Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu
May 6, 2019 | Author: akubosh | Category: N/A
Short Description
not completed...
Description
Kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu. Pada tahun 1641 Tanah Melayu merupakan tanah jajahan Belanda dan akhirnya jatuh ke 1
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda . Kedatangan British ke Tanah Melayu memberi banyak perubahan dari segi ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya. Jika ingin dibincangkan, terlalu banyak perubahan dan kesan yang ditinggalkan oleh British terhadap Tanah Melayu. Tanah Melayu merupakan tanah jajahan yang banyak memberikan keuntungan terhadap British. Oleh itu, Dasar Pentadbiran British adalah untuk memungut hasil kekayaan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan British, penduduk Tanah Melayu mengamalkan ekonomi tradisional. Ekonomi tradisional merupakan aktiviti ekonomi yang bercirikan sara diri. Sebagai contoh, aktiviti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan menternak. Penduduk Tanah Melayu menjalankan aktiviti ini hanya untuk sekadar menyara diri dan keluarga dalam skala yang kecil. Lebihan-lebihan pengeluaran dari aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Tanah Melayu akan digunakan untuk tujuan kenduri, zakat, sedekah, hadiah dan sebagainya. Jika mereka mengalami kekurangan makanan atau barang harian yang lain seperti beras, ayam, lembu atau sebagainya, mereka akan menjalankan “sistem barter” iaitu menukar sesuatu dengan sesuatu antara dua individu atau kumpulan. Teknologi yang digunakan juga adalah teknologi mudah iaitu hanya menggunakan tajak, cangkul, tugal, tenggala sebagai peralatan untuk penanaman padi. Pengairan padi han ya bersumberkan daripada sungai dan hujan. Kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu ialah perubahan terhadap ekonomi perdagangan. Ekonomi tradisional ditukar kepada ekonomi dagangan iaitu yang memberi lebih banyak keuntungan terhadap British. Ekonomi dagangan merupakan aktiviti ekonomi yang mengeluarkan hasil dengan skala yang besar. Aktiviti yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu ialah pertanian dan perlombongan bijih timah. Pertanian yang disarankan oleh British ialah seperti ubi kayu, gambir, lada hitam, tebu, tembakau, kopi dan getah. Jenis-jenis pertanian ini banyak memberi keuntungan kepada British kerana mempunyai permintaan yang
1
(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarahmalaysia.html)) malaysia.html
tinggi oleh negara-negara luar. Bijih timah juga mempunyai permintaan yang tinggi dan dipasarkan ke negara China, Jepun dan India. Disebabkan ekonomi dagangan ini ingin hasil dalam skala yang besar, oleh itu pihak British memerlukan lebih ramai ramai buruh dan teknologi yang canggih. Justeru itu, British membawa masuk imigran Cina dan India untuk dijadikan sebagai buruh. Kapal korek juga digunakan dalam melombong bijih timah untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Selain itu, kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu ialah pembentukan masyarakat berbilang kaum. Sebelum tahun 1848, Tanah Melayu hanya terdiri daripada penduduk dan masyarakat Melayu sahaja. Setelah British membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu sekitar abad ke 19 Masihi dan 20 Masihi telah memberi impak terhadap 2
terbentuknya plurality masyarakat . Terdapat pelbagai faktor berlakunya imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Antara faktor lain daripada dasar British yang menggalakkan penghijrahan demi keperluan buruh ialah Tanah Melayu merupakan tanah yang kaya dengan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan juga kestabilan politik. British juga telah membentuk satu Dasar Pecah dan Perintah. Dasar ini telah menggariskan pengelasan kaum dari segi sektor aktiviti ekonomi bagi setiap kaum. Orang Melayu bekerja dalam sektor nelayan dan petani. Orang India pula dikelaskan dalam sektor buruh di kawasan ladang getah. Manakala orang Cina menguasai dalam sektor perniagaan dan perlombongan bijih timah. Kesan daripada dasar ini, berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ngeri yang telah banyak mengorbankan nyawa penduduk di Tanah Melayu ini disebabkan ketidakpuasan hati penduduk setiap kaum terhadap pengelasan ekonomi yang memberi jurang perbezaan pendapatan yang tinggi setiap kaum. Wujudnya plurality masyarakat di Tanah Melayu juga memberi kesan negatif iaitu menyukarkan proses pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan wujudnya pelbagai bahasa yang menyukarkan masyarakat untuk berinteraksi antara sama lain. Kesan lain ekoran daripada penjajahan British ke Tanah Melayu ialah terbinanya institusi kewangan dan perbankan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu menggunakan mata wang perak, timah dan juga emas. Mata wang ini digunakan kepada pedagang-pedagang yang datang berdagang ke Tanah Melayu terutamanya pedagang daripada Arab. Sebelum British
2
Azhar Abdul Aziz, Mohd Asmadi Yakob. 2014. Sejarah Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik (hal. 20). Selangor. IMTIYAZ Multimedia and Publications.
datang menjajah Tanah Melayu, pedagang Eropah telah memperkenalkan mata wang perak Sepanyol yang digunakan oleh Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat selama 300 tahun. Setelah British menjajah dan memerintah Tanah Melayu, mata wang kertas telah 3
diperkenalkan . Lembaga Pesuruhjaya Wang telah ditubuhkan pada tahun 1897 bagi mengeluarkan wang kertas. Pada tahun 1906, wang kertas telah sah digunakan untuk pedagang pedagang di Negeri-Negeri Selat sahaja. Ekoran daripada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu, British telah membina institusi kewangan dan perbankan. Pelabur dapat memajukan industri bijih timah dan getah dengan membuat pinjaman daripada bank. Bank juga telah memudahkan proses saluran dana daripada luar negara terus ke Tanah Melayu. Bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank pada tahun 1859. Negara Eropah juga telah mewujudkan bank mereka di Tanah Melayu pada tahun 1874. Antara bank-bank Eropah ialah Chartered bank, Hong Kong and Shanghai dan Algemene Bank Naderland. Bank-bank ini hanya berkhidmat kepada pedagang-pedagang Eropah sahaja dan jika warga tempatan ingin mendapat khidmat daripada bank ini, mereka perlulah melalui orang tengah. Justeru itu, terbinanya bank tempatan pertama di Tanah Melayu pada tahun 1913 di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank dan diikuti Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang. Orang Melayu juga telah menubuhkan Malay National Banking Corporation Bhd di Kuala Lumpur pada tahun 1947. Tujuan terbinanya bank ini bagi memudahkan warga tempatan untuk mendapatkan khidmat b ank. Insurans mula diperkenalkan sejak ekonomi Tanah Melayu mula berkembang pesat sehingga ke antarabangsa. British mula memperkenalkan sistem insurans ke Tanah Melayu kerana ianya sangat penting dalam melindungi ekonomi dan barang dagangan serta kapal dagangan. Jenis insurans yang terdapat dalam perkhidmatan insurans yang diperkenalkan ialah insurans maritim atau dikenali sebagai insurans lautan, insurans nyawa, insurans kemalangan, insurans harta dan juga insurans perniagaan. Pengangkutan utama perdagangan di Tanah Melayu ialah pengangkutan lautan. Justeru itu, insurans maritim atau lautan amat penting kerana ia melindungi barang dagangan serta kapal sepanjang perjalanan barang dagangan tersebut. Pada mulanya di Tanah Melayu, semua cawangan dan syarikat insurans adalah dari negara-negara luar. Syarikat Royal Insurance Company dari England meletakkan cawangannya di Tanah
3
Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman. 2010. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melayu iaitu syarikat Boustead and Company di Pulau Pinang. Syarikat insurans tempatan mula ditubuhkan dan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang. Antara syarikatnya ialah Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited. Pada peringkat awal, insurans nyawa adalah di bawah insurans kebakaran. Ini kerana, kebakaran kerap berlaku di Kuala Lumpur dan Ipoh. Justeru itu, insurans nyawa disatukan dengan insurans kebakaran. Undang-undang syarikat insurans mula dikemas kini pada tahun 1917 dengan mengasingkan insurans nyawa daripada insurans kebakaran. Enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa pada tahun
1948. Insurans nyawa amat
penting bagi setiap individu. Kebakaran bukanlah hanya satu faktor yang membahayakan keselamatan individu. Justeru itu, insurans nyawa dan kebakaran diasingkan agar penduduk di Tanah Melayu dapat membeli insurans secara berasingan. Kesan-kesan yang ditinggalkan oleh British atas penjajahan terhadap Tanah Melayu dapat meningkatkan ekonomi Tanah Melayu. Akan tetapi, ianya tidak membantu dalam meningkatkan kesepaduan rakyat di Tanah Melayu. Antara kesan-kesannya ialah mengubah ekonomi ke arah perdagangan, melahirkan masyarakat berbilang kaum, mewujudkan institusi kewangan dan perbankan dan juga memperkenalkan sistem perkhidmatan insurans. Kesan daripada wujudnya masyarakat berbilang kaum ini lagi menyulitkan proses untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Malahan terjadinya tragedi hitam iaitu Peristiwa 16 Mei 1969. Justeru itu, Tanah Melayu dan sekarang dikenali sebagai negara Malaysia telah merancang dan menjalankan pelbagai program atau perancang ke arah Malaysia yang mempunyai ekonomi yang mantap serta mempunyai rakyat yang bersatu padu dan hidup dalam keadaan yang harmoni.
USAHA KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN EKONOMI
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkembangan adalah perihal membangun, proses 4
membangun manakala ekonomi adalah ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, peggunaan 5
barang-barang dan perkhidmatan . Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar ,dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi kelompok etnik. Perkara ini telah membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan kelompok etnik pelbagai kaum yang seterusnya menjurus 6
kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 . Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3 % daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di
bawah garis
kemiskinan .Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar . Berikutan daripada permasalahan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam usaha meningkatkan ekonomi kaum khususnya kaum melayu pada waktu itu. Rancangan pembangunan lima ini pada dasarnya telah dilaksanakan oleh pihak British sejak 1950 bagi memperbaiki kedudukan ekonomi yang terjejas akibat perang dunia kedua manakala Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sendiri setelah menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Pembangunan ekonomi di Malaysia yang pada mulanya dikawal dan ditadbir oleh kerajaan British telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada ketika inilah kerajaan dengan secara rasminya telah merangka dan melakukan pelbagai rancangan dalam membangunkan ekonomi Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, rancangan pembangunan pertama negara adalah Rancangan Lima Tahun Malaya yang Pertama (1956-1960). Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan. Dua matlamat utama rancangan ini adalah membangunkan sektor ekonomi
4
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2013. Kamus Dewan Edisi Keempat (hal. 1254). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5 Dewan Bahasa dan Pustaka. 2013. Kamus Dewan Edisi Keempat (hal 547). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6 Syed Mahadzir Syed Ibrahim. 2006. 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 1 ( Jan-Jun ) (hal. 697). Ampang. Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.
di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya adalah Rancangan Lima Tahun Malaya yang Kedua (1961-1965). Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar. Rancangan ini bermatlamat untuk mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar , menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar serta mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah. Rancangan ini pula diganti dengan Rancangan Malaysia (RMk) bermula tahun 1966 dan diperbaiki setiap lima tahun. Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970 ) memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia. Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah untuk mempelbagaikan
kegiatan
ekonomi
dalam
sektor
perindustriaan
untuk
mengurangkan
kebergantungan kepada getah dan bijih timah, mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguran, meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah serta mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri 7
di Malaysia . Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 ) dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969. Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya ialah mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia. Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 ) merupakan peringkat kedua Dasar Ekonomi Baru (DEB). Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan 7
Badriyah Haji Salleh. 2007. Jejak-jejak Pembangunan 1957-2007. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia.
pembangunan negara. Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi. Rancangan Malaysia Keempat ( 1981-1985 ) adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB. Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir. Rancangan Malaysia Kelima ( 1986-1990 ) masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta. Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan dan mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional. Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996-2000 ) digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang. Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta. Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001-2005 ) merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21. Rancangan ini menekankan unsur kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara. Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar
Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama. Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan. Rancangan ini menggariskan enam cabaran iaitu meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia, mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasi, meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi, membangunkan sumber manusia, memperhebat langkah pembasmian kemiskinan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.
KESAN RANCANGAN LIMA TAHUN TERHADAP SOSIOEKONOMI
Usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi serta keluar daripada belenggu dasar ekonomi yang telah dipraktikkan oleh pihak British yang telah menyebabkan jurang ekonomi yang besar di antara kaum di Tanah Melayu sedikit sebanyak membuahkan hasil. Antara kesan daripada rancangan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan adalah ekonomi di antara kaum yang sedikit sebanyak telah berubah dah menjadi semakin seimbang, kadar kemiskinan yang menurun, dasar pecah dan perintah yang menjadi tunggak kepimpinan ekonomi pihak British telah dapat dilupuskan, tiada lagi had pekerjaan terhadap kaum, kemajuan ekonomi yang bertambah, banyaknya prasana dan kemudahan disediakan kepada rakyat, penubuhan pertubuhan serta peningkatan taraf hidup rakyat berbilang kaum. Ekonomi di antara kaum telah sedikit sebanyak menjadi seimbang lantaran daripada rancangan-rancangan pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan berteraskan dua objektif utama iaitu merapatkan jurang ekonomi antara kaum serta mengurangkan kadar kemiskinan terutama dikawasan luar bandar. Oleh itu, secara tidak lansung ekonomi semua kaum telah meningkat. Kadar kemiskinan yang membelenggu rakyat terutama kaum melayu yang tinggal di luar bandar telah berjaya dikurangkan. Walaupun kadar kemiskinan ini tidaklah seratus peratus berjaya dikurangkan, namun ia tetap membuahkan hasil berikutan pembangunan yang banyak menekankan pembangunan luar bandar. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan pihak British juga telah berjaya dilenyapkan. Mengikut dasar pecah dan perintah, kaum melayu hanya menjalankan ekonomi di kampung, kaum india di ladang-ladang getah manakala kaum cina di bandar dan lombong. Hal ini bukan sahaja menyebabkan perpaduan yang tersekat malah jurang ekonomi yang jauh berbeza di antara kaum kerana kegiatan ekonomi lebih diutamakan di lombong dan bandar. Dengan pemerintahan ekonomi oleh pihak kerajaan, rakyat pelbagai kaum tidak lagi terikat untuk menjalankan ekonomi di tempat yang telah ditetapkan sahaja. Tiada lagi had pekerjaan terhadap kaum dilakukan. Mereka diberi peluang sama rata untuk mengembangkan ekonomi mereka di sektor lain juga. Sebagai contoh, kaum melayu dan india diberi kebebasan untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang dahulunya hanya dihadkan kep ada kaum cina dan sebaliknya.
Dari segi ekonomi pula, kita dapat lihat bahawa kemajuaan ekonomi itu sendiri semakin bertambah dengan adanya rancangan-rancangan ini. Sebagai bukti, sector pertanian negara tidak lagi hanya menjalankan pertanian tradisional tetapi sector pertanian negara telah menjalankan perdagangan
yang lebih
terbuka dan
mengguna
pakai
kemajuan
bioteknologi
yang
mempengaruhi kemajuan pertanian. Kerajaan juga telah menyediakan banyak kemudahan dan prasarana kepada rakyat. Perkembangan ekonomi telah membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan serta prasarana yang lengkap sama ada di bandar mahupun luar bandar seperti sekolah dan dewan serbaguna untuk penduduknya berkumpul dan melakukan aktiviti bersamasama dalam usaha merapatkan silaturrahim dan mengeratkan perpaduan antara kaum. Selain daripada itu, pertubuhan-pertubuhan lain yang berfungsi untuk turut meningkatkat kemajuan dan ekonomi rakyat telah berjaya ditubuhkan. Antara pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah RIDA yang berperanan untuk membangunkan bidang ekonomi luar bandar serta FELDA yang berperanan untuk membangunkan tanah dan penempatan luar bandar. Akhirnya, rancanganrancangan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ini telah berjaya taraf hidup rakyat berbilang kaum walaupun bukan secara keseluhurannya. Seperti yang diketahui, taraf hidup kaum sangatlah tidak seimbang berikutan dasar pecah dan perintah terutamanya taraf hidup kaum melayu yang jauh terkebelakang kerana hanya menjalankan kegiatan pertanian tradisional dan tinggal di luar bandar. Namun dengan adanya rancangan-rancangan kerajaan yang menekan pembangunan luar bandar, taraf hidup kaum melayu secara khusunya telah dapat ditingkatkan.
Dasar ekonomi baru dalam mencapai matlamat mewujudkan perpaduan di Malaysia.
3.1.
Pendahuluan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan 8
peristiwa 13 Mei 1969 . Dasar ekonomi baru telah dilancarkan sejajar dengan rancangan Malaysia kedua (RMK-2) yang dilaksanakan pada tahun 1971. Berdasarkan sejarah ekonomi Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara „plural‟ melalui amalan „pecah dan perintah‟. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh dari negara China dan India sebagai sumber tenaga untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan, perdagangan dan perladangan. Peristiwa rusuhan pada tahun 1969 merupakan kesan daripada kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara yang dipisahkan oleh
jurang sosioekonomi yang
sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Jurang ekonomi ini merupakan jurang ekonomi antara kaum Melayu, Cina dan India. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan banyak kecelaruan dan pembahagian kelompok kaum mengikut ekonomi. Hal ini juga telah menyebabkan peningkatan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar. Selepas kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi
8
Mohd. Shahari Ahmad Jabar et.al, 1983, Negara Kita : Sejarah, Pentadbiran dan Dasar Pembangunan (hal 172) , Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara.
pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan-rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi dan sistem semasa penjajahan masih b erterusan.
3.2.
Pengenalan DEB
DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui: I.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
II.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
III.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
IV.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Tujuan DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan penghalang utamanya iaitu kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan ekonomi yang tidak seimbang. DEB juga berperanan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah.
3.3.
Matlamat utama DEB
Matlamat utama penggubalan DEB ialah: a) Untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. 9
b) Untuk menyusun semula masyarakat Bandar dan luar Bandar . (Azhar Abdul Aziz & Mohd Asmadi Yakob, 2014. hal. 51) Bagaimanapun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula 9
Azhar Abdul Aziz, Mohd Asmadi Yakob. 2014. Sejarah Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik (hal. 51). Selangor. IMTIYAZ Multimedia and Publications.
masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai arah tuju yang sama iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.
Untuk membasmi kemiskinan yang sangat ketara di antara kaum Melayu, Cina dan India maka kerajaan telah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham bumiputera 30% menjelang tahun 1990. Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar
a) Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan
kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infra-struktur dan lain-lain.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
b) Penyusunan semula masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysiaakan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur
luar
negeri. Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya pada tahun 1990-an guna tenaga buruh mencerminkan bilangan kelompok etnik.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, dan Amanah Saham Nasional.
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
3.4.
Pencapaian DEB
Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru beberapa perkara telah tercapai antaranya:
Keseluruhan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia telah menurun daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990.
Bilangan isi rumah miskin di Malaysia telah berkurangan dengan banyak daripada kirakira 1,100,000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 619,400 isi rumah pada tahun 1990.
Pemilikan modal saham Bumiputera dalam syarikat-syarikat turut bertambah daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 19.4% pada tahun 1988 dan seterusnya meningkat kepada 20.3% pada tahun 1990. Namun, angka ini masih rendah berbanding dengan sasaran 30% yang ingin dicapai.
Peratusan penyertaan Bumiputera dalam lapangan profesional seperti akauntan, doktor, peguam dan arkitek dan sebagainya masih rendah iaitu 29% dan didapati kebanyakan daripada mereka bergantung pada pekerjaan dalam sektor kerajaan dan menguasai sektor berkenaan iaitu sebanyak 68.2%.
Pendaftaran perniagaan baru milik tunggal kaum Bumiputera telah meningkat daripada 889 buah pada tahun pada 1990 kepada 1119 buah pada tahun 1993. Dalam tempoh yang sama, perniagaan milikan tunggal kaum Cina meningkat daripada 2661 buah kepada 3264 buah.
1. KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM ISLAM
1.1 DEFINISI DAN KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI Menurut AbulHasan Muhammad Sadeq, pembangunan ekonomi dalam perspektif Islam adalah satu usaha yang konsisten sama ada bersifat material ataupun tidak yang mendatangkan faedah kepada manusia. Pada pandangan Muhammad Abdul Manan
pula, pembangunan ekonomi dalam
perspektif Islam lebih luas berbanding dari perspektif moden yang mana hanya sekadar proses yang merujuk kepada penggunaan sumber sumber yang ada yang boleh meningkatkan 10
perkhidmatan dan pengeluaran barangan disuatu tempat . Manakala, Islam mementingkan pembangunan material dan pembangunan yang melibatkan moral, ekonomi, politik dan 11
sosial . Menurut pandangan Abdul Aziz bin Muhammad, pembangunan ekonomi dalam konsep tidak hanya mementingkan hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan 12
manusia tetapi juga konsep pembangunan mestilah berlandaskan kepada tauhid, al-adl, rububiyah, tazkiyah dan khilafah.
10
Muhammad Abdul Manan (1986) , Islamic Economics : Theory and Practice, c. 2. Cambridge : Islamic Academy, h. 373. 11 Ibid, h. 374 12 Abdul Aziz bin Muhammad (1993), Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing, h. 17.
Oleh itu, asas falsafah konsep pembangunan ekonomi dalam Islam ialah Tazkiyah, Al13
Falah, Tauhid, Rububiyah dan Khilafah .
13
Ibid, h. 178-179.
1.2 KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM ISLAM Konsep pembangunan ekonomi dalam Islam yang pertama ialah Tauhid yang bermaksud Tuhan hanyalah Satu dan Maha Agung. Tauhid menetapkan hukum hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia. Yang kedua ialah Rububiyah yang bermaksud susunan yang suci bagi pemakanan, kehidupan dan mengarahkan benda kea rah kesempurnaan mereka. Ia merupakan undang undang asas alam sejagat yang memberi pedoman tentang model yang suci bagi pembangunan sumber supaya menjadi berguna, saling menyokong dan saling berkongsi antara mereka dalam konteks susunan yang suci. Yang ketiga ialah Khilafah iaitu peranan manusia sebagai khalifah Allah didunia. Khilafah ini menetapkan status dan peranan manusia, yang mempunyai tanggungjawab sebagai seorang Islam dan sebagai umat Islam. Yang keempat ialah Tazkiyah yang bererti penyucian serta pertumbuhan. Urusan semua nabi yang diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan tazkiyah manusia dalam semua hubungannya dengan Allah, manusia, alam sekeliling, masyarakat dan Negara. Yang terakhir ialah Al-Falah iaitu kejayaan. Konsep kejayaan dalam Islam ialah kejayaan didunia dan diakhirat. Semua yang dilakukan didunia hendaklah selaras dengan kepentingan akhirat.
1.3 KONSEP EKONOMI ISLAM
Islam menekankan 3 konsep ekonomi yang dapat menjaga kepentingan individu dan masyarakat secara serentak iaitu merangkumi cara dan pendekatan aktiviti ekonomi.
Yang pertama ialah cara pendekatan ekonomi itu dijalankan dimana Islam menghalalkan aktiviti ekonomi yang jujur, adil dan bertanggungjawab serta Islam meghalang aktiviti ekonomi seperti rasuah, menipu, sorok barang dan sebagainya.
Yang kedua ialah cara perbelanjaan dan pengurusan. Islam menghalalkan segala perbelanjaan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada manusia dan mewajibkan bayaran zakat untuk harta kekayaan yang telah cukup setahun. Islam juga menuntut supaya manusia membelanjakan harta ke jslan Allah seperti bersedekah.
Yang terakhir ialah barangan yang terlibat dalam ekonomi. Islam menghalalkan barangan yang suci dan halal serta mengharamkan aktiviti ekonomi yang melibatkan barang yang boleh merosakkan akal fikiran manusia, mabahayakan nyawa seperti dadah.
Kesimpulan Daripada apa yang telah dikaji dan dicoretkan di atas, dapat kita simpulkan bahawa sebab utama ketidakseimbangan ekonomi serta kekurangan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh dasar pemerintahan yang dilakukan oleh pihak British iaitu dasar pecah dan perintah
View more...
Comments