Khasiat Asmaul-Husna

December 30, 2016 | Author: Faiz Alwi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Khasiat Asmaul-Husna...

Description

Khasiat Asma Ul Huna

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

KHASIAT ASMA UL HUSNA

Klinik muallij http://klinik-muallij.blogspot.com oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431) tanpa hakcipta – ilmu untuk semua 1 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

2 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

3 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

PENGIJAZAHAN PERCUMA (prisip ilmu agama bukan untuk dijual) Kaedahnya awal: 1. Solat Sunnat Hajat 2 Raka'at 2. Membaca Istighfar 70 x 3. Membaca Selawat 70 x 4. Membaca Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) 70 x 1. Pengijazahan yakni dibacakan al-fatihah dan dihadiahkan kepada rasullullah, keluarga dan sahabat baginda serta para wali allah, guru-guru agama di dunia sama ada yg masih hidup dan yg telah meningga dunia dan seluruh sekolah pondok di Malaysia, Patani dan Indonesia mohon agar mendapat perlindungan Allah. Hanya niat pada pertama kali mula membaca dan beramal. Ilmu ini baik dan bermanfaat. Setelah itu lengkaplah ijazahnya kerana Allah Ta'ala. Maka telah tamat ijazahnya

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180) "Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik) 4 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"(Surah Thaha:8) Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah. Dizikir 100x selepas solat fardu akan dihilangkan sifat pelupa dan lalai.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita dan makhluk Allah.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah Alam ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredai Allah.

5 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll. Dizikirkan sebanyak 1000x akandiselamatkan dari bala bencana dunia.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat /Sejahtera) - apabila dizikirkan sebanyak 136x atau 121x ,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera termasuk sakit kepala.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih dan kuat hafalannya. Dibaca 100x selepas tahajjud untuk membersihkan hati zahir dan batin.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan. Jika dibaca selama 40 hari berturut-turut, akan mendapat kekayaan dan kesenagan hidup.

10."Ya Jabbar" ( Maha Kuasa ) - apabila dizikirkan 206x atau 226x setiap pagi & petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. Jika dizalimi, maka perbuatan zalim akan segera dibalas Allah.

6 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 11."Ya Mutakabbir" ( Maha Memilik Keagungan ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham. Dibaca 5000x setiap hari untuk mengembalikan barang yang hilang/ dan suami/isteri yang hilang atau lari dari rumah

13."Ya Baari" ( Maha Perancang /Mengadakan) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. Dizikir 100x setiap petang untuk elak seksaan kubur. Mungkin kaedah amalan tidak diajar oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz walaupun ana ada terbaca salah satu zikir asas 10 pertama beliau terkandung zikir asmaul husna ini. Barang siapa yang sentiasa membaca Ya Baari' 213x setiap selesai solat fardu, maka allah akan menjadikanya penyembuh di tangannya, apabila ada seorang yang sakit lalu di usap dengan tangannya sambil membaca Ya Baari' maka Allah akan menghilangkan penyakitnya, insya Allah. Kaedah: Penjazaman dahulu Ya Bari' selama seminggu sebanyak 7000 kali, waktunya selepas solat isyak dengan komitmen yang penuh tanpa gangguan duniawi. Insya allah, selepas itu hanya amalkan Ya baari' sebanyak 213x selepas selesai solat fardu, tak semestinya dalam keadaan duduk, sambil bekerja pun boleh asalkan selama berzikir itu dalam keadaan berwuduk.

14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Sewaktu hendak berbuka, ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian minum air tersebut untuk berbuka. Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

7 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan/Perkasa ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. Zikir sebanyak 100x dalam keadaan berdoa dan membaca doa hajat, insya allah dimakbulkan.

17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 300x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang. Dizikirkan sebanyak 40x selepas solat dhuha, dimudahkan kekayaan baginya.

18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. Dizikirkan sebanyak 308x setiap hari akan ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah. Dizikirkan 20x sebelum makan dan minum pagi, insyaallah mendapat pemahaman yang sempurna.

19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka/Pemberi Keputusan ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, InsyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20."Ya ‘Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna. Mendapat ilmu makrifat, kasyaf dan iman yang sempurna. 8 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali. Dizikirkan sebanyak 75x dan dibacakan pada orang yang ditakuti. Dizikirkan sebanyak 1000x selama 7 hari untuk menolak bahaya musuh.

9 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab. Dizikirkan sebanyak 500x setiap dhuha bagi pesakit tuli/pekak.

28."Ya Basiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.

29."Ya Hakim" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

30."Ya Adl" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi/Lembut ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju. Penjazaman Ya Latif : Mewiridkan Ya Latif selepas solat fardu setiap malam isnin, malam selasa dan malam jumaat sahaja sebanyak 1000 kali selepas solat isyak dan pilih salah satu zikir latif di bawah, dan amalkan sbyk 786 kali selepas solat fardu. Kalau nak amalkan keempat-empat ayat latif di bawah, setiap satu juga 786 kali. Setiap satu ayat latif 786 kali mengambil masa lebih kurang sejam 15 minit kalau buat tanpa henti. Boleh buat sambung2 dengan syarat masih berwuduk dan tidak bertemu solat yang berikutnya. Khasiat Ya Latif (Maha Lembut) 1. Jalburr Rizqi ( Menarik Rizqi ) 2. Li Qodoil Hajat ( Unttuk di laksanakan hajat2 ) 3. Li Kholasil Masjun ( Membebaskan diri dari penjara )

10 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 4. Li Ikhfai an ainidz dzulmah ( Halimunan ) Inilah Ayat Latif Yg di maksud (dibaca 786 kali) : 1. Ayat Jalbur Rizqi ALLOHU LATIFUN BI IBADIHI YARZUQU MAN YASA U WAHUWAL QOWIYYUL 'AZIJ ( Surat ASY-SYURA ayat 19 ) 2. Ayat Liqodoil Hajat ALA YA'LAMU MAN KHOLAQO WA HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Al-Mulk ayat 14 ) 3. Ayat Lil IKholasil Masjun INNA ROBBI LATIFUN LIMA YASA U INNAHU HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Yusuf ayat 100 ) 4. Ayat Lil Ikhfa' an ainid dzulmah LA TUDRIKUHUL ABSORU WA HUWA YUDRIKUL ABSORO WA HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Al- An'am Ayat 103 )

32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama. Dibaca 812x untuk mendapat perkhabaran yang dikehendaki secara ghaib. Dibaca surah al-Mulk ayat 14 sebanyak 9x sebelum tidur dan wirid Ya Allah sambil niat apa yang dihajati dalam mimpi hingga terlena, maka akan bermimpi apa yang dihajati

33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.

34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan & sebagainya.

11 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 35."Ya Ghaffur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah. Dibaca 3x kepada orang yang sakit, nescaya disembuhkanNya.

36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak. Juga menghilangkan sakit mata.

37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bahasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.

38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Allah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.

39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung/Memelihara ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.

40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

12 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi/Penghitung ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.

42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur/Sifat Kebesaran ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi & terhoemat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43."Ya Kariim" ( Maha Mulia/Pemurah ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 270x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...

45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.

46."Ya Waasi" ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk.

13 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.

48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam.InsyaAllah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni.

49."Ya Majiid" ( Maha Mulia/ Pemurah KurniaNya ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah. 14 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah/Pemegang urusan ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin (1000x) agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.

55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya/Maha Teguh ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki. Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiap hari untuk dimudahkan hisab di akhirat.

57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini selepas maghrib dan isyak ebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. Insya allah diri sendiri akan menjadi terpuji dalam masyarakat.

58."Ya Muhsiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu. Dibacakan 20x kepada makanan sebagai penunduk. 15 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...

60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya.

61."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.

62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya. Untuk menundukkan nafsu, Amalkan zikir ini sebanyak 490 selepas solat.

63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. Amalkan zikir ini sebanyak 300,000x untuk mengelakkan penyakit.

64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.

16 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - Amalkan zikir ini sebanyak 400x tiap pagi dan petang demi kecergasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

atau 67."Ya Waahid"/ Ya Ahad ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah...

68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar. Amalkan zikir ini sebanyak 313x selama tiga hari disertai puasa, akan dikabulkan hajatnya.

69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil. Amalkan zikir ini sebanyak 200x selepas solat sunat 2 rakaat untuk mendapat kekuatan.

70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita. Baca 100x selepas bangun tidur untuk mudah mendapat petunjuk Allah. 17 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil". Untuk pejuang fisabilillah, baca zikir ini 184x sebelum ke medan perang.

72."Ya Muakkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini. Amalkan zikir ini sebanyak 300x untuk dibukakan pintu taubat penyesalan.

73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x atau 37x setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. Amalkan zikir ini sebanyak 1000x untuk kebaikan diakhir umurnya.

75."Ya Dzaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu. Mendapat ilmu yang jarang dimiliki manusia.

76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - seperti Ya Dzaahir tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.

18 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78."Ya Muta'aliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil. Amalkan zikir ini sebanyak 541x pagi dan petang untuk mudah naik pangkat

79."Ya Barru" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam. 19 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya. Dibacakan 209x sebelum solat bagi menghindari was-was.

87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setip hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat. Baca 300x untuk menyampaikan hajat sebelum doa.

88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat. Amalkan zikir ini sebanyak 1060x setiap hari untuk kesembuhan penyakit.

89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini 1000x setiap hari, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai. 20 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna

90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara.

91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya/Mudarat ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. Untuk suami isteri, dibacakan zikir ketika jimak, insya allah mendapat anak soleh.

93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

21 http://klinik-muallij.blogspot.com

Khasiat Asma Ul Huna 95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96."Ya Baaqiy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.

97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.

99."Ya Sabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan. Amalkan zikir ini sebanyak 100x sebelum matahari terbit, nescaya dijauhkan bala pada hari tersebut.

22 http://klinik-muallij.blogspot.com

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF