allah baginya dosanya dan ceritera daripada khabar barang siapa membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim empat puluh esa kemudian dihadiahkan bagi empunya tubuh dan berkata ia hai ahlit tubuh aku didalam peliharaan kamu niscaya sentosa ia daripada tiap2 kejahatan dan adalah ia terpelihara daripada mara bahaya dan datang ceritera daripada saidina Ali ra bahwasanya adalah didalam sorga suatu qubah daripada nur dan ia tergantung pada hawa maka apabila

melihatkandia

ahli

sorga

dan

berkehendak

sampai

kepadanya

disuruh

membaca

Bismillaahirrahmaanirrahiim maka apabila membaca akandia maka terbang ia kepada demikian qubah itu dan lagi adalah huruf Bismillah itu sembilan belas huruf sebilang2 Zabaniyah Jahannam maka barang siapa membaca akandia kemudian daripada tiap2 sembahyang fardu dihapuskan Allah Taala kejahatan

Zabaniah Jahannam dan lagi pula kalimah nya empat kalimah dan dosa manusia itupun empat dosa pada malam dan dosa pada siang dan dosa tersembunyi dan yang tiada maka barang siapa membaca akandia diampu Allah Taala baginya dosa yang empat itu hasyiayat syinwaani alal maraaj (faedah) Bertanya Nabi saw akan Jibril daripada air kautsar maka berkata ia baginya bahwasanya sungai yan empat itu dituangkan padanya maka sabda Nabi saw dimana permulaan nya makasembah Jibril akan Tuhan bahwa dilihatkan tuan hamba maka mohon Nabi saw akan Tuhan bahwa dilihatkan dia maka datang kepadanya satu malaikat dan berkata ia ya Rasulullah angkat akan kepala tuan hamba tilik keatas maka mengangkat Nabi saw akan kepalanya maka melihat ia akan qubah yang putih dari pada darat yang putih disisi pohon kayu sidratul muntaha yaitu pohon kayu yang amat besar dan pada demikian qubah itu pintu daripada emas dan anak kuncinya daripada emas maka berpaling Nabi saw maka bersembah baginya malaikat itu kemana tuan hamba hendak perginya dan masuk kepadanya maka sabda Nabi saw betapa hamba masuk dan atasnya itu anak kunci daripada emas dan tiada ada anak kuncinya maka sembah malaikat itu bermula anak kuncinya serta tuan hamba dan yaitu mengucap Bismillaahirrahmaanirrahiim maka datang Nabi kepada pintunya dan dibaca demikian itu maka terbuka anak kuncinya maka masuk Nabi saw maka didapatnya tersurat Bismillaahirrahmaanirrahiim pada penjuru yang empat maka kembali keluar Nabi saw maka bersembah malaikat itu kembali masuk akan dia maka kembali ia maka melihat akan sungai air tawar yang tiada berubah rasanya itu keluar daripada mim Bismillah dan sungai yang daripada susu yang tiada berobah rasanya itu keluar daripada Jalaalah dan sungai daripada arak yang sangat lezat bagi oarang yang meminum itu keluar miim Rahmaan dan sungai yang daripada ‘asal yang jernih itu keluar daripada miim Rahiim maka melihat Nabi saw demikian itu tiba2 seru yang menyeru daripada pihak Aza Wajalla dan firman Nya hai Muhammad tiada seorang dari pada umatmu membaca akan nama Ku ini melainkan aku minumkan dia daripada sungai yang empat ini intahi alal-iithi (faedah) awal orang yang meluaskan Masjidil haram Saidina Umar kemudian Saidina Usman kemudian Abdul Malik anak Marwan kemudian Ja’far Almansur kemudian Mahdi dan anaknya Alhadi hingga sekarang dan yang lain membaiki atau membaharu2kan jua dan bersalahan pada permulaan orang yang membuat Ka’batullah dan pada kali membuatnya dan qaul yang ashih adalah oarang yang membina Ka’batullah itu Malaikat dahulu daripada Adam dengan suruh Allah Taala kemudian membina pula Adam kemudian anaknya Sis kemudian Nabi Ibrahim kemudian Amaalaqot kemudian Jirham dan keduanya itu daripada anak Ismail kemudian Qushai nenek Nabi Allah saw kemudian Quraisy pada zaman Nabi saw adalah umarnya dua puluh lima tahun kemudian Ibnu Zubair kemudian Hijaj kemudian pada tahun seribu tiga puluh sembilan maka datang air sesak dirobohkan pada satu pihak maka menyuruh Abdul Malik membaiki akan dia maka ini sekalian perhimpunannya sebelas kali intahi qalyubi (faedah) dikehendaki dengan Masjidil Haram pada ayat ini haqiqat Mesjid itu keliling Ka’bah Allah dan lain sekaliannya Tanah Haram karena haram berburu dan mengeratkan kayunya dan memindah tanahnya dan lainnya dan dikehendaki dengan ayat (Fawalli Wajhaka Syathrol Masjidil Haroom) yaitu Ka’bah Allah jua hanya bermula Ka’bah itu awal rumah yang ada pada muka bumi dan pertama2nya suatu yang ada padanya dam dipancang sekalian bumi itu dari padanya dan negerinya itu afdol dari pada segala negerinya atas qaul yang ashih pada mazhab Syafiimelainkan bumi yang mengandung akan Nabi saw itu maka yaitu terlebih afdol daripada sekaliannya hingga daripada Arasy dan Kursi kata Ibnu hajar dan demikian lagi yang tinggal daripada sekalian Ambiya’ demikian jua atas qadar martabat mereka itu intahi Qalyubi (dan pertama2) orang yang membina Masjidil Aqsho Malaikat atau Nabi Adam atau Nabi Ibrahim dan yang terlebih hampir itu Nabi Ibrahim dan adapun Sulaiman maka ia membaharukan jua maka adalah perjalanan Nabi

saw pergi datang kira2 empat saat atau kurang daripada demikian itu dan pada satu riwayat bahwasanya bersabda ia dijalankan dengan daku dan kembali aku dan Khodijah tiada berpaling daripada lambung yang ia tidur atasnya (dan) hikmah keadaan Isar’ pada malam karena malam itu tempat berhimpun kekasih dengan kekasih dan tempat mengambil lezat pada berjaga pada pada malam dan padanya diturun Qur’an. Bermula malam yang terlebih afdol itu empat belas yaitu malam Nabi Ibrahim melihat malakutussamaawati wal ardi dan malam Nabi Lut tatkala dilepaskan dia dan dibinasakan segala kaumnya dan malam Nabi Musa Mukhotobatullah pada syajaroh dan malam Isra’ dan malam Baiatul aqobah dan malam Nabi masukdidalam gua Jabal Nur dan malam hijrah dan malam Lailatul Qodar dan dua malam hari Raya dan malam Tarwiyah dan Arofah dan malam Nisfu Sa’ban dan malam Jum’at intahi Qalyubi dan bertanya Nabi saw akan Jibril bahwasanya Allah Subhanahuwataala mensifatkan tuan hamba dengan kuat dan amanah maka apa kuatmu dan amanhmu maka katanya adapun kuat hamba maka sungguhnya tatkala disuruh membinasakan kaum Lut dan adalah padanya itu empat dusun kata Qurtubi lima dusun tetapi kata Muqotil bahwasanya sentosan satu2 dusun orangnya empat ratus ribu orang berperangai lain daripada perempuan dan kanak2 dan segala binatangnya dan segala pekakasnya dan rumahnya maka ditenggangkan oleh Jibril akan segala dusun itu daripada bumi yang dibawah ketujuh lapis diatas satu bulu sayapnya maka diangkatkan hingga kedengar ia isi langit akan kokok ayam dan berteriak himarnya dan tiada bergerak segala bejana dan tiada pecah tepayannya kemudian aku balikkan dari atas ke bawah dan adapun amanahku maka bahwasanya aku tiada melalui akan barang yang disuruh akan daku intahi Qalyubi maka satu riwayat kemudian maka bertanya Nabi saw maka adakah pada kejadian dari pada Allah terlebih besar kejadian daripada kamu maka kata ia ya Muhammad adalah bagiku enam ratus sayap dan saudaraku enam ratus sayapnya yaitu Israfil dan satu2 sayapnya seperti sekaliannya sayapku maka jikalau aku terbang dengan sekaliannya sayapku antara beberapa mulutnya kepada hidungnya tiga ratus tahun tiada sampai kepadanya dan … diberi akan dia kuat tujuh petala langit dan tujuh petala pe tala bumi dan sekalian bukit dan angin dan sek alian binatang dan jin dan manusia maka diberinya sekalian itu dan bahwasanya manakala takut akan Allah jadi kecil ia seperti burung cik intahi Qalyubi dan anak Abu Tholib empat orang laki2 yaitu Saidina Ali dan Saidina Ja’far dan Tholib dan Aqil dan daripada perempuan Ummu Hani’islam ia pada hari futuh Mekah intahi Uthbah Syinwani (maka adalah) pelananya dari pada lu’lu’ yang putih dan kekang nya daripada yaqut yang merah dan rekapnya daripada zamrud yang hijau dan adalah Buraq itu harum baunya daripada kasturi dan bersurat pada dahinya dua baris satu barisnya Laailaahaillallah dan barisnya yang keduanya Muhammadarrasulullah intahi Bili Syinwani (dan riwayat) daripada Bazar kata Jibril hai Buraq jangan engkau liarkan dirimu daripada Nabi saw maka demi Allah tiada menunggangkan kamu Malaikat yang muqarrabun dan tiada Nabi yang Mursal yang terlebih afdol daripada Muhammad dan yang terlebih mulya pada Allah daripadanya maka berkata Buraq sungguhnya telah aku ketahui bahwasanya ia mempunyai safa’at dan bahwasanya aku kasih bahwa aku didalam safa’atnya maka sabda Nabi saw engkau hai buraq didalam safa’atku insyaa Allahu Taala intahi Syinwani (dan hikayat) daripada Ibnu Abbas ra telah berkata telah mendatangkan Nabi Ibrahim dengan anaknya Ismail padahal lagi menyusu hingga ditaruh akan dia dan ibunya pada Baitullah dan tiada pada Mekah ketika itu seorang dan tiada air dan ditaruh sertanya keduanya serta haraf tamarrah dan satu bekas air dan kembali Nabi Ibrahim berjalan kembali maka mengikut ibu Ismail dan berkata ia hai Ibrahim kemana engkau hendak pergi dan engkau tinggal akan kami pada dusun yang tiada manusia dan tiada jin dan berkata ia beberapa kali padahal ia tiada berpaling kepadanya maka berkata umu Ismail Allah swt menyuruh akan dikau dengan

demikian ini maka jawab bahkan maka berkata umu Ismail bahkan tiba2 Allah taala itu tiada menyatakan kami kemudian kembali ia maka berjalan pulang ke Syam Nabi Ibrahim hingga sampai kepada titah maka mehadapkan ke Baitullah dengan mukanya maka mintak doa dengan doa yang disebutkan pada Qur’an yaitu (

... ) hingga akhirbayat

serta mengangkat dua

tangannya maka jadilah umu Ismail memakan akan tamar dan minum akan air itu hingga habis maka dahagalah ia dan anaknya dan jadilah melihat ia kepada anaknya duduk berlipat2 maka lari ia sebab seji melihat akan kesakitan anaknya itu hendak mati sampai ia ke Shofa maka berdiri ia padanya kemudian berhadap pula ke Marwah mudah2an berdapat akan seorang hingga dikerjakan demikian pergi datang tujuh kali karena inilah dituntut kita Sa’i tujuh kali maka kali yang ke tujuh ia di Marwah tiba2 dengar dengar suara maka melihat ia Malaikat pada zam2 menggali dengan buminya atau dengan sayapnya hingga keluar air maka iapun datang maka dilihat ia akan air memancar2 keluar ia maka dinamakan zam2 itu akan zam2 karena ia mengalir kekanan dan kekiri maka ditahan oleh umu Ismail daripada mengalir dan berkata ia zami2 intahi Syinwani (maka tatkala) dibunuh sekaliannya telah mendatangkan Jibril satu talam daripada sorga talam emas padanya itu itu buah2an kayu sorga dihantarkan pada kuburan maka mereka itu memakan akan buah2 kayu itu hingga hari kiamat pagi2 dan petang2 maka atas riwayat ini adalah dapat Nabi saw bau yang harum lain bau buah2 kayu sorga atau bau mereka itu dua ihtimal wallohu a’lam intahi Syinwani dan sebut Syeh Syinwani tatkala beranak Siti Maryam pada Baitu Lahmi maka menyeru Nabi Isa akan ibunya dengan katanya (

) kemudian

maka membawa’ akandia Yusuf Yusuf Annajar serta anaknya Isa dan dimasukkan pada gua maka berhenti ia padanya empat puluh hari hingga selesai nafasnya kemudian maka kembali ia kepada kaumnya maka berkata pula Nabi Isa pada tengah jalan dan sabdanya : hai ibuku suka olehmu maka bahwasanya aku ini hamba Allah dab masihnya (

‫ﷲ‬

) maka tatkala masuk dengan dia atas segala

keluarganya menangis dan dukacita mereka itu dan adalah mereka itu daripada segala isi rumah orang soleh2 dan berkata mereka itu bagi Siti Maryam sungguhnya engkau mendatangkan suatu pekerjaan yang amat besar lagi amat mungkar hai saudara Harun tiada bapak kamu yaitu Imron lagi yang jahat yaitu zina dan tiada pula ibu2 kamu hinat baghi yakni zaniah maka dari mana bagimu anak ini dan jadilah mereka itu menuduh akan dia dan melotar dengan batu maka isyarat ia kepada mereka itu bahwa berkata akan Isa supaya ia menjawab akan tanya kamu maka marah segala mereka itu dan berkata mereka itu batapa kamu berkhabar akan kanak2 yang didalam buai maka datang Nabi Zakaria kepada Siti Maryam dan berkata ia berkata olehmu hai Maryam dengan hujah kamu jika ada kamu disuruh akan dikau dengan dia maka sahut Nabi Isa didalam buainya bahwasanya aku ini Abdullah anaanil kitaabi hingga akhir ayat maka tatkala mendengar mereka itu kata Nabi Isa maka tinggal mereka itu akan dia maka iapun tiada berkata2 kemudian hingga sampai kepada masa berkata2 kanak2 maka berkata ia intahi Syinwani (maka) diperanakkan dia ibunya dalam gua Nur sebab takut akan Kan’an membunuh akan kanak2 karena mimpi melihat akan suatu bintang keluar menghilang akan cahaya matahari maka menghabarkan kihanah maka berkata mereka itu suatu anak diperanakkan mengalahkan kerajaan kamu maka disuruh membunuh kanak2 maka adalah ibunya tatkala melihat akan dia mengisap satu ibu tangannya air dan satunya madu maka duduk didalam gua itu lima belas hari seperti sebulan kanak2 yang lain maka berkata ia bagi ibunya keluarkan olehmu akan daku maka dikeluarkan pada waktu Isya’ maka menilik ia dan memfikir akan malakut assamawati wal-ardi dan berkata ia Tuhan yang menjadikan akandaku dan merezekikan daku ialah waliku yaitu Laailaha Ghairuhu intahi Syinwani (katanya inilah) duniya dan dikehendaki dengan dunia disini yaitu barang yang berbetulan dengan akhirat dan pada

hadits bahwasanya dunia itu melintang dunia bagi rasulullah saw maka sabda ia baginya aku tiada berkehendak akan dikau maka berkata ia baginya bahwasanya setengah daripada umat tuan hamba berkehendak kepada hamba dan datang setengah daripada khabar bahwasanya dunia didatangkan dia pada hari kiamat pada rupa perempuan yang tua yang sangat jahat maka dikata bagi oarang yang kasih akandia dan membimbangkan dengan dia daripada ibadat akan Allah Taala adakah kamu ketahui perempuan yang tua ini maka berkata mereka itu nauzubillaahi minha maka dikatakan bagi mereka itu inilah dunia yang kamu berdengki atasnya kemudian diambil akan dia dan dilontar kedalam neraka maka berkata ia dimana hai Tuhanku mana orang yang mengikut akan daku maka firman Nya lontar segala yang mengikut akan akan dikau kedalam neraka intahi Syinwani dan ma’na Iblis itu yang putus asa daripada rahmat Allah adalah bagi Iblis la’natullah itu delapan namanya pada langit dunia namanya Abid karena ia mengerjaka ibadat serta Malaikat delapan puluh ribu tahun dan namanya pada langit yang kedua Zahid dan pada langit yang ketiga namanya Arif dan pada langit yang keempat Wali dan pada langit yag kelima Taqi dan pada langi yang keenam Khozan sebab duduk serta Ridwan empat puluh ribu tahun dan pada langit yang ketujuh Aziz (dan kata) Syaih Biili adalah ia mengerjakan ibadat pada langit yang ketujuh seratus ribu tahun dan tujuh puluh ribu tahun dan lima ribu tahun dan melihat Iblis surat atas halaqoh pintu sorga bahwasanya firman Nya adalah bagiku hamba apabila aku suruh akan dia tiada menjunjungkan ia akan suruh Ku dan menyalahi ia maka la’nat olehmu akan dia dan halau olehmu akan dia daripada pintu Ku maka tuntut Iblis itu daripada Allah bahwa ia hendak mela’natkan dia akan hamba itu maka disuruh Allah bahwa mela’nat akan dia maka mela’nat ia akan dirinya seribu tahun padahal ia tiada mengetahui akan dirinya maka tatkala ashi ia diubahkan namanya sanya maka adalah Iblis itu rupanya sebelum ia ma’siat adalah baginya dua sayap daripada zamrud yang hijau kemudian maka tatkala ma’siat ma’siat diubahkan tubuhnya seperti tubuh babi dan mukanya seperti muka kera intahi Syinwani dan satu riwayat adalah Nabi saw menambatkan Buraq pada halaqoh mengikut segala saudaranya ambiya’ maka mehuraikan Jibril dan memasukkan didalam mesjid dan dicucukkan pada p ada batu Shokhroh dengan trangannya dan diikatnya akan dia maka demikian Shokhroh itu diturunkan daripada Jannatul Firdaus dan ialah yang ada tempat Nabi Daud as kemudian adalah nabi Sulaiman duduk atasnya as intahi Biili Syinwani (maka diketahuinya) itu dengan ilham dari pada Allah atau dengan khabar Jibril dan adalah mereka itu pada demikian malam itu hidup mereka itu dengan jasad mereka itu dan ruh mereka itu karena telah ma’lum bahwasanya segala ambiya’ as hidup mereka itu didalam kubur dan haji mereka itu dan telah berkata Syaikhona Biili telah mehimpunkan Allah akan Ambiya’ artinya segala arwah mereka itu berupa seperti rupa tubuh mereka itu karena ruh seorang itu berupa seperti rupa tubuhnya berbaris dan adalah segala Mursalin tiga baris dan Ambiya’ empat e mpat baris dan manusia dan jin dan malaikat beberapa baris yang tiada dihingga banyaknya dan diluaskan Allah Taala akan mesjid itu pada malam itu karena memulyakan baginya saw dan kata Qil bermula segala sufuf tujuh sufuf dan ambiya’ dan mursalin dua sof dan yang tinggal yang ... ribu kata Qil dua ratus ribu dan dua puluh empat ribu dan yang rasul tiga ratus tiga belas atau empat belas atau lima belas dan sekalian itu dikeluarkan daripada nama Nabi kita Muhammad maka yaitu mim mim mim karena Muhammad tiga mim nya jadi tiga kali sembilan puluh dua ratus tujuh puluh dan ha dualapannya dan alif satu jadi sembilan dan dal itu empat dan alif  satu dan lam tiga puluh dan jumlahnya tiga ratus empat belas dan kitab yang diturun daripada langit seratus empat buah kitab atau empat belas kitab pada nabi Sis lima puluh kitab dan nabi Idris tiga puluh kitab dan nabi Ibrahim sepuluh kitab dan bersalah2an pada sepuluh atas satu riwayat seratus empat belas dan kata Qil sepuluh kepada Musa dahulu daripada Taurat dan katanya Taurat kepada nabi Musa

dan Injil kepada nabi Isa dan Zabur kepada nabi Dawud dan Qur’an kepada nabi kita Muhammad saw (maka diketahui) itu dengan ilham daripada Allah atau dengan khabar Jibril dan adalah mereka itu pada demikian malam itu hidup mereka itu dengan d engan jasad mereka itu dan ruh mereka itu karena telah ma’lum bahwasanya segala Ambiya’ alaihimus salam hidup mereka itu didalam kubur dan haji mereka itu dan telah berkata syaikhoni Bili telah hantar Allah akan Ambiya’ artinya segala arwah mereka itu berupa beru pa seperti rupa tubuh mereka itu karena ruh seorang itu berupa seperti rupa tubuhnya (maka memuji) mereka itu akan Tiuhan Nya maka adalah puji nabi Ibrahim ( ) dan puji Nabi Musa ( ) dan puji Nabi Daud ( ) dan puji Nabi Sulaiman ( ) ( kata Ka’ab Al -Akhbar ) riwayat dari Nabi Sulaiman as bahwasanya berkata burung nuri dalam taringnya ( ) dan kata Marfani ( ) dan kata burung qito ( ) dan kata bekutuq ( ) dan kata gagaq ( ) dan kata himar ( ) dan berkata kelelawar ( ) dan kata burung lang ( ) dan kata iqob sadah bagi daripada lang ( ) dan berkata burung tekukur sbhaana robbiyal a’la dan puji nabi Isa ( ) (faedah) warid daripada hadits adalah bagi oarang yang membaca Qur’an itu bagi tiap2 huruf satu bidadari adalah jumlah huruf Qur’an itu seribu ribu huruf dan dua d ua puluh tujuh ribu huruf seperti yang di sebut didalam nazhom Saidi Ajhuri ( ) ( ) ( ) artinya kemudian adalah huruf Qur’an itu seribu ribu dan tujuh dan dua puluh ribu pula daripada huruf dan yang membaca baginya artinya sabar ia lagi mengira2kan pahalanya niscaya mencapai ia bagi tiap2 huruf itu satu Bidadari yang suci lagi bersih lagi amat putih intahi Syinwani (maka) tatkala selesai daripada Isra’ maka berkehendak menyatakan Mi’raj pula dan mendahulukan Isra’ daripada Mi’raj karena bergantung ia dengan bumi yang terlebih mulya daripada langit karena segala Ambiya’ padanya dan Ambiya’ itu terlebih afdol daripada Malikat dan lagi adalah bumi itu kejadian Ambiya’ bermula yang diatasnya itu terlebih afdol daripada yang dibawah hingga kebawah atas jalan turun seperti bahwa adalah langit diatasnya afdol daripada yang mengiring hingga atasnya jalan naik dan yang dijalan oleh Ibnu Abas bahwasanya langit yang ketujuh itu afdol daripada langit yang dibawahnya atas jalan turun kata Qil adalah mi’raj nabi saw itu di atas buraq maka ia teringkan dengan tujuh langkah tiap2 satu langkah satu langit kata Qil bahwasanya adalah bagi nabi saw lima kendaraan pertama dari pada Mekah kepada baitul maqdis diatas Buraq dan yang keduanya daripada baitul maqdis kepada langit dunia diatas buraq pula dan kendaraan yang ketiga diatas sayap Malaikat hingga kepada langit yang ketujuh dan kendaraan yang keempat diatas sayap Jibril hingga sampai kepada Sidratul Muntaha dan kendaraan yang kelima diatas Raf2 yang A’la daripada Sidratul Muntaha hingga keatas barang yang dikehendaki Allah intahi Syinwani dan pada suatu riwayat sungguhnya ditanya akan Rasulullah saw daripada apa kejadian Bidadari maka sabdanya sebelah bawahnya daripada kasturi yang sangat harum dan pertengahannya daripada anbar dan atasnya daripada kapur yang putih dan ceritera pula adalah putih jernih batas seorang daripada mereka itu dilihat daripada tujuhpuluh pakaiannya daripada sutera dan disebut pada hadits bahwasanya itu tiap2 seorang laki2 daripada isi sorga delapan puluh ribu bikr dan empat ribu jariayah dan baginya pula daripada anak waladan amat banyak yang tiada terhingga dan diberi kuat jima’ tiap2 seorang seratus laki2 dan berjima’ ia selama2nya maka didapat bikr selama2nya yang tiap2 jima’nya dan pada satu riwayat hadits pula adalah dijadikan Allah akan Bidadari daripada anak jari kakinya hingga kepada lututnya daripada ja’faron dan daripada lututnya hingga kepada susunya daripada kasturi yang sangat harum dan daripada susunya hingga kepada tengkuknya daripada anbar yang asyhab dan daripaqda tengkuknya hingga kepada kepalanya daripada kapur yang putih diatasnya yakni pakaian seribu haliyah maka apabila berhadap bercahaya cemerlang menyambar seperti cemerlang matahari bagi ahli dunia dan apabila berhadap dilihat warnanya diluar pakaiannya dan kulitnya dan kepala padanya tujuh puluh

ribu jalin rambutnya daripada kasturi dan bagi tiap2 satu jalin rambutnya itu seorang dayang2 yang mengangkatkan dia padahal ia menyeru dengan katanya inilah balasan pahala Auliya’ Allah Taala Taal a dengan barang yang adalah mereka itumengerjakan taat intahi Syinwani (dikatakan) langit dunia dijadikan dari zamrud yang hijau dan anak kuncinya daripada Ismul A’dhom dan langit yang keduanya daripada mar2 yakni batu yang putih kata Qil dijadikan daripada timah kata Qil daripada perak dan langit yang ketiga daripada besi kata Qil daripada tembaga dan kata Sulaiman daripada yaqut yang merah dan langit yang keempat dari pada tembaga kata Qil daripada mutiara yang putih dan langit yang kelima daripada perak kata Qil daripada emas dan langit yang keenam daripada emas dan kata Qil daripada yaqut yang kuning dan langit yang ketujuh daripada yaqut yang merah dan tiap2 langit jernih dilihat zahirnya daripada batinnya dan akasnya dan hikmah Allah dijadikan langit itu dengan tiada tiang karena bahwasanya Allah Taala menjadikan atap dahulu kemudian dibawahnya dan diangkatkan dia supaya menunjuk demikian itu atas Qudratnya yang keras dan dijadikan bulan padanya seperti yang diriwayat daripada Sulaiman itu Qadar dunia delapan puluh kata Sulaiman bahwasanya dijadikan Allah akan bulan daripada nur hijab yang mengiring dan adalah mukanya kepada langit dan belakangnya kebumi menerangi bumi seperti menerangi pada langit intahi Syinwani (Faedah) pada menyatakan peri kejadian kilat dan lintar dan guruh kata Ibnu Abas ra sekali peristiwa berdatang sembah seorang yahudi kepada nabi saw demikian bunyinya ya Muhammad tuan hamba ceritera ia kiranya akan guruh itu maka sabdanya saw yaitu suara Malaikat yang memalu dan dari pada tangannya beberapa cemeti dari pada api maka dipalunya akan awan dengan cemeti itu maka sembahnya ya Rasulullah apa yang bernyanyi itu maka sabdanya yaitu suara tasbih seorang Malaikat yang bernama Malik Arra’du ialah memalu awan kata baginda Ali karomalloohu wajhah yang kilat itu palu Malaikat akan awan dengan beberapa cemeti daripada besi dan guruh itu suara tasbih Malaikat Arra’du tatkala dipalukan awan itu seperti orang memalu ... mengucap tasbih ia apabila bersalahan awan itu maka lalu berampaklah ia dengan suara yang amat sangat apabila sangatlah keras Malaikat itu akan dia maka lalu berdampak padanya inilah jadi kilat dan halintar tersebut dalam karangan Syeh Nuruddin Afalloohuanhu intahi dan adalah pada batu yang tergantung itu bekas tapak kaki nabi saw dan lubang yang dicucuk dengan anak jari Jibril intahi dan kinayah Adam itu Abu Muhammad dan dijadikan pada hari jum’at dan dikeluarkan pula pada hari jum’at dan dimasukkan akan sorga pada hari jum’at dan matinya pada hari jum’at dan umurnya seribu tahun dan dikehendaki pada hadits maka adalah Adam pada rupa kejadiannya ya’ni kejadian nabi Adam yang dijadikan Allah atasnya daripada tanah yang diulaikan dengan air sorga dan adalah kejadian panjangnya enam puluh hasta dengan hasta dirinya dan kata Qil hasta kita inilah yang terlebih nyata pula dan lebarnya tujuh hasta kata Qil sepuluh hasta intahi Syinwani (Faedah) bermula malaikat yang menunggu pintu langit dunia namanya Ismail dan adalah malaikat itu dikeluar daripada langit seperti oarang yang menunggu pintu dan adalah tentaranya tujuh puluh ribu malaikat karena berhitmat baginya dan bagi tiap2 satu malaikat daripadanya seratus ribu malaikat intahi Syinwani (Faedah) katanya dijadikan pada Illiyin maka ma’nanya tempat yang didalam sorga ya’ni tempat yang tinggi didalam sorga kata Ibnu Abbas illiyin itu loh daripada zabarjud yang hijau bergantung pada Arasy padanya itu segala surat amal anak Adam intahi (Faedah) bermula malaikat maut berkata demi allah jikalau ku berkehendak mengambil akan ruh nyamuk tiada kuasa hingga disuruh Allah taala akandaku dan yang mengambil akan nyawa Izrail itu Allah berkata Qil ia mengambil sendirinya dan adalah bagi Malikalmaut itu tentara empat orang seorang ditanggalnya daripada kaki yang kanan dan yang keduanya daripada kaki kiri dan yang ketiganya daripada tangannya yang kanan dan yang keempatnya ditanggalnya dikirinya maka apabila sampai

kepada hulkumnya maka mengambil Izrail sendirinya dan tiap2 seorang dari pada seratus itu jikalau disuruh telan tujuh petala langit dan bumi niscaya ditelannya maka apabila ditanggal akan ruh daripada sendirinya kepada sendirinya adalah terlebih sangat daripada pukul dengan pedang seribu kali dan jikalu dihantarkan sakit seurat romanya itu atas tujuh petala langit dan bumi niscaya hancur dan apabila mengambil ia akan nyawa orang yang mu’min ditaruh didalam sutra yang hijau didalam kasturi yang sangat harum dan apabila mengambil ruh orang kafir ditaruhnya didalam sutra yang hitam didalam tembikar neraka dan adalah pada hadits adalah huru hara hari kiamat seribu huru hara sekurang2nya sakratul maut dan bahwasanya bagi maut itu sembilan puluh sembilan helanya ... kemudian daripada sembahyang maka sembah sahabatnya apa kalimah itu ya Rasulullah maka sabdanya yaitu ( ) (ketahui) olehmu hai saudaraku bahwasanya datang daripada hadits adalah Malikalmaut itu beberapa pesuruhnya

dahulu

daripada

wafatnya

riwayat

bahwasanya

setengah

daripada

Ambiya’

alaihimusolatuwassalam kata bagi Malikalmaut adakah bagimu pesuruh yang didahulu akan daripadamu supaya adalah manusia atasnya takut dari padamu katanya bahkan bagiku demi allah beberapa suruh yang amat banyak setengah dari padanya penyakit dan uban dan tua dan kurang pendengaran dan penglihatan maka apabila tiada mengingatkan segala perkara yang datang dengan dia demikian itu dan tiada ia taubat dan tiada hasil bekalnya aku seru akandia tatkala mengambil nyawanya tiadakah aku suruh dan aku dahulukan bagimu pesuruhnya satu kemudian daripada satu dan menakut akan kamu satu kemudian daripada satu akulah yang menakut yang tiada kemudian daripada aku yang menakut yang lain dan datang daripada hadits pula bahwasanya tiada daripada suatu hari yang naik mata hari dan tiada jatuh mata hari melainkan menyeru Malikalmaut katanya hai anak empat puluh tahun inilah waktu mengambil zihin kamu hadir yakni hati kamu dan segala anggota kamu kuat lagi keras hai anak lima puluh tahun sanya telah hampir ajalmu dan mengatamu hai anak enam puluh tahun lupakah kamu akan saksi dan lagi kamu daripada kembali dan diriwayatkan ... tulangmu dan hampirlah ajalmu maka malu olehmu daripadaku seperti barang yang malu Aku dari pada bahwasanya aku malu bahwa aku siksa orang yang mempunyai uban intahi kasyful ghimah (Faedah) tersebut pada hadits yang marfu’ bahwasanya Malaikat meliputi akan hamba yang hendak mati itu dan dipenjaranya dan jikalau tiada ada yang demikian itu niscaya berlari mereka itu kepada padang dan diketahuinya sangat keras mabuk mati itu ditanggalkan nyawa dirinya dan adalah ia diam dan anak adam menggagahi daripada gigit semut maka katanya bahwasanya Malaikat mengikat akandia dan disebut pada hadits jikalu bahwasanya pada satu roma yang seurat daripada orang yang mati itu dihantarkan atas isi tujuh petala langit dan bumi niscaya mati sekaliannya dan riwayat daripada Abi Saniyah bahwasanya Saidina Umar ra berkata ia mati itu yaitu seumpama satu pohon kayu yang banyak durinya didalam rongga anak adam maka tiada dari padanya satu urat dan tiada satu sendi melainkan ialah duri itu yakni dimasukkan didalam diri anak adampadanya dan seorang lagi yang sangat kuat dua tangan maka ia bersungguh2 mencabut dan menanggalkandia daripadanya dan satu riwayat mengambil barang yang mengambil dan tanggal barang yang tanggal intahi kitab kasyful ghimah (Faedah) telah sabda nabi saw tiada berhimpun keduanya yakni harap dan takut itu didalam hati seorang hamba pada seumpama tempat ini yakni tatkala hendak mati melaikan diberi Allah Taala akandia barang yang diharapnya dan diamankandia daripada barang yang ditakutinya riwayat Tirmizi daripada Hasan katanya sampai akan kami hadits daripada nabi saw bahwasanya ia berkata sabda nabi saw firman Tuhan kamu ( ) tiada Aku himpunkan atas hamba Ku dua takut dan tiada Aku himpunkan baginya dua aman maka barang siapa takut akandaku didalam dunia Aku amankan dia pada akhirat dan barang siapa aman akandaku didalam dunia aku aman akandia didalam

akhirat (Faedah) dan adalah Umar bin abdul Ajiz ra berkata ia telah sampai kepadaku wallohua’lam bahwasanya Malikalmaut memandang pada tiap2 hari tiga ratus enam puluh kali akan muka manusia dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut memandang pada tiap2 hari dibawah langit enam ratus kali telah sampai akan kami bahwasanya malikalmaut itu berdiri pada tengah dunia maka memandang akan dunia sekaliannya di darat dan di laut adalah dunia itu di hadapannya sepert telur antara dua kaki seorang kamu dan telah sampai akan kami bahwasanya bagi Malikalmaut itu beberapa tentaranya Allah jua yang terlebih tahu dengan mereka itu tiada seorang mereka itu melainkan jikalau diizinkan baginya oleh hak Subhanahuwataala bahwa menelan t ujuh petala langit dan bumi didalam satu suap niscaya dikerjakannya dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut itu mengejutkan akandia daripadanya segala Malaikat terlebih sangat terkejut seorang kamu daripada binatang yang memberi mudorat dan telah sampai akan kami bahwasanya malaikat yang menanggung Arasy itu apabila hampir Malikalmaut daripada mereka ituhancurlah mereka itu jaidi seorang daripada mereka itu seumpama rambut daripada terkejut dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut menanggalkan ruh anak adam dan daripada bawah tiap2 anggotanya dan dibawah kukunya dan uratnya dan bulunya dan tiada sampai arwah itu daripada sendi kepada sendi melainkan adalah ia atasnya itu terlebih daripada seribu pukul dengan pedang dan tikam dengan mata tomabak dan telah sampai akan kami bahwa jikalau mehantarkan sakit seurat roma daripada orang yang mati itu atas isi tujuh petala langit dan bumi niscaya mati sekalian mereka itu dan hancur mereka itu hingga apabila sampai ruh kepada hulkum memerintahlah mengambil nyawanya malikalmaut dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut apabila mengambil nyawa orang yang mukmin dijadikan didalam harir ya’ni kain yang sutra putih yang sangat harum daripada kasturi sangat harumnya dan apabila mengambil nyawa orang yang kafir dijadikandia didalam perca yang hitam dalam tembikar daripada api neraka yang terlebih sangat busuknya dari pada bangkai intahi kata ulama’ ra dan sungguhnya dikeraskan Allah Taala sakratulmaut atas Ambiya’ dan Auliya’ nya tatkala keluar nyawa mereka itu supaya mengangkatkan derajat mereka itu dan dikeraskan Allah Taala akan sakratul maut atas orang yang lain daripada muslimin supaya jadi kifarat bagi dosa mereka itu atau siksa atas diri mereka itu seperti barang yang telah dahulu atasnya Ilmu Allah Taala dan jikalau tiada maka hak subhanahuwataala adakah kuasa bahwa memberi akan mereka itu demikian martabat dengan tiada bala bagi mereka itu intahi Kasyful ghimah bermula qaul yang sohih bumi itu terlebih afdol daripada langit kata qil langit afdol daripada bumi karena ada padanya Malaikat tiada mengerjakan ma’siat akan Allah Taala sekali2 dan tempat khilaf  itu bumi yang lain daripada menunggang akan anggota nabi saw maka bahwasanya ia afdol daripada Arasy dan kursi dan loauh dan qolam (dan) antara bumi dan langit itu lima ratus tahun dan tingginya pun lima ratus tahun dan antara langit kepada langit lima ratus tahun maka antara bumi kepada langit yang ketujuhnya dan kepada Arasy seperti antara langit yang ketujuh kepada bumi dan dijadikan Allah swt delapan kijang ya’ni malaikat rupa kijang maka adalah serta satu2 antara lututnya dan kakinya seperti antara langit yang ketujuh kepada bumi dan antara kaki kepada kakinya lima ratus tahun maka menyuruh ia menanggung akan Arasy maka m aka tiada kuasa mereka itu menanggung m enanggung akandia maka dijadikan pula tiap2 seorang tentaranya seumpama yang membuat tujuh petala langit dan menyuruh menanggung sekalian maka tiada kuasa dijadikan tentaranya pula seperti seumpama mereka itu yang dijadikan daripada bumi maka disuruh menanggung maka tiada kuasa mereka itu menanggung maka diizinkan suruh berkata Laa haulawala quuwata illaa billaahil aliiyil azhim maka berkata mereka itu maka kuasa ia menanggung delapan orang kakinya diatasnya shohkroh dan empat orang kakinya pada huwah

ya’ni hawa diatas shokhroh dan yang shihah yang menanggung Arasy itu empat Malaikat jua dan pada hari kiamat delapan orang intahi Syinwani (Faedah) pada menyatakan peri kejadian mata hari dan bulan dan bintang kata Wahab Ibnu Minbah bahwa dijadikan Allah Taala mata hari itu dari pada cahaya Arasy yaitu suatu suku daripada tujuh puluh ribu suku cahaya Arasy dan pada suatu riwayat bahwa mata hari itu dijadikan daripada jenis manikam dan bulan itu dijadikan daripada cahaya hijab Arasy kata Ibnu Abas ra adapun bulan besarnya empat puluh farsakh dan mata hari itu tiga ratus enam puluh farsakh dan pada suatu riwayat bahwa mata hari itu besarnya seperti besar dunia ini dan bulan pun demikian jua jika tiada besarnya seperti demikian itu niscaya tiadalah kelihatan didalam segala tempat ini kata ahlil mufassirin bahwa mata hari itu pada langit yang keempat dan bulan itu pada langit yang pertamanya dan adalah muka keduanya itu keatas dan belakangnya kepada dunia dan adalah besar mata hari itu tiga ratus kali dunia ini dan bulan itu adalah besarnya dua puluh enam kali dunia ini adapun bintang itu dijadikan Allah Taala daripada jenis manikam tergantung dilangit seperti kendil dan adalah besarnya seperti bukit yang habis didalam dunia ini adalah pada suatu riwayat besarnya tujuh dunia ini intahi demikianlah disebut di dalam kitab karangan Syeh Nuruddin ra (adapun) sebab dinamakan Baitul Makmur sebab berbuat ibadat didalamnya tiap2 hari tujuh puluh ribu Malaikat sekalian mereka itu sembahyang didalamnya tiada kembali mereka itu hingga datang kepada hari Qiamat adapun hikmah Allah Taala pada menjadikan Baitul ma’mur itu supaya akan Qiblat segala Malaikat yang meng diami langit itu intahi demikianlah tersebut didalam kitab karangan Syeh Nuruddin ra intahi (Fashol) ini pada menyatakan segala laut dan sungai adapun laut yang besar didalam dunia ini tujuh laut pertama laut benua Thobar istan kedua laut benua Keramat ketiga laut benua Aman keempat laut Qalzum kelima laut Hindustan keenam laut benua Rum ketujuh laut benua Maghribi adapun sungai yang besar dalam dunia itu empat sungai ialah yang bertemu daripada segala sungai yang turun didalam sorga pertama Nil yaitu di negeri Mesir kedua sungai Furat yaitu dinegeri yang dekat setengah negeri kufah ketiga sungai Sihun yaitu dinegeri Mawara’ Annahar keempat sungai Jihun yaitu dinegeri Hindi demikianlah tersebut didalam kitab karangan syeh Nuruddin Arrozi ra intahi adapun yang terlebih tinggi daripada sorga itu yaitu meminum yaitu yang bernama wasilah yaitu tertentu bagi nabi kita Muhammad saw demikianlah tersebut didalam kitab Tanbihul Ghofilin.Adapun Jannatul Firdaus itu yaitu tempat segala hamba yang rido akan qodo’ Allah Taala dan Jannatu Adn itu tempat segala hamba Allah yang arifin dan Jannatul Huldi itu yaitu tempat segala hamba Allah yang Muttaqin dan Jannatun Naim itu tempat segala hamba allah yang kasih akan Allah Taala dan Jannatus Salam itu yaitu tempat segala hamba Allah yang sabar dan Jannatul Ma’wa itu yaitu tempat segala hamba Allah yang sangat sang at takut akan Allah Taala dan Jannatul Jalal itu yaitu tempat segala hamba Allah yang taubat akan allah Taala dan Jannatul Qoror itu yatu tempat segala hamba Allah sangat mengasihi akan Allah Taala dan kata Ibnu Abas ra adapun pintu sorga itu delapan dijadikan Allah Taala daripada emas bertatahkan dengan mutiara manikam dan tesurat atas pintu yang pertama itu ( (

‫ﷲ‬

‫ﷲ‬

yaitu pintu segala ambiya’ dan segala nabi

yang mursal dan segala syahid dan segala auliya’ dan pintu yang kedua masuk kedalamnya kedalamny a segala hambanya yang sembahyang dengan memeliharakan segala rukun dan syaratnya dan pintu yang ketiga masuk kedalamnya yang memberi zakat dengan suka hatinya dan pintu yang keempat masuk kedalamnya segala yang mengerjakan amar bilma’ruf wanaha anil munkar munka r dan pintu yang kelima masuk kedalamnya segala yang tiada berbuat aniaya dan manahani dirinya daripada hawa nafsunya dan pintu yang keenam masuk kedalamnya segal yang naik haji dan umrah dan pintu yang ketujuh masuk kedalamnya segala yang perang sabillah dan pintu yang kede lapan masuk kedalamnya segala orang yang

memeliharakan penglihatan daripada yang haram dan berbuat segala yang kebajikan dan berbuat bakti kepda ibu bapak dan berkasihnya dengan segala keluarganya demikianlah tersebut didalam kitab Tanbihul Ghafilin (Tatkala) itu maka melihat rasulullah saw dibawah Arasy yaitu seorang Malaikat dan sayapnya itu memenuh antara maghrib dan masyriq dan bulunya itu yaitu terlebih putih daripada qirtas maka sabda rasulullah siapa Malaikat ini maka jawab akandia inilah Malaikat yang dijadikan akandia oleh Allah swt seperti rupa ayam maka apabila adalah pada sepertiga malam yang akhir maka mengangkatkan ia akan sayapnya serta ia berkata demikian bunyinya ya ghofilun uzkurullah artinya hai segala orang yang lalai sebut oleh kamu akan Allah Taala maka tatkala itu berkokoklah segala ayam yang didalam dunia ini intahi demikianlah tersebut didalam mi’raj karangan Syeh Abdusshomad Palimbani intahi (Fashol) pada menyatakan peri kejadian Luul hamdi adapun Luul hamdi itu dijadikan Allah Taala atas langit yang ketujuh tatkala ditanyai segala sahabat akan Rasulullah saw daripada peri panjang Luul hamdi dan lebarnya maka sabdanya Rasulullah saw bahwa adalah panjang Luul hamdi itu seribu tahun perjalanan jauhnya dan lebarnya pun demikian jua dan batangnya itu dari pada perak dan zabarjud dan ada mata pada batangnya yang merah dan ada baginya tiga lidah suatu lidahnya sampai ke masyriq kedua lidahnya sampai ke maghrib ketiga lidahnya sampai antara dunia ini dan lagi bahwa adalah tersurat pada lidahnya yang pertama (

‫ﷲ‬

) dan tersurat pada lidahnya yang kedua itu (

) dan tersurat pada lidahnya yang ketiga itu ( ‫ﷲ‬

‫ﷲ‬

) dan tiap2 surat setirnya

yang tersurat itu sekira2 seribu tahun perjalanan jauhnya dan adalah dibawah Luul hamdi itu tujuh puluh ribu panji2 dan dibawah tiap panji2 itu tujuh puluh ribu shaf daripada Malaikat dan pada tiap2 suatu shaf itu lima ratus Malaikat sekalian itu mengucap tasbih dan taqdis mereka itu akan Allah Taala seperti sabda nabi saw artinya aku penghulu segala anak Adam dan tiada aku berbesarkan diriku dan adalah Luul hamdu itu pada tanganku dan tiada aku besarkan diriku daripada sekalian anak Adam dan tiada seorang juapun daripada sekalian anak Adam dan lain melainkan adalah mereka itu dibawah panji2 ku dan adalah Luul hamdu itu dicucukkan pada padang mahsayar maka segala mu’minin anak Adam berkeliling dibawahnya selama2 dikira2 ia akan mereka itu dan adalah segala kafir beroleh sentosa daripada segala azab neraka selama ada Luul hamdi itu maka dahulukanlah segala kafir itu kedalam neraka dan pada suatu riwayat hadits dijadikan Allah Taala akan baginda Abu Bakar ra suatu panji2 bernama Luussidiq maka berdirilah segala hamba Allah yang sodiq bawahnya itu dan dijadikan Allah Taala akan baginda Umar ra pada suatu panji2 bernama Luul adli maka berdirilah segala hamba Allah yang adil dibawahnya itu dan dijadikan Allah akan baginda Usman ra suatu panji2 bernama Luul sikhi maka berdirilah segala hamba2 Allah yang sikhi dibawahnya itu dan dijadikan Allah Taala akan baginda Ali ra suatu panji2 bernama Luussyuhada’ maka berdirilah segala hamba Allah yang syuhada’ dibawahnya itu intahi. Demikianlah tersebut dalam kitab karangan syeh Nuruddin intahi (Kata setengah) ulama’ yang yang arifin adapun mata hari itu sentiasa bentar tiada berlebih tiada kurang karena ia sentiasa sujud dibawah Arasy Allah Taala pada tiap2 malam maka dengan karena yang demikian itulah jadi sentiasa sebentar yang sempurna tiada terlebih tiada kurang. Adapun bulan itu sebab ia jadi lebih dan kurang karena tiada diberi Allah swt izin akandia sujud melainkan pada malam empat belas hari jua daripada sebulan maka apabila sehari bulan maka bertambah cahayanya pada tiap2 malam karena bahwasanya dianugerahi Allah Taala akan dia sujud pada malam empat belas itu kemudian daripada itu berkuranglah ia karena duka citanya kepada kesudahan bulan intahi. Kata Kaab Al Ahbar bahwasanya hari kiamat dibawa oleh Malaikat akan mata hari dan bulan itu maka dibuangkan keduanya kedalam

neraka dengan izin Allah Taala. Demikianlah tersebut didalam kitab karangan Syeh Nuruddin intahi. (

)

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF