Keusahawanan Burger Ramly

December 4, 2017 | Author: Nurul Ariffah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

syarikat ramly- usahawan berjaya...

Description

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

1.

BIODATA & GAMBAR

2.

SEJARAH HIDUP

3.

CIRI-CIRI

4.

PRODUK

5.

PENCAPAIAN & ANUGERAH

6.

KESIMPULAN

GAMBAR & BIODATA

Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni Tempat Lahir : Sekinchan,Selangor Status : Berkahwin -Puan Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap (Isteri) -Siti Hazira Binti Ramly (Anak) -Zura Shedy Binti Ramly (Anak) -Hayu Hafiz Binti Ramly (Anak) Mula Berniaga : Tahun 1984

SEJARAH HIDUP

Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn.Bhd. telah didaftarkan penubuhannya pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu,ayam dan hasilan laut seperti burger,nugget,sosej dan lain-lain. Haji Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah Berjaya mengembangkan perniagaan ini ketahap komersial.Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982,syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn.Bhd,Pemasaran Ramly Mokni Sdn.Bhd. Ramly Supermart Sdn.Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn.Bhd.

CIRI-CIRI

Antara ciri-ciri usahawan:1.KEWANGAN Pada awalnya,Dato’ Haji Ramly Bin Mokni mengalami kekangan kewangan dalam memulakan perniagaan burgernya. Oleh yang demikian,pelbagai usaha telah dilakukan antaranya beliau memohon pinjaman kewangan daripada badan-badan pinjaman kerajaan. 2.DNA BABI Pada suatu ketika dahulu,sebuah isu telah heboh diperkatakan oleh masyarakat mengenai terdapatnya DNA babi di dalam produk Burger Ramly.Isu ini tergempar setelah

tersebarnya sebuah salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa telah menemui DNA babi hasil kajian satu bahan daripada produk Burger Ramly berdekatan Daerah Yan.

3.PENGHARAMAN DI SINGAPURA Burger Ramly mudah untuk didapati di mana-mana pasar malam ataupun gerai-gerai di Malaysia .Dalam erti kata lain Burger Ramly sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun,tidak pula di negara jiran yang paling dekat dengan Malaysia iaitu Singapura.Hal ini kerana kerajaan mereka telah mengharamkan daging dan ayam dikeluarkan.

GAMBAR PRODUK

PENCAPAIAN & ANUGERAH Pencapaian : Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik Malaysia Syarikat telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecemerlangan prestasi iaitu:Anugerah : Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1988) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992).

KESIMPULAN Usahawan adalah individu yang mempunyai ciriciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain.Dato’ Haji Ramly Mokni merupakan contoh dan idola kepada semua anak-anak muda yang bercita-cita mencapai kejayaan dalam bidang usahawan.Seperti yang telah ditulis dalam folio ini, Dato’haji Ramly Bin Mokni sebagai pemilik Syarikat Ramly Food Processing Sdn.Bdh mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang bejaya.Kecekalan dan ketabahan dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh persaingan,risiko dan cabaran membuktikan kewibawaan dan kehebatan Dato’ Haji Ramly Bin Mokni .Beliau juga seorang usahawan yang mempunyai kretiviti yang mempelbagaikan perniagaanya kepada banyak cabang bagi mendapat keuntungan.Beliau juga merupakan seorang yang selalu membuat amal kerana pada setiap hari raya aidilfitri,beliau akan membuat jamuan rumah terbuka di rumah ibunya di Tanjung Piandang,Perak. Akhir kata,Dato’haji Ramly Bin Mokni layak digelarkan sebagai lagenda dalam bidang pemprosesan makanan malahan menjadi nama-nama besar dalam bidang keusahawanan yang merupakan

bidang yang boleh membawa keuntungan yang lumay

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF