Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Masyarakat & Negara

January 22, 2017 | Author: Dydy Noddy | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Masyarakat & Negara...

Description

1.0

Pengenalan

Apa yang dimaksudkan dengan dadah ialah dadah merupakan bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf. Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya, pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Penggunaan dadah yang berterusan mampu mendatangkan bahaya seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyebabkan kerosakan terhadap diri tetapi turut memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Di zaman ini, dadah bukan lagi perkara baru di dalam kehidupan manusia kerana sudah berabad penggunaan dadah dikesan meskipun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan. Berdasarkan sumber sejarah, masyarakat zaman dahulu kala mengaitkan dadah dengan alam fantasi. Ini kerana mereka menganggap dadah sebagai pembalut penderitaan dan sumber kegembiraan.

Pada tahun 1910, kerajaan Inggeris terpaksa mengawal kemasukan dan penjualan candu di Tanah Melayu akibat penagihan candu di kalangan buruh Cina yang menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal. Disebabkan itu, Opium Dens iaitu rumah menghisap candu dan kedai-kedai menjual candu telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, penjualan dan pengedaran candu menjadi masalah yang semakin serius di kalangan penduduk Tanah Melayu sehingga kerajaan Inggeris membuat keputusan untuk mengharamkan aktiviti-aktiviti negatif tersebut. Akibat pengharaman penjualan dan pengedaran candu, aktiviti penyeludupan candu mula berlaku lalu tertubuhnya Akta Dadah Berbahaya pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

1

Permasalahan dadah tetap berterusan dan peningkatan jumlah anak muda yang rosak akibat dadah sangat ketara dan menakutkan sehingga kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Pihak kerajaan turut mengambil langkah lain melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Fatwa bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram dalam Islam dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-3 Majis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dan diisytiharkan pada 15 April 1982.

Sehingga kini, dadah masih dikatakan sebagai musuh nombor satu negara disebabkan ia berterusan menjadi ancaman besar terhadap negara kita. Gejala penyalahgunaan dadah yang melibatkan segenap lapisan masyarakat semakin menular hari demi hari. Menurut Ibrahim (1997), masalah penagihan dadah bukan saja di kalangan golongan berpendapatan rendah tetapi telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan berpendapatan tinggi tanpa mengira umur dan jantina. Menurut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa BangsaBangsa Bersatu (UNDCP), Malaysia telah diletakkan di tempat kelima dalam senarai di rantau Asia Tenggara yang mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.

2

2.0

Kesan Terhadap Masyarakat

Gejala penyalahgunaan dadah bukan hanya mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap diri tetapi ia juga mampu menyebarkan kesan-kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Antara kesan tersebut ialah berlakunya ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi emosi, pergaulan dan pemuafakatan. Apabila adanya penagih di kalangan masyarakat, kehidupan atau aktiviti seharian sedikit sebanyak akan terganggu kerana majoriti masyarakat akan mengelak dari berinteraksi dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, mencemuh atau memulau dan kemungkinan tersebarnya kata-kata yang kurang menyenangkan hingga berlakunya krisis salah faham anatara sesebuah keluarga dengan keluarga lain lalu menyebabkan berlakunya perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat.

Kesan utama penyalahgunaan dadah kepada masyarakat ialah keharmonian dan suasana hidup masyarakat menjadi tidak tenteram akibat terganggu dengan peningkatan aktiviti jenayah yang majoritinya dilakukan oleh para penagih. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Aktiviti-aktiviti jenayah yang sinonim dengan penagih dadah ialah kes mencuri, merompak, meragut, membunuh, merogol dan lain-lain lagi.

Disamping itu, golongan pengedar dadah yang sentiasa mencari pengguna baru menjadikan golongan remaja atau pelajar sekolah sebagai sasaran mereka. Ini membimbangkan ibu bapa dan masyarakat dengan keselamatan anak-anak remaja mereka yang mudah terpengaruh dengan ajakan dan pujukan rakan-rakan sebaya untuk medapatkan hiburan dan keinginan untuk mencuba perkara baru.

Selain itu, kebanyakkan golongan yang membawa penyakit HIV merupakan golongan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akibat perkongsian jarum dan seks bebas. Perkara ini cukup menggerunkan segenap masyarakat kerana tersebarnya penyakit tersebut akan memberi kesan sampingan yang buruk terhadap masyarakat awam yang tidak bersalah. Contohnya

berlaku

kes

rogol

yang

menyebabkan

mangsa

dijangkiti

HIV

dan

berkemungkinan melahirkan anak yang turut dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Mangsa 3

yang tidak bersalah itu terpaksa meneruskan kehidupan bersama penyakit tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

Kesan lain penyalahgunaan dadah ialah masyarakat akan dipandang serong atau rendah. Para penagih selalunya dianggap sebagai individu yang tidak berguna dan menyusahkan maka ini turut menyebabkan masyarakat disekeliling terkena tempias tersebut berdasarkan pandangan masyarakat lain terhadap mereka. Kesan ini punca sesebuah masyarakat itu sukar untuk maju dan jauh ketinggalan berbanding masyarakat-masyarakat lain yang kurang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

4

3.0

Kesan Terhadap Negara

Dadah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara kerana menjadi ancaman kepada negara kita iaitu Malaysia sejak sekian lama dan membawa kepada beberapa kesan buruk yang tidak diingini.

Golongan belia didapati antara golongan yang terbesar terlibat dengan masalah dadah berdasarkan perangkaan lalu iaitu kira-kira 65% adalah terdiri daripada mereka yang berumur antara 20-29 tahun. Antara kesan ini ialah menyebabkan modal insan negara terutama golongan belia yang begitu berharga buat negara tidak menyumbang tenaga yang produktif dan kepakaran pembangunan negara. Kaum belia merupakan tulang belakang pembangunan negara dan seharusnya menjadi pelapis pemimpin yang berkrisma, berwawasan dan bertanggungjawab pada masa hadapan. Terlibatnya golongan belia dalam kancah penyalahgunaan dadah membuatkan negara kehilangan harapan yang telah digalaskan terhadap mereka untuk membangun dan memajukan negara ke tahap yang lebih membanggakan.

Masalah penyalahgunaan dadah adalah antara masalah utama negara dan untuk mengatasi masalah ini negara terpaksa menanggung kos yang tinggi iaitu ratusan juta ringgit hanya untuk menguruskan aspek pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan penagih dadah. Kesan dari penyalahgunaan dadah ternyata mendatangkan kerugian yang besar buat negara walhal jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan mencapai wawasan negara iaitu untuk membangunkan negara agar dapat berdiri setanding dengan negara-negara maju yang lain tetapi dihabiskan untuk memulihkan rakyat yang masih tidak sedar akan tanggungjawab diri sendiri mahupun tanggungjawab mereka terhadap negara.

Selain itu, untuk memulihkan dan membanteras masalah berkaitan penyalahgunaan dadah, negara perlu merangka langkah-langkah yang sesuai agar usaha menyelamatkan negara dari dibelenggu masalah najis dadah berkesan. Ini menyebabkan negara kerugian masa dan tenaga. Andai rakyat bijak memilih baik dan buruk serta memahami wawasan negara sepatutnya perkara ini dapat dielakkan dan bersama berganding bahu membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

5

Antara kesan lain terhadap negara ialah dengan berlakunya peningkatan kes penyalahgunaan dadah di sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut dipandang rendah lalu menjatuhkan imej negara di mata dunia. Ini akan menyukarkan dan mengurangkan peluang negara untuk berkerjasama dengan negara-negara luar padahal jika terjalinnya hubungan dengan negara luar akan mendatangkan pelbagai keuntungan yang dapat dimanfaatkan negara.

Berikutnya adalah pendapatan pelancongan negara akan terjejas dan menurun akibat dari penyalahgunaan dadah. Ini berikutan ancaman jenayah yang timbul mampu menakutkan warga-warga luar untuk dating melancong ke dalam negara. Tambahan pula implikasi dari penyalahgunaan dadah boleh menyebarkan pelbagai penyakit yang berkemungkinan menyebabkan negara menjadi tempat pelancongan yang mempunyai tahap tidak selamat dari aspek kesihatan.

6

4.0

Jenis-jenis Dadah

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan, (1998) dadah merupakan bahan psikoaktif yang mempunyai cici-ciri seperti membawa kesan buruk kepada sistem saraf pusat, digunakan bukan untuk tujuan perubatan, diperolehi secara haram, membawa pergantungan fizikal serta psikologi dan memberi kesan buruk kepada kesihatan dan fungsi sosial.

Dadah terbahagi kepada beberapa jenis, di antaranya daripada sumber tumbuh-tumbuhan manakala dadah sintetik iaitu ATS yang semakin hari semakin popular kebanyakannya dalam bentuk pil. Dadah jenis ini lebih bahaya kerana boleh menyebabkan penagih menjadi semakin ganas selain kerosakan otak yang teruk. o Ganja

Nama saintifik bagi tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai marihuana atau marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan memabukkan. Nama Jalanan – Weed, Pot, Grass, Reefer, Mary Jane, Joint, Roach Atau Nail, Blunt. Jenis-jenis – 

Kanabis Herba



Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)



Minyak Hashish

o Opiat Jenis-jenis – 

Candu : Dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman.



Heroin : Serbuk putih pahit. Dihasilkan daripada pemprosesan morfin.



Morfin : Sejenis alkaloid yang diperoleh daripada pemprosesan candu mentah. 7



Kodein : Bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi dalam candu serta dihasilkan daripada morfin.

Nama Jalanan – 

Candu : Black Stuff, Opium, Madat dan Tar



Heroin : Fit, Fun, Tepung, Barang, Cik Putih



Morfin : M, White Powder, Monkey, Morpho



Kodein : Ubat Batuk

o Stimulan (ATS)

Amphetamine-Type Stimulants (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS) atau SISTEM SARAF PUSAT. Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.

Nama Jalanan 

Methamphetamine

:

Syabu, Ice, Yaba



Amphetamine

:

Bennies, Benz



Cocaine

:

Coke, Snow, Blow, Toot



Crack

:

Base, Sugar Block, Roxanne

Jenis-jenis – 

Amphetamine



Methamphetamine



Ecstacy

o Depresen

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan untuk tidur lena. Walau bagaimanapun, ia telah disalahgunakan oleh para penagih dadah. 8

Nama Jalanan – Downers, Ludes, Blues, Goofball, Red Devil, Blue Devil, Yellow Jackets, Yellow Bullets, Pink Ladies, Christmas Trees, Phennies dan Peanuts. Jenis-jenis – Pil tidur dan Trankuiliser (Dormicum, Seconal, Nembutal, Smytal, Quaalude, Miltown, Norcet, Placidyl, Valium, Librium, Tauxene, Ativan, Xanax dan Serax). o Halusinogen

Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan antara yang benar dan yang tidak benar. Nama Jalanan – 

LSD (A, Acid, Blotter, Microdots dan Windowpane)



PCP (Angel Dust atau Angel Mist)



Psilosibin (Mushrooms atau Musfrooms)



Rohypnol (R-2, Roofies, Roaches dan The Rape Drug)



GHB (Liquid Ecstasy, Liquid X atau Georgia)

Jenis-jenis – 

LSD (Lysergic Acid Diethylamide)



DMT (Dimenthyltryamine)



PCP (Phencyclidine, ‘Angel Dust’)



Meskalin



Psilosibin&Psilosin

o Inhalan

Inahalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile) dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda 9

Kumpulan Inhalan – 

Pelarut/Cecair : cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam,cecair pemadam, dakwat pen



Bahan Gas

: pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten, nitrous oksida



Aerosol

: pemetik api, pewangi, penyembur rambut, penyembur pelindung

fabrik 

Bahan Nitrik : Climax, poppers, rush, locker room

o Ketum

Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Pokok Ketum merupakan pokok malar hijau yang mempunyai daun berwarna hijau tua berkilat dan bunga kuning kecil. Terdapat dua jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat). Daunnya banyak digunakan sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik. Nama Jalanan – Daun Ketum atau biak di Malaysia; Kratom, Ithang, Kakuan, Thom di Thailand. o Ketamin

Merupakan dadah sintetik yang paling awal ditemui iaitu pada tahun 1962 oleh Calvin Stevens di makmal Parke Davis semasa ujian mencari pengganti dadah jenis PCP sebagai ubat penenang. Pada tahun 1965 ianya dikesan digunakan sebagai dadah rekreasi dan ianya terdiri dari 2-cholorophanyl-2-(methylamino)-cyclohexanone yang biasanya disalahgunakan untuk tujuan keseronokan. Tujuannya pada asalnya adalah untuk tujuan ubat bius haiwan dan tujuan pembedahan. Bentuk – Dadah jenis ini biasanya berbentuk serbuk, tetapi boleh juga didapati dalam bentuk cecair dan tablet. Pengambilan dadah ini akan menyebabkan individu yang mengambilnya akan mendapat kesan ‘speedy rush’ dalam tempoh beberapa minit sahaja khususnya diambil secara

10

sniffing. Bagi pengambilan secara pil atau tablet kesannya biasanya selepas 20 minit, pengambilan secara sutikan akan memberi kesan lebih cepat. Nama Jalanan Ketamin – 

Bump



Cat Valium



Green



Honey Oil



Jet



K



Purple



Special K



Special la Coke



Super Acid



Super C



Vitamin K

11

5.0

Pencegahannya

Ternyata bahawa aktiviti penyalahgunaan dadah ini banyak mendatangkan kemudaratan dan ianya mengganggu ketenteraman masyarakat awam. Justeru, pelbagai langkah pencegahan telah diambil bagi membendung gejala negatif ini meskipun masih belum dapat diselesaikan secara keseluruhan. Sesungguhnya, dalam memastikan matlamat negara untuk menghapuskan gejala penyalahgunaan dadah ini tercapai, setiap pihak harus mengetahui peranan masing-masing dan berganding bahu menjalankan tanggungjawab, bukan hanya melepaskannya kepada satu pihak sahaja. Contohnya, kerajaan bersungguhsungguh mencuba untuk menyelamatkan masyarakat dari terjebak dengan penyalahgunaan dadah tetapi masyarakat masih tidak berwaspada dan langsung tidak mempedulkani usaha kerajaan tersebut menyebabkan harapan agar gejala ini dapat dibendung menjadi agak mustahil untuk dicapai. Oleh itu, setiap pihak perlu sedar akan peranan masing-masing demi mencapai impian negara untuk bebas daripada masalah dadah.

5.1

Peranan Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam membasmi penyalahgunaan dadah terutama sekali ibu bapa. Ini kerana, ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berguna apabila mereka dewasa kelak. Kajian menunjukkan bahawa masalah disiplin remaja selalunya berpunca dari rumah. Mereka ini cenderung menggunakan kehidupan di luar rumah untuk melepaskan tekanan yang ditanggung lalu menyebabkan mereka terjebak dengan gejala-gejala tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah. Oleh demikian, ibu bapa perlulah bijak menguruskan keluarga agar anak-anak terhindar daripada terjerumus dengan perkara yang tidak diingini.

Ibu bapa harus memastikan hubungan setiap ahli keluarga sentiasa baik dan bersefahaman. Mempunyai hubungan yang erat di kalangan ahli keluarga mampu menjamin keharmonian sesebuah keluarga. Ini mampu mengurangkan risiko anak-anak untuk melibatkan diri dengan gejala-gejala negatif yang mampu merosakkan mereka seperti gejala penyalahgunaan dadah.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak dan sama rata tanpa berat sebelah yang melampau. Kasih sayang yang 12

ikhlas dan sejati akan melahirkan kanak-kanak yang berperasaan selamat, sentiasa merasai dipunyai dan disayangi serta tidak bersifat mengkritik. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak tersebut akan menjadi teratur dan kanak-kanak ini akan memasuki tahap remaja dengan baik dan stabil. Ini mampu melahirkan remaja yang bertanggungjawab dan mampu bebaskan diri dari gejala negatif.

Waktu yang paling berharga adalah waktu bersama-sama keluarga. Ibu bapa seharusnya cuba meluangkan masa bersama anak-anak. Masa yang ada ini dapat digunakan untuk perkara-perkara berfaedah yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga seperti keluar untuk beriadah ataupun berkerjasama dalam aktiviti di rumah. Dengan hanya bercakap dan berbual-bual juga mampu membuatkan hubungan sesama ahli keluarga kekal mesra dan mengurangkan tekanan.

Sesebuah keluarga juga memerlukan disiplin yang kukuh agar wujudnya satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah laku anak-anak. Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak-anak, panduan dan bimbingan juga perlu ada. Mengajar anak-anak untuk menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat diikuti apabila mereka sudah dewasa. Disiplin yang digunakan perlulah bersifat positif dan sesuai serta diterangkan dengan jelas sesuatu peraturan tersebut kepada anak-anak.

Adalah amat penting bagi ibu bapa untuk mengajar sesuatu yang baik dan berilmu kepada anak-anak. Hal-hal yang berkaitan dengan agama, nilai dan moral perlu ditanam di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Cara didikan sangat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Cara didikan demokratik adalah yang berdasarkan kepada saling menghormati, mengawasi, memberi penjelasan kepada peraturan dan memberi peluang untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan tertentu adalah amat sesuai untuk perkembangan remaja.

Ibu bapa juga perlu peka terhadap kawasan persekitaran tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagihan najis dadah oleh golongan tidak bertanggungjawab. Ini berikutan remaja yang tinggal berdekatan kemungkinan akan terjebak kerana mereka senang dipengaruhi. Ibu bapa haruslah melaporkan kepada pihak polis jika terdapat sebarang pergerakan yang mencurigakan dan mengawasi serta memantau anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan masalah-masalah sosial yang lain. 13

5.2

Peranan Kerajaan

Pada tahun 1983, pihak kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh utama negara. Tindakan kerajaan memerangi dadah dilakukan secara agresif dengan memperluaskan skop kesedaran di setiap peringkat usia sehingga ke akar umbi. Namun, pada masa yang sama, masalah dadah menular dengan begitu pantas seiring dengan perkembangan sosial negara. Sehingga kini, pihak kerajaan masih menggalas peranan yang sangat penting dalam mencari jalan untuk menangani kegiatan penyalahgunaan dadah yang tidak berkesudahan. Terdapat pelbagai langkah yang masih mampu dilakukan oleh kerajaan agar gejala ini dapat dibendung dan jika mampu dihapuskan sama sekali.

Di era ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang berilmu mengenai isu berkaitan penyalahgunaan dadah. Untuk menyedarkan masyarakat ini terutama golongan remaja, pihak kerajaan perlu mengambil pendekatan dengan memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman berkaitan isu penyalahgunaan dadah dan bahaya penggunaannya. Selain itu, pihak berkenaan juga boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya agar jati diri remaja meningkat.

Jika dilihat pada statistik penglibatan penuntut sekolah dan IPT dalam kancah penyalahgunaan dadah menunjukkan pola yang menaik sepanjang tahun dan andai perkara ini tidak dikawal

pasti akan memudaratkan negara.

Justeru, pihak kerajaan harus

memperkukuhkan institusi pendidikan di samping mendapat hasil kerjasama yang mantap di kalangan ibu bapa, guru-guru, agensi kerajaan mahupun swasta dan masyarakat. Sebarang salah laku disiplin yang dilakukan oleh para pelajar seperti merokok, gangsterism, lumba motor haram, mengugut dan sebagainya lagi perlu dibanteras dengan segera. Kerajaan haruslah menekankan kepada para ibu bapa dan para pendidik agar menggunakan elemen psikologi dan kaunseling selain dari hanya bersifat tegas. Ini bolehlah dilaksanakan dengan cara menghargai diri mereka, mendampingi mereka, melaksanakan kempen senyum, bijak mendengar, empati dan memahami emosi remaja.

Selain itu, kerjasama di antasa orang awam dan kerajaan juga perlu diwujudkan. Hal ini bertujuan supaya masyarakat dan pihak kerajaan sentiasa berganding bahu bagi bersama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan remaja. Kegiatan-kegiatan yang mencurigakan haruslah dilaporkan dengan segera. Ibu bapa 14

perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka manakala kawalan polis dan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

Pihak kerajaan haruslah memperbanyakkan lagi tenaga kerja (staf) untuk membanteras gejala pengedaran dadah. Alatan dan kemudahan yang canggih perlu disediakan kerana pihak terbabit begitu bersedia dengan kelengkapan yang canggih bagi mencapai hasrat mereka. Sempadan negara juga harus diawasi dengan rapi dan unsur rasuah perlu dibersihkan demi memperkukuhkan imej anggota keselamatan di kaca mata masyarakat.

Di samping itu, pihak kerajaan perlu mengekalkan hukuman berat yang telah ditetapkan iaitu dikenakan hukuman madotori atau gantung sehingga mati terhadap pengedar dadah atau kepada sesiapa yang memiliki dadah melebihi 1 kg. Hukuman ini dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat dari melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah dan tanpa adaya pengedar dadah yang berleluasa dapat menyukarkan para penagih dari mendapatkan bekalan dadah yang berterusan.

Usaha kerajaan dalam membantu menyalurkan rawatan kepada para penagih tidak kira bangsa dan peringat umur, pusat-pusat pemulihan di serata negeri telah giat ditubuhkan. Usaha kerajaan ini adalah bertujuan agar pemikiran atau metal dan tingkah laku para penagih dapat dipulihkan dan cuba untuk membimbing mereka ke jalan yang benar serta diredhai Allah.

15

6.0

Kesimpulan

Konklusinya, aktiviti penyalahgunaan dadah ini sememangnya banyak mendatangkan keburukan bukan sahaja terhadap diri dan keluarga tetapi juga terhadap masyarakat dan negara. Usaha pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah yang telah sedia ada ini masih boleh diperbaiki dan diperbaharui agar ianya lebih berkesan dan berpanjangan di samping mendapat kerjasama yang baik serta komited di antara semua pihak seperti masyarakat awam dan pihak kerajaan. Demi kesejahteraan negara kita adalah penting untuk masyarakat mengetahui dan mengiyakan bahawa bahayanya penyalahgunaan dadah agar dapat melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

16

7.0

Lampiran

17

8.0

Rujukan

Mahyuddin Bin Arsat dan Azizah Binti Besar (2011). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. (http://eprints.utm.my/11859/1/Penyalahgunaan_Dadah_Di_Kalangan_Pelajar.pdf)

Hj. Huzili Bin Hj. Hussin (2005). Penyalahgunaan Dadah Kesan Dan Langkah Pencegahan. (http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/1701/1/Penyalahgunaan%20Dada h.pdf)

Jenis Dadah Dan Kesan. (2013). Malaysia: Agensi Antidadah Kebangsaan.

Sapora Sipon (2010). Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja. (http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu%20Bapa%20D alam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf)

H.M. Abdullah Al-Hadi (1993). Faktor-Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Penyalahgunaan Dadah (http://psasir.upm.edu.my/2946/1/FaktorFaktor_Keluarga_dan_Tingkah_Laku_Penyalahgunaan_Dadah.pdf)

18

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF