Kesihatan diri
August 28, 2017 | Author: Siti Mahiran Mahmad | Category: N/A
Short Description
TINGKATAN 5...
Description
KESIHATAN DIRI Selepas mempelajari bab ini,pelajar akan: Menyatakan jenis –jenis pemeriksaan ujian dalam saringan kesihatan
Menjelaskan faedah melakukan saringan kesihatan Menyenaraikan 4 daripada 5 permasalahan fizikal yang boleh mengganggu keupayaan individu.
Sub-Topik
a)Saringan kesihatan b)Permasalahan fizikal c)Penjagaaan kesihatan
Saringan kesihatan i)Ujian tekanan darah ii)Ujian air kencing iii)Ujian senaman berperingkat (GXT) iv)Pemeriksaan sendiri payu dara dan testis v)Pemeriksaan sendiri payu dara (PSP)
vi)Pemeriksaan sendiri testis (PST)
Permasalahan fizikal Obesiti Kurang upaya
Keabnormalan postur Keabnormalan ortopedik Jerawat
Penjagaan kesihatan
Tahap kecergasan
Pemakanan
UJIAN TEKANAN DARAH Semakin usia meningkat, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan:
Serangan sakit jantung
Lumpuh (strok)
Buah pinggang tidak berfungsi
Buta
Bagaimana ujian ini dilakukan?
1-Sekeping kain (cuff) akan dililitkan pada bahagian atas lengan anda. Ia akan disambungkan pada alat untuk menyukat tekanan darah iaitu sphygmomanometer 2-Kain tersebut (cuff) akan dipamkan dan mengembung dan anda akan rasa
sedikit tekanan di kawasan sekeliling lengan 3-Doktor atau jururawat akan mendengar bacaan untuk mengesan tekanan darah anda dan sesudah itu tekanan tersebut akan dilepaskan 4-Ada juga alat memeriksa tekanan darah tinggi secara automatik. Mesin ini secara automatik akan mengembung dan mengempiskan lilitan (cuff). Bacaan
tekanan darah anda akan tertera pada skrin mesin dalam masa beberapa saat
UJIAN AIR KENCING Dilakukan untuk mengesan kandungan glukosa. Sedikit sampel air kencing dimasukkan ke dalam botol kecil Alat pengesan glukosa diendam ke dalam air kencing selama 2 minit. Sekiranya glokosa dikesan , warna kuning (neutral) kertas akn bertukar kepada warna hijau cerah atau gelap.
Warna ini akan dibandingkan dengan warna pengukur pada bekas penguji untuk menentukan kadar glukosa. Kadar glukosa dikira dengan menggunakan mol.
UJIAN SENAMAN BERPERINGKAT (GXT) Dilakukan untuk mengesan penyakit jantung. Aktiviti elektrik semasa jantung berdenyut boleh dikesan dengan elektrokardiogram (ECG). jantung yang sihat menghasilkan gelombang elektrokardiogram yang normal.
PROSEDUR UJIAN Pesakit dikehendaki berlari di atas treademill dengan peningkatan intensiti secara berperingkat. Elekttod diletakkan pada bahagian atas badan di tempat yang
ditetapkan. Ukuran gelombang elektrik akan diambil semasa pesakit sedang melakukan larian . Sekiranya gelombang elektrik pesakit abnormal ,pesakit disyaki menghidap penyakit jantung
PEMERIKSAAN SENDIRI PAYU DARA DAN TESTIS 1. Pemeriksaan dilakukan sebulan sekali untuk mengesan tandatanda awal kanser payu dara atau testis. 2. Kanser payu dara ata u testis berpunca daripada sel-sel kanser yang terdapat pada tisu-tisu payu dara atau testis. 3. Sel ini akan merebak ke kawasan lain dan boleh mebawa maut sekiranya tidak dirawat.
PEMERIKSAAN SENDIRI PAYU DARA Risiko 1. Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara. 2. Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu, anak, adik atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara. Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda. 3. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.
4. Wanita yang mengalami haid lebih awal (sebelum umur mencapai 12 tahun) atau lewat putus haid (selepas umur 55 tahun).
BAGAIMANA CARA MELAKUKANNYA ? SEMASA MANDI Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras, menebal di payu dara anda.
BERDIRI DI HADAPAN CERMIN Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
BERBARING Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu
kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.
Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
PEMERIKSAAN SENDIRI TESTIS( PST) Langkah pemeriksaan sendiri testis: berdiri di hadapan cermin besar .Periksa skrotum untuk melihat tanda-tanda bengkak atau lebam pada kulit. Periksa kedua-dua testis dengan jari telunjuk dan jari hantu di bawah testis kanan serta ibu jari di sebelah atas testis. Golekkan testis dengan perlahan-lahan di antara jari-jari tersebut. Ulang perbuatan seperti langkah 2 di atas pada sebelah kiri testis. Sekiranya
terjumpa ketulan kecil yang keras bersaiz biji kacang, segera berjumpa dengan doktor.
PERMASALAHAN FIZIKAL OBESITI KURANG UPAYA
KEABNORMALAN POSTUR KEABNORMALAN ORTOPEDIK JERAWAT
OBESITI Adalah kegemukan dan masalah yang kerap dialami oleh masyarakat kita. Kita dianggap obes jika Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) kita berada dalam julat 30 hingga 39.9. sekiranya julat BMI melebihi 40, dia dilabel sebagai lampau obes.
Punca obesiti adalah genetik, kerosakan pada salah satu bahagian otak, pola pemakanan berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosional dan lingkungan persekitaran.
Kesan obesiti adalah kurang keyakinan diri, masalah fizikal kerana kesukarannya untuk bergerak cergas, mudah penat, tidak mempunyai kekuatan dan daya tahan otot yang baik lalu menyebabkan mudah tercedera, diabetes, kanser, sakit jantung dan hipertensi.
KURANG UPAYA
Terdapat pelbagai bentuk kurang upaya daripada yang
ringan kepada yang kronik.Kurang upaya boleh mengganggu pergerakan individu. Kadangkala kerja-kejra harian seperti memakai baju, makan, menulis dan berjalan terpaksa dibantu oleh orang lain. •
Punca kurang upaya adalah disebabkan genetik (baka), kelahiran pra-matang (lahir tidak cukup bulan), sawan, demam panas, pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan kekal. Kesan kurang upaya adalah pergerakan terhad, kerja harian terbatas, kurang keyakinan diri, peluang terhad dalam aktiviti fizikal dan kurang pergaulan.
KEABNORMALAN POSTUR Keabnormalan postur berpunca daripada penyakit scoliosis (pertumbuhan tulang belakang tidak seimbang), dan lordosis/kyphosis (pembesaran tulang belakang berbentuk bonggol. Keabnormalan postur disebabkan kecacatan sejak lahir, penyakit sarat dan otot, jangkitan dan pertumbuhan ketika bayi, duduk dalam keadaan janggal, duduk membongkok, dan tidur atas tilam nipis dalam
tempoh masa yang panjang.
•
Kesan bagi individu yang mengalami keabnormalan postur
adalah pergerakan sukar dilakukan (kurang kelenturan), dan mudah mengalami kecederaan sekiranya melakukan aktivit lasak.
KEABNORMALAN ORTOPEDIK Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak normal pada tulang dan otot kaki. Terdapat beberapa jenis keabnormalan ortopedik seperti pengkar (club foot), bow legged dan knock-knees.
Pengkar berlaku disebabkan oleh serangan sawan ketika kecil. Ianya terjadi kerana otot kaki sebelah dalam gagal untuk membesar selari dengan otot kaki sebelah luar. Oleh sedemikian, tapak kaki akan berpusing ke sebelah dalam. Bow legged terjadi kerana otot kaki menarik tulang kaki keluar. Knock-knees pula disebabkan otot menolak tulang kaki keluar.
Hal ini akan mengakibatkan individu tersebut berjalan kengkang, lutut bergesel ketika berjalan, sukar bergerak secara normal, dan kurang aktif dalam aktiviti fizikal.
JERAWAT Adalah radang kelenjar sebaceous yang mengandungi nanah pada bahagian kulit. Jerawat berpunca daripada infeksi bakteria khusnya bakteria
staphylococcus, ketidakseimbangan hormon, makanan, cuaca, penggunaan bahan kimia, dan stres.
Kesan berjerawat adalah kurang keyakinan diri, pergaulan sosial terganggu, menurungan, kegusuran, kurang harga diri, dan pengangguran (kadar tidak bekerja). Kita perlu menjaga kebersihan muka untuk mengelakkan daripada jerawat.
PENJAGAAN KESIHATAN TAHAP KECERGASAN PEMAKANAN
APAKAH KECERGASAN FIZIKAL ???
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Kita digalakkan bersenam selama 30 minit sehari , tiga kali seminggu bagi mengekalkan tahap kecergasan yang minimum.
Aktiviti yangdijalankan perlu bertumpu kepada membina daya tahan kardiovaskular, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan dan flexibiliti. Antara aktiviti yang digalakkan ialah:- berkayak, berbasikal dll.
PEMAKANAN Amalkan diet yang seimbang dan mengurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Kita boleh mengambil makanan yang mengandungi kadar fitokimia (phytochemical), antioksidan dan asid lemak omega-3 yang tinggi. Makanan ini melindungi kita daripada diserang penyakit jantung dan kenser. Pemakan seimbang perlu diamalkan mengikut aras piramid makanan.
PIRAMID MAKANAN
KESIMPULAN: Menjaga kesihatan diri amat penting bagi mengelakkan diri dari diserang penyakit kronik . Penjagaan kesihatan dapat dilakukan dengan bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang. Langkah ini akan dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.
View more...
Comments